• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- 63 SESI 1 2 NOVEMBER 2019 (SABTU) DEWAN SULTAN ISKANDAR, UTM JOHOR BAHRU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- 63 SESI 1 2 NOVEMBER 2019 (SABTU) DEWAN SULTAN ISKANDAR, UTM JOHOR BAHRU"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- 63

SESI 1

2 NOVEMBER 2019 (SABTU)

DEWAN SULTAN ISKANDAR, UTM JOHOR BAHRU

▸ Baca selengkapnya: teks mc majlis konvokesyen prasekolah

(2)

ﺑ ﺳ م ﷲ ا ﻟ ر ﺣ ﻣ ن ا ﻟ ر ﺣ ﯾ م اﻟ ﺳ ﻼ م ﻋ ﻠﯾ ﻛ م و ر ﺣ ﻣ ﺔ ﷲ و ﺑ ر ﻛ ﺎﺗ ﮫ

Salam Sejahtera and A Very Good Morning اﻟ ﺣ ﻣ د 7 ر ب ا ﻟ ﻌ ﺎﻟ ﻣ ﯾ ن و اﻟ ﺻ ﻼ ة و اﻟ ﺳ ﻼ م ﻋ ﻠ ﻰ أ ﺷ ر ف ا ﻷ ﻧﺑ ﯾﺎ ء و اﻟ ﻣ ر ﺳ ﻠ ﻲ و ﻋ ﻠ ﻰ آ ﻟ ﮫ و ﺻ ﺣ ﺑ ﮫ أ ﺟ ﻣ ﻌ ﯾ ن .

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor, Canselor UTM.

Ampun Tuanku, Sembah Patik Mohon Diampun, Patik dan seluruh warga UTM merafak sembah,

Menjunjung setinggi-tinggi kasih atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku berangkat ke Majlis Konvokesyen UTM kali ke-63, seterusnya mengurniakan ijazah dan pelbagai anugerah kepada graduan pada pagi ini.

Ampun Tuanku,

Izinkan patik berucap kepada sidang hadirin.

Yang Berbahagia Tan Sri Datin Paduka Siti Saadiah binti Sheikh Bakir, Pro Canselor,

Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Halim bin Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan Puan Sri,

Yang Berbahagia Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib-Naib Canselor dan wakil Naib Canselor Universiti Awam,

Penerima Ijazah kehormat Pengurusan Projek, Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Ir Jamilus bin Md Hussein,

Prof. Dr. Ricardo Matinez-Botas of Imperial College London the recipient of Honorary Doctorate in Engineering

Tan Sri Datuk Ir Dr Mohd Zulkifli Bin Tan Sri Mohd. Ghazali, penerima Gelaran Profesor Emeritus,

(3)

Pegawai Kanan Universiti, Datuk-datuk, Datin-datin, dif-dif jemputan, para Alumni, ahli Senat, para profesor dan pensyarah, para graduan, ibu bapa dan keluarga graduan serta sidang hadirin sekalian.

1.Pertamanya, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala atas rahmat dan izin-Nya jua, kita semua dapat bersama dalam Majlis Konvokesyen UTM kali ke-63 ini. Sesungguhnya, majlis konvokesyen ini amat dinantikan para graduan untuk meraikannnya bersama ibu bapa dan ahli keluarga tercinta. Kami seluruh warga UTM turut juga berkongsi kegembiraan ini, melihat anak-anak didik kami berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya, seterusnya memulakan langkah membina kehidupan justeru menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.

Para Graduan, Ibubapa dan Sidang hadirin sekalian,

2.Pada Majlis Konvokesyen UTM kali ini, seramai 4,390 orang graduan akan menerima pelbagai anugerah dan perinciannya seperti tertera di skrin dan buletin konvokesyen.

3.Sehingga Konvokesyen ke-63 ini, UTM telah melahirkan seramai 198,593 graduan dengan 8,172 adalah graduan antarabangsa daripada lebih 75 buah negara.

