• Tidak ada hasil yang ditemukan

EJAAN JAWI ABAD KE 17 BERDASARKAN SURAT SULTAN ISKANDAR MUDA ACEH KEPADA RAJA INGGERIS, JAMES I (1615M)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "EJAAN JAWI ABAD KE 17 BERDASARKAN SURAT SULTAN ISKANDAR MUDA ACEH KEPADA RAJA INGGERIS, JAMES I (1615M)"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

148

EJAAN JAWI ABAD KE 17 BERDASARKAN SURAT SULTAN ISKANDAR MUDA ACEH KEPADA RAJA INGGERIS, JAMES I (1615M)

Sabariah Sulaiman, Ding Choo Ming, Teo Kok Seong1 Mohd Asmadi Yakob2

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk memberi gambaran tentang sistem ejaan Jawi yang pernah digunakan di Alam Melayu dalam abad ke 17. Walau pun perkataan ‘sistem” mungkin kurang tepat digunakan namun sistem yang dimaksudkan itu bukanlah seperti sistem yang digunapakai kini iaitu sesuatu bentuk yang terancang tetapi sistem dalam kajian ini lebih kepada makna ejaan Jawi yang digunakan secara menyeluruh dalam abad-abad tersebut. Untuk mencapai tujuan tersebut, aspek yang akan dianalisis ialah bentuk dan kaedah ejaan Jawi dalam surat Melayu selama 300 tahun atau tiga abad dengan memberi fokus kepada Surat Sultan Iskandar Muda Aceh kepada Raja Inggeris, James I (1615M). Surat Melayu lama menjadi pilihan dalam kajian ini memandangkan nilai yang terkandung dalam surat- tersebut. Bahan tersebut adalah bersesuaian dalam usaha mengesan dan mengenalpasti bentuk ejaan Jawi yang pernah digunakan pada peringkat awal di Alam Melayu sebelum perubahan yang membawa kepada sistem ejaan Jawi yang digunakan kini. Perubahan dan perkembangan yang dimaksudkan adalah hasil perancangan bahasa yang telah dilakukan untuk membaiki, memantapkan dan lebih-lebih lagi memurnikan tulisan Jawi agar boleh diterima sebagai media komunikasi yang popular. Merujuk kepada ejaan Jawi abad ke 17, berdasarkan Surat Sultan Iskandar Muda (1615M) bentuk ejaan dalam abad tersebut mempunyai ciri-ciri berikut iaitu masih mengekalkan tanda syaddah serta tanda syaddah dan baris. Bentuk ini menunjukkan warisan dari ejaan Arab yang menggunakan tanda diakritik tersebut. Walau bagaimanapun tanda-tanda lain tidak kelihatan lagi dalam surat tersebut. Dari segi bentuk ejaan bagi kata ganda, ejaan Jawi abad ke 17 telah mempunyai kaedah penulisan sendiri iaitu perkataan ditulis berulang dua kali tanpa menggunakan tanda sempang. Dalam aspek diftong pula, masih belum ada kaedah ejaan bagi kata diftong. Oleh itu cara membaca perkataan diftong bergantung kepada kecekapan individu sahaja.

PENGENALAN

Tulisan Jawi sudah membina tradisi ilmu di Alam Melayu yang terdiri daripada 30,000 buah pulau dengan lebih daripada 1,000 dialek dan bahasa yang berbeza-beza antara atau kumpulan etnik dengan satu kumpulan etnik yang lain. Seperkara yang menarik dan pasti adalah tulisan Jawi sudah digunakan di sekurang-kurang 72 buah istana. Kesemua istana itu adalah pusat kerajaan, pentadbiran, kebudayaan, ekonomi, pendidikan dan pemikiran, walaupun bukan semuanya telah menghasilkan karya manuskrip. Menurut Ding (2009) hanya sekitar 30% daripada 10,000 buah manuskrip Melayu yang telah dikaji. Hal ini memberi gambaran bahawa masih banyak ilmu dan maklumat peribumi Melayu dalam pelbagai bidang belum diketahui. Antara lain sebab utama keadaan ini berlaku tentulah seperti yang dinyatakan Ab. Razak Ab. Karim (2006) secara umum dengan mengakui manuskrip Melayu lama amat sukar dibaca kerana ditulis dalam tulisan Jawi dengan pelbagai gaya dan bentuk. Isu berbangkit di sini ialah apakah gaya dan bentuknya?.

