• Tidak ada hasil yang ditemukan

Impak Globalisasi Terhadap Bidang Pendidikan Negara. Nur Asmawati binti Ahmad Mokhtar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Impak Globalisasi Terhadap Bidang Pendidikan Negara. Nur Asmawati binti Ahmad Mokhtar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Impak Globalisasi Terhadap Bidang Pendidikan Negara Nur Asmawati binti Ahmad Mokhtar

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstract

Globalization is the process of putting the world under the same unit without being restricted by borders and geographic position sesebuah country. The objective of this study was to mengenalpasti same no globalization gives a positive or negative impression of the country and mengenalpasti educational challenges that must be faced. This study took the form qualitative studies approach the library. Identified the positive impression than the phenomenon of globalization is to change the style of teaching and learning, an increase in labor demand proficient and transnationalism and education merentasi border. When the negative impression that is identified is the spread of negative culture of foreign countries, marginalization of Malay language as the language of science and deny the democratization of education. In addition, the trend of globalization has spawned various challenges in the implementation of education in Malaysia in reprisal to the idea of openness about the purposes of education in improving the quality of life. At the end of this study, any issues or concerns will be answered and accompanied by challenges-challenges proposed to reduce the negative impression caused by the globalization of education applicable.

PENGENALAN

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui globalisasi, dunia dilihat tiada batasan sempadan (borderless world), dan ketelusan (transparent) yang menjurus kepada persaingan drastik dalam apa jua keadaan. Pengaruh globalisasi terhadap ekonomi Malaysia telah bermula sejak awal 1980an lagi iaitu sejak Malaysia menganggotai World Trade Organization (WTO). Pada tahun 1995, pengaruh globalisasi semakin pesat dan berlaku perubahan penting dalam ekonomi global. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1986) telah mentafsirkan global bermaksud mengenai dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada umumnya. Manakala, globalisasi pula bererti fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.

Cendiakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi pelbagai aspek kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Scholte (2000), berpendapat bahawa globalisasi ialah proses menyingkirkan batasan atau sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan. Globalisasi yang diberi erti luas hakikatnya telah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia.

Ekonomi global menjalani satu peralihan utama iaitu beralih ke arah pertumbuhan berasaskan pengetahuan. Malaysia sedang bersedia untuk berhadapan dan menyertai ekonomi berasaskan pengetahuan. Kini, dalam era globalisasi dan K-ekonomi, sumber modal bertukar kepada keintelektualan manusia. Ianya menjurus kepada tiga tunjang utama, iaitu pengetahuan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta maklumat. Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usaha meningkatkan daya saing dan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Dalam era ini, dunia semakin dikecilkan daripada yang asal. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini. Penganjakan berlaku daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat berinformasi, penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi, pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa, konsep hierarki kepada konsep jaringan,

(2)

ekonomi tempatan kepada ekonomi antarabangsa dan perancangan jangka pendek kepada perancangan jangka panjang (Mumtaz Begam dan rakan-rakan, 2002).

Di samping memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi, kerajaan Malaysia turut memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu, globalisasi saintifik serta teknologi. Kesungguhan kerajaan dalam menangani tiga jenis globalisasi ini jelas kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana diperingkat nasional dan peringkat antarabangsa seperti seminar, persidangan dan forum serta penubuhan pelbagai jenis institusi dan projek. Kemajuan dalam Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi, bidang pendidikan khususnya di negara kita terus berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran yang perlu dilihat dengan rasa tanggungjawab oleh semua pihak. Sekiranya isu-isu dan cabaran ini tidak ditangani dengan baik dan betul, kemajuan yang dicapai bukan saja tidak akan mendatangkan sebarang faedah, bahkan akan menimbulkan berbagai-bagai isu kemanusiaan sejagat.

