• Tidak ada hasil yang ditemukan

UKQE 3001 LEARNING THROUGH REFLECTION 1 (FULL REPORT) Awareness Campaign During Covid-19 Pandemic. LECTURER: Dr. Nurwina Akmal Binti Anuar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "UKQE 3001 LEARNING THROUGH REFLECTION 1 (FULL REPORT) Awareness Campaign During Covid-19 Pandemic. LECTURER: Dr. Nurwina Akmal Binti Anuar"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

UKQE 3001

LEARNING THROUGH REFLECTION 1 (FULL REPORT)

Awareness Campaign During Covid-19 Pandemic LECTURER: Dr. Nurwina Akmal Binti Anuar

NAME MATRIC NO

MUHAMMAD RAFIQ BIN MOHD

ZULKEFLI A18SC0149

(2)

Isi Kandungan

Carta Alir Laporan Refleksi Diri ... 3-4 Laporan Refleksi Diri ... 4-14 E-portfolio ... 15

(3)

MIND MAP

REPORTING

• Awareness Campaign During Covid-19 Pandemic.

• Online Platform.

• Covid-19 Awareness Contest

• Terbuka kepada semua

RESPONDING

• Dapat mengeratkan silaturahim antara ahli kumpulan

• Dapat melatih diri menjadi seorang yang kreatif dan cekal dalam melakukan sesuatu perkara

RELATING

• Memegang jawatan sebagai majlis tertinggi modul Kelab Lambaian Masyarakat

• Pernah memegang pelbagai jawatan modul dalam program lain seperti Lambaian Go Green dan First Year Experience

REASONING

• Dapat memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai Covid- 19

• Menepis segala mitos berkaitan Covid-19 yang boleh membuat seluruh rakyat panik

• Dapat melatih diri menjadi seorang yang kreatif dalam membuat sesuatu

(4)

RECONSTRUCTING

Penambahbaikan untuk akan datang.

FULL REPORT

Program Covid-19 Pandemic Awareness Campaign telah diadakan pada 13 Disember 2020 sehingga 2 Januari 2021. Program ini diadakan secara atas talian sahaja memandangkan kami tidak dibenarkan untuk pulang ke kampus pada waktu tersebut untuk melaksanakan program ini secara fizikal. Program ini dilaksanakan di bawah subjek Sains dan Komuniti (UKQA) bersama pensyarah Dr Nurhafizah binti Hasim dan Dr Nur Hidayah binti Ahmad.

Pandemik COVID-19 adalah fenomena yang belum pernah terjadi sebelumnya dan disertai dengan maklumat, mitos dan khabar angin yang salah. Tujuan kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai COVID19 dengan berkongsi maklumat yang tepat seperti mengenai gejala, penularan dan langkah pencegahan. Cara terbaik untuk

mencegah dan melambatkan penularan adalah dengan mendapat maklumat yang baik mengenai virus COVID-19 dan menghilangkan maklumat yang salah. Kempen ini akan merangkumi maklumat dari perspektif kimia dan matematik seperti mekanisme penyahaktifan virus dengan sabun dan menggunakan model matematik untuk memahami mekanisme

penghantaran COVID ‐ 19 atau nombor pembiakan. Kempen ini akan mengetengahkan langkah berjaga-jaga untuk mencegah jangkitan dan melambatkan penularan COVID-19.

Contoh langkah pencegahan adalah mencuci tangan dengan kerap, berlatih menjauhkan diri

(5)

dan memakai topeng muka. Tujuan program ini diadakan adalah Melakukan kempen kesedaran melalui platform dalam talian untuk mendidik masyarakat umum mengenai Coronavirus (COVID-19), untuk mendorong orang mengamalkan langkah berjaga-jaga dan menyesuaikan diri dengan yang baru, dan untuk memberikan maklumat yang tepat mengenai virus dengan membuang maklumat dan mitos yang salah.

