Pertama sekali kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Citi Foundation atas sokongan mereka. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
Persatuan Wanita PPR Hicom (PERWACOM) atas sokongan dalam merancang dan
menjalankan program Aktif Bersama, serta menyumbang apa yang dipelajari ke dalam toolkit ini untuk kebaikan komuniti lain yang rentan di seluruh Malaysia.
Kami juga berterima kasih kepada rakan kongsi kami, Adab Youth Garage (AYG), Befrienders, Free Tree Society, J8 Autism Athletics, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Persatuan Strok
Kebangsaan Malaysia (NASAM), dan Thrive Well yang turut menjayakan K2K Aktif
Bersama yang pertama dengan program- program yang dihasilkan.
Akhir sekali terima kasih khusus kepada masyarakat PPR Kampung Baru Hicom kerana mengambil bahagian dengan penuh
PENGHARGAAN
Diterbitkan oleh Think City Sdn Bhd
(200901026839) (869941-P)
thinkcity.com.my
Bangunan UAB oleh Think City Penang
Tingkat 1, No 21-35 Bangunan UAB Gat Lebuh China 10300 George Town Pulau Pinang Tel—04 261 3146
Think City Kuala Lumpur
Tingkat 1, No. 36-40 Jalan Tun HS Lee 50050, Kuala Lumpur Tel—03 2022 1697
RUANG oleh
Think City Johor Bahru
No. 27, Jalan Dhoby 80000 Johor Bahru, Johor Tel—07 220 0536
Dengan sokongan Citi Foundation Malaysia citibank.com.my
© Think City 2021.
Hak cipta terpelihara.
Cetakan Pertama 2021 Dengan penggunaan manual ini, anda bersetuju untuk mengetepikan segala tuntutan terhadap Think City atas sebarang kerugian, kerosakan harta benda, kecederaan atau kecelakaan berkait penggunaan manual ini.
K2K Aktif Bersama adalah inisiatif yang disokong oleh Citi Foundation di bawah program utama ketahanan sosial K2K (Kita-2-Kita) oleh Think City.
1 — Pengenalan 05 A Selamat datang ke toolkit Aktif Bersama!
B Apa itu Aktif Bersama?
C Apa yang terkandung di dalam toolkit ini?
D Siapa akan mendapat manfaat daripada toolkit ini?
2 — Permulaan 09
Langkah 1—Memahami keperluan A Memahami keperluan komuniti B Memahami kejiranan
Langkah 2— Menubuhkan program anda A Memutuskan komponen program
B Penglibatan pihak berkepentingan C Pentadbiran
D Komunikasi
Langkah 3—Menilai impak dan menjamin kelestarian
3 — Program yang dicadangkan 25 A Aktiviti fizikal
B Meningkatkan pengetahuan kesihatan C Sesi aktiviti berkumpulan
4 — Renungan 44
5 — Lampiran 46
KANDUNGAN
Toolkit ini direka untuk membantu anda melaksanakan inisiatif kesejahteraan dalam komuniti yang pelbagai. Walaupun kegiatan yang terkandung di dalam toolkit ini dirancang untuk mendukung kelompok rentan tertentu, ia juga berguna kepada sesiapa yang berusaha untuk meningkatkan
ketahanan masyarakat dan kualiti hidup untuk:
Selamat datang ke toolkit Aktif Bersama!
APA ITU
Aktif Bersama?
2
Menghubungkan komuniti melalui aktiviti kesihatan bersama danprogram masyarakat.
1
Membina kesihatan dan kesejahteraan mental dalam komuniti.3
Memperkasakan komuniti agar dapat berdikari dan mengambil inisiatif dalam komuniti.Aktif Bersama adalah inisiatif kesejahteraan masyarakat yang merangkumi pelbagai manfaat berjalan kaki, disokong dengan ceramah dan bengkel membina pengetahuan kesihatan dan kesejahteraan.
Program ini dimulakan sebagai sebahagian daripada program K2K (Kita-2-Kita) Think City yang bertujuan untuk membina perpaduan sosial dan meningkatkan taraf hidup masyarakat perumahan kos rendah. Aktif Bersama merangkumi Matlamat Pembangunan Lestari berikut:
3.4
Menjelang 2030,
mengurangkan kematian awal akibat penyakit tidak berjangkit sebanyak 30% melalui pencegahan dan rawatan serta merangsang kesihatan dan kesejahteraan mental.
10.1
Menjelang 2030,
mencapai dan mengekalkan penumbuhan pendapatan secara berperingkat di kalangan B40 pada kadar lebih tinggi dari purata nasional.
10.2
Menjelang 2030, memperkasakan dan merangsang kemasukan sosial, ekonomi dan politik bagi semua, tak kira umur, jantina, kurang upaya, bangsa, asal, agama atau status ekonomi.
10.3
Memastikan peluang sama rata dan mengurangkan ketidaksamaan pendapatan, termasuk dengan
menghapuskan undang- undang, dasar dan amalan yang tidak adil dan menggantinya dengan yang lebih patut.
11.1
Menjelang 2030, memastikan perumahan dan perkhidmatan asas yang memadai, selamat dan berpatutan serta menaikkan taraf kawasan kumuh.
11.3
Menjelang 2030, meningkatkan pembandaran yang inklusif dan lestari serta kemampuan untuk perancangan dan pengurusan penempatan manusia secara bekerjasama, berintegrasi dan lestari di semua negara.
17.17
Menggalakkan dan memerangsangkan perkongsian awam, awam- swasta dan masyarakat sivil, dibina atas pengalaman dan perkongsian sumber strategik.
MATLAMAT 3—
Kesihatan Baik dan Kesejahteraan
MATLAMAT 10—
Mengurangkan ketidaksamaan
MATLAMAT 11—
Bandar dan Masyarakat Mampan
MATLAMAT 17—
Kerjasama demi Matlamat
Di dalam toolkit ini, anda akan belajar teknik untuk merancang, melaksanakan dan menilai program. Ia bermula dengan
penyusunan program anda berdasarkan analisis keperluan komuniti, penilaian kejiranan anda, dan melalui penglibatan pelbagai pihak berkepentingan di lokasi. Anda juga akan dikongsikan kaedah untuk berkomunikasi dengan golongan sasaran, dan juga panduan untuk menilai impak program.
