• Tidak ada hasil yang ditemukan

COVER NUR EMAS PENYELAMAT WANG ANDA. Kenapa Anda Masih Tidak Kaya? Adakah Emas Begitu Penting? Bagaimana Emas Boleh Menyelamatkan Anda?

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "COVER NUR EMAS PENYELAMAT WANG ANDA. Kenapa Anda Masih Tidak Kaya? Adakah Emas Begitu Penting? Bagaimana Emas Boleh Menyelamatkan Anda?"

Copied!
45
0
0

Teks penuh

(1)

COVER

NUR EMAS

PENYELAMAT WANG ANDA

Kenapa Anda Masih Tidak Kaya?

Adakah Emas Begitu Penting?

Bagaimana Emas Boleh Menyelamatkan Anda?

(2)

2 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih & tahniah kerana berminat untuk membaca ebook ini dan ingin mendalami ilmu emas dan ingin memperbaiki pengurusan kewangan anda.

Salam perkenalan daripada saya iaitu Dr Nur atau nama sebenar saya Norbayah Sarjono. Saya merupakan seorang doktor, usahawan, content creator dan juga penyimpan emas serta pembimbing emas. Alhamdulillah.

Jika anda seorang yang ingin memperbaiki status kewangan anda, ingin menyimpan duit anda dengan pelaburan yang selamat atau mungkin anda seorang yang bekerja dengan pendapatan beribu ringgit tetapi tidak pandai kaya, malah hutang bertambah.

Hehe. Gaji setiap bulan tetapi bila dah tiba hujung bulan, duit semuanya habis. Maka, saya cadangkan anda baca ebook ini sampai habis. In Sha Allah, anda akan mempelajari sesuatu.

Saya doakan anda memperolehi manfaat dari ebook ini dan mampu mengubah hidup anda. Aamin

Dr Nur @ Norbayah Sarjono

Doktor, Usahawan & Content Creator + Public Gold Dealer (PG00173874) www.drnur.my

PENGENALAN

(3)

3 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

Emas adalah pengubah cara pemikiran dan cara pengurusan kewangan saya. Inilah kisah antara saya, duit dan emas. Saya belajar daripada kesilapan dan anda jangan jadi seperti saya. Sila hadam ilmu ini betul-betul.

Jika anda seperti saya, jangan risau, belum terlambat untuk berubah. Anda mungkin mahir dalam bidang tertentu, tetapi anda mungkin sangat lemah dalam ilmu pengurusan kewangan. Percayalah. Bukakan hati untuk menerima ilmu ini ya.

Saya adalah seorang doktor perubatan yang bergaji beribu ringgit . Namun begitu, selepas hampir 10 tahun bekerja pun, saya tiada tabung kecemasan walaupun serendah duit kecemasan 3 bulan. Boleh bayangkan? Betapa teruknya pengurusan kewangan saya. Sila bayangkan sebentar.

Saya seorang yang mudah mengeluarkan duit untuk orang lain tetapi dalam masa yang sama juga saya adalah seorang yang boros dan tidak tahu menguruskan kewangan sebaik mungkin. Gaji beribu setiap bulan, tetapi hujung bulan, duit gaji dah habis. Beli itu ini…Bayar itu ini..Tiada yang disimpan. Sangat sadis…

Jika anda yang membaca ebook ini adalah seperti saya dahulu, silalah bertaubat segera, sebelum anda menyesal. . Cari ilmu, mentor & ubah cara pengurusan kewangan anda.

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana telah belajar dan mendalami ilmu emas.

Banyak mengubah hidup saya & cara pengurusan kewangan saya. Malah sekarang ini, saya aktif berkongsi ilmu kewangan & ilmu emas dekat rakan- rakan yang lain.

KISAH SAYA, DUIT & EMAS

(4)

4 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

Saya membaca pelbagai buku kewangan untuk mencari ilmu pengurusan kewangan tetapi ilmu emas lah yang banyak menyelamatkan saya untuk lebih berdisiplin menyimpan duit sehingga setiap kali saya ingin membeli sesuatu barang, saya akan fikir, “Berapa gram emas aku boleh dapat dengan duit ini?” . sampai tahap macam tu. Jadi, saya takkan jadi membeli barang tersebut jika bukan keperluan.

Haha.

Jika anda bekerja sekarang dan mempunyai pendapatan setiap kali bekerja. Itu adalah pendapatan aktif. Anda dibayar dengan masa dan tenaga anda. Jika anda tidak bekerja disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan, maka pendapatan ini akan terputus. Sebab itu, anda perlu berusaha menyimpan dan gunakan duit yang disimpan untuk menjana pendapatan pasif kelak. Saya suka kata-kata Warren Buffet, Pakar Pelabur Antarabangsa.

“ If you do not find a way to make money while you sleep, you will work until you die”

Jika saya boleh berubah, anda juga boleh berubah sekarang. JANGAN BERTANGGUH! Teruskan membaca ebook ini sampai habis. In Sha Allah, anda akan belajar sesuatu.

(5)

5 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

BAGAIMANA EMAS BOLEH MENYELAMATKAN KEWANGAN ANDA.

1. Emas adalah Kekayaan Sepanjang Zaman

Alangkah ruginya jika anda seorang Muslim tetapi tidak menyimpan emas. Kenapa?

Sebab dalam Al-Quran & Hadis Rasulullah pun telah disebut tentang Emas.

Emas adalah kekayaan di dunia dan perhiasan di akhirat nanti.

Ini salah satu hadis Nabi S.A.W:

Ini pula salah satu ayat Al-Quran

‘Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)’

(Dinar= Emas, Dirham=Perak)

Riwayat Imam Ahmad Ibnu Hanbal

Maksudnya: Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Surah Ali-Imran ayat 14

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

(6)

6 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

Sejarah Emas Sebagai Simbol Kekayaan.