Aktiviti program ini adalah catatan harian dan pertandingan. Catatan harian terdiri daripada infografik atau video mengenai virus COVID-19, kesalahpahaman umum dan

langkah pencegahan. Pengetahuan dari bidang kimia dan matematik juga akan diterapkan seperti mekanisme terperinci penyahaktifan virus dengan sabun dan bagaimana jarak sosial dapat meratakan lengkung. Catatan harian ini akan membantu menyebarkan maklumat mengenai virus dalam jangka masa yang singkat dan mendorong masyarakat untuk

mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya. Peraduan "Tetap Dalam, Tetap Selamat"

adalah mengenai berkongsi aktiviti seseorang semasa tempoh sosial. Ia terbuka untuk umum dan para peserta diminta untuk berkongsi sebarang karya seni (video pendek / poster / lagu) mengenai kehidupan normal mereka yang baru. Peraduan ini diharapkan dapat mendorong berlatih menjauhkan diri dan menyesuaikan diri dengan yang baru. Pemenang akan

diumumkan pada hari terakhir program (2/1/2021). Tempat pertama akan mendapat RM150, tempat kedua RM100 dan tempat ketiga RM50. Semua peserta akan menerima e-sijil dari UTM. Hadiah dalam bentuk wang kerana wabak ini telah memberi kesan besar kepada

kewangan orang. Oleh kerana kebanyakan orang bekerja dan belajar dari rumah, hadiah wang itu berguna untuk membeli keperluan asas seperti barangan runcit dan sambungan internet. Di samping itu, program ini sesuai dengan garis panduan jarak jauh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana tidak memerlukan hubungan fizikal. Program ini akan menjadi

(6)

murah tetapi berkesan untuk mencapai objektif program. Ringkasnya, program ini berharap dapat mengingatkan orang ramai bahawa setiap individu mempunyai peranan penting dalam menghentikan COVID-19. Program ini diharapkan dapat menjadi kaedah yang efektif untuk mengawal penularan COVID-19 dengan memberikan maklumat yang tepat dan

menghilangkan salah tanggapan umum. Berikut merupakan senarai ahli yang terlibat dalam program Awareness Pandemic Covid-19:

Pada awalnya, kami telah berbincang mengenai aktiviti dan manfaat yang akan diperoleh oleh masyarakat apabila mereka menyertai program kami. Setelah kertas kerja bagi program ini diluluskan oleh pihak i-League, kami telah mengaturkan tugasan bagi setiap ahli

Position Name

Lecturer : Dr Nurhafizah Binti Hasim Lecturer : Dr Nur Hidayah Binti Ahmad Program Director : Halimah Binte Abdul Ghafor Omar Secretary : Nur Ezzati Binti A.Malek

Treasurer : Fateen Nashuha Binti Yusof Technical Committee : Amirul Akil Bin Abdul Aziz : Nurin Hidayah Binti Mazlan : Lee Wei Cong

: Syasya Athilah Binti Baharuddin : Nor Allia Binti Maha

: Nur Sara Syuhada Binti Ahmad Hisham : Nurul Azmiera Binti Daud

: AbdulRaffi I. Balindong

: Muhammad Rafiq Bin Mohd Zulkefli : Muhamad Firdaus Bin Lahmuddin

(7)

kumpulan sepanjang program yang bakal dijalankan. Setelah itu, kami membuat rangka kerja projek. Rangka kerja projek merupakan kaedah yang digunakan oleh kumpulan kami untuk menjalankan program ini dengan startegik dan teratur. Semua ahli dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil yang terdiri daripada 3 orang. Setiap kumpulan diberikan tugasan. Kumpulan 1-3 menyediakan maksimum 7 infografik dan 1 video berdasarkan tema yang diberi dan memuat naik infografik/poster ke Instagram setiap hari selama 3 minggu. Kumpulan empat dimana saya dan dua orang lagi ditempatkan menyediakan google form dan poster peraduan, mempromosi peraduan ‘Stay In, Stay Safe’ di Instagram stories dan menilai dan

mengumumkan pemenang bagi peraduan. Semua ahli terlibat dalam menghebahkan akaun Instagram program (@cpac.com) dan maklumat peraduan kepada orang ramai menerusi Whatsapp atau saluran media sosial yang lain sepanjang program dijalankan. Sebelum kami sama sama bersetuju untuk membuat pertandingan melukis poster dan video, masing masing memberikan pelbagai idea yang menarik tetapi kebanyakannya agak rumit untuk dilaksanakan dalam keadaan secara atas talian.