Toolkit ini merangkumi banyak contoh dan kajian program serta intervensi yang boleh dilakukan, dan di dalam lampiran terdapat senarai panjang sumber-sumber.
Panduan ini boleh digunakan oleh :-
Ia adalah sumber membina keupayaan untuk menggambarkan,
Apa yang terkandung di dalam toolkit ini?
Siapa akan mendapat manfaat DARIPADA toolkit ini?
penduduk
kawasan kejiranan
individu yang berminat
badan
bukan kerajaan
agensi kerajaan
LANGKAH 1 Memahami Keperluan
A. Memahami keperluan komuniti
Sebelum merangka program untuk kejiranan anda, kenalilah komuniti anda dahulu! Fahami masalah yang mereka hadapi, keperluan mereka, dan kekuatan mereka untuk menggerakkan inisiatif kesihatan anda. Gabungkan sebanyak mungkin cadangan mereka ke dalam program.
Meninjau pandangan ahli komuniti
Seelok-eloknya, bincang dengan beberapa orang dari pelbagai lapisan komuniti dari segi jantina, umur, etnik, kemampuan, serta ahli persatuan yang berkenaan. Yang penting ialah mengumpul pelbagai sudut pandangan dan pengalaman. Individu yang berkenaan boleh terdiri dari pemimpin komuniti, persatuan komuniti, pengurusan bangunan, dan kelompok penduduk yang lain.
Jantina Kemampuan
Umur Etnik
Soalan apa yang patut ditanya?
Berikut adalah senarai soalan yang boleh membantu anda mula mengenal pasti keperluan:
B. Memahami kejiranan
Apakah kekuatan kejiranan anda?
Cari kekuatan yang ketara dan tidak ketara.
Sebagai contoh, persatuan komuniti mana yang dapat membantu pengurusan program?
Apakah kemudahan yang tersedia?
Sumber-sumber ini boleh diguna semasa pelaksanaan.
Apakah isu dan cabaran yang dihadapi komuniti dari segi kesejahteraan, kebahagiaan dan rasa kekitaan?
Sebagai panduan, kesihatan merangkumi kesejahteraan fizikal, mental dan sosial, bukan hanya sekadar ketiadaan penyakit.
Ketahui isu kesihatan dan gaya hidup penduduk di kawasan kejiranan anda—
adakah mereka akan mendapat manfaat daripada kelas memasak, program pemulihan strok ataupun acara sosial untuk bertemu sahabat baru? Pilih aktiviti yang sesuai dengan keperluan mereka.
Soal selidik tentang cabaran-cabaran dalam melaksanakan inisiatif kesihatan dan apa-apa rintangan yang mungkin akan timbul. Apakah yang mungkin menyebabkan orang enggan mengambil bahagian?
Bagaimanakah isu-isu yang dibangkitkan boleh diselesaikan?
Bersedia untuk menghadapi halangan- halangan yang mungkin timbul dengan memikirkan tentang cara-cara untuk mengurangkannya.
LANGKAH 1
Memahami
Keperluan
Pemahaman susun atur sekitar kejiranan anda juga penting kerana ia mempengaruhi perlaksanaan program yang
dirancang. Menyiapkan peta lingkungan binaan dan struktur sosial akan menolong anda mengenal pasti batasan dan juga kelebihan.
Dengan maklumat ini, anda dapat membuat analisa ringkas mengenai kawasan tersebut dan mencadangkan ruang aktiviti yang sesuai dan kumpulan komuniti yang boleh bekerjasama.
Apa yang boleh dipetakan:
Peta tapak kejiranan, misalnya daripada Google Maps.
Laluan keluar masuk yang sesuai untuk berjalan kaki.
Profil bangunan, seperti jumlah blok, jumlah unit, anggaran bilangan penduduk, kemudahan dan pengurusan bangunan.
Senarai institusi di sekitar kejiranan seperti sekolah dan pusat perubatan.
Senarai ruang aktiviti komuniti, seperti dewan komuniti, gelanggang serbaguna, taman permainan dan sebagainya.
Profil komuniti seperti komposisi etnik, aktiviti berasaskan komuniti, aktiviti masa lapang, aktiviti sokongan sosial.
LANGKAH 1
Memahami
Keperluan
1
3 4 5
2
LEGENDA
1. Pejabat pengurusan 2. Perpustakaan 3. Taman permainan 4. Rumah pengawal 5. Dewan masyarakat
LANGKAH 1
Memahami
Keperluan
A. Memutuskan komponen program
Dengan maklumat mengenai komuniti dan persekitaran yang telah diperolehi, inilah masanya untuk mengatur inisiatif kesihatan yang sesuai dengan keperluan mereka!
Cuba fikirkan dahulu apa impak yang ingin anda capai di kawasan kejiranan anda. Ini boleh membantu anda mengatur langkah kearah matlamat itu. Ini dipanggil pengaturcaraan berdasarkan hasil dengan menyusun program berpaksikan manfaat dan perubahan yang ingin anda hasilkan. Sebagai contoh, jika anda berusaha untuk meningkatkan pengetahuan kesihatan masyarakat, ceramah dan pemeriksaan kesihatan adalah antara cadangan yang boleh diambil kira.
LANGKAH 2
Menganjurkan program anda
Cadangan hasil untuk dipertimbangkan
Peningkatan kekerapan
aktiviti fizikal Meningkatkan kesejahteraan
komuniti Peningkatan
pengetahuan kesihatan
Perubahan sikap dan
nilai
Beberapa perkara lain yang perlu dipertimbangkan adalah kebolehan sesuatu program itu dilaksanakan dan bagaimana sambutannya. Berikut adalah senarai perkara yang perlu diambil kira:
Belanjawan
Berapakah kos program?