Menyedari kedudukan manuskrip Melayu lama sebagai khazanah warisan yang amat berharga, selain banyak usaha telah dilakukan untuk menjaganya dari semasa ke semasa, tetapi juga perlu ada usaha terus

1

Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia

2

(2)

149

menerus untuk memahami dan menghayati isi kandungan manuskrip yang berkenaan. Kalau masalah pertama itu melibatkan penjagaan fizikal manuskrip itu, tetapi masalah kedua bukan sahaja bergantung pada langkah penjagaan aspek fizikal itu, tetapi juga melibatkan pemahaman isi teks yang berkenaan. Masalah kedua ini yang melibatkan sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam teks yang berlainan. Yang ingin diketahui, adakah ejaan yang berlainan itu mempunyai sistem berlainan atau tidak? Jika ada dan jika diikuti dengan betul-betul sudah tentu teks dari satu tempat dan satu masa yang berkenaan mempunyai bentuk dan gaya ejaan yang tertentu. Segala persoalan tersebut bakal terungkai dengan adanya pengkajian dari semasa ke semasa ke atas bentuk ejaan Jawi yang digunakan dalam manuskrip Melayu lama. Sehubungan itu kertas kerja ini akan membincangkan tentang bentuk ejaan Jawi yang digunakan dalam abad ke 17 menerusi penelitian terhadap ejaan perkataan dalam Surat Sultan Iskandar Muda Aceh kepada Raja Inggeris, James I (1615M). Pemilihan surat tersebut dibuat kerana menurut Merriam (2001) dalam kajian kualitatif yang melibatkan dokumen, satu bentuk analisis kandungan perlu digunakan untuk menganalisis dokumen tersebut. Hal ini kerana analisis kandungan adalah prosedur sistematik untuk menjelaskan kandungan komunikasi. Kebanyakan reka bentuk penyelidikan yang menggunakan analisis kandungan adalah berbentuk urutan yang bertolak daripada pembinaan kategori kepada persampelan, pengumpulan data, analisis dan interpretasi data.

Kajian sebegini penting dibuat memandangkan tidak ada kajian secara terperinci berhubung sistem-sistem ejaan Jawi sebelum abad 20 dilakukan selama ini. Sudah tentu sebutan dan ejaan tulisan Jawi selama 300 tahun dahulu itu bukan sahaja amat berlainan daripada sekarang, tetapi juga dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Tidak kira apakah perbezaan dan perubahan itu sudah dialami penutur bahasa Melayu masa dahulu, yang menariknya ialah orang Melayu daripada kurun 19 masih boleh memahami tulisan Jawi daripada kurun ke 18, dan mungkin juga orang Melayu daripada kurun ke 18 itu memahami tulisan Jawi daripada kurun ke 17 dan seterusnya. Pemahaman mereka itu membolehkan manuskrip daripada abad 15 dan lain-lain itu disalin terus-menerus sehinggakan kita dapat mewarisi kira-kira 10,000 naskah manuskrip Melayu, termasuk surat-surat yang akan dikaji ini. Daripada apa yang berlaku itu tahulah kita betapa besarlah, sulitnya dan payahnya orang Melayu yang biasa membaca tulisan Jawi dalam buku teks dan akhbar cetak mungkin susah untuk membaca, lebih-lebih menghayati isi kandungan teks dalam tulisan Jawi yang berbeza sistemnya daripada yang mereka ketahui itu. Itulah masalah utama teks lama tidaklah menarik perhatian generasi baru. Itulah juga antara sebab-sebab utama teks lama itu adalah barang antik, barang hiasan di perpustakaan dan muzium, walaupun teks itu adalah sumber maklumat peribumi orang Melayu di Alam Melayu selama 500 tahun (Ding 2009).

PENDAPAT SARJANA TENTANG BENTUK EJAAN JAWI

Perbahasan para sarjana tentang bentuk ejaan Jawi dapat dijadikan panduan dalam memahami ejaan Jawi dalam manuskrip Melayu lama. Menurut Md. Said Haji Suleiman (1936) ejaan Jawi terbahagi kepada lima iaitu:

i. Ejaan lama, iaitu ejaan yang tidak memakai huruf saksi. Ejaan yang dirujuk ini sebenarnya ialah ejaan pengaruh Arab tahap kedua. Misalnya کم (maka) dan هدوس (sudah).

ii. Ejaan tua, iaitu ejaan yang memakai huruf saksi sekerat dan yang tidak ada huruf saksi sekerat. Ejaan yang dirujuk ini ialah ejaan pengaruh Melayu tahap pertama. Misalnya- نيا (ini), نيا (itu) dan lain-lain. iii. Ejaan baharu, iaitu ejaan yang memakai huruf saksi lengkap dalam setiap perkataan.

iv. Ejaan Arab iaitu ejaan yang mengikut ejaan asal dari bahasa Arab bagi perkataan Arab. Terdapat beberapa pengecualian, iaitu pada perkataan-perkataan yang kurang atau lebih penggunaan huruf saksi atau vokal di dalamnya.

(3)

150

v. Ejaan Kemelayuan iaitu ejaan Arab yang dimelayukan. Perkataan ini dieja dengan menambah atau mengurangkan huruf saksi. Ia bergantung pada kelancaran atau sedapnya sebutan tersebut digunakan dalam bahasa Melayu.

