e-PRAKTIS
KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA DAN DASAR FISKAL
BAB 3
BAHAGIAN A SOALAN ANEKA PILIHAN Jawab semua soalan.
1 Gambar rajah di bawah menunjukkan fungsi penggunaan.
Penggunaan (RM juta)
10
0 20 Pendapatan negara
(RM juta) Y = C
C
Yang manakah fungsi tabungan yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas?
A S = 10 + 0.5Y B S = 10 – 0.5Y C S = –10 + 0.5Y D S = –10 – 0.5Y
2 Gambar rajah di bawah menunjukkan fungsi tabungan (S) dan fungsi pelaburan (I).
Pendapatan negara (RM juta) S,I (RM juta)
S
ΔS ΔY
I
500 1000 200
0
Berapakah nilai kecenderungan mengguna sut?
A 0.2 B 0.4 C 0.6 D 0.8
3 Jadual di bawah ini menunjukkan tingkat pendapatan dan penggunaan sebuah negara.
Pendapatan Negara (RM juta) 0 1000 2000 3000 4000 Penggunaan (RM juta) 400 1000 1600 2200 2800 Fungsi tabungan (S) ekonomi ini ialah
A S = 400 + 0.6Y C S = 400 + 0.4Y
B S = –400 + 0.6Y D S = –400 + 0.4Y
4 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan fungsi tabungan (S) bagi sebuah ekonomi.
0 1000
S Tabungan
Pendapatan negara –200
Apakah fungsi penggunaan ekonomi di atas?
A C = 200 + 0.8Y C C = –200 + 0.2Y
B C = 200 + 0.2Y D C = –200 + 0.8Y
5 Andaikan tingkat keseimbangan pendapatan negara bagi sesebuah ekonomi tiga sektor ialah RM100 juta. Jika berlaku suntikan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM10 juta, tingkat keseimbangan pendapatan negara yang baharu ialah RM140 juta. Oleh itu, nilai kecenderungan mengguna sut bagi ekonomi tersebut ialah
A 0.25 B 0.40 C 0.75 D 0.80
6 Yang berikut ialah maklumat bagi sebuah ekonomi tertutup.
Butiran RM juta
Penggunaan autonomi Pelaburan
Perbelanjaan kerajaan Hasil cukai
800 300 500 400
Jika keseimbangan pendapatan negara ekonomi dicapai pada tingkat RM3 400 juta, maka nilai kecenderungan mengguna sut ialah
A 0.5 C 0.6
B 0.53 D 0.75
7 Keseimbangan pendapatan negara akan menurun apabila berlaku A pertambahan cukai kerajaan
B pertambahan pelaburan asing C pertambahan subsidi kerajaan D pengurangan jumlah penduduk
8 Yang manakah akan mengurangkan nilai peng ganda?
A Fungsi penggunaan berubah daripada C = 200 + 0.75Y kepada C = 100 + 0.75Y B Fungsi penggunaan berubah daripada C = 200 + 0.75Y kepada C = 200 + 0.8Y C Fungsi tabungan berubah daripada S = –100 + 0.5Y kepada S = –100 + 0.25Y D Fungsi tabungan berubah daripada S = –100 + 0.5Y kepada S = –100 + 0.55Y 9 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan tingkat keseimbangan pendapatan negara
bagi sebuah ekonomi tertutup tanpa campur tangan kerajaan.
Pendapatan negara 0
S = –100 + 0.25Y
400
2000 2500 Suntikan, bocoran
I
Jika tingkat guna tenaga penuh dicapai pada RM2 500 juta, berapakah lompang deflasi?
A RM100 juta B RM125 juta C RM150 juta D RM500 juta
10 Jadual di bawah ini menunjukkan hasil dan perbelanjaan sebuah negara.
Butiran RM juta
Hasil
Perbelanjaan mengurus Perbelanjaan pembangunan
27 219 25 993 8 727 Imbangan akaun semasa belanjawan ini ialah
A lebihan sebanyak RM1 226 juta B kurangan sebanyak RM1 226 juta C kurangan sebanyak RM7 501 juta D lebihan sebanyak RM18 492 juta
11 Jadual di bawah menunjukkan nilai perbelanjaan agregat, eksport, import dan pendapatan negara dalam sesebuah ekonomi.
Pendapatan negara
(RM juta) Eksport
(RM juta) Import (RM juta)
Perbelanjaan agregat ekonomi tiga sektor
(RM juta) 150
175 200 225
15 15 15 15
6 8 10 12
155 175 195 215
Berapakah tingkat keseimbangan pendapatan negara bagi ekonomi empat sektor?