Kaedah penyampaian
Adakah ia akan dilaksanakan secara bersemuka atau secara dalam talian?
Mungkin secara hibrid? Adakah ia akan memberi impak program yang berbeza?
Bilangan peserta
Berapakah bilangan peserta yang sesuai?
Sekiranya sesuatu program itu mendapat sambutan yang baik, mungkin anda boleh mengatur lebih dari satu sesi.
Peringkat umur
Apakah usia yang sesuai untuk sesuatu aktiviti?
Sekiranya sesuai untuk semua peringkat umur,
pertimbangkan untuk menjalankan lebih dari satu sesi untuk memastikan pengalaman yang terbaik.
Jenis aktiviti
Pertimbangkan intensiti aktiviti, dan adakah ia perlu mesra keluarga?
B. Penglibatan pihak berkepentingan
Setelah membuat keputusan tentang program yang ingin anda jalankan, inilah masanya untuk menghubungi mereka yang dapat melaksanakannya bersama anda.
Penglibatan pihak berkepentingan adalah proses mendengar pendapat dan bekerjasama dengan mereka. Ia merangkumi proses mengenal pasti pihak berkepentingan dan
menentukan strategi terbaik untuk berkomunikasi dengan berkesan, dan penggunaan sumber yang sedia ada dengan sebaik mungkin.
Semestinya anda mengambil kira keperluan dan keinginan
LANGKAH 2
Menganjurkan
program anda
Gambaran keseluruhan pihak berkepentingan di komuniti perumahan awam
Pengurusan Bangunan
Badan yang mengendalikan perkhidmatan dalam bangunan. Untuk taman perumahan awam di Malaysia, pengurusannya adalah sama ada di bawah agensi kerajaan ataupun syarikat swasta.
Persatuan Penduduk
Persatuan tempatan dibentuk untuk mengawasi organisasi lain di
kawasan perumahan dan menjaga kesejahteraan penduduk.
Kejiranan Rukun Tetangga
Program sukarela yang ditubuhkan untuk membantu perkembangan masyarakat di Malaysia. Program ini mengadakan rondaan malam yang terdiri daripada anggota
masyarakat, untuk tujuan mencegah jenayah di kawasan sekitar. Setiap KRT digalakkan untuk mengatur aktiviti kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain / organisasi berasaskan komuniti
Organisasi lain yang mengusahakan isu-isu seperti pendidikan dan kebajikan penduduk biasanya terdapat di lokasi. Hubungi mereka kerana mereka sudah mempunyai pengalaman bekerja dengan komuniti!
Komuniti (Penduduk)
Penglibatan komuniti adalah penting untuk
LANGKAH 2
Menganjurkan
program anda
Beberapa petua mengenai cara melibatkan pihak berkepentingan adalah seperti berikut:
I Pengurusan Bangunan
Di dalam sesuatu projek perumahan, pihak pengurusan sering mempunyai hubungan yang berjalin-jalin dengan masyarakat.
Pihak pengurusan juga mempunyai hak pengawasan terhadap aktiviti dan program yang dibenarkan di dalam premis. Oleh itu, penglibatan pihak pengurusan adalah penting untuk mendapatkan komitment atau kebenaran dari peringkat awal bagi menjalankan program dan penggunaan premis. Anda mungkin harus merancang lebih masa dan usaha untuk perkara ini.
Inilah antara cara-cara yang boleh anda guna pakai:
Setelah mendapat sokongan mereka,
teruskan komunikasi, dan berikan maklumat terkini kepada pihak pengurusan secara berkala untuk menunjukkan kemajuan dan keberkesanan program anda.
1
Tuliskan surat rasmi yang menyatakan hasrat anda dan meminta izin.2
Telefon mereka untuk menyusuli surat tersebut.3
Kunjungi pejabat mereka yang terletak di kawasan berkenaan.4
Dapatkansokongan komuniti atau NGO
tempatan untuk memperjuangkan program anda.
LANGKAH 2
Menganjurkan
program anda
ii NGO lain / organisasi berasaskan komuniti Membina hubungan dengan organisasi lain
di lokasi yang telah bekerjasama dengan komuniti dalam inisiatif yang sedia ada.
Lazimnya organisasi ini mempunyai akses kepada komuniti sasaran yang sama. Ini membolehkan anda saling melengkapi antara satu sama lain dan bekerjasama supaya program baru dapat mengisi jurang dan mengelakkan dari
melaksanakan program yang serupa.
III Pemimpin komuniti dan penduduk
Penyertaan komuniti adalah penting ketika melancarkan inisiatif baru dalam memupuk rasa penglibatan di kalangan komuniti terhadap program ini. Berikan peluang kepada pemimpin komuniti untuk
mengambil bahagian dalam perancangan bahagian tertentu seperti hari terbuka, pendaftaran program, dan sebagainya.
Komuniti selalunya akan memberi cadangan yang tepat untuk keperluan program, seperti tempat yang sesuai, strategi penarikan peserta, dan penyesuaian komponen program.
LANGKAH 2
Menganjurkan
program anda
C. Pentadbiran
Di sini ada beberapa butiran akhir untuk memastikan bahawa program anda berjalan lancar. Program haruslah diselaraskan dengan belanjawan dan garis masa yang telah ditetapkan.
Belanjawan
Perancangan anggaran belanjawan yang berhemah
memastikan bahawa projek anda memberikan nilai terbaik berdasarkan sumber yang tersedia. Membuat belanjawan tidak semestinya menakutkan, ia hanyalah cara untuk menganggarkan jumlah kos program anda.
