• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA DAN DASAR FISKAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA DAN DASAR FISKAL"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

BANK SOALAN

KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA DAN DASAR FISKAL

BAB 3

BAHAGIAN A

1 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan keseimbangan ekonomi dua sektor.

S, I(RM Juta)

E I

S

260

0 200 1500 Pendapatan negara

(RM juta)

Kecenderungan mengguna sut ialah A 0.2

B 0.25 C 0.75 D 0.8

2 Fungsi penggunaan dalam sebuah ekonomi ialah C = 80 + 0.8Y dan pelaburan ialah RM350 juta. Berapakah pertambahan tingkat pendapatan negara sekiranya pelaburan bertambah sebanyak RM60 juta?

A RM60 juta B RM300 juta C RM650 juta D RM2 450 juta

3 Yang manakah merupakan dasar fiskal yang dapat mengurangkan inflasi?

A Mengurangkan bekalan wang dalam ekonomi B Mengurangkan perbelanjaan kerajaan

C Menurunkan kadar cukai D Menurunkan kadar bank

4 Gambar rajah yang berikut menggambarkan keseimbangan pendapatan negara dalam sesebuah negara yang tidak melibatkan campur tangan kerajaan dalam ekonomi.

(2)

AE (RM juta)

450

0 Y1

C = 250 + 0.7Y

Pendapatan negara (RM juta) C + I

Y = AE

250

Berapakah nilai tabungan pada tingkat keseimbangan pendapatan negara?

A RM200 juta C RM700 juta

B RM450 juta D RM800 juta

5 Yang berikut ialah data tentang ekonomi terbuka sesebuah negara (dalam RM juta).

C = 50 + 0.8Y I = 70

G = 50 X = 30 M = 45

Jika eksport bersih meningkat sebanyak RM20 juta, keseimbangan pendapatan negara akan berubah daripada

A RM775 juta kepada RM875 juta B RM925 juta kepada RM825 juta C RM1 000 juta kepada RM950 juta D RM1 225 juta kepada RM1 325 juta

6 Dalam analisis permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), kenaikan tingkat upah akan menyebabkan

A tingkat harga umum dan pendapatan negara menurun B tingkat harga umum dan pendapatan negara meningkat

C tingkat harga umum meningkat dan pendapatan negara menurun D tingkat harga umum menurun dan pendapatan negara meningkat

7 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan keluk permintaan agregat (AD) dan keluk penawaran agregat (AS).

Harga

0

Keluaran negara benar AD0

AD0 AS

AS AD1

AD1 Y1 Y0 P1

P0

(3)

Penurunan harga daripada P0 kepada P1 disebabkan oleh A import berkurang

B tabungan berkurang C penggunaan meningkat D cukai pendapatan meningkat

8 Yang manakah suntikan dalam aliran pusingan pendapatan?

A Cukai B Import C Tabungan D Pelaburan

9 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan keluk perbelanjaan agregat potensi (AEf) dan keluk perbelanjaan agregat sebenar (AE) bagi sesebuah ekonomi.

Perbelanjaan agregat (RM juta)

0 Y

Y = AE

AE = 1100 + 0.6Y AEf

3 000

45° Pendapatan negara

(RM juta)

Berapakah jurang KNK?

A RM100 juta B RM250 juta C RM416.67 juta D RM419.70 juta

10 Jumlah output yang dihasilkan oleh firma pada pelbagai tingkat pendapatan negara merupakan

A permintaan negara B penawaran agregat C perbelanjaan agregat D perbelanjaan kerajaan

11 Sekiranya penawaran agregat melebihi perbelanjaan agregat, maka A stok perniagaan berkurang

B inventori menjadi negatif di pasaran C perbelanjaan kerajaan melebihi hasil

D firma akan mengurangkan keluaran di pasaran

(4)

12 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan keluk permintaan agregat dan penawaran agregat sebuah ekonomi.

