• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bahagian Balaghah. Balaghah membicarakan tentang tiga aspek ilmu.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bahagian Balaghah. Balaghah membicarakan tentang tiga aspek ilmu."

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

16

َ اَ لَ ب

َ ل

َ غَ ة

:

Bahagian Balaghah

Balaghah membicarakan tentang tiga aspek ilmu. i. Ilmu Ma`ani (

ِناَعَمْلا ُمْلِع

)

ii. Ilmu Bayan (

ِناَيَ بْلا ُمْلِع

) iii. Ilmu Badi` (

ِعيِدَبْلا ُمْلِع

)

Ilmu Ma`ani ialah ilmu yang membicarakan tentang bagaimana yang dikatakan “menggunakan

lafaz yang sesuai mengikut keadaan atau konteks perbicaraan”. Oleh itu ia membincangkan

tentang sifat-sifat ayat (jumlah) yang digunakan oleh penutur iaitu sifat jumlah khabariyah,

jumlah insyaaiyah, jumlah ismiyyah dan jumlah fi`liyyah. Termasuk sifat itu ialah hal-hal yang

berlaku kepada elemen ayat seperti hal yang berlaku kepada mubtada, khabar, fi`il, fa`il, maf`ul dan sebagainya. Setiap sifat, keadaan atau hal yang berlaku kepada elemen ayat akan memberi kesan kepada makna ayat secara keseluruhannya. Dengan kata lain ada hikmah yang tersembunyi di sebalik sifat-sifat yang berlaku kepada elemen ayat tersebut. Jika nahu membicangkan bagaimana menyusun ayat dengan betul maka balaghah membincangkan tentang hikmah disebalik susunan-susunan yang betul itu. Contoh keadaan, hal atau sifat elemen ayat yang dimaksudkan ialah:

a) Hazaf (

ف

ْذ

َح

) iaitu apabila mana-mana elemen penting ayat dihazafkan atau tidak disebut.

b) Zikr (

ر

ْك

ِذ

) iaitu apabila elemen ayat disebut walaupun jika tidak disebut sudahpun difahami.

c) Taqdim (

ي

ِد

َ ت ْق

) iaitu mendahulukan perletakkan elemen ayat tertentu seperti mendahulukan maf`ul daripada fi`il atau kata kerjanyanya.

d) Ta`khir (

ي

ِخ

َت ْأ

) iaitu melewatkan perletakkan elemen ayat yang tertentu kerana tujuan tertentu seperti mempertimbangkan wazan syair.

e) Ta`rif (

فيِرْع

َ ت

) iaitu menjadikan elemen ayat berbentuk khas kerana tujuan tertentu seperti menyebut fa`il dengan namanya berkali-kali supaya pendengar merasai kehadirannya. f) Tankir (

يِكْن

َ ت

) iaitu menjadikan elemen ayat berbentuk am kerana tujuan tertentu seperti

(2)

17

g) Itlaq (

قَلاْطإ

) iaitu hanya menyebut musnad (khabar atau fi`il) dan musnad ilaih (mubtada` atau fa`il) tanpa menambahkan apa-apa sifat kepada keduanya supaya kefahamannya lebih luas serta umum tanpa ada pembatasan yang tertentu.

h) Taqyid (

ديِيْقَ ت

) iaitu menambahkan keterangan atau sifat untuk musnad (khabar atau fi`il) dan musnad ilaih (mubtada` atau fa`il) untuk tujuan-tujuan pembatasan yang tertentu. i) Qasar (

رْصَق

) iaitu menjadikan elemen ayat bermakna khusus dengan cara-cara yang

tertentu seperti penggunaan kata tugas tertentu seperti nafi, istisna, ataf dan sebagainya atau melalui susunan ayat di luar kaedahnya yang asal seperti taqdiim maa haqquhu

ta`khir.

j) Ijaz (

زاَيجِإ

) iaitu menggunakan ungkapan yang pendek tetapi dapat memenuhi maksud atau tujuan yang hendak disampaikan samada ijaz hazf iaitu membuang kalimah tertentu untuk meringankan sebutan atau ijaz qisar iaitu menggunakan ungkapan pendek tetapi mengandungi maksud yang luas.

k) Itnab (

باَنْطِإ

) iaitu menggunakan ungkapan yang panjang melebihi apa yang dikehendaki tetapi berfaedah untuk menambahkan makna tertentu seperti kelazatan berbicara dan sebagainya.

l) Musawah (

ةاَواَسُم

) iaitu iaitu menggunakan ungkapan yang biasa dipakai oleh orang kebiasaan. Ianya tidak sampai ke peringkat balaghah yang dikatakan tinggi dan tidak juga ke peringkat ajz yang terlalu rendah dan tidak boleh difahami.

