204
PENGUASAAN RASM UTHMANI DI KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH
AGAMA INTERGRASI SELANOR
SHAHARUDDIN PANGILUN [email protected]
DR. HAYATI HUSSIN ROHANA ZAKARIA MOHD MAHFUZ JAAFAR
Akademi Islam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) DR. ABDUL RAHIM AHMAD
IKMAS. UKM
ABSTRAK
Penyelidikan ini merupakan satu kajian penguasaan ilmu Rasm Uthamni di kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI) Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di Selangor. Kertas kerja ringkas ini bertujuan mengenalpasti tahap penguasaan Rasm Uthmani di kalangan GPI dalam melaksanakan adaptasi Rasm Uthmani dengan Kurikulum Pendidikan Islam, Hafazan dan Tajwid yang dilaksanakan di SRAI negeri Selangor. Kajian ini menggunakan metodologi kuantitatif, d i mana soal selidik telah diedar kepada sampel -sampel di sekolah terpilih. Ia juga berbentuk deskriptif bagi menjelaskan sesuatu kenyataan dengan menganalisis data daripada soal selidik yang diperolehi. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan di sekolah -sekolah SRAI seluruh Selangor, hasil kajian mendapati tahap penguasaan Rasm Uthmani di kalangan GPI masih berada ditahap yang sederhana dan sangat perlu kepada penambahbaikan. Di harap penyelidikan ini dapat meningkatkan penguasaan ilmu al -Quran dikalangan guru GPI agar menjadi lebih mantap disamping dapat memberi pendedahan dan membimbing murid -murid dalam menguasai ilmu -ilmu al-Quran dengan lebih baik. Seterusnya, dapat membantu kerajaan negeri dalam memastikan matlamat Pendidikan Islam tercapai.
Kata Kunci: Guru Pendidikan Islam (GPI), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), Pendidikan
Al-Quran (PAQ), Tilawah dan Hafazan, Rasm Uthmani. 1017
▸ Baca selengkapnya: kertas kerja hari anugerah cemerlang sekolah rendah
(2)205
1.0 PENGENALAN
Al-Quran al-Karim yang ditulis dengan Rasm Uthmani di zaman mutakhir ini telah tersebar dengan meluasnya ke seluruh dunia Islam. Di mana ulama’ bidang ulum al-Quran khususnya telah mengambil perhatian, dengan melakukan kajian dan penjagaan yang teliti terhadap penulisan al-Quran yang ditulis oleh para sahabat R.A. di hadapan Rasulullah S.A.W..
Penguasaan dan peranan guru sebagai pewaris ilmuan, memang tidak dapat dinafikan melalui pendidikan. Oleh itu menjadi tanggung jawab untuk memberi pendedahan kepada Guru Pendidikan Islam (GPI), yang secara langsung sebagai pemberi maklumat dan kefahaman terhadap murid-murid di peringkat sekolah rendah lagi dengan memberi pendedahan tentang Mashaf Rasm Uthmani.
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Sekolah Rendah Agama Integrasi atau ringkasnya SRAI merupakan sekolah projek rintis yang dilaksanakan bermula tahun 2000 oleh Bahagian Pendidikan Islam sehingga tahun 2010, sebelas (11) SRAI telah diwujudkan di 9 daerah iaitu Daerah Petaling, Daerah Hulu Langat, Daerah Sepang, Daerah Hulu Selangor, Daerah Gombak, Daerah Klang, Daerah Kuala Selangor, Daerah Kuala Langat dan Daerah Sabak Bernam.
Sekolah ini mengabungkan Kurikulum Sekolah Rendah Agama JAIS dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KSSR). Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju melakukan perubahan ke atas pelaksanaan pendidikan Islam di Sekolah-Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor dengan melaksanakan kurikulum Agama bersepadukan KBSR. Sekolah yang terlibat dinamakan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI).
Pengubahsuaian ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kualiti Pendidikan Agama Islam mengikut resolusi Tonggak 10 YAB Menteri Besar Selangor iaitu meningkatkan penghayatan, kefahaman agama Islam dan moral melalui pendidikan bersepadu serta menyeluruh terutama di kalangan generasi muda. Ini
206
bermakna sistem pendidikan agama dan kebangsaan hendaklah diintegrasikan bagi membolehkan semua pelajar Islam di negeri ini memperolehi pendidikan Islam yang mampan dan mantap. Di samping keperluan masyarakat terhadap pendidikan Islam yang lebih mantap dan menyeluruh semakin meningkat. Sistem yang ada sekarang tidak mampu menerima arus perubahan yang besar ini.