A RM150 juta C RM200 juta
B RM175 juta D RM225 juta
12 Tingkat pendapatan negara ekonomi tertutup adalah lebih tinggi daripada tingkat pendapatan negara ekonomi terbuka apabila
A perbelanjaan kerajaan melebihi hasil cukai B hasil cukai melebihi perbelanjaan kerajaan C import melebihi eksport
D eksport melebihi import
13 Mengikut pendekatan permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), jika bank pusat menjalankan dasar kewangan mengembang, maka pada tingkat keseimbangan baharu,
A tingkat harga umum dan pendapatan negara benar menurun B tingkat harga umum dan pendapatan negara benar meningkat
C tingkat harga umum meningkat dan pendapatan negara benar menurun D tingkat harga umum menurun dan pendapatan negara benar meningkat 14 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran agregat (AS) dan keluk
permintaan agregat (AD). Titik keseimbangan asal ialah E.
Harga
Pendapatan negara AS1
AS0 AS2
AD2 AD0 AD1 S E T R
U
0
Jika upah buruh meningkat, maka keseimbangan baharu akan dicapai pada titik
A R C T
B S D U
BAHAGIAN B SOALAN ESEI Jawab semua soalan.
1 (a) Terangkan maksud kecenderungan mengguna sut (MPC) dan kecenderungan menabung sut (MPS).
(i) Nyatakan hubungan antara MPC dengan MPS [5]
(ii) Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan.
(b) Bagaimanakah MPC dan MPS boleh mempengaruhi nilai pengganda? [5]
2 Dengan memberikan gambar rajah AD–AD,
Terangkan kesan kenaikan kadar upah akibat kejayaan tuntutan kesatuan sekerja
terhadap tingkat harga dan pendapatan negara. [5]
3 (a) Nyatakan pelaku ekonomi dalam model ekonomi terbuka. [2]
(b) Dengan menggunakan pendekatan suntikan–bocoran, terangkan kesan terhadap tingkat keseimbangan pendapatan negara ekonomi terbuka jika wujud
(i) pertambahan eksport dan pengurangan import.
(ii) pertambahan eksport kurang daripada pertambahan import. [8]
4 (a) Terangkan perbezaan antara pendapatan negara guna tenaga penuh dengan
pendapatan negara keseimbangan. [2]
(b) Apakah yang dimaksudkan dengan lompang deflasi? Dengan menggunakan pendekatan perbelanjaan agregat-pendapatan (AE-Y), jelaskan bagaimana
berlakunya lompang deflasi. [8]
5 (a) Nyatakan dua faktor yang boleh mempengaruhi produktiviti buruh. [2]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat-penawaran agregat (AD- AS), jelaskan kesan peningkatan produktiviti buruh terhadap tingkat harga umum
dan keseimbangan pendapatan negara. [8]
BAHAGIAN C SOALAN KUANTITATIF Jawab semua soalan.
1 Maklumat di bawah ini menunjukkan data perbelanjaan agregat sesebuah negara (dalam nilai RM juta).
Perbelanjaan penggunaan, C = 250 + 0.8Yd Perbelanjaan pelaburan, I = 150
Perbelanjaan kerajaan, G = 200 Cukai, T = 200
(a) Hitung pendapatan negara pada tingkat keseimbangan. [2]
(b) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan pengganda? [1]
(ii) Berapakah nilai pengganda? [1]
(c) Jika guna tenaga penuh dicapai pada tingkat pendapatan negara RM2 600 juta, hitung
(i) jurang keluaran negara kasar (KNK) [1]
(ii) lompang inflasi atau lompang deflasi [2]
(iii) perubahan cukai yang diperlukan untuk mencapai tingkat guna tenaga penuh.
