• Tidak ada hasil yang ditemukan

EKONOMI MALAYSIA STPM 944/3 KERTAS 3. (Satu jam)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "EKONOMI MALAYSIA STPM 944/3 KERTAS 3. (Satu jam)"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

STPM

944/3

Arahan kepada calon:

Jawab lima soalan dalam Bahagian A dan satu soalan dalam Bahagian B.

Gunakan helaian jawapan yang berasingan bagi tiap-tiap Bahagian A dan B.

Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda sehingga dua tempat perpuluhan.

Markah untuk soalan atau bahagian soalan dalam Bahagian A dan B diberikan dalam tanda kurung [ ].Markah untuk soalan atau bahagian soalan dalam Bahagian B dan C diberikan dalam tanda kurung [ ].

KERTAS 3

(Satu jam)

EKONOMI MALAYSIA

KERTAS MODEL SET 1

(2)

Bahagian A [30 markah]

Jawab lima soalan sahaja.

1

Situasi ini terjadi apabila pekerja secara sukarela berhenti bekerja untuk mencari pekerjaan yang lebih baik dan ini hanya berlaku dalam jangka pendek sahaja.

(a) Nyatakan masalah dan jenis situasi yang dinyatakan di atas. [2]

(b) Selain mencari pekerjaan yang lebih baik, berikan dua sebab situasi di atas boleh

berlaku. [2]

(c) Jelaskan kesan situasi di atas kepada buruh. [2]

2 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan inflasi tarikan permintaan? [2]

(b) Terangkan dua sebab berlakunya inflasi tarikan permintaan. [4]

3 Huraikan akaun-akaun yang membentuk imbangan akaun semasa di Malaysia. [6]

4 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan tarif? Nyatakan jenis-jenisnya. [3]

(b) Selain tarif, terangkan tiga bentuk dasar perlindungan perdagangan antarabangsa yang

diamalkan oleh negara membangun. [3]

5 Terangkan ciri Perusahaan Kecil dan Sederhana dari aspek yang berikut:

(a) Jenis keluaran [2]

(b) Modal [2]

(c) Teknologi pengeluaran [2]

6 (a) Nyatakan dua fungsi utama agensi pembangunan wilayah ditubuhkan. [2]

(b) Berikan empat contoh agensi pembangunan wilayah di Malaysia. [4]

(3)

Bahagian B [10 markah]

Jawab satu soalan sahaja.

7 Jadual di bawah menunjukkan data tenaga buruh, guna tenaga dan penggunaan tenaga buruh untuk tiga sektor yang terpilih dari tahun 2013 sehingga tahun 2016.

Tahun 2013 2014 2015 2016

Tenaga buruh (‘000 orang) 13 980.5 14 263.6 14 518.0 14 617.0 Guna Tenaga

(‘000 orang)

Jumlah 13 545.4 13 852.6 14 067.7 14 115.4

Pertanian, perhutanan dan perikanan

1 758.9 1 694.2 1 753.9 1 567.2

Pembuatan 2 315.8 2 372.5 2 322.7 2 346.2

Perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan

motosikal

2 261.4 2 324.4 2 361.4 2 467.7

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia 2016 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kadar penyertaan tenaga buruh? [1]

(b) Hitung kadar pengangguran dari tahun 2013 sehingga tahun 2016. [4]

(c) Hitung kadar penyertaan tenaga buruh dalam setiap sektor terpilih dalam jadual di atas

pada tahun 2015 dan tahun 2016. [3]

(d) Berdasarkan jawapan pada (c), berikan rumusan anda. [2]

8 Jadual di bawah menunjukkan data yang dipetik daripada imbangan akaun semasa Malaysia dari tahun 2014 sehingga tahun 2016.

