• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesan pemadanan antara persembahan multimedia dengan gaya pembelajaran pada laman web adaptif terhadap tahap penguasaan dan kepuasan pelajar kejuruteraan elektrik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kesan pemadanan antara persembahan multimedia dengan gaya pembelajaran pada laman web adaptif terhadap tahap penguasaan dan kepuasan pelajar kejuruteraan elektrik"

Copied!
58
0
0

Teks penuh

(1)

KESAN PEMADANAN ANTARA PERSEMBAHAN MULTIMEDIA DENGAN GAYA PEMBELAJARAN PADA LAMAN WEB ADAPTIF TERHADAP TAHAP PENGUASAAN DAN KEPUASAN PELAJAR KEJURUTERAAN

ELEKTRIK

JEFFRI AMRAN BIN IBRAHIM

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(2)

v

ABSTRAK

Sistem hipermedia pembelajaran adaptif adalah salah satu pendekatan pembelajaran baru yang muncul hasil dari teknologi Internet. Pendekatan ini telah dihasilkan dari kajian yang telah dilakukan ke atas hipermedia dan permodelan pengguna dengan mengambikira faktor perbezaan individu semasa pembangunan sistem. Tujuan kajian ini adalah merekabentuk satu laman pembelajaran adaptif yang berfungsi sebagai prototaip sistem tutorial secara atas talian bagi subjek Sistem Berdigit. Persembahan multimedia bagi bahan, alatan pembelajaran, dan kaedah navigasi telah dipadankan mengikut profil gaya pembelajaran seseorang pelajar. Kandungan pembelajaran bagi laman statik telah dipersembahkan di dalam bentuk teks dan gambarajah semata-mata tanpa kawalan audio. Seramai 275 orang pelajar dari Politeknik Kota Bharu, Politeknik Sultanah Bahiyah, dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin telah dipilih sebagai sampel kajian bagi mewakili populasi pelajar semester dua Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang mengikut program di peringkat sijil atau diploma. Instrumen utama kajian ini adalah laman web kajian i-Digiweb yang terdiri daripada laman web adaptif dan laman web statik yang masing-masing direkabentuk sebagai laman web eksperimen dan laman web kawalan untuk diuji oleh sampel pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah eksperimen di mana sampel pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut laman web yang dikunjungi sama ada laman web yang adaptif atau laman web statik. Kesan sesi pembelajaran diukur secara atas talian melalui dua pembolehubah bersandar, iaitu tahap kepuasan dan tahap penguasaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan kumpulan adaptif adalah jauh lebih tinggi daripada tahap kepuasan untuk kumpulan statik. Tahap penguasaan kumpulan adaptif juga jauh lebih tinggi daripada tahap penguasaan untuk kumpulan statik. Ini telah membuktikan bahawa laman web pembelajaran adaptif adalah lebih baik daripada laman web pembelajaran yang direka dalam bentuk teks dan gambarajah sahaja. Ia juga menunjukkan bahawa laman web di mana persembahan multimedia disesuaikan dengan profil gaya pembelajaran pelajar telah dapat meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran.

(3)

vi

ABSTRACT

Adaptive learning hypermedia system is one of the new learning approach that resulted from the Internet technology. This approach was produced from studies that have been done on hypermedia and user modeling by taking into account the individual differences during the system development. The aim of this study is to design an adaptive learning webpage that serves as a prototype of the on-line tutorial system for the subject of Digital Systems. The Multimedia presentation for the material, learning tool, and navigation method were matched according to the learning style profile of a student. The Learning contents for static page have been presented in the form of text and diagram alone without audio controls. A total of 275 students from Polytechnic of Kota Bharu, Polytechnic of Sultanah Bahiyah and Polytechnic of Sultan Mizan Zainal Abidin was selected as the sample that represents the semester two student's population from the Department of Electrical Engineering at the level of certificate or diploma. The main instrument of this research is the study website of i-Digiweb that comprising adaptive webpage and static webpage that respectively designed as the experimental webpage and the webpage of control to be tested by the sample of students. The study used an experimental method in which the sample of students were divided into two groups according to the webpage visited either the adaptive webpage or static webpage.The effect of learning session was measured on-line via two dependent variables, namely the level of satisfaction and the level of mastery. The results showed that the levels of satisfaction for adaptive group was significantly higher than the level of satisfaction for static groups. The level of mastery for adaptive group was also significantly higher than the level of mastery for static groups. It has been proven that the adaptive learning webpage is better than the learning webpage designed in the form of text and diagram alone. It also shows that the webpage in which the multimedia presentations tailored to the student's learning style profile has been able to increase the effectiveness of the learning process.

(4)

vii KANDUNGAN TAJUK i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xv

SENARAI RAJAH xviii

SENARAI LAMPIRAN xxiv

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Peranan ICT Sebagai Teknologi Penyebaran Maklumat

1.2 Latarbelakang Masalah 2

(5)

viii

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Skop Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian

1.8 Kerangka Konseptual Kajian 11

1.9 Istilah Pengoperasian 13

BAB II KAJIAN LITERATUR 15

2.1 Pengenalan

2.2 Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Malaysia

2.3 Pengaruh Teori Pembelajaran Terhadap

Pembangunan Bahan dan Strategi Pembelajaran

19

2.3.1 Pengaruh Teori Behaviorisme 20 2.3.2 Pengaruh Teori Kognitivisme 22

2.3.3 Pengaruh Teori Konstruktivisme 2.3.4 Perbezaan Pendekatan Di antara

Teori-teori Pembelajaran

22

(6)

ix

2.5 Teori Rekabentuk Instruksional 29 2.5.1 Model Rekabentuk Instruksional 31 ADDIE

2.5.2 Model Rekabentuk Instruksional 32 ASSURE

2.5.3 Perbandingan Di antara Model ADDIE dan Model ASSURE

34

2.6 E-Pembelajaran 35

2.6.1 Definasi E-Pembelajaran

2.6.2 Generasi Pendekatan E-Pembelajaran 37

2.7 Teknologi Pengadaptasian 39

2.8 Sistem Hipermedia 43

2.8.1 Hipermedia Adaptif 44

2.8.2 Perkembangan Sistem Hipermedia Adaptif

46

2.8.3 Struktur Binaan Hipermedia Adaptif 48

2.8.3.1 Elemen Yang Boleh Diadaptasikan 2.8.3.2 Elemen Yang boleh

Dipadankan

(7)

x 2.8.3.3 Model Kebarangkalian Bagi

Penentuan Bentuk

Persembahan Yang Sepadan Dengan Gaya Pembelajaran

55

2.9 Gaya Pembelajaran 56

2.9.1 Definasi Gaya Pembelajaran

2.9.2 Model Gaya Pembelajaran 59 2.9.2.1 Dasar Berasaskan Gaya

Pembelajaran Dan Pengesyoran

2.9.2.2 Keluarga Struktur Kognitif 60 2.9.2.3 Jenis Personaliti Stabil 62 2.9.2.4 Pengesyoran Pembelajaran

Fleksibel Stabil

64

2.9.2.5 Pendekatan Dan Strategi Pembelajaran

68

2.10 Perwakilan Multimedia bagi Gaya Pembelajaran

70

2.11 Pengadaptasian Model Domain Berdasarkan Gaya Pembelajaran

79

2.12 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik dan Attitud Di Dalam Pendidikan

