TINGKATAN 5 EKONOMI
BAB 2 MALAYSIA DAN EKONOMI GLOBAL
2.2.1 Perdagangan Antarabangsa
1. Perdagangan antarabangsa merujuk kepada urusan jual beli barang dan perkhidmatan antara satu negara dengan negara yang lain.
2. Berlaku dalam tiga bentuk iaitu:
Import Eksport Entrepot
- membeli barang dan perkhidmatan tersebut dari negara lain
- berlaku apabila sesuatu barang dan perkhidmatan tidak dikeluarkan atau tidak mencukupi untuk
menampung keperluan rakyat dalam sesebuah negara.
- Contohnya, Amerika Syarikat mengimport minyak kelapa sawit dari Indonesia
- Menjual barang dan perkhidmatan kepada negara lain.
- berlaku apabila
pengeluaran barang dan perkhidmatan oleh sesebuah negara adalah melebihi penggunaan atau keperluan rakyat tempatan sesebuah negara
- Contohnya, Amerika Syarikat mengeksport kapal terbang ke Singapura.
- membeli barang dari luar negara dan menjual semula kepada negara lain.
- Berlaku apabila sesebuah negara memproses barang import dan
mengeksportkannya semula ke negara lain.
- Contohnya, negara India mengimport getah asli dari Thailand dan mengeksportnya ke Jepun.
Sebab-sebab wujud perdagangan antarabangsa
Perdagangan antarabangsa wujud akibat
daripada pelbagai perbezaan yang wujud antara satu negara dengan negara yang lain seperti yang berikut:
(A) Sumber Semula Jadi
1. Sumber-sumber semula jadi yang dianugerahi oleh Tuhan kepada setiap
negara adalah berlainan dengan negara lain.
2. Negara yang kaya dengan sesuatu sumber semula jadi akan mengeksport lebihan sumber tersebut ke negara lain.
3. Contohnya, Malaysia dianugerahi dengan bijih timah, Brunei kaya dengan simpanan petroleum dan Afrika Selatan kaya dengan simpanan emas dan berlian.
(B) Iklim dan Jenis Tanih
1. Keluaran hasil pertanian dan perhutanan sesebuah negara adalah berbeza antara negara akibat daripada perbezaan iklim dan jenis tanah-tanih.
2. Contohnya, iklim khatulistiwa di Malaysia
seperti durian dan pisang dan iklim Mediterranean di Chile menanam buah- buahan sitrus seperti epal, anggur dan strawberi.
3. Contohnya, tanih laterit di Malaysia yang sesuai ditanam dengan getah dan kelapa sawit akan mengeksportnya ke negara lain di Eropah.
(C) Tingkat Kecekapan Pengeluaran
1. Pengkhususan dan proses pengeluaran yang lebih cekap membolehkan sesebuah negara mengeluarkan sesuatu barangan dengan kos pengeluaran yang lebih rendah berbanding dengan negara lain.
2. Kecekapan pengeluaran hasil daripada kos faktor pengeluaran yang murah telah
mendorong pengeluaran secara besar-
besaran dan seterusnya mengeksportkannya ke negara lain.
3. Faedah berbanding ialah faedah yang dinikmati oleh sesebuah negara yang sanggup mengeluarkan sesuatu barang dengan kos lepas yang lebih rendah
berbanding dengan negara lain berdasarkan
sejumlah faktor pengeluaran dan pada tingkat teknologi yang sama,
4. Contohnya, Amerika Syarikat dan Jepun yang cekap dan mengkhusus dalam
pengeluaran kapal terbang dan telefon bimbit telah mengeksport kedua-dua jenis barang ini ke negara-negara lain.
(D) Budaya masyarakat
1. Budaya masyarakat yang berbeza akan mempengaruhi kecenderungan masyarakat dalam pengeluaran sesuatu barangan.
2. Perbezaan budaya masyarakat biasanya melibatkan kemahiran dan minat pekerja dalam mengeluarkan sesuatu barang dan perkhidmatan.
3. Contohnya, Perancis dan Jepun yang terkenal dengan pengeluaran minyak wangi dan kereta akan mengeksport keluaran mereka ke negara lain.
(E) Harga faktor
1. Harga faktor pengeluaran seperti upah buruh, sewa tanah, dan faedah modal akan
mempengaruhi pemilihan teknik pengeluaran bagi sesuatu barang dan perkhidmatan.
2. Contohnya, bilangan buruh yang banyak dan kadar upah yang lebih murah di India dan China membolehkan pengkhususan dalam pengeluaran tekstil dan pakaian serta barang elektronik yang berintensifkan buruh.
3. Sebaliknya, Amerika Syarikat dan Jepun yang secara relatifnya mempunyai barang modal yang lebih murah dan cekap akan mengkhusus dalam pengeluaran barang seperti kapal terbang, kereta, dan jentera yang berintensifkan modal.
(F) Cita rasa pengguna
1. Cita rasa masyarakat terutamanya
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum adalah berbeza dan sukar dipenuhi dengan pengeluaran barang dan perkhidmatan dalam negeri sahaja.
2. Untuk memenuhi pelbagai jenis cita rasa pengguna yang berbeza-beza, para peniaga dan kerajaan harus mengimport pelbagai jenis barang dari luar negara.
3. Contohnya, pengimport tempatan akan
masyarakat Cina dan juga ratusan jenis rempah dari India untuk memenuhi kehendak kaum India.
2.2.2 Kepentingan Perdagangan Antarabangsa
1. Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan di dalam negara
- barang yang tidak dikeluarkan dalam negara dapat diperoleh dari negara lain dengan mengimportkannya.
- Contohnya, rakyat Malaysia dapat
menikmati buah-buahan sitrus yang tidak ditanam di Malaysia melalui aktiviti
perdagangan antarabangsa dengan Amerika Syarikat. Pengimport di Amerika Syarikat pula akan mengimport minyak kelapa sawit dari negara kita.
