• Tidak ada hasil yang ditemukan

Zalinda binti Rahmat & Mohd Izham bin Mohd Hamzah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, Selangor, MALAYSIA.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Zalinda binti Rahmat & Mohd Izham bin Mohd Hamzah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, Selangor, MALAYSIA."

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

2161

AMALAN MENYELIA DAN MENILAI PENGAJARAN GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN AMALAN PEMBELAJARAN KOLEKTIF DAN APLIKASI DALAM

KALANGAN GURU BESAR DAERAH KLANG

(TEACHING OBSERVATION AND EVAUATION AND ITS RELATIONSHIP WITH COLLECTIVE AND APPLICATION LEARNING AMONG PRIMARY SCHOOL LEADERS

IN KLANG DISTRICT)

Zalinda binti Rahmat & Mohd Izham bin Mohd Hamzah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap menyelia dan menilai pengajaran guru di dalam kepimpinan instruksional guru besar sekolah rendah daerah Klang dan mengenal pasti tahap pembelajaran kolektif dan aplikasi dalam komuniti pembelajaran profesional di sekolah-sekolah rendah daerah Klang. Reka bentuk kajian adalah secara kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Sejumlah 76 orang guru besar sekolah rendah kebangsaan dan sekolah rendah jenis kebangsaan dalam daerah Klang dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah sebagai responden. Dapatan daripada kajian rintis menunjukkan pekali kebolehpercayaan Cronbach Alpha ialah 0.963 bagi pembolehubah kepimpinan instruksional dan 0.992 bagi pembolehubah komuniti pembelajaran profesional. Kesemua borang soal selidik yang lengkap telah dipulangkan dan telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22 secara deskriptif dalam bentuk frekuensi, min, peratus dan sisihan piawai manakala secara inferensi adalah korelasi Pearson untuk mencari hubungan antara menyelia dan menilai pengajaran dengan amalan pembelajaran kolektif dan aplikasi. Dapatan kajian menunjukkan tahap menyelia dan menilai pengajaran guru oleh guru besar daerah Klang adalah tinggi (min=3.98) dan tahap amalan pembelajaran kolektif dan aplikasi berada pada tahap sangat tinggi (min=4.45). Terdapat hubungan signifikan yang positif dan tinggi antara amalan menyelia dan menilai pengajaran guru dengan amalan pembelajaran kolektif dan aplikasi. Implikasi kajian menunjukkan guru besar dalam daerah Klang dapat terus meningkatkan amalan menyelia dan menilai pengajaran dan amalan pembelajaran kolektif dan aplikasi agar dapat mengoptimumkan pembelajaran murid dan seiring dengan kejayaan di dalam akademik. Kesimpulannya, kajian ini telah menunjukkan bahawa amalan kepimpinan instruksional seharusnya dipraktikan agar komuniti pembelajaran profesional dapat diupayakan dan dijadikan budaya dalam kalangan warga sekolah.

Kata kunci: kepimpinan instruksional, menyelia dan menilai, komuniti pembelajaran profesional, pembelajaran kolektif dan aplikasi

Abstract

This study aimed to identify the level of teaching observation and evaluation among primary school leaders in Klang district and to identify the level of collective and application learning practice. This was a qualitative research design. A total of 76 primary school leaders in Klang district had been selected using simple random sampling as respondents. The findings from the pilot study shows Alpha's reliability coefficient was 0.963 variables for instructional leadership and 0.992 for professional learning community variables. All completed questionnaires were returned and were analysed using the Statistical Package For Social Sciences (SPSS) version 22 descriptively in the form of frequency, percentage, mean and standard deviation, while Pearson correlation is to find the relationship between the teaching observation and evaluation with

(2)

2162

collective and application learning practice. The findings showed the level of teaching observation and evaluation leadership among the primary school leaders in Klang district is high (mean = 3.98) and the level of collective and application learning practice is at very high level (mean = 4.45). There was also a significant positive and high between teaching observation and evaluation with collective and application learning practice. The implications from the findings showed that the primary school leaders should increase their teaching observation and evaluation practice within the implementation of collective and application learning practice as they are able to optimize pupils’ learning thus aligns with the academic performance. The conclusion for this research also showed the instructional leadership strength in order to cultivate professional learning community among the school community.