Berikut adalah kerangka ringkas yang anda boleh gunakan:
Nama projek Jumlah bersih Tarikh bermula Tarikh tamat
Pengurusan program
Perkara Belanjawan Kos sebenar Perbezaan kos
Masa anda sendiri
Bayaran harian fasilitator Alat tulis
Pembayaran balik rakan kongsi / Logistik
Perkara Belanjawan Kos sebenar Perbezaan kos
Subsidi pengangkutan Bayaran sagu hati (honorarium)
Komunikasi
Perkara Belanjawan Kos sebenar Perbezaan kos
Barang bercetak (poster, risalah dll.)
Dokumentasi video dan / atau foto
Perkara Belanjawan Kos sebenar Perbezaan kos
untuk memastikan komuniti sentiasa dilibatkan dan dimaklumkan
penting untuk merakam kejayaan program untuk komunikasi dalaman
LANGKAH 2
Menganjurkan
program anda
Rangka dan garis masa program
Tetapkan garis masa program dengan perincian fasa, dan jelaskan objektif inisiatif anda. Anda boleh menyesuaikan contoh garis masa berikut mengikut keperluan anda.
Garis Masa / Agenda 1 bulan 1 bulan 2-6 bulan 1 bulan
Perancangan program
Penglibatan pihak berkepentingan dan rakan kongsi
Reka bentuk tinjauan pra-program Pengambilan dan latihan
pemimpin Kaki Jalan Tinjauan pra-program dan pendaftaran
Pelaksanaan Program:
— Kaki Jalan
— Webinar
— Bengkel
— Kaunseling
— Latihan badminton Tinjauan selepas program Pelaporan / post-mortem
LANGKAH 2
Menganjurkan
program anda
D. Komunikasi
Komunikasi boleh dibahagikan kepada dua jenis:
komunikasi dalaman dan luaran. Komunikasi dalaman adalah untuk memastikan komuniti kejiranan tahu tentang inisiatif yang sedang berlaku, sementara komunikasi luaran untuk berkongsi program dan kejayaannya dengan masyarakat umum dan pihak berkepentingan luar.
Komunikasi dalaman
Untuk memutuskan platform atau alat komunikasi yang paling sesuai dengan peserta sasaran anda, soal selidik komuniti anda. Berdasarkan pengalaman kami sebelum ini dengan beberapa komuniti perumahan awam, saluran komunikasi berikut terbukti paling bermanfaat:
— Penyampaian mulut ke mulut
— Kumpulan WhatsApp komuniti
— Poster dan sepanduk di lokasi
— Halaman Facebook
Platform media sosial yang disarankan
platform popular yang mudah diakses untuk
menyebarkan maklumat dan mendapatkan maklum balas langsung dari komuniti
Halaman Facebook
platform terbuka untuk berkongsi maklumat dan membina kehadiran digital
Telegram
platform mesra untuk membina komuniti dan interaksi
Untuk penyampaian mulut ke mulut dan kumpulan WhatsApp komuniti, penglibatan komuniti penduduk tempatan sebagai wakil adalah penting.
Beberapa tips lain termasuk:
— Sesuaikan penggunaan bahasa mengikut sasaran anda.
— Gunakan bahasa yang santai dalam siaran media sosial agar mudah didekati.
— Tampilkan komuniti setempat melalui perkongsian
LANGKAH 2
Menganjurkan
program anda
Kesimpulannya, anda sedang berkomunikasi dengan komuniti yang akan terus berkembang dari segi keperluan dan idea, jadi maklum balas sepanjang pelaksanaan program amat penting dan jangan segan membuat perubahan yang bersesuaian asalkan mesej terhasrat disampaikan.
Lihat Lampiran 1 untuk templat poster yang boleh digunakan.
Komunikasi luaran
Gunakan media sosial dan saluran media utama untuk berkongsi program anda dan kejayaannya di khalayak ramai.
Berikut adalah beberapa cadangan:
Siarkan di media sosial setiap minggu
— Kongsikan program dan cerita daripada komuniti yang bermakna untuk menunjukkan impak.
Siaran media
— Hantar kenyataan akhbar ke pihak media untuk mendapatkan liputan.
Examples of posters
LANGKAH 2
Menganjurkan
program anda
LANGKAH 3
Menilai impak dan MENJAMIN kelestarian
Pada akhir setiap program, anda perlu menilai impak.
Oleh kerana proses perancangan dimulakan dengan
struktur berdasarkan hasil, langkah selanjutnya adalah untuk memperincikan petunjuk prestasi utama untuk setiap hasil.
Kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan program dan boleh diguna untuk menggubah strategi pelaksanaan masa depan.
Berkaitan petunjuk, anda boleh ambil dua pendekatan iaitu:
Penilaian Proses atau Penilaian Hasil. Penilaian proses mengukur keberkesanan program yang telah disampaikan, sedangkan penilaian hasil dan kesan mengukur sejauh mana program tersebut dapat mencetuskan perubahan jangka pendek dan jangka panjang.
Lihat Lampiran 2 untuk contoh tinjauan sebelum dan selepas program.
Contoh penilaian proses
Kekerapan program
—Berapa banyak kumpulan berjalan?
—Berapa kerap mereka berjalan?
—Berapa banyak bengkel diadakan?
Penyertaan
—Berapa ramai orang berjalan?
— Berapa ramai mengambil bahagian dalam bengkel?
Penilaian selepas program dengan pihak berkepentingan
Untuk mengetahui apa yang berjaya dan apa yang boleh diperbaiki
Contoh penilaian hasil
Manfaat sosial
Tinjauan sebelum dan selepas untuk menilai perhubungan di antara jiran
Pengetahuan kesihatan Tinjauan sebelum dan selepas untuk mengukur perbezaan dalam pengetahuan, sikap dan tabiat
Maklumat ini dapat membantu anda perolehi lebih banyak peluang dan sumber untuk meneruskan program di lokasi yang sama atau berkembang dan manfaatkan komuniti lain.
Fikirkan tentang kelangsungan program anda semasa merancang—bagaimana program dapat diteruskan tanpa penglibatan aktif anda? Bolehkah anda memudahkan
kemasukan lebih banyak rakan kongsi untuk menyampaikan program dan menyumbang dana?