Secara keseluruhannya, kertas ini mengkaji impak globalisasi terhadap bidang pendidikan. Perbincangan berkaitan isu dan cabaran turut disertakan dalam mengurangkan kesan negatif yang disebabkan oleh globalisasi pendidikan yang berlaku. Kertas ini akan dibahagikan kepada lima bahagian iaitu bahagian pengenalan dan diikuti dengan bahagian kedua literatur. Bahagian ketiga pula akan melihat metodologi kajian yang digunakan dan bahagian keempat akan melihat dapatan kajian. Manakala, bahagian terakhir pula adalah bahagian kesimpulan dan cadangan.

KAJIAN LEPAS

Kini, dalam era globalisasi yang kian berkembang, bidang pendidikan dunia juga tidak ketinggalan dalam menuju fasa sama tanpa mengira sempadan atau keadaan. Biarpun wujud perbezaan dalam cara penyampaian ilmu dalam kalangan masyarakat dunia, teras pendidikan tetap sama iaitu memberikan pendekatan terbaik bagi melahirkan golongan berpengetahuan dan berpendidikan. Pendidikan bukan sahaja dapat mempengaruhi kita secara individu bahkan seluruh bangsa dan negara (Vaizey, 1967). Pendidikan merupakan asas pembangunan dan perkembangan individu yang seterusnya akan membawa inovatif serta kemajuan kepada bangsa dan negara menuju ke arah merealisasikan wawasan negara.

Kajian oleh Abd Hair Awang (2001) dan Ramlee et al. (2002) menunjukkan hubungan antara pembangunan suber manusia dan perancangan pendidikan. Perancangan pendidikan adalah penting bagi melahirkan tenaga kerja yang mahir selari dengan tuntutan pasaran, mempertingkatkan kualiti pendidikan yang mampu mencerna inovasi saintifik, teknologi serta pengurusan kreatif. Kesilapan dalam merancang sistem pendidikan akan membantutkan proses pembangunan negara dan mungkin mengurangkan daya saing di peringkat global. Oleh itu, perancangan pendidikan akan terus memainkan peranan utama bagi menyediakan suber manusia yang berkualiti.Menurut Azizi, Yusof dan Amir Hamzah (2005), pendidikan merupakan teras yang dapat menjamin penghasilan sumber manusia untuk memenuhi pelbagai sektor dalam sesebuah negara. Proses pendidikan juga dapat melahirkan insan yang berdisiplin, jujur serta berakhlak mulia.

Bagi negara Malaysia, bidang pendidikan memang dipandang serius dan diberi perhatian memandangkan kita sekarang berada dalam fasa ke arah Wawasan 2020. Kajian yang telah dijalankan oleh Habib Mat Som et. al (2008) berkaitan globalisasi dan cabaran pendidikan di Malaysia mendapati masyarakat global kini tidak terlepas daripada menghadapi kemelut sosial yang sedang melanda. Fenomena dunia tanpa sempadan telah mencetuskan kebanjiran maklumat, akses yang mudah kepada dunia hiburan dan kehidupan di alam siber yang menjadi trend masyarakat. Gejala negatif yang dominan di luar batasan moral masyarakat setempat sukar di pintas. Dalam erti kata lain, cabaran kehidupan global village dan borderless world akan terus memberi impak secara langsung terhadap kehidupan pelajar masa kini.

Melalui kajian Dunia Pendidikan dalam era globalisasi : Peranan dan Cabaran oleh Hashim Yaacob (2007) berpendapat dunia globalisasi langsung tidak pernah menjanjikan sebarang kekayaan kepada negara-negara yang baru membangun jika di kaji dari pelbagai sudut dan perspektif. Bagi negara yang sudah membangun, dalam banyak keadaan dan hubungan antara pelbagai hala dengan negara yang belum membangun akan pasti menguntungkan mereka yang telah maju. Kesan yang diterima daripada fenomena globalisasi ini tidak akan menguntungkan negara-negara membangun dan belum membangun kerana negara-negara yang sudah maju mempunyai hampir keseluruhan kemajuan

(3)

yang telah dikuasai sejak beberapa lama dahulu. Pendidikan merupakan bidang yang akan menerima impak secara langsung dari era globalisasi kerana pendidikan berkait dengan Pembangunan Sumber Manusia yang amat dipengaruhi oleh persekitarannya (Rancangan Malaysia kesembilan, 2006).