Sementara itu rumusan pandangan Kang (1990 & 1995), Amat Juhari (1996 & 2009) dan Hashim Musa (2006) berhubung perkembangan ejaan Jawi pula adalah seperti berikut:

i. Tahap pertama ialah mengikut sistem ejaan Arab sepenuhnya iaitu ejaan Jawi menggunakan tanda-tanda baris dan syaddah.

ii. Tahap kedua ialah dipengaruhi oleh sistem ejaan Arab (Arab gondol) iaitu mengekalkan ejaan serta huruf-huruf yang sedia ada tetapi menghilangkan baris dan tanda-tanda diakritik yang lain.

iii. Tahap ketiga ialah sistem ejaan Jawi pengaruh Melayu iaitu pengwujudan huruf-huruf saksi. Ada tiga huruf benar Arab dijadikan huruf saksi selain mengekalkannya sebagai huruf benar iaitu huruf-huruf alif ( ا), wau ( و ) dan ya (ي). Huruf-huruf saksi hanya dimasukkan pada suku kata pertama.

iv. Tahap keempat ialah sistem ejaan Jawi pengaruh Melayu dengan penambahan huruf saksi pada suku kata kedua di samping mengekalkannya pada suku kata pertama.

Menurut Ismail Abd. Rahman (2008) pada peringkat awal digunakan kaedah pengvokalan suku kata perkataan Jawi sama ada “menggunakan” atau “tidak menggunakan” tanda baris atau tanda shaddah. Kemudiannya, cara ejaan begini telah bertukar apabila menerima pengaruh setempat iaitu mengalami proses kemelayuan dengan adanya bahasa Melayu. Pengaruh yang ketara ialah kaedah pemvokalan suku kata perkataan Jawi secara abjad dengan menggunakan huruf vokal alif ( ا ), wau ( و ) dan ya (ي). Menerusi pengaruh dari bahasa Melayu ini, kaedah pemvokalan suku kata perkataan Jawi secara baris digunakan sepenuhnya dengan dizahirkan tanda baris dan shaddah dan pemvokalan secara abjad dilakukan dengan menggunakan huruf vokal alif ( ا ), wau ( و ) dan ya (ي). Jelaslah di sini bahawa, kaedah pemvokalan suku kata perkataan Jawi dengan menggunakan huruf vokal alif ( ا ), wau ( و ) dan ya (ي) dan kaedah pemvokalan suku kata perkataan Jawi dengan menggunakan tanda baris telah digunakan sejak dahulu hingga kini. Bezanya, penggunaan tanda baris dalam sistem ejaan Jawi kini tidak lagi dizahirkan seperti zaman dahulu.

TEKS SURAT SURAT SULTAN ISKANDAR MUDA ACEH KEPADA RAJA INGGERIS, JAMES I (1615M)

هدنا هدنا ڠي جار لهودرب نهوج لماع سكارف ناطلس سر دڤرد تروس

دايت ڠي تيهلڠڤ لهوا تهلرت دايت ڠي ناجرك تتح لمد ڠي ناجرك تبترم

نجوي س نات سارب ڠي سمريارب ڠي كمڠلدس نروب ارودن سرب دن سرب ڠواركرب ركورب ڠداݢ يݢلامرب ڠي رڠنڤ لهوا رڠدرت

يڠوسرب ڠي ڠتننم

ڠي جار قيرف نروچنڤ دڤرد ڤابرب متارڤب سم نروچنڤرب ڠي فموارت هدس نمرچ مافا ڠي كمڠلڤ تبا تكيارب

ّني س دڤرد نارهدنبرڤ نكوڤمڠم

قيرڤ ّني س ناد سم

نلبتمرب سم ڠياڤرب ڠي سنج نليبسم متارڤ نكوڤمڠم ڠي اديلس يركن ڠنوك دڤ نميارڤ يركن لمد ڠي ّيّكل دڤرد ناد

ڠي

ثترب ڠي سم نکيمر بيمرب ڠي سم نلاڤرب ڠي دوک نکوڤمڠم ڠي جار سم ّويچ ڠي سم نا ّتّڤرب ڠي ّتّک سنارب پترب

سم ڠّککرب ڠي ّنيک ستارب

هجكارب ڠي ناد ساوس ڠڤوتکرب ناد ساوس هرزرب ڠي جار تامرڤب

ڠي ساوس تنکرب قيرڤ بنسمرب سم ڠداڮرب

تّنرب

هجاڮرب ڠي جار ساوس

اوس کڠت کڠرب

هجاڮرب ڠي ناد ساوس نلاڤرب ڠي دوکرب ڠي ناد ساوس راڮڠت سا ڠي ناد ساوس ڠبنلرب ڠي ناد ساوس سىيرڤرب ڠي ناد س

ڠي جار تامرڤب سم بتمرب ڠي ناد قيرڤ ناد ساوس ناد سم تل آرب ڠي ناد ساوس ڠڮرب ڠي ناد قيرڤ ڤکرب ڠي ناد قيرڤ سيرک