2. Meluaskan pasaran
- penawaran sesuatu barang dan perkhidmatan yang berlebihan dapat dieksport ke luar negara yang mempunyai pasaran yang jauh lebih luas.
- Kejayaan menguasai bahagian pasaran yang lebih luas akan meningkatkan keuntungan syarikat tempatan.
3. Menambah pendapatan negara - Kerajaan akan memperoleh hasil
daripada kutipan duti import dan duti eksport dalam urusan perdagangan antarabangsa.
- Pendapatan negara juga akan meningkat hasil daripada pertambahan kutipan cukai keuntungan syarikat yang terlibat dalam aktiviti perdagangan antarabangsa.
4. Menggalakkan pemindahan dan penggunaan teknologi
- pengeluar tempatan akan mengimport mesin, jentera, dan peralatan moden yang lebih canggih untuk meningkatkan daya pengeluaran dan memajukan industri tempatan.
- Perdagangan antarabangsa juga akan membawa kepada kemasukan kemahiran, pengalaman, pengetahuan teknologi yang terbaharu dari luar negara.
5. Menikmati barang dengan harga yang lebih murah
- Pengkhususan yang berlaku dalam
daya pengeluaran dan kemahiran sumber manusia.
- Pengkhususan telah membolehkan pengeluaran barang dilakukan secara besar-besaran pada harga yang lebih murah dan kualitinya lebih baik.
- Contohnya, Amerika Syarikat yang berjaya mengeluarkan kapal terbang pada harga yang lebih rendah dan Malaysia yang dapat mengeluarkan minyak kelapa sawit pada harga yang lebib murah akan
melakukan aktiviti eksport dan import untuk memperoleh manfaat masing- masing.
6. Meningkatkan kecekapan pengeluaran - Aktiviti perdagangan antarabangsa akan
mewujudkan persaingan antara pengeluar dan barang yang dihasilkan oleh
sesebuah negara.
- Persaingan yang timbul akan mendorong pihak pengeluar untuk mengeluarkan barang yang lebih bermutu dengan kaedah pengeluaran yang paling cekap serta menghalang firma monopoli
daripada mengenakan harga yang sangat tinggi.
- Persaingan dalam pasaran dunia juga akan menggalakkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan
mempercepat penggunaan teknologi yang terkini.
7. Menawarkan pilihan pengguna yang pelbagai
- Pelbagai jenis barangan telah berjaya diimport dari luar negara melalui perdagangan antarabangsa untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna yang pelbagai.
- Masyarakat akan mempunyai pilihan yang pelbagai mengikut cita rasa dan
kemampuannya.
- Contohnya, Malaysia mengimport pelbagai jenis model kereta yang sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat. Pilihan yang luas akan meningkatkan taraf hidup pengguna.
8. Menambah peluang pekerjaan
- Permintaan yang semakin meningkat terhadap barang eksport sesebuah negara
telah mendorong pengeluar tempatan dan pelabur asing membesarkan skala
pengeluarannya untuk memaksimumkan keuntungan.
- Pengembangan perniagaan telah berjaya mewujudkan lebih banyak peluang
pekerjaan dan mengurangkan masalah pengangguran.
9. Menggalakkan mobiliti tenaga buruh - Ramai tenaga buruh dapat bergerak dari
satu negara ke negara lain melalui perdagangan antarabangsa.
- Contohnya, ramai pekerja dari Indonesia dan Bangladesh telah berhijrah ke
Malaysia untuk mencebur diri dalam sektor perkilangan, pembinaan, dan sebagainya.
- Malaysia yang kekurangan tenaga buruh mahir seperti doktor, pensyarah, dan sebagainya juga mengimport tenaga buruh dari negara-negara asing yang maju.
10. Menggalakkan pelaburan
- Dasar ekonomi terbuka yang diamalkan oleh sesebuah negara dalam
perdagangan antarabangsa telah menggalakkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) dan perkongsian pintar yang diadakan dengan pelabur asing telah membantu mempercepat pertumbuhan ekonomi.
- Kebenaran yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada pelabur asing untuk berkongsi bcrsama pegangan ekuiti dalam sektor penerbangan, perhubungan, dan kewangan juga menggalakkan kemasukan pelabur asing.
11. Mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang
- Perdagangan antarabangsa berjaya mewujudkan kerjasama dan
persefahaman antara negara rakan dagang dari segi politik, ekonomi, sosial, dan budaya.
- Hubungan yang baik dan kerjasama yang diadakan akan mewujudkan semangat saling membantu antara satu negara dengan negara yang lain untuk mencapai taraf hidup yang lebih baik.
2.2.3 Sekatan Perdagangan
1. Sekatan perdagangan antarabangsa ialah dasar perdagangan luar oleh kerajaan sesebuah negara untuk mengawal eksport dan import negara.
Bentuk sekatan perdagangan antarabangsa (A) Tarif / Duti import
1. Tarif merupakan cukai yang dikenakan terhadap barang yang diimport.
2. Pengenaan tarif akan menyebabkan harga barang import meningkat dan secara relatif menjadi lebih mahal berbanding dengan barang keluaran tempatan sesebuah negara.
3. Tarif terbahagi kepada
Tarif spesifik Tarif ad valorem
a. cukai tetap yang dikenakan terhadap setiap unit barang yang diimport
b. Malaysia mengenakan tarif spesifik sebanyak RM150 atas setiap unit mesin pemasangan basikal yang diimport. Oleh itu, Syarikat Leon Berhad yang mengimport sebanyak 30 unit mesin pemasangan basikal haruslah membayar tarif spesifik sebanyak RM4 500 (RM150 × 30 unit).
a. cukai yang dikenakan mengikut nilai barang yang diimport.
b. Malaysia mengenakan tarif ad valorem sebanyak 15% atas basikal yang diimport.