Bagi saya program Covid-19 Pandemic Awareness Campaign ini agak mencabar kerana program ini terpaksa dilakukan secara atas talian sahaja. Perasaan saya semasa

diberikan tugas untuk mengendalikan pertandingan membuat poster dan video yang berkaitan Covid-19. Pertama, saya membuat google form untuk peserta manakala fateen membuat poster untuk pertandingan dan azmiera membuat sijil untuk peserta.

(8)

Perasaan saya sebelum melaksanakan program ini adalah perasaan gundah dan gementar dek kerana saya tidak pernah menyertai program sebegini tetapi saya merasa satu semangat yang tinggi dan berkobar kobar. Hal ini kerana program ini adalah sangat penting kepada semua rakyat dalam memberikan ilmu dan informasi yang penting berkaitan Covid- 19. Hal ini penting juga kerana terdapat pelbagai informasi salah yang dikeluarkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab seperti menceritakan tentang vaksin yang diimport oleh Malaysia adalah haram hukumnya dan tidak boleh digunakan oleh umat Islam. Baru baru ini juga tular di pelbagai platform media social berkenaan video klip yang berdurasi lebih kurang sepuluh minit di mana Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan vaksin Pfizer. Dalam video tersebut, pelbagai tohmahan dan spekulasi telah dikeluarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai golongan anti vaksin yang menyatakan bahawa proses membuat vaksin tersebut merupakan aktiviti iluminati. Sudah terang lagi bersuluh bahawa setelah perbincangan dari pakar agama di meja bulat sebulat suara menyatakan bahawa penggunaan vaksin hukumnya harus.

(9)

Walaupun begitu, masih terdapat banyak kekurangan yang perlu saya baiki dalam membantu melaksanakan program ini. Antaranya adalah saya masih belum peka terhadap maklumat terkini berkaitan Covid-19. Hal ini kerana saya menumpukan lebih perhatian kepada content didalam poster tersebut iaitu berkaitan kebersihan diri dan sejarah Covid-19 berbanding dengan mitos yang diviralkan oleh golongan yang tidak

bertanggungjawab. Saya merasakan sekiranya info mengenai Covid-19 ini sampai dengan lebih cepat dan meluas, hal ini dapat dikurangkan dengan lebih efisien. Saya juga perlu lebih peka tentang kehendak orang ramai dalam menarik minat mereka menyertai program ini.

Walau demikian, saya berasa amat teruja kerana program masih berjalan dengan lancer dan ramai yang menyertai pertandingan melukis poster dan video yang dianjurkan dengan menunjukkan pebagai bakat mereka dalam menghasilkan poster dan video yang sangat menarik. Antaranya:

(10)

Walaupun saya agak gementar dalam menjayakan program ini, tetapi saya mempunyai keyakinan yang saya mampu untuk membantu. Hal ini kerana saya mempunyai pelbagai pengalaman lalu. Antaranya, saya memegang jawatan sebagai majlis tertinggi modul Kelab Lambaian Masyarakat di bawah Kolej Tuanku Canselor. Dalam memegang jawatan tersebut, saya mendapat pelbagai idea untuk membuat aktiviti menarik yang pernah dilakukan.