کم رّلڮرب ڠي سم ناشن دڤرد ريد ناشن نکاهرڮڠڽم

ساوس ناشنرب جار دڤرد نروتم نروت ڠي لماع ّت

ستارب ڠي جارجر نکوڤمڠم ڠي جار

دڤک قّلعت ڠي يرڮن لمد ڠي برغم قيهڤ دڤرد ناد رواس تابک قّلعت ڠي يرڮن لمد ڠي ناد ّلّدک قلعت ڠي يرڮن لمد ڠي قشرم قيهڤ دڤرد ستار

(4)

151

ولارد لهوڤ هجوت نڠارقڤ هجاڮ تّومم ڠي جار سرابک ناد نميارڤک

دڤرد ناد هدنا هدنا ڠي ناهرڮڠسرڤ ناد نيکاڤ کلس دڤرد ڤابرب ناد ت

دڤرد نيهبكل لهورب ڠي جار ّلّم ّلّم ڠي تاجن س کلس

هڤلم

جار تييا ملا َّسلاراد هچ آ يرڮن ناجرک تتح لمد ّيّکلس لماع وسر نهوت نيهبكل

دڤرد ّيّکلس لماع وسر نهوت نکا ّيّجڤ چوڤ ڤچوڠم سايّتن ڠي

پنکهڤلمد

ترڤس قشرم قيهڤ دڤرد يرڮن نکهرپم دڤ پايّنركا نهاڤمكل

ناد نّکر ناد نياڤ ناد ڠجنت ناد نهاسا ناد ّلّد ناد ڠّيتم ناد ڠتيسب ناد قلرڤ ناد سياڤ ناد نڠاسڤ ناد ڠلارسم ناد رديڤ ناد قبول

رواس تابک قّلعت ڠي يرڮن کلس ناد رواس تبا

ڤ دڤرد کم ييرڮردنا ناد ڠهاڤ ناد قيرڤ ناد

يااد ناد ڠّلچ يرڮن ترڤس برعم قيه

ڠي جار دڤک ڠتاد بيجم ناد ڠبملڤ ناد بريلس ناد لووکڠب ناد روڤردنا ناد اديلس ناد نميارڤ ناد وکيت ناد نمسڤ ناد سربا ناد

لماع وسر نهوت نککلکد يدنلريا يرڮن ناد سينرف يرڮن ناد نيتارب يرڮن نکوڤمڠم ڠي بوقعي جار منارب ڠي سرڮڠ آ يرڮند

ّوج يّکلس

ک

ڽار

پوتّس کلس دڤرد ّيا پارک وج پيڠولتد ناد پناچرک

.

پوي رڠنم تچّکس للارت بهم وبه جار پارک هتا ڠربا تيا لهت س

اينب سرڮڠا ڠروا تڤاد ڠربا نکنهوم جار وبه پلمد تبسرت دا کم تيا بهم دڤک نکبهسمرڤ جار هروسد ڠي تروس

ݤ

وکيت يرڮن لمد

ا تڤاد ڠربا ناد نميارڤ ناد

ڠو

يئ

اينب قدود ت

ڮ

داڤ نامز دڤ ترڤس ناسد

تيا لّکملمادي س موحرم

.

ڠروا وبه بهم هتيت کم

سرڮڠا

ڮاينب يّرب تيک تڤاد دايت تيا جار کادنهکد ترڤس ڠي

يرڮند

نركا ناسد ڮاينب قدود تڤاد دايت ناد نميارڤ ناد وکيت

يرڮن

تيا

يرڮن

نسود

ڮلا

وتا وکيت ڠروا يايناد کج تيک دڤرد هواج

جار دڤک تيک پوب ّجک ياچشن تيا ڠروا نکا نميارڤ ڠروا

لمد يا لهاڮينب کم ڮاينب تيا جار دڤ بهم ڠي سرڮڠا ڠروا قدنه کج ّيّکلس لماع وسر نهوت هرڮنا نڠد تيا بوقعي

ناد هچ آ يرڮن

اينب پتّيڤ نکتّنڠم قدنه يا کج

ݤ

يرڮن لمد

پستكا ياينا تّوبرب ڤاي سڠرب ياڤس پنکتّنهد هچا

رڮس

تيک

يائ سکرڤ

تيک ناد

لماع وسر نهوت نکاتّهسجد تيا تيک نڠد تروس نيمرک مرکرب ڠي جار دڤ بهم يا وبه دڤرد لداع ڠي كمح نڠد نککمح

جار پارک ّوج

ناجرک تتح لمد بوقعي

يرڮن

پالم ملاس تيا سرکڠا

.

تروس نوڤ دا

لهوڤ ود بيسر ملاسا نڠلاب دڤ هچا يرڮن لمد تروسد نيا

نهتا تڤما

.