Ilmu Bayan ialah ilmu yang membicarakan tentang penggunaan ungkapan yang simbolik dalam percakapan atau penulisan. Simbolik yang dimaksudkan ialah penggunaan perkara-perkara berikut:

i. Tashbih (

هيَبْشَت

) ii. Majaz (

زاََمَ

) iii. Kinayah (

ةَياَنِك

)

(3)

18

Tashbih dari segi bahasa bermakna penyamaan. Iaitu menyamakan sesuatu dengan sesuatu seperti menyamakan Zaid dengan singa dari segi keberanian. Jika ditulis dalam bentuk ayat maka kita akan mengatakan “Zaid seperti singa kerana keberaniannya”. Oleh itu tashbih mempunyai empat rukun atau elemen iaitu

i. Zaid yang dinamakan mushabbah, ii. seperti yang dinamakan alat tashbih, iii. singa yang dinamakan mushabbah bihi dan

iv. keberanian yang dinamakan wajh tashbih (sebab penyamaan).

Setiap satu daripada elemen tashbih akan terdedah kepada keadaan tertentu yang mempengaruhi nilai kebalaghahan sesuatu ayat. Contohnya ayat yang tidak menyebut alat tashbih lebih tinggi nilainya daripada yang memiliki alat tashbih. Oleh itu ayat seperti Zaid singa adalah lebih tinggi daripada Zaid seperti singa. Kadang-kadang mushabbah (Zaid) tidak disebut dalam teks tetapi yang disebut hanyalah mushabbah bihi (singa). Contohnya kita mengatakan “Singa telah

bercakap” sedangkan kita maksudkan Zaid kerana sememangnya singa tidak boleh bercakap.

Begitu juga kadang-kadang wajh tashbih disebut dalam teks dan kadang-kadang tidak disebut. Semua ini mempunyai tujuan di sebalik kenapa dipilih bentuk yang sedemikian rupa dan ianya sudah tentu mempengaruhi nilai ketinggian makna sesuatu ayat.

Majaz dari segi bahasa bererti melampaui. Dalam konteks ilmu Bayan ia dikatakan melampaui maknanya yang hakiki sehingga tidak memakainya lagi malah mengambil makna yang lain. Dengan kata lain, majaz bukan menggunakan makna hakiki malah sebaliknya menggunakan makna yang tidak hakiki. Walaupun menggunakan makna yang tidak hakiki tetapi kedua-duanya mempunyai kaitan antara satu sama lain dari pelbagai sudut. Al-Quran juga menggunakan majaz. Misalnya dalam surah Al Baqarah, ayat 19 Al-Quran menggunakan perkataan

ُعِباَصَأ

jari-jari untuk

ُلِماَنَأ

hujung-hujung jari. Oleh itu

ُعِباَصَأ

bukan digunakan mengikut maknanya yang asal (hakiki). Jika beginilah keadaannya maka lafaz

ُعِباَصَأ

dikatakan lafaz majaz, bukan hakiki. Lafaz majaz banyak digunakan dalam kalam Arab. Pemilihan lafaz majaz sudah tentu mempunyai tujuan yang tertentu dan bukan secara kebetulan.

Majaz mempunyai banyak jenis. Ada yang melibatkan mufrad iaitu satu kalimah. Ada yang melibatkan bukan kalimah mufrad:

(4)

19

i. Majaz Musta`ar (

راَعَ تْسُم زاََمَ

) atau Istia`rah (

ةَراَعِتْسِا

) – Ia dikatakan istia`rah jika kita mempertimbangkan hubungan antara makna hakiki dan makna majazi secara

mushabahah iaitu kesamaan. Istia`arah berlaku kepada ketiga-tiga elemen

kalimah iaitu isim, fi`il dan juga harf. Ia mempunyai pembahagian seperti

isti`arah tasrihiyyah, makniyyah, asliyyah, tab`iyyah, murasyyiyah dan mujarradah. Tajuk tentang istia`arah adalah tajuk yang paling penting di

kalangan majaz-majaz yang lain. Ia mendapat perhatian yang besar di kalangan

bulagha (mereka yang ahli dalam balaghah) semenjak dahulu kala, semenjak

zaman Imra`u l-Qais.