Shamsul A.B et al. (2004), kajian yang dijalankan oleh beliau mengenai Globalisasi, Teknologi Maklumat dan Ilmu : Menyuluh Pengalaman Malaysia menyatakan teknologi maklumat dikatakan berperanan penting dalam memperkasakan globalisasi sebagai satu fenomena sosial. Hujah beliau lagi, kewujudan teknologi maklumat dan globalisasi akan membawa pendemokrasian ilmu pengetahuan. Pengalaman Malaysia dijadikan kajian kes bagi meneliti sejauh mana tanggapan ini boleh dipertahankan. Dapatan kajian mendapati Kerajaan Malaysia telah merancang dengan teliti projek yang berkaitan IT. Namun, kejayaannya terbatas dan bergantung kepada peningkatan kualiti hidup dalam kalangan rakyat sebagai pra syarat.

Augimeri et al. (2001) menjalankan kajian terhadap kesan globalisasi di China yang dikatakan bermula sejak tahun 1978 di mana Bekas Presiden Chin Deng Xiao Ping mula membuat pembaharuan ekonomi. Deng telah membuka pintu China dalam tawaran menarik pelaburan asing dan memperkenalkan perdagangan asing. China adalah negara kedua perdagangan terbesar selapas USA dan merupakan negara membangun yang terbesar di dunia. Pertambahan integrasi China dalam ekonomi dunia menjadikan negara ini merupakan negara kesepuluh terbesar dalam perdagangan dunia pada tahun 1996. Integrasi ekonomi China dalam ekonomi dunia melalui globalisasi dilakukan melalui penghapusan halangan tarif dan bukan tarif kepada barangan import.

Antara faedah globalisasi yang dikenalpasti ialah berdaya saing, wujudnya hubungan sumber pendidikan dan kemudahan penyelidikan di peringkat yang lebih luas, komunikasi merentasi budaya boleh menyebabkan pelajar lebih bersedia untuk menghadapi pasaran buruh antarabangsa, kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam dunia globalisasi, peningkatan bilangan institusi pendidikan swasta yang menguntungkan atau sebaliknya dan kemajuan sistem pendidikan yang sangat bergantung kepada citarasa global menguntungkan atau sebaliknya. Lima cabaran asas dunia globalisasi meliputi persoalan asas, kebenaran, keadilan dan kesaksamaan, keuntungan bersama serta berkaitan dunia penyayang.

SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Setiap individu memberikan takrifan yang berbeza tentang pendidikan. Menurut pandangan umum, pendidikan ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Plato mentakrifkan pendidikan sebagai suatu proses untuk membentuk akhlak yang mulia. Beliau telah menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberikan latihan moral kewarganegaraan yang baik. (Wan Mohd Zahid Nordin, 1995). Dalam tempoh empat dekad yang lalu, tidak dinafikan bahawa sistem pendidikan negara telah mencapai kemajuan yang pesat terutamanya dari segi pendemokrasian dan pensejagatan pendidikan. Pada masa yang sama, sistem pendidikan, sistem pendidikan turut menyumbang kepada keperluan tenaga manusia untuk pembangunan dan industri.

Sejak negara mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan kebangsaan telah mengalami perubahan ke arah kemajuan dan kemantapan. Kesan daripada globlisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menimbulkan cabaran dalaman dan luaran kepada negara. Antara cabaran yang dihadapi adalah untuk membangunkan sebuah sistem ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-Ekonomi bagi menghadapi persaingan global. Sebagai elemen utama, bidang pendidikan turut terlibat dalam menjayakan agenda negara.

Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai ‘Dasar Pendidikan Kebangsaan’ yang mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun 1957. Umumnya, terdapat tiga tujuan utama yang terkandung dalam dasar pendidikan kebangsaan ini. Pertama, tujuan dasar pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Kedua, untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi dan menghormati kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak tersusun.