4.Pada Majlis Konvokesyen kali ini, UTM menganugerahkan ijazah doktor kehormat kepada 2 orang tokoh, dan seorang tokoh akan dianugerahkan gelaran profesor emeritus. Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Ir Jamilus bin Md Hussein, seorang alumni UTM yang mengetuai pembinaan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) akan dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Pengurusan Projek. Manakala Profesor Dr. Ricardo Matinez-Botas daripada Imperial College London akan dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Kejuruteraan atas peranan beliau dalam membina kerjasama erat di antara UTM dan Imperial College London, khususnya penyelidikan kenderaan rendah karbon sehingga tertubuhnya Makmal LoCartic di UTM. Sehingga kini, kerjasama ini telah berjaya mendapat geran penyelidikan dan perundingan berjumlah

(4)

5.Pada hari ini juga, Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Ir. Dr. Mohd Zulkifli bin Tan Sri Mohd Ghazali, Naib Canselor UTM yang ke 4, akan dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus atas sumbangan beliau kepada UTM selama ini khususnya memulakan langkah berani membawa UTM menjadi universiti bertaraf dunia.

Para Graduan sekalian,

6.Tentunya saudara/i sedar ketika saudara/i bersusah payah berjuang mendapatkan segulung ijazah yang bakal diterima sebentar lagi, saudara/i bukan keseorangan. Sudah pasti doa, dorongan dan pengorbanan ibu bapa, ahli keluarga, rakan-rakan dan para pensyarah dan warga UTM seluruhnya adalah antara penyumbang kepada kejayaan anda. Maka, saya ingin mengajak para graduan untuk bangun dan lihatlah wajah ibu dan ayah, keluarga, serta para pensyarah; kepada mereka dan kepada diri anda, marilah sama-sama kita menzahirkan rasa kegembiraan dan tanda syukur dengan memberi tepukan paling gemuruh!... Terima kasih semua!

Para Graduan Sekalian,

7.Hari ini, saya ingin berkongsi cerita kejayaan alumni UTM. Mereka juga seperti anda, belajar di UTM dan kini sedang mencipta kejayaan dalam dunia kerjaya masing-masing. Saya memilih dua cerita untuk kita sama-sama kita contohi. Semoga kisah ini menjadi pedoman dan memberi inspirasi kepada kita untuk menghadapi cabaran kehidupan selepas bergraduan nanti.

8.Arif Tukiman, Ahmad Fikrizaman dan Amir Fazwan adalah graduan dari Sekolah Komputeran pada tahun 2014. Usaha mereka bermula ketika masih lagi belajar di UTM. Dan mereka mendapat sokongan dari ekosistem pembelajaran dan pengajaran di UTM yang bukan sahaja melengkapkan pelajar dengan ilmu, tetapi turut mendedahkan pelajar dengan pelbagai kemahiran hidup yang relevan untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan.

(5)

9.Dalam tempoh tidak sampai 3 tahun, 3 graduan ini telah jauh melangkah ke hadapan. Syarikat mereka RunCloud yang berpangkalan di Cyberjaya kini mempunyai lebih 25,000 pengguna dari lebih 100 buah negara di mana Amerika Syarikat, United Kingdom, dan India antara pasaran utama mereka. Runcloud menawarkan khidmat menguruskan cloud server dan web deployment secara mesra pengguna.

10.Mereka telah mencipta pelbagai kejayaan. Pada tahun 2017, RunCloud terpilih menyertai program berprestij global TechCrunch Berlin, dan memenangi Regional Winner di Startup World Cup di Silicon Valley USA. Mereka memenangi Anugerah Merit di International Asia Pacific ICT Alliance (APICTA) di Guangzhou China, Judges’ Choice TOP100 Asia Pacific Echelon, dan Winner Global Techsummit Malaysia, dan yang terbaru dianugerahkan Startup of The Year di Asean Rice Bowl Award. Syarikat ini kini bernilai RM20 juta.

11.Beberapa hari lepas ketika menyediakan teks ucapan ini, saya terbaca satu artikel di tribetheory.com yang bertajuk ‘From the Slums of Mumbai to Running a Multi million Dollar Global Business’. Apa yang mengujakan saya ialah personaliti yang dikenali sebagai Raj, seorang warganegara India yang menjadi fokus cerita artikel ini kini adalah Ketua Pegawai Pemasaran Syarikat Runcloud.

