• Tidak ada hasil yang ditemukan

EMAS. Anda KHAIRUL FAZIZAL JAAFAR & INTAN MASLINDAH ABDUL AZIAS PG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "EMAS. Anda KHAIRUL FAZIZAL JAAFAR & INTAN MASLINDAH ABDUL AZIAS PG"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

KHAIRUL FAZIZAL JAAFAR &

INTAN MASLINDAH ABDUL AZIAS

PG00229155

EMAS & Anda

(2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah tahniah kami ucapkan kepada anda kerana membuat tindakan bijak untuk mencari ilmu sebelum mula menyimpan emas.

Kami Khairul Fazizal Jaafar dan Intan Maslindah Abdul Azias adalah Authorised Dealer Public Gold International

Bhd selaku introducer dan pembimbing kepada

penyimpan emas di seluruh Malaysia yang aktif dalam bidang emas, kami juga pemudahcara penyimpan

emas dalam urusan berkaitan platform Public Gold.

Kami bermula dengan bersama Public Gold pada tahun 2020 sebagai penyimpan emas seterusnya

menjadi seorang dealer secara automatic pada tahun 2020. Hari ini kami adalah dealer aktif sepenuh masa yang telah membimbing dealer dan membantu penyimpan emas seluruh Malaysia memperbaiki kewangan diri.

Public Gold menyediakan satu platform yang lengkap bagi kami dalam usaha mendidik masyarakat dalam

urusan jual beli dan penyimpanan emas dengan ilmu yang betul. Dengan adanya ilmu kebaikan emas dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan baik.

Semoga perkongsian ilmu melalui e-book ini dapat memberikan anda idea bagaimana hendak bermula untuk menyimpan emas di masa depan. Kami doakan anda menjadi salah seorang penyimpan emas yang kaya dan berjaya di dunia dan akhirat insyaallah.

Saya pemudahcara terbaik anda!!

MUAT TURUN BACA

KONGSI

Download untuk memudahkan anda membaca setiap masa, klik link e-book yang terkini www.bit.ly/ebookemasdananda

Baca kesemua point ringkas yang ada di dalam e-book ini, jika ada masa terluang boleh baca link artikel yang berkaitan.

Jika bermanfaat, KONGSIKAN kepada kenalan yang lain supaya mereka juga dapat manfaat bersama

(3)

1. Mana lebih untung; ASB, Tabung Haji atau beli emas?

Kalau untuk jangka pendek, ia bergantung pergerakan sebenar harga emas. Ada tahun harga emas naik sampai 30%, dan juga turun sampai 28%. Purata kenaikan harga emas sekitar 10% setahun sejak 10 tahun lalu. Lepas tolak kos spread & zakat, untungnya sekitar 8% - 10%. Tabung Haji (5%), ASB (5.5% lepas tolak zakat 2.5%). Belum tolak inflasi 4%. Semak sejarah harga emas dunia di website

https://www.macrotrends.net/1333/historical-gold-prices-100-year-chart.

TAHUN ASB (%) TABUNG HAJI (%) EMAS (%)

2001 7.00 3.25 1.41

2002 7.00 3.50 23.96

2003 7.25 4.00 21.74

2004 7.25 4.30 4.97

2005 7.25 4.50 17.12

2006 7.30 4.70 23.92

2007 8.00 5.00 31.59

2008 7.00 5.00 3.41

2009 7.30 5.00 27.63

2010 7.50 5.50 27.74

2011 7.65 6.00 11.65

2012 7.75 6.50 5.68

2013 7.70 6.00 -27.79

2014 7.50 6.25 -0.19

2015 7.25 5.00 -11.59

2016 6.75 4.25 8.63

2017 7.00 4.50 12.57

2018 6.50 1.25 -1.15

2019 5.00 3.05 18.83

PURATA 7.16 4.61 10.53

Harga emas naik secara purata 10.5% sejak 2001 (dalam USD). Menurut pakar kewangan Azizi Ali, kadar 10% itu dianggap satu pulangan bagus untuk pelaburan.

TIPS #1: SIMPANAN JANGKA PANJANG!

Untuk jangka panjang, simpan emas lebih berbaloi berbanding Tabung Haji atau ASB. Harga emas boleh dikatakan PASTI naik disebabkan nilai duit kertas sentiasa merosot dalam jangka panjang.

Kalau nak simpan duit untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 - 3 tahun, simpanlah dalam bentuk emas. Nilai dan kuasa beli emas lebih terjamin. Kalau ada bajet yang lebih besar, boleh

pertimbangkan simpan kekayaan dalam bentuk rumah pelaburan ataupun tanah yang diusahakan.

Saya secara peribadi menjadikan Tabung Haji atau ASB hanya untuk simpanan kecemasan (berjumlah 3 bulan gaji) dan duit yang nak digunakan dalam jangka waktu terdekat sahaja.

Selebihnya saya simpannya dalam bentuk emas dan hartanah.