EJAAN JAWI DALAM SURAT SULTAN ISKANDAR MUDA, ACEH KEPADA RAJA INGGERIS, JAMES I (1615M) Kajian terhadap bentuk ejaan Jawi dalam Surat Sultan Iskandar Muda Aceh kepada Raja Inggeris, James I (1615M) dianalisis dari aspek kaedah ejaan iaitu penggunaan huruf vokal, penggunaan tanda diakritik, pengejaan kata ganda dan diftong.

i. Penggunaan huruf vokal

Huraf vokal atau huruf saksi dalam ejaan Jawi ada tiga iaitu alif, wau dan ya. Berdasarkan surat yang dikaji, terdapat pengwujudan vokal alif dalam beberapa patah perkataan dalam ejaan Jawi surat tersebut. Vokal alif digunakan bagi bunyi “a”. Perkataan-perkataan tersebut adalah seperti berikut:

Ejaan Jawi Ejaan Rumi Ejaan Jawi Ejaan Rumi

لماع alam سربا Barus جار raja ڠتاد datang ستار ratus ڠربا barang ڠداݢ gading هواج jauh ڠهاڤ Pahang لداع adil تبا batu تڤاد dapat

(5)

152

Vokal wau juga telah digunakan dalam suku kata pertama bagi bunyi “u” dan “o”. Contoh-contoh perkataan yang dikutip daripada surat tersebut adalah seperti berikut:

Ejaan Jawi Ejaan Rumi Ejaan Jawi Ejaan Rumi

تروس surat هجوت tujuh نهوج Johan لهوڤ puluh لهوا oleh قدود duduk دوک kuda ڠروا orang نروت turun هروس suruh ساوس suasa نکنهوم mohonkan ڤچوڠم mengucap نهوت tuhan

Di samping itu vokal ya juga telah digunakan pada suku kata pertama bagi bunyi “i” dalam surat tersebut. Ejaan Jawi Ejaan Rumi Ejaan Jawi Ejaan Rumi

دايت tiada قيهڤ pihak

قيرف perak dapat

Berdasarkan dapatan di atas, ejaan Jawi abad ke 17 telah menggunakan huruf vokal alif, wau dan ya secara agak meluas dan tekal. Hal ini menunjukkan bahawa telah ada pengaruh Melayu dalam ejaan tersebut.

i. Penggunaan tanda diakritik

Merujuk kepada tanda diakritik, sistem ejaan Jawi dalam Surat Sultan Iskandar Muda (1615M) masih menggunakan tanda diakritik tetapi tidak secara sepenuhnya. Tanda diakritik yang paling banyak digunakan ialah tanda syaddah. Berdasarkan contoh-contoh di bawah, tanda syaddah digunakan bagi mengeja dua huruf sama yang berturutan dengan cara menghilangkan huruf kedua dan meletakkan tanda syaddah atas huruf pertama.

Ejaan Jawi Ejaan Rumi Ejaan Jawi Ejaan Rumi

ّني س seni ّيّجڤ pujian ّتّک kati پايّنركا karunianya نا ّتّڤرب berpetarana ڠّيتم Tamiyang ّويچ ciu نّکر Rokan ڠّککرب berkekang ڠّلچ Calang رّلڮرب bergelar ّوج jua ّتکم Megat ّيا ia ّلّد Duli تچّکس sukacita

ّلّم mulia لّکملمادي س Said al-Mukammal

قّلعت takluk ّجک keji

تّومم memuat تّوبرب berbuat

ّيّکلس sekalian يّرب beri

سايّتن nantiasa

Selain itu terdapat satu perkataan yang menggunakan tanda syaddah berbaris fathah. Penggunaan tanda tersebut adalah bagi perkataan asal bahasa Arab. Contohnya dalam ejaan perkataan Dar as-Salam.

Ejaan Jawi Ejaan Rumi ملا َّسلاراد Dar as-Salam

(6)

153

Analisis juga menunjukkan tanda Mad (panjang) masih digunakan walaupun bukan secara kerap. Contohnya dalah perkataan berikut:

Ejaan Jawi Ejaan Rumi تل آرب beralat

Berdasarkan huraian di atas, dapat dirumuskan bahawa ejaan Jawi abad ke 17 berdasarkan surat yang dikaji kurang menggunakan tanda diakritik. Tanda tersebut hanya digunakan pada perkataan tertentu sahaja dan tanda yang kerap digunakan ialah tanda syaddah.

ii. Penghilangan baris dan tanda diakritik

Bentuk ejaan Jawi dalam surat Surat Sultan Iskandar Muda (1615M) didapati telah dipengaruhi oleh sistem ejaan Arab iaitu mengekalkan ejaan serta huruf-huruf yang sedia ada. Namun begitu tanda diakritik tidak digunakan lagi/dihilangkan dari tulisan. Contohnya dapat dilihat dalam contoh-contoh berikut:

Ejaan Jawi Ejaan Rumi Ejaan Jawi Ejaan Rumi

سر seri مافا upama لمد dalam نمرچ cermin دوک kuda هدس sudah هدنا indah ڠياڤرب berpayung ركورب berukir تبا batu نات سارب beristana رد dari وتا atau ياڤس supaya ود dua هڤلم limpah ڽارک kiranya تبسرت tersebut وج jua نسود dusun وبه bahwa نهتا tahun