ii. Majaz Mursal (

لَسْرُم زاََمَ

) – Ia dikatakan majaz mursal jika kita mempertimbangkan hubungan antara makna hakiki dan makna majazi bukan secara mushabahah, mungkin kerana faktor tempat, sebab, hal, juzuk, kull dsb. Majaz bukan mufrad terbahagi kepada dua:

i. Majaz Murakkab (

بَّكَرُم زاََمَ

) – Ia dikatakan majaz murakkab jika ia melibatkan ayat, bukan kalimah berasingan seperti majaz-majaz di atas. Sebagaimana yang diketahui bahawa ayat terdiri daripada jumlah khabariyah dan jumlah insya`iyyah. Jika dalam teks asal ayat adalah jumlah khabariyyah tetapi apa yang dimaksudkan adalah bukan jumlah khabariyyah tetapi jumlah insya`iyyah atau sebaliknya maka ayat itu dinamakan majaz murakkab dengan syarat bahawa kedua-duanya mempunyai hubungan muasyabahah atau kesamaan.

ii. Majaz Aqli (

يِلْقَع زاََمَ

) – Ia dikatakan majaz murakkab jika ia melibatkan jumlah

fi`liyyah iaitu hubungan antara fi`il, fa`il dan naib fa`il iaitu adakah hubungan itu

secara hakiki atau majazi. Misalnya Kerajaan membina jambatan ialah majaz aqli kerana hubungan antara kerajaan dan membina bukan hubungan hakiki kerana yang sebenarnya membina jambatan ialah pekerja bukan kerajaan, kerajaan hanya kuasa yang mengarahkan. Selain berlaku kepada jumlah fi1liyyah majaz aqli juga berlaku kepada kata nama yang mempunyai kuasa kata kerja seperti isim fa`il dan isim maf`ul.

Kinayah dari segi bahasa bererti kenyataan yang tidak langsung. Dalam ilmu Balagahah ia seumpama majaz iaitu menggunakan ungkapan dengan maksudnya yang bukan hakiki. Namun ada perbezaan antara majaz dan kinayah kerana majaz sama sekali tidak menoleh kepada makna hakikinya. Makna hakikinya tidak lagi dipakai. Manakala kinayah boleh memakai kedua-dua maknanya yang hakiki dan majazi. Ertinya maksud ayat tidak akan rosak sekalipun menggunakan makna hakiki dan makna majazi.

Kesemua ilmu ini bergantung pula kepada kefasihan kalimah dan juga kefasihan kalam (

ةَحاَصَف

).

Kalimah yang fasih ialah kalimah yang bebas daripada kepincangan-kepincangan berikut.

i. Tanafur Huruf (

ِفو

ُرُْلْا ُرُ فاَن

َ ت

) – Susunan huruf yang berbelit menyebabkan sukar

(5)

20

ii. Mukhalafah Qiyas (

ِ اَيِقْلا ُةَةَلا

َُم

) – Bentuk kalimah yang bercanggahan dengan

kaedah saraf.

iii. Gharabah (

ُةَباَرَغْل

َا

) – kalimah yang terlalu asing sehingga maknanya tidak berapa dikenali.

Kalam yang fasih ialah kalam yang bebas daripada kepincangan-kepincangan berikut.

i. Tanafur Kalimah (

ِتاَمِلَك

ْلا ُرُ فاَن

َ ت

) – Susunan kalimah yang berbelit-belit dalam ayat

menyebabkan sukar untuk dilafazkan.

ii. Dhaf T`alif (

ِفيِلْأَّتلا ُفْع

َض

) – Ayat yang menyalahi kaedah nahu.

iii. Ta`qid (

ُديِقْعَّ تل

َا

) – Ayat yang sukar difahami kerana maknanya tidak jelas seperti terlalu banyak menggunakan majaz, kinayah dsb.