0 P0

Y0 Y1 E1

E0

AD0 AD0

AS

AS

AD1 AD1

P1

Pendapatan negara Harga

Pendapatan negara meningkat daripada Y0 kepada Y1 disebabkan oleh A peningkatan import C penurunan cukai input B peningkatan tabungan D penurunan cukai pendapatan

BAHAGIAN B

1 (a) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan pembentukan keluk permintaan

agregat (AD). [6]

(b) Terangkan dua faktor yang menyebabkan keluk permintaan agregat (AD) beralih

ke kanan. [4]

2 Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), terangkan bagaimana masalah pengangguran dapat diatasi melalui

(a) dasar fiskal mengembang. [5]

(b) dasar kewangan mengembang. [5]

3 Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan agregat-pendapatan (AE–Y), terangkan kesan terhadap keseimbangan pendapatan negara sekiranya kerajaan mengurangkan

cukai keuntungan syarikat. [10]

4 Dengan menggunakan gambar rajah AD-AS, terangkan kesan kenaikan kadar bunga terhadap keseimbangan harga dan pendapatan negara. [10]

BAHAGIAN C

1 Dalam suatu ekonomi tiga sektor, fungsi penggunaan ialah C = 600 + 0.8Yd, perbelanjaan kerajaan (G) ialah 500, pelaburan (I) ialah 400, dan cukai yang dikenakan oleh kerajaan ialah 500 (dalam sebutan RM juta).

(a) Hitung keseimbangan pendapatan negara. [3]

(5)

(b) Sekiranya ekonomi tersebut mencapai tingkat guna tenaga penuh pada pendapatan negara RM6 000 juta,

(i) hitung jurang KNK. [3]

(ii) berapakah perubahan perbelanjaan kerajaan yang diperlukan untuk mencapai

tingkat guna tenaga penuh? [2]

(iii) berapakah perubahan cukai yang diperlukan untuk mencapai tingkat guna

tenaga penuh? [2]

2 Yang berikut ialah data perbelanjaan agregat dalam sebuah ekonomi tertutup (RM juta).

Fungsi penggunaan (C) = 500 + 0.75Yd, dengan Yd = Y – T

Pelaburan (I ) = 250

Perbelanjaan kerajaan (G) = 150

Cukai (T) = 100

(a) (i) Hitung keseimbangan pendapatan negara. [3]

(ii) Hitung nilai tabungan pada tingkat keseimbangan. [2]

(b) Jika pendapatan negara pada tingkat guna tenaga penuh ialah RM4000 juta, berapakah perbelanjaan kerajaan yang perlu ditambah? [3]

(c) Apakah dasar belanjawan yang dijalankan oleh ekonomi tersebut? [2]

3 Dalam sesebuah ekonomi, fungsi penggunaan (C), pelaburan (I), perbelanjaan kerajaan (G), dan cukai (T) dalam RM juta adalah seperti yang berikut.

C = 80 + 0.6Yd, dengan Yd = Y – T I = 200

G = 100 T = 80

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan pendapatan negara? [1]

(b) Hitung pendapatan negara pada tingkat keseimbangan. [3]

(c) Sekiranya pendapatan negara pada tingkat guna tenaga penuh ialah RM1000 juta,

(i) berapakah jurang KNK? [2]

(ii) berapakah perbelanjaan kerajaan yang diperlukan untuk mencapai keseimbangan pendapatan negara pada tingkat guna tenaga penuh? [3]

(iii) apakah masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara ini? [1]

(6)

BAHAGIAN A

1 D 2 B 3 B 4 A 5 A 6 C 7 D 8 D 9 B 10 B 11 D 12 D

BAHAGIAN B

1 (a) Keluk AD menunjukkan hubungan antara harga dengan pendapatan negara benar.

Keluk AD diterbitkan daripada keseimbangan pendapatan negara dalam pendekatan AE-Y. Berdasarkan Rajah (a) dan (b), andaikan keseimbangan asal berlaku apabila Y = AE0 di titik E0 pada pendapatan negara Y0. Pada masa ini, tingkat harga umum ialah P0.

Rajah (b) menunjukkan pada harga asal P0, keseimbangan berlaku pada E0 dan pendapatan negara benar ialah Y0. Andaikan tingkat harga umum turun kepada P1. Penurunan harga menyebabkan komponen perbelanjaan agregat (AE), iaitu C, I, G, dan X bersih meningkat. Keadaan ini menyebabkan keluk AE beralih ke atas ke AE1. Keseimbangan baharu berlaku apabila Y = AE1 di titik E1 dan pendapatan negara meningkat kepada Y1.

Andaikan tingkat harga umum naik kepada P2. Peningkatan harga menyebabkan komponen AE, iaitu C, I, G, dan X bersih menurun. Keadaan ini menyebabkan keluk AE beralih ke bawah ke AE2. Keseimbangan baharu berlaku apabila Y = AE2 di titik E2 dan pendapatan negara berkurang kepada Y2.