Pada 16 Jun 2011 hasil dapatan dan ulasan pasukan juru audit SIRIM iaitu audit pemantauan MS ISO 9001:2008 Sekolah-sekolah Rendah Agama Integrasi telah berjaya mempertingkatkan kefahaman dan tahap pengurusan berkualiti. Senarai nama-nama SRAI di selangor adalah seperti berikut:
Bil Nama SRAI Alamat No. Telefon
1. Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19
Jalan Gelora 19/46 Seksyen 19, 40300 Shah Alam.
03-55424950
2. Sekolah Rendah Agama Integrasi Dato' Mufti Yusuf Shahabuddin
Jalan Plumbum 7/99, Seksyen 7,40000 Shah Alam.
03-55180799
3. Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Beranang
43700 Beranang ,Hulu Langat.
03-87668048
4. Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi
Jalan Kemajuan 60 / 6 Bandar Baru Bangi, 43650 Kajang
03-89254714
5. Sekolah Rendah Agama Integrasi Salak Tinggi
43900 Sepang
03-87063979
6. Sekolah Rendah Agama Integrasi Taman Keramat
Jalan AU 2A, Taman Keramat 54200 K. Lumpur
03-42573911
7. Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Chinchin
Batu 7 Jalan Gombak, 53100 Gombak, K. Lumpur
03-61875464
8. Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah
Jalan Sentosa 64, Kawasan 19, Batu Belah,41200 Klang.
03- 33410810 / Faks:
207
33410816 9. Sekolah Rendah Agama Integrasi
Bandar Baru Kuala Selangor
45000 Kuala Selangor.
03-32893739
10. Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Manggis
42700 Banting Kuala Langat.
03-31813122
11. Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Sabak
Kompleks Sekolah Agama Muhammadiyah,45200 Sabak Bernam.
03-32162257
3.0 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN
Abd Rahman (2009) menyatakan bahawa masih ramai individu-individu tertentu yang masih gemar menggunakan mashaf yang tidak berpandukan Rasm Uthmani sepenuhnya. Di mana mushaf Rasm Uthmani mempunyai tanda-tanda yang boleh mengelirukan ketika membaca al-Quran jika tidak dipelajari dengan betul. Namun beliau juga menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana sekiranya mereka diberi pilihan sudah tentu kebanyakan mereka memilih akan menggunakan atau membaca mashaf tersebut kerana itulah yang selalu mereka baca dan pelajari semenjak sekian lama.
Terdapat juga suatu rumusan yang menarik diperolehi hasil penyelidikan yang dilakukan oleh Daud dan Asyraf (2013), menyatakan bahawa Rasm Imla’i suatu bentuk mushaf al-Quran yang tidak wajar diterima pakai oleh masyarakat Islam di Malaysia untuk pembacaan.
Perkara ini menyebabkan GPI yang terlibat secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran Rasm Uthmani perlu mengambil serius terhadap isu penguasaan Rasm Uthmani. Bahkan implikasi permasalahan ini bukan hanya tertumpu kepada GPI yang terbabit semata-mata, namun dikhuatiri kesannya akan berpindah kepada pelajar dan akan menjadi ikutan dan amalan para pelajar. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk
208
mengetahui dan memastikan sama ada GPI turut terlibat dalam permasalahan ini atau tidak dan adakah GPI dapat melaksanakan dengan betul atau sebaliknya?
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.1 Mengenal pasti latar belakang akademi GPI terhadap tahap penguasaan Rasm Uthmani di SRAI.
4.2 Mengkaji sejauhmana pegalaman GPI mempengaruhi tahap penguasaan Rasm Uthmani di SRAI.
5.0 PERSOALAN KAJIAN
5.1 Apakah latar belakang akademi GPI terhadap tahap penguasaan Rasm Uthmani di SRAI?
5.2 Sejauhmanakah pegalaman GPI mempengaruhi tahap penguasaan Rasm Uthmani di SRAI
6.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Guru yang menguasai ilmu ini akan dapat menyampaikan bacaan al-Quran dengan baik dan mengurangkan kesalahan dalam pembacaan al-Quran di samping dapat memelihara al-Quran dari sebarang penyelewengan. Selain itu, kajian ini juga dapat membantu meningkatkan pengetahuan murid-murid dengan adanya penekanan dan pengukuhan pada guru kerana mereka akan mampu mengaplikasikan dan menyampaikannya pada murid-murid dan secara tidak langsung juga kepada masyarakat.