Butiran 2014 (RM juta) 2015 (RM juta) 2016 (RM juta) Barangan

Perkhidmatan Pampasan pekerja Pendapatan pelaburan Pendapatan sekunder

113 327 –10 706 –4 902 –31 722 –17 443

109 550 –20 985 –5 595 –26 416 –21 896

101 188 –22 550 –5 684 –29 061 –18 724 Sumber: Laporan Bank Negara Malaysia (a) Apakah yang dimaksudkan dengan akaun semasa? [1]

(b) Berikan dua sebab mengapa butiran perkhidmatan bernilai negatif. [2]

(c) Berikan dua sebab mengapa butiran pendapatan primer bernilai negatif. [2]

(d) Hitung imbangan akaun semasa dari tahun 2014 sehingga tahun 2016. [3]

(e) Berdasarkan jawapan pada (d), berikan rumusan anda. [2]

(4)

Jawapan Cadangan

Bahagian A

1 (a) Masalah pengangguran dan jenisnya ialah pengangguran geseran.

(b) Sebab berlakunya pengangguran geseran:

• Tiada maklumat tentang peluang pekerjaan

• Pekerja kurang mobiliti

• Majikan mengambil masa yang lama untuk memilih pekerja yang sesuai (c) Kesan pengangguran geseran kepada buruh:

• Buruh hilang keyakinan diri

• Buruh hilang kemahiran/kepakaran yang dimiliki

• Mungkin mewujudkan masalah sosial seperti merompak dan mencuri kerana tiada pendapatan 2 (a) Inflasi tarikan permintaan merujuk kepada kenaikan tingkat harga umum secara berterusan dan

tidak terbatas disebabkan oleh kenaikan/lebihan dalam permintaan agregat berbanding dengan jumlah barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam ekonomi pada masa tertentu.

(b) Sebab berlakunya inflasi tarikan permintaan:

Pertambahan dalam permintaan agregat (AD)

Apabila berlaku kenaikan dalam komponen permintaan agregat, iaitu kenaikan dalam perbelanjaan penggunaan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan, atau eksport, keluk permintaan agregat akan beralih ke kanan. Jika penawaran agregat tidak dapat ditambah kerana ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh, maka harga akan meningkat dan inflasi tarikan permintaan berlaku.

Pertambahan dalam bekalan wang (MS)

Apabila berlaku pertambahan dalam bekalan wang, kadar bunga akan turun. Kesannya, pelaburan akan bertambah dan ini menyebabkan keluk permintaan agregat beralih ke kanan.

Jika penawaran agregat tidak dapat ditambah kerana ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh, maka harga akan meningkat dan inflasi tarikan permintaan berlaku.

Penurunan dalam cukai (T)

Penurunan dalam cukai menyebabkan pendapatan boleh guna meningkat. Kesannya, penggunaan akan meningkat dan keluk permintaan agregat beralih ke kanan. Jika penawaran agregat tidak dapat ditambah kerana ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh, maka harga akan meningkat dan inflasi tarikan permintaan berlaku.

3 Akaun yang membentuk imbangan akaun semasa di Malaysia terdiri daripada akaun dagangan, akaun perkhidmatan, akaun pendapatan, dan akaun pindahan semasa.

Akaun dagangan (akaun barangan) merekodkan semua urus niaga eksport dan import barang nampak. Contohnya, hasil pertanian dan barang perkilangan.

Akaun dagangan = Eksport barang nampak – Import barang nampak.

Akaun perkhidmatan merekodkan semua urus niaga eksport dan import barang tak nampak.

Contohnya, pengangkutan dan perjalanan.

Akaun perkhidmatan = Eksport barang tak nampak – Import barang tak nampak.

Akaun pendapatan primer (akaun pendapatan) merekodkan penerimaan dan pembayaran kepada pekerja dan pelabur, iaitu pampasan pekerja dan pendapatan pelaburan. Pendapatan pelaburan terdiri daripada pendapatan pelaburan langsung, pendapatan pelaburan portfolio, dan pendapatan pelaburan lain.

(5)

Akaun pendapatan sekunder (akaun pindahan semasa) merekodkan bayaran pindahan yang dibuat oleh kerajaan dan swasta. Pendapatan sekunder meliputi transaksi ekonomi yang tidak berbalas, iaitu sumber dibekalkan tanpa menerima balasan yang mempunyai nilai ekonomi. Contohnya, pindahan kerajaan seperti bantuan ekonomi dan ketenteraan serta pindahan swasta seperti kiriman individu.