(4)

Yang ketiga pula, ianya untuk memastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama. Sistem pendidikan di Malaysia mengalami banyak perubahan selepas mencapai kemerdekaan terutamanya di sekitar tahun 1980-an. Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1976), Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 1983. Pada tahun 1989, Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula diperkenalkan di semua sekolah menengah.

Sistem pendidikan negara terus mengalami perubahan di sekitar tahun 1963 hingga 1975 selaras dengan perlaksanaan rancangan lima tahun Malaysia. Tahap-tahap perkembangan pendidikan digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul dalam tempoh ini. Sistem pendidikan pada tahap ini bukan hanya berorientasikan kepada pembasmian buta huruf tetapi juga untuk mencapai matlamat ekonomi negara. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan danpolitik ,menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama.

Pendidikan secara jelasnya boleh dilihat sebagai suatu proses berterusan dalam usaha membentuk individu bagi memenuhi keperluan diri dan masyarakatnya.Glabalisasi pendidikan pula dapat diertikan sebagai proses pembelajaran yang lebih terbuka dan merentasi sempadan dunia. Terdapat tiga aliran utama yang harus diambil kira oleh penggubal dasar dan pengamal pendidikan dalam merangka strategi dan dasar pendidikan tinggi negara dalam kurun ini. Pertama ialah menilai kesan globalisasi terhadap pendidikan, kedua kemampuan kita untuk menjana perubahan dari impak globalisasi ini dan akhir sekali memenuhi kepentingan dan falsafah pendidikan itu sendiri. Aliran atau trend ini sesungguhnya menjadi asas kepada peranan baru universiti dalam dunia sejagat (Abu Hassan Othman, 2004).

DAPATAN KAJIAN

Dunia kini menjadi lebih kompleks, dinamik dan berlakunya peningkatan ketidakpastian. Proses globalisasi yang berlaku dengan cepatnya telah mendorong kepada perubahan pesat dalam teknologi komunikasi serta informasi khususnya. Keadaan ini menyebabkan ekonomi menjadi lebih saling bergantungan. Proses globalisasi ini juga telah membawa kepada peningkatan kecekapan dalam produktiviti, melalui penggunaan teknologi yang lebih canggih. Bagi negara membangun, pengaliran masuk modal, teknologi baru dan kemahiran pengurusan yang baik dari negara lain akan turut mempengaruhi proses pembangunan ekonomi negara tersebut.

Malaysia yang mengamalkan ekonomi terbuka dengan pasaran domestik yang kecil juga turut memperoleh faedah daripada proses globalisasi ini dan tidak terkecuali menerima pelbagai kesan daripada proses globalisasi ini. Proses globalisasi membawa manfaat dan juga permasalahan baru bagi negara dan masyarakat, khususnya di negara membangun. Selain itu, pemodenan dan globalisasi telah mencetuskan pelbagai isu dan cabaran baru kepada sesebuah negara. Manakala di sudut yang lain pula, proses globalisasi juga telah mencetuskan cabaran yang tidak menentu ke atas anggota masyarakat, agen-agen serta aktor-aktor dalam ekonomi itu sendiri.

Sesebuah negara mestilah bersedia untuk menerima arus perubahan globalisasi ini agar tidak ketinggalan serta sejajar dengan perkembangan ekonomi dunia. Kesan langsung daripada globalisasi akan melibatkan struktur sosio-ekonomi, pendidikan, kebudayaan, multimedia dan usaha penyelidikan dan pembangunan negara. Pembangunan pesat teknologi maklumat dan globalisasi yang pantas telah menjadi penyumbang kepada proses membentuk ‘the next society’ di mana ekonomi berasaskan pengetahuan dan masyarakat yang demokratik di lahirkan melalui bidang pendidikan.