Ilmu Badi` ialah ilmu untuk mengenal bentuk-bentuk luaran ayat yang dikatakan indah. Jika ilmu ma`ani dan ilmu bayan membicara tentang perkara-perkara dalaman ayat maka ilmu badi` membicara tentang perkara luaran ayat yang berfungsi menjadikannya bertambah indah. Ia terbahagi kepada dua:

i. Faktor yang mengindahkan ayat dari sudut makna (

ةَّيِيَنْعَم تاَنَس

َُم

) ii. Faktor yang mengindahkan ayat dari sudut lafaz (

ةَّي

ِظْة

َل

تاَنَس

َُم

)

ِف

ْلا

َب ْس

َم َل ِة

َط

ِئا َة

ة

ِم

ْن

ُ ف ُن

ِني

ْلا

َب َلا

َغ ِة

:

آ

َا

َْل ْو

َل

ِف

ُم َ ت

َع َّل

ِق

"

ِب

ْس

ِم

ِللا

"

َأ ْن

َي

ُك

َني

ِف

ْع

الا

ُم

َض

ِرا

اع

َِل ا

َّن ُه

َْلا

ْص

ُل

ِف

ْلا

َع َم

ِل

َو

َّتلا

َم

س

ُك

ِب

َْلا

ْص

ِل

َأ ْو

َل

َو

َِل

َّن ُه

ُي ِة

ُدي

َّتلا

َج

د

َد

ْسلاا

ِت ْم َ

ر ِرا

َّي

َو ِإ

ََّنّ

ُح ا

ِذ

َف

ِل

َك ْ ث

َر ِة

َد َو َ

ر

ِنا

ْلا

ُم َ ت

َع َّل

ِق

ِب

ِه

َع َل

َْلا ى

ْل

ِس

َن ِة

َو ِإ

َذ

َك ا

َنا

ْلا

ُم َ ت

َع َّل

ُق

ِب ِه

اْسا

َف ا

ِإ َّن

ُه

ُي ِة

ُدي

َّدلا

ُْي

َمي َة

َو ثلا

ُب

ُتي

َك َأ

ََّنّ

ْبلاا ا

ِت َد

ُءا

ِب

ْسا

ِم

ِللا

َح ْت

م

َد ِئا

م

ِف

ُك

َل

َم

َُنّ ا

ِرا

ُس ُه

ِم

ْن

َع َم

ل

َو ُ ن َر

َد ُد

ُه ِم

ْن

َ ق ْي

ل

.

ب

-

َا ِْل

َيج

ُزا

ِب ِإ

َض

َفا ِة

ْلا

َع ِما

ِإ

َل

َْْا

ِصا

َو ُي

َس

َّم

ِإ ى

َيج

َزا

ِق

َص

ر.

ح

-

هب ناعتسلماو ينعتسلما ينب لصي طابتراب اههيبشتل ةيعبت ةينكم ةراعتسا ملاكلا ف نيكيف ةناعتسلال ءابلا انلعج اذإ

مَ ملاكلا ف نيكيف قاصللال ءابلا انلعج اذإو

ع زا

يأ ديزب تررم ينح ةيللمحا هتقلا

بم

لا هنم برقي ناك

ب

.هسةن ديز

(6)

21

Syarah

Pengarang telah mengumpulkan sebanyak 3 nokhtah penting berkenaan dengan balaghah yang terkandung dalam ungkapan

ِميِحَّرلا

ِن

مْحَّرلا

للا

ِمْسِب

(basmalah).

1- Berkenaan dengan mutallaq

ِللا

ِم

ْس

ِب

ِب

ْس

ِم

ِللا

adalah frasa jar-majrur di mana huruf ba adalah jar manakala

ِللا ِمْس

ا majrur. Setiap jar-majrur mesti berhubung dengan kata kerja atau beberapa jenis kata nama seperti isim fa`il, isim maf`ul, masdar dan seumpamanya yang boleh beramal seperti kata kerja. Dalam istilah nahu kata kerja atau kata nama yang menjadi pemilik kepada jar-majrur ini dipanggil mutallaq (

قَّلَعَ تُم

).