Untuk pengetahuan anda, sejarah ini sangat menarik iaitu emas telah digunakan sebagai duit sejak 2600 tahun yang lalu.

Empayar Lydia (sekarang Turki) mengeluarkan syiling emas pertama dunia, dipanggil The Lydian Lion. Syiling emas ini ditempa oleh raja Alyattes. Sebelum Alyattes menjadi raja, sistem perdagangan ketika itu adalah berdasarkan sistem barter (bertukar barangan).

Ini adalah proses yang menyulitkan kerana orang ramai terpaksa membawa barang- barang atau haiwan untuk ditukarkan kepada barang-barang lain.

Bagi memudahkan urusan perdagangan raja Alyattes memperkenalkan syiling emas yang dipanggil The Lydian Lion. Kewujudan syiling emas ini ternyata memudahkan urusan perdagangan dan telah menjadi duit utama pada masa itu.

Dengan kata lain, emas sudah diiktiraf sebagai simbol kekayaan sejak 2600 tahun dahulu.

Jika anda memiliki banyak emas pada masa sekarang. Anda tetap dipanggil orang kaya!

Gambar: Syiling emas pertama dunia: The Lydian Lion

(7)

7 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

2. Emas adalah Anti-Keborosan

Soalan: “Duit senang nak simpan atau senang nak dihabiskan?”

Sudah pasti jawapannya: “Senang habis”

Oleh kerana duit senang nak dihabiskan, maka sukar bagi anda untuk membina kekayaan dengan simpanan duit.

Kenapa? Sebab mindset manusia terhadap duit biasanya ada 2 sahaja.

Pertama bayar hutang dan kedua belanja.

Jadi bagaimana nak selesaikan masalah ini?

Jika anda hendak membina simpanan yang banyak, cuba gunakan teknik tukar duit simpanan menjadi emas.

Gambar: Jongkong Emas 5 Gram sentiasa dalam dompet

(8)

8 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

Saya ada simpan 5 gram emas dalam dompet saya dan ia bernilai duit RM1000 lebih.

Tetapi saya tidak pernah belanja. Kenapa? Sebab ia adalah EMAS. Dan mindset manusia adalah EMAS UNTUK DISIMPAN.

Jika saya letak RM1000 dalam dompet, saya sangat-sangat yakin, ia akan digunakan untuk berbelanja A.S.A.P. As soon as possible.. Hahaha. Senyum-senyumlah tu..

Emas adalah penyelamat penyakit boros anda.

Sebab itu, cepat-cepat tukarkan duit anda kepada simpanan emas.

Saya sendiri berjaya menyimpan 3 bulan dana kecemasan dalam bentuk emas. Anda bila lagi?

TIPS: Anda digalakkan simpan duit kecemasan minima 3 bulan hingga 12 bulan. Dipanggil Tabung Simpanan Kecemasan.

Contoh pengiraan: Jika gaji seseorang RM1500 sebulan. Maka 3 bulan duit kecemasan adalah RM4500.

Jika harga emas semasa 1g = RM250, maka emas yang perlu anda simpan adalah 18 gram emas (RM4500 / RM250 x 1gram = 18gram)

Jika berlaku kecemasan seperti tiada pekerjaan atau sakit, maka anda boleh tukarkan semula emas kepada wang tunai. Dan anda beruntung jika harga emas semakin meningkat.

DrNur.my

(9)

9 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

3. Emas adalah Kalis Inflasi & Kekal Kuasa Beli

Secara kesimpulan, Emas adalah penyimpan nilai jangka panjang yang baik dan merupakan salah satu pelaburan yang baik untuk jangka Panjang.

Kuasa beli 1 dinar 1400 tahun yang lalu dan sekarang adalah masih sama.

Nilai emas yang stabil boleh dilihat melalui kuasa beli 1 dinar emas 1400 tahun yang lalu berbanding hari ini.

Ketika zaman Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1 dinar emas (dinar merujuk kepada syiling emas seberat 4.25gram)

Ini dapat dilihat di dalam hadis Nabi.

Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada Urwah yang bermaksud:

“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata:

“Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.”

Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.

Kemudian aku membawa kedua-dua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu.”

Rasulullah bertanya: Bagaimanakah kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

(10)

10 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

Sekarang ini, tahun 2021. Satu dinar masih boleh membeli seekor kambing! Inflasi untuk emas adalah 0.

“Menyimpan emas menguntungkan dalam jangka masa panjang.”

Mari kita lihat graf harga emas lebih 20 tahun daripada tahun 1996 sehingga 2020.

Daripada graf harga emas di bawah, dapat dirumuskan bahawa harga emas naik dan turun dalam jangka masa pendek, tetapi dalam jangka masa panjang, emas sentiasa dalam posisi menaik.

Graf pergerakan harga emas tahun 1996 – 2020 sumber http://www.goldprice.org

Sebab itu, untuk jangka masa panjang, anda untung bila menyimpan emas.

Sejarah harga emas lebih 20 tahun. Kenaikan sekitar 570% dalam nilai RM. Selepas berlaku kejatuhan dari 2013 – 2015, harga emas mulai trend menaik sejak 2016. Ia peluang yang baik untuk membeli emas.

(11)

11 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

“Nilai wang kertas jatuh dalam jangka masa Panjang”

Salah satu kelemahan wang kertas adalah nilainya jatuh dalam jangka masa panjang.

Kuasa beli duit kertas semakin lama semakin menyusut. Dulu duit boleh beli banyak barang. Sekarang duit yang sama boleh beli sedikit sahaja barang.