(8)

xi Berasaskan Web

2.13 Kesimpulan 85

BAB III METODOLOGI KAJIAN 88

3.1 Pengenalan

3.2 Rekabentuk Kajian

3.3 Instrumen Kajian 91

3.4 Ujian Realibiliti dan kesahan Instrumen Kajian 95

3.5 Populasi Dan Sampel Kajian 97

3.5.1 Populasi Kajian

3.5.2 Sampel dan Lokasi Kajian

3.5.3 Pemilihan Topik Pembelajaran 98

3.6 Prosidur Pengumpulan Data 99

3.7 Kajian Rintis dan Pendapat Pakar 101

3.8 Saringan Data 102

BAB IV PEMBANGUNAN INSTRUMEN KAJIAN 105 4.1 Pengenalan

(9)

xii 4.3 Rekabentuk Antaramuka Pengguna 108

4.3.1 Teori-teori Pembelajaran yang dibenamkan (embedded)

4.3.2 Model Rekabentuk Instruksional Kajian 110 4.3.3 Rekabentuk Laman Utama Kajian 113

4.3.3 Rekabentuk Laman Pembelajaran 119 4.3.4 Binaan Mekanisma Laman Adaptif 131

BAB V DAPATAN KAJIAN 135

5.1 Pengenalan

5.2 Taburan Sampel Kajian

5.3 Kesan Pembelajaran Melalui Laman Adaptif Dan Laman Statik

142

5.3.1 Tahap Kepuasan dan Tahap Penguasaan Mengikut Laman Pembelajaran

5.3.2 Rating Media Pembelajaran 145 5.3.3 Hasil Maklumbalas Kualitatif 148 5.3.4 Pemerhatian Terhadap Kelakuan Dan

Situasi Sesi Pembelajaran

(10)

xiii

5.4 Rumusan 151

BAB VI PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN 153

6.1 Pengenalan 6.2 Perbincangan

6.2.1 Persembahan Multimedia Laman Adaptif

154

6.2.2 Mekanisma Laman Pembelajaran Adaptif

6.2.3 Kesan Pembelajaran Melalui Laman Web

155

156

6.3 Dari Kerangka Konseptual Konseptual Kepada Rekabentuk

159

6.4 Implikasi Sesi Pembelajaran 162

6.5 Kesimpulan 165

6.4 Cadangan Untuk Penyelidikan Akan Datang 166

RUJUKAN LAMPIRAN A LAMPIRAN B

(11)

xiv LAMPIRAN C LAMPIRAN D LAMPIRAN E LAMPIRAN F LAMPIRAN G LAMPIRAN H LAMPIRAN I LAMPIRAN J

(12)

xv

SENARAI JADUAL

2.1 Perbezaan di antara ketiga-tiga teori pembelajaran

23

2.2 Perbandingan di antara teori-teori pembelajaran konvensional

24

2.3 Perbandingan di antara Model ADDIE dan Model ASSURE

34

2.4 Perbezaan Di Antara Pembelajaran Tradisional dan E-Pembelajaran

36

2.5 Generasi E-Pembelajaran 38

2.6 Teknologi Pengadaptasian, dan contoh-contoh projek

42

2.7 Persamaan dan Perbezaan Pendekatan Bagi Model Gaya Pembelajaran

70

2.8 Dimensi Gaya Pembelajaran Felder -Silverman

72

2.9 Strategi perlaksanaan P & P bagi setiap dimensi model gaya pembelajaran Felder-Silverman

(13)

xvi

2.10 Syor-syor pembelajaran dan persembahan media bagi Domain Persepsi

74

2.11 Syor-syor pembelajaran dan persembahan media bagi Domain Psikologikal

75

2.12 Persembahan Multimedia bagi Bahan Pembelajaran dan Alat Sokongan

76

2.13 Perwakilan Multimedia bagi Alat Sokongan Pembelajaran dan Kaedah Navigasi

77

2.13 Contoh Projek Yang Melibatkan Permodelan Pengguna

79

2.15 Contoh Projek Yang Melibatkan Permodelan Pengguna (samb.)

80

3.1 Jadual Tahap Konsistensi Dalaman Bagi

Cronbach’s Alpha

96

4.1 Hasil Komunikasi Melalui E-mail Dengan Peter Brusilovsky

105

4.2 Hasil Komunikasi Melalui E-mail Dengan Christian Wolf

106

4.3 Contoh Projek dan Pautan Kepada Demo Hasil Komunikasi Melalui E-Mail

(14)

xvii Dengan Christian Wolf

4.4 Perwakilan Multimedia Bagi Setiap Dimensi Gaya Pembelajaran

130

5.1 Taburan Sampel Pelajar Mengikut Politeknik

136

5.2 Taburan Sampel Pelajar Kajian Mengikut Peringkat Kajian

5.3 Taburan Sampel Pelajar Kajian Mengikut Gred Matematik (Mate.) Di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

137

5.4 Taburan Sampel Pelajar Kajian Mengikut Gred Matematik Tambahan (MTamb.) Di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 5.5 Taburan Sampel Pelajar Kajian Mengikut

Gred Sains Di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

138

5.6 Taburan Sampel Pelajar Kajian Mengikut Gred Fizik Di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

5.7 Keputusan Ujian U Mann-Whitney Sampel Bebas Bagi Bahagian A

142

5.8 Keputusan Ujian U Mann-Whitney Sampel Bebas Bagi Bahagian B

(15)

xviii

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka Konseptual Kajian 12

2.1 Konsep Pengajaran Terancang Skinner 21

2.2 Fasa Kitaran Model Rekabentuk

Instruksional ADDIE

32

2.3 Fasa Kitaran Model Rekabentuk

Instruksional ASSURE

33

2.4 Spektrum konsep pengadaptasian 39

2.5 Taksonomi Brusilovsky 49

2.6 Model Pelajar janaan yang membentuk perbezaan individu

56

2.7 Metafora Bebawang Pendekatan Gaya

Pembelajaran

58

2.8 Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn 60

2.9 Dimensi Riding bagi gaya kognitif 61

2.10 Empat Skala Dwikutub Tak Selanjar MBTI

(16)

xix

2.11 Model Gaya Pembelajaran Kolb 65

2.12 Model Gaya Pembelajaran Honey dan

Mumford

66

2.13 Bahan dan alat pembelajaran bagi

i-Weaver

74

3.1 Rekabentuk Kajian bagi i-Digiweb 89

3.2 Contoh Paparan Bahagian Pertama

Maklumbalas Media Bagi Laman Adaptif

92

3.3 Contoh Paparan Bahagian Kedua

Maklumbalas Media Bagi Laman Adaptif

93

3.4 Contoh Paparan Maklumbalas Media Bagi Laman Statik

94

3.5 Contoh Paparan Ujian-Pos Bagi Laman

Adaptif & Laman Statik

3.6 Carta Alir bagi situasi pembelajaran

laman adaptif

99

3.7 Carta Alir bagi situasi pembelajaran

laman statik

100

3.8 Bilangan Sampel Pelajar Mengikut

Peringkat Saringan

103

(17)

xx i-Digiweb

4.2 Laman Utama bagi Laman Kajian

i-Digiweb

115

4.3 Borang Login Laman Penyelidikan

i-Digiweb

4.4 Maklumbalas Gagal Memilih Jenis

Persekitaran Pembelajaran

116

4.5 Paparan Maklumbalas Kerana Tidak

Memasukkan Id Pengguna Atau Katalaluan

4.6 Maklumbalas Pengguna Baru Bagi

Pengguna Laman Statik

117

4.7 Maklumbalas Bagi Laman Statik jika

Login Berjaya

4.8 Maklumbalas Pengguna Baru Bagi

Pengguna Laman Adaptif

118

4.9 Contoh Paparan Laman Soalselidik

mengenai Gaya Pembelajaran bagi Laman Pembelajaran Adaptif

4.10 Profil Gaya Pembelajaran Bagi Sampel Pelajar

119

4.11 Struktur Asas Mekanisma Laman Pembelajaran Adaptif

(18)

xxi

4.12 Papan Awal Laman Pembelajaran Statik 121 4.13 Paparan Laman Sub Topik bagi Sesi

Pembelajaran

4.14 Paparan Awal Laman Pembelajaran Statik

122 4.15 Contoh Paparan Bahagian Bawah

Sub-Topik Seterusnya bagi Sesi Pembelajaran Statik

4.16 Contoh Paparan Bahagian Bawah Sub-Topik Terakhir Sesi Pembelajaran Statik 4.17 Contoh Paparan bagi Pautan Laman

Pembelajaran Adaptif

123

4.18 Contoh Paparan bagi Menukar Gaya Pembelajaran

4.19 Borang Pengesahan Untuk keluar Dari Laman Pembelajaran

124

4.20 Paparan Awal Laman Pembelajaran Adaptif - Global

4.21 Contoh Paparan menu Pepohon bagi Laman Pembelajaran untuk Pengguna Global

125

4.22 Contoh Paparan bagi Bahan Pembelajaran Laman Adaptif

(19)

xxii

4.23 Alatan Pembelajaran Aktif: Soalan Kefahaman

127

4.24 Alatan Pembelajaran Reflektif : Alatan Mengambil Nota

128

4.25 Alatan Pembelajaran Pancaindera : Alat Latihan Kendiri Interaktif

129

4.26 Alatan Pembelajaran Intuisi : Alatan Katakunci

166

4.27 Binaan Mekanisma Laman Web Adaptif Bagi i-Digiweb

131

5.1 Peratus Taburan Sampel Pelajar Di Politeknik Kota Bharu Mengikut Dimensi Gaya Pembelajaran

139

5.2

5.3

Peratus Taburan Sampel Pelajar Di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Mengikut Dimensi Gaya Pembelajaran Peratus Taburan Sampel Pelajar Di Politeknik Sultanah Bahiyah Mengikut Dimensi Gaya Pembelajaran