Menurut pengarang, frasa kata sendi

ِللا

ِم

ْس

ِب

mempunyai dua mutallaq iaitu samada kata kerja mudhari atau kata nama. Namun jika diberi pilihan maka kata kerja mudharilah yang lebih aula dipilih sebagai mutallaqnya. Ada dua sebab mengapa aula memilih kata kerja.

a. Kerana kata kerja atau fi`il dikatakan asal amil (

ل

ِما

َع

). Ini disebabkan semua kata kerja tiada yang tidak beramal. Contohnya semua kata kerja berperanan merafa`kan fa`il atau naib fa`il. Sebaliknya tidak semua isim dapat menjadi amil. Jika menjadi amil sekalipun ia terdedah pula kepada syarat-syarat tertentu, tidak sebagaimana kata kerja yang berfungsi tanpa syarat.

b. Kata kerja mudhari` mempunyai unsur tajaddud istimrari (sentiasa baru). Ini bersesuaian dengan perbuatan manusia yang sentiasa melakukan perbuatan dan memerlukan pertautan dengan Allah SWT.

Walau bagaimanapun muallaq

ِللا

ِم

ْس

ِب

ini dihazafkan kerana mempertimbangkan ungkapan manusia yang banyak sesuai dengan pekerjaan yang dilakukannya ketika itu seperti

ُأ

َأ ْ ق َر

Saya membaca,

ُأ

َأ ْب َد

Saya mula,

ي

َأ ْ ت ُل

Saya mentilawahkan dan sebagainya.

Jika kita memilih isim atau kata nama sebagai muallaq

ِللا

ِم

ْس

ِب

maka ayat itu akan menghasilkan dua kelebihan.

a. Subut (

تيُبُ ث

). Ini kerana jika ayat bermula dengan isim maka jumlah yang terbentuk adalah jumlah ismiyyah. Antara fungsi jumlah ismiyyah ialah hanya untuk menceritakan tentang sabitnya sesuatu perkara bagi suatu perkara yang lain. Inilah yang dinamakan subut. Ia asalnya tidak menerangkan tentang masa. Jadi tidak berlaku tajaddud. Ia hanya menerangkan tentang “Permulaan seseorang

sabit, berlaku atau terjadi dengan bismillah”. Dengan penjelasan ini ayat akan

(7)

22

mengatakan takwil ayatnya ialah

ن

ِئا

َك

ِللا

ِم

ْس

ِب ي

َد ِئا

ِا ْب ِت

Permulaanku dgn

ِللا

ِم

ْس

ِب

terjadi.

b. Dawam (

ماَوَد

) atau daimumah (

ةَميُْيَد

). Oleh kerana ayat ini berhubungan dengan tabarruk dengan nama Allah maka ia akan menunjukkan makna berkekalan iaitu

dawam atau daimumah. Pemilihan makna dawam bergantung kepada konteks

sedangkan ciri-ciri subut adalah ciri-ciri asal jumlah ismiyyah.

Apabila ia sabit dan kekal maka seolah-olah permulaan dengan membaca dengan nama Allah menjadi satu yang mesti dan kekal dalam setiap amalan manusia baik berupa perbuatan maupun percakapan.

2- Berkenaan dengan ijaz (perihal menjadikan sesuatu pendek atau ringkas).

Ijaz juga termasuk perkara yang bersakut paut dengan ilmu balaghah seperti yang

diterangkan dalam “j” di atas. Ungkapan

ِللا

ِم

ْس

ِب

ialah ungkapan idhafah di mana lafaz

ِا

ْس

م

ialah mudhaf dan lafz

للا

adalah mudhaf ilaih. Lafaz

م

ْس

ِا

nama adalah lafaz umum (

ما

َع

) yang boleh mencangkupi semua nama. Manakala lafaz

للا

termasuk dalam

ِا

م

ْس

tetapi khusus

( صاَخ)

untuk zat yang tunggal. Penyandaran yakni idhafah sebegini iaitu menyandarkan sesuatu yang umum kepada yang khusus adalah bersifat pencerahan. Bererti ungkapan

ِللا

ِم

ْس

ِب

ialah ringkasan kepada

ُللا

َي

ُه ي

ِذ

َّلا

ِم

ْسلاا

ِب

dengan nama yang

Dia itu Allah. Manakala makna

ُللا

َي

ُه ي

ِذ

َّلا

ِم

ْسلاا

ِب

sendiri bersifat pencerahan atau

penjelasan. Penyandaran kepada yang khusus sudah tentu menunjukkan yang khusus itu mempunyai ciri-ciri keistimewaan, kehebatan, keunikan dan mencangkupi segala makna yang terpuji. Idhafah yang ringkas tetapi bertujuan mengemukakan makna yang luas dipanggil sebagai ijaz qisar

(

ر

َص

ِق

َزا

َيج

ِإ

)

.

Referensi

Dokumen terkait