Dalam semua perkataan di atas, huruf vokal mahupun tanda diakritik tidak digunakan lagi dalam penulisan. Hal ini boleh dirumuskan sebagai bentuk ejaan tersebut banyak dipengaruhi oleh ejaan Arab tahap kedua iaitu penghilangan tanda diakritik dan baris.

iii. Kata ganda

Kata ganda atau kata ulang merupakan perkataan yang diulang sebutannya untuk menunjukkan maksud tertentu. Kata jenis ini melibatkan penggunaan tanda angka dua (٢) yang membawa maksud perkataan tersebut diulang dua kali dalam bacaannya. Penggandaan adalah satu proses mengulang kata dasar yang berlaku kepada seluruh atau sebahagian daripada perbuatan. Kaedah penulisan kata ganda dalam ejaan Jawi terbahagi kepada 4 iaitu kata ganda penuh, kata ganda separa, kata ganda berentak dan kata ganda berimbuhan (Tan 2009).

Dalam surat yang dikaji, kata ganda dieja tanpa menggunakan tanda sempang, dengan cara mengulang eja perkataan tersebut sebanyak dua kali. Contohnya seperti berikut:

Ejaan Jawi Ejaan Rumi Ejaan Jawi Ejaan Rumi ّلّم ّلّم mulia-mulia نکيمر بيمرب berumbai-rumbai ّيّجڤ چوڤ puji-pujian نيمرک مرکرب berkirim-kiriman جارجر raja-raja هدنا هدنا indah-indah

(7)

154

Berdasarkan surat yang dikaji, adalah didapati bahawa ejaan jawi abad ke 17 belum mempunyai kaedah untuk mengeja kata ganda kata ganda penuh, kata ganda separa, kata ganda berentak dan kata ganda berimbuhan.

iv. Perkataan diftong

Diftong ialah gabungan dua huruf vokal untuk menghasilkan bunyi. Terdapat tiga bentuk bunyi diftong dalam bahasa Melayu iaitu [ai], [au] dan [oi]. Kebiasaannya diftong terletak di akhir perkataan. Walau bagaimanapun terdapat juga diftong terletak pada suku kata pertama perkataan seperti perkataan هو ءاس (sauh), هو (pauh) dan ءاڤ تو (kaut). Perkataan-perkataan ini ditulis dengan tambahan huruf ء (hamzah) bagi ءاک menghasilkan bunyi diftong tersebut.

Dalam surat yang dikaji hanya terdapat contoh bagi diftong “ai” sahaja. Diftong “ai” dieja tanpa menggunakan vokal alif untuk bunyi “ai”. Contoh bagi ejaan diftong adalah seperti berikut:

Ejaan Jawi Ejaan Rumi Ejaan Jawi Ejaan Rumi يݢلامرب bermaligai سىيرڤرب berperisai

يڠوسرب bersungai ّلّم mulia

نکيمر بيمرب berumbai-rumbai سياڤ Pasai

Merujuk kepada ejaan Jawi abad ke 17, berdasarkan Surat Sultan Iskandar Muda (1615M) bentuk ejaan dalam abad tersebut mempunyai ciri-ciri berikut iaitu masih mengekalkan tanda syaddah serta tanda syaddah dan baris. Bentuk ini menunjukkan warisan dari ejaan Arab yang menggunakan tanda diakritik tersebut. Walau bagaimanapun tanda-tanda lain tidak kelihatan lagi dalam surat tersebut. Dari segi bentuk ejaan bagi kata ganda, ejaan Jawi abad ke 17 telah mempunyai kaedah penulisan sendiri iaitu perkataan ditulis berulang dua kali tanpa menggunakan tanda sempang namun belum ada kaedah ejaan untuk membezakan antara kata ganda penuh, kata ganda separa, kata ganda berentak dan kata ganda berimbuhan. Dalam aspek diftong pula, masih belum ada kaedah ejaan bagi kata diftong. Oleh itu cara membaca perkataan diftong bergantung kepada kecekapan individu sahaja.

KESIMPULAN

Tulisan Jawi yang lahir daripada tradisi ilmu dan konvensi kepengarangan Melayu lama itu adalah juga khazanah dan pusaka bangsa Melayu yang telah digunakan sejak sekian lama. Daripada kira-kira 10,000 naskah manuskrip, termasuk surat, yang lahir di pelbagai istana kerajaan Melayu itu dalam tulisan Jawi, maka tulisan Jawi telah memainkan peranan besar dalam membina dan mewarisi tradisi ilmu dan kesarjanaan peribumi Melayu sehingga abad ke 19, sehingga peranan utama itu digantikan tulisan Rumi. Dalam masa 600 tahun ini, tulisan Jawi sudah mengalami perubahan yang besar. Disebabkan perubahan-perubahan itu, maka pengkaji manuskrip Melayu mendapati sukar membaca tulisan Jawi dalam teks dari Acheh, Bone, dan lain-lain. Perubahan-perubahan itu mesti ada sistemnya yang berbeza-beza. Dalam perkembangan bidang keilmuan ini, peranan tulisan Jawi sebagai medium komunikasi bertulis tidak dapat disangkal lagi. Justeru kajian yang terperinci dalam memahami sistem ejaan Jawi tradisi sehingga sistem yang digunakan kini merupakan satu usaha yang tidak boleh dipandang sepi kerana dengan memahami masa lalu kita akan lebih menghargai kehidupan yang dikecapi kini.