Oleh itu, pengimportan basikal yang bernilai RM300 seunit akan dikenakan tarif ad valorem sebanyak RM45 seunit (15% × RM300).
(B) Subsidi
1. Subsidi merujuk bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan kepada pengeluar tempatan untuk melindunginya daripada persaingan dengan pengeluar negara asing.
2. Pemberian subsidi akan mengurangkan kos pengeluaran dan menjadikan harga barang keluaran tempatan lebih murah. Justeru, permintaan terhadap barang keluaran tempatan akan meningkat.
3. Subsidi juga boleh diberikan kepada barang eksport negara agar harga barang eksport negara akan menjadi lebih murah dan berdaya saing di pasaran antarabangsa.
(C) Kuota
1. Kuota merupakan sekatan perdagangan terhadap jumlah barang yang boleh diimport dalam suatu jangka masa tertentu.
2. Kuota merupakan had maksimum bagi sesuatu barang yang boleh diimport, contohnya bilangan unit kereta yang boleh diimport dalam tempoh masa setahun.
3. Kuota akan menyebabkan penawaran barang import berkurang dan harganya akan meningkat berbanding dengan harga barang tempatan.
4. Kuota bertujuan untuk melindungi industri muda tempatan agar berkembang dengan kukuh dan mampu bersaing dengan barang import pada masa depan.
(D) Kawalan pertukaran asing
1. Kawalan ke atas pertukaran asing merujuk cara kerajaan mengehadkan pembelian pertukaran asing oleh pengimport melalui bank pusat agar kemasukan barang import dari negara tertentu dapat dikawal.
2. Dengan jumlah pertukaran asing yang terhad, hasrat pengimport untuk mengimport lebih banyak barang import akan terhalang.
3. Contohnya, hasrat kerajaan untuk mengurangkan import dari Amerika Syarikat dapat dicapai dengan tindakan mengawal jumlah kuantiti Dolar Amerika yang boleh dibeli oleh para pengimport dalam suatu jangka masa tertentu.
(E) Embargo
1. Embargo merujuk dasar pemulauan terhadap barangan dari negara tertentu.
2. Dasar embargo jarang dilakukan kecuali atas alasan keselamatan atau kepentingan negara.
3. Hal ini adalah disebabkan tindakan memulau barang dari negara tertentu akan menjejaskan hubungan antara sesebuah negara dengan negara lain.
4. Contohnya, kerajaan Malaysia tidak membenarkan barang dan perkhidmatan dari Negara Israel diimport atas dasar strategik negara untuk menentang tindakan Israel menindas rakyat Palestin.
(F) Sekatan bukan ekonomi
1. Sukatan bukan ekonomi merujuk sekatan dalam bentuk undang-undang, peraturan, atau syarat- syarat tertentu terhadap sesebuah negara.
2. Sekatan bukan ekonomi bertujuan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat negara.
3. Barang import seperti daging, susu tepung, dan minuman berkhasiat akan diperiksa dan dikenal pasti ciri keselamatan serta kesihatannya
4. Antara contoh sekatan bukan ekonomi terhadap produk:
a. Produk yang memudaratkan pengguna
Sayur-sayuran, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang diimport harus bebas daripada sebarang penyakit dan bahan kimia yang membahayakan kesihatan dan keselamatan nyawa rakyat
b. Produk yang tidak menepati piawaian dan mutu
Barang elektrik dan elektronik yang diimport harus menepati piawaian dan mutu yang telah ditetapkan oleh SIRIM supaya selamat digunakan
c. Produk yang tidakmematuhi peraturan dan undang-undang kesihatan
Ubat-ubatan dan barang kesihatan lain yang diimport haruslah mematuhi peraturan dan undang-undang kesihatan yang telah digariskan oleh kerajaan
Tujuan sekatan perdagangan antarabangsa (A) Melindungi industri muda tempatan
1. Industri muda tempatan dapat berkembang maju, menjadi lebih kukuh, dan lebih berdaya saing apabila kerajaan memberikan perlindungan dalam bentuk sekatan perdagangan antarabangsa seperti kuota, tarif, dan kawalan pertukaran asing,
2. Dengan perlindungan kerajaan, industri muda tempatan dapat berkembang dengan kukuh dan menjalankan pengeluaran secara besar-besaran untuk menikmati kos pengeluaran seunit yang lebih rendah.
(B) Menghadapi persaingan
1. Industri muda dan industri tempatan berpeluang meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mengeluarkan barang yang lebih berkualiti.
2. Perkembangan industri tempatan yang pesat dan mantap akan mengurangkan pergantungan negara terhadap pengimportan barang perkilangan dan barang penggunaan dari luar negara.
3. Malah, peningkatan daya saing dan keupayaan industri tempatan akan menggalakkan eksport barang keluaran tempatan ke luar negara.
(C) Sebagai sumber hasil kerajaan
1. Kerajaan memperoleh hasil secara langsung melalui tarif atau duti import yang dikenakan terhadap barang import supaya membolehkan kerajaan membiayai perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.
(D) Mewujudkan peluang pekerjaan
1. Industri tempatan berpeluang untuk berkembang dengan lebih kukuh hasil daripada sekatan seperti tarif, kuota, dan pemberian subsidi akan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.
2. Kadar pengangguran negara akan menurun dan pendapatan negara dapat ditingkatkan.
(E) Memperbaiki imbangan pembayaran
1. Pengenaan sekatan tarif dan kuota akan mengurangkan jumlah permintaan terhadap barang dan perkhidmatan yang diimport dari luar negara.