(5)

KESAN GLOBALISASI TERHADAP BIDANG PENDIDIKAN

Sektor Pendidikan merupakan bidang yang akan menerima impak secara langsung menerusi globalisasi kerana berkait rapat dengan pembangunan sumber manusia yang amat dipengaruhi oleh persekitarannya (Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006). Dalam perseptif dunia pendidikan dalam era globalisasi ini, banyak kesan baik dan buruk yang bakal di terima oleh negara. Antara kesan positif yang berlaku dalam bidang pendidikan kesan daripada globalisasi ialah

1. Perubahan Kepada Corak Pengajaran dan Pembelajaran

Kesan globalisasi dalam pendidikan telah mengubah dan memberi kesan kepada corak pengajaran dan pembelajaran. Hal ini perlu diberikan penekanan kerana di antara aspek yang membantu meningkatkan kualiti dalam bidang pendidikan adalah bagaimana kaedah pengajaran dan pembelajaran diamalkan di sekolah. Pelbagai pendekatan diadaptasikan serta dipraktikan dalam kalangan guru agar tujuan pendidikan dapat dicapai. Maka, para guru perlu mengubah cara pengajaran mereka bersesuaian dengan perkembangan semasa.Teknik pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan ICT juga terbukti mampu meningkatkan tahap kefahaman pelajar (Azwan Ahmad et al. 2005; Chong et al. 2005; Samuel & Zaintun 2006). Kaedah ini bukan sahaja membantu guru mengajar malahan dapat menarik minat para pelajar untuk memahami sesuatu mata pelajaran tersebut.

Selain itu, perkembangan globalisasi turut mengubah sistem pengajaran daripada konvensional kepada sistem pengajaran yang baharu. Penggunaan kaedah pembelajaran jarak jauh (d-learning) dan pembelajaran secara elektronik (e-learning) telah mewujudkan satu dimensi baru dalam dunia pendidikan yang menghasilkan kaedah pembelajaran secara mudah alih atau di sebut sebagai mpembelajaran (m-learning) (Brown 2005; Keegan 2005). Kaedah m-pembelajaran lebih bercorakkan pembelajaran kendiri (self-learning) yang hanya memerlukan peralatan mudah alih seperti telefon bimbit, personel data assistants (PDA), Palm Talk dan lain-lain sebagai alat pembelajaran (Wagner 2008).

2. Peningkatan Dalam Permintaan Tenaga Kerja Mahir

Penciptaan dan penjanaan kekayaan, kuasa dan ilmu pengetahuan masa kini sangat bergantung kepada keupayaan negara dan syarikat dalam melahirkan dan mengeksploitasi kemahiran, pengetahuan dan wawasan pekerja khususnya dalam teknologi maklumat (Oxfam, 1999; Brown & Lauder, 1996). Hal ini turut diakui oleh Steward (1996) yang meneliti hubungkait antara globalisasi dan pendidikan dengan membandingkan tahap pembangunan antara negara industri baru dan negara yang mengalami kejatuhan pendapatan per kapita, kadar pelaburan yang rendah dan kemerosotan atau kebekuan pertumbuhan eksport.

Justeru itu, pendidikan dilihat sebagai faktor kritikal dalam globalisasi kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada peningkatan produktiviti yang boleh meningkatkan daya saing di pasaran antarabangsa malah lebih penting bagi menarik kemasukan modal ke dalam negara.Penggunaan modal manusia intelektual telah memajukan Malaysia kepada satu kepakaran dalam mengeluarkan produk perkhidmatan yang canggih dan dapat meningkatkan eksportnya dalam satu pasaran amat kompetitif.

Penciptaan peluang pekerjaan yang lebih luas dan dapat meminimumkan kemiskinan penduduk. Globalisasi dan kemajuan teknologi yang pesat akan meningkatkan permintaan terhadap tenaga buruh yang berkualiti, iaitu berpengetahuan luas dan mendalam serta mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi. Di samping itu, mereka perlu mempunyai kemampuan menggunakan teknologi dan bahan baru secara optimum serta menggabungkan daya cipta dan inovasi secara berkesan. Arus globalisasi akan mendedahkan Malaysia kepada persaingan yang lebih hebat dalam perdagangan dan pelaburan. Justeru itu, dalam sektor perkhidmatan tenaga kerja perlu dilengkapkan dengan asas pendidikan dan latihan yang kukuh seiring dengan kepesatan kemajuan teknologi maklumat.