Penyelidikan dengan membandingkan sistem ejaan lama dengan ejaan Jawi baru akan mendekatkan masyarakat kepada tradisi ilmu pribumi Melayu. Dengan itu, maka penyelidikan ini juga boleh dianggap sebagai tapak kecil dalam langkah besar kerajaan Malaysia memartabatkan kembali tulisan Jawi sebagai warisan dan lambang jati diri peribumi Melayu. Harapan tinggi menggunung itu tentunya terletak pada hasil penyelidikan ini dalam merungkai banyak sekali kecelaruan, kekeliruan dan percanggahan ejaan dalam tulisan Jawi dalam tempoh 300 tahun itu. Tempuh sepanjang tiga abad itu juga amat penting dalam sejarah perkembangan tulisan Jawi dari banyak segi. Antaranya dapat membuktikan bentuk dan gaya ejaan Jawi yang

(8)

155

telah digunakan 300 tahun dahulu sama ada mengukuhkan atau menyangkal mana-mana pendapat yang sudah diberi selama ini.

RUJUKAN

Ab. Razak Ab Karim. 2006. Warkah Melayu lama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amat Juhari Moain. 1996. Perancangan bahasa sejarah aksara jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amat Juhari Moain. 2009. Sejarah perancangan Bahasa Melayu di negeri Johor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ding, Choo Ming. 2009. Manuskrip Melayu sumber maklumat peribumi Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Fatimi, S.Q. 1963. Islam comes to Malaysia. Kuala Lumpur: Malaysia Sosiological Research.

Ding, Choo Ming. 2009. Pemikiran Melayu dalam Manuskrip Melayu. Jurnal ASWARA. 195-224.

Gallop, Annabel Teh & Arps, Bernard. 1991. Golden letters writing traditions of Indonesia. London: British Library, Jakarta: Lontar Foundation

Hashim Musa. 1997. Sejarah awal kemunculan tulisan Jawi dan kedatangan Islam di kepulauan Melayu dalam tradisi penulisan manuskrip Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. ms 1-49. Ismail Abd. Rahman. 2008. Manuskrip kesusasteraan tradisional Melayu sekitar tahun 1600M: tela’ah sistem

tulisan Jawi dan analisis pemikiran Melayu nusantara, Tesis Doktor Falsafah, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kang Kyoung Seock. 1990. Perkembangan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kang Kyoung Seock. 1995. Gaya bahasa Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Md. Said Haji Suleiman. 1936. Panduan bagi Hejaan P.Bm.P.B. dalam Buku Katan Diraja Johor. Singapura: Matbaul Ahmadiah.

Merriam, S.B. 2001. Qualitative Research and Case Study Applications in Education. San Fracisco: Jossey-Bass Pub.

(9)

156 Lampiran

Surat Sultan Iskandar Muda dari Aceh kepada Raja Inggerris James I, AH 1024 (AD 1615) Bodleian Library, MS Laud Or.rolls b. 1