Keywords: instructional leadership, teaching observation and evaluation, professional learning community, collective and application learning practice

PENGENALAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM, 2013 – 2025), menggariskan aspirasi kerajaan untuk menempatkan pemimpin berkompetensi dan berprestasi tinggi di semua sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Dalam masa yang sama gaya kepimpinan instruksional merupakan tuntutan profesional yang wajar diamalkan oleh setiap guru besar selaras dengan kehendak Program Transformasi Daerah (DTP) yang telah menyarankan agar pemimpin sekolah berubah watak daripada pemimpin ceremonial kepada pemimpin instruksional. Malahan, konsep kepimpinan instruksional telah dikaji dengan meluas dalam tahun 1980an dan 1990an (Hallinger, 2003, 2012). Kajian sekolah berkesan, pelaksanaan perubahan dan penambahbaikan sekolah yang telah dijalankan di pelbagai negara oleh pengkaji-pengkaji terdahulu menjadi asas kepada dimensi kepimpinan instruksional. Ini sekaligus telah mengukuhkan kepercayaan dalam kalangan penggubal dasar dan pengamal dasar bahawa kepimpinan instruksional adalah faktor utama yang menjadikan sekolah-sekolah berkesan (Hallinger, 2011). Ini adalah kerana seorang pemimpin instruksional adalah seorang pemimpin yang menggalakkan guru untuk mencapai matlamat akademik sekolah, berusaha lebih gigih di dalam kerjayanya, dan bersedia untuk mengerakkan usaha dalam melaksanakan perubahan di sekolah.

Keperluan guru besar dalam membangunkan komuniti pembelajaran profesional (KPP) juga diutarakan oleh ramai pengkaji mengenai sekolah berkesan seperti Edmonds (1980), Sweeney (1992), Murphy (2000) dan Faizal et al. (2011) yang menyatakan guru besar perlu berperanan sebagai pemimpin instruksional. Peranan tersebut meliputi peningkatan kualiti pengajaran menerusi pemahaman luas terhadap visi pengajaran serta penetapan tahap pengharapan yang tinggi terhadap pencapaian murid. Dengan kata lain, guru besar berperanan untuk melahirkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan mewujudkan sebuah komuniti pembelajaran bagi menyedarkan warga sekolah mengenai tanggungjawab mereka untuk belajar dan mempunyai fokus yang jelas untuk menyokong pengajaran guru. Jelasnya, seorang guru besar berupaya melaksanakan aktiviti tersebut disebabkan mereka mempunyai kuasa dan autoriti muktamad untuk mempengaruhi warga guru.

Kajian ini mengkaji dimensi Mengurus Program Instruksional iaitu aspek menyelia dan menilai pengajaran guru seperti yang dinyatakan dalam model Kepimpinan Instruksional. Manakala bagi Komuniti Pembelajaran Profesional, kajian akan mengkaji dimensi Pembelajaran Kolektif dan Aplikasi.

(3)

2163

MODEL KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL HALLINGER DAN MURPHY (1985) Model Kepimpinan Instruksional Hallinger dan Murphy (1985) ini telah dibangunkan oleh Philip Hallinger dan Joseph Murphy. Hallinger dan Murphy membina modelnya dengan mengenal pasti amalan kepimpinan instruksional sepuluh orang pengetua sekolah rendah di sebuah daerah dan menganalisis kajiannya berdasarkan sekolah berkesan. Maklumat dikutip dari pengetua, staf dan pegawai pendidikan menggunakan soal-selidik berkaitan amalan kepimpinan instruksional. Maklumat tersebut dipadankan dengan bukti-bukti dokumen, pemantauan terhadap pengetua semasa penilaian klinikal, minit mesyuarat, dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pengetua. Terdapat sepuluh fungsi kepimpinan bagi dimensi kepimpinan instruksional di dalam model ini iaitu merangka matlamat sekolah, menyampaikan matlamat sekolah, menyelia dan menilai pengajaran, menyelaras kurikulum, memantau kemajuan murid, mengawal waktu pengajaran, mnegekalkan ketampakan, menyediakan insentif untuk guru, menggalakkan pembangunan profesional, dan menyediakan insentif untuk pembelajaran.