Harga AE

Pendapatan negara

Pendapatan negara benar E2

E2 P2

Y2 Y0 Y1 Y2 Y0 Y1 45°

0

E0

E0 P0

E1

E1 AD AD

P1

AE1(P1) Y = AE

AE0(P0) AE2(P2) (a)

(b)

JAWAPAN CADANGAN

(7)

Dengan menyambungkan titik-titik E1, E0, dan E2, maka terbentuklah keluk AD yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Keluk AD bercerun negatif menunjukkan hubungan antara harga dengan pendapatan negara benar adalah negatif seperti yang ditunjukkan dalam rajah (b).

(b) Faktor yang menyebabkan keluk AD beralih ke kanan:

• Peningkatan perbelanjaan penggunaan (C). Apabila C bertambah, AD akan bertambah dan keluk AD beralih ke kanan.

• Pertambahan pelaburan (I). Apabila I bertambah, AD akan bertambah dan keluk AD beralih ke kanan.

2 (a) Dasar fiskal mengembang merupakan dasar kerajaan mengurangkan cukai dan meningkatkan perbelanjaan kerajaan untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi dan pengangguran. Kesannya, permintaan agregat meningkat dan keluk AD beralih ke kanan.

Harga

Pendapatan negara benar E2

P2

Y2 Y1 0

AS

AS

B AD1

AD1 AD2 AD2

P1 E1

Keseimbangan asal berlaku apabila keluk AD1 sama dengan keluk AS di titik E1 pada pendapatan negara benar Y1 dan harga P1. Dasar fiskal mengembang menyebabkan permintaan agregat bertambah dan keluk AD beralih ke kanan ke AD2.

Pada harga P1, berlaku lebihan permintaan agregat sebanyak E1B. Ini menyebabkan firma menambahkan keluaran sehingga berlaku keseimbangan baharu apabila keluk AD2 sama dengan keluk AS di titik E2, harga meningkat kepada P2 dan pendapatan negara benar meningkat kepada Y2. Pendapatan negara benar meningkat kepada Y2 menunjukkan pertambahan guna tenaga buruh berlaku dan menyebabkan pengangguran berkurang dalam ekonomi.

(b) Dasar kewangan mengembang merupakan dasar kerajaan melalui bank pusat menambahkan penawaran wang dan menurunkan kadar bunga untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi dan pengangguran. Kesan dasar kewangan mengembang menyebabkan permintaan agregat meningkat dan keluk AD beralih ke kanan.

(8)

Harga

Pendapatan negara benar E2

P2

Y2 Y1 0

AS

AS

B AD1

AD1 AD2 AD2

P1 E1

Keseimbangan asal berlaku apabila keluk AD1 sama dengan keluk AS di titik E1 pada pendapatan negara benar Y1 dan harga P1. Dasar kewangan mengembang yang dijalankan menyebabkan permintaan agregat bertambah dan keluk AD beralih ke kanan ke AD2.

Pada harga P1, berlaku lebihan permintaan agregat sebanyak E1B. Ini menyebabkan firma menambahkan keluaran sehingga berlaku keseimbangan baharu apabila keluk AD2 sama dengan keluk AS di titik E2. Pendapatan negara benar meningkat kepada Y2 dan harga meningkat kepada P2. Pendapatan negara benar meningkat kepada Y2 menunjukkan pertambahan guna tenaga buruh berlaku dan menyebabkan pengangguran berkurang dalam ekonomi.

3 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan kesan keseimbangan pendapatan negara apabila kerajaan mengurangkan cukai keuntungan syarikat.

0

45º

Y0 Y1 E1

E0 A

Y = AE

AE1 = C + I1 + G AE0 = C + I0 + G

Pendapatan negara Perbelanjaan agregat

Keseimbangan asal dicapai apabila Y = AE0, iaitu C + I0 + G di titik E0, iaitu pada pendapatan negara pada Y0. Apabila kerajaan mengurangkan cukai pendapatan syarikat, menyebabkan keuntungan selepas cukai akan meningkat dan firma akan menambahkan pelaburan. Keluk AE0 beralih ke atas dari AE0, iaitu C + I0 + G ke AE1

= C + I1 + G. Pada pendapatan negara Y0, berlaku lebihan AE sebanyak E0A. Lebihan AE menyebabkan inventori berkurang dan firma menambahkan keluaran. Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baharu dicapai apabila Y = AE1 (C + I1 + G) di titik E1. Pendapatan negara meningkat daripada Y0 kepada Y1.