140

5.4 Peratus Taburan Sampel Pelajar Kajian Mengikut Dimensi Gaya Pembelajaran

141

5.5 Rating Media Di Kalangan Sampel Pelajar Yang Menyatakan Media

(20)

xxiii Pembelajaran Adalah Berfaedah

5.6 Tahap Kepuasan Bagi Sampel Pelajar Yang Menyatakan Media Pembelajaran Adalah Berfaedah

147

5.7 Tahap Penguasaan Bagi Sampel Pelajar Yang Menyatakan Media Pembelajaran Adalah Berfaedah

(21)

xxiv

SENARAI LAMPIRAN

A PERHUBUNGAN E-MAIL DENGAN

PAKAR – RICHARD M. FELDER

180 B Terjemahan ”Index of Learning Stles

(ILS)

182

C PENDAPAT PAKAR BIDANG –

PAKAR 1 & PAKAR 2

189

D Panduan Pengguna Laman Penyelidikan

Adaptif

193

E Panduan Pengguna Laman Penyelidikan

Statik 197 F KELULUSAN MELAKUKAN PENYELIDIKAN DI POLITEKNIK 200

G Analisis Reliabiliti bagi Laman Pembelajaran i-Digiweb

202

H Data Kualitatif Kajian 208

I Contoh Laporan Pengesyoran Gaya Pembelajaran : Felder & Rebecca (2005)

(22)

xxv

J KOD SUMBER LAMAN WEB

PENYELIDIKAN i-Digiweb

(23)

BAB I

PENGENALAN

1.1 Peranan ICT Sebagai Teknologi Penyebaran Maklumat

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tidak dapat dinafikan telah memberi impak yang besar kepada semua aspek kehidupan. ICT telah memainkan peranan terutamanya sebagai sumber maklumat, medium untuk memindahkan maklumat, dan memberikan makna kepada proses interaksi atau dialog. Peranan ini menjadi begitu bermakna terutamanya dengan kemunculan medium penyebaran maklumat yang berbentuk multimedia dan teknologi Internet. Teknologi Internet membolehkan komunikasi boleh berlaku tanpa mengira sempadan tempat dan waktu. Semasa mula diperkenalkan, Internet mempunyai hanya satu tujuan iaitu berkongsi maklumat. Hari ini teknologi Internet telah dikembangkan dan digunakan dalam segenap aspek kehidupan iaitu dari aspek komunikasi (forum diskusi), membelibelah, perbankan dan aspek perkhidmatan global lain seperti mengawal suhu, lampu dan peranti-peranti lain di rumah dengan menggunakan antaramuka dari telefon mudah alih kepada monitor komputer dan seterusnya paparan bersaiz dinding.

Bidang pendidikan juga turut menerima impak yang sama. Satu kaedah pembelajaran baharu telah dihasilkan di dalam bidang pendidikan dengan sokongan Internet. Kaedah pembelajaran ini dinamakan pembelajaran. Secara umumnya e-pembelajaran adalah kaedah e-pembelajaran yang menggunakan segala kemudahan yang ada di dalam ICT di dalam mendapatkan maklumat yang baharu atau menambahkan ilmu pengetahuan yang sediada. Kaedah pembelajaran ini mempunyai

(24)

2

banyak kelebihan dan telah menarik ramai penyelidik terdahulu untuk membuat penyelidikan mengenainya.

Perkembangan ICT telah membolehkan kewujudan mod atau kaedah pembelajaran yang baharu iaitu e-pembelajaran. Kemunculan e-pembelajaran telah menggalakkan para penyelidik untuk melaksanakan penyelidikan demi penyelidikan bagi membolehkan proses pembelajaran menjadi lebih menarik, bersimulasi, dan bermakna kepada pelajar. E-pembelajaran juga telah membolehkan berlakunya peningkatan prestasi dan membolehkan atmospiar pembelajaran yang bersesuaian dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan dengan mengambilkira bahawa pelajar-pelajar adalah merupakan individu yang berbeza dari segi latarbelakang, pengetahuan, pengalaman ruang-hiper, pengesyoran, sasaran, dan gaya pembelajaran.

1.2 Latarbelakang Masalah

Di dalam huraian sebelum ini, e-pembelajaran telah dilihat sebagai mod pembelajaran baharu yang sesuai untuk diaplikasikan bagi mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dengan kemunculan teknologi Internet, perkembangan e-pembelajaran menjadi semakin ketara dan telah menarik minat penyelidik dari pelbagai bidang untuk membuat pelbagai penyelidikan mengenainya. Dengan sokongan pelbagai penyelidikan ini, e-pembelajaran sedikit demi sedikit telah mula mengambilalih kaedah pengajaran yang menggunakan medium "kapur-dan-cakap" dan juga transparensi projektor overhead (OHP). Di dalam situasi pengajaran dan pembelajaran tradisi, guru juga bertindak sebagai pengawal proses pengajaran dan pelajar pula hanya mendengar kuliah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran sebegini cenderung untuk menjadikan pelajar adalah merupakan seorang yang pasif dan hanya memainkan peranan yang kecil di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Damodharan, V. S. dan Rengarajan,V. (2013) telah menyenaraikan kelemahan kelemahan kaedah penyampaian maklumat tradisional ini seperti yang disenaraikan di bawah:

(25)

3

ii.) Tindakbalas dan maklumbalas pelajar adalah tidak diambilkira di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

iii.) Bahan yang dibentangkan hanya berdasarkan nota pensyarah dan buku teks. iv.) Pengajaran dan pembelajaran tertumpu kaedah "pasang dan main" dan

bukannya aspek praktikal.

v.) Tulisan tangan pensyarah menentukan hasil pengajaran dan pembelajaran. vi.) Interaksi yang tidak mencukupi di antara tenaga pengajar dengan

pelajar-pelajar di dalam kelas.

vii.) Penekanan lebih banyak diberikan kepada teori tanpa kehidupan nyata, praktikal dan situasi semasa.

viii.) Pembelajaran dari hafalan tetapi tidak memahami. ix.) Beorientasikan markah bukannya hasil.

Berdasarkan kepada kelemahan-kelemahan kaedah penyampaian maklumat tradisonal yang telah dihuraikan para penyelidik terdahulu di bidang teknologi pendidikan telah membuat banyak penyelidikan bagi mengatasi kelemahan ini. Kaedah penyampaian bahan pengajaran dan pembelajaran secara beransur telah

berubah dari hanya menggunakan kaedah “kapur dan cakap” kepada kaedah

penyampaian yang dibantu oleh bahan dan strategi pengajaran yang berbentuk multimedia. Ianya dapat dilaksanakan hasil dari perkembangan e-pembelajaran yang mendapat sokongan dari kemajuan pesat di dalam bidang perkomputeran.