Huwa ‘llah ta’ala

Surat daripada Seri Sultan Perkasa Alam johan berdaulat, raja yang beroleh martabat kerajaan, yang dalam takhta kerajaan yang tiada terlihat oleh penglihat, tang tiada terdengar oleh pennengar, yang bermaligai gading, berukir berkerawang, bersendi bersidura, bewarna sadalinggam, yang berair emas, yang beristana sayojana menentang, yang bersangai berikat batu pelinggam, yang upama cermin sudah terupam, yang berpanchuran emas berpermata beberapa daripada pancuran perak; raja yang mengampukan perbendaharaan daripada seni emas, dan seni perak, dan daripada galian emas yang dalam negeri Priaman pada gunung negeri Salida; yang mengampukan permata sembilan jenis, yang berpayung emas bertimbalan yang beratnya berratus kati; yang berpetarana emas, yang berciu emas; raja yang mengampukan kuda yang berpelana emas, yang berrumbai-rumbaikan emas, yang beratnya beratus kati, yang berkekang emas berpermata; raja yang berziarah suasa, dan berketopong suasa, dan yang bergajah bergading emas, bekumban perak, bergenta suasa, yang berantai suasa; raja yang bergajah berrengka tinggi suasa, dan yang berperisai suasa, dan berlembing suasa, dan yang istinggar suasa, dan yang berkuda berpelana suasa, dan yang bergajah kursi perak, dan yang berkop perak, dan yang bergong suasa, dan yang beralat emas dan suasa dan perak, dan yang bertimba emas berpermata; raja yang menyenggerahakan nisyan diri daripada nisyan emas, yang bergelar Megat Alam, yang turun-temurun daripada raja bernisyan suasa; raja yang mengampukan raja-raja yang berratus-ratus daripada pihak mashrak, yang dalam negeri yang takluk ke Deli, dan yang dalam negeri yang takluk ke Batu Sawar, dan daripada pihak maghrib, yang dalam negeri yang takluk ke Priaman, dan ke Barus; raja yang memuat gajah peperangan tujuh puluh dari laut, dan beberapa aripada segala pakaian, dan persenggrahan yang indah-indah, dan daripada segala senjata yang mulia-mulia; raja yang beroleh kelebihan daripada limpah kelebihan Tuhan seru alam sekalian dala takhta kerajaan negeri Aceh Darussalam, iaitu raja yang nentiasa mengucap puji-pujian akan Tuhan seru alam sekalian daripada dilimpahkannya kelimpahan kerunianya pada menyerahkan negeri daripada pihak masyrik seperti Lubok dan Pedir dan Semerlang dan Pasangan dan Pasai dan Perlak dan Basitang dan Tamiyang dan Deli dan Asahan dan Tanjung dan Pani dan Rekan dan Batu Sawar dan segala negeri yang takluk ke Batu Sawar dan Perak dan Pahang dan Inderagiri, maka daripada pihak maghrib negeri Calang dan Daya dan Barus dan Pasaman dan Tiku dan Priaman dan Salida dan Inderapura dan Bengkulu dan Salibar dan Palembang dan Jambi; datang kepada raja yang di negeri Inggeris yang bernama Raja Yakub, yang mengampukan negeri Britani dan negeri Fransi dan negeri Irlandia. Dikekalkan Tuhan seru alam sekalian jua kiranya kerajaannya, dan ditolonginya jua kiranya ia daripada segala seterunya.

Setelah itu barang tahu kiranya raja bahawa hamba terlalu sukacita menegar bunyi surat yang disuruh raja persembahkan kepada hamba itu. Maka ada tersebut dalamnya bahawa raja memohonkan barang dapat orang Inggeris beniaga dalam negeri Tiku dan Priaman, dan barang dapat orang itu duduk beniaga di sana, seperti pada zaman Paduka Marhum Said al-Mukammal itu. Maka titah hamba bahawa orang Inggeris yang seperti dikehendaki raja itu tiada dapat kita beri beniaga di negeri Tiku dan Priaman, dan tiada dapat duduk beniaga di sana, kerana negeri itu negeri dusun, lagi jauh daripada kita. Jika dianiaya orang Tiku atau orang Priaman akan orang itu, nescaya keji bunyi kita kepada raja Yakub itu. Dengan anugeraha Tuhan seru alam sekalian, jika ia hendak mengantarkan peturnya beniaga, dalam negeri Aceh dihantarkannya; supaya barang siapa berbuat aniaya ke atasnya segera kita pereksai, dan kita hukumkan dengan hukuman yang adil, daripada bahawa ia hamba pada raja yang berkirim-kirimkan surat dengan kita itu. Disejahterakan Tuhan seru alam jua kiranya Raja Yakub dalam takhta kerajaan Inggeris itu selama-lamanya.

Adapun surat ini disurat dalam negeri Aceh pada bilangan Islam seribu dua puluh empat tahun. Shellabear (1897:126-8)

Referensi

Dokumen terkait

Kedudukan Pegawai Negeri Sipil (PNS) sangatlah urgen yang pelaksanaan perekrutannya mengacu pada Peraturan Pemerintah Nomor 98 Tahun 2000 jo Peraturan Pemerintah Nomor

Diu#ur dari tulang leher yang men"nj"l ditengah bela#ang lurus #e bawah sampai pinggang adalah $ara mengu#ur..... Diu#ur dari bawah #erung lengan sampai batas pinggang

diterima maupun dikeluarkan dengan cara pergeseran, yakni mengeser satu bit data ke kiri atau ke kanan untuk setiap satu periode clock yang diberikan..  Jenis shift register ada

Beberapa dampak yang dirasakan murid yaitu murid belum ada budaya belajar jarak jauh karena selama ini sistem belajar dilaksanakan adalah melalui tatap muka,

peraturan perpajakan yang dikeluarkan pemerintah dalam bidang jasa konstruksi. Dengan adanya sertifikasi yang dikeluarkan oleh LPJK ini, membuat

Disamping itu perlu pula dicari kriteria mengenai batasan kewenangan dokter dalam melakukan profesinya, baik batasan secara hukum, moral, etik maupun disiplin (segi

4. Ketua prodi mengajukan usulan calon pembimbing skripsi yang sudah disepakati bersama kepada Dekan untuk dibuatkan surat keputusan pembimbing skripsi. Mahasiswa

Bahwa malam hari pada tanggal 31 November 2012, menantu saksi yang bernama Bagus Candra Kartika menjemput Terdakwah dari tempatnya bekerja dan saat di rumah saksi dan menantu