Anda akan mendapati kuasa beli duit kertas semakin mengecil akibat inflasi.

Contoh sebenar, Saya sekolah darjah 1 tahun 1991. Saya bawa 10 sen hingga 20 sen sahaja sehari. Duit tersebut cukup untuk membeli mee goreng dan air di kantin.

Anak saya sekarang pergi sekolah bawa RM3 sebagai duit belanja sekolah. Sebab harga mee goreng dan air zaman sekarang ini dah jauh beza dari zaman saya dahulu.

Gambar: Zaman saya, belanja sekolah 10 sen - 20 sen sahaja.

(12)

12 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

Harga Dan Saiz Roti Canai

Lihat kuasa beli duit kita pada tahun 2005 berbanding 2015.

Dahulu roti canai harganya 50 sen dan saiznya besar.

Sekarang harga roti canai RM1.20 sen tapi saiznya makin mengecil.

Dengan kata lain kuasa beli Ringgit Malaysia semakin lama semakin kecil.

Sebab itulah, untuk simpanan jangka masa panjang, emas adalah simpanan terbaik.

Gambar: Harga dan saiz roti canai dari tahun 2005- 2015

TIPS: Jika ingin beli emas, anda guna duit yang agak-agak tidak dipakai sekurangnya dalam tempoh SETAHUN. Paling baik 2 – 3 tahun. Ini dipanggil, ‘Simpanan Untuk Dilupakan’.

DrNur.my

(13)

13 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

4. Emas Bertahan Nilai & Tidak Boleh Dimanipulasi

Nilainya bertahan dari ketidaktentuan ekonomi & politik.

Nilainya kekal walaupun berlaku krisis ekonomi, duit ringgit (RM) jatuh, ataupun berlaku peperangan. Emas adalah DUIT SEBENAR dan terbukti sebagai alat penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia.

Kuantiti emas tidak boleh dimanipulasikan oleh sesiapa. Emas perlu dicari, dilombong, ditulenkan dan dibentuk. Ianya proses yang sukar.

Ini berbeza sekali dengan duit kertas. Duit kertas boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan yang tidak bertanggungjawab.

Apabila duit kertas dicetak terlalu banyak, maka nilai duit kertas akan jatuh.

Apabila nilai duit kertas merosot terlalu banyak, ia akan mengakibatkan hyperinflasi dan akhirnya duit kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat.

(14)

14 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5 Kajian kes: Hyperinflasi di Zimbabwe.

Zimbabwe merupakan sebuah negara di benua Afrika.

Ia merupakan negara abad ke-21 yang dirundung masalah hyperinflasi.

Presiden Robert Mugabe bertindak mencetak duit Zimbabwe yang terlalu banyak. Ia tidak seiring dengan kadar barangan dan perkhidmatan negara tersebut.

Gambar: Peta Zimbabwe dan Presiden Robert Mugabe

Akibatnya ialah hyperinflasi. Kadar inflasi di Zimbabwe telah dilaporkan menjangkau sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%!

Gambar: Inflasi sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%!

Di Zimbabwe sesiapa yang menyimpan duit kertas akan mendapati nilai duit yang disimpan mereka akan lesap begitu sahaja.

Ini kerana duit kertas dicetak dengan berleluasa. Jika anda simpan banyak duit dan tiba-tiba kerajaan anda bertindak sewel dan mencetak duit secara gila-gila, maka anda akan rugi.

(15)

15 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

5. Emas Aset Mudah Cair

Daripada beli kereta mewah, lebih baik anda beli emas. Kenapa? Kereta adalah liabiliti atau hutang. Nilainya akan susut. Manakala emas adalah aset kerana nilainya meningkat setiap tahun. Boleh faham?

Jika anda dah banyak liabiliti, jangan risau, saya boleh bimbing anda cara mengurangkan liabiliti dengan emas. In Sha Allah.

Emas adalah aset yang mudah dicairkan berbanding hartanah. Ia mudah ditukarkan kepada wang tunai dengan cepat.

Jika anda perlukan duit tunai segera tanpa perlu menjual emas, maka anda boleh menggunakan kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu.

Terdapat banyak institusi Arrahnu di Malaysia yang menyediakan kemudahan gadaian emas. Contohnya Ar-Rahnu POS, Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Yapeim, Ar-Rahnu Agrobank, Ar-Rahnu Koperasi Tentera, Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad dan lain-lain.

Anda pergi ke Arrahnu, gadaikan emas anda dan anda akan menerima tunai segera.

Ar-Rahnu memberikan pinjaman antara 75% sehingga 80% daripada nilai emas anda.

Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa.

(16)

16 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

Kombinasi emas dan Ar-Rahnu sangat membantu peniaga-peniaga yang memerlukan pusingan modal. Mereka tidak perlu membuat pinjaman bank. Mereka boleh menggunakan emas yang disimpan sebagai cagaran pinjaman di Ar-Rahnu.

Dengan kata lain, penyimpan emas bukan sekadar menikmati kenaikan harga emas di dalam jangka masa panjang. Anda boleh menggunakan emas tersebut jika terdesak memerlukan duit tunai.

P/S: Arrahnu ialah kemudahan pinjaman tanpa riba. Jadi ia adalah urusniaga patuh shariah.

(17)

17 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

SIMPANAN JANGKA PANJANG!

Baiklah anda sudah tahu apa kelebihan emas dan sudah faham kenapa perlu simpan emas! Topik seterusnya saya akan terangkan pula, emas apa yang sesuai untuk simpanan dan apakah tips-tips dalam memilih emas yang terbaik.

PELABURAN EMAS FIZIKAL

Pelaburan emas fizikal bermaksud anda membeli emas di dalam bentuk fizikal. Anda boleh pegang emas tersebut dan simpan sendiri.