Pada peringkat permulaannya, penyampaian bahan dan strategi pembelajaran yang berbentuk multimedia adalah berbentuk perisian “stand-alone”. Shivhare, M.

dan Tuteja, S. (2011) berpendapat di antara kebaikan perisian sebegini adalah memperkayakan kesan persembahan teks, mempertingkatkan kualiti persembahan dan mengekalkan perhatian penonton. Ianya boleh diguna, dioperasi dan diubahsuai dengan cepat dan mudah. Walaubagaimanapun, mereka berdua berpendapat penggunaan multimedia ini masih mempunyai beberapa kekangan iaitu ianya tidak interaktif jika hanya berbentuk komunikasi sehala dan tiada maklumbalas, kompleks untuk dibina, penggunaan masa, dan penggunaannya juga melibatkan kos yang mahal.

Perkembangan di dalam teknologi maklumat dan komunikasi dan peningkatan pengaplikasian e-pembelajaran di seluruh dunia telah mewujudkan keperluan untuk menstruktur semula persekitaran pembelajaran berasaskan web yang

(26)

4

menjadi satu flatform penting untuk penyampaian pendidikan jarak jauh. Keperluan ini dapat direaliasikan dengan kemunculan teknologi hiperteks yang kemudiannya disusuli oleh teknologi hipermedia yang muncul hasil dari sokongan teknologi Internet dan dikenali juga sebagai teknologi berasaskan web. Somyurek, S. (2015) bagaimanapun telah menyatakan bahawa satu dari kritikan utama terhadap persekitaran pembelajaran berasaskan web tradisi adalah ketidakmampuan sistem semasa untuk memenuhi kehendak dan pengesyoran pengguna yang berbeza. Ini adalah kerana menurut Milićević et al. (2011) kebanyakan sistem e-pembelajaran yang biasa memaparkan kandungan dan bahan pendidikan di dalam cara yang sama untuk semua pelajar, membenarkan mereka memilih laluan pembelajaran sendiri di mana ianya tidak semestinya yang paling efektif di dalam terma pengetahuan sedia ada atau kehendak. Di antara kelemahan sstem e-pembelajaran ataupun hipermedia tradisi adalah:

i.) Sebahagian besar hipermedia secara semulajadinya adalah huru-hara (chaotic).

ii.) Masalah yang timbul adalah disebabkan oleh penyimpanan dan proses mendapatkan semula data yang besar.

iii.) Kekeliruan: Apabila pengguna mengakses maklumat, beliau dengan mudah boleh mengelirukan dirinya memandangkan ruang lingkup maklumat yang luas.

iv.) Lebihan-Lampau (Overhead) Kognitif: Untuk kekal berorientasikan, tahap penglibatan pengguna harus agak tinggi, yang membawa peningkatan di dalam lebihan-lampau kognitif.

Semua kekangan sistem hipermedia yang telah dihuraikan telah menarik minat para penyelidik untuk mencari kaedah alternatif dengan membuat banyak penyelidikan. Semua penyelidikan ini telah menyebabkan berlakunya anjakan di dalam penyampaian bahan dan strategi pembelajaran dari yang berasaskan memori kepada pendidikan yang mengsimulasikan pemikiran, kreativiti, dan mengambilkira kebolehan dan gaya pembelajaran individu.. Kaedah penyampaian maklumat sebegini adalah melibatkan proses personalisi dan ianya sesuai untuk pembelajaran secara individu di mana kandungan dan strategi pembelajaran dipadan dengan data pengguna individu. Guru kini telah bertindak sebagai fasilitator manakala pelajar

(27)

5

pula telah bertindak sebagai penerima maklumat yang aktif dan sebagai kolabrator di dalam proses pembelajaran.

Salah satu bidang yang membolehkan ianya melibatkan proses personalisi dan ianya sesuai untuk pembelajaran secara individu adalah hipermedia adaptif. Penyelidikan mengenai hipermedia adaptif adalah bermula dengan beberapa penyelidikan permulaan yang dilakukan ke atas hiperteks adaptif pada awal 1990an. Ianya telah menarik ramai penyelidik dari pelbagai bidang seperti hiperteks, permodelan pengguna, pembelajaran mesin, penjanaan bahasa semulajadi, pencarian maklumat, sistem tutor pintar, sains kognitif, dan pendidikan berasaskan web. Paramythis, A., & Reisinger, S. L. (2004 (2004) yang menyatakan bahawa kesedaran

semakin memuncak tentang manfaat potensi pengadaptivitian dalam e-pembelajaran dan telah didorong terutamanya oleh kesedaran bahawa pembelajaran individu yang ideal (iaitu, pembelajaran dipadankan dengan keperluan dan keutamaan individu tertentu) tidak boleh dicapai terutama pada skala besar dengan menggunakan pendekatan tradisional.

Carabaneau et al. (2006) juga menyatakan pendapat yang sama mengenai pembelajaran secara individu. Ketiga-tiganya juga telah menggariskan kegunaan persekitaran pembelajaran adaptif dengan menyatakan bahawa persekitaran pembelajaran dianggap adaptif jika ia mampu memantau aktiviti pengguna, mentafsirkan berdasarkan model domain yang khusus, membuat kesimpulan tentang keperluan pengguna dan pengesyoran bersandarkan kepada aktiviti-aktiviti yang ditafsirkan, sesuai mewakilinya di dalam model yang berkaitan dan akhirnya bertindak atas pengetahuan serta bahan kursus yang sedia ada pada pengguna untuk memudahkan proses pembelajaran yang dinamik.

Al-Azawei, A. dan Badli, A. (2014) berpendapat persekitaran pembelajaran adaptif boleh memainkan peranan dalam menggalak dan meningkatkan prestasi pembelajaran. Kedua-dua mereka seterusnya berpendapat sasaran yang boleh dicapai melalui persekitaran pembelajaran adaptif adalah banyak iaitu meningkatkan asimilasi kandungan pembelajaran, mengurangkan lupa, memotivasikan pelajar, menyediakan pelajar dengan pilihan fleksibel untuk membangunkan strategi pembelajaran autonomi, membimbing pelajar untuk laluan yang optimum, menangani isu beban kognitif, mengurangkan kos pembelajaran dan meningkatkan 'kebolehgunaan’ sistem.

(28)

6

Hasil kerja Peter Brusilovsky dan rakan-rakan penyelidik yang lain telah menghasilkan dua huraian mengenai sistem pembelajaran hipermedia adaptif. Kedua-dua huraian ini telah menjadi garis panduan bagi ramai para penyelidik di dalam bidang hipermedia adaptif. Pertamanya, sistem pembelajaran hipermedia adaptif adalah terdiri dari dua model iaitu model domain dan model pelajar. Model domain adalah terdiri set atau cebisan pengetahuan yang disampaikan melalui sistem pembelajaran. Model pelajar pula adalah terdiri pengalaman ruang hiper, gaya pembelajaran, sasaran, pengesyoran, dan pengetahuan pengguna. Keduanya, pembinaan sistem pembelajaran hipermedia adaptif adalah melibatkan dua jenis teknologi pengadaptasian iaitu persembahan adaptif dan sokongan navigasi adaptif. Teknologi persembahan adaptif adalah terdiri dari teknologi adaptasi teks, dan teknologi multimedia adaptif. Teknologi sokongan navigasi adaptif pula adalah terdiri dari penyembunyian pautan, penyusunan, anotasi, panduan terus, dan pengadaptasian peta hiperteks.

Kedua-dua huraian mengenai sistem pembelajaran hipermedia adaptif ini menunjukkan bahawa pembangunan sistem pembelajaran hipermedia adaptif adalah merupakan suatu proses yang rumit memandangkan ianya melibatkan penggunaan kaedah yang eksklusif di dalam penentuan unsur-unsur adaptif dan pendidikan. Pendapat ini telah disokong oleh Berlanga, A. J. dan Garcia, F. J. (2008) yang berpendapat walaupun manfaat dan potensi persekitaran pembelajaran adaptif di dalam konteks pendidikan adalah jelas, penggunaannya dalam konteks pembelajaran sebenar masih jarang berlaku. Situasi ini berlaku adalah kerana kerumitan pembangunannya, penggunaan kaedah yang eksklusif untuk menentukan unsur-unsur adaptiviti dan pendidikan, dan kekurangan interoperasi di kalangan kursus dan aplikasi.