(4)

2. Adakah jaminan harga emas sentiasa naik?

Tiada jaminan. Harga emas ada turun naik dalam jangka pendek, tapi boleh dikatakan harga emas PASTI sentiasa naik dalam jangka panjang

disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut.

Penurunan kuasa beli duit kertas itulah yang menyebabkan harga barang naik dalam jangka panjang, samada barang keperluan, rumah, tanah, apatah lagi emas! Kesannya, kita terpaksa bayar duit yang lebih banyak untuk dapatkan barang yang sama dalam jangka panjang!

Jadi kalau nak beli emas, guna duit yang agak-agak tak pakai paling kurang dalam tempoh SETAHUN.

Paling baik 2-3 tahun. Untuk jangka panjang, tidak perlu risau tentang harga. Ia hanyalah tentang persoalan masa sahaja.

3. Berapa modal paling minimum untuk beli emas?

Anda boleh mula dengan item sekecil gold bar 1 gram (bajet bawah RM290). Kalau modal besar, boleh beli gold bar lebih besar atau syiling dinar.

TIPS #2: BAGAIMANA NAK BERMULA!

Mulakan dulu simpanan emas walaupun 1 gram. Bila sudah bermula, kita akan lebih senang faham ilmu emas, dan lebih faham "mahal atau murah" harga emas kerana mempunyai

benchmark harga kita tersendiri. Kita hanya tukar duit kertas kepada emas, dan anggap ia sebagai satu proses pembelajaran.

Sejarah harga emas dalam masa 20 tahun.

Kenaikan sekitar 600% dalam nilai MYR. Selepas berlaku kejatuhan dari tahun 2013-2015, harga emas mulai naik sejak 2016. Ianya satu peluang

yang sangat baik untuk membeli.

Goldbar 1 gram keluaran syarikat emas tempatan dan luar negara

(5)

4. Apakah keuntungan menyimpan emas?

Dari sudut simpanan, emas dapat membantu;

i. Elak kebocoran wang. Ramai orang tak dapat mempertahankan wang yang disimpan dalam akaun bank, disebabkan sering "terguna" dan juga godaan yang kuat untuk berbelanja. Emas boleh jadi

"ubat mujarab" bagi menyelesaikan masalah kebocoran simpanan bagi kebanyakkan orang.

ii. Nilainya bertahan dari ketidaktentuan ekonomi & politik. Nilai emas tak tergugat walaupun berlaku krisis ekonomi, nilai ringgit (RM) jatuh, hatta berlaku peperangan sekalipun. Ini disebabkan nilai emas dipegang kukuh oleh berat dan ketulenan emas itu sendiri tanpa perlu jaminan dari sesiapa. Emas adalah DUIT SEBENAR yang telahpun digunakan sebagai alat penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia.

iii. Selamat dari penyusutan kuasa beli. Simpan emas, tak perlu risau kenaikan harga barang (inflasi) dalam jangka panjang disebabkan emas mengekalkan KUASA BELI SEPANJANG ZAMAN. Sedangkan duit kertas, kuasa belinya confirm susut dari tahun ke tahun.

Zaman Nabi Muhammad s.a.w, seekor kambing boleh dibeli dengan syiling emas 1 dinar

(berat 4.25 gram, ketulenan 999.9). Hari ini, harga 1 dinar sekitar RM1100, juga cukup untuk beli seekor kambing.

Emas mengekalkan kuasa belinya selama 1,400 tahun.

Berbeza dengan duit kertas; tahun 1980-an dulu, duit 50 sen cukup untuk budak sekolah makan kenyang di sekolah.

Tapi hari ni RM2.00 sehari pun belum tentu cukup! Ini bukti duit kertas sentiasa susut kuasa belinya.

Orang simpan emas, akan selamat daripada kesan inflasi.

TIPS #3: DISIPLINKAN DIRI MENYIMPAN WANG!

Asas membina kekayaan ialah menyimpan sebahagian pendapatan secara berdisiplin setiap bulan.

Siapa tidak menyimpan, sampai bila-bila pun dia tidak akan kaya.

Emas boleh dijadikan salah satu cara berkesan untuk mendisiplinkan diri menyimpan, dan mengelakkan simpanan itu daripada bocor dibelanjakan dengan mudah

.

Emas bukan sekadar kalis inflasi, tetapi ia juga KALIS BOROS!

(6)

5. Adakah jual beli/pelaburan emas ini patuh syariah?

Public Gold telah mendapat pengesahan patuh syariah dari Amanie Group, walaupun segala urusan jual beli emas sebelum ini sememangnya patuh syariah tetapi dengan adanya sijil ini membolehkan penyimpan dan pelabur emas boleh melakukan urusan jual beli emas dengan Public Gold dengan lebih yakin tanpa perlu rasa ragu-ragu lagi.