2. Jumlah nilai import negara dan pembayaran wang ke luar negara akan berkurang.
3. Hal ini akan membantu memperbaiki kedudukan imbangan dagangan dan imbangan pembayaran negara.
(F) Keselamatan
1. Sekatan perdagangan antarabangsa diperkenalkan untuk melindungi industri yang penting dan strategik seperti industri beras dan makanan supaya tidak terlalu bergantung kepada bekalan import dari luar negara.
2. Ini juga bertujuan menghalang kemasukan barang-barang yang haram seperti dadah atau barang makanan yang dicemari oleh penyakit atau bahan kimia yang berbahaya.
3. Contohnya, daging lembu dan bahan tenusu import yang dikenal pasti dicemari oleh bahan kimia yang berbahaya akan terus disekat daripada digunakan oleh rakyat tempatan atas sebab
kesihatan dan keselamatan negara.
(G) Mengatasi masalah lambakan
1. Lambakan ialah aktiviti menjual sesuatu barang di negara asing dengan harga yang lebih rendah daripada kos pengeluaran atau harga keluaran di pasaran dalam negara tersebut.
2. Tindakan lambakan yang dijalankan oleh negara pengeksport bertujuan untuk menghabiskan lebihan penawaran dalam negara atau mengusir pesaing dan mewujudkan kuasa monopoli di pasaran dunia.
3. Tindakan lambakan akan menjejaskan industri muda tempatan kerana tidak dapat bersaing dengan pengeluar asing.
4. Antilambakan merujuk tindakan menyekat import untuk menghalang penjualan lebihan barang di pasaran tempatan dan mengelakkan kesan yang buruk terhadap ekonomi dalam negara.
2.2.4 Kesan Tarif, Subsidi, dan Kuota terhadap Perdagangan Antarabangsa Kesan pelaksanaan tarif
(a) Sebelum perdagangan antarabangsa dijalankan, keseimbangan pasaran dicapai pada titik E0
apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0. Tingkat harga dan kuantiti keseimbangan dicapai pada P0 dan Q0.
(b) Selepas perdagangan antarabangsa dijalankan, keluk penawaran S1S1bersilang dengan keluk permintaan D0D0 pada titik keseimbangan E1. Tingkat harga dicapai pada P1, dan jumlah kuantiti permintaan adalah 0Q4.
(c) Pada tingkat harga P1, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak 0Q1 dan jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q1Q4.
(d) Apabila tarif sebanyak P1P2 dikenakan, keluk penawaran S2S2 bersilang dengan keluk permintaan D0D0 pada tingkat harga P2 dan jumlah kuantiti permintaan adalah 0Q3
(e) Pada tingkat harga P2, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak 0Q2 dan jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q2Q3.
(f) Jumlah hasil cukai import yang diperoleh oleh kerajaan adalah sebanyak AE2GH.
Kesan positif tarif Kesan negatif tarif 1. Harga barang diimport akan meningkat
kerana pengimport memindahkan beban tarif kepada pengguna dengan menaikkan harga jualan.
2. Permintaan barang diimport akan menurun manakala permintaan terhadap barang keluaran tempatan akan meningkat disebabkan harga yang secara relatifnya lebih rendah.
3. Penawaran barang oleh pengeluar tempatan akan meningkat kerana permintaan terhadap barang keluaran tempatan telah meningkat.
4. Jumlah barang diimport akan berkurang.
Oleh itu, perbelanjaan negara atas barang import juga menurun.
5. Hasil kerajaan akan bertambah iaitu hasil daripada kutipan tarif.
6. Guna tenaga dalam negara meningkat kerana aktiviti pengeluaran tempatan yang meningkat memerlukan lebih banyak tenaga buruh.
7. Oleh itu, kadar pengangguran dalam negara dapat diturunkan.
1. Pelaksanaan tarif akan menyebabkan berlakunya herotan (distortion) dalam peruntukan sumber apabila sumber yang mungkin boleh digunakan dengan lebih cekap dalam industri lain dialihkan ke industri
penggantian import.
2. Pengguna terpaksa menanggung
perbelanjaan yang lebih besar kerana tarif menaikkan harga barang import. Dengan ini, kos sara hidup akan meningkat dan taraf kehidupan akan menurun.
3. Pengguna terpaksa menggunakan barangan berkualiti rendah seandainya perlindungan industri tempatan tidak disertai dengan peningkatan kualiti barangan keluaran tempatan.
4. Kekurangan persaingan dari luar negara mungkin mengurangkan daya saing industri penggantian import untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran. Oleh itu, tidak akan berlaku perkembangan dalam teknologi.
5. Negara mungkin akan menghadapi tindak balas yang sama daripada negara yang dikenakan tarif. Keadaan ini akan
menjejaskan perkembangan industri eksport negara.
Kesan Pelaksanaan Subsidi
(a) Sebelum perdagangan antarabangsa dijalankan, keseimbangan pasaran dicapai pada titik E0
apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0. Tingkat harga dan kuantiti keseimbangan dicapai pada P0 dan Q0.
(b) Selepas perdagangan antarabangsa dijalankan, keluk penawaran S1S1 bersilang dengan keluk permintaan D0D0 pada titik keseimbangan E1. Tingkat harga dicapai pada P1 dan jumlah kuantiti permintaan adalah 0Q3.
(c) Pada tingkat harga P1 , jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak 0Q1 dan jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q1 Q3
(d) Selepas kerajaan memberikan subsidi, keluk penawaran S2S2 bersilang dengan keluk permintaan D0D0 pada tingkat harga P2 dan jumlah kuantiti permintaan adalah 0Q4
(e) Pada tingkat harga P2, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak 0Q2 + Q0O4 dan jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q2Q0.
(f) Jumlah kuantiti yang diimport selepas pemberian subsidi Q2Q0 adalah lebih kecil jika dibanding dengan sebelum pemberian subsidi iaitu sebanyak Q1 Q3.