Lebih penting lagi, adakah masyarakat tempatan akan menyambung aktiviti tersebut setelah inisiatif kempen anda berakhir? Rancangkan usaha peningkatan keupayaan pemimpin tempatan, terutama dalam bidang pengurusan projek dan pembiayaan. Di salah satu lokasi, kami telah menganjurkan sebuah bengkel penulisan geran untuk
menyokong komuniti mengembangkan inisiatif mereka sendiri.
LANGKAH 3
Menilai impak
dan MENJAMIN
kelestarian
Dalam bahagian toolkit ini, kami akan kongsi senarai aktiviti dan program yang telah dijalankan dalam program Aktif Bersama yang pertama dan yang dapat disesuaikan di mana-mana kawasan kejiranan. Senarai ini tidak lengkap, dan aktiviti-aktiviti ini hanya merupakan titik permulaan.
Pertimbangkan kepelbagaian program yang menawarkan sesuatu untuk semua orang, tidak kira usia atau kemampuan, dan mendorong komuniti untuk memperluaskan rangkaian sosial mereka dan berkenalan dengan rakan baru.
Bahagian ini akan dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu:
B.
Meningkatkan pengetahuan
kesihatan A.
Aktiviti fizikal
C.
Sesi aktiviti berkumpulan
A Aktiviti fizikal
Kebaikan Berjalan
— Aktiviti percuma yang mudah untuk banyak orang
— Mencegah atau melambatkan penyakit kronik
— Mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesihatan mental
— Memberi peluang kepada jiran untuk mengeratkan hubungan
— Mudah dilakukan dengan SOP semasa sebuah pandemik
1. Kumpulan berjalan kaki (‘Kaki Jalan’)
Berjalan kaki secara berkumpulan dipilih sebagai aktiviti utama Aktif Bersama kerana berjalan adalah senaman yang mudah, berkesan dan memberikan banyak faedah. Ia juga boleh dilakukan oleh hampir sesiapa dan merupakan aktiviti yang mesra keluarga. Kumpulan berjalan kaki bagus untuk membina perpaduan sosial di antara jiran dan meningkatkan kesihatan mental seseorang melalui saluran yang sihat.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu
dipertimbangkan sebelum melancarkan Kumpulan Berjalan Kaki di kawasan sekitar anda.
A Kaji kesesuaian kawasan untuk berjalan
Adalah penting untuk melakukan penilaian kesesuaian dengan bantuan rakan kongsi tempatan untuk mengetahui perkara yang mungkin menjadi halangan pelaksanaan aktiviti tersebut. Contohnya, kekurangan laluan berjalan yang selamat, haiwan liar berkeliaran, atau lalu lintas yang sibuk. Setelah kekangan-kekangan ini dikenal pasti, rakan sepasukan anda boleh menyelesaikan masalah ini dan memetakan laluan yang paling sesuai.
Titik penilaian untuk diteliti:
Semakan Kumpulan Berjalan
Mengkaji kesesuaian laluan berjalan dengan membuat peta laluan
Memilih dan melatih pemimpin aktiviti berjalan Buku cop (tidak diwajibkan)
1
Adakah laluan pejalan kaki yang ada selamat?3
Apakah tahap kebisingan dan suhu sekitar kawasan perumahan ini?2
Adakah laluan pejalan kaki tersebut mempunyai laluan keluar masuk yang mudah?4
Adakah terdapat ruang terbuka untukaktiviti rekreasi?
A Aktiviti
fizikal
Cara termudah untuk melakukannya adalah dengan mencetak peta Google dan tandakan laluan jalan dengan pen berwarna.
Berjalan dengan jam tangan kecergasan atau peranti digital yang akan membantu mengira jarak dan bilangan langkah.
Semasa menjalankan penilaian ini, tinjau sekurang- kurangnya dua laluan dengan jarak yang berbeza yang dapat digunakan oleh komuniti. Setelah pilihan laluan dibuat, bincangkan dengan pelbagai pemimpin komuniti sebelum mengesahkannya. Peta laluan hanya bermanfaat jika ia boleh diguna pakai oleh semua.
A Aktiviti
fizikal
B Memilih dan melatih Pemimpin Berjalan Kaki
Setelah laluan disahkan, sudah tiba masanya untuk mencari Pemimpin Aktiviti Berjalan Kaki anda! Pemimpin Aktiviti Berjalan Kaki adalah ahli komuniti yang akan memberi panduan semasa aktiviti perjalanan berlangsung dan mendorong penduduk untuk menyertai program dengan menunjukkan bahawa berjalan adalah aktiviti yang seronok dan memuaskan.
Berjalan secara kumpulan yang dipimpin lebih selamat untuk para pejalan kaki berbanding berjalan kaki secara individu. Selain itu, ia mendorong ahli kejiranan untuk berkenalan dan bermesra antara satu sama lain.
Bagaimana untuk memilih Pemimpin Aktiviti Berjalan Kaki?
— Hubungi rakan dan pihak berkepentingan dalam komuniti untuk mengenal pasti pemimpin berpotensi yang berumur sekurang-kurangnya 15 tahun.
— Tanya sekeliling komuniti untuk mencari sesiapa yang berminat, mungkin ada penduduk yang sudahpun sedang melakukan aktiviti serupa!
— Sekiranya komuniti kelihatan ragu-ragu untuk memberikan komitmen, anjurkan Hari Terbuka berskala kecil untuk menggalakkan mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Apa yang telah kami pelajari
— Untuk jadual perjalanan, Pemimpin Aktiviti Berjalan Kaki patut menentukan masa yang terbaik untuk mereka. Kemungkinan besar mereka akan mencerminkan jadual harian komuniti anda.
— Dalam program Aktif Bersama yang pertama, kami mendapati bahawa sesetengah kumpulan akan berjalan setiap hari manakala selebihnya lebih suka untuk berjalan pada waktu pagi di hujung minggu apabila mereka mempunyai masa lapang.
