Ruj Kami : XXXXXXXXXXXXXXX ( ) Tarikh : XXXXXXXXXX XXXXXXXX
SURAT SETUJU TERIMA
(NAMA & ALAMAT SYARIKAT)
Tuan,
PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN CHEMICAL IDENTIFIER NARCOTICS DEVICE UNTUK JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK (JSJN), POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
Saya adalah dengan ini merujuk kepada tawaran tuan mengenai perkara yang tersebut di atas dan memaklumkan bahawa terma-terma sebagaimana yang terkandung di Lampiran ‘A’ bersama-sama ini dianggap menjadi terma-terma tawaran Kerajaan Malaysia dengan ini bersetuju menerima tawaran tuan.
2. Dengan penerimaan tawaran tuan oleh Kerajaan, tuan adalah diingatkan bahawa suatu ikatan terwujud di antara Kerajaan dengan syarikat tuan. Persetujuan setuju terima kontrak ini tertakluk kepada semua syarat-syarat yang terkandung di dalam dokumen perjanjian asal. Satu kontrak rasmi akan disempurnakan kemudiannya dan tuan akan diberitahu kelak oleh Kerajaan apabila pindaan dokumen-dokumen kontrak siap sedia untuk ditandatangani oleh tuan.
3. Tuan adalah diingatkan bahawa mengikut syarat-syarat kontrak, Tuan adalah dikehendaki mengemukakan dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh surat ini Bon Pelaksanaan dalam bentuk, seperti berikut:
3.1 Jaminan Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang beroperasi di Malaysia; atau
3.2 Jaminan Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat kewangan berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang beroperasi di Malaysia; atau
3.3 Jaminan Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di bawah Akta Bank Islam 1983 yang beroperasi di Malaysia; atau
3.6 Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB).
4. Amaun Bon Pelaksanaan tersebut berjumlah RMXXXXXXXXX (Ringgit XXXXXXXXXXXXXXXXXXX) yang merupakan 5% daripada nilai perjanjian setahun sebanyak RMXXXXXXXXXX (Ringgit XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX) Bon Pelaksanaan ini hendaklah laku tempoh sahnya mulai XXXXXXXXXXXX hingga XXXXXXXXXXXX iaitu satu tahun selepas tarikh tamat kontrak.
5. Kegagalan mematuhi perenggan tiga (3) dan empat (4) dalam tempoh masa yang ditetapkan, kecuali jika diabaikan dengan nyata oleh Kerajaan akan menyebabkan penerimaan ini terbatal dan selepas itu Kerajaan tidaklah dengan apa-apa cara juga bertanggungjawab kepada tuan.
6. Tarikh permulaan sebagaimana yang disebutkan dalam syarat-syarat kontrak adalah pada XXXXXXXXXXXX tetapi tiada bekalan atau perkhidmatan di bawah kontrak ini boleh dimulakan kecuali dan sehingga tuan telah mematuhi peruntukan perenggan tiga di atas.
7. Surat ini dihantar kepada tuan dalam dua (2) salinan. Sila kembalikan kepada Kementerian ini salinan asal dalam tempoh empat belas hari (14) dari tarikh surat ini setelah ditandatangani dan disaksikan dengan sempurnanya di tempat yang berkaitan. Salinan kedua surat yang telah ditandatangani itu adalah untuk simpanan tuan. Sekiranya pihak Kerajaan tidak menerima kembali Surat Setuju Terima ini dalam tempoh itu, maka tawaran ini dengan sendirinya terbatal.
8. Bersama-sama ini juga disertakan Surat Akuan Pembida Berjaya seperti di Lampiran A1 untuk ditandatangani oleh pihak tuan dan dikembalikan bersama Surat Setuju Terima ini.
Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
SETELAH MENELITI SEMUA MAKLUMAT YANG TERSEBUT DI ATAS, MAKA DENGAN INI SAYA MENGESAHKAN DAN BERSETUJU MENERIMA TAWARAN PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN CHEMICAL IDENTIFIER NARCOTICS DEVICE UNTUK JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK (JSJN), POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
TANDATANGAN KONTRAKTOR :………
NAMA PENUH KONTRAKTOR :………
NO. KAD PENGENALAN :………
NAMA JAWATAN :………
COP SYARIKAT :………
TARIKH :………
DI HADAPAN SAKSI
TANDATANGAN SAKSI :………
NAMA PENUH SAKSI :………
NO. KAD PENGENALAN :………
NAMA JAWATAN :………
s.k. :
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia Bahagian Perolehan Kerajaan Aras 3, 4 & 5 (Utara), Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62592 PUTRAJAYA
Pengerusi Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Penaksiran
Tingkat 3-12, Blok 8A
Kompleks Bangunan Kerajaan Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
Setiausaha Bahagian Bahagian Kewangan
Kementerian Dalam Negeri Aras 3, Blok D2, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62546 PUTRAJAYA
Ketua Polis Negara Polis DiRaja Malaysia
Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) (Perolehan Teknikal) Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia
Bukit Aman
50560 KUALA LUMPUR
Ketua Polis Negara Polis DiRaja Malaysia
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia Bukit Aman
LAMPIRAN ‘A’
PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN CHEMICAL IDENTIFIER NARCOTICS DEVICE UNTUK JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK (JSJN), POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
1. No. Kontrak : KDN/PL/IT/PDRM/XX/XXXX
2. Tempoh Kontrak : Satu (1) tahun
(xxxxxxxxxxxxx - xxxxxxxxxxxxxxx)
3. Nama Kontraktor/Syarikat : (NAMA & ALAMAT SYARIKAT)
Tel : 03 – XXXXXXXXX Fax : 03 – XXXXXXXXX
4. Nilai Kontrak : RMXXXXXXXXXXXXX
5. Bon Pelaksanaan : RMXXXXXXXXXXX (5% daripada nilai perjanjian setahun yang benilai
RMXXXXXXXXXXX). Sah laku sehingga XXXXXXXXXXXXXXXX
6. Tempoh Penyerahan : XXXXXXXXXXXXXXXXXX
7. Kuantiti Peralatan : Seperti di Lampiran XXX
8. Harga seunit : Seperti di Lampiran XXX
9. Kos Penghantaran : RMXXXXXX
10. Latihan : Tidak Berkaitan
11. Lain-Lain Kos (sekiranya ada)
: RMXXXXXX
12. Nilai Keseluruhan Kontrak : RMXXXXXXXXXXX
13. Jenama/Model/Negara Pembuat
: XXXXXXXXXXXXXXXXX
14. Tempoh Jaminan : XXXXXXXXX
15. Terma Pembayaran : Empat Belas (14) hari dari tarikh terima dokumen lengkap oleh Bahagian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri (KDN).
16. Dokumen Pembayaran : a) Invois Dagangan Asal
Pembekalan
d) Lain-lain dokumen berkaitan sekiranya diperlukan
* Fi Perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap nilai pesanan akan dikenakan tertakluk kepada had maksimum RM9,600.00 bagi pesanan Kerajaan yang melebihi RM1.2 juta.