6. Di mana nak semak harga emas semasa? Di mana boleh saya beli emas?

Emas bukan barang kawalan. Harga emas berbeza-beza antara setiap pengeluar sebab kos pengeluaran mereka berbeza, dan kadar keuntungan juga berbeza. Anda boleh semak harga emas di website setiap pengeluar:

Jenama/ Pengeluar Emas Fizikal

Website Catatan

Public Gold www.publicgold.com.my -

Emas UOB Bank www.uob.com.my Corporate & Institutional Bank

> Global Market & Investment Management > Gold Bullion

Kijang Emas BNM www.maybank2u.com.my Investment > Gold & Silver

Kuwait Finance House (KFH)

www.kfh.com.my -

Nusantara Bullion Exchange (NUBEX)

www.nubex.my -

Lee Wah Goldsilver (Kuala Pilah)

www.facebook.com/leewahgold silver -

Harga emas umum di Malaysia

www.hargaemas.com.my/harga -

Harga emas dunia www.kitco.com < Harga emas mentah

Sejarah harga emas dunia www.goldprice.org/goldpricehistory.html < Harga emas mentah

Public Gold adalah salah satu syarikat pengeluar emas tempatan yang dapat sijil patuh syariah untuk kesemua urusan jual beli dan penyimpanan emas di Malaysia.

(7)

7. Apakah jenama emas terbaik untuk pelaburan di Malaysia?

Apa jenama pun tak kisah. Tetapi kalau beli dengan tujuan menjual pada harga lebih tinggi pada masa akan datang, kena pastikan 5 kriteria ini:

i. Harga per gram rendah - boleh beli banyak gram dengan modal yang rendah.

ii. Spread / susut nilai nipis - supaya cepat dapat keuntungan.

iii. Stok tiada had - boleh borong untuk dapat untung maksimum.

iv. Cawangan jual beli banyak - supaya memudahkan urusan beli dan jual balik.

v. Jaminan beli balik - bila kita nak pakai duit nanti boleh jual emas tiada masalah.

Setakat pemerhatian saya sejak 2008, Public Gold yang terbaik. Sebab paling utama, senang dibeli, senang dijual dan paling penting, untung maksimum bila jual balik;

i. Harga lebih murah sekitar 15% berbanding kedai emas.

ii. Spread antara yang terendah di Malaysia.

iii. Ada 18 cawangan & dealer banyak seluruh Malaysia.

iv. Stok tiada had.

v. Public Gold jamin beli balik emas tu bila kita nak jual.

8. Apakah jenama emas yang bagus untuk simpanan dan pelaburan di Malaysia?

Berdasarkan pengalaman saya, ini 4 jenama paling baik di Malaysia;

i. Public Gold

ii. Kijang Emas

iii. UOB Bank

iv. Kuwait Finance House.

Selain empat jenama ini, ada banyak lagi, tapi ini yang paling berkredibiliti.

TIPS #4: ELAK DITIPU KETIKA MEMBELI EMAS!

Pastikan beli emas hanya dari syarikat dan platform yang mempunyai reputasi yang baik seperti Public Gold, Maybank, UOB Bank atau KFH. Jangan membeli emas dari platform

sembarangan supaya mengelakkan anda ditipu. Anda boleh kehilangan duit, terlibat dalam skim cepat kaya atau emas tersebut palsu.

Emas Public Gold

Syiling Kijang Emas Emas di UOB Bank

(8)

9. Bila nak pakai duit, di mana boleh saya jual balik emas tu?

Emas tu boleh dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia. Ia CONFIRM laku, asalkan ia emas itu tulen. Tapi kalau nak dapat HARGA TERTINGGI, jual di tempat di mana anda membelinya. Kalau beli Kijang Emas, jual balik kepada Maybank.

Kalau emas Public Gold, jual terus di cawangan Public Gold atau dealer Public Gold. Kalau emas Poh Kong, jual balik kepada Poh Kong.

Kalau nak guna duit sekejap untuk rolling, boleh pajak di ar-rahnu untuk dapatkan PINJAMAN. Caj sebenar pajakan sekitar 1.15%

sebulan atau 13.85% setahun dari nilai pinjaman.

10. Adakah berbaloi buat pinjaman untuk beli emas?

Saya tak galakkan beli emas dengan duit pinjaman sebab harga emas ada turun naik. Emas lebih sesuai dibeli dengan duit simpanan. Kalau masih ada hutang negatif seperti kad kredit, fokus langsaikan hutang dulu. Tak berbaloi beli emas sebab caj kad kredit (interest 18% setahun) lebih mahal dari potensi keuntungan kenaikan harga emas.

11. Bagaimana cara menjana keuntungan dengan emas?

Beli dan Simpan – Jadikan emas sebagai salah satu bentuk simpanan jangka panjang. Sekurang- kurangnya untuk tempoh 2 – 3 tahun. Kalau ada duit simpanan jangka panjang, tukar kepada bentuk emas. Jual hanya bila nak pakai duit. Harga emas sentiasa naik dalam jangka panjang sebab duit kertas sentiasa susut dari tahun ke tahun dimakan inflasi.