A Aktiviti
fizikal
Terangkan sebab di sebalik menjalankan Kumpulan Berjalan Kaki supaya Pemimpin memahami tujuan anda.
Terangkan proses aktiviti Kumpulan Berjalan Kaki, dari
segi proses pendaftaran, jadual aktiviti, dan sebagainya.
Tunjukkan peta laluan kepada mereka dan berjalan bersama untuk
membiasakan mereka dengan laluan tersebut.
Ambil peluang ini untuk mendapatkan pendapat mereka tentang laluan itu.
Mengimbas semula tugas Pemimpin Aktiviti
Berjalan Kaki.
Senaraikan saluran komunikasi yang akan digunakan antara Pemimpin
Aktiviti Berjalan Kaki dan peserta, seperti kumpulan WhatsApp.
Tentukan seseorang dari organisasi utama untuk sentiasa berkomunikasi dengan Pemimpin Aktiviti Berjalan Kaki sepanjang program melalui perkongsian kumpulan terhad, dan galakkan mereka untuk berkongsi gambar dan
pengalaman kumpulan untuk meningkatkan semangat!
Apakah langkah- langkah untuk
proses latihan?'
A Aktiviti
fizikal
C Mendorong penyertaan komuniti
Cari sumber motivasi luaran yang boleh mendorong motivasi dalaman. Sekiranya sumber kewangan mengizinkan, kami menggalakkan pemberian insentif kepada penduduk pada peringkat permulaan untuk menyertai Kumpulan Berjalan Kaki, lambat laun mereka akan berjalan dengan tabiat sendiri didorong oleh keseronokan berjalan dengan rakan-rakan mereka.
Cadangan untuk menggalakkan berjalan kaki:
— Berjalan di sepanjang jalan yang ada pemandangan, ambil peluang untuk berhenti dan bergambar!
— Selesaikan perjalanan kaki di destinasi yang menarik atau tamatkannya dengan aktiviti bersama, seperti sarapan pagi.
— Pasang papan kedudukan mingguan untuk menunjukkan blok mana yang paling banyak berjalan dan / atau
yang mempunyai paling ramai pejalan kaki; atau untuk menonjolkan beberapa ‘Pejalan Mingguan’.
— Adakan cabutan bertuah mingguan di mana penduduk yang berjalan sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu layak untuk cabutan dengan hadiah menarik.
Satu cara baik bagi penduduk untuk dapatkan gambaran kemajuan mereka sendiri adalah dengan menggunakan buku yang boleh dicop untuk merekodkan perjalanan mereka.
Lihat Lampiran 4 untuk contoh buku cop yang telah kami hasilkan agar penduduk dapat merekodkan perjalanan mereka, dan juga mendapatkan petua berkaitan dengan berjalan kaki! Buku akan dicop oleh Pemimpin Aktiviti Berjalan Kaki yang juga dapat mengesahkan penyertaan mereka.
A Aktiviti
fizikal
2. Latihan badminton
Sukan berpasukan meningkatkan keyakinan dan membina hubungan yang kuat antara mereka yang mengambil bahagian. Ia menghubungkan para belia melalui aktiviti yang sihat dan menyeronokkan.
Bagi Aktif Bersama yang pertama, latihan bola sepak dipertimbangkan pada awalnya, tetapi kerana sekatan pandemik COVID-19, ia diubah menjadi latihan badminton.
Walau bagaimanapun, hasilnya positif dari semua segi.
Dengan sebarang aktiviti sukan, langkah utama adalah untuk mengkaji kemudahan dan sumber yang ada di lokasi. Sebagai contoh, untuk latihan badminton, gelanggang yang sesuai dan peralatan badminton yang berkeadaan baik diperlukan.
A Aktiviti fizikal
Sesuai untuk Belia
Aktiviti
Latihan mingguan untuk pelajari teknik badminton Rakan kongsi
J8 Autism Athletics
Cadangan penambahan
Anjurkan kejohanan badminton kejiranan di akhir latihan untuk menilai kemajuan pelatih. Ini juga adalah cara yang menyeronokkan untuk melulusi program ini!
Pengetahuan kesihatan merujuk kepada tahap kemampuan seseorang memperoleh dan memahami maklumat dan perkhidmatan kesihatan asas untuk membuat keputusan yang tepat mengenai kesihatan. Ia penting untuk mengenali tanda-tanda dan gejala penyakit kronik dan masalah
kesihatan mental dari awal lagi.
Untuk membantu meningkatkan pengetahuan kesihatan bagi sesebuah komuniti, anda digalakkan untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan, menyebarkan risalah maklumat, dan mengadakan ceramah komuniti mengenai pelbagai topik.
Oleh kerana sekatan akibat COVID-19 semasa Aktif Bersama pertama, pilihan ini disesuaikan agar tiada perlu berkontak rapat dengan menyediakan poster informasi digital dan mengadakan webinar kesihatan dalam talian.
B Meningkatkan pengetahuan kesihatan
Apa yang telah kami pelajari
— Poster digital berbentuk segi empat sama mudah dibaca pada skrin telefon.
— Sebaiknya, video yang dipaparkan harus pendek dan ringkas, berberapa video pendek lebih baik daripada satu video yang panjang.
Contoh infografik dari Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM)
Berikut adalah beberapa topik yang boleh diliputi:
I Kesedaran Strok
Strok adalah penyebab kematian yang ketiga paling tinggi di Malaysia dan penyebab utama kelumpuhan di negara ini. Pesakit kadang-kadang tidak menyedari pada mulanya bahawa mereka sedang mengalami strok, oleh itu penting untuk ketahui tanda-tanda awal.
Rakan kongsi Persatuan Strok Kebangsaan
Malaysia (NASAM)
Intervensi
— Webinar dalam talian mengenai gejala strok
— Poster digital yang dikongsi di laman Facebook
— Poster bercetak diedarkan kepada komuniti
Lihat Lampiran 5 untuk video tentang kesedaran strok dan bahan-bahan maklumat.