Dimensi mengurus program pengajaran ini melihat bagaimana pengetua bekerjasama dengan guru dalam bidang kurikulum dan pengajaran. Pengetua bertindak selaku penyelia dan menilai bagaimana matlamat sekolah diterjemahkan dalam amalan bilik darjah. Penyelarasan oleh pengetua amat penting bagi memastikan murid menerima pengajaran yang bersesuaian dengan matlamat sekolah. Selain itu pemantauan kemajuan murid di setiap tahap (tingkatan) perlu ditekankan oleh pengetua. Penglibatan pengetua memantau kemajuan murid sama ada antara kelas mahupun antara tingkatan amat penting walaupun kurang dilaksanakan (Hallinger & Murphy, 1987). Maklumat tentang pencapaian murid boleh dijadikan panduan untuk menetapkan matlamat, menilai program dan aktiviti pengajaran dan mengukur kemajuan matlamat sekolah. KERANGKA KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL ZURAIDAH (2010)

Zuraidah (2010) telah membangunkan satu profil atau kerangka KPP sekolah menengah untuk melihat dan menggambarkan pendekatan dan cara-cara kepimpinan sekolah serta guru-guru memainkan peranan dalam membentuk KPP di sekolah masing-masing.

Profil atau kerangka KPP sekolah menengah ini telah membawa kepada proses penambahbaikan sekolah berdasarkan lima dimensi utama yang juga bersandarkan pada Model Hord (1997). Setiap dimensi yang dibangunkan mempamerkan citarasa pendidikan Malaysia iaitu ciri amalan, sikap guru secara individu mahupun secara berpasukan. Zuraidah (2010) telah mengenal pasti 6 amalan atau ciri KPP mengandungi 31 atribut yang telah dipecahkan mengikut 3 fasa amalan KPP iaitu fasa permulaan, fasa pelaksanaan dan fasa pengamalan.

Fasa dan Dimensi Permulaan Pelaksanaa Pengamalan

Pembelajaran Kolektif dan Aplikasi Berkongsi maklumat dengan berkolaborasi Berdialog Berani menerima risiko Menyelesaikan masalah dan menganggap kesilapan satu pembelajaran Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan strategi PdPc

(4)

2164 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Rajah 1.2 di bawah menunjukkan kerangka konseptual bagi kajian ini. Terdapat dua bahagian dalam kerangka konseptual kajian yang terdiri daripada kepimpinan instruksional dan juga amalan Komuniti Pembelajaran Profesional. Dimensi kepimpinan instruksional menggunakan Model Kepimpinan Instruksional Hallinger dan Murphy (1985) dan amalan KPP di sekolah berasaskan Kerangka Komuniti Pembelajaran Profesional oleh Zuraidah (2010).

Pemboleh ubah bersandar pula terdiri daripada kepimpinan instruksional guru besar yang diadaptasi daripada Model Kepimpinan Pengajaran Hallinger dan Murphy (1985). Kajian ini mengkaji dimensi Menguruskan Program Instruksional. Model ini dianggap paling komprehensif dan sesuai dalam kajian ini kerana menggunakan definisi kepimpinan secara luas (Zakaria; 2014). Ini adalah kerana model ini mengambil kira semua aspek dan proses yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran yang bermula daripada perancangan visi sekolah, pelaksanaan visi dalam bentuk program sehinggalah pembentukan iklim sekolah yang kondusif dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang mantap.