Alasan-alasan ini sebenarnya telah mewujudkan satu keperluan terhadap sistem pembelajaran adaptif yang dibina berasaskan kepada kerangka konseptual yang lebih jelas bagi memudahkan kefahaman tentang konsep sistem pembelajaran adaptif dan seterusnya menggalakkan perluasan penggunaannya di dalam situasi pengajaran dan pembelajaran seharian. Pembinaan sistem pembelajaran adaptif sebegini adalah bagi memenuhi kehendak pelajar yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang sederhana, kemahiran mengendalikan sistem pembelajaran berkomputer yang minimum, sesuai untuk dijadikan sebagai projek individu, dan ianya boleh dibangunkan oleh individu yang mempunyai kemahiran pengaturcaraan

(29)

7

yang sederhana. Ini semua dapat dicapai dengan terhasilnya kerangka konseptual kajian yang dihasilkan setelah kajian literatur yang mendalam terhadap bidang-bidang yang berkaitan dengan sistem pembelajaran hipermedia adaptif dan telah melalui beberapa peringkat pengemaskinian dan penambahbaikan.

1.3 Matlamat Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan pemadanan di antara persembahan multimedia dengan gaya pembelajaran di dalam pembangunan laman web adaptif terhadap tahap kepuasan dan tahap penguasaan pelajar kejuruteraan elektrik. Sasaran kajian ini adalah untuk mencari mekanisma bagi merealiasasikan pembangunan laman web adaptif di mana persembahan multimedianya dipadankan mengikut profil gaya pembelajaran seseorang pengguna. Laman web adaptif ini berfungsi sebagai prototaip sistem tutorial secara atas talian bagi sampel pelajar yang telah mengikuti kuliah subjek Sistem Berdigit. Pembangunannya bertujuan untuk mengukuhkan pengetahuan yang sedia ada melalui pembelajaran secara kendiri tanpa kehadiran tenaga pengajar.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini telah meneroka dan menyelidik dan seterusnya membangunkan persekitaran pembelajaran adaptif berasaskan web bagi mencapai objektif-objektif seperti di bawah:

(a) Membangunkan satu laman web adaptif di mana bahan, alat pembelajaran, dan strategi pembelajaran dipersembahkan secara multimedia yang interaktif dan dipadan dengan setiap dimensi bagi gaya pembelajaran (aktif-reflektif, pancaindera-intuitif, visual-verbal, berjujukan-global) individu.

(b) Mengenalpasti kesan pengunaan laman web adaptif terhadap tahap kepuasan yang diperolehi dari hasil analisa terhadap maklumbalas pelajar terhadap

(30)

8

persembahan multimedia yang telah dipersembahkan sepanjang sesi pembelajaran.

(c) Mengenalpasti kesan pengunaan laman web adaptif terhadap tahap penguasaan pelajar yang diperolehi dari ujian pencapaian yang dijawab oleh pelajar selesai melayari setiap bahagian topik pembelajaran.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian yang ditumpukan kepada proses meneroka dan menyelidik bagi membangunkan satu persekitaran pembelajaran adaptif berasaskan web ini dilaksanakan adalah bagi menjawab tiga persoalan kajian seperti berikut:

(a) Persembahan multimedia yang bagaimanakah yang sesuai dengan sesuatu

dimensi bagi gaya pembelajaran (aktif-reflektif, pancaindera-intuitif, visual verbal, berjujukan-global) di dalam pembangunan laman web adaptif?

(b) Apakah mekanisma-mekanisma (struktur binaan) yang perlu digunakan untuk mengadaptasikan persembahan multimedia dengan profil gaya pembelajaran seseorang pelajar?

(c) Sejauh manakah kesan pembangunan laman web adaptif terhadap tahap kepuasan pelajar yang diperolehi dari hasil analisa terhadap maklumbalas pelajar terhadap persembahan multimedia yang telah dipersembahkan sepanjang sesi pembelajaran?

(d) Sejauh manakah kesan pembangunan laman web adaptif terhadap tahap penguasaan pelajar yang diperolehi dari ujian pencapaian yang dijawab oleh pelajar selepas selesai melayari setiap bahagian topik pembelajaran?

(31)

9 1.6 Skop Kajian

Kajian ini telah menumpukan kepada persoalan bagaimana bahan dan strategi pembelajaran sesuatu laman web dapat dipadankan secara pintar berdasarkan kepada gaya pembelajaran seseorang pelajar bagi membangunkan satu prototaip laman web adaptif yang berfungsi sebagai sistem tutorial interaktif yang boleh dibangunkan oleh seorang individu dan untuk diguna oleh seorang individu. Kajian ini juga adalah dibangunkan khusus bagi tiga topik bagi matapelajaran Sistem Berdigit.

Politeknik Kota Bharu, Politeknik Sultanah Bahiyah, dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin telah menjadi sampel bagi politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menawarkan matapelajaran Sistem Berdigit sebagai matapelajaran teras untuk tahun pertama bidang kejuruteraan elektrik yang berbentuk abstrak dan sukar difahami oleh pelajar.

Pemilihan matapelajaran ini juga adalah didorong oleh faktor pengalaman mengajar matapelajaran ini selama lebih dari 5 tahun. Ianya adalah amat berguna terutamanya di dalam proses penentuan pengesyoran setiap gaya pembelajaran kepada bentuk multimedia yang sepadan.

1.7 Kepentingan Kajian

Pembelajaran yang menyerapkan kaedah e-pembelajaran mempunyai banyak kelebihannya. Kelebihan-kelebihan ini dapat dilihat melalui satu kajian iaitu Elearning In Non-Profits and Associations: The 2005 Nonprofit and Association Elearning Survey Results (LearnSomething & N-TEN, 2005). Soalselidik yang telah dijalankan secara kerjasama di antara LearnSomething dan N-TEN ini telah mendapati kelebihan utama e-pembelajaran adalah seperti berikut:

a.) Kesesuaian untuk pengguna : 87.9 %.

b.) Mampu dicapai oleh lebih ramai pengguna : 75.8 %

c.) Kos lebih efektif berbanding dengan mod pembelajaran yang lain : 72.9 % d.) Memberi peluang kepada pelajar belajar sendiri : 64.5 %

(32)

10

Kelebihan-kelebihan penyerapan e-learning di dalam pengajaran dan pembelajaran ini seterusnya diperincikan lagi di dalam eLearner (2014). Di antara kelebihan-kelebihan tersebut adalah:

(a) Kerja kursus boleh dijadualkan di persekitaran kerja dan keluarga.

(b) Mengurangkan masa perjalanan dan kos perjalanan untuk pelajar luar kampus.

(c) Pelajar mungkin mempunyai pilihan untuk memilih bahan-bahan pembelajaran yang memenuhi tahap pengetahuan dan faedah mereka.

(d) Pelajar boleh belajar di mana-mana mereka mempunyai akses kepada sambungan komputer dan Internet.

(e) modul pembelajaran sendiri membolehkan pelajar bekerja pada kadar mereka sendiri.

(f) Boleh menampung gaya pembelajaran yang berbeza dan memudahkan pembelajaran melalui pelbagai aktiviti.

(g) Membangunkan pengetahuan Internet dan komputer kemahiran yang telah membantu pelajar sepanjang hidup dan kerjaya mereka.

(h) Berjaya menamatkan kursus dalam talian atau berasaskan komputer membina pengetahuan diri dan keyakinan diri dan menggalakkan pelajar untuk mengambil tanggungjawab di dalam pembelajaran mereka.

(i) Pelajar boleh menguji atau mengurangkan tumpuan terhadap bahan-bahan yang sudah dikuasai dan menumpukan usaha untuk menguasai maklumat dan atau kemahiran yang baharu.