Imbangan akaun semasa

= Imbangan akaun dagangan + Imbangan akaun perkhidmatan + Imbangan akaun pendapatan primer + Imbangan akaun pendapatan sekunder

Nota: Komponen imbangan akaun semasa di atas adalah berdasarkan Manual Imbangan Pembayaran Edisi Keenam.

4 (a) Tarif ialah cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap aktiviti import sesebuah negara dengan negara lain dalam perdagangan antarabangsa. Terdapat dua jenis tarif, iaitu:

• Tarif ad-valorem, iaitu tarif yang dikenakan berdasarkan nilai barang yang diimport.

• Tarif spesifik, iaitu tarif yang dikenakan berdasarkan kuantiti barang yang diimport.

(b) Bentuk dasar perlindungan perdagangan antarabangsa yang diamalkan oleh negara membangun:

Kuota

Kuota ialah had kuantiti maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan terhadap barang dan perkhidmatan yang boleh diimport untuk tempoh masa tertentu. Kuota membolehkan persaingan antara barang tempatan dengan barang import dapat dikurangkan.

Kawalan pertukaran asing

Bank pusat boleh menurunkan nilai mata wang negaranya untuk menggalakkan eksport dan mengurangkan import. Tindakan ini akan menyebabkan permintaan terhadap barang tempatan dan eksport bertambah. Keadaan ini dapat meningkatkan pengeluaran barang tempatan.

Subsidi eksport

Subsidi eksport ialah bantuan kewangan kerajaan kepada pengeluar atau pengeksport. Subsidi eksport akan menyebabkan kos pengeluaran menjadi rendah dan harga eksport lebih murah.

Tindakan ini akan mengakibatkan permintaan terhadap eksport meningkat.

5 Ciri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dari aspek:

(a) Jenis keluaran

Keluaran PKS dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu barang pengguna dan barang kilang.

Barang pengguna yang dihasilkan adalah untuk memenuhi keperluan harian pengguna seperti makanan dan tekstil. Barang kilang ialah barang yang dihasilkan untuk menyokong industri besar seperti nat dan skru.

(b) Modal

Modal yang dimiliki oleh kebanyakan PKS adalah kecil dan sederhana. PKS menghadapi masalah kekurangan modal kerana kesukaran untuk mendapat pinjaman dari bank. Sebahagian besar modalnya disumbangkan oleh rakan kongsi dan tabungan sendiri.

(c) Teknologi pengeluaran

Tahap teknologi dalam pengeluaran PKS adalah rendah. Hal ini demikian kerana PKS menggunakan kaedah intensif buruh dan kurang menggunakan mesin. Hasil sumbangan buruh lebih rendah daripada sumbangan mesin.

6 (a) Fungsi utama agensi pembangunan wilayah ditubuhkan:

• Meningkatkan pendapatan penduduk desa

• Mewujudkan penduduk desa yang terlibat dengan keusahawanan

• Mewujudkan masyarakat berilmu dan berkemahiran

(6)

(b) Contoh agensi pembangunan wilayah di Malaysia:

• Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

• Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

• Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

• Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

• Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

• Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

• Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

• Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

Bahagian B

7 (a) Kadar penyertaan tenaga buruh ialah peratus penglibatan tenaga buruh yang berumur 15 hingga 64 tahun dalam proses pengeluaran.

(b) Kadar pengangguran = Tenaga buruh – Guna tenaga Tenaga buruh × 100 Tahun Kadar Pengangguran (%)

2013 13 980.5 – 13 545.4

13 980.5 × 100 = 3.11

2014 2.88

2015 3.10

2016 3.43

(c) Kadar penyertaan tenaga buruh = Guna tenaga sektor X Tenaga buruh × 100

Tahun

Kadar penyertaan tenaga buruh (%) Pertanian,

Perhutanan dan

Perikanan Pembuatan Perdagangan Borong dan Runcit, Pembaikan Kenderaan

Bermotor dan Motosikal

2015 12.08 16.00 16.27

2016 10.72 16.05 16.88

(d) Kadar penyertaan tenaga buruh dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan semakin merosot daripada 12.08% pada tahun 2015 kepada 10.72% pada tahun 2016.