Emas fizikal terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

1. Jongkong emas, 2. Syiling emas dan 3. Barang kemas

Gambar: Jongkong Emas Gambar: Syiling Emas

Gambar: Barang Kemas

TIPS MEMILIH EMAS YANG TERBAIK

(18)

18 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

Memilih emas fizikal terbaik. Untuk pelaburan emas fizikal, pilih jongkong emas, syiling emas atau dinar emas.

Ini kerana jongkong emas, syiling emas dan dinar emas dibuat khas untuk tujuan simpanan dan pelaburan.

Barang kemas kurang sesuai untuk pelaburan. Ia lebih sesuai untuk perhiasan sahaja.

Jika untuk pelaburan, paling baik ialah jongkong emas (gold bar) atau syiling dinar sahaja.

Barang kemas rugi bila nak jual balik sebab pekedai emas akan tolak susut nilainya sekitar 25% - 40% daripada harga semasa.

Harganya juga lebih mahal sekitar RM15 – RM20 per gram berbanding emas berbentuk gold bar dan dinar. Itu belum tambah kos upah yang boleh dimanipulasi pekedai emas.

“Dalam simpanan emas atau pelaburan emas ini, anda akan untung apabila membeli emas pada harga rendah dan menjual semula pada harga yang lebih tinggi. Sebab setiap emas ada susut nilainya

tersendiri.”

(19)

19 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5 Contoh pengiraan.

Lihat jadual harga jualan dan harga belian semula emas Public Gold dibawah:

Berat PG Sell PG Buy Susutnilai (%)

10 g 2,566 2,335 9.0%

20 g 5,121 4,711 8.0%

50 g 12,743 11,787 7.5%

100 g 25,367 23,591 7.0%

250 g 63,211 59,418 6.0%

1000 g 252,842 237,671 6.0%

Anda dapati, semakin berat emas tersebut maka semakin kecil susutnilainya.

Jadi, jika anda membeli emas yang lebih besar, ia lebih menguntungkan.

Spread @ susutnilai emas.

Spread @ susutnilai bermaksud perbezaan di antara harga belian dan harga jualan emas.

Ia boleh dikira melalui 2 cara iaitu:

1. Susutnilai di dalam Ringgit Malaysia.

2. Susutnilai di dalam bentuk % (peratus)

Formula pengiraan susutnilai.

1. Formula susutnilai di dalam RM = Harga jualan – Harga belian.

2. Formula susutnilai di dalam % = Harga jualan – Harga belian

______________________ x 100 Harga jualan

DrNur.my

(20)

20 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

Apakah Jenama Emas Terbaik Untuk Pelaburan Dan Simpanan Jangka Panjang Di Malaysia?

Apa jenama pun tidak kisah. Tetapi kalau nak beli emas dengan tujuan menjual pada harga lebih tinggi di masa akan datang, kenalpasti 5 kriteria ini:

1. Harga per gram rendah - boleh beli banyak gram dengan modal yang rendah.

2. Spread / susut nilai nipis - supaya cepat nikmati keuntungan.

3. Senang dijual semula – jaminan beli balik oleh syarikat

4. Stok tiada had – boleh tambah belian terutamanya bila harga emas rendah.

5. Banyak Cawangan jual beli emas - supaya memudahkan urusan beli dan jual balik.

Setakat pemerhatian saya, Public Gold yang terbaik. Sebab paling utama, senang dibeli, senang dijual dan paling penting, untung maksimum bila jual balik:

(1) Harga lebih murah sekitar 15% berbanding kedai emas.

(2) Spread antara yang terendah di Malaysia iaitu hanya 6%-9% sahaja.

(3) Public Gold memberi jaminan beli balik emas bila anda nak jual balik.

(4) Stok tiada had. Boleh beli bila-bila masa 24/7.

(5) Ada 18 cawangan & dealer seluruh Malaysia, Singapore & Indonesia.

(21)

21 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

Adakah Syarikat Public Gold Boleh Dipercayai?

Public Gold BUKAN Skim Cepat Kaya!

Anda tidak akan kaya jika anda tidak menyimpan wang sebaik mungkin.

“Orang kaya bukannya berdasarkan pendapatannya tetapi bergantung pada simpanannya. “

“Dalam Public Gold, Anda Simpan EMAS, Anda Dapat Emas”

“Anda Simpan Banyak EMAS, Anda Akan Kaya”

1.

Public Gold adalah syarikat jual beli emas dan perak TERBESAR di Malaysia sejak 2008. Lebih 500,000 rakyat Malaysia telah menabung dan menyimpan emas Public Gold termasuk saya.

2.

Nama "Public Gold" berasal dari kepercayaan Dato 'Wira Louis di mana beliau percaya bahawa ORANG AWAM (Public) harus diberi peluang yang sama untuk memiliki Emas, kerana emas adalah stabil dan dapat digunakan sebagai medium pertukaran antarabangsa. Oleh itu namanya, Public Gold.

15 FAKTA TENTANG PUBLIC GOLD YANG PERLU

ANDA TAHU!

(22)

22 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

3.

Ibu pejabat Public Gold terletak secara strategik di Technoplex, Kawasan Industri Bebas Bayan Lepas (Fasa IV) Pulau Pinang. Dengan cawangan pertamanya dibuka pada tahun 2008 di Bukit Jambul, Pulau Pinang, Public Gold kini memiliki sejumlah 17 cawangan di seluruh Malaysia dan Indonesia. Dengan cawangan yang banyak, memudahkan orang awam mudah untuk berurusan dan mengambil emas mereka.

(23)

23 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

4.