Di samping itu, saya juga pernah mengurus aktiviti kebersihan dan contest dalam Program Lambaian Go Green dan juga merancang aktiviti untuk pelajar tahun satu yang menyertai Kelab Lambaian Masyarakat dalam Program First Year Experience. Saya merasa amat gembira kerana walaupun saya kadang kadang buntu, kami bekerja dan berbincang dalam kumpulan yang bagus dan saling tolong menolong dalam setiap unit. Walaupun mereka dalam unit berbeza, mereka tidak lokek ilmu dan tenaga untuk membantu ahli kumpulan yang lain yang berada dalam kesusahan. Saya juga berasa amat bersyukur kerana dikurniakan seorang

(11)

pengarah yang sangat mengambil berat tentang keadaan kami dengan sentiasa bertanyakan keadaan kami dari masa ke masa. Perasaan gundah yang muncul dari hati saya berpunca daripada aktiviti ini yang perlu dilakukan secara atas talian. Walaupun begitu, saya merasa amat bersyukur di atas ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T yang menetapkan hati saya untuk menyertai program ini kerana program ini mampu melatih diri saya dalam kemahiran merancang aktiviti dan kemahiran berfikir secara kritis dan terbuka.

Antara aspek yang penting dalam melaksanakan program ini adalah mengetahui perkembangan semasa isu berkaitan Covid-19. Hal ini kerana pada waktu itu, terdapat banyak isu dan info berkaitan virus Covid-19 yang selalu dikemaskini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Antaranya adalah seperti symptom awal orang yang mungkin dijangkiti virus ini berubah rubah seperti suhu badan yang tinggi dan sesak nafas. Oleh yang demikian, ramai premis yang menggunakan thermometer untuk memeriksa suhu pelanggan mereka bagi mengelakkan pelanggan yang mempunyai suhu yang tinggi memasuki premis mereka.

Walaupun begitu, mengikut info yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa tidak semua pesakit positif Covid-19 mempunyai symptom suhu badan yang melebihi 37 darjah Celsius. Oleh itu, adalah amat penting program ini diadakan kerana mereka yang lain boleh mengetahui pelbagai symptom lain yang perlu diketahui oleh orang ramai bagi mencegah mereka menjadi kluster baharu Covid-19, seterusnya bersama

memutuskan rantaian Covid-19. Selain itu, aspek lain yang penting dalam program ini adalah saya dapat berkenalan lagi Bersama ahli jawatankuasa program yang terdiri daripada pelbagai pelajar aliran berbeza. Hal ini kerana walaupun kami berada di satu fakulti yang sama, aliran kami berbeza. Contohnya, saya mengambil ijazah Bachelor of Science(Mathematics)

manakala yang lain adalah dari kalangan pelajar Fizik dan Kimia. Dalam kami serius

(12)

merancang dan menjalankan program ini, kami juga bercakap mengenai subjek kami dan kemana kami mahu pergi untuk internship nanti. Mereka semua sangat ramah dan tidak malu dalam bercakap walaupun sekadar bercakap kosong untuk menghilangkan kebosanan kami semua. Dari sudut perspektif peribadi pula, saya merasakan bahawa mengendalikan program ini juga amat penting dalam menambahkan lagi kemahiran kendiri saya. Antaranya adalah kemahiran berkomunikasi dan interaksi dengan orang lain. Hal ini kerana disamping saya perlu berkomunikasi dengan ahli lain yang baru saya kenali, saya juga perlu pandai dalam berkomunikasi dengan orang luar. Hal ini penting bagi saya kerana memandangkan saya ditugaskan untuk mengendalikan para peserta yang menyertai pertandingan poster dan video yang terbuka kepada semua, terdapat ramai yang mesej saya melalui platform whatsapp menyanyakan tentang peraturan dan poster atau video yang boleh dibuat untuk pertandingan ini. Kemahiran percakapan disini amat penting kerana sekiranya tersalah cakap, kemungkinan besar mereka tidak mahu mengikuti pertandingan kita. Walaupun begitu, terdapat 51 peserta yang menyertai program ini secara keseluruhan sepanjang pertandingan ini dijalankan selama dua minggu. Akhir sekali, saya merasakan bahawa program ini mendidik saya menjadi seorang yang pandai berkomunikasi dan rajin dalam melaksanakan tugas. Jika dilihat dari perspektif yang lain, pensyarah kami memberika feedback dan respons yang positif apabila kami membentangkan report program kami. Mereka juga amat bangga akan hasil usaha kami dalam membuka mata orang ramai. Kami mendapat A untuk subjek UKQA.