Kesan pemberian subsidi
1. Harga barang keluaran tempatan akan menurun.
2. Permintaan terhadap barang keluaran tempatan akan meningkat kerana harganya secara relatif lebih rendah daripada barang import.
3. Penawaran barang oleh pengeluar tempatan akan meningkat kerana permintaan terhadap barang keluaran tempatan telah meningkat.
4. Jumlah barang diimport akan berkurang. Oleh itu, perbelanjaan negara atas barang import akan menurun.
5. Guna tenaga dalam negara akan meningkat kerana aktiviti pengeluaran tempatan yang meningkat memerlukan lebih banyak tenaga buruh.
6. Oleh itu, kadar pengangguran dalam negara dapat diturunkan.
Kesan Pelaksanaan Kuota
(a) Sebelum perdagangan antarabangsa dijalankan, keseimbangan pasaran dicapai pada titik E0
apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0. Tingkat harga dan kuantiti keseimbangan dicapai pada P0 dan Q0.
(b) Selepas perdagangan antarabangsa dijalankan, keluk penawaran S1S1 bersilang dengan keluk permintaan D0D0 pada titik keseimbangan E1. Tingkat harga dicapai pada P1 dan jumlah kuantiti permintaan adalah 0Q4.
(c) Pada tingkat harga P1 , jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak 0Q1 dan jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q1 Q4
(d) Selepas kuota import dikenakan, keluk penawaran S2S2 bersilang dengan keluk permintaan D0D0
pada tingkat harga P2 dan jumlah kuantiti permintaan adalah 0Q3
(e) Pada tingkat harga P2, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak 0Q2 dan jumlah barang diimport adalah sebanyak Q2Q3.
Kesan kuota import
1. Harga barang diimport akan meningkat kerana penawaran barang import dalam pasaran tempatan telah berkurang.
2. Permintaan barang diimport akan menurun manakala permintaan terhadap barang keluaran tempatan akan meningkat kerana harga yang secara relatifnya lebih rendah.
3. Penawaran barang oleh pengeluar tempatan akan meningkat kerana permintaan terhadap barang keluaran tempatan telah meningkat.
4. Jumlah barang diimport akan berkurang. Perbelanjaan negara atas barang import juga menurun.
5. Guna tenaga dalam negara akan meningkat kerana aktiviti pengeluaran tempatan yang
meningkat memerlukan lebih banyak tenaga buruh. Kadar pengangguran dalam negara dapat diturunkan.
2.2.5 Kebaikan dan Keburukan Sekatan Perdagangan Antarabangsa dan Liberalisasi Perdagangan
Kebaikan sekatan perdagangan antarabangsa 1. Mengurangkan penawaran barang import
- Sekatan perdagangan antarabangsa akan menyebabkan jumlah penawaran barang import dalarn pasaran tempatan berkurang.
- Harga barang import menjadi lebih mahal berbanding dengan barang keluaran tempatan dan seterusnya mengurangkan permintaan terhadap barang import.
- Pengurangan permintaan rakyat tempatan terhadap barang import yang lebih mahal
harganya akan membawa kepada peningkatan dalam permintaan terhadap barangan buatan tempatan yang lebih murah harganya.
3. Mengurangkan pengangguran
- Sekatan perdagangan antarabangsa akan membawa kepada perkembangan industri tempatan dan meningkatkan permintaan terhadap keluaran tempatan.
- Pihak pengeluar tempatan meningkatkan pengeluaran barangan untuk memenuhi
permintaan dan seterusnya menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
- Ini dapat mengurangkan kadar pengangguran negara dan meningkatkan guna tenaga negara. Pendapatan dan taraf hidup rakyat tempatan akan meningkat.
4. Meningkatkan pendapatan negara
- Sekatan perdagangan antarabangsa dalam bentuk tarif akan menyumbang kepada sumber hasil cukai kerajaan dan meningkatkan pendapatan negara.
- Pemberian subsidi oleh kerajaan kepada pengeluar tempatan akan menjadikan harga barang eksport lebih murah di pasaran antarabangsa.
- Permintaan yang semakin bertambah terhadap barang eksport negara akan meningkatkan jumlah keuntungan pengeluar tempatan.
- Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan hasil kutipan cukai kerajaan dan pendapatan negara.
5. Memperbaiki imbangan pembayaran
- Sekatan perdagangan dalam bentuk tarif, kuota, dan kawalan pertukaran asing akan
mengurangkan permintaan terhadap barang import, manakala subsidi yang diberikan kepada pengeksport akan meningkatkan permintaan terhadap eksport negara.
- Pengurangan dalam jumlah nilai import negsra dan peningkatan yang besar dalam jumlah nilai eksport negara akan menjadikan imbangan pembayaran negara semakin bertambah baik.
6. Melindungi industri tempatan
- Kerajaan memberi perlindungan kepada industri muda tempatan yang belum kukuh melalui sekatan perdagangan antarabangsa seperti tarif dan kuota supaya dapat bersaing dengan firma asing yang lebih besar dan cekap.
- Contohnya, duti import yang dikenakan atas kereta import membolehkan industri kereta tempatan menguasai pasaran dan memperoleh keuntungan yang lebih tinggi.
- Malah, industri muda tempatan yang berkembang maju dapat meningkatkan daya saing dan produktivitinya untuk bersaing di peringkat global.
Keburukan sekatan perdagangan antarabangsa 1. Salah pengagihan sumber
- Dasar perlindungan yang berlebihan menyebabkan banyak sumber ekonomi diagihkan kepada sektor atau industri yang dilindungi oleh tarif dan bukannya industri lain yang lebih cekap dan berpotensi.