3. Transnasionalisme dan Pendidikan Merentasi Sempadan

Konsep transnasionalisme ini merujuk kepada perkaitan aktiviti dan saling tindak yang menghubungkan manusia dengan mana- mana institusi lain tanpa had sempadan negara. Aktiviti tersebut mungkin dijalankan oleh sebuah kerajaan, Multinational Corporations( MNC) atau orang perseorangan seperti pendatang asing dan aktiviti ini tidak terhad kepada aktiviti ekonomi sahaja

(6)

tetapi termasuklah politik, budaya dan agama. Sistem pendidikan yang bercorak transnasional dan tanpa sempadan ini juga diistilahkan sebagai suatu pergerakan, sama ada secara hakiki atau maya dalam kalangan individu seperti pelajar, guru atau pensyarah.

Sistem pendidikan ini melibatkan program akademik berbagai-bagai- bagai disiplin daripada satu negara kepada negara lain. Perkaitan yang rapat antara globalisasi dan transnasionalisme juga membawa kepada perkembangan yang pesat dalam urusan antarabangsa dan rangkaian dalam semua bentuk kehidupan. Pada masa yang sama juga sistem pendidikan ini juga membayangkan bahawa sempadan antara negara menjadi semakin nipis, akibat kewujudan yang rapat. Selain itu, melalui transnasionalisme dan pendidikan merentasi sempadan ini juga telah membawa perubahan dalam sistem pendidikan melalui aktiviti rangkaian hubungan akademik yang terbentuk melalui persetujuan, projek pembangunan, bantuan/pembiayaan antarabangsa dan inisiatif antarabangsa. Hal ini juga akan mewujudkan perdagangan dalam perkhidmatan pendidikan yang boleh dikategorikan sebagai subset kepada pendidikan merentasi sempadan yang bermatlamat perdagangan dan keuntungan.

4. Penyebaran Budaya Negatif Dari Negara Luar

Penggunaan internet secara meluas di era globalisasi ini telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan. Implikasinya, isu-isu moral semasa khususnya yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu kompleks dan sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini berpunca daripada pengaruh budaya barat atau negara maju yang bercanggah dengan nilai-nilai murni yang diamalkan di negara ini. Internet yang berperanan sebagai rangkaian aktif dalam menyediakan sistem perhubungan tanpa wayar yang membolehkan akses maklumat boleh dilayari di mana-mana sahaja. Kemudahan yang sangat relevan ini menjadi satu trend terkini yang membolehkan ia diterima oleh semua pengguna di seluruh dunia.

Bukti negara membangun menerima impak daripada revolusi internet ini boleh dilihat apabila Benua Asia merupakan benua yang paling ramai pengguna Internet berbanding benua-benua lain dalam kajian yang dilakukan pada tahun 2003. Dalam kajian tersebut Benua Asia yang banyak terdiri daripada negara membangun telah mencatatkan penggunaan internet tertinggi iaitu seramai 250 juta mengatasi gabungan Amerika Utara dan Amerika Selatan. Ia membuktikan bahawa globalisasi sangat mempengaruhi negara-negara membangun di Asia terutamanya Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapore dan sebagainya.

5. Peminggiran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu.

Pengkomersilan dan pengantarabangasaan pendidikan di Malaysia merujuk kepada proses menaiktaraf sistem pendidikan yang di negara kita agar setanding dengan negara-negara luar. Hal ini akan dapat menarik minat warganegara Malaysia atau warga asing untuk mendapatkan pendidikan di institusi pendidikan yang terdapat di Malaysia. Kesan daripada Pengantarabangsaan dan Pengkomersialan Pendidikan ialah akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini berlaku kerana para pelajar mudah mendapat maklumat melaluibuku, majalah, ensiklopedia, mahupun diinternet. Maklumat yang disebarkan melalui internet sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris yang menjadi bahasa standard yang diterima pakai oleh semua negara membangun. Justeru, bahasa Inggeris telah diiktiraf kerajaan sebagai bahasa pengantara dalam proses pengajaran bagi memudahkan pengaksesan maklumat.

