• Tidak ada hasil yang ditemukan

GARIS PANDUAN PROSES PEROLEHAN PERKHIDMATAN DI BAWAH MODUL PEMBELIAN TERUS MELALUI SISTEM EP

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "GARIS PANDUAN PROSES PEROLEHAN PERKHIDMATAN DI BAWAH MODUL PEMBELIAN TERUS MELALUI SISTEM EP"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

1

GARIS PANDUAN PROSES PEROLEHAN PERKHIDMATAN DI BAWAH MODUL PEMBELIAN TERUS MELALUI SISTEM EP

1. Tujuan

Garis panduan ini menerangkan proses perolehan perkhidmatan di bawah modul Pembelian Terus yang telah dipinda bagi membolehkan Pesanan Kerajaan dikeluarkan kepada Pembekal/Syarikat sebelum perkhidmatan dilaksanakan.

2. Latar Belakang

2.1 Proses perolehan perkhidmatan secara pembelian terus melalui sistem eP sedia ada membenarkan sesuatu perkhidmatan dilaksanakan berdasarkan kepada pengesahan dokumen Pesanan Perkhidmatan (SO) sahaja. Ini menyebabkan tanggungan peruntukan dilakukan selepas perkhidmatan disempurnakan.

2.2 Pindaan kepada proses perolehan perkhidmatan dilakukan bagi memudahkan proses perolehan Kerajaan termasuk urusan pembayaran kepada Pembekal/Syarikat. Melalui penambahbaikan ini, tanggungan peruntukan akan dilakukan di Sistem Perancangan dan Kawalan Belanjawan (eSPKB) sebaik sahaja SO diluluskan dan seterusnya Pesanan Kerajaan akan dikeluarkan.

2.3 Satu (1) pautan (hyperlink) “Pesanan Perkhidmatan Sebelum/Pada 7 Mac 2010” diwujudkan di Login Page sistem eP

bagi menyelesaikan perolehan perkhidmatan yang dicipta mulai 1

Januari 2010 hingga 7 Mac 2010.

3. Dokumen Yang Terlibat Dalam Proses Perolehan Perkhidmatan

Di dalam perolehan perkhidmatan dokumen-dokumen yang terlibat ialah :

3.1 Pesanan Perkhidmatan (Service Order - SO) adalah merupakan

dokumen pembelian terus bagi perolehan perkhidmatan yang mengandungi maklumat seperti tarikh mula dan tarikh tamat jangkaan perkhidmatan, masa mula dan masa tamat perkhidmatan serta nilai harga sebelum perkhidmatan dilaksanakan.

3.2 Pesanan Kerajaan (Local Order - LO) adalah seperti yang

ditakrifkan di bawah Arahan Perbendaharaan (AP) 176.

(2)

2

3.3 Nota Pelaksanaan Perkhidmatan (NPP) merupakan dokumen

yang dikeluarkan oleh Pembekal setelah perkhidmatan dilaksanakan. NPP mengandungi maklumat seperti tarikh mula dan tarikh tamat jangkaan perkhidmatan, masa mula dan masa tamat perkhidmatan serta nilai harga sebelum perkhidmatan dilaksanakan.

3.4 Nota Pelarasan Kredit (NPK) merupakan dokumen yang

dikeluarkan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) sekiranya terdapat pengurangan harga di NPP yang dikemukakan oleh Pembekal setelah perkhidmatan dilaksanakan.

3.5 Nota Pelarasan Debit (NPD) merupakan dokumen yang

dikeluarkan oleh PTJ sekiranya terdapat penambahan harga di NPP yang dikemukakan oleh Pembekal setelah perkhidmatan dilaksanakan.

3.6 Invois merupakan dokumen yang dikeluarkan oleh Pembekal

untuk menuntut bayaran bagi perkhidmatan yang telah dilaksanakan.

4. Aliran Proses Perolehan Perkhidmatan Di Bawah Modul Pembelian Terus Melalui Sistem eP

4.1 Penerangan aliran proses perolehan perkhidmatan di bawah modul Pembelian Terus bagi Pembekal atas talian seperti di

Carta 1.

4.2 Penerangan aliran proses perolehan perkhidmatan di bawah modul Pembelian Terus bagi Pembekal luar talian seperti di

Carta 2.