Dengan berdasarkan kepada dapatan dua kajian yang telah dilakukan di atas,kepentingan kajian di bidang ini bagi pelajar kejuruteraan elektrik umumnya dan pelajar di politeknik khususnya adalah disenaraikan di bawah:

i.) kerangka konseptual kajian telah direkabentuk dan dipadankan khusus untuk pelajar kejuruteraan elektrik di politeknik dengan berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan oleh penyelidik terdahulu.

ii.) pengaplikasian kerangka konseptual yang sepadan telah dilaksanakan di dalam merekabentuk satu prototaip persekitaran pembelajaran adaptif yang terdiri dari bahan, alatan pembelajaran, dan kaedah navigasi.

(33)

11

iii.) cadangan kajian ini adalah untuk menunjukkan gaya pembelajaran sebagai satu elemen yang boleh dipadankan mengikut konteks pembelajaran dan boleh dibina secara fleksibel dan bukannya statik.

iv.) satu pendekatan pengadaptasian yang inovatif di mana bahan pembelajaran, alatan pembelajaran dan kaedah navigasi telah dipadankan dengan setiap elemen gaya pembelajaran dan dipersembahkan di dalam bentuk multimedia yang interaktif bagi menyeditelah pengesyoran yang terbantu.

Semua kepentingan yang digariskan di atas diharap telah menjadi sesuatu yang bernilai kepada pengkaji dan pengamal di dalam bidang-bidang pembelajaran multimedia, hipermedia adaptif, dan gaya pembelajaran. Penyelidik boleh menggunakan semua kepentingan ini sebagai satu permulaan untuk penyelidikan yang telah datang manakala pengamal adalah dialu-alukan untuk menggunakan kerangka konseptual termasuklah juga persekitaran pembelajaran adaptif bagi laman kajian i-Digiweb di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.8 Kerangka Konseptual Kajian

Kerangka utama projek bagi kajian ini adalah diasaskan kepada kenyataan dan hasil kerja Brusilovsky, P. (2003) yang telah menyatakan bahawa sistem hipermedia adaptif adalah terbina dari dua model iaitu model domain dan model pelajar. Dua topik utama di dalam subjek Sistem Berdigit dan Model Gaya Pembelajaran Felder-Silverman masing-masing telah dipilih sebagai model domain dan model pelajar bagi kajian ini. Profil awal seseorang pelajar bagi laman adaptif adalah didapati hasil dari indeks mengenai gaya pembelajaran yang diasaskan oleh Richard M. Felder dan Barbara A. Solomon. Huraian mengenai Model Gaya Pembelajaran Felder-Silverman juga telah menyediakan pengesyoran bahan dan strategi pembelajaran yang sepatutnya digunakan oleh pelajar semasa sesi pembelajaran. Ini membolehkan persembahan multimedia pada laman web yang dibangunkan sepadan dengan profil gaya pembelajaran individu. Memandangkan laman web adaptif yang dibangunkan adalah terbina dari bahan pembelajaran, kaedah navigasi, dan alatan pembelajaran berbentuk persembahan multimedia maka Teori Pembelajaran Multimedia juga perlu

(34)

12

diserapkan di dalam pembangunan laman web bagi kajian ini. Teori ini adalah berasaskan hasil kerja Richard E. Mayer dan rakan-rakan penyelidik yang lain mengenai teori kognitif pembelajaran multimedia. Berasaskan kepada teori-teori ini, sesuatu syor mengenai persembahan multimedia (terdiri dari bahan dan strategi pembelajaran) telah direkabentuk. Ketiga-ketiga teori yang terdapat pada kerangka konseptual kajian ini telah memudahkan kefahaman tentang konsep laman pembelajaran adaptif dan seterusnya telah membolehkan projek bagi kajian ini sesuai dijadikan sebagai projek individu dan juga sesuai untuk digunakan oleh kumpulan sasar iaitu pelajar kejuruteraan elektrik atau elektronik peringkat sijil atau diploma di politeknik-politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.

Fasa 2:

Keberkesanan Instrumen

Rajah 1.1: Kerangka Konseptual Kajian

Satu laman web lain juga telah dibina sebagai laman web kawalan di mana ianya direkabentuk menggunakan teks dan gambarajah semata-mata tanpa adanya kawalan audio. Laman web ini dinamakan laman web statik. Seterusnya data yang dikumpul hasil pembelajaran melalui laman web adaptif telah dibandingkan dengan

Teori Pembelajaran Multimedia (Mayer, E. R.) Teori Hipermedia Adaptif (Brusilovsky, P.) Model Domain (Sistem Berdigit) Model Pelajar (Gaya Pembelajaran) Model Gaya Pembelajaran Felder-Silverman Laman Pembelajaran Adaptif Bahan Pembelajaran (Visual/Verbal Kaedah Navigasi (Berjujukan/Global) Kesan Pembangunan laman web terhadap; 1. Tahap Kepuasan 2. Tahap Penguasaan Alatan

Pembelajaran (Aktif/Reflektif)

(Pancaindera/Intuisi) Kesan Pembangunan laman web terhadap; 1. Tahap Kepuasan 2. Tahap Penguasaan Laman Pembelajaran

Statik (teks dan gambarajah tanpa kawalan audio) Fasa 1: Pembangunan

(35)

13

data yang dikumpul hasil pembelajaran laman web statik bagi mengukur sejauhmana keberkesanan proses pembelajaran melalui laman web adaptif adalah lebih baik berbanding dengan laman web statik dan diukur melalui dua pembolehubah iaitu tahap kepuasan dan tahap penguasaan.

Kesimpulannya, kerangka konseptual kajian ini menunjukkan bahawa kajian ini adalah melibatkan dua fasa iaitu fasa pembangunan dan juga fasa keberkesanan instrumen. Hasil analisa terhadap data yang telah dikumpulkan seterusnya telah digunakan membuat satu rumusan sejauhmanakah laman web adaptif telah memberi kesan terhadap tahap kepuasan dan penguasaan sampel pelajar.

1.9 Istilah Pengoperasian

(a) Laman Web Adaptif: Satu laman web pembelajaran yang telah menerapkan

gaya pembelajaran individu dan pengesyoran pengguna secara dinamik di dalam penyediaan bahan pembelajaran, kaedah navigasi, dan alatan pembelajaran.

(b) Laman Web Statik: Satu laman web pembelajaran yang hanya menerapkan teks tanpa kawalan audio di dalam penyediaan bahan pembelajarannya. (c) Metakognitif: Pengetahuan mengenai proses kognitif seseorang.

(d) Persembahan Multimedia: Penyampaian maklumat yang melibatkan pergabungan pelbagai media seperti teks, gambar, animasi, audio dan video. (e) Interaktiviti merujuk kepada kebolehan program komputer untuk

bertindakbalas dengan aktiviti pengguna.

(f) Teori Pembelajaran: Sejumlah sintesis pemerhatian yang bekait dengan aksi pembelajaran. Ia adalah alat penyelidikan dan oleh itu tidak ada yang betul ataupun yang salah sebaliknya samada berguna atau tidak.

(g) Teknik Pembelajaran: Aplikasi teori-teori pembelajaran yang

bermatlamatkan bagi meningkatkan dan memperlengkapkan aksi pembelajaran.

(h) Gaya pembelajaran: Sesuatu kaedah yang menjadi sifat dan amalan di

dalam mendapatkan pengetahuan, kemahiran atau perubahan sikap melalui proses pembelajaran.

(36)

14

(i) Pelajar Kejuruteraan Elektrik: Pelajar tahun pertama dari politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengikuti program kejuruteraan elektrik atau elektronik peringkat sijil atau diploma.