7.0 BATASAN KAJIAN
Kajian ini terbatas kepada guru-guru Sekolah Rendah Agama Integrasi di seluruh negeri Selangor Darul Ehsan. Lokasi ini dipilih adalah kerana pengkhususan mereka
209
merangkumi objektif yang ingin dikaji dan silibus kurikulum yang digunakan adalah sama dengan silibus sekolah-sekolah di bawah kelolaan JAIS.
Kajian ini juga terbatas kepada latar belakang akademik dan pengalaman GPI, sejauhmanakah ia mempengaruhi penguasaan Rasm Uthmani. Suatu instrumen soal selidik telah dibina dan dikaji serta diedarkan kepada respondan bagi kajian rintis. Dengan ini, segala maklumat mengenai responden adalah berdasarkan maklum balas melalui soal selidik. Oleh itu, kebolehpercayaan dapatan kajian bergantung kepada kesungguhan dan keikhlasan responden menjawab item-item di dalam soal selidik.
8.0 METODOLOGI KAJIAN
Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kuantitatif. Untuk mencapai sesuatu objektif yang telah ditetapkan perancangan yang bersistematik akan dapat membantu memudahkan segala data dan maklumat dikumpulkan, dianalisis dan dinilai.
9.0 REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian ini juga berbentuk deskriptif kerana ianya menjelaskan sesuatu kenyataan itu dengan menganlisis sesuatu data itu daripada soal selidik yang dijalankan. Satu tinjauan telah dibuat terhadap tenaga pengajar mengenai minat mereka untuk berkerjaya di SRAI. Segala pandangan dan data yang diperolehi daripada mereka akan diklasifikasikan mengikut aspek yang telah ditentukan dan kemudian akan dianalisis secara kuantitatif untuk memperolehi maklumat yang sebenarnya.
9.1 INSTRUMEN KAJIAN
Kajian ini adalah bersifat kuantitatif. Soal selidik akan bertindak sebagai instrumen utama bagi kerja-kerja pemerolehan data melalui sampel yang telah dipilih secara rawak bagi mewakili populasi. Instrumen kajian yang akan dibina dan digunakan oleh penyelidik untuk kajian ini ialah borang soal selidik dan soalan temu bual. Ia akan mengambil responden yang terdiri daripada tenaga pengajar.
210
9.2 KAEDAH PERSEMPELAN
Sampel bagi kajian ini adalah merangkumi semua Sekolah-sekolah Rendah Agama Integrasi diseluruh negeri Selangor Darul Ehsan. Ianya difokuskan kepada guru-guru di sekolah tersebut yang mengajar dalam bidang pendidikan Islam dan al-Quran. Sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian penyelidikan ini ialah:
i. Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19
ii. Sekolah Rendah Agama Integrasi Dato' Mufti Yusuf Shahabuddin iii. Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Beranang
iv. Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi v. Sekolah Rendah Agama Integrasi Salak Tinggi vi. Sekolah Rendah Agama Integrasi Taman Keramat vii. Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Chinchin
viii. Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah ix. Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Kuala Selangor x. Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Manggis
xi. Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Sabak
9.3 KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Bab ini akan memperihalkan data-data yang diperolehi melalui soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan “Statistical Program for Sosial Sciences” (SPSS) versi 21. Data kemudiannya dianalisis secara deskriptif melalui peratusan dan min. Tujuan bab ini juga untuk membincangkan hasil analisis data tentang aspek tertentu iaitu pengenalan asas kaedah Rasm Uthmani
Respondan perlu memberi jawapan kepada soal selidik yang disediakan berdasarkan latar belakang pengetahuan mereka, berpandukan skala 1 hingga 5. Skala 1 menunjuk kepada respon sangat tidak setuju dan 5 untuk sangat setuju. Skor jawapan yang diperolehi diintepretasikan seperti yang dicadangkan (Ahmad Sunawari Long, 2014). Skor min 4.21 – 5.00 menunjukkan respondan bersetuju pada tahap yang sangat tinggi, min 3.41 – 4.20 menunjukkan persetujuan pada tahap tinggi, min 2.61 – 3.40 menunjukkan mereka bersetuju pada tahap
211
sederhana, min 1.81-2.60 menunjukkan persetujuan pada tahap yang rendah, dan min 1.00 – 1.80 adalah menunjukkan tahap yang sangat rendah.