12.Kisah kedua ialah Dr. Ruzimi yang memulakan pengajian di peringkat diploma pada 2003. Dengan penuh cekal beliau terus melangkah sehingga berjaya mendapat ijazah kedoktoran dari UTM pada April tahun lepas. Beliau kini seorang usahawan digital dan bergiat aktif sebagai motivator. Beliau telah dianugerahkan geran keusahawanan SUPERB bernilai RM500 ribu dan berjaya mencapai banyak kejayaan termasuk diiktiraf oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Para Graduan Sekalian,

13.Terdapat ribuan cerita kejayaan alumni UTM. Seperti kita maklum UTM telah melahirkan hampir 190 ribu alumni dan mereka kini berada di merata pelusuk dunia menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.

(6)

14.Anda perlu yakin dengan keupayaan yang dimiliki dan perlu berani melangkah, dan tidak takut dengan cabaran. Apabila bertanya apakah resepi kejayaan rakan-rakan kita tadi, mereka mengatakan antaranya adalah:

14.1. Ekosistem pembelajaran dan pengajaran di UTM yang mendedahkan mereka kepada pelbagai kemahiran termasuk keusahawanan.

14.2. Sokongan keluarga.

14.3. Rakan-rakan yang mempunyai kecenderungan dan cita-cita yang sama, justeru berjaya membina pasukan yang mantap.

14.4. Kemahiran membina dan meluaskan jaringan. 14.5. Bersedia untuk terus belajar.

14.6. Berani mencuba dan tidak takut kepada cabaran.

15.Bagi kami di UTM, kejayaan anda adalah kegembiraan bagi kami. UTM akan terus komited melaksanakan amanah mencapai visi dan misi kami. Baru-baru ini sebuah badan penilai bebas daripada Amerika Syarikat, US News telah meletakkan UTM pada kedudukan ke-2 terbaik di Malaysia dan di tempat ke-40 terbaik di dunia bagi program kejuruteraan. Ini merupakan pencapaian yang amat membanggakan warga UTM.

16.Sebagai makluman, data kebolehpasaran graduan UTM pada tahun 2018 adalah 90.3 peratus. Pada ketika ini banyak maklumat yang menakutkan graduan dalam era revolusi industri 4.0. Contohnya, apa yang dipelajari tidak sesuai dengan era digital. Banyak profesion tidak lagi memerlukan tenaga manusia.

17.Namun daripada cerita yang saya paparkan, jelas menunjukkan dengan sikap dan minda yang sentiasa positif, dan berbekalkan ilmu dan kemahiran yang ditimba di UTM, dan mengamalkan budaya belajar sepanjang hayat, Insya-Allah segala cabaran boleh bertukar menjadi peluang. Dua kisah yang saya kongsikan tadi boleh menjadi inspirasi kepada kita. Jika mereka boleh lakukannya mengapa tidak kita. Pepatah melayu ada menukilkan, ‘yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek’, ‘kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’.

(7)

Para Graduan sekalian,

18.Anda kini adalah alumni UTM. Justeru, kami amat berbangga, berbesar hati dan mengalu-alukan para graduan sekalian untuk mencurahkan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran bagi meneruskan kegemilangan UTM.

19.Sesungguhnya, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Jika semalam anda dibantu, esok anda pula yang menghulurkan pertolongan. Anda tahu bagaimana gembiranya hati apabila dibantu oleh mereka yang mampu. Kita pasti akan berasa gembira sekiranya kita dapat membantu dan menggembirakan mereka di sekeliling kita.

20.Justeru, kami mengalu-alukan sumbangan anda dalam pelbagai bentuk termasuklah ke Tabung Endowmen, Tabung Wakaf, dan Tabung Because We Care Chancellor Fund, untuk dimanfaatkan kepada mahasiswa yang memerlukan. Sebagai makluman, sehingga kini UTM telah menerima sumbangan lebih RM 4.2 juta daripada para alumni UTM. Jumlah terkumpul keseluruhan Endowmen adalah RM102 juta sehingga Jun 2019.