(9)

4 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan kesan kenaikan kadar bunga terhadap keseimbangan harga dan pendapatan negara.

Keseimbangan pendapatan negara asal berlaku di titik E0 apabila keluk permintaan agregat bersilang dengan keluk penawaran agregat, iaitu AD0 = AS pada harga P0 dan pendapatan negara Y0.

Peningkatan kadar bunga menyebabkan pelaburan berkurang, maka perbelanjaan agregat juga berkurang. Hal ini seterusnya mengakibatkan permintaan agregat berkurang.

Pengurangan permintaan agregat mengalihkan keluk permintaan agregat ke kiri, iaitu dari AD0 ke AD1. Pada harga P0, berlaku lebihan penawaran agregat sebanyak AE0; keadaan ini menyebabkan harga turun. Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baharu tercapai di titik E1 apabila keluk permintaan agragat AD1 bersilang dengan keluk penawaran agragat AS, iaitu AD1 = AS. Pada tingkat keseimbangan ini (E1), harga turun daripada P0 kepada P1 manakala pendapatan negara berkurang daripada Y0 kepada Y1.

Harga

P0 AD1

AS AD0

A

Y1

AD1 AD0 E0

E1

AS

Pendapatan negara Y0

P1

BAHAGIAN C

1 (a) Y = C + I + G

Y = 600 + 0.8(Y – 500) + 400 + 500 Y = 1 500 + 0.8Y – 400

Y = 1 100 + 0.8Y Y = 1 1000.2

Y = RM5 500 juta

(b) (i) Jurang KNK = RM6 000 juta – RM5 500 juta = RM500 juta (ii) Pengganda = 1

1 – MPC = 11 – 0.8

= 10.2

= 5

(10)

Lompang deflasi = Jurang KNK Pengganda

= RM500 juta5

= RM100 juta

Kerajaan akan menaikkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM100 juta.

(iii) Jumlah cukai yang perlu diturunkan ΔAE = MPC(ΔT)

RM100 juta = 0.8(ΔT) RM500 juta

0.8 = ΔT RM125 juta = ΔT

Cukai perlu diturunkan sebanyak RM125 juta untuk menutup lompang deflasi sebanyak RM100 juta.

2 (a) (i) Y = C + I + G

Y = 500 + 0.75(Y – 100) + 250 + 150 Y = 900 + 0.75Y – 75

Y – 0.75Y = 825 0.25Y = 825

Y = 825

0.25

Y = RM3300 juta

(ii) S = –500 + 0.25(Y – 100) S = –500 + 0.25(3300 – 100) S = –500 + (825 – 25) S = –500 + 800 S = RM300 juta

Jurang KNK (b) ΔG = ——————

Pengganda 4000 – 3300

= ——————

1

————

1 – 0.75 700 = ——

4 = RM175 juta

Perbelanjaan kerajaan perlu ditambah sebanyak RM175 juta.

(c) Dasar belanjawan kurangan, iaitu perbelanjaan kerajaan melebihi hasil kerajaan (G

= RM325 juta > T = RM100 juta).

(11)

3 (a) Keseimbangan pendapatan negara merujuk kepada keadaan permintaan agregat sama dengan penawaran agregat.

(b) Y = C + I + G

= 80 + 0.6(Y – 80) + 200 + 100 = 380 + 0.6Y – 48

Y – 0.6Y = 332 0.4Y = 332 Y = 332

0.4

Y = RM830 juta (c) (i) Jurang KNK

= Pendapatan negara pada guna tenaga penuh – Pendapatan negara keseimbangan = RM1000 juta – RM830 juta

= RM170 juta (ii) Pengganda

= 1 1 – MPC = 11 – 0.6 = 2.5

Pertambahan perbelanjaan kerajaan (ΔG) = Jurang KNKPengganda

= RM170 juta2.5 = RM68 juta

Perbelanjaan kerajaan perlu ditambah sebanyak RM68 juta.

(iii) Negara tersebut menghadapi masalah kemelesetan ekonomi dan pengangguran.

Referensi

Dokumen terkait