Jadual 1 Skala yang digunakan dalam Instrumen penilaian
MIN NILAI DATA INTERPRETASI
1.00 – 1.80 1 Sangat Rendah 1.81 – 2.60 2 Rendah 2.61 – 3.40 3 Sederhana 3.41 – 4.20 4 Tinggi 4.21 – 5.00 5 Sangat tinggi 10.0 DAPATAN KAJIAN
10.1 BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDAN
LATAR BELAKANG KATEGORI
SRAI BIL (n) % Jantina Lelaki 24 20.5 Perempuan 93 79.5 Kelayakan Akademik Ijazah 18 15.4 Diploma 89 76.1 STPM/STAM 4 3.4 SPM/SANAWI 6 5.1 Kelayakan Ikhtisas/Latihan Perguruan
Sarjana Muda Pendidikan 5 4.3 Diploma Pendidikan IPTA 23 19.7
KPLI Maktab perguruan 6 5.1
Sijil/Diploma Perguruan 83 70.9
212
Di sekolah Pengajaran Al-Quran 46 39.3
Hafazan Al-quran 32 27.4 Tajwid 15 12.8 Bahasa Arab 24 20.5 Pengalaman Mengajar Kurang 1 Tahun 1 9 1-3 Tahun 22 18.8 4-6 tahun 15 12.8 7 tahun keatas 79 67.5
Kehadiran Dalam Kursus Kurikulum Semakan Pengajaran Al-Quran
Tidak pernah 33 28.2
1 kali 32 27.4
2-3 kali 38 32.5
Lebih daripada 4 kali 14 12.0 Jadual 2 : Latar Belakang Respondan
Jadual 2 di atas menunjukkan bahawa latar belakarang profil responden yang terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Jantina, Kelayakan Akademik, Kelayakan Ikhtisas, Bidang, Mata Pelajaran Yang Diajar Di sekolah, Pengalaman Mengajar dan Kehadiran Dalam Kursus Kurikulum Semakan Pengajaran al-Quran.
Keseluruhan respondan berjumlah 117 orang guru telah dipilih iaitu 30% daripada sampel keseluruhan 390 orang guru-guru Pendidikan Islam daripada Sekolah-sekolah Rendah Agama Integrasi seluruh negeri Selangor (Blum dan Foos, 1986; Cohen dan Manion, 1989; Kerlinger, 1986 dan Black, 1993 dalam Mohammad Najib Abdul Ghafar (1999: 38). Mereka terdiri daripada 24 orang guru lelaki (20.5%) dan 93 orang guru perempuan (79.5%) dan masing-masing mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza.
Dari sudut kelayakan akademik, 89 respondan merupakan lepasan Diploma (76.1%). Diikuti dengan lepasan ijazah seramai 18 respondan (15.4%), SPM/SANAWI seramai 6 respondan (5.1%) dan STPM/STAM seramai 4 orang (3.4%). Manakala dari aspek bidang pengkhususan, 105 orang respondan dari
213
seluruh SRAI mempunyai pengkhususan dalam bidang Pengajian Islam (89.7%) dan hanya 16 orang dalam bidang Bahasa Arab (13.7%).
Dari jumlah tersebut, 83 orang respondan mempunyai kelayakan pengkhususan dalam sijil/diploma perguruan (70.9%) dan hanya 5 orang respondan dalam Sarjana Muda Perguruan (4.3%).
Mejoriti respondan di SRAI mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dengan jumlah 47% (n=55), diikuti dengan Pengajaran al-Quran 39.3% (n=46), Hafazan al-Quran 27.4% (n=32), Bahasa Arab 13.7% (n=34) dan Tajwid 12.8% (n=15).
Terdapat 79 orang respondan yang mempunyai pengalaman mengajar lebih 7 tahun (67.5), 15 orang respondan mempunyai pengalaman mengajar 4 – 6 tahun (12.8%), dan 22 orang mempunyai pengalaman 1-3 tahun (18.8%), manakala baki 1 orang respondan mempunyai pengalaman mengajar kurang dari 1 tahun (9%).