(37)

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Pembangunan laman web adaptif adalah agenda utama di dalam kajian ini sebagaimana yang telah ditunjukkan di dalam kerangka konseptual kajian ini pada Bab 1. Huraian di dalam bab ini telah difokuskan kepada topik-topik yang diperlukan untuk membolehkan laman web adaptif dibangunkan sebagai satu instrumen utama di dalam menjayakan kajian ini. Bab ini dimulakan dengan huraian ringkas tentang perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia. Seterusnya huraian ditumpukan pula kepada beberapa topik seperti teori pembelajaran, teori pembelajaran multimedia, teori pembangunan pengajaran, e-pembelajaran, teknologi pengadaptasian, sistem hipermedia, gaya pembelajaran, dan perwakilan multimedia bagi gaya pembelajaran. Akhir sekali bab ini diakhiri dengan menyoroti beberapa contoh projek hipermedia adaptif yang telah direkabentuk oleh penyelidik yang terdahulu.

2.2 Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Malaysia

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah sub sektor pendidikan yang berkaitan dengan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran untuk dunia pekerjaan. Ianya adalah sub sektor pendidikan dan latihan yang pelbagai dan

(38)

16 terdiri daripada pembelajaran secara formal, dan tidak formal. Ianya membangunkan kemahiran dan pengetahuan daripada peringkat asas hinggalah ke peringkat lanjutan, dan membentuk attitud pelatih. Ianya kadang kala dirujuk sebagai cabang pendidikan di mana pelatih membangunkan kepakaran secara terus di dalam kumpulan teknik yang tertentu.

Pengajian Teknikal dan Vokasional di Malaysia telah bermula dengan penubuhan Sekolah Teknik Treacher di Kuala Lumpur pada tahun 1906. Pada ketika itu, ianya berfungsi untuk melatih juruteknik Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya. Walaubagaimanapun Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) di Malaysia hanya bermula pada tahun 1926 dengan penubuhan Sekolah Ketukangan yang pertama. Seiring dengan perkembangan sains dan teknologi yang memerlukan sumber tenaga kerja di dalam pelbagai bidang, PTV telah berkembang dengan begitu pesat.

Menurut Hassan, M. N. A. (2003), semenjak penstrukturan secara besar-besaran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di dalam tahun 1995, Sistem Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (SLPTV) telah melaksanakan satu sistem reformasi meluas bagi strategi pendidikan dan latihannya. Beliau seterusnya menyatakan bahawa setelah mencatatkan banyak pencapaian, penekanan reformasi yang terbaru adalah untuk menyediakan capaian yang lebih, kecekapan dan keberkesan, dan kebertanggungjawaban supaya isu-isu yang berkaitan dengan SLPTV dapat diselesaikan. Isu-isu yang dimaksudkan adalah bagi memenuhi keperluan-keperluan yang berikut:

(i) satu sistem SLPTV awam yang baik, cekap dan berkesan (ii) pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan pelajar

(iii) pelajar-pelajar mengambil tanggungjawab untuk pembelajarannya sendiri dan menjadi lebih berkemampuan untuk diadaptasikan mengikut perubahan teknologi dan permintaan kerja.

Bagi memenuhi keperluan-keperluan tersebut, beberapa perubahan telah dilakukan ke atas SLPTV dari masa ke semasa. Pada tahun 2004, rombakan kabinet yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi telah memecahkan SLPTV mengikut tahap pengajian. Sekolah-sekolah teknik dan vokasional telah diletakkan di bawah Jabatan Pendidikan Teknikal (kini

(39)

17 Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional) di bawah KPM. Politeknik dan kolej komuniti pula telah diletakkan di bawah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM). Kini jabatan ini telah dipecahkan kepada dua iaitu Jabatan Pendidikan Politeknik dan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. Kedua-duanya adalah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perkembangan pesat di bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sememangnya telah memberikan impak yang besar di dalam semua aspek kehidupan dan bidang pendidikan adalah salah satu aspek kehidupan yang turut merasai impaknya. Di Malaysia, ICT telah digunakan sebagai alat untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik, bermotivasi, bersimulasi dan bermakna kepada pelajar. Ini dicapai melalui anjakan pendidikan dari berasaskan memori kepada pendidikan yang mensimulasikan pemikiran, kreativiti, dan mengambilkira kebolehan dan gaya pembelajaran individu.

Bahagian Pengurusan Politeknik dan politeknik-politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengorak langkah ke arah ini dengan menubuhkan satu jawatankuasa pada 27 Mac 2001. Penubuhan jawatankuasa ini adalah bagi memodenkan proses pengajaran dan pembelajaran melalui program pembangunan sumber pengajaran dan pembelajaran di dalam bentuk multimedia dan telah berjaya menghasilkan beberapa buah CD bagi beberapa modul bagi subjek Sains (Bahagian Pengurusan Politeknik, 2003).

Selain dari bahan pembelajaran berbentuk CD, Internet juga telah mula menjadi saluran penyebaran maklumat yang utama di dalam semua aspek kehidupan termasuklah di bidang pendidikan. Hasil tinjauan rambang ke atas laman web institusi pendidikan awam dan swasta adalah didapati kesemuanya telah menyediakan capaian nota kuliah ataupun tutorial melalui Internet. Sebagai contoh, pengaplikasian kaedah pembelajaran secara maya di mana bahan-bahan kuliah, makmal, dan sebagainya dapat dimuat turun oleh pelajar melalui Internet. Selain dari itu, pelajar juga boleh berinteraksi dengan tenaga pengajar melalui Internet. Walaubagaimanpun, kaedah pembelajaran sebegini memerlukan penyelidikan dan kajian yang lebih mendalam bagi memastikan keberkesanan proses pembelajaran boleh berlaku.

Dengan bermatlamatkan untuk mencapai situasi proses pembelajaran yang lebih berkesan, Ismail, S. (2003) telah mengemukakan beberapa cadangan bagi

(40)

18 mengoptimumkan peranan yang dimainkan oleh ICT. Cadangan-cadangan tersebut adalah:

(a.) mengunakan strategi pembelajaran yang dicampur-adukkan mengikut kesesuaian untuk memastikan penguasaan bagi persaingan asas dan menggalakkan pembangunan holistik.

(b.) menyokong gaya pembelajaran individu untuk meningkatkan prestasi.

(c.) membantu persekitaran pembelajaran supaya bersesuaian dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berbeza.

(d.) membantu memastikan bahawa kanak-kanak dididik dengan kemahiran pemikiran yang kritis dan kreatif dan menyerapkan nilai-nilai yang bersesuaian. Contoh aplikasi bagi ICT di dalam bilik darjah adalah Sekolah Bestari.

Selain dari saranan-saranan di atas pada 19 September 2014 Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh telah melancarkan inisiatif MOOC untuk universiti-universiti awam / Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan tujuan untuk peningkatan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di IPTA, penjimatan kos, meletakkan kursus IPTA ke peringkat global, Visibiliti, Penarafan dan Penjenamaan IPTA di Malaysia, dan juga Pembelajaran Sepanjang Hayat.

MOOC adalah merupakan singkatan kepada Massive Open Online Course yang secara lengkapnya membawa maksud seperti berikut:

M - Massive : Mengambarkan pelajar yang ramai dalam sekitar puluhan ribu pelajar O - Open : Terbuka untuk masyarakat ramai tanpa sebarang yuran pendaftaran O - Online : Dikendalikan secara atas talian menggunakan kemudahan Internet C - Course : Merujuk kepada sesuatu kursus yang mempunyai tarikh permulaan dan tarikh tamat

Datuk Seri Idris Jusoh seterusnya berpendapat inisiatif ini bertujuan untuk memastikan pembelajaran secara atas talian dilaksanakan di IPTA dan juga untuk mengurang masa di kelas. Beliau telah berpendapat bahawa MOOC adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk IPTA memandangkan pelajar boleh mencapai subjek di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa melalui tapak web www.openlearning.com/Malaysianmoocs. Beliau seterusnya menyatakan bahawa untuk semester pertama di dalam sesi 2014 yang bermula pada 7 dan 8

(41)

19 September, seramai 16,000 telah menggunakan MOOC untuk subjek wajib bagi pelajar tahun pertama di IPTA iatu Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Hubungan Etnik, Keusahawanan, dan Kompetensi ICT. Akhirnya, beliau telah menganggarkan sebanyak 15% pembelajaran di IPTA akan dilaksanakan menggunakan konsep MOOC di tahun hadapan, dan ditingkatkan kepada 30% di dalam tahun 2020.

