• Tidak ada hasil yang ditemukan

Skrip Pengacara Majlis Konvokesyen Prasekolah 2016

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Skrip Pengacara Majlis Konvokesyen Prasekolah 2016"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH & MURID TAHUN 6 2016 SK LKTP JENGKA 13 BANDAR JENGKA PAHANG

TARIKH : 22 NOVEMBER 2016 MASA : 9.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN HAJAH NORKAMSIAH

“Mengumumkan perarakan masuk para penerima Sijil Tamat Prasekolah dan Graduat Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Jengka 13 2016”…didahului oleh adik Amira Aisyah dan adik Norhasniza membawa dulang berisi Buku Ilmiah simbolik kepada Ilmu Pengetahuan diikuti oleh anak anak Pra Sekolah sessi 2016 dan seterusnya murid murid Tahun 6…ayuh kita berikatepukan dan sorakan untuk barisan Pentadbir diketuai oleh Tuan Guru Besar GPK Pentadbiran GPK HEM dan GPK Kokurikulum. ( Gamelan dimainkan )

Seterusnya Nyanyian Lagu Negaraku dan Negeri Pahang. Untuk itu hadirin hadirat diminta berdiri.

- Nyanyian Lagu Negaraku dan Negeri Pahang Hadirin hadirat dipersilakan duduk.

Terima kasih.

Bismillahirrahmanirrahhim…

1. Yg Berbahagia, Pn Hajah Norkamsiah bt Abd Wahab GB SK Jengka 13

2. Yg berusaha, Pn Hjh Jamaiah bt Hj Shamsuddin GPK Pentadbiran SK JEngka 13

3. Yang dihormati - En Ramli bin Samad GPK HEM

4. - En Sharul Bahari bin Mohd Saaya GPK KOKO - Barisan guru guru

- Pembesar pembesar Setempat - AJK PIBG

- Para ibu bapa

5. Yg dikasihi, murid-murid Pra-sekolah yang diraikan, Murid Tahun 6 dan semua murid SK JEngka 13

Seterusnya, sidang hadirin hadirat warga dewan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum…….

(2)

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah SWT, atas perkenan limpah dan inayahnya jua dapat kita berhimpun di majlis meraikan anak-anak kita yang kita sayangi dalam satu majlis yang dinamakan “Majlis Anugerah Kecemerlangan &

Konvokesyen Prasekolah & Tahun 6 sesi 2016”.

Selamat datang diucapkan kepada semua para jemputan yang hadir terutama sekali para ibu bapa atas kesudian meluangkan masa ke majlis ini.

Sesungguhnya, keprihatinan tuan-tuan dan puan-puan semua hadir ke majlis ini, membuktikan kecaknaan dan tautan kasih, kerjasama erat antara kita guru-guru, ibu bapa dan anak-anak khususnya, dalam menjana kecemerlangan masa depan anak-anak.

2. Bacaan Doa

Pembuka tirai, sebelum majlis pada pagi ini diteruskan, sama-samalah kita mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Al-Fadhl Utz Mohd Rasol bin Omar..Dipersilakan…

- BACAAN DOA-

Amin amin ya rabbilalamin…Terima kasih diucapkan kepada Utz Mohd Rasol atas bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis pada pagi ini mendapat keberkatan dariNya jua. InsyaAllah.

3.

Bacan Ayat Suci Al-Quran Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Aturcara pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan adik Danial Irfan bin Abdullah dan Nur Azlin Fazliana Mohd Khairil dari kelas 5 Wawasan

mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran dari surah al Iqra’ Majlis dengan sukacitanya mempersilakan..

- BACAAN

AL-QURAN-Terima kasih diucapkan kepada anakanda berdua atas bacaan ayat suci Al-Quran itu tadi.

4.