5. Peringatan kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ)

Dalam memastikan proses perolehan perkhidmatan di bawah modul Pembelian Terus berjalan dengan lancar, Kementerian/Jabatan perlu mengambil tindakan seperti berikut:

5.1 Membuat kajian pasaran supaya harga perkhidmatan yang hendak diperolehi adalah berpatutan dan mencerminkan harga semasa di samping memastikan perolehan tidak tertumpu kepada Pembekal/Syarikat tertentu selaras dengan prinsip-prinsip perolehan;

(3)

3 5.2 Memastikan SO yang telah dikeluarkan perlu diambil tindakan

berikut:

5.3 Memastikan peruntukan adalah mencukupi sebelum padanan bayaran dilakukan sekiranya NPD dikeluarkan; dan

5.4 Memastikan SO yang dikeluarkan perlu diselesaikan sehingga berstatus Menunggu Pembayaran di Buletin Tindakan selewat-lewatnya sebelum tarikh akhir Akaun Kena Bayar (AKB).

Unit ePerolehan

Kementerian Kewangan Malaysia 2 Mac 2010

Tarikh Pengeluaran

SO Tindakan Perlu Diambil

Mulai 1 Januari 2010 hingga 7 Mac 2010

Pengguna perlu mencapai pautan (hyperlink)

“Pesanan Perkhidmatan Yang Dikeluarkan Sebelum/Pada 7 Mac 2010” di Login Page

Sistem eP untuk menyelesaikan proses perolehan perkhidmatan.

Kementerian/Jabatan hendaklah memastikan SO yang telah dikeluarkan mulai 1 Januari 2010 sehingga 7 Mac 2010 diambil tindakan sehingga status Menunggu Pembayaran di Buletin Tindakan selewat-lewatnya pada 30

September 2010.

Mulai 8 Mac 2010 Pengguna mengakses Sistem eP menggunakan kaedah Login sedia ada untuk mengeluarkan SO bagi meneruskan perolehan perkhidmatan.

(4)

4 Cipta dan Serah Pesanan Perkhidmatan PEMINTA Mula

 Peminta mencipta Pesanan Perkhidmatan dan menyerahkan kepada Pelulus.

 Peminta mengesahkan NPP yang diterima daripada Pembekal:

i. Sekiranya ada pengurangan harga di NPP, Peminta mencipta NPK. ii. Sekiranya ada penambahan harga

di NPP, Peminta mencipta NPD dan diserahkan kepada Pelulus untuk kelulusan.

iii. Sekiranya tiada perubahan harga di NPP, Peminta mengesahkan NPP.  Pembekal mengemukakan invois. CARTA 1: ALIRAN PROSES PEROLEHAN PERKHIDMATAN DI BAWAH

MODUL PEMBELIAN TERUS BAGI PEMBEKAL ATAS TALIAN

 Pelulus meluluskan Pesanan Perkhidmatan dengan nilai harga sebelum perkhidmatan dilakukan.  Pada masa yang sama, sistem

ePerolehan (eP) akan menyemak peruntukan di sistem eSPKB. Sekiranya antara muka berjaya, Pesanan Kerajaan akan dihantar kepada Pembekal. Lulus

Pesanan Perkhidmatan

PELULUS

Antara muka dengan eSPKB untuk semakan

peruntukan dan komitmen Buku Vot

eSPKB

Semakan Peruntukan

Antara muka tidak berjaya

 Pembekal mengesahkan Pesanan Kerajaan.

 Pembekal melaksanakan perkhidmatan seperti di Pesanan Kerajaan.

 Pembekal mengemukakan NPP dengan nilai harga sebenar setelah perkhidmatan selesai dilakukan1.

1 Pembekal mungkin mengemukakan nilai

harga perkhidmatan di NPP yang kurang atau sama atau lebih daripada amaun di Pesanan Kerajaan. Antara muka berjaya Mengesah Pesanan Kerajaan (LO) PEMBEKAL Mencipta Nota Pelaksanaan Perkhidmatan (NPP) PEMBEKAL Ada NPD? Antara muka dengan eSPKB untuk arahan pembayaran eSPKB Antara muka tidak berjaya Antara muka berjaya Antara muka berjaya

 Pegawai Padanan Bayaran membuat padanan bayaran2.