Beli, Jual, Beli, Jual – Jadikan emas sebagai alat untuk “trading” seperti saham. Prinsipnya, “beli harga rendah, jual harga tinggi”. Ulang proses ni secara kerap. Untuk kenalpasti bila harga emas dianggap rendah, dan bila dianggap tinggi, kena tahu sedikit sebanyak tentang Analisis Teknikal Harga Emas. Saya syorkan hadir seminar Analisis Teknikal dianjurkan oleh En. Shufaad

http://www.shufaad.com. Secara jujurnya, teknik ni tidak semudah teori. Cabarannya lebih kurang mereka yang bermain di pasaran saham.

Berniaga Sambil Simpan Emas – Cara paling cepat untung dengan emas ialah berniaga emas sambil menyimpan emas. Pelabur emas untung hanya bila harga naik, tapi peniaga emas untung lebih besar walaupun harga emas turun. Dengan platform Public Gold, penyimpan emas boleh menjana

keuntungan besar walaupun secara sambilan sebab dealer mempunyai 6 sumber keuntungan.

Emas yang dipajak boleh dijadikan modal pusingan untuk bisnes, dengan kadar upah simpan sekitar 1% sebulan tapi mampu memberikan

keuntungan yang lebih besar adalah satu tindakan yang bijak.

Bisnes ada untung dan emas pun tak hilang.

(9)

12. Adakah sesuai beli barang kemas untuk pelaburan?

Barang kemas kurang sesuai untuk pelaburan, ia lebih sesuai untuk perhiasan. Kalau untuk pelaburan, paling baik ialah gold bar atau syiling dinar sahaja. Barang kemas rugi bila nak jual balik sebab kedai emas akan tolak susut nilainya sekitar 25% - 30% daripada harga semasa.

Harganya juga lebih mahal sekitar 15% per gram berbanding emas berbentuk gold bar dan dinar. Itu belum kira kos upah yang boleh dimanipulasi kedai emas.

13. Bagaimana mana dengan zakat emas?

Emas simpanan kena keluar zakat 2.5% kalau cukup 85 gram (bersamaan 20 dinar) dan di simpan dalam tempoh cukup setahun (haul). Barang kemas yang dipakai pun kena zakat kalau lebih uruf setempat. Di Kuala Lumpur, urufnya 150 gram. Info selanjutnya boleh rujuk www.zakat.com.my.

14. Bagaimana kalau masuk Skim Pelaburan Emas yang janji dapat income bulan-bulan?

Pelaburan emas tiada “pendapatan” samada bulanan atau tahunan seperti dividen ASB, Tabung Haji dsb. Kalau ada yang menjanjikan “pendapatan”, itu adalah scam (penipuan) dan money game (skim cepat kaya)!

Jauhkan diri dari mana-mana SKIM pelaburan emas yang menjanjikan: i. pulangan tetap.

ii. pulangan tidak masuk akal (i.e. keuntungan lebih 15% setahun).

Berhati-hati kalau beli emas, tapi tak dapat emas fizikalnya. Beli emas, pastikan dapat emas, bukan dapat RESIT, SURAT PAJAK atau ada syarat TEMPOH MATANG untuk dapatkan emasnya!

15. Di mana tempat simpan emas paling baik?

Kalau sedikit, simpan di rumah. Tapi kena kreatif. Yang penting, jangan simpan dalam almari sebab itu sasaran utama pencuri.

Kalau banyak, takut tak lena tidur dan lebih tenang tinggalkan rumah, simpan di Safe Deposit Box di bank, ataupun syarikat swasta. Sewaan sekitar RM100 – RM550 setahun bergantung saiz kotak simpanan.

Public Safe di Public Gold cawangan Relau di Pulau Pinang Kos upah tukang membuatkan harga barang kemas jadi mahal, jika pekedai tidak mengenakan kos upah tetapi telah menyerapkan kos tersebut ke dalam harga

emas per gram.

(10)

16. Adakah berbaloi simpan emas dalam ar-rahnu?

Tak berbaloi sebab cajnya sangat mahal, mencecah 14% setahun. Ar-Rahnu bukan tempat simpan emas, tapi untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. Kaedah beli, pajak, beli pajak; risiko sangat besar sedangkan potensiuntung sangat kecil. Kalau nak simpan, lebih baik simpan di Safe Deposit Box.

17. Mana lebih baik, buka AKAUN EMAS di bank berbanding beli EMAS FIZIKAL?

Beli emas fizikal lagi bagus sebab emas ada di tangan kita, dan boleh ‘rolling’ emas tu dengan cara dapatkan pinjaman ar- rahnu untuk apa-apa tujuan menguntungkan.

Bank yang tawarkan Akaun Emas di Malaysia :

Maybank, Public Bank, CIMB, UOB Bank, Kuwait Finance House (KFH) dan Bank Muamalat. Setakat ni, cuma KFH dan Bank Mualamat sahaja disahkan patuh syariah (halal).

Alternatif lain ialah Akaun Emas GAP keluaran Public Gold (bukan bank) yang juga disahkan patuh syariah.