Dalam melaksanakan program ini, sebelum semasa dan selepas program, terdapat banyak perkara yang boleh saya ambil dan jadikan sebagai pengajaran.

Platform utama yang digunakan adalah Instagram dan target komuniti adalah seramai

(13)

500 orang. Namun begitu, target ini tidak dicapai atas sebab banyak kumpulan dari kursus yang sama mengadakan kempen yang sama. Maklumat yang disiarkan dan aktiviti yang dijalankan adalah lebih kurang sama menyebabkan komuniti kurang berminat untuk melibatkan diri dalam kempen seperti ini. Tambahan, program ini tidak menggunakan variasi dalam mempromosikan program ini. Selain itu, Perbincangan dalam talian bagi menggantikan interaksi secara bersemuka di kampus merupakan satu- satunya cara yang paling selamat bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19. Namun, ada segelintir pelajar menghadapi kadar capaian internet yang lemah terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Ini menyebabkan kesukaran untuk berbincang secara atas talian melalui Webex dan Google Meet mengenai perkembangan program secara berkumpulan.

Salah satu cara untuk menyelesaikan hal ini adalah dengan mendapatkan kerjasama setiap ahli kumpulan untuk menghebahkan perihal program ini kepada komuniti dengan sekerap yang mungkin. Selain itu, pelbagai kaedah yang menarik boleh digunakan untuk menarik minat komuniti agar turut serta dalam program kempen kesedaran ini. Sebagai contoh, kaedah yang boleh digunakan adalah dengan membuat video dan animasi yang menarik. Di samping itu, Untuk mengatasi masalah ini, perbincangan berkumpulan boleh dilakukan melalui teks menerusi aplikasi Whatsapp.

Melalui cara ini, penggunaan internet dapat dijimatkan dan sekaligus dapat membantu mengurangkan beban ahli kumpulan yang mengalami masalah capaian internet.

Perjumpaan secara atas talian menerusi Webex dan Google Meet masih boleh dijalankan dengan mengehadkan masa perjumpaan agar ahli kumpulan yang mempunyai masalah capaian internet turut mengetahui perkembangan mengenai program yang dijalankan.

(14)

Akhir kata, saya merasa amat bangga dan berharap program berinformasi seperti ini dapat diteruskan.

(15)

Link eportfolio

https://eportfolio.utm.my/view/view.php?t=DslpI1m5bSXJGNKc24Vn

Referensi

Dokumen terkait

Communication in the Time of COVID-19: An Examination of Imagined Interactions and Communication Apprehension During the COVID-19 Pandemic.. Imagination, Cognition and

1) Peserta didik terkadang dalam proses pembelajaran matematika mereka hanya berdiam diri disaat guru bertanya sehingga aktivitas belajar yang cenderung

The theme was the duration of accessing social media before and during covid 19 pandemic, the social media preferences for English language learning, the benefits

Identifying the impact of the COVID-19 pandemic on students' involvement inside and outside of the classroom.. Exploring students' experience of engagement during the

The conclusions of this study are: 1) there is no difference between Learning Effectiveness during the COVID-19 pandemic based study program on theat the

Online learning that is applied using Google Classroom media allows teachers and students to carry out learning without going face-to-face in a class by providing learning

Research Objectives Proving the Effectiveness of E-Learning Learning During the Covid-19 Pandemic Against Student Motivation in the Nursing Study Program at

When the learning went online due to the Covid- 19 pandemic, teachers, students, Indonesian Language for Foreign Speakers class organizers, and the Indonesian Embassy