[3]
2 Yang berikut ialah komponen perbelanjaan dalam sesebuah ekonomi terbuka (dalam nilai RM juta).
Perbelanjaan penggunaan, C = 50 + 0.9Yd Perbelanjaan pelaburan, I = 60
Perbelanjaan kerajaan, G = 40 Cukai, T = 20
Eksport, X = 30 Import, M = 10 + 0.1Y
(a) Nyatakan fungsi penggunaan dan fungsi tabungan dalam sebutan pendapatan
negara. [2]
(b) Hitung pendapatan negara pada tingkat keseimbangan. [2]
(c) Tunjukkan bahawa pada tingkat keseimbangan pendapatan negara, jumlah suntikan
sama dengan jumlah bocoran. [2]
(d) Berapakah nilai eksport bersih pada tingkat keseimbangan? [2]
(e) Dengan menggunakan kertas graf, lukis gambar rajah keseimbangan ekonomi terbuka mengikut pendekatan suntikan-bocoran. [2]
3 Gambar rajah di bawah menunjukkan fungsi suntikan (J) dan fungsi bocoran (W ) bagi sesebuah ekonomi terbuka.
Pendapatan negara Y
J W
F
H 0 Suntikan, bocoran
Maklumat tentang fungsi suntikan dan fungsi bocoran adalah seperti yang berikut:
Fungsi penggunaan, C = 520 + 0.8Yd Pelaburan, I = 800
Perbelanjaan kerajaan, G = 700 Cukai, T = 400
Eksport, X = 400
Import, M = 100 + 0.05Y Semua nilai adalah dalam RM juta.
(a) Nyatakan pemboleh ubah suntikan dalam ekonomi terbuka. [1]
(b) (i) Terbitkan fungsi perbelanjaan agregat (AE) [2]
(ii) Terbitkan fungsi bocoran (W ) [2]
(c) Tentukan nilai F, H, dan Y. [3]
(d) Hitung tingkat keseimbangan pendapatan negara ekonomi terbuka tersebut. [2]
4 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan penggunaan (C), pelaburan (I ), dan perbelanjaan kerajaan (G) dalam sesebuah ekonomi.
Y1 Y2 Pendapatan negara (RM juta) C
C + I C + I + G Y = AE
Y0
Perbelanjaan agregat (RM juta)
75 50 30
0 45°
Andaikan MPC = 0.75 dan tingkat pendapatan negara guna tenaga penuh dicapai pada RM500 juta.
(a) Nyatakan fungsi penggunaan. [1]
(b) Berapakah jumlah pelaburan dan perbelanjaan kerajaan? [2]
(c) Hitung nilai Y0, Y1, dan Y2. [4]
(d) (i) Apakah masalah ekonomi yang dihadapi oleh ekonomi tersebut? [1]
(ii) Berapakah perubahan perbelanjaan kerajaan yang diperlukan untuk mencapai
tingkat guna tenaga penuh? [2]
5 Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sebuah ekonomi tertutup dengan campur tangan kerajaan.
C = 100 + 0.75Yd T = 100
I = 300 G = 200 dengan,
C = Fungsi penggunaan T = Fungsi cukai I = Pelaburan
G = Perbelanjaan kerajaan
Semua nilai dinyatakan dalam sebutan RM juta.
(a) Hitung tingkat keseimbangan pendapatan negara. [2]
(b) Nyatakan jenis belanjawan kerajaan bagi ekonomi ini. [2]
(c) Jika guna tenaga penuh dicapai pada tingkat pendapatan negara RM2 500 juta, (i) nyatakan masalah ekonomi yang dihadapi. [1]
(ii) hitung saiz lompang ekonomi ini. [3]
(iii) berapakah tingkat perbelanjaan kerajaan yang baharu untuk mencapai guna
tenaga penuh? [2]
BAHAGIAN A
1 C 2 C 3 D 4 A 5 C 6 C 7 A 8 D 9 B 10 C 11 C 12 C 13 B 14 A
BAHAGIAN B
1 (a) Kecenderungan mengguna sut (MPC) ialah nisbah antara perubahan dalam tingkat penggunaan dengan perubahan dalam tingkat pendapatan negara.
MPC = ΔC ΔY
Kecenderungan menabung sut (MPS) ialah nisbah antara perubahan dalam tingkat tabungan dengan perubahan dalam tingkat pendapatan negara.
MPS = ΔS ΔY
Hubungan antara MPC dengan MPS ialah:
MPC + MPS = 1
Hal ini disebabkan pendapatan negara terdiri daripada penggunaan dan tabungan, iaitu:
C + S = Y ΔC + ΔS = ΔY
ΔC
ΔY + ΔS
ΔY = ΔY ΔY MPC + MPS = 1
(b) Nilai pengganda (k) dipengaruhi oleh MPC dan MPS, iaitu:
k = 1
1 – MPC atau 1 MPS
Semakin tinggi nilai MPC, semakin tinggi nilai pengganda.