18. Apakah emas fizikal terbaik untuk pelaburan? Goldbar atau Dinar?

Goldbar dan dinar sama sahaja dari sudut potensi pelaburan. Secara umumnya, item yang spread / susut nilai paling rendah yang paling untung. Item bersaiz lebih besar seperti gold bar 250 gram (spread 6%) dan 100 gram (7%) lebih cepat untung berbanding gold bar 10 gram (9%). Walaubagaimana pun, setiap orang mempunyai bajet dan matlamat berbeza.

Jadi lebih baik dapatkan nasihat dealer berpengalaman untuk kenalpasti item terbaik sesuai dengan BAJET dan MATLAMAT anda membeli emas. Kesilapan memilih item juga boleh merugikan anda.

Untuk pilih emas fizikal yang terbaik, dapatkan nasihat dari dealer berpengalaman, dan bagitahu BAJET &

MATLAMAT anda samada: (1) simpan semata-mata? (2) nak jual bila harga naik? (3) jana pendapatan sebagai dealer Public Gold

(11)

19. Mana lebih untung beli terus di cawangan atau melalui dealer Public Gold?

Sama sahaja dari sudut harganya. Cuma nasihat saya, dapatkan bimbingan dealer sebelum bermula sebab dealer lebih tahu selok belok urusan jual beli emas. Untuk pembelian, dealer boleh bantu place order yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Nanti, buat bayaran terus ke akaun Public Gold dan ambil terus emas dari mana-mana cawangan Public Gold terdekat dengan anda. Itu cara pembelian emas PALING SELAMAT.

Jika PERTAMA KALI beli emas di office Public Gold, pastikan letak nama dealer yang anda percaya sebagai

“Introducer” supaya anda dapat bimbingan PERCUMA dari dealer tersebut jika ada sebarang pertanyaan pada masa depan. Kalau nak letak nama saya, berikan PG code PG00229155, KHAIRUL FAZIZAL JAAFAR.

Simpan nombor PG code ini dalam handphone sekarang untuk mudah buat belian nanti.

20. Bagaimana cara mudah membeli emas Public Gold?

i. Hubungi mana-mana dealer Public Gold yang anda percaya, atau hubungi saya 0127897987 (call, sms, whatsapp) atau terus klik link 0127897987 untuk whatsapp saya lebih mudah. InsyaAllah saya akan tunjukkan cara mudah membeli emas walaupun anda duduk di mana-mana seluruh Malaysia, Singapura, Brunei atau Indonesia.

ii. Terus hubungi 18 cawangan Public Gold yg berdekatan di seluruh Malaysia. Boleh semak maklumat lanjut di web www.publicgold.com.my > Where To Buy.

Cawangan Nombor Telefon Cawangan Nombor Telefon

Penang, Relau +604-644 9999 Kuala Lumpur, Ampang +603-4257 9916 Penang, Lebuh Bishop +604-261 9999 Selangor, Sunway +603-5634 8999 Kedah, Sungai Petani +604-423 2999 Selangor, Bangi +603-8922 3916 Kedah, Alor Setar +604-734 4916 Negeri Sembilan, Seremban +606-678 2916 Perak, Ipoh +605-242 8999 Melaka, Batu Berendam +606-317 5499 Kelantan, Kota Bharu +609-746 2999 Johor, Taman Molek +607-353 6999 Terengganu, Kuala Terengganu +609-626 3999 Sarawak, Kuching +6082-252 916

Pahang, Kuantan +609-517 8916 Sarawak, Miri +6085-427 916

Sabah, Kota Kinabalu +6088-447 916 INDONESIA, Jakarta +62 81 1171 9916

TIPS #4: MENDAPAT KEUNTUNGAN DENGAN EMAS!

Bukan emas yang membuatkan kita kaya. Yang membuatkan kita kaya ialah ilmu kita tentang emas.

Sebelum membeli emas, ambil masa baca buku-buku tentang emas, dan dapatkan bimbingan daripada dealer emas yang jujur dan berpengalaman.

Dalam Public Gold, kita boleh dapatkan bimbingan itu secara percuma dengan melantik dealer itu sebagai INTRODUCER kita pada KALI PERTAMA (ya, hanya pada kali pertama sahaja)

membeli emas dengan Public Gold.

Kesilapan memilih Introducer juga mungkin boleh merugikan anda.

Senarai cawangan Public Gold di seluruh Malaysia & Indonesia

(12)

5 SOALAN BONUS!!

1. Adakah Public Gold mendapat pengesahan Bank Negara Malaysia (BNM)?

Public Gold antara syarikat jual beli emas yang telahpun diteliti oleh BNM i.e. menjalankan jual beli emas secara tulen. Bagi BNM, Public Gold bukan syarikat yang menawarkan pelaburan, tapi hanya seperti “kedai emas” sahaja yang menjalankan aktiviti jual beli emas. Hulur duit dapat emas, hulur emas dapat duit. Tak ada apa-apa SKIM PELABURAN ditawarkan.