Public Gold adalah syarikat emas dan perak PERTAMA DI DUNIA yang memiliki pengiktirafan PATUH SHARIAH. Sijil pengiktirafan yang dikeluarkan oleh Amanie Advisor Sdn Bhd.

5.

Public Gold telah disenaraikan sebanyak 3 KALI dalam Malaysia Book of Records iaitu:

(I) Malaysia Book of Records - sebagai syarikat pertama yang keluarkan jongkong emas yang tersendiri

(II) Malaysia Book of Records - sebagai syarikat pertama yang keluarkan jongkong perak yang tersendiri

(II) Malaysia Book of Records - sebagai muzium emas yang pertama di Malaysia iaitu PG Gold Museum

(24)

24 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

6.

Public Gold dilantik sebagai syarikat pertama dan pengeluar rasmi -Royal Minter untuk Royal Collections sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14 (11 April 2012)

(25)

25 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

7.

Syarikat Emas yang pertama di Malaysia yang menyediakan Sistem Booking 24 Jam (Lock Harga Semasa Emas) secara atas talian. Sistem lock yang telus &

senang melalui laman web www.publicgold.com.my. Boleh Jual beli 24jam 7hari seminggu Harga dikemaskini setiap 20 minit, dapat lock harga murah walaupun tengah malam.

8.

Public Gold adalah syarikat yang memaparkan harga emas dan perak secara langsung mengikut harga emas dunia melalui laman web www.publicgold.com.my dengan harga yang jelas, telus dan susut nilai yang rendah.

(26)

26 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

9.

Public Gold adalah syarikat pertama di Malaysia yang menyediakan Gold Accumulation Program (GAP) & Silver Accumulation Program (SAP).

Program Akumulasi Emas (“GAP”) merujuk kepada satu kaedah membeli emas melalui pengumpulan berkala untuk keperluan peribadi pelanggan yang dijual oleh Public Gold kepada pelanggan.

GAP dan SAP bukan sejenis produk kewangan atau deposit. Emas atau Perak yang dibeli oleh pelanggan melalui GAP/SAP akan disimpan oleh Public Gold di dalam ruang penyimpanan Public Gold tanpa upah simpan.

Anda boleh hubungi saya untuk belajar dan memahami lebih lanjut. In Sha Allah, saya akan bimbing anda untuk sama-sama berjaya dalam simpanan emas.

10.

Public Gold mempunyai REPUTASI YANG BAIK sehingga Pos Malaysia, Koperasi Tentera Malaysia, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Muamalat dan Ar Rahn tempatan menjadi rakan Kerjasama Public Gold.

(27)

27 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

11.

Public Gold bekerjasama dengan syarikat Turki yang terkenal, Nadir Metal Refinery Group dan dilantik sebagai pengedar tunggal untuk London Bullion Market Association (LBMA) produk logam berharga pelaburan (Investment Precious Metal) yang diiktiraf di Malaysia. Status emas Public Gold LBMA ini membolehkan produk Public Gold TIDAK dikenakan GST.

12.

Public Gold atau PG Group adalah syarikat yang stabil di Malaysia dan telah hampir 13 tahun sejak ditubuhkan tahun 2008. Public Gold Marketing, PGMall, PG Jewel, Aurora Italia dan PG Museum adalah antara produk-produk di bawah PG Group.

(28)

28 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

13.

Public Gold adalah syarikat Emas pertama yang menyediakan perkhidmatan penghantaran emas terus ke rumah anda melalui pos yang berinsurans iaitu Gold In Transit.

14.

Satu-satunya syarikat emas yang teguh, bertahan dipercayai dalam Industri Emas lebih 13 Tahun. Model Bisnes yang diselidik dan disahkan oleh Pihak Berkuasa. Syarikat emas yang mendapat awards & recognition yang terbanyak di Malaysia.

15.

Public Gold bukan sahaja menyediakan peluang orang awam memiliki emas dengan murah, murah dan selamat tetapi juga membuka peluang perniagaan kepada orang ramai untuk membina empayar perniagaan emas sendiri TANPA yuran keahlian. Jelas dan nyata, Public Gold bukan Skim Cepat Kaya..

Anda boleh hubungi saya untuk bantuan dan bimbingan jika turut berminat menjadi Public Gold Business Owner (Public Gold Dealer).

(29)

29 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5 Di sini saya akan senaraikan 15 kelebihan Emas Public Gold.

1. Harga yang jauh lebih murah berbanding kedai emas/Bank.

Harga emas bersaiz kecil seperti 1 gram dan 5 gram Public Gold adalah lebih murah berbanding emas kedai emas dan bank.

Contoh: Pada 13/5/2015, UOB menjual 1 gram dengan harga RM222 dan 5 gram harga RM848.

Public Gold menjual 1 gram hanya RM150 + RM5 = RM155 dan 5 gram RM755 sahaja (dengan akaun GAP)

Perbezaan harga adalah RM67 dan RM93.

Anda untung banyak!

Gambar: Perbezaan harga diantara UOB dan Public Gold

2. Kos permulaan yang rendah.

Kos untuk membeli emas di Public Gold adalah serendah 1 gram atau RM100 sahaja.

Anda boleh membeli emas ini menggunakan Gold Accumulation Program (GAP).

Murahkan?

15 KELEBIHAN EMAS PUBLIC GOLD

(30)

30 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5 3. Pelbagai pilihan produk.

Produk Public Gold yang paling popular ialah jongkong emas dan dinar emas.

Untuk jongkong emas, Public Gold mempunyai jongkong 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram , 250 gram dan 1000 gram.

Gambar: Jongkong emas (Gold Bar) Keluaran Public Gold

Untuk kategori dinar emas, Public Gold mempunyai ½ dinar, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.