21.Pada konvokesyen kali ini seramai 35 penerima Biasiswa Endowmen UTM telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dan bergraduan. Tahniah diucapkan!.

Pisang emas di bawa belayar Masak sebiji di atas peti

Pinjaman PTPTN jangan lupa dibayar Tabung UTM Cares sentiasa ada untuk diisi

(8)

Ampun Tuanku,

22.Patik mewakili seluruh warga UTM menjunjung setinggi-tinggi kasih atas keperihatinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor yang amat mendalam dan berterusan terhadap kebajikan dan pembangunan pelajar universiti ini. Patik dan seluruh warga universiti merasa amat terharu di atas ketulusan hati dan budi Tuanku.

23.Patik dan seluruh warga Universiti merakamkan sembah takzim dan mendoakan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor, Canselor UTM agar sentiasa berada dalam kesejahteraan, kesihatan yang baik dan sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah Subhanahu WaTaala.

24.Seterusnya ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pro-Canselor, Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah dan para tetamu kerana sudi meluangkan masa menghadiri majlis Konvokesyen ini.

Ampun Tuanku,

25.Sekian sahaja ucapan patik. Patik sekali lagi merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih yang tidak terhingga kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku atas perkenan berangkat ke Majlis Istiadat Konvokesyen kali ke-63 ini.

و ﺑِﺎ f ا ﻟﺗ و قُ و اﻟ د اﯾ , و اﻟ م ﻠﯾ م و ر و ر ﺎﺗ

(9)

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- 63

SESI 1

2 NOVEMBER 2019 (SABTU)

DEWAN SULTAN ISKANDAR, UTM JOHOR BAHRU

(10)

م ا ر ن ا ر م اﻟ م ﻠﯾ م و ر و ر ﺎﺗ

Salam Sejahtera and A Very Good Morning اﻟ د f ر ب ا ﺎﻟ ن و اﻟ ة و اﻟ م أ ر ف ا ﻧﺑ ﯾﺎ ء و اﻟ ر و آ و أ ن .

Our utmost gratitude to Her Majesty Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri of Johor, Chancellor of UTM.

It gives me great pleasure to extend the appreciation of the entire community of UTM to Her Majesty for consenting to grace this 63rd UTM Convocation Ceremony, and to confer degrees and awards to the respective award recipients and UTM graduates.

Your Majesty,

I seek permission to speak to the audience

Yang Berbahagia Tan Sri Datin Paduka Siti Sa’diah binti Sheikh Bakir, Pro Chancellor,

Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Halim bin Ali, Chairman of the University Board of Directors and Puan Sri

Yang Berbahagia Members of UTM Board of Directors

Yang Berbahagia Vice Chancellors and representatives of the Vice Chancellors of public universities,

The Recipients of Honorary Doctorate and the Emeritus Professor Title

Distinguished Guests, Senior Officials and University Senate Members, Datuks and Datins, Professors and Lecturers, Graduands, Parents and Family Members of Graduands, Ladies and Gentlemen.

(11)

1. First and foremost, praise be to Allah Subhanahu Wataala, with His grace and blessing, we are able to gather here at this 63rd UTM convocation ceremony, a significant ceremony much awaited by all graduands, parents, families and the community of UTM. We are proud to share this happy moment to witness the success of our students who managed to successfully complete their studies and will soon start pursuing their career in the real world and eventually contribute to society for universal wellbeing.

Graduands, Parents, Ladies and Gentlemen,

2. This Convocation Ceremony will witness 4,390 graduates receiving various awards and details of the awards can be seen on-screen and in the Convocation newsletters.

3. As of this 63rd Convocation, UTM has produced 198,593 graduates, of whom 8,172 are international graduates from over 75 countries.

4. At this Convocation Ceremony, UTM is proud to award the Honorary Doctorate degree to two distinguished figures, and one outstanding person will be awarded the title of Emeritus Professor. Tan Sri Dato 'Ir Jamilus bin Md Hussein, a UTM alumni who led the construction of Kuala Lumpur International Airport (KLIA), will be awarded an Honorary Doctorate in Project Management, while Professor Dr. Ricardo Matinez-Botas of Imperial College London will be awarded an Honorary Doctorate of Engineering for his role in building close cooperation between UTM and Imperial College London, in particular the research on low-carbon transportation that culminated in the establishment of the LoCartic Lab in UTM. To date, the joint venture has secured RM40 million in research grants and consultation.