B Meningkatkan
pengetahuan
kesihatan
II Kesedaran Kanser
Kes kanser semakin meningkat. Lebih membimbangkan lagi, 60% kes kanser dikesan pada peringkat akhir, di mana peluang pemulihan jauh lebih tipis. Terdapat banyak faktor risiko kanser seperti usia, sejarah keluarga, tabiat, gaya hidup dan sebagainya. Namun, dari sudut pandang individu, mengetahui tanda-tanda awal kanser dan mengekalkan diet yang seimbang dapat membantu.
Rakan kongsi Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM)
Intervensi
— Webinar dalam talian
mengenai kanser payudara, kanser testis, dan langkah menjaga pemakanan
— Poster digital yang dikongsi di laman Facebook dan kumpulan WhatsApp komuniti Lihat Lampiran 6 untuk lebih banyak bahan mengenai
kesedaran kanser, termasuk infografik dan video.
B Meningkatkan
pengetahuan
kesihatan
III Kesihatan Mental
Masalah kesihatan mental boleh melanda siapa saja, dan kekurangan strategi penanganan yang sihat, sokongan sosial, serta pandangan negatif dari masyarakat terhadap kesihatan mental boleh memburukkan lagi masalah ini.
Walau bagaimanapun, stigma kesihatan mental masih wujud dalam banyak komuniti. Ini berpunca dari stereotaip negatif terhadap mereka yang menghadapi masalah
kesihatan mental. Ini bukan sahaja menyebabkan diskriminasi dalam kehidupan peribadi dan profesional, tetapi juga dapat menghalang mereka yang memerlukan pertolongan untuk memintanya kerana ia akan
mewujudkan stigma yang akan menyebabkan mereka berasa malu.
Semasa memasuki komuniti baru untuk melancarkan inisiatif yang berkaitan dengan kesihatan mental, timbangkan perkara-perkara berikut:
— Nilaikan persepsi komuniti mengenai topik kesihatan mental melalui tinjauan dan / atau perbualan
— Anjurkan kempen kesedaran yang membuat
komuniti lebih selesa dengan idea program berkaitan kesihatan mental
— Mulakan dengan aktiviti berkumpulan sebelum menumpu kepada jangkauan individu, atau memperkenalkan
kesihatan mental melalui topik yang kurang stigmatis seperti strategi keibubapaan
Bahagian ini merangkumi tiga jenis intervensi: kesedaran, kaunseling, dan pertolongan cemas kesihatan mental.
I Kesedaran
Senarai main YouTube Thrive Well mengenai topik seperti perhatian dan cinta diri (lihat Lampiran 7).
Rakan kongsi
Thrive Well Intervensi
Webinar dalam talian untuk menangani ketidakpastian, keprihatinan
(mindfulness), dan sayangi diri
B Meningkatkan
pengetahuan
kesihatan
II Perundingan
Rakan kongsi
Thrive Well Intervensi
Kaunseling individu oleh pakar kesihatan mental
Setiap sesi merangkumi sesi perundingan yang terdiri daripada penyaringan Depresi, Kecemasan dan Skala Tekanan (DASS-21) dan perkongsian hasilnya. Rujukan yang sesuai diberikan sekiranya perlu. Para pakar kesihatan mental juga akan berkongsi strategi daya penyesuaian dan sumber menjangkau perkhidmatan profesional, seperti perkhidmatan psikiatri dan
psikologi. Dalam beberapa kes, pakar kesihatan mental menghantar mesej untuk berkongsi sumber-sumber ini dan menawarkan ruang yang selamat untuk dihubungi sekiranya mereka memerlukan sokongan tambahan.
Penduduk diminta untuk mendaftar terlebih dahulu untuk sesi selama 30 minit dengan pakar kesihatan mental yang dilakukan melalui panggilan telefon selaras dengan sekatan SOP COVID-19.
Pengalaman sesi perundingan
“ Akhirnya dia memberi nasihat dan cara untuk kami mengatasi tekanan dan juga maklumat untuk kita boleh mencari pertolongan, memang sangat baguslah.
Pada minggu yang sama tu, saya terdengar ada seorang jiran yang tertekan, jadi saya pun dapat membantu dia dengan apa yang telah saya belajar!"
B Meningkatkan
pengetahuan
kesihatan
Pendengaran Aktif adalah cara mendengar dan bertindak balas terhadap orang lain dengan cara yang dapat
meningkatkan persefahaman dan melahirkan rasa empati.
Ini boleh dilihat melalui ungkapan lisan dan tindakan bukan lisan. Ketika seseorang mengalami kesusahan, seorang pendengar yang baik biasanya menjadi langkah pertama untuk mendorong mereka mencari pertolongan.
Pendengaran Aktif adalah komponen penting dalam kerja Befrienders dalam pencegahan bunuh diri. Bengkel ini merangkumi simptom-simptom kemurungan dan bunuh diri, serta cara-cara memberi sokongan emosi melalui pendengaran aktif. Bengkel ini boleh dijalankan untuk pelbagai peringkat umur dan memberi manfaat kepada semua.
Walaupun bengkel in disyorkan untuk dijalankan secara bersemuka, ia boleh juga dilakukan secara dalam talian dengan format webinar. Jangan teragak-agak untuk memasukkan lebih banyak topik ke dalam bahagian ini seperti menjalankan pemeriksaan kesihatan, dan sentiasa ingat untuk mendapatkan maklum balas daripada komuniti!
lll Pertolongan cemas kesihatan mental
Rakan kongsi
Befrienders Intervensi
Bengkel Pendengaran Aktif
B Meningkatkan
pengetahuan
kesihatan
Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa kegiatan aktif secara sosial memberi manfaat ke arah kesihatan dan kesejahteraan mental yang lebih baik.
Kegiatan sosial dapat membantu menjalin hubungan baru, memberi peluang untuk mendapat sokongan sosial dan memupuk rasa kekitaan dalam komuniti.