Sebaliknya, semakin rendah nilai MPC, semakin rendah nilai pengganda.
Contoh:
MPC = 0.8, k = 1
1 – 0.8 = 1 0.2 = 5 MPC = 0.9,
k = 1
1 – 0.9 = 1 0.1 = 10
Namun, semakin tinggi nilai MPS, semakin rendah nilai pengganda.
Sebaliknya, semakin rendah nilai MPS, semakin tinggi nilai pengganda.
JAWAPAN CADANGAN
Contoh:
MPS = 0.25, k = 1
0.25 = 4 MPS = 0.5, k = 1
0.5 = 2
2 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan kesan kenaikan kadar upah akibat kejayaan tuntutan kesatuan sekerja terhadap tingkat harga dan pendapatan negara.
P0 P1
AS1 AS0
Y1 Y0 e1
e0
0 Pendapatan
negara Harga
AD
Keseimbangan asal dicapai pada titik e0, dengan AD = AS0 pada tingkat harga 0P0 dan pendapatan negara 0Y0. Dengan kenaikan kadar upah, kos pengeluaran bertambah dan penawaran agregat akan berkurangan. Maka keluk penawaran agregat akan beralih ke kiri dari AS0 ke AS1. Pada 0P0 berlaku lebihan AD sebanyak AE0 dan menyebabkan harga naik. Keseimbangan baharu dicapai pada titik e1, dengan AD = AS1 pada tingkat harga 0P1 dan pendapatan negara 0Y1. Oleh itu, tingkat harga naik daripada 0P0 kepada 0P1, manakala tingkat pendapatan negara turun daripada 0Y0 kepada 0Y1.
3 (a) Pelaku ekonomi dalam model ekonomi terbuka ialah isi rumah, firma, sektor kerajaan dan sektor luar negara.
(b) (i) Gambar rajah di bawah ini menunjukkan kesan keseimbangan pendapatan negara apabila wujud pertambahan eksport dan pengurangan import.
e0
e1
Y1 Y0
0 Pendapatan
negara S + T + M0
S + T + M1
I + G + X1 I + G + X0 X
M
Suntikan, bocoran
Keseimbangan asal dicapai pada titik e0, dengan S + T + M0 = I + G + X0 pada tingkat pendapatan negara 0Y0. Pertambahan eksport menyebabkan fungsi suntikan meningkat dari (I + G + X0) ke (I + G + X1), manakala pengurangan import menyebabkan fungsi bocoran menurun dari (S + T + M0) ke (S + T + M1). Keseimbangan baharu dicapai pada titik e1, dengan S + T + M1 = I + G + X1 pada tingkat pendapatan negara 0Y1. Oleh itu, tingkat keseimbangan pendapatan negara naik daripada 0Y0 kepada 0Y1.
(ii)
e0 e1
Y0 Y1 0
Pendapatan negara S + T + M1
S + T + M0
I + G + X1 I + G + X0 X
M
Suntikan, bocoran
Keseimbangan asal dicapai pada titik e0, dengan S + T + M0 = I + G + X0 pada tingkat pendapatan negara 0Y0. Pertambahan eksport menyebabkan fungsi suntikan meningkat dari (I + G + X0) ke (I + G + X1), manakala pertambahan import menyebab kan fungsi bocoran meningkat dari (S + T + M0) ke (S + T + M1), dengan ΔX kurang daripada ΔM. Keseimbangan baharu dicapai pada titik e1, dengan S + T + M1 = I + G + X1 pada tingkat pendapatan negara 0Y1. Oleh itu, tingkat keseimbangan pendapatan negara turun daripada 0Y0 kepada 0Y1.
4 (a) Pendapatan negara guna tenaga penuh ialah tingkat keluaran negara yang perlu dicapai apabila semua faktor pengeluaran digunakan.
Pendapatan negara keseimbangan ialah tingkat keluaran negara yang sebenarnya dicapai oleh sesebuah negara.