Selain itu, cawangan universiti luar akan terus menjadikan bahasa Inggeris sebagaiwahana dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini juga, sudah banyak IPTSyang telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal sebegini akanmeminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu walaupun sudah terbukti bahawa bahasaMelayu mampu menjadi bahasa ilmu dalam semua bidang. Jika hal ini berlaku, bahasaMelayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan usaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut. Oleh yang demikian jelaslah bahawa arus globalisasi pendidikan akan meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

6. Menafikan Pendemokrasian Pendidikan

Globalisasi telah menyebabkan berlaku pengkomersilan pendidikan di mana ahli korporat berpendidikan akan mengaut keuntungan melalui bidang pendidikan. Hal ini amat dibimbangi jika berterusan dan tanpa kawalan, matlamat dan objektif asal pendidikan akan terkorban. Dengan

(7)

bermatlamatkan keuntungan semata-mata, kualiti pendidikan mungkin diabaikan. Selain itu, pengkomersilan seperti ini akan menafikan konsep pendemokrasian pendidikan. Di mana hanya pelajar yang mampu dari segi kewangan sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran. Keadaan ini dibuktikan berdasarkan 20 peratus sahaja bilangan bumiputera di IPTS daripada keseluruhan ratusan ribu pelajar IPTS.

Perkara ini jika tidak dibendung akan meluaskan jurang antara golongan buiputera dengan golongan bukan bumiputera. Selain itu, pendidkan tinggi hanya dapat dinikmati oleh golongan kaya sahaja dan menafikan hak golongan miskin di peringkat pengajian tinggi. Hal ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat berlimu tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.

CABARAN

Globalisasi telah mencetuskan pelbagai cabaran dalam pelaksanaan pendidikan di Malaysia akibat tindak balas daripada keterbukaan idea mengenai keperluan pendidikan dalam meningkatkan kualiti pendidikan. Isu dan cabaran ini wujud sama ada disebabkan oleh hasrat kerajaan itu sendiri ataupun kesan daripada kemajuan Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi dunia. Bentuk pendidikan untuk generasi baru perlu bersifat global bagi membentuk sikap yang lebih terbuka dengan visi yang lebih meluas melalui keupayaan berfikiran kritikal, inovatif, reflektif dan mempunyai ketrampilan yang diperlukan bagi membolehkan mereka menyertai dengan berkesan arus globalisasi dunia.

Pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan yang disertai kemunculan teknologi baru dan globalisasi akan mempengaruhi arah aliran pembangunan sumber manusia pada masa hadapan. Antara cabaran lain ialah dari segi keperluan terhadap pembelajaran berterusan, penggunaan teknologi, telekomunikasi dan maklumat, pengurusan pendidikan, pembentukan jati diri pelajar serta kualiti guru.

Negara Malaysia mestilah bersedia menerima kemasukan baru serta cabaran hebat yang diberikan melalui proses globalisasi ini kerana proses globalisasi ini sangat berkait rapat dengan bidang pendidikan.

Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya daan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia. Walaupun tidak dapat dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran tersebut telah wujud dan dibincangkan, namun kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi baru. Cabaran tersebut menimbulkan masalah seperti akhlak, sosial, rohani, poltik, ekonomi, sains dan teknologi. Hal ini akan mempengaruhi bidang pendidikan dalam merealisasikan Falsaafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, emosi,rohani da jasmani.