Dari jumlah 117 orang respondan tersebut, seramai 14 respondan dari SRAI seluruh Selangor pernah menghadiri kursus kurikulum semakan pengajaran al-Quran melebihi 4 kali. 32.5% (n=38) respondan pernah menghadiri kursus 2-3 kali, 27.4 % (n=32) respondan pernah menghadiri sekali, dan 28.% (n=33) respondan tidak pernah menghadiri kursus berkenaan.
10.2 BAHAGIAN B : ANALISIS PENGENALAN ASAS KAEDAH RASM UTHMANI
BIL ITEM MIN
BI Rasm adalah suatu ilmu yang membincangkan bentuk-bentuk
penulisan al-Qur’an 4.17
B2 Rasm Uthmani juga dikenali juga dengan nama Rasm Istilahi
/ Tauqifi 3.40
214 penulisan berdasarkan sebutan
B4 Rasm Imla’i merupakan penulisan al-Quran mengikut dengan
sebutan perkataan 3.80
B5 Penulisan dalam Rasm uthmani adalah tetap 4.00
B6 Penulisan Al-Quran bermula pada zaman Nabi, disalin semula
pada zaman Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman 4.15 B7 Wajib menulis ayat-ayat al-Quran dengan kaedah Rasm
Uthmani 3.77
B8 Mereka yang tidak memahami Rasm Uthmani harus
menggunakan Rasm Imla’i 3.38
B9 Rasm al-Quran terbahagi kepada dua iaitu Rasm Imla’i dan
Rasm Uthmani 3.66
B10 Terdapat enam kaedah Rasm Uthmani iaitu ziyadah, hazf,
Hamz, Ibdal, Maqtu’ wa mausul dan ma fi qira’atan 3.68 B11 Hazf adalah membuang huruf dari struktur kalimah 3.80
B12 Ziyadah ialah menambah huruf yang tidak dibaca ketika wasal
atau waqf. 3.78
B13 Penulisan Hamzah adalah salah satu kaedah dalam Rasm
Uthmani 3.70
B14 Ibdal bererti menggantikan sesuatu huruf dengan huruf ynag
lain 3.85
B15 Maqtu’ bererti dua kalimah yang ditulis secara berasingan 3.63
B16 Baris atas, bawah dan hadapan merupakan penandaan yang
tidak termasuk dalam kaedah Rasm Uthmani 3.31
B17 Tanda-tanda waqf yang terdapat di dalam al-qur’an
dinamakan Dhabt al-Quran 3.56
B18 Rasm Uthmani banyak digunakan dalam al-quran al-karim
manakala Rasm Imla’i ditulis dalam Quran Majid 3.75 Jumlah Analisis Pengenalan Asas Kaedah Rasm Uthmani 3.72
215
Jadual 3 : Analisis Pengenalan Asas Kaedah Rasm Uthmani
Jadual 3 di atas menunjukkan Analisis Pengenalan Asas Kaedah Rasm Uthmani bagi guru-guru di SRAI. Secara keseluruhannya, jumlah item Analisis Pengenalan Asas Kaedah Rasm Uthmani berada di tahap yang tinggi iaitu min sebanyak 3.72. Jika melihat secara terperinci, item B16 iaitu “Baris atas, bawah dan hadapan merupakan penandaan yang tidak termasuk dalam kaedah Rasm Uthmani” mendapat skor paling rendah iaitu min sebanyak 3.31 dan diikuti item B8 iaitu “Mereka yang tidak memahami Rasm Uthmani harus menggunakan Rasm Imla’i” dengan min sebanyak 3.38.
Manakala item yang lain pula menunjukkan skor yang tinggi. Ini menjelaskan bahawa, Analisis Pengenalan Asas Kaedah Rasm Uthmani di kalangan GPI berada di tahap yang tinggi, namun perlu diperkemaskan.
Jantina N Min
Lelaki 24 3.65
Perempuan 93 3.73
Keseluruhan 117 3.69 Jadual 4 : Min Kefahaman Mengikut Jantina
Jadual di atas menunjukkan perbezaan min kefahaman berdasarkan Jantina. Skor min dalam jadual menunjukkan kefahaman perempuan lebih tinggi berbanding lelaki. Walau bagaimana pun, kedua-dua jantina tersebut menunjukkan interpretasi yang sama, iaitu dengan kadar min yang tinggi.