(b) Lompang deflasi merujuk kepada kekurangan perbelanjaan agregat pada tingkat guna tenaga penuh. Lompang deflasi wujud apabila perbelanjaan agregar sebenar (AE0) berada di bawah perbelanjaan agregat GTP (AEf). Oleh itu, EfA ialah lompang deflasi
Ye Yf E0
AE0 AEf Ef
A Y = AE Perbelanjaan agregat
}Lompangdeflasi
Pendapatan negara 45°
0
Jurang KNK
∆AE
Keseimbangan pendapatan negara dicapai apabila Y = AE0 pada titik E0, iaitu
pada tingkat pendapatan negara 0Ye.
Jika guna tenaga penuh dicapai pada 0Yf, maka perbelanjaan agregat yang sebenar (AE0) adalah lebih rendah daripada perbelanjaan agregat guna tenaga penuh (AEf). Perbezaan antara AEf dengan AE0 merupakan lompang deflasi.
Lompang deflasi = ΔAE
= Jurang KNK
Pengganda
5 (a) Dua faktor yang boleh mempengaruhi produktiviti buruh:
Tingkat latihan dan kemahiran
Jika buruh diberi latihan yang banyak, kemahirannya akan meningkat, maka produktiviti buruh turut meningkat.
Taraf pendidikan
Buruh yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi dapat meningkatkan produktiviti buruh.
(b)
E0
P0 P1
AD0
Y0 Y1 0
E1 AS0
AS1
Pendapatan negara Harga
Keseimbangan asal dicapai pada titik E0 dengan tingkat harga 0P0 dan pendapatan negara 0Y0 apabila AD0 = AS0.
Apabila berlaku peningkatan produktiviti buruh, keluaran negara akan meningkat, maka penawaran agregat dalam negara akan meningkat. Keadaan ini menyebabkan keluk penawaran agregat beralih ke kanan dari AS0 ke AS1. Pada tingkat harga 0P0, wujud lebihan penawaran agregat E0A dan harga akan menurun sehingga keseimbangan pendapatan negara baharu dicapai di titik E1 dengan tingkat harga 0P1 dan pendapatan negara 0Y1 apabila AD0 = AS1.
Hal ini menunjukkan apabila wujud peningkatan produktiviti buruh, tingkat harga akan menurun, iaitu daripada 0P0 kepada 0P1, manakala pendapatan negara akan meningkat, iaitu daripada 0Y0 kepada 0Y1.
BAHAGIAN C
1 (a) Y = C + I + G
Y = 250 + 0.8Yd + 150 + 200 Y = 600 + 0.8(Y – 200) Y = 600 + 0.8Y – 160 Y = 440 + 0.8Y Y – 0.8Y = 440
0.2Y = 440 Y = 4400.2
Y = RM2 200 juta
(b) (i) Pengganda mengukur berapa kali ganda perubahan dalam tingkat pendapatan negara akibat perubahan dalam perbelanjaan agregat.
(ii) Pengganda = 1 1 – MPC = 11 – 0.8 = 10.2
= 5
(c) (i) Jurang KNK = Yf – Ye = 2 600 – 2 200
= RM400 juta
(ii) Lompang deflasi = Jurang KNK Pengganda
= 400
5
= RM80 juta
(iii) ΔC = RM80 juta MPC•ΔT = 80
ΔT = 80MPC = 800.8
= RM100 juta
Cukai perlu dikurangkan sebanyak RM100 juta.
2 (a) Fungsi penggunaan C = 50 + 0.9Yd C = 50 + 0.9(Y – T ) C = 50 + 0.9(Y – 20) C = 50 + 0.9Y – 18 C = 32 + 0.9Y
Fungsi tabungan S = –50 + 0.1Yd S = –50 + 0.1(Y – T) S = –50 + 0.1(Y – 20) S = –50 + 0.1Y – 2 S = –52 + 0.1Y
(b) Y = C + I + G + (X – M)
Y = 32 + 0.9Y + 60 + 40 + [30 – (10 + 0.1Y)]
Y = 32 + 0.9Y + 60 + 40 + [30 – 10 – 0.1Y ] Y = 32 + 0.9Y + 60 + 40 + 20 – 0.1Y
Y = 152 + 0.8Y Y – 0.8Y = 152 0.2Y = 152
Y = RM760 juta (c) Jumlah suntikan = I + G + X
= 60 + 40 + 30
= RM130 juta
Jumlah bocoran = S + T + M
= (–52 + 0.1Y) + 20 + (10 + 0.1Y ) = –52 + 0.1Y + 20 + 10 + 0.1Y
= –22 + 0.2Y
= –22 + 0.2(760)
= –22 + 152
= RM130 juta
Jumlah suntikan sama dengan bocoran pada tingkat pendapatan negara RM130 juta.