Pemboleh ubah kedua dalam kajian ini ialah amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) di sekolah. Aspek Komuniti Pembelajaran Profesional ini adalah menggunakan Kerangka Komuniti Pembelajaran Profesional Zuraidah (2010). Kerangka ini turut dikenali sebagai Profil Komuniti Pembelajaran Profesional Sekolah Menengah. Kajian ini hanya mengkaji dimensi Pembelajaran Kolektif dan Aplikasi.

Deof0rr

Rajah 1.2: Kerangka Konseptual Kajian

Sumber: Model Kepimpinan Instruksional Hallinger dan Murphy (1985dan Kerangka Komuniti Pembelajaran Profesional Zuraidah (2010)

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan instruksional dan hubungannya dengan amalan KPP di sekolah-sekolah rendah daerah Klang.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian adalah untuk:

i. Mengenal pasti tahap amalan menyelia dan menilai pengajaran guru dalam kalangan guru besar di sekolah rendah daerah Klang

ii. Mengenal pasti tahap amalan pembelajaran kolektif dan aplikasi di sekolah-sekolah rendah daerah Klang

iii. Adakah terdapat hubungan antara amalan menyelia dan menilai pengajaran guru dengan amalan pembelajaran kolektif dan aplikasi di sebuah sekolah?

Kepimpinan Instruksional Mengurus Program Intruksional o Menyelia dan menilai pengajaran guru Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) di sekolah  Pembelajaran Kolektif dan Aplikasi

(5)

2165 HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis kajian yang dibentuk adalah seperti berikut:

Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan instruksional dengan amalan KPP di sekolah rendah.

DAPATAN KAJIAN

Analisis dapatan kajian dijalankan mengikut persoalan kajian yang telah dinyatakan pada bahagian sebelumnya. Hasil analisis dapatan kajian dihuraikan secara terperinci seperti berikut: Persoalan kajian pertama: Apakah tahap amalan menyelia dan menilai pengajaran guru dalam kalangan guru besar sekolah rendah daerah Klang?

Di dalam dimensi kepimpinan instruksional iaitu Mengurus Program Instruksional, aspek yang dikaji adalah menyelia dan menilai pengajaran Analisis deskriptif telah dijalankan bagi melihat tahap amalan ini dalam kalangan guru besar sekolah rendah daerah Klang. Huraian analisis deskriptif adalah seperti berikut.

i. Menguruskan Program Instruksional

Di bawah dimensi ini, terdapat konstruk Menyelia dan Menilai Pengajaran. Analisis deskriptif yang melibatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai dijalankan bagi menentukan tahap kepimpinan instruksional bagi aspek Menyelia dan Menilai Pengajaran yang paling kerap digunakan seperti jadual 1.1 di bawah.

Jadual 1.1: Menyelia dan Menilai Pengajaran Menyelia dan Menilai

Pengajaran STS TS KS S SS Min Sisihan Piawai Interpretasi 11. Saya melaksanakan pencerapan secara formal di kelas - - 12 15.8% 26 34.2% 38 50.0% 4.34 0.740 Sangat tinggi 12. Saya melaksanakan pencerapan secara tidak formal di kelas - - 11 14.5% 37 48.7% 28 36.8% 4.22 0.685 Sangat tinggi 13. Saya memastikan pengajaran guru dalam kelas adalah bersesuaian dengan matlamat sekolah - - 12 15.8% 41 53.9% 23 30.3% 4.14 0.667 Sangat tinggi 14. Saya mengadakan perjumpaan bagi membantu guru agar bekerja seiring dengan matlamat sekolah - - 18 23.7% 30 39.5% 28 36..8% 4.13 0.772 Sangat tinggi 15. Saya menilai PdPc guru bagi memastikan ia berkaitan dengan - 2 2.6% 16 21.1% 29 38.2% 29 38.2% 4.12 0.832 Sangat tinggi

(6)

2166 matlamat sekolah

16. Saya menyatakan kekuatan PdPc guru secara lisan selepas pencerapan - 2 2.6% 16 21.1% 35 46.1% 23 30.3% 4.04 0.791 Sangat tinggi 17. Saya menyatakan kelemahan PdPc guru secara lisan selepas pencerapan 2 2.6% 5 6.6% 22 28.9% 30 39.5% 17 22.4% 3.72 0.974 Tinggi 18. Saya menyatakan kekuatan PdPc guru secara bertulis 2 2.6% 3 3.9% 24 31.6% 30 39.5% 17 22.4% 3.75 0.940 Tinggi 19. Saya menyatakan kelemahan PdPc guru secara bertulis