2. Apakah risiko pelaburan emas?

Risiko utama ialah kehilangan emas tu sendiri disebabkan kecuaian sendiri. Kedua, harga emas boleh turun dalam jangka pendek. Tiada jaminan dan tidak logik harga emas naik tapi tidak turun-turun.

Tapi ia tiada risiko jatuh lingkup seperti risiko saham. Ini disebabkan emas sentiasa bernilai sepanjang zaman. Ia penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia. Kalau nak diikutkan risiko,

membiarkan duit dalam bentuk wang kertas lebih berisiko sebab ringgit Malaysia pernah jatuh 50%

setahun, dan ianya tidak pernah berlaku kepada emas!

3. Bagaimana nak tahu ketulenan emas Public Gold?

Emas Public Gold telahpun diuji ketulenan oleh assayer (penilai) bebas & dikeluarkan bersama sijil ketulenan.

Reputasinya yang kukuh ini membuatkan ia diterima untuk pajakan di POS Ar-Rahnu tanpa perlu buka seal dan tanpa perlu diuji ketulenan! Kalau nak yakinkan diri sendiri, saya cadangkan anda beli dulu 1 gram dan bawanya ke Pos Ar-Rahnu untuk dapatkan pengalaman sendiri.

4. Ada tak emas lain yang lebih murah daripada Public Gold?

Mungkin ada, cuma saya boleh katakan Public Gold antara emas termurah di Malaysia. Tetapi anda perlu tahu, harga emas lebih murah tak semestinya lebih untung. Saya mencadangkan emas Public Gold sebab senang beli, senang jual dan untung maksimum.

i. Cawangannya banyak, dealernya berada di seluruh Malaysia.

ii. Permintaan tinggi, ianya diterima ramai penyimpan dan pelabur emas Malaysia.

iii. Stok tiada had, boleh dibeli walaupun masa harga emas jatuh.

iv. Harga dikemaskini mengikut harga emas dunia, senang buat untung dengan turun naik harga.

v. Public Gold memberi jaminan belian balik emas bila kita nak pakai duit.

5. Bila masa terbaik membeli emas? Bila harga emas akan turun?

Masa terbaik membeli ialah bila anda faham apa itu emas, kepentingannya dan keuntungan

menyimpannya. Kalau pertama kali, jangan tunggu harga rendah sebab anda tidak faham bila harga rendah sebelum buat belian pertama. Tiada siapa tahu “how low is low” dan “how high is high” hatta mereka yang pakar analisis harga emas sekali pun. Jadi, beli dulu sekurang-kurangnya 1 gram selepas itu baru monitor harga.

Pengalaman saya, orang yang tunggu harga paling rendah biasanya terpaksa beli pada harga lebih tinggi sebab tiada siapa tahu bila harga dikatakan paling rendah!

(13)

CARA “CELIK EMAS” DENGAN CEPAT!

Saya cadangkan sahabat semua ambil sedikit masa untuk belajar tentang emas dari sumber yang berkredbiliti sebelum memulakan simpanan emas. Selain blog www.sadiqinsulong.com, saya boleh cadangkan:

i. Artikel: Baca artikel emas tulisan guru emas saya En. Syukor Hashim di http://jutawanemas.com/v1/artikel-terdahulu/; atau

ii. Buku: Beli buku beliau di http://bit.ly/ebookgold. Atau dapatkan buku bertajuk “Wang Emas”. Ini cara paling pantas untuk celik emas;

iii. Seminar: Hadir seminar asas pelaburan emas secara percuma anjuran Public Gold setiap minggu di

seluruh Malaysia, Singapore dan Indonesia. Rujuk jadual seminar di

http://www.bit.ly/pgfreeseminar. Kalau hadir seminar, pastikan tulis nama saya “KHAIRUL FAZIZAL JAAFAR” sebagai introducer bagi sesiapa yang dapatkan bimbingan peribadi saya selepas seminar.

Disclaimer: Berkaitan ilmu emas ini, jangan percaya cakap saya 100%. Anda semua perlu buat kajian sendiri. Apa yang saya tulis, itu cuma ilmu dan pengalaman saya hampir 6 tahun dalam bidang emas yang saya yakin ianya terbaik untuk saya dan anda semua. Dan pastinya ianya mempunyai kekurangan.

Sekiranya bermanfaat untuk anda, puji-pujian bagi Allah.

KHAIRUL FAZIZAL JAAFAR

Public Gold Authorised Dealer (Kod Dealer PG00229155) 0127897987 (call / sms / whatsapp)

TIPS #5: MENJADI KAYA DENGAN EMAS!

Emas memberikan kesan emosi berbeza kepada penyimpannya.

Bila mula menyimpan emas, kita akan mula rasa nak tambah simpan emas lagi dan lagi.

Dan hilang keinginan untuk berbelanja yang bukan-bukan.

Kita tidak akan jual atau gadai emas itu kecuali ada keperluan yang mustahak sahaja!