(d) Eksport bersih = X – M
= 30 – (10 + 0.1Y ) = 30 – 10 – 0.1Y = 30 – 10 – 0.1(760)
= 20 – 76
= – RM56 juta
(e)
0 20
-20
S+T+M
I+G+X
-22
100 200 300 400 500 600 700 40
80 100 120 140 130
60
800 Pendapatan negara (RM juta) Suntikan, bocoran
(RM juta)
760
3 (a) Pelaburan, perbelanjaan kerajaan, dan eksport (b) (i) AE = C + I + G + (X – M)
AE = 520 + 0.8(Y – 400) + 800 + 700 + [400 – (100 + 0.05Y )]
AE = 520 + 0.8Y – 320 + 800 + 700 + 400 – 100 – 0.05Y AE = 2 000 + 0.75Y
(ii) W = S + T + M
W = –520 + 0.2(T – 400) + 400 + (100 + 0.05Y ) W = –520 + 0.2Y – 80 + 400 + 100 + 0.05Y W = –100 + 0.25Y
(c) F = I + G + X = 800 + 700 + 400
= RM1 900 juta
H ialah nilai autonomi fungsi bocoran (W ), maka H ialah –RM100 juta
Pada nilai Y, W = 0 –100 + 0.25Y = 0 0.25Y = 100
Y = 100
Y = RM400 juta0.25 (d) S + T + M = I + G + X
W = J
–100 + 0.25Y = 1 900 0.25Y = 1 900 + 100 0.25Y = 2 000
Y = 2 000
Y = RM8 000 juta0.25
4 (a) C = 30 + 0.75Y (b) I = 50 – 30
= RM20 juta G = 75 – 50 = RM25 juta (c) (i) Y0 = C
Y = 30 + 0.75Y Y – 0.75Y = 30
0.25Y = 30 Y = 300.25 Y0 = RM120 juta (ii) Y1 = C + I
Y = 30 + 0.75Y + 20 Y = 50 + 0.75Y
Y – 0.75Y = 50 0.25Y = 50
Y = 500.25 Y1 = RM200 juta (iii) Y2 = C + I + G
Y = 30 + 0.75Y + 20 + 25 Y = 75 + 0.75Y
Y – 0.75Y = 75 0.25Y = 75
Y = 750.25 Y2 = RM300 juta
(d) (i) Ye = RM300 juta; Yf = RM500 juta
Ekonomi tiga sektor ini mengalami masalah pengangguran atau lompang deflasi kerana tingkat pendapatan negara keseimbangan (Ye) kurang daripada tingkat pendapatan negara guna tenaga penuh (Yf).
(ii) ΔG = Jurang KNK Pengganda = Yf – Ye
1 1 – MPC = 500 – 3001
1 – 0.75 = 500 – 300
4 = RM50 juta
Perbelanjaan kerajaan perlu ditambah sebanyak RM50 juta untuk mencapai
5 (a) Tingkat keseimbangan pendapatan negara ialah:
Y = C + I + G
Y = 100 + 0.75(Y – 100) + 300 + 200 Y = 600 + 0.75Y – 75
Y = 525 + 0.75Y Y – 0.75Y = 525
0.25Y = 525
Y = 525
= RM2 100 juta0.25 (b) Belanjawan kerajaan = T – G
= 100 – 200
= –RM100 juta
Jenis belanjawan kerajaan ialah belanjawan kurangan kerana hasil cukai lebih kecil daripada perbelanjaan kerajaan.
(c) (i) Masalah lompang deflasi kerana keseimbangan pendapatan negara adalah kurang daripada pendapatan negara pada tingkat guna tenaga penuh.
(ii) Jurang KNK = Yf – Ye = 2 500 – 2 100
= RM400 juta
Lompang deflasi = Jurang KNKPengganda Pengganda = 1
1 – 0.75 = 10.25 = 4
Lompang deflasi = 4004
= RM100 juta
(iii) ΔG = RM100 juta, iaitu menambah perbelanjaan kerajaan sebanyak RM100 juta.
Oleh itu, tingkat perbelanjaan kerajaan yang baharu untuk mencapai guna tenaga penuh ialah:
G1 = 200 + 100 = RM300 juta