Pemindahan teknologi atau peralatan baru serta teknologi baru yang di bawa masuk dari negara luar juga merupakan salah satu kesan daripada proses penglobalisasian dunia dan akan memberi kesan terhadap sektor-sektor di negara tertentu. Oleh yang demikian, negara perlulah bersedia menepis segala cabaran ini dan impak positif kesan dari pengglobalisasian mestilah diimplementasikan dalam bidang pendidikan bagi memajukan lagi bidang ini. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa globalisasi memberikan impak yang pelbagai terhadap sektor perkhidmatan Malaysia khususnya bidang pendidikan.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, kajian ini memperlihatkan bahawa globalisasi membawa impak yang besar dari sudut positif malah turut meningglakan kesan negatif kepada bidang ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan bidang-bidang lain yang berkaitan. Hasil kajian menunjukkan kesan positif yang dikenalpasti daripada fenomena globalisasi ialah perubahan kepada corak pengajaran dan pembelajaran, peningkatan dalam permintaan tenaga kerja mahir serta transnasionalisme dan pendidikan merentasi sempadan. Manakala kesan negatif yang dikenalpasti ialah penyebaran budaya negatif dari negara luar, peminggiran bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dan menafikan pendemokrasian pendidikan. Dengan adanya ledakan perkembangan telekomunikasi yang membawa kepada penyebaran maklumat secara terbuka telah mewujudkan globalisasi ke atas bidang pendidikan negara. Globalisasi memainkan peranan penting serta memberi impak dalam bidang pendidikan sama

(8)

ada secara langsung mahupun tidak langsung. Proses globalisasi yang berlaku melibatkan penyertaan buruh asing, perdagangan antarabangsa, pelaburan langsung asing dan sebagainya. Kemajuan yang berlaku dalam bidang teknologi maklumat mengubah cara manusia berkomunikasi, berurusniaga dan melihat dunia. Malah turut melibatkan cara mereformasi dan mentransformasikan sistem pendidikan bagi memastikan anak bangsa sekarang dan di masa akan datang berupaya mengharungi hidup dengan penuh kesejahteraan.

RUJUKAN

Anuar Ahmad. 2008.Revolusi Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Abd Hair Awang. 2001.Globalisasi Ekonomi Dan Pendidikan : Tinjauan Kajian Lalu. Pendidikan Tinggi-Higher Education, Vol 5,2001, halaman 1-9.

Hashim Yaacob dan Abdul Jalil Othman. 2007.Dunia Pendidikan dalam Era Globalisasi : Peranan Dan Cabaran. Masalah Pendidikan, Jilid 30.

Habib Mat Som dan Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud. 2008. Globalisasi Dan Cabaran Pendidikan Di Malaysia. Masalah Pendidikan, Jilid 30.

Ishak Yussof, Zainizam Zakariya, 2009,Pertumbuhan Ekonomi dan Keperluan Pendidikan Tinggi Di Malaysia, Jurnal Ekonomi Malaysia 43.

Azizah H. (2011).Kaedah Kualitatif dalam penyelidikan sosiobudaya

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001.Pembangunan Pendidikan 2001-2010.

Malaysia. (2001). Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-2005. Kuala Lumpur. Jabatan Percetakan Negara.

Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010. Kuala Lumpur. Jabatan Percetakan Negara.

Wan Mohd Zahid Nordin. (1995). Kurikulum Untuk Tahun 2000 dan Selepasnya: Ucap Utama dalam Seminar Kebangsaan Kurikulum. Port Dickson.

Jabatan Perangkaan Malaysia. (Pelbagai tahun). Statistik Pemburuhan dan Sumber Manusia. Kuala Lumpur.

Kementerian Kewangan Malaysia. (pelbagai tahun). Putrajaya : Percetakan Nasional Malaysia. Malaysia. (2001). Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-2005. Kuala Lumpur. Jabatan Percetakan

Negara.

Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010. Kuala Lumpur. Jabatan Percetakan Negara.

Unit Perancang Ekonomi. Rangka Rancangan Jangka Panjang. Pelbagai tahun.

Pelan induk pembangunan pendidikan 2006-2010. 2002.Kementerian pelajaran malaysia. Mohd Azizuddin Mohd Sani & at el, 2004.Globalisasi Dalam Perspektif: Isu dan Cabaran,

IBS BUKU SDN. BHD: Kuala Lumpur, hlmn 35.

Mohd Taib Othman, 2004,Globalisasi, Patriotisme dan Isu-isu Kemasyarakatan, Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Majid Konting. (2005).Kaedah Penyelidikan Pendidikan. 7th ed. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Referensi

Dokumen terkait