Gambar: Dinar emas yang dijual oleh Public Gold.

(31)

31 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5 Gambar: Jongkong Bunga Mas yang mesra Ar-Rahnu

4. Emas Public Gold berkualiti antarabangsa.

Semua emas Public Gold dikilang oleh Nadir Metal Refinery, pengilang berstatus LBMA Good Delivery.

Ini menyebabkan semua produk Public Gold adalah berstatus antarabangsa dengan ciri-ciri keselamatan bertaraf antarabangsa.

Sijil ketulenan dicetak di belakang sarung jongkong emas. Jadi tiada risiko anda terhilangkan sijil ketulenan emas.

Anda boleh mendapatkan maklumat tentang:

1. Berat, lebar, panjang, ketebalan, ketulenan dan tandatangan assayer (penguji emas)

Gambar: Maklumat ketulenan emas ada di belakang sarung.

(32)

32 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5 5. Emas Public Gold tidak dikenakan GST.

Emas dan perak Public Gold adalah berstatus Investment Precious Metal

Ini kerana ia dikeluarkan oleh pengilang emas berstatus

‘London Good Delivery’ iaitu Nadir Metal Refinery.

Status ini membolehkan produk Public Gold TIDAK dikenakan GST. Anda jimat 6%

Ini berbeza dengan produk emas keluaran tempatan seperti barang kemas, jongkong emas jenama tempatan dan dinar emas keluaran tempatan. Ia dikenakan GST.

6. Susut nilai emas Public Gold adalah rendah.

Susut nilai adalah perbezaan antara harga belian dan jualan.

Susut nilai emas Public Gold adalah antara 6% sehingga 9% sahaja.

Ini berbeza dengan kedai emas yang susutnilainya melebihi 10% dan boleh menjangkau 20%.

Nota penulis:

PG Sell = harga emas yang dijual oleh Public Gold kepada pembeli.

PG Buy = harga belian balik emas oleh Public Gold.

Berat PG Sell PG Buy Susutnilai (%)

10 g 2,566 2,335 9.0%

20 g 5,121 4,711 8.0%

50 g 12,743 11,787 7.5%

100 g 25,367 23,591 7.0%

250 g 63,211 59,418 6.0%

1000 g 252,842 237,671 6.0%

Gambar: Jadual spread produk Public Gold (17/April/2021).

(33)

33 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5 7. Jaminan belian balik emas bila anda ingin menjual.

Public Gold memberi jaminan akan membeli balik emas mereka bila-bila masa mengikut harga PG Buy.

Jika emas tersebut calar, goris atau bengkok, Public Gold tetap akan membeli balik emas tersebut, namun pada susut nilai lebih tinggi sedikit (sekitar 10% ke 13%).

Sebagai perbandingan, jika anda membeli emas daripada bank, risiko yang sangat besar yang anda hadapi adalah bank TIDAK akan membeli balik emas mereka jika ada kesan calar, goris atau bengkok.

Selama 13 tahun beroperasi, TIADA lagi isu Public Gold tidak mampu beli semula.

8. Boleh digadaikan di Arrahnu POS.

Emas Public Gold boleh digadaikan di Ar-Rahnu POS bagi mendapat tunai segera.

Ar-rahnu POS menerima gadaian emas Public Gold TANPA MEMBUKA sarung plastiknya.

Jadi, saya sarankan anda pergi ke Ar-rahnu POS jika memerlukan tunai segera. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan Ar-rahnu di Malaysia akan membuka sarung plastik emas untuk tujuan ujian ketulenan.

Namun membuka sarung plasik ini boleh menjejaskan nilai emas di dalam plastik berkenaan. Ia akan menjadi emas terpakai.

Jadi, tempat terbaik untuk menggadaikan emas Public Gold ialah Ar-rahnu POS.

Dan apa yang lebih menarik tahun ini, terdapat beberapa jenis emas Public Gold adalah lebih mesra Ar-Rahnu di mana tiada sarung plastik seperti Jongkong Emas Bunga Mas.

(34)

34 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5 9. Jenama emas yang sangat popular di Malaysia.

Jenama Public Gold sangat popular di kalangan penyimpan emas tempatan. Ini kerana Public Gold telah menjalankan aktiviti jual beli emas dan perak sejak tahun 2008.

Public Gold merupakan jenama pertama mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Record sebagai jongkong emas tempatan pertama yang mendapat pengiktirafan daripada certified assayer.

(35)

35 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5 10. Cawangan Public Gold ada di seluruh Malaysia

Public Gold mempunyai cawangan di seluruh Malaysia (kecuali Perlis),

Ini memudahkan anda membeli dan menjual emas jenama Public Gold. Jika ada pertanyaan, anda hanya perlu menelefon pejabat Public Gold yang berhampiran.

Beritahu staff berkenaan yang anda adalah customer saya, Norbayah Sarjono (PG00173874)

Cawangan Contact Number

1. Ampang, Kuala Lumpur 03-42579916 2. Bandar Sunway, Petaling

Jaya

03-56348999

3. Bangi, Selangor 03-89223916

4. Alor Setar, Kedah 04-7344916

5. Sungai Petani, Kedah 04-4232999

6. Relau, Penang 04-6449999

7. Bishop street, Pulau Pinang 04-2619999

8. Ipoh, Perak 05-2428999

9. Senawang, N.Sembilan 06-6782916 10. Batu Berendam,Melaka 06-3175499 11. Johor Bahru, Johor 07-3536999 12. Kota Bharu, Kelantan 09-7462999

13. Kuala Terengganu 09-6263999

14. Kuantan, Pahang 09-5678916

15. Kuching, Sarawak 082-259916

16. Miri, Sarawak 085-427916

17. Kota Kinabalu, Sabah 088-447916

18. Singapura +65 8228 0916

Untuk melihat alamat lengkap semua cawangan Public Gold, sila layari laman web rasmi : www.publicgold.com.my

(36)

36 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5 11. Anda boleh beli/jual balik emas secara online 24 jam

Salah satu kelebihan Public Gold adalah, ia menyediakan kemudahan membeli emas dan jualan balik secara online 24 jam menggunakan sistem booking harga.