2 2.6% 3 3.9% 23 30.3% 38 50.0% 10 13.2% 3.67 0.855 Tinggi 20. Saya menyatakan secara khusus amalan PdPc guru yang bersesuaian dengan objektif kurikulum kelas secara bertulis 2 2.6% 3 3.9% 23 30.3% 38 50.0% 10 13.2% 3.67 0.855 Tinggi KESELURUHAN 3.98 0.640 Tinggi

Jadual 1.1 menunjukkan bahawa secara keseluruhan tahap kepimpinan instruksional bagi aspek menyampaikan menyelia dan menilai pengajaran guru oleh guru besar berada pada tahap tinggi (min=3.99 dan sp=0.640). Antara kesepuluh-sepuluh item, item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah saya melaksanakan pencerapan secara formal di kelas (min=4.34 dan sp=0.740). Dari segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa seramai 38 orang (50%) guru menyatakan sangat setuju, , seramai 26 orang (34.2%) menyatakan setuju dan seramai 12 orang (15.8%) menyatakan kurang setuju. Terdapat 2 item yang mempunyai min yang paling rendah iaitu saya menyatakan kelemahan PdPc guru secara bertulis dan saya menyatakan secara khusus amalan PdPc guru yang bersesuaian dengan objektif kurikulum kelas secara bertulis (min=3.67 dan sp=0.855). Dari segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa seramai 38 orang (50%) menyatakan setuju, 23 orang (30.3%) menyatakan kurang setuju, 10 orang (13.2%) menyatakan sangat setuju dan 2 orang (2.6%) menyatakan tidak setuju.

Persoalan kajian kedua: Apakah amalan pembelajaran kolektif dan aplikasi di dalam KPP di sekolah-sekolah rendah daerah Klang?

Pengkaji akan melihat tahap pembelajaran kolektif dan aplikasi di dalam KPP sekolah rendah daerah Klang. Huraian analisis deskriptif adalah seperti berikut.

i. Pembelajaran Kolektif dan Aplikasi

Konstruk ketiga ini mengandungi sepuluh item. Analisis deskriptif telah dijalankan bagi melihat tahap amalan KPP dalam kalangan guru besar di sekolah rendah daerah Klang untuk ciri ini. Huraian analisis deskriptif adalah seperti berikut.

(7)

2167

Jadual 1.2: Pembelajaran Kolektif dan Aplikasi Pembelajaran Kolektif

dan Aplikasi STS TS KS S SS Min

Sisihan Piawai Interpretasi 12. Saya sentiasa bekerjasama mencari dan mencuba pelbagai teknik pengajaran di dalam PdPc dengan pentadbir - 1 1.3% - 49 64.5% 26 34.2% 4.32 0.547 Sangat tinggi 13. Saya sentiasa bekerjasama mencari dan mencuba pelbagai teknik pengajaran di dalam PdPc dengan guru - 1 1.3% - 30 39.5% 45 59.2% 4.57 0.574 Sangat tinggi 14. Saya sentiasa melakukan penambahbaikan melalui perbincangan terbuka 1 1.3% - - 43 56.6% 32 42.1% 4.38 0.632 Sangat tinggi 15. Saya sentiasa melakukan penambahbaikan melalui perbincangan kolektif 1 1.3% - - 34 44.7% 41 53.9% 4.50 0.643 Sangat tinggi 16. Saya menfokuskan peningkatan kemahiran guru dalam PdPc 1 1.3% - 34 44.7% 41 53.9% 4.51 0.577 Sangat tinggi 17. Saya sentiasa mencari penyelesaian masalah 1 1.3% - 2 2.6% 32 42.1% 41 53.9% 4.47 0.683 Sangat tinggi 18. Saya sentiasa mengganggap kesilapan adalah satu bentuk pembelajaran 1 1.3% - 2 2.6% 34 44.7% 39 51.3% 4.45 0.681 Sangat tinggi 19 Saya sentiasa mengaplikasikan pengetahuan baharu dalam PdPc 1 1.3% - 2 2.6% 34 44.7% 39 51.3% 4.45 0.681 Sangat tinggi 20. Saya sentiasa mengaplikasikan 1 1.3% - 4 5.3% 32 42.1% 39 51.3% 4.42 0.717 Sangat tinggi