5. We are also pleased to confer the Emeritus Professor title to Tan Sri Datuk Ir. Dr. Mohd Zulkifli bin Tan Sri Mohd Ghazali, the 4th Vice-Chancellor of UTM, for his outstanding contribution to UTM, especially his significant move in initiating efforts to elevate UTM to become a world-class university.

(12)

Dear Graduands,

6. You must have realised that while you were busy studying and struggling to complete your studies to get your degrees, you did not just go through it alone. Be assured that your parents, family members, friends, lecturers and everyone in UTM community have contributed to your success, directly or indirectly. Behind your success, there are people who have helped you and sacrificed for you. So I would like to ask all of you, Graduands, to please rise and stand. Turn around and look behind you, see the happy faces filled with joy - your parents, family members, lecturers and all those who have contributed towards your success. Let us together show your utmost appreciation by applauding them to show your utmost gratitude and appreciation for all their help. Thank you.

Dear Graduands,

7. Today, I would like to share the success story of UTM alumni. They are just like you, studying at UTM and now achieving success in their respective careers. I will chose two stories for us to reflect together. May this story guide and inspire us to face the challenges of life after graduation.

8. Arif Tukiman, Ahmad Fikrizaman and Amir Fazwan are graduates of the School of Computer in 2014. Their work began while they were still studying in UTM. And they received the support of the learning and teaching ecosystem at UTM that not only equip students with knowledge, but also expose students to a range of relevant life skills to cope with life challenges.

9. In less than 3 years, these 3 graduates have managed to go the extra mile. Their Cyberjaya-based RunCloud company now has more than 25,000 users of their products from over 100 countries with the United States, the United Kingdom, and India among its major markets. RunCloud offers user-friendly cloud server and web deployment services.

(13)

10. They have created many success stories. In 2017, RunCloud was selected to participate in TechCrunch Berlin's global prestigious program, and won the Regional Winner at the Startup World Cup in Silicon Valley USA. They won the Merit Award at the International Asia Pacific ICT Alliance (APICTA) in Guangzhou China, the Judges' Choice TOP100 Asia Pacific Echelon, and the Global Techsummit Winner, and was recently awarded the Startup of The Year at the Asean Rice Bowl Award. The company is now worth RM20 million.

11. A few days ago while preparing this text, I read an article on tribetheory.com entitled 'From the Slums of Mumbai to Running a Multi million Dollar Global Business'. What excites me is the personality known as Raj, an Indian citizen who is the focus of the article is today the Chief Marketing Officer of RunCloud Company.

12. The second story is Dr. Ruzimi, who began his diploma course in 2003. Gradually, he went on to earn a doctorate from UTM in April last year. He is now a digital entrepreneur and is active as a motivator. He has been awarded an entrepreneurship grant known as SUPERB which is worth RM500,000. In addition, he has achieved many success including being recognized by the Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Dear Graduands,

13. There are thousands of UTM alumni success stories. As we already know, UTM has produced almost 190 thousand alumni and they are now all over the world contributing to the global well-being.

14. You need to be confident in your ability and have the courage to step up, and not be afraid of challenges. When asked what our friends' success recipes were, they said:

14.1. The learning and teaching ecosystem at UTM exposes them to a wide range of skills including entrepreneurship.

(14)

14.3. Friends who share the same passion and ambition, who eventually make a strong team.

14.4. The skills of building and expanding the network. 14.5. Ready to continue learning.

14.6. Dare to try and not be afraid of challenges.

15. For us in UTM, your success is a joy to us. UTM will continue to be committed to achieving our vision and mission entrusted to us. Recently a US independent evaluation body, US News placed UTM as the 2nd best place in Malaysia and the 40th best place in the world for engineering programs. This is a great achievement for the UTM community.