Anda cuma perlu pergi ke laman web www.publicgold.com.my (gambar)

Harga emas Public Gold disemak setiap 20 minit mengikut “real-time” harga emas dunia. Anda boleh booking harga untuk beli atau untuk jual 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Jika harga menjunam murah tengah malam, anda boleh book harga rendah walaupun keesokan paginya harga telah naik semula.

Jadi jika nak beli emas, anda tidak perlu tergesa-gesa ke pejabat Public Gold. Anda boleh book atau lock harga dahulu dan bayar dalam tempoh 3 hari.

(37)

37 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5 12. Harga Emas Public Gold Telus & Sentiasa Dikemaskini

Harga yang ditawarkan oleh Syarikat Public Gold mengikut harga emas dunia tidak kira sama ada harga emas turun atau naik. Ianya dikemaskini setiap 20 minit setiap hari. Ketelusan harga ini memberikan manfaat yang besar kepada

pelanggannya.

13. Emas Disertakan Sijil Ketulenan

Setiap jongkong emas dan dinar keluaran Public Gold disertakan sekali sijil ketulenan yang disahkan.

Jadi Anda tidak perlu risau tentang ketulenan emas Public Gold. Sejak 2008 lagi, tidak pernah timbul apa-apa isu tentang ketulenan emas dan ianya diterima meluas oleh Ar-rahnu di Malaysia.

Banyak emas yang dijual dipasaran tiada sijil ketulenan.

14. Transaksi Jual Beli Emas Patuh Shariah

Setiap transaksi pembelian dan penjualan emas public gold disahkan patuh Shariah.

Ini membuatkan pelanggan Public Gold yang beragama Islam membuat urusniaga tanpa ragu-ragu.

(38)

38 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5 15. Kaedah Pembayaran Yang Fleksibel

Public Gold menawarkan 3 kaedah pembayaran mengikut kemampuan para pembeli. 3 kaedah tersebut ialah:

(1) Bayaran Penuh (Full Payment)

(2) Pembayaran secara ansuran sama ada 4 bulan atau 10 bulan –Easy Payment Purchase (EPP)

(3) Pembelian Emas Sedikit Demi Sedikit melalui GAP (Gold Accumulation Program)

Setelah membaca 15 kelebihan Public Gold, saya berpendapat anda membuat pilihan yang tepat jika memilih untuk membeli emas Public Gold.

(39)

39 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

3 CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD

Terdapat 3 Cara membeli emas Public Gold. Anda boleh memilih ketiga-tiga cara beli emas pun bila-bila masa sahaja.

1. Bayar Penuh (Full Payment)

✓ Bayar Cash terus dapat Emas fizikal (Jongkong Emas atau Syilling Emas Dinar) .

✓ Jika berat kurang 20gram Emas, emas boleh dipos ke alamat rumah &

dilindungi Insurans (Gold In Transit)

✓ Jika berat lebih 20gram Emas, boleh ambil di Cawangan Public Gold Terdekat.

✓ Pembelian Emas boleh dilakukan di cawangan terdekat atau melalui laman web rasmi Public Gold di mana mudah untuk lock harga hari ini.

2. Syariah Easy Payment Purchase (EPP)

✓ Bayar beransur-ansur dengan Public Gold iaitu 4@10 bulan sebelum dapat emas fizikal.

✓ Anda lock harga emas pada hari ini & bayar secara ansuran setiap bulan.

✓ Emas boleh diambil setelah habis bayar.

✓ Kaedah ini, anda TERIKAT dengan bayaran bulanan untuk bayaran jumlah tertentu sama ada selama 4 bulan atau 10 bulan. Jumlah bayaran bergantung kepada jenis gram emas yang dipilih.

BAGAIMANA CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD

(40)

40 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5 3. Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program)

✓ Akaun Emas GAP adalah salah satu cara bagaimana anda boleh membeli emas Public Gold sama ada Jongkong Emas atau Syilling Emas Dinar secara sedikit demi sedikit serendah 1 gram atau RM100 (~0.4gram mengikut harga semasa) TANPA kontrak atau tidak terikat bayaran bulanan.

✓ Ia kaedah terbaik dan termurah untuk mendapatkan emas serendah 0.5 gram

& 1 gram di Malaysia dan anda kumpul sedikit demi sedikit agar ia dapat ditukarkan menjadi emas fizikal dengan gram yang lebih besar seperti 5 gram, 10 gram, 20 gram, 100gram dan banyak lagi.

✓ Lebih kurang macam akaun bank, anda boleh lihat duit anda melalui Online Banking. Akaun emas GAP pula, anda boleh lihat penyata *jumlah gram Emas*

yang anda simpan melalui Sistem Online Public Gold.

✓ Pembelian emas bagi semua kaedah di atas adalah disokong 100% emas fizikal berketulenan 24 karat (999.9). Sebab itu ia “Patuh Shariah”.

Maksudnya emas yang ada dalam akaun emas GAP itu adalah emas fizikal yang wujud dan syarikat Public Gold yang tolong simpan emas anda terlebih dahulu sebelum anda keluarkan tanpa upah simpan.

✓ Kelebihan GAP, penyimpan TIDAK terikat bayaran setiap bulan dan ia bergantung bajet anda.