- Dasar perlindungan ini akan merugikan negara dalam jangka masa panjang kerana agihan sumber negara tidak lagi berdasarkan kriteria kecekapan pengeluaran.
2. Merugikan pengguna
- Kenaikan harga barang import hasil daripada sekatan tarif menyebabkan pengguna terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk menikmati barang import.
- Hal ini akan merugikan para pengguna dan mengurangkan pilihan serta tingkat kepuasan
- Tindak balas negara rakan dagang mengurangkan import dari Malaysia akan menjejaskan pertumbuhan dan tingkat keuntungan industri eksport negara.
- Pengeluar akan mengurangkan pengeluaran dan penggunaan tenaga buruh akibat daripada penurunan permintaan terhadap barang eksport negara.
- Hal ini akan menjejaskan peluang pekerjaan dan pendapatan tenaga buruh yang terlibat dalam industri yang berorientasikan eksport.
- Jurang pendapatan antara pekerja yang bekerja dalam sektor eksport dengan pekerja dalam sektor ekonomi yang lain menjadi semakin besar.
4. Mengurangkan eksport
- Rakan dagang Malaysia yang dikenakan sekatan perdagangan antarabangsa dalam bentuk tarif cenderung untuk mengambil tindak balas dengan mengurangkan import dari Malaysia.
- Tindakan yang sedemikian akan mengurangkan jumlah nilai eksport Malaysia dan seterusnya menjejaskan imbangan pembayaran negara.
5. Mewujudkan monopoli
- Industri tempatan yang dilindungi melalui sekatan perdagangan akan cenderung untuk menjadi pengeluar monopoli dalam pasaran tempatan.
- Kewujudan kuasa monopoli dalam pasaran akan mendatangkan kesan yang negatif
terhadap ekonomi seperti kenaikan harga barang dan ketidakcekapan dalam agihan sumber ekonomi negara.
6. Ketidakcekapan dalam industri tempatan
- Industri tempatan yang dilindungi melalui dasar sekatan perdagangan antarabangsa cenderung untuk bergantung kepada kerajaan dan kurang berusaha untuk meningkatkan tahap kecekapan pengeluaran dan daya saing di peringkat antarabangsa.
- Kebergantungan yang berpanjangan ini akan mewujudkan ketidakcekapan dalam operasi pengeluaran dan agihan sumber negara.
Liberalisasi perdagangan
1. Liberalisasi perdagangan bermaksud tiada syarat pegangan atau sekatan dalam hubungan perdagangan antara sesebuah negara dengan negara yang lain.
2. Liberalisasi melibatkan kelonggaran dalam pegangan ekuiti asing, pengurangan tarif dan sekatan bukan tarif serta kemasukan tenaga buruh dan pelaburan langsung asing (FDI) dari luar ke dalam sesebuah negara.
Kebaikan liberalisasi perdagangan Keburukan liberalisasi perdagangan a. Interaksi dan transaksi antara negara-negara
yang terlibat akanmenjadi lebih intensif tanpa dibatasi oleg sebarang peraturan dan undang- undang.
b. Memudahkan aliran barang, perkhidmatan, dan sumber antara negara.
c. Mengurangkan kos pengeluaran,
meningkatkan skala pengeluaran, dan daya saing negara
d. Membolehkan penempatan sumber negara kepada dalam industri yang berpotensi untuk memperoleh keuntungan yang maksimum e. Meningkatkan jumlah keuntungan firma dan
kegiatan penyelidikan dan pembangunan
a. Ketidakupayaan industri tempatan untuk bersaing dengan pelabur asing yang memasuki pasaran tempatan tanpa sekatan.
b. Sekatan pelaburan yang diwujudkan oleh negara maju dalam industri berteknologi tinggi seperti industri automotif dan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
c. Kewujudan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang bersifat tidak adil dan biasanya merugikan negara sedang membangun.
d. Hasrat perkongsian kepakaran dan
yang pakar dalam jangka panjang.
f. Kemasukan pelaburan asing membantu merancakkan kadar pertumbuhan ekonomi negara terutamanya industri yang
berorientasikan eksport negara.
g. Mewujudkan persaingan yang sihat, menggalakkan usaha inovasi, dan
pemindahan teknologi untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran negara
h. Menjana lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan isi rumah.
negara maju tidak berlaku dengan sepenuhnya.
e. Pergantungan ekonomi negara terhadap pelaburan dan industri asing dari luar negara akan mengetepikan kepentingan dan kebajikan rakyat tempatan.
f. Kemunculan kuasa monopoli akan menentukan pelbagai syarat dan peraturan yang menguntungkan pemodal asing, tetapi boleh merugikan negara dan rakyat setempat.
6.2.6 Blok ekonomi dan Perjanjian Perdagangan Blok ekonomi
1. Blok ekonomi merujuk satu kumpulan negara yang terdiri daripada beberapa negara yang berada dalam rantau yang berhampiran untuk menjaga kepentingan ekonomi bersama-sama.
2. Blok ekonomi yeng terbesar di dunia merupakan Kesatuan Eropah (EU) Kesatuan Eropah (European Union, EU)
1. Kesatuan Eropah (EU) merupakan satu kesatuan antarabangsa yang dianggotai oleh kebanyakan negara di Eropah.
2. Bertujuan mengimbangi kekuatan ekonomi Amerika Syarikat dan Jepun yang sukar digugat oleh mana-mana negara pada masa itu.
3. Objektif penubuhan Kesatuan Eropah ialah:
a. Menghapuskan duti kastam dalam kalangan negara anggota b. Menggalakkan urusan perdagangan dijalankan secara bebas
c. Mewujudkan kebebasan aliran modal dalam kalangan negara anggota d. Menyelaraskan dasar kewangan dan fiskal dalam kalangan negara anggota e. Menggalakkan perkembangan aktiviti ekonomi antara negara anggota Perjanjian perdagangan
1. Perjanjian perdagangan merupakan perjanjian yang ditandatangani oleh dua atau lebih negara atas persetujuan bagi syarat sekatan perdagangan antarabangsa semasa menjalankan urus niaga antara negara.