2 PTJ hendaklah memastikan peruntukan

mencukupi sekiranya terdapat NPD. Membuat Padanan

Bayaran PEGAWAI PADANAN

BAYARAN Antara muka

tidak berjaya

Antara muka dengan eSPKB untuk semakan

peruntukan, komitmen Buku Vot dan arahan

pembayaran eSPKB Tiada Ada Tamat Cipta Nota Pelarasan Kredit (NPK) PEMINTA Mengesah NPP Pembekal PEMINTA Amaun di NPP Amaun di NPP > Amaun di LO Amaun di NPP < Amaun di LO Cipta Invois PEMBEKAL Melulus NPD PELULUS Amaun di NPP = Amaun di LO Cipta Nota Pelarasan Debit (NPD) PEMINTA

(5)

5 Cipta dan Serah Pesanan Perkhidmatan PEMINTA Mula

CARTA 2: ALIRAN PROSES PEROLEHAN PERKHIDMATAN DI BAWAH

MODUL PEMBELIAN TERUS BAGI PEMBEKAL LUAR TALIAN

Mencipta dan menyerah Nota Pelaksanaan Perkhidmatan (NPP)

secara manual kepada PTJ PEMBEKAL Menerima Pesanan Kerajaan (LO) secara manual daripada

PTJ PEMBEKAL

LUAR TALIAN

 Peminta mencipta Pesanan Perkhidmatan dan menyerahkan kepada Pelulus.

 Pelulus meluluskan Pesanan Perkhidmatan dengan nilai harga sebelum perkhidmatan dilakukan.  Pada masa yang sama, sistem

ePerolehan (eP) menyemak peruntukan di sistem eSPKB.

 PTJ perlu mencetak Pesanan Kerajaan dan mengemukakan kepada Pembekal.  Pembekal menerima Pesanan Kerajaan

secara manual daripada PTJ.

 Pembekal melaksanakan perkhidmatan seperti di Pesanan Kerajaan.

 Pembekal mengemukakan NPP secara manual dengan nilai harga sebenar setelah perkhidmatan selesai dilakukan1 1 Pembekal mungkin mengemukakan nilai

harga perkhidmatan di NPP yang kurang atau sama atau lebih daripada amaun di Pesanan Kerajaan.

Kemukakan Invois secara manual

kepada PTJ PEMBEKAL

LUAR TALIAN  Pembekal mengemukakan invois secara

manual kepada PTJ. Mengemas kini & Mengesahkan

NPP Luar Talian Pembekal PEMINTA Cipta Nota Pelarasan Kredit (NPK) PEMINTA Menunggu Invois manual Pembekal PEGAWAI PADANAN BAYARAN

Cipta Nota Pelarasan Debit (NPD)

PEMINTA

PELULUS Melulus NPD

 Pembekal mengemukakan NPP setelah perkhidmatan dilaksanakan.

 Peminta akan mengemaskini dan mengesahkan NPP Luar Talian Pembekal di dalam sistem eP:

o Sekiranya ada pengurangan harga di NPP, Peminta mencipta NPK. o Sekiranya ada penambahan harga

di NPP, Peminta mencipta NPD dan diserahkan kepada Pelulus untuk kelulusan.

o Sekiranya tiada perubahan harga di NPP, Peminta mengesahkan NPP. Amaun di NPP Amaun di NPP > Amaun di LO Amaun di NPP < Amaun di LO Amaun di NPP = Amaun di LO

Tiada Ada Ada

NPD?

 Pegawai Padanan Bayaran mengemaskini invois manual pembekal dan membuat padanan bayaran.  PTJ hendaklah memastikan peruntukan

mencukupi sekiranya terdapat NPD2. 2 PTJ hendaklah memastikan peruntukan

mencukupi sekiranya terdapat NPD.

Tamat Antara muka berjaya eSPKB Antara muka tidak berjaya Antara muka dengan eSPKB untuk arahan pembayaran Antara muka berjaya

Mengemas kini invois manual pembekal & membuat padanan

bayaran PEGAWAI PADANAN

BAYARAN

Antara muka tidak berjaya

Antara muka dengan eSPKB untuk semakan

peruntukan, komitmen Buku Vot dan arahan

pembayaran eSPKB Lulus Pesanan Perkhidmatan PELULUS Antara muka berjaya atau tidak

Antara muka dengan eSPKB untuk semakan

peruntukan dan komitmen Buku Vot

eSPKB Semakan peruntukan Petunjuk: Atas Talian Luar Talian

Referensi

Dokumen terkait