Kadar penyertaan tenaga buruh dalam sektor pembuatan semakin meningkat daripada 16%

pada tahun 2015 kepada 16.05% pada tahun 2016.

Kadar penyertaan tenaga buruh dalam sektor perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal semakin meningkat daripada 16.27% pada tahun 2015 kepada 16.88% pada tahun 2016.

8 (a) Akaun semasa ialah akaun yang mencatatkan semua urus niaga barang, perkhidmatan, pendapatan dan bayaran pindahan antara sesebuah negara dengan negara-negara lain.

(b) Sebab butiran perkhidmatan bernilai negatif:

• Penggunaan pengangkutan negara asing melebihi penggunaan pengangkutan tempatan.

• Penggunaan insurans negara asing melebihi penggunaan insurans tempatan.

(c) Sebab butiran pendapatan primer bernilai negatif:

• Pampasan yang diterima oleh warga asing yang bekerja di dalam negara melebihi pampasan yang diterima oleh pekerja tempatan yang bekerja di luar negara.

(7)

• Pendapatan keuntungan pelabur asing yang melabur di dalam negara melebihi pendapatan keuntungan pelabur tempatan yang melabur di luar negara.

(d) Imbangan akaun semasa

= Barangan + Perkhidmatan + Pendapatan primer + Pendapatan sekunder

= Barangan + Perkhidmatan + (Pampasan pekerja + Pendapatan pelaburan) + Pendapatan sekunder

Butiran 2014

(RM juta) 2015

(RM juta) 2016

(RM juta)

Barangan 113 327 109 550 101 188

Perkhidmatan –10 706 –20 985 –22 550

Pendapatan primer

• Pampasan pekerja

• Pendapatan pelaburan

–36 624 –4 902 –31 722

–32 011 –5 595 –26 416

–34 745 –5 684 –29 061

Pendapatan sekunder –17 443 –21 896 –18 724

Akaun semasa 48 554 34 658 25 169

(e) Imbangan akaun semasa Malaysia semakin merosot dalam tempoh 2014 hingga 2016, iaitu daripada RM48 554 juta pada tahun 2014 kepada RM34 658 juta pada tahun 2015, dan kepada RM25 169 juta pada tahun 2016.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini bertujuan untuk mengukur tingkat ekspresi protein dan mRNA RNA2 penyandi coat protein (CP) virus viral nervous necrosis (VNN) yang dikendalikan oleh dua

JASA PENGUJIAN DALAM RANGKA PERSYARATAN IZIN TANDA PABRIK DAN IZIN TIPE ALAT UKUR, TAKAR, TIMBANG DAN PERLENGKAPANNYA.. Pengujian Dalam Rangka Persyaratan Izin Tanda

Dalam situasi formal terdapat persamaan ucapan selamat yang dituturkan oleh responden Jerman dan responden Indonesia. Dari jawaban responden Jerman didapati ungkapan

Materi yang disajikan pada sumber belajar tipe tutorial yang dikembangkan adalah bangun ruang sisi datar yang merupakan materi yang disampaikan di SMP pada kelas

Pengenaan tarif akan menyebabkan harga barang import meningkat dan secara relatif menjadi lebih mahal berbanding dengan barang keluaran tempatan sesebuah negara.. Tarif

Berdasarkan hasil analisis ini, dapat diterka bahwa tidak lagi terdapat attack yang efisien terhadap twofish selain brute force., yaitu attack yang paling efisien

Dalam menyusun social marketing, tahap awal yang dilakukan oleh EH Jogja yaitu menentukan tujuan. Tujuan dilakukannya social marketing kampanye “Switch Off” yaitu untuk

TENTANG : JENIS DAN TARIF ATAS JENIS PENERIMAAN NEGARA BUKAN PAJAK YANG BERLAKU PADA LEMBAGA ADMINISTRASI NEGARA.. JENIS DAN TARIF ATAS JENIS PENERIMAAN NEGARA