2. Antara perjanjian perdagangan yang disertai oleh Malaysia
a. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (Asean Free Trade Area, AFTA)
- Perjanjian yang dibuat untuk pengeluaran tempatan semua negara-negara yang terlibat.
- Pada tahun 2017, AFTA terdiri daripada sepuluh buah negara ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Laos, Myanmar, dan Kemboja.
- Objektif utama perjanjian AFTA ialah:
i. Meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pangkalan pengeluaran dalam pasaran antarabangsa melalui penghapusan halangan tarif dan bukan tarif dalam kalangan ASEAN
ii. Menarik kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) dan teknologi baharu ke dalam ASEAN
iii. Mengembangkan jumlah perdagangan intra-ASEAN dan meluaskan pasaran ke luar negara.
iv. Persaingan menguasai pasaran yang terbuka dalam kalangan negara ASEAN akan meningkatkan mutu keluaran dan kecekapan pengeluaran
v. Skala pengeluaran yang besar akan memaksimumkan penggunaan input pengeluaran dan meningkatkan kecekapan pengeluaran.
- Mekanisme utama untuk mencapai matlamat AFTA adalah melalui CEPT yang menetapkan jadual berfasa pada tahun 1992 untuk meningkatkan daya saing rantau ASEAN supaya menjadi pangkalan pengeluar dunia.
b. Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan (General Agreement on Tariffs dan Trade, GATT)
- Malaysia adalah antara ahli WTO yang terawal kerana telah menjadi ahli dalam GATT sejak tahun 1957.
- Tujuan pembentukan GATT adalah untuk mencipta suatu suasana perdagangan antarabangsa yang harmoni dan sihat serta mempunyai liberalisasi perdagangan yang berlanjutan.
- Objektif utama GATT ialah mengurangkan halangan dalam hubungan perdagangan bebas dan menghapuskan diskriminasi dalam perdagangan antarabangsa.
- Hal ini bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup umat manusia, peluang pekerjaan, dan pemanfaatan bersama kekayaan alam dunia.
- GATT telah diwujudkan dengan penyertaan 23 buah negara pada tahun 1947 dan berpusat di Geneva.
- Pengurangan halangan perdagangan dalam pasaran eksport dan peningkatan peluang pasaran telah meningkatkan eksport negara.
- Salah satu daripada faedah utama yang dinikmati oleh Malaysia adalah layanan sama rata atas barangan di dalam pasaran negara ahli-ahli WTO yang lain.
2.2.7 Kesan Blok Ekonomi dan Perjanjian Perdagangan
Kesan positif blok ekonomi dan perjanjian perdagangan (A) Menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran
1. Menerusi perjanjian perdagangan, teknologi moden dan kepakaran dari negara maju dapat disalurkan untuk pembangunan ekonomi dan tingkat teknologi di negara sedang membangun.
2. Penduduk tempatan dapat mempelajari dan menguasai kaedah pengendalian teknologi yang baharu melalui latihan kemahiran dan pelbagai kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
(B) Peluasan pasaran
1. Penghapusan Dasar Perlindungan dan Sekatan Tarif (GATT), penghapusan stok penimbal, serta provokasi pasaran akan memberikan peluang kepada keluaran dari negara sedang membangun untuk menembusi pasaran negara maju dengan hak yang sama rata.
2. Ini memberikan kuasa mutlak kepada kuasa pasaran dalam urus niaga barang dan perkhidmatan.
3. Contohnya, pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) membolehkan barang dan perkhidmalan dari kalangan negara anggota ASEAN memasuki pasaran negara anggota yang lain dengan lebih mudah dan menikmati faedah pasaran secara bersama.
(C) Mobiliti modal dan tenaga kerja
1. Kerjasama blok ekonomi dan persefahaman perjanjian perdagangan telah menggalakkan pengaliran modal dan tenaga buruh mahir dan separa mahir secara bebas.
2. Pertambahan sumber modal dan tenaga buruh yang mahir akan meningkatkan daya saing dan daya pengeluaran yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara.
3. Contohnya, syarikat multinasional Malaysia seperti Top Glove, Public Bank Berhad, dan Petronas
(D) Peningkatan pelaburan langsung asing (FDI)
1. Kerjasama dan permuafakatan dengan negara yang maju akan membawa masuk pelaburan langsung asing dan teknologi baharu kepada negara sedang membangun yang kekurangan kepakaran dalam industri berteknologi tinggi (HITEC).
2. Penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengendalian kursus kemahiran yang moden telah membuka lebih banyak peluang kepada tenaga pekerja tempatan untuk
mempelajari dan menguasai teknologi yang terkini dan canggih.
3. Corak perniagaan yang moden seperti persidangan video, e-dagang dan e-perbankan membolehkan peniaga dan pengguna menjalankan urns niaga lebih cepat lancar..
4. Kadar pertumbuhan ekonomi negara yang pesat dan mampan akan menyumbang kepada peningkatan dalam pendapatan negara.
(E) Pertambahan peluang pekerjaan
1. Kemasukan pelabur asing dan pengaliran masuk modal yang banyak telah mernbawa pembangunan yang pesat kepada industri di negara membangun dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
2. Kadar pengangguran yang semakin berkurang telah membantu meningkatkan taraf hidup rakyat dan memutuskan lingkaran kemiskinan yang berlanjutan di negara sedang membangun.
3. Negara sedang membangun di Asia Pasifik seperti Malaysia, Thailand, Vietnam, dan China yang banyak menghasilkan keluaran industri telah memperoleh keuntungan melalui pengeluaran berskala besar, pengukuhan rangkaian pasaran, dan persaingan yang lebih sihat.