Ucapan Perasmian

Seterusnya dipersilakan Yg Berbahagia Pn Hjh Norkamsiah , GB SKJ13 untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis pada pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Seterusnya dipersilakan Pn Jamaiah GPK Pentadbiran, En Ramli GPK Hal Ehwal Murid dan En Sharul Bahari GPK Kokurikulum

menjemput dan mengiringi Pn Guru Besar untuk kepentas…dipersilakan.. Diminta Tuan Guru Besar untuk memalu Gong yang disediakansebagai simbolik perasmian majlis pada pagi ini.. ( nabil bersedia dengan letupan dan 4 org murid datang dari belakang sambil menari lagu Si Pencuri Hati )

(3)

Terima kasih diucapkan kepada Tuan GB Pn Hjh Norkamsiah . Dengan paluan gong sebentar tadi , maka rasmilah sudah Majlis Anugerah Kecemerlangan & Konvokesyen Prasekolah dan Murid Tahun 6 Sesi 2016….ayuh kita teruskan majlis kita pada pagi ini…majlis dengan rasa rendah hati memohon barisan GPK dan Tuan Guru Besar untuk terus bearada di atas pentas bagi menyempurnakan majlis konvokesyen murid murid Pra Sekolah dan Murid Tahun 6.

Mendahului penerima sijil dan hadiah konvcokesyen dipersilakan ( rujuk senarai Pra Sekolah….panggil semua dan anugerahkan terus hadiah khas ) setrusnya dipersilakan penerima pertama konvokesyen Murid tahun 6

(4)

AHMAD AMIR AFANDI BIN AHMAD ZAIDI ANIS INSYIRAH BT MOHD AMINUDDIN ATIQAH JASMINE BALQIS BT ANUAR

ATIQAH KHAIRUNNISA BINTI MOHD KAHARIZAN DHANESHWARAN A/L KUMAR

EMY NUR ZUHAIZAT B. MOHD. NOH ERIKA ELLYANA BINTI AZRI

LOKMAN AZIM BIN MOHAMAD KHAIRI

MUHAMAD SHAMIL ISKANDAR B. MUHAMAD SAHAR MUHAMMAD FARIS DANIAL B. KHAIRULLIZAM MUHAMMAD AFIQ IRFAN BIN ZAHARI

MUHAMMAD AMIRUL HAZIQ

MUHAMMAD FIQRI B. ABU HAMIZAN MUHAMMAD HAFRIZ B. KAMARUZZAMAN MUHAMMAD HAIKAL HAZIQ B REDZUAN MUHAMMAD ISKANDAR B ABU SABAR

MUHAMMAD NASRUL AIMAN B. MOHD. NASIR MUHAMMAD RAIS B. MD. JELANI

MUHAMMAD SHARUL NIZAM BIN ZAIDI MUHAMMAD SYAHMI SYAZWAN BIN AZAHAR MUHAMMAD TALHAH BIN MOHD RAZALI NABIL ARIF FARHAN BIN SHARMAN HARIL NOR AISHAH BINTI KHAIRUL ANUAR NOR REHAN BINTI AZMAN

NUR ALISYA IDAYU BT. AZRUL NUR ASHIQIN BINTI ZULKIFLI NUR HASANAH BT.MOHAMAD ROSDIN NURUL AINA NATASYA BT. MOHD HALIMI RIZ SYAMIMI ALEEYA BINTI RIZAL ROSYARRINA HAYANI BT ROSMAINI

(5)

Setrusnya majlis mempersilakan Pn Hjh Jamaiah untuk menyampaikan tanda hati dan kenangan buat Pn Hjh Norkamsiah Guru Besar di atas kesudian menyempurnakan majlis konvokesyen sebentar tadi…hadirin hadirat sekelian satu tepukan dan sorakan yang gemuruh buat kesemua barisan kehormat kita.

3. Persembahan Murid SKJ13

bagi memeriahkan lagi majlis kita….

Seterusnya, kita saksikan pula persembahan yang Bertajuk “ DIA DATANG “dari gabungan murid-murid prasekolah tahun 1 tahun 2 dan tahun 5. Dipersilakan..