Itulah sebenarnya yang membuatkanpenyimpan emas semakin kaya

(14)

KAEDAH Pembelian Biasa (Outright Purchase)

Akaun Simpanan Emas GAP (Gold Accumulation Program)

Beli, terus ambil, dan simpan sendiri emas yang dibeli. Beli dan simpan dengan Public Gold secara percuma, minimum 1 gram atau RM100. Kumpul sedikit demi sedikit, dan boleh keluar emas itu (untuk disimpan sendiri) pada bila-bila masa di cawangan Public Gold terdekat.

BELI DI CAWANGAN PUBLIC GOLD BELI SECARA ONLINE

Buat pembelian terus item yang “ready stok” di cawangan Public Gold terdekat. Bayar dan bawa balik emas yang dibeli.

Pastikan beritahu nama “KHAIRUL FAZIZAL JAAFAR”

supaya anda dapat BIMBINGAN PERCUMA daripada saya.

Lepas pembelian whatsapp saya 0127897987 Semak alamat dan no telefon cawangan Public Gold di http://www.bit.ly/pgmybranch

Untuk pembelian pertama, ikut langkah di bawah:

[#1 : MASUKKAN DUIT]

Bank-in / online transfer / ATM transfer duit ke akaun atas nama Public Gold Marketing Sdn. Bhd. di bawah

berdasarkan harga per gram GAP harian di www.publicgold.com.my

♢ 5571 3923 8048 (Maybank)

♢ 5071 3410 4563 (Maybank)

♢ 3167 52 0833 (Public Bank) [#2 : WHATSAPP MAKLUMAT BELIAN]

Wassap maklumat di bawah dan attach slip bayaran ke nombor handphone Public Gold di +6012-430 8916:

1. Nama Penuh 2. No. Kad Pengenalan 3. No. Telefon 4. Email

5. Jumlah Bayaran

6. Tarikh dan Masa Bayaran

7. Introducer : PG00229155 KHAIRUL FAZIZAL JAAFAR [#3 : SEMAK GAP STATEMENT]

Tunggu Public Gold proses dalam masa 48 jam hari bekerja.

Kalau dah terima email semak USERNAME dan PASSWORD, login website untuk semak GAP Statement. Gram emas akan masuk selepas 48 jam hari bekerja.

Username: <PGCODE> (ie. PG00229155) Password: <nombor Kad Pengenalan 12 digit>

Jika ada apa-apa persoalan, boleh hubungi kami 0127897987 (KHAIRUL FAZIZAL JAAFAR) 0127898779 (INTAN MASLINDAH ABDUL AZIAS) BELI SECARA ONLINE

[#1 : ORDER]

Daftar di www.publicgold.com.my >

Login > Register Account (atau terus klik link http://bit.ly/introducerPG00229155).

Isikan maklumat yang diminta, ikuti langkah hingga selesai. Masukkan PG code “00229155” pada bahagian Introducer dan pastikan keluar nama “KHAIRUL FAZIZAL JAAFAR” supaya anda dapat BIMBINGAN PERCUMA daripada saya lepas pembelian.

[#2 : BAYAR]

Buat bayaran berdasarkan Proforma Invoice yang anda terima melalui email, dan emailkan slip bayaran ke [email protected] bersama dengan no.

order.

[#3 : AMBIL EMAS]

Terus telefon cawangan Public Gold terdekat, berikan no. rujukan order (CSO Number). Kalau stok belum ada, minta mereka simpan stok dan beritahu bila stok dah sampai. Ambil nama staff tersebut supaya senang nak follow-up nanti. Tempoh paling lewat selalunya 1 - 2 minggu. Emas itu PASTI dapat, itu saya jamin. Pastikan bawa slip bayaran original & Proforma Invoice semasa nak datang ambil emas tu.

Kalau nak saya tolong place order bagi pihak anda, whatsapp saya 0127897987 maklumat:

1. Nama Penuh:

2. No Kad Pengenalan:

3. No Handphone:

4. Email:

5. Item Pembelian:

6. Jumlan Pembelian:

CI RI - CI RI CA RA P EM BE LI AN

(15)

MISI MELAHIRKAN 500 PENYIMPAN EMAS BERILMU PADA TAHUN 2020

Simpanan duit dan emas yang lebih banyak tidak lagi memotivasikan diri kami untuk berkerja lebih kuat.

Apa yang motivasikan kami sekarang ialah membantu orang lain memperbaiki kewangan diri, sekurang- kurangnya bebas hutang seperti kami insyaallah.

Kami telah pun meletakkan target untuk melahirkan 500 orang seperti kami, iaitu penyimpan emas yang bebas hutang dan mempunyai simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan pendapatan dalam tempoh 3 tahun dari sekarang, memiliki aset-aset lain seperti rumah dan tanah hasil dari tabiat menyimpan emas.