(8)

2168 kemahiran baharu dalam PdPc 21. Saya sentiasa mengaplikasikan strategi baharu dalam PdPc 1 1.3% - 2 2.6% 32 42.1% 41 53.9% 4.47 0.683 Sangat tinggi KESELURUHAN 4.45 0.571 Sangat tinggi Jadual 1.2 menunjukkan bahawa secara keseluruhan tahap amalan atau ciri pembelajaran kolektif dan aplikasi dalam kalangan guru besar di sekolah rendah daerah Klang berada pada tahap sangat tinggi (min=4.45 dan sp=0.571). Antara kesepuluh-sepuluh item, item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah saya sentiasa bekerjsama mencari dan mencuba pelbagai teknik pengajaran di dalam PdPc dengan guru (min=4.57 dan sp=0.574). Dari segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa seramai 45 orang (59.2%) guru menyatakan sangat setuju, seramai 30 orang (39.5%) menyatakan setuju dan seramai 1 orang (1.3%) menyatakan sangat tidak setuju. Manakala item yang mempunyai min yang paling rendah ialah sentiasa bekerjasama mencari dan mencuba pelbagai teknik pengajaran di dalam PdPc dengan pentadbir (min=4.32 dan sp=0.547). Item ini dari segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa seramai 49 orang (64.5%) menyatakan setuju, 26 orang (34.2%) menyatakan sangat setuju dan 1 orang (1.3%) menyatakan sangat tidak setuju.

Persoalan kajian ketiga: Apakah terdapat hubungan antara menyelia dan menilai pengajaran guru dengan dengan pelaksanaan pembelajaran kolektif dan aplikasi di sekolah rendah?

Analisis korelasi Pearson dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara kepimpinan instruksional dengan amalan KPP seperti Jadual 1.3.

Jadual 1.3: Korelasi Pearson Hubungan Kepimpinan Instruksional dengan Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional

MENYELIA DAN MENILAI PENGAJARAN PEMBELAJARAN KOLEKTIF DAN APLIKASI MENYELIA DAN MENILAI PENGAJARAN Korelasi Pearson (r) Sig. (2-hujung) N 1 76 .399** .000 76 PEMBELAJARAN KOLEKTIF DAN APLIKASI Korelasi Pearson (r) Sig. (2-hujung) N .399** .000 76 1 76 ** Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2-hujung)

Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara menyelia dan menilai pengajaran guru dengan amalan pembelajaran kolektif dan aplikasi berdasarkan di sekolah rendah

Jadual 1.3 menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara menyelia dan menilai pengajaran guru di dalam kepimpinan instruksional dengan amalan pembelajaran kolektif dan aplikasi di dalam KPP dengan nilai r hasil ujian inter-korelasi Pearson ialah r=.399. Hubungan yang terbentuk adalah korelasi positif tetapi lemah antara tahap amalan kepimpinan instruksional dan tahap amalan KPP. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat

(9)

2169

perbezaan yang signifikan antara kepimpinan instruksional guru besar dengan amalan KPP kerana ujian korelasi ini menunjukkan signifikan pada p>01. Kajian ini telah menunjukkan yang hipotesis nul (Ho1) gagal diterima. Hasil kajian ini juga telah membuktikan bahawa terdapat perkaitan di antara tahap amalan menyelia dan menilai pengajaran guru dengan pembelajaran kolektif dan aplikasi dalam kalangan guru besar sekolah rendah daerah Klang.