16. As a result, UTM graduate marketability data in 2018 is 90.3 percent. At this point much of the information flying around in the era of industrial revolution 4.0 scares graduates. For example, what is being learned does not fit the digital age. Many professions no longer require manpower.

17. However, from the stories I shared earlier, it is clear that with a positive attitude and mindset, coupled with knowledge and skills gained in UTM, as well as practising continuous learning culture, all the challenges can be turned into opportunities. The two stories I shared can inspire us. If they can do it then why not us? A Malay proverb says, ‘yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek’, ‘kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’, translated as nothing comes easy. You need to work hard to achieve success.

Dear Graduands,

18. You are now a UTM alumni. Therefore, we are very proud, honoured and we welcome all of you,our graduates to offer your knowledge, experience and expertise to continue the legacy of UTM.

(15)

19. Indeed, the hand that gives is better than the hand that receives. If you were helped yesterday, tomorrow you will be the one to help. You know how happy it feels to be helped by those who can afford it. Thus, we will be very happy if we can help and delight the people around us.

20. Therefore, we welcome your donations in various forms including contributing to Endowment Funds, Waqaf Funds, and Because We Care Chancellor’s Fund, to benefit students in need. For your information, to date UTM has received more than RM 4.2 million in contributions from UTM alumni. The total accumulated sum of the Endowment contribution was RM102 million as of June 2019.

21. For the convocation this time, 35 UTM Endowment Scholarship recipients have successfully completed their studies and will be receiving their scrolls. Congratulations!

(Translated poem)

Golden bananas brought along while sailing One banana became ripe above a crate Do not forget to repay your PTPTN borrowing The UTM Cares Fund is also available to be filled

Your Majesty,

22. On behalf of the entire university community, I would like to once again express our heartfelt appreciation for Her Majesty’s deep concerns towards our students’ welfare and wellbeing. We are very honoured and touched by your kindness Tuanku. 23. We pray that Her Majesty Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri of Johor, the Chancellor of UTM, is in good health, and be blessed by the Almighty Allah Subhanahu WaTaala.

(16)

24. I would also like to express my most sincere gratitude to UTM Pro-Chancellors, Chairman and Members of the Board of Directors, academic and administrative staff and both local and foreign guests for taking the time to attend this convocation.

Your Majesty

25. Before I end my speech, I once again would like to express my utmost appreciation and gratitude to Your Majesty for gracing this 63rd Convocation Ceremony. و ﺑِﺎ f ا ﻟﺗ و قُ و اﻟ د اﯾ , و اﻟ م ﻠﯾ م و ر و ر ﺎﺗ

Referensi

Dokumen terkait

Sedangkan usus merupakan tempat penyerapan makanan yang berasal dari pilorik.Jumlahdan persentase isolat pada tiap segmen saluran pencernaan lobster mutiara pada Tabel

Tujuan dari pembentukan Kecamatan Kutowinangun Tingkir Salatiga adalah untuk meningkatkan pelayanan publik, melaksanakan fungsi pemerintah, dan masyarakat Metode yang

Pembuatan peta geologi berbasis web ini menggunakan beberapa perangkat lunak yaitu web server yang digunakan adalah Xampp dengan alasan merupakan program

Bank Tabungan Negara (Persero) Tbk, Kantor Cabang Jakarta Cawang, total dana pihak ketiga yang didapat atau dihimpun oleh bagian Funding Officer adalah sebesar Rp

Untuk mendukung pengelolaan kewajiban kontinjensi, DJPU juga telah menyusun suatu kajian terhadap usulan peraturan perundang-undangan mengenai jaminan Pemerintah,

Berdasarkan hasil asessment dari potensi Desa Kadakajaya yang dilakukan, masalah utama dari usaha yang ada diantaranya : keahlian yang dimiliki oleh sumber daya manusia yang

Dipandang dari aspek batuan, mataair panas di Kalipedes atau di Guci muncul ke permukaan pada bidang atau kelurusan bidang sesar dan pada bidang kontak antara

a Mengembangkan cetak biru arsitektur sistem untuk mengintegrasikan aplikasi yang berjalan di dalam sistem (cetak biru arsitektur sistem integrasi).. a Koordinasi dengan