Kami mencari mereka yang serius mahu menjadi mentee kami dalam Public Gold, tetapi haruslah mempunyai kelayakan seperti berikut:

1. Registered customer Public Gold di bawah #teamking, atau belum pernah menjadi customer Public Gold, atau customer Public Gold daripada network lain yang sudah tidak aktif lebih dari setahun.

2. Warga Malaysia, Brunei, Singapore atau Indonesia.

3. Mempunyai keinginan yang kuat untuk "hidup bebas", dan sanggup berusaha dengan sabar selama 3-5 tahun secara konsisten. Orang begini selalunya hidup sederhana sebab dia ada matlamat yang lebih besar dalam hidup untuk hidup tenang bebas dari hutang.

4. Seorang yang sanggup belajar dan berguru. Unlearn & relearn.

Siapa yang ada ciri-ciri di atas, boleh terus hubungi kami. Ini adalah tawaran serius dari kami secara peribadi untuk mereka yang mahu dapat apa yang telah kami dapat melalui platform Public Gold insyaallah.

(16)

BONUS: CARA MENJADI DEALER PUBLIC GOLD

Anda secara automatik menjadi Dealer Public Gold sekiranya membuat pembelian minimum emas atau perak dalam satu invoice, anda juga perlu membeli Wealth Card yang berharga RM200 dan terus layak mendapat insentif untuk BELIAN SETERUSNYA seperti berikut:

Antara kelebihan menjadi dealer Public Gold di bawah network #teamking:

i. Dibayar insentif atas pembelian sendiri, bermula pembelian kedua.

ii. Dibayar insentif 0.3% setiap kali menjual semula (buyback) kepada Public Gold.

iii. Dibayar royalti sepanjang hayat atas setiap pembelian customer yang diperkenalkan kepada Public Gold sampai bila-bila. Sambil menyimpan emas, dealer Public Gold berpeluang menjana passive income minimum RM4,000 sebulan dalam tempoh 3 tahun jika serius mengikuti kelas, seminar dan kursus yang dianjurkan oleh pihak Public Gold.

Weatlh Card Dealership Public Gold

Bila kita jadi dealer Public Gold, setiap dealer wajib untuk membeli 1 set wealth card Public Gold. Wealth card Public Gold ini ada goldbar 0.5 gram emas, ada nama dealer dan pangkat dealer.

Dealer juga diberikan voucher diskaun bernilai RM300 yang boleh digunakan untuk beli emas dan perak, RM100 untuk pembelian emas dan RM200 untuk pembelian perak.

Voucher diskaun ini boleh digunakan untuk kaedah pembelian terus dan Syariah Easy

Payment Purchase (SEPP). Kaedah pembelian GAP atau SAP tidak boleh guna voucher diskaun ini.

Kesimpulannya dealer akan dapat goldbar 0.5 gram bernilai RM160 dan voucher diskaun bernilai RM300. Kesemuanya bernilai RM460, dealer cuma bayar RM200 dan selebihnya Public Gold subsidi.

Nota: Anda boleh menjadi dealer Public Gold dengan jumlah pembelian yang lebih rendah jika anda mengikuti kelas, seminar atau FB live yang dianjurkan oleh pihak Public Gold setiap bulan. Segala promosi dealership ini tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Belian Minimum Status Dealer Insentif Belian Insentif Jual Balik

100 gram emas Normal Dealer 1.0% 0.3%

250 gram emas Priority Dealer 1.5% 0.3%

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini bertujuan untuk memperdalam kajian ilmu politik Luar Negeri Amerika Serikat di bawah rezim Donald Trump yang berfokus pada pola kepemimpinan Donald

Diagram Permasalahan dan Isu Strategis, Kondisi saat ini dan Dampaknya Masih Tingginya Angka Temuan.. Berdasarkan kondisi obyektif yang dipaparkan di atas, kapasitas

Berdasarkan hasil uji beda, emisi formaldehida terbaik dicapai pada papan partikel yang menggunakan campuran arang aktif yang diperoleh pada suhu aktivasi 800 C selama 60 menit ke

telah disediakan oleh Allah SWT tersebut dengan sebaik-baiknya. Karena itu, semua sarana yang disediakan oleh Allah Swt tersebut harus diberdayaan dengan

Karena perubahan tekanan dan edema menyebabkan penyempitan pembuluh vena dan karena vena pada daerah ini tidak berkatup, maka aliran darah di dalamnya dapat berlangsung dua

melalui pelatihan ini, kontribusi yang dapat diberikan kepada SMK N 1 Percut Sei Tuan adalah siswa dapat menggunakan Google Classroom dengan baik yang hasil akhirnya adalah

Imam Sodikun – 104.14.024 Pusat Latihan Sepak Bola PSSI | 23 Pelaku pada Kelompok Kegiatan dan kebutuhan ruang Publik Bangunan Asrama Putra/Putri terdiri dari : Tamu yang

Permasalahan penentuan awal bulan qomariyah seperti penentuan jatuhnya tanggal untuk bulan syawal, ramadhan atau bulan-bulan qomariyah yang lain, menjadi sebuah problematika