Kelayakan Akademik N Min
Ijazah 18 3.80
Diploma 89 3.71
STPM/STAM 4 3.78
SPM/Sanawi 6 3.47
Keseluruhan 117 3.72
216
Jadual di atas menunjukkan perbezaan kefahaman guru-guru berdasarkan kelayakan akademik. Di mana semakin tinggi GPI mempunyai kelayakan akademik, semakin tinggi ia mempengaruhi penguasaan Rasm Uthmani di kalangan mereka. Ini dapat dilihat Guru-guru lepasan Ijazah menunjukkan kefahaman yang paling tinggi. Diikuti dengan guru-guru lepasan STPM/STAM dan Diploma. Manakala guru-guru lepasan SPM/Senawi menunjukkan kefahaman yang lebih rendah dengan skor min sebanyak 3.47 berbanding mereka yang mempunyai kelayakan akademik yang lebih baik.
Kelayakan Ikhtisas/Latihan Perguruan N MIn
Sarjana Muda Pendidikan 5 3.67
Diploma Pendidikan IPTA 23 3.77
KPLI Maktab Perguruan 6 3.47
Sijil/Diploma Perguruan 83 3.72
Min Keseluruhan 117 3.72
Jadual 5: Min Kefahaman Mengikut Kelayakan Ikhtisas/Latihan Perguruan
Jadual di atas meunjukkan perbandingan guru-guru berdasarkan kelayakan Ikhtisas/Latihan perguruan menjadi asas keperluan bagi setiap guru-guru yang terlatih dan profesional. Ini dapat dilihat apabila guru-guru dari lepasan Diploma Pendidikan IPTA menunjukkan kefahaman yang tertinggi. Diikuti dengan Sijil/Diploma Perguruan dengan skor min sebanyak 3.72.
Pengalaman Mengajar N Min
kurang 1 tahun 1 5.00
1 - 3 Tahun 22 3.60
4 - 6 Tahun 15 3.55
7 Tahun dan Ke Atas 79 3.76
217
Jadual 5: Min Kefahaman Mengikut Pengalaman Mengajar
Jadual di atas menunjukkan perbezaan min kefahaman berdasarkan pengalaman mengajar. Guru-guru yang mempunyai pengalaman mengajar. Guru yang berpengalaman mengajar kurang setahun menunjukan min yang tertinggi. Setelah dianalisa, guru tersebut merupakan seorang guru perempuan, lepasan ijazah pengajian islam dan mempunyai sijil atau diploma perguruan. Beliau merupakan guru dari SRAI seksyen 7 Shah Alam. Hal ini menunjukkan bahawa latar belakang pendidikan seseorang guru sangat mempengaruhi tahap kefahaman dan penguasaan mereka dalam sesuatu bidang ilmu. Walau begaimana pun respondan yang berpengalaman lebih 7 tahun mengajar menunjukkan skor min kedua yang tertinggi dengan skor min sebanyak 3.76.
Kehadiran dalam kursus Kurikulum Semakan
Pengajaran Al-Quran N Min
Tidak pernah 0 0 Sekali 33 3.82 2 kali 32 3.66 3 kali 38 3.61 4 kali 14 3.86 Min Keseluruhan 117 3.71
Jadual di atas menunjukkan perbezaan min kefahaman berdasarkan Kehadiran Dalam Kursus Kurikulum Semakan Pengajaran Al-Quran. Guru-guru yang menghadiri kursus sebanyak 4 kali mempunyai skor min yang tertinggi berbanding yang lain dengan bacaan skor min sebanyak 3.71.
Secara keseluruhan, kefahaman guru-guru terhadap Pengenalan Asas Kaedah Rasm Uthmani ini perlu di teliti semula agar proses pengajaran dan pembelajaran dalam menyampaikan mengenai ilmu kaedah Rasm Uthmani ini dapat berjalan dengan baik. Di samping dapat juga memberikan kefahaman yang sepenuhnya kepada para pelajar.