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian telah menunjukkan tahap amalan menyelia dan menilai pengajaran guru dalam kalangan guru besar sekolah rendah dalam daerah Klang adalah pada tahap tinggi sahaja. Namun, dalam aspek menyelia dan menilai pengajaran guru, item seperti ‘saya menyatakan kekuatan dan kelemahan PdPc secara lisan dan bertulis selepas pencerapan’ serta ‘saya menyatakan secara khusus amalan PdPc guru yang bersesuaian dengan objektif kurikulum kelas secara bertulis’ juga mencapai tahap tinggi sahaja berbanding item-item lain. Apa yang cuba dibuktikan ialah guru besar berjaya menyelia dan menilai pengajaran guru tetapi tidak mengambil peluang untuk berbincang dengan guru kekuatan dan kelemahan PdPc mereka sama ada secara bertulis mahupun lisan. Kajian menunjukkan pengetua yang mengamalkan pemantauan dan penyeliaan menyokong pembelajaran dalam kalangan guru (Nor Foniza & Mohd Izham, 2013). Dapatan ini juga seiring dengan dapatan kajian Nor Azlin (2005) yang pengetua masih memberi tumpuan kepada pengurusan bukan profesional seperti pentadbiran, menghadiri mesyuarat dan tidak berkaitan langsung dengan pengajaran.

Dapatan kajian menunjukkan aspek pembelajaran kolektif dan aplikasi berada pada tahap sangat tinggi.. Kajian ini juga telah membuktikan bahawa guru besar daerah Klang telah memulakan, melaksanakan dan mengamalkan KPP di sekolah mereka (Zuraidah, 2010). Kekuatan guru besar yang mengamalkan penyeliaan dan penilaian pengajaran guru akan menjadi seiring dengan pelaksanaan pembelajaran kolektif dan aplikasi Guru Besar mula menyedari kepentingan meningkatkan amalan instruksional yang bertujuan untuk mengoptimumkan pembelajaran murid. Usaha sama antara pentadbir dan guru untuk mencari dan mencuba pelbagai teknik pengajaran, meningkatkan kemahiran guru di dalam PdPc, mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi baharu dibuat melalui perbincangan terbuka dan kolektif sesama mereka. Yusri dan Aziz (2014) yang menyatakan kompetensi pengajaran guru sebagai keupayaan pengetahuan dan kemahiran serta mempunyai sikap positif untuk menterjemah pengetahuan itu kepada satu bentuk imej supaya murid moleh memahami dengan mudah dan boleh menggunakan dalam kehidupan seharian. Hallinger dan Murphy (1987) juga sangat menekankan fungsi guru besar sebagai pemimpin untuk pembelajaran di sekolah (Yusri & Aziz, 2014). Malahan ini membuktikan alat-alat kolaboratif KPP seperti sharing session, peer coaching, data analysis, learning walk, lesson study dan video critique di laksanakan dengan optimum dalam kalangan warga sekolah sekolah rendah daerah Klang telah berlaku dengan optimum. Sekali kali lagi, ini membuktikan bahawa amalan kepimpinan instruksional dalam kalangan guru besar sekolah rendah daerah Klang telah berjaya diupayakan.

IMPLIKASI

Kajian ini menyumbang implikasi yang bermakna kepada sistem pendidikan khususnya dalam aspek organsisasi dan kepemimpinan pendidikan. Kajian ini telah mengenal pasti aspek penting dalam kepemimpinan pendidikan iaitu kepemimpinan instruksional dan komuniti pembelajaran profesional yang memberi kesan positif terhadap kualiti pengajaran guru di bilik darjah. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, kerajaan telah menggariskan dengan jelas hasrat untuk meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah bagi menambah lagi keberkesanan

(10)

2170

organisasi pendidikan khususnya di peringkat sekolah. Kajian ini berjaya mengenal pasti tiga elemen yang saling berkait untuk meningkatkan keberkesanan organsiasi sekolah iaitu pemimpin instruksional guru besar, kompetensi pengajaran guru dan amalan komuniti pembelajaran profesional untuk mengoptimumkan pembelajaran murid.