(F) Peningkatan daya saing negara dan kualiti barangan
1. Pembukaan pasaran perdagangan antarabangsa yang lebih luas dalam kalangan negara anggota membolehkan produk industri negara dipasarkan dengan meluas dan menguntungkan.
2. Peningkatan kecekapan pengeluaran akan meminimumkan kos pengeluaran, menawarkan barang pada harga yang lebih murah, dan pilihan barang yang lebih pelbagai.
(G) Perkongsian sumber tenaga dan bahan mentah
1. Negara yang tidak mempunyai bekalan tenaga yang mencukupi untuk menggerakkan sektor perindustrian dalam negara.
2. Negara yang maju dalam sektor perindustrian boleh membeli bahan mentah yang mencukupi dari negara sedang membangun yang terlibat dengan sektor pertanian dan perladangan.
3. Contohnya, Jepun dan negara di Eropah terpaksa bergantung kepada negara-negara Teluk dan negara-negara Asia yang lain untuk mendapatkan bekalan petroleum dan bahan mentah untuk pembangunan sektor perindustrian negara.
(H) Penjagaan alam sekitar
1. Negara-negara anggota blok ekonomi seperti ASEAN, APEC, dan EU telah mencapai persefahaman dalam urusan penjagaan alam sekitar secara kolektif, khususnya dalam
menangani masalah alam sekitar seperti pencemaran laut dan udara, jerebu, kesan runiah hijau, dan permasalahan marin.
2. Negara-negara anggota bermuafakat menjalankan usaha sama dalam membuat pengesanan, rondaan, kawal selia, pengawasan, dan pemuliharaan apabila berlaku masalah pengurusan dan penjagaan alam sekitar.
Kesan negatif blok ekonomi dan perjanjian perdagangan
1. Kebebasan aliran masuk keluar modal antarabangsa boleh menggugat kestabilan sistem kewangan negara anggota tanpa pengawalan yang sistematik.
2. Tindakan menarik keluar modal asing secara mendadak akan menyebabkan ekonomi sesebuah negara mengalami kegawatan dan operasi pengeluaran industri boleh tergugat.
3. Hal ini akan menyebabkan kadar pengangguran negara meningkat dan fenomena ketidakstabilan dalam pasaran ekuiti serta pertukaran asing.
(B) Tekanan ekonomi dan bebanan hidup golongan miskin
1. Dengan perjanijian perdagangan yang ditandatangani, ini akan membawa kepada penghapusan hak-hak keistimewaan dan subsidi kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik.
2. Tindakan ini akan menyebabkan peningkatan dalam harga barangan dan kos sara hidup rakyat tempatan yang semakin membebankan.
3. Isi rumah terpaksa berhadapan dengan masalah inflasi berikutan kejatuhan kadar upah, kejatuhan dalam kutipan hasil cukai kerajaan dan akhirnya akan menggugat kedudukan kewangan kerajaan.
(C) Corak penjajahan baharu ekonomi
1. Dasar ekonomi negara yang terbuka mudah membawa kepada kemunculan kuasa monopoli ekonomi dalam sesebuah negara.
2. Contohnya, kuasa monopoli syarikat gergasi dalam sektor kewangan tempatan dan kawalan operasi ekonomi oleh pelabur asing yang menjaga kepentingan diri.
3. Sumber kekayaan ekonomi terutamanya di negara sedang membangun akan dikuasai oleh dana asing yang mengutamakan keuntungan maksimum semata-semata tanpa mengambil kira
kebajikan golongan yang kurang kemampuan.
4. Syarikat multinasional asing cenderung mengeksploitasi tenaga pekerja tempatan dengan kadar upah yang lebih rendah dengan beban kerja yang banyak.
5. Wujud kuasa monopoli banj perdagangan tempatan oleh syarikat gergasi dan kawalan ekonomi oleh pelabur asing bagi menjaga kepentingan masing-masing.
(D) Masalah lambakan barang
1. Lambakan merupakan aktiviti menjual sesuatu barang di negara asing dengan harga yang lebih rendah, bertujuan untuk menghabiskan lebihan penawaran dalam negeri atau mengusir pesaing dan mewujudkan kuasa monopoli di pasaran dunia.
2. Wujudnya lambakan barang import yang dijual dengan harga rendah dan kurang berkualiti.
3. Tindakan lambakan akan menjejaskan industri muda tempatan, peluang pekerjaan penduduk, pendapatan isi rumah dan juga pendapatan negara.
4. Contohnya, produk keluaran China, Indonesia, dan Thailand yang lebih murah harganya sering menjadi pilihan penduduk Malaysia berbanding dengan barangan buatan tempatan.
(E) Ancaman kepada industri muda tempatan
1. Penghapusan dasar perlindungan terhadap keluaran tempatan akan menyebabkan pengeluar tempatan terpaksa bersaing dengan barangan dari luar negara.
2. Tindakan penggabungan dan pengambilalihan oleh syarikat multinasional akan menyebabkan syarikat atau industri tempatan yang kecil dan sederhana (IKS) menghadapi ancaman kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat besar dari luar negara.
3. Contohnya, dalam industri automotif, teknologi maklumat dan pengeluaran ubat-ubatan yang dikuasai oleh negara maju melalui tingkat teknologi dan ekonomi bidangan/berskala besar.
(F) Pencemaran terhadap budaya tempatan
1. Budaya luar yang tidak sesuai dengan budaya setempat dapat disebarkan melalui internet dan
2. Generasi muda senang terikut-ikut sehingga menyebabkan nilai dan budaya tempatan yang murni terhakis dan seterusnya membawa kepada keruntuhan akhlak dalam kalangan anak tempatan.