Inilah antara rasional program Aktif Bersama yang menekankan penggabungan pelbagai aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan, untuk memberi peluang perkongsian pengalaman antara jiran.
Berikut adalah beberapa program yang boleh dijalankan:
I Bengkel sampah dan kompos
Aliran sampah isi rumah yang semakin meningkat adalah masalah persekitaran yang perlu ditangani dengan lebih baik dengan bantuan penyertaan orang ramai dalam proses pengurusan sampah. Setiap hari, rakyat Malaysia menghasilkan sekitar 2.3 juta tan sampah, di mana 44.5%
terdiri daripada sisa makanan yang dapat diuruskan melalui kompos.
Rakan kongsi
Free Tree Society Aktiviti
Bengkel praktikal untuk mengaitkan kompos dengan isu sampah yang meluas dan memperkenalkan tabiat penggunaan lestari, sisa sifar, dan kitar semula. Semua peserta akan
C Sesi aktiviti
berkumpulan
Disebabkan sekatan COVID-19, bengkel ini dilakukan secara maya oleh Free Tree Society. Di lokasi, fasilitator penduduk membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka.
C Sesi aktiviti
berkumpulan
II Bengkel Kebun Dapur Mini
Bengkel ini adalah cara yang baik untuk menghilangkan tekanan kesihatan mental, dan dalam jangka masa panjang, penduduk juga dapat menuai hasil kebun dapur mini.
Rakan kongsi
Free Tree Society Aktiviti
Bengkel praktikal untuk belajar petua berkebun komuniti dan cara mudah menanam makanan yang sesuai untuk memasak, seperti halia, daun bawang, dan bayam.
Semua peserta akan pulang dengan pasu tanaman.
Sesuai untuk Belia dan orang dewasa
Cadangan penambahan
Menubuhkan kebun komuniti di kawasan kejiranan agar seluruh komuniti dapat menikmati hasil pembelajaran ini juga.
“ Saya memang minat menanam dan bengkel ini telah mengajar saya banyak tentang tanaman yang berbeza dan cara penanaman yang
berlainan. Melalui bengkel ini, saya juga bertemu dengan jiran lain dan dapat berkongsi ilmu."
C Sesi aktiviti
berkumpulan
III Bengkel membina matlamat
Penetapan matlamat adalah penting pada semua peringkat kehidupan kerana ia membantu menjelaskan dan memberi motivasi diri untuk mencapai semua yang ingin dilakukan.
Rakan kongsi
Thrive Well Aktiviti
Bengkel yang membimbing para belia untuk memikirkan tujuan mereka dan membuat perancangan berdasarkan kriteria SMART (Spesifik, Boleh diukur, Dapat dicapai, Relevan, dan Terikat Masa).
Sesuai untuk
Belia berusia antara 18-25 tahun yang telah tamat laluan wajib persekolahan dan akan mula menghadapi banyak pilihan jalan hidup.
Cadangan penambahan
Bekerjasama dengan organisasi berasaskan komuniti yang mempunyai inisiatif pendidikan untuk terus membimbing dan memantau kemajuan belia yang terlibat.
C Sesi aktiviti
berkumpulan
Toolkit ini bertujuan untuk mengongsi manfaat pembelajaran kami apabila
menganjurkan program K2K Aktif Bersama.
Ia bermula dengan tujuan menyatukan suatu komuniti melalui program kesihatan bersama. Ketika krisis COVID-19 melanda, ia mengungkap banyak masalah yang dihadapi oleh masyarakat terpinggir. Inisiatif yang dapat membolehkan komuniti menjadi lebih berdaya tahan sangat diperlukan pada masa ini.
Walaupun banyak program pada awalnya dirancang untuk dijalankan secara fizikal, Think City telah menyesuaikan mereka dengan sekatan COVID-19 supaya program- program ini boleh dijalankan secara
bersemuka, melalui platform dalam talian, atau secara hibrid. Walau bagaimanapun, unsur utama yang telah menjayakan kesemua program ini adalah peranan aktif rakan komuniti yang kuat di lokasi kejiranan. Sebagai penganjur, kami hanya dapat melaksanakan inisiatif yang berkesan sejauh mana komuniti tersebut dapat
menggerakkan sumber yang sedia ada. Itulah sebabnya kerjasama dengan rakan-rakan kongsi sangat penting.
Inisiatif ini telah membuka banyak peluang dalam komuniti, memperkukuhkan
persahabatan antara jiran, dan meningkatkan kesihatan dan kesedaran untuk gaya hidup sihat terutama sewaktu pandemik COVID-19.
Apabila anda melaksanakan program Aktif Bersama tersendiri, program anda akan kelihatan sedikit berbeza daripada program kami kerana pihak berkepentingan dan
komuniti anda akan nampak berbeza. Setelah anda memahami toolkit kami dengan lebih mendalam dan melaksanakan program serta membuat penilaian sendiri, kami menghargai sebarang maklum balas daripada anda mengenai toolkit ini dan program tersebut.
Kami ingin mendengar daripada anda melalui e-mel kami di
lampiran
Lampiran 1Templat poster Lampiran 2
Tinjauan pra-program Tinjauan pasca-program Lampiran 3
Panduan latihan Pemimpin Aktiviti Berjalan Kaki Lampiran 4
Buku cop Lampiran 5
Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM)
— Video
— Infografik Lampiran 6
Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM)
— Infografik (BM)
— Video ringkas Lampiran 7
Thrive Well: Video kesedaran kesihatan mental di YouTube: ThinkCity 2020/2021
Untuk senarai lampiran yang penuh, sila klik pada pautan ini.
Diterbitkan oleh
Think City Sdn Bhd (200901026839) (869941-P)
Level 1 Bangunan UAB No 21–35 Gat Lebuh China 10300 George Town Pulau Pinang Malaysia www.thinkcity.com.my Ogos 2021
Hak cipta © 2021 Think City Sdn Bhd Hak cipta gambar milik
Think City kecuali dinyatakan sebaliknya