KESIMPULAN

Hasil kajian kuantitatif ini mendapati amalan menyelia dan menilai pengajaran guru dalam kalangan guru besar sekolah rendah daerah Klang adalah pada tahap tinggi berbanding dengan amalan pembelajaran kolektif dan aplikasi berada pada tahap sangat tinggi. Namun, kedua-dua aspek ini mempunyai hubungan yang positif dan tinggi. Dapatan ini telah berjaya menunjukkan bahawa guru besar sekolah rendah daerah Klang mengamalkan kepimpinan instruksional dan komuniti pembelajaran profesional di sekolah mereka. Penekanan yang jelas harus diberikan dalam usaha meningkatkan lagi amalan menyelia dan menilai pengajaran guru dan hubungannya dengan pembelajaran kolektif dan aplikasi di sekolah. Apabila dua perkara ini diberikan tumpuan secara khusus, kemenjadian murid secara langsung akan dapat dilihat keberkesanannya serta impaknya secara menyeluruh.

Rujukan

Hallinger, P. & Murphy, J. 1985. Assessing and Developing Principal Instructional Leadership. Journal of Educational Leadership. 45(1).

Hallinger, P. 2011. Leadership For Learning: Lessons From 40 Years Of Empirical Research. Journal of Educational Administration, 49 (2): 125 – 142.

Jameela Bibi Abdullah & Jainabee Md. Kassim. 2011. Amalan Kepimpinan Instruksional Dalam Kalangan Pengetua Sekolah Menengah di Negeri Pahang: Satu Kajian Kualitatif. Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Pendidikan 31: 97 – 105

James Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah. 2013. Kepimpinan Instruksional Satu Panduan Praktikal. Selangor: PTS Akademia. Edisi 2

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Yusri Ibrahim & Aziz Amin. 2014. Model Kepemimpinan Pengajaran Pengetua dan Kompetensi Pengajaran Guru, Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Januari 2014, 2(1): 11 – 25.

Murni binti Mohamad Yassin. 2015. The Ideology of Instructional Leadership among Principals On Students Achievement. Proceeding of Pekan International Education Centre.

Nor Foniza Maidin & Mohd Izham Mohd Hamzah. 2012. Pengetua Pemacu Organisasi Pembelajaran.Tugasan Individu NPQEL

Zuraidah Abdullah. 2016. Komuniti Pembelajaran Profesional di Malaysia: Amalan Penambahbaikan Sekolah. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Referensi

Dokumen terkait

Dari kondisi suhu dan kelembaban udara yang terjadi maka secara umum rumah kumbung dengan atap dan dinding dari daun sagu dapat di jadikan pilihan contoh bangunan

Kaedah Kuantitatif digunakan dalam kajian ini yang mana pendekatan deskriptif iaitu kajian berbentuk tinjauan untuk mendapatkan segala maklumat daripada pelajar terhadap

ini berarti bahwa alternative hypothesis yang menyatakan bahwa ada perbedaan nilai membaca yang membaca yang signifikan dari penggunaan strategi PQ4R pada siswa

Untuk cetak lembaran yang sdh diisi, klik ganda record bulan yang diinginkan pada tabel, kemudian pilih pilihan KPA atau Non KPA seperti terlihat pada gambar berikut,

Dalam meminimalisisr terjadinya konflik dari media sosial, perlu di imbangi pemanfaatan media sosial dengan bijak agar masyarakat dapat memetik kemanfaatan hasil

Gambar 4.5 menggambarkan bagaimana model kuantifikasi yang dikembangkan pada penelitian ini dapat digunakan untuk mengidentifikasi dan mengkuantifikasi total manfaat dari

Jabatan Biologi Sel dan Molekul, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, 43400 Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.. 95 Mohd Sabri Pak Dek (Dr.) 517-16

Jabatan Perkhidmatan Pelajar Aras 5, Bangunan Pusanika Universiti Kebangsaan Malaysia 43650 Bangi, Selangor..