- PERSEMBAHAN –

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid atas persembahan menarik itu tadi. Dengan berakhirnya persembahan yang dipimpin oleh Teacher Ramziah bt Ahmad sebentar tadi majlis kita akan berehat seketika..dan majlis akan bersambung pada jam ( tengok jam…bagi 30 minit sahaja )

Zubaidah handle

tuan tuan dan puan puan…kini saya akan umumkan pula anugerah anugerah khas SK Jengka 13

anugerah yang pertama Tokoh Sahsiah…dipersilakan adik Nur Alisya Idayu bt Azrul

Tokoh Kokurikulum dipersilakan adik Mohd Talhah bin Mohd Razali Tokoh Akademik dipersilakan adik Adam Syahrizal bin Saifulnizam… Tuan dan puan

Kini tinggal satu lagi Anugerah khas yang kita sifatkan sebagai Anugerah Khas Tertinggi SK Jengka 13 yang mana anugerah ini saban tahun menjadi anugerah yang dinanti nantikan…sebelum saya umumkan siapakah penerimanya izinkan saya meriwayatkan biografi penerima..

Dilahirkan pada tanggal 6 Februari 2004 di hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang…sangat meminati Bola Sepak sedari kecil dan berazam akan menjadi pemain bola sepak professional satu hari nanti..walaubagaimanapun juga menyimpan hasrat untuk bergelar seorang juruterbang atau Mr Pilot…yang menariknya tentang tokoh ini..selain bermain bola sepak beliau juga minat main telefon bimbit…dan permainan bola sepak online tetap menjadi pilihan..ada cerita lucu disebalik hobinya itu iaitu beliau pernah disakat hantu dan seluruh keluarga ketawakan beliau…

Sebagai anak jati Melayu berketurunan banjar dan beragama Islam beliau sangat menyanjung tinggi junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan macam biasa Cristiano

(6)

Ronaldo juga menjadi mentor dalam karier bola sepaknyanya..memang unik tokoh kita kali ini.

Sangat disenangi oleh semua rakan beliau dirumah merupakan abang kepada adik adik dan merupakan anak kedua dari 6 beradik..sudah pasti adik adik menjadi mangsa tempat beliau bergurau..kadang kadang sampai menangis adik adik…dari sikap beliau dapat kita bayangkan beliau seorang yang ada keperibadian dan prinsip.

Sebagai ibu bapa … Mohd Sahar bin Udin dan Ramlah bt Sidek amat

mengaharapkan agar abang ngah atau abang Sado katanya…buat yang terbaik dalam hidup.. dan mama n papa sentiasa menyokong apa sahaja minat selagi tidak melanggar batas agama…bagi memenuhi permintaan…saya akan putarkan lagu yang amat diminati beliau bagi mengiringi beliau ke pentas…( pasang lagu Charlie Puth see you again ) ayuh tuan tuan dan puan puan kita berdiri dan berikan

tepukan gemuruh buat MOHD SHAMIL ISKANDAR BIN MOHD SAHAR….. Tahniah diucapkan kepada keempat empat tokoh yang telah mengungguli anugerah utama SK Jengka 13…untuk itu majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn Guru Besar di atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadei..sebagai kemuncak majlis anugerah 2016 hari ini marilah sama sama kita redhakan dewan kita dengan persembahan istimewa dari murid murid tahun 6 yang akjan

meninggalkan SK Jengka 13 3 hari lagi…satu tepukan mereka…

Dengan berkahir persembahan sebentar tadi amaka berkahirlah majlis anugerah kecemerlangan & Konvokesyen bagi sessi 2016..semoga berjumpa lagi tahun hadapan in sha Allah…SK J13 akan terus memacu kecemerlangan 2017… Makluman pada ibubapa semua hari ini merupakan hari terakhir sessi

persekolahan bagi Pn guru Besar dan khamis ini pula hari terakhir bagi cikgu sharul…jadi dikesempatan ini saya bagi pihak sekolah dan ibubapa memohon ampun dan maaf buat cikgu berdua dan semoga cikgu berdua terus Berjaya diluar sana dan terus mengingati SK Jengka 13..in sha Allah kita berjumpa di majlis persaraan Tuan Guru Besar kita dan Cikgu Sharul nanti…

Referensi

Dokumen terkait