218
11.0 RUMUSAN DAN SARANAN
Kajian ini dilaksanakankan adalah untuk melihat dari sudut tahap penguasaan asas Rasm Uthmani kalangan guru-guru pendidikan Islam di SRAI. Berdasarkan dua objektif yang telah dinyatakan dapat dikenalpasti bahawa tahap penguasaan Rasm Uthmani dalam pelaksanaan kurikulum pengajaran al-Quran GPI adalah seperti berikut:
11.1 Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, secara keseluruhannya pengkaji mendapati tahap penguasaan kaedah Rasm Uthmani responden adalah tinggi dan sangat baik, namun perlu dipertingkatkan dan diperkasakan lagi bagi mengoptimumkan penguasaan Rasm Uthmani kalangan GPI. Di samping di teliti semula agar proses pengajaran dan pembelajaran dalam menyampaikan ilmu kaedah Rasm Uthmani ini dapat berjalan dengan lebih baik dan cemerlang serta memberikan kefahaman yang sepenuhnya kepada para pelajar.
11.2 Dapatan kajian juga merumuskan bahawa penguasaan metode Rasm Uthmani kalangan GPI Sekolah Rendah Agama Integrasi di Selangor perlu diberi perhatian oleh pihak yang terlibat. Kurikulum yang telah disediakan perlu diambil selia terutamanya oleh pengetua dalam sesebuah sekolah. Selain itu, sesebuah kurikulum juga memerlukan perubahan dari semasa ke semasa bersesuaian dengan perubahan zaman.
11.3 Dari aspek pengajaran pula adalah bergantung kepada kualiti guru. Dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan, aspek pengetahuan guru dan kandungan pedagogi perlu seiringan untuk melahirkan pelajar yang baik. Bahkan, dalam profesion perguruan, tugas guru bukan sahaja mengajar sesuatu mata pelajaran tertentu tetapi guru juga berperanan sebagai pendidik manusia, justeru itu para guru haruslah memiliki ciri-ciri profesionalisma yang menguasai ilmu teras dan ilmu pedagogi sebagai asas kepada etika dan profesion perguruan. Oleh itu pengkaji menyarankan pihak-pihak berkepentingan khususnya BPI. JAIS supaya
219
dapat melakukan penambahbaikan dan pemerkasaan GPI dengan mengadakan seminar atau kursus atau bengkel secara berkala.
12.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, pengkaji mendapati aspek yang paling dititikberatkan adalah tanggungjawab responden sebagai GPI ialah terhadap profesion sebagai guru, pendidik dan model yang menjadi contoh teladan klangan pelajar khusunya serta masyarakat dan negara. Namun keupayaan para pelajar untuk menguasai pembelajaran tidak terletak kepada tanggungjawab guru semata-mata. Secanggih mana sekali pun kaedah dan teknik yang digunakan guru tidak akan berhasil sekiranya ibu bapa tidak melibatkan diri dalam memberi penekanan pendidikan terhadap anak-anak. Para pelajar juga harus mempunyai minat yang tinggi dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menguasai ketiga-tiga bidang kurikulum ini. Jika pelajar yang terlibat tidak bermotivasi dan kurang mengulangkaji pelajaran, mereka pasti tidak mencapai tahap yang sepatutnya.
13.0 RUJUKAN
Abd Rahman Abd Ghani. (2009). Pemeliharaan Al-Quran: Kajian Di Unit
Kawalan Teks Al-Quran Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Tesis Ijazah
Doktor Falsafah. Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya.
Abdul Karim Ibrahim ‘Iwadh Saleh. (2006). Al-Muthaf fi Rasm al-Mushaf. Tanta Mesir: Dar al-Sahabah li al-Turath.
Ahmad Sunawari Long. (2014). Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ali Muhammad Dabba’. (1999). Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin. Cet.1.Kaherah: Maktabah al-Azhar li Turath.
Bahagian Pendidikan Islam. Jabatan Agama Islam Selangor.
Daud Ismail dan Asyraf Ab. Rahman. (2013). Sejarah dan Perkembangan Mushaf
220
Dr. Asyraf Muhammad Fuad Tala’at. (2003). Safir al-‘Alamin fi Idah wa Tahrir wa
Tahbir Samir al-Talibin fi Rasm wa Dabt al-Kitab al-Mubin. jilid 1. Brunei:
Universiti Brunei Darus Salam.
Fairuzah Binti Subhi dalam temubual bersama wakil kakitangan Bahagian Pendidikan Islam JAIS, 6 Mei 2015 (8.30 am).
Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.