✓ Ramai yang memilih akaun emas GAP sebagai permulaan simpanan emas.

✓ Semua pembelian emas, boleh dilakukan 24 jam di laman web rasmi Public Gold. www.publicgold.com.my

(41)

41 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

1. Sebelum memulakan, kenal pasti bajet anda.

2. Kenal pasti berapa lama anda nak simpan emas ini ( psstt... makin lama anda simpan.. makin bagus)

“Tahu tujuan atau objektif simpan emas.”

“Contoh, simpan emas untuk tabung kecemasan, pendidikan anak, umrah, haji, beli rumah dan macam-macam lagi”

(i) Contoh Pengiraan Duit Tabung Kecemasan:

Harga emas 1g = RM250 Gaji RM2000 sebulan

3 Bulan Duit Tabung kecemasan = 24 gram emas (RM6000 bahagi RM250 = 24 gram)

Jika anda simpan 1 gram emas sebulan, maka anda perlu 24 bulan untuk capai 24 gram emas yang bersamaan dengan wang kecemasan 3 bulan gaji.

DrNur.my

BAGAIMANA CARA UNTUK BERMULA?

(42)

42 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

3. Beli item emas yang kecil dahulu dan simpan secara konsisten.

Contohnya jongkong emas 1 gram dan 1 dinar. Dan sebagai permulaan, anda simpan 1 keping jongkong emas atau dinar dalam dompet sebagai motivasi diri untuk bersemangat menyimpan lebih banyak emas.

Terdapat banyak penjual emas di luar sana. Namun saya cadangkan anda membeli jongkong emas jenama Public Gold.

(ii) Contoh Pengiraan Duit Pendidikan Anak Harga Emas 1g = RM250

Kos Pendidikan Seorang Anak = RM30,000

Pendidikan Anak = 120 gram emas (RM30,000 bahagi RM250 = 120 gram)

Jika anda simpan 1 gram emas sebulan, maka anda perlu 120 bulan atau 10 tahun untuk mencapai 120 gram emas yang bersamaan dengan duit pendidikan anak bernilai RM30,000. Jika harga emas meningkat dalam 10 tahun, contoh 1 gram = RM300, maka anda telah untung lebih RM6000 (120gram X RM300 = RM36000).

Jika masa yang anda perlukan hanya 5 tahun, maka anda perlu simpan 2 gram sebulan untuk lebih cepat capai 120 gram emas.

.

DrNur.my

(43)

43 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

4. Anda boleh daftar secara percuma di sini : http://www.drnur.my/daftarpublicgold di mana Introducer anda : Norbayah Sarjono (PG Code: PG00173874). Setelah selesai pendaftaran, anda terus hubungi saya melalui no whatsapp ini : 010-8030305 untuk saya bantu cara membuat belian pertama anda.

5. Jika anda ingin saya bantu untuk proses pendaftaran, anda boleh hubungi saya, Dr Nur @ Norbayah Sarjono, Public Gold Dealer anda, untuk saya bantu & bimbing dalam simpanan emas. (Whatsapp “Minat Emas” ke 010-8030305 atau terus klik link ini: http://drnurstudio.wasap.my. )

6. Saya akan daftarkan anda secara percuma dan anda boleh bermula menyimpan emas serendah RM100 atau mungkin 1 gram emas atau lebih jika anda mempunyai bajet yang lebih.

7. In Sha Allah, saya akan bantu dan bimbing anda untuk sama-sama berjaya dalam menyimpan emas dan berjaya menyelamatkan wang anda daripada pembaziran.

Pelbagai ebook, video tutorial, artikel, telegram dan direct whatsapp saya jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau bimbingan.

(44)

44 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

Akhir kata, saya berharap ebook ini memberi manfaat kepada anda. Apa yang saya tulis di atas adalah perkongsian ilmu, pengalaman dan pandangan saya sepanjang saya terlibat dalam simpanan emas. Ebook ini saya benarkan anda kongsikan kepada kenalan anda.

Jika anda dari Malaysia, Indonesia, Singapura atau Brunei ingin mendapat bimbingan dan bantuan dari saya, boleh hubungi melalui link di bawah.

Terima kasih atas masa yang anda luangkan. Semoga anda berjaya dalam simpanan dan pelaburan emas serta menambahbaik status kewangan anda.

Dr Nur @ Norbayah Sarjono

Public Gold Authorised Dealer (Kod. Dealer PG00173874) +6010-8030305

FB : Dr Nur

FB Page: Dr Nur Studio Youtube: Dr Nur Studio Telegram: t.me/drnurstudio Blog: www.drnur.my

NOTA & PENAFIAN

Pihak kami sudah berusaha sedaya mungkin bagi memastikan ketepatan dalam menggambarkan atau menerangkan apa-apa maklumat dalam ebook ini. Pihak kami tidak memberi apa-apa jaminan bahawa anda akan memperolehi apa-apa keputusan atau memperolehi apa-apa keuntungan berbentuk kewangan berdasarkan informasi yang dikongsikan oleh pihak kami . Anda sendiri bertanggungjawab dan menanggung atas semua keputusan serta tindakan yang diambil dalam hidup anda dan penggunaan informasi dalam ebook ini.. Namun begitu, pihak kami sentiasa mendoakan anda turut berjaya dalam simpanan dan pelaburan emas. Sila dapatkan kemaskini ebook ini jika ada di www.drnur.my .

PENUTUP

(45)

45 | D R N U R . M Y | W H A T S A P P “ M I N A T E M A S ” K E 0 1 0 - 8 0 3 0 3 0 5

KLIK SINI UNTUK MUATTURUN PERCUMA

Referensi

Dokumen terkait