Semua cadangan-cadangan yang telah diberikan di dapati bertepatan dengan kecenderungan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan bagi pengajaran dan pembelajaran terutamanya bagi bidang pendidikan teknik dan vokasional (PTV) dengan menjadikannya lebih berpusatkan pelajar dan dibentuk oleh titik permulaan, keperluan, tujuan, pembelajaran mengikut pengesyoran, dan gaya pembelajaran yang disyorkan bagi seseorang individu (Hassan, M. N. A., 2003).

Oleh yang demikian, huraian seterusnya nanti akan ditumpukan kepada topik- topik iaitu pengaruh teori pembelajaran terhadap pembangunan bahab dan strategi pembelajaran, e-pembelajaran, teori pembelajaran multimedia, gaya pembelajaran, dan teori hipermedia adaptif. Semua topik-topik ini adalah menjadi kerangka kepada proses pembangunan sistem hipermedia adaptif.

2.3 Pengaruh Teori Pembelajaran Terhadap Pembangunan Bahan dan Strategi Pembelajaran

Teori pembelajaran adalah merupakan suatu hipotesis rumit yang menggambarkan sejauh mana wujudnya prosedur bagi maklumat diserap, diproses, dan dikekalkan. Ianya mempunyai dua nilai utama. Satu daripadanya adalah untuk menyediakan perbendaharaan kata dan rangka kerja konsep untuk mentafsirkan contoh pembelajaran yang diamati. Nilai yang satu lagi adalah nilai yang dicadangkan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang praktikal. Teori-teori ini bukannya menyediakan jalan penyelesaian, tetapi ianya lebih menjurus kepada pembolehubah yang penting di dalam mencari penyelesaian.

Terdapat tiga kategori utama atau kerangka falsafah di mana teori pembelajaran berada: behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Teori Behavorisme merupakan teori pembelajaran yang tertua. Behaviorisme hanya memfokuskan kepada aspek pembelajaran yang boleh dilihat secara objektif. Antara

(42)

20 tokoh-tokoh yang mengunakan pendekatan ini adalah B.F Skinner, Pavlov, J.B Watson, E. L Thorndike dan Bandura.

Teori Kognitivisme pula menekankan aspek bagaimanakah seseorang itu belajar dan juga apakah yang berlaku di dalam minda semasa proses pembelajaran.Antara tokoh-tokoh yang mengunakan pendekatan kognitivisme adalah Brunner, Piaget, Papert, Clarke, Winn, dan Keller. Seterusnya, golongan konstruktivisme pula berpendapat pembelajaran adalah satu proses di mana pelajar aktif membina idea-idea baru atau konsep. Tokoh-tokoh yang dapat dikaitkan dengan pendekatan konstruktivisma adalah John Dewey, Lev Vygotsky, Jean Piaget, Jerome Bruner, Seymour Papert, dan Mitchell Resnik.

Ketiga-tiga teori ini adalah penting di dalam menyediakan kerangka bagi pembangunan bahan dan strategi pembelajaran samada untuk pembelajaran berbentuk kelas yang biasa ataupun berbentuk persembahan multimedia. Oleh yang demikian, huraian yang seterusnya akan menghuraikan tentang bagaimanakah sejauhmana pengaruh teori-teori ini terhadap pembangunan bahan dan strategi pembelajaran.

2.3.1 Pengaruh Teori Behavorisme

Aplikasi bahan pembelajaran yang sesuai dibangunkan menggunakan pendekatan teori behavorisme ini adalah bahan pembelajaran di peringkat asas dan juga bagi pembangunan kemahiran. Harun, J., & Tasir, Z. (2003) telah menyenaraikan dengan terperinci bagaimanakah pengaruh teori pembelajaran ini telah diterapkan di dalam rekabentuk perisian bahan pengajaran.

(i) Perkataan yang digunakan semasa menulis objektif sesuatu perisian bahan pengajaran perlulah melambangkan perubahan tingkahlaku yang boleh diukur.

(ii) Bahan pembelajaran yang direkabentuk perlulah boleh memberikan sebanyak mungkin rangsangan kepada pelajar supaya pelajar akan bertindakbalas ke atas rangsangan yang diberikan bagi membolehkan proses pembelajaran berlaku.

(43)

21 (iii) Strategi pengajaran yang berbentuk latih tubi boleh digunakan untuk

mewakili konsep Pengajaran Terancang yang diperkenalkan oleh Skinner. (iv) Penyampaian isi pelajaran boleh dilaksanakan di dalam bentuk kerangka

Soalan-Jawapan. Secara ringkasnya ia adalah seperti yang di berikan di dalam Rajah 2.1.

Isi Pelajaran 1 Soalan 1 Jawapan 1

Rangsangan Rangsangan Maklumbalas

Rajah 2.1 : Konsep Pengajaran Terancang Skinner

(v) Perisian bahan pengajaran yang direkabentuk perlu memberikan motivasi kepada pelajar samada berjaya menjawab sesuatu soalan atau tidak di dalam bentuk pujian ataupun respons negatif yang boleh merangsang pelajar supaya terus berusaha.

(vi) Perisian bahan pengajaran yang menggunakan teori ini sebagai tulang belakang akan menyebabkan pengguna tidak mempunyai kuasa kawalan yang secukupnya terhadap pengguna media dan juga isi atau maklumat yang ingin dicapai kerana semuanya telah ditetapkan oleh pembangun perisian bahan pembelajaran.

(vii) Kelemahan di dalam (vi) akan menyebabkan pelajar menjadi mudah bosan dan kurang bermotivasi dan perisian juga tidak dapat mengambikira kepelbagaian pelajar yang mempunyai aras pengetahuan, gaya pembelajaran, dan latarbelakang pendidikan.

Sebagai kesimpulannya, pengaruh behaviorisme adalah sesuai untuk diterapkan bagi pembangunan bahan dan strategi pembelajaran asas yang berbentuk latih-tubi dan ianya boleh memberikan respons samada berbentuk positif ataupun negatif selepas pelajar selesai menjawab soalan latihan.

(44)

22 2.3.2 Pengaruh Teori Kognitivisme

Teori Kognitivisme menganggap proses pembelajaran bukan setakat menerima maklumat sahaja tetapi juga melibatkan penterjemahan, penggunaan, dan pengembangan semula maklumat tersebut secara berkesan. Jamalludin dan Zaidatun (2003) telah menyenaraikan beberapa cadangan yang praktikal dengan mengunakan pendekatan teori kognitivisme di dalam merekabentuk perisian bahan pengajaran iaitu:

(i) Perisian yang dibina perlulah mengunakan kaedah penyampaian yang berpusatkan pelajar dan mengunakan kaedah simulasi.

(ii) Kuantiti maklumat yang disampaikan pada sesuatu masa hendaklah di kawal agar ianya tidak melebihi muatan ingatan jangka pendek seseorang pelajar. Dari huraian tentang teori kognitivisme dapatlah disimpulkan bahawa bentuk aplikasi bahan pembelajaran sesuai dibangunkan berasaskan pendekatan teori ini adalah perisian yang berpusatkan pelajar dan menggunakan kaedah simulasi serta mengambira kira faktor kemampuan pelajar untuk menerima maklumat yang ingin disampaikan.

2.3.3 Pengaruh Teori Konstruktivisme

Teori konstruktivisme ini menekankan bahawa proses pembelajaran tidak boleh diasingkan dari aktiviti-aktiviti pembelajaran dan konteks di mana ianya boleh digunakan di dalam penyelesaian sesuatu masalah di dalam kehidupan yang sebenar. Bagi pembangunan aplikasi bahan pembelajaran yang berasaskan teori konstruktivisme pula, Jamalludin dan Zaidatun (2003) telah menyenaraikan beberapa prinsip pembelajaran yang perlu ditekankan iaitu :

(i) Bahan pembelajaran hendaklah melibatkan aspek pengalaman dan persekitaran yang akan menggalakkan pelajar bersedia untuk menerima isi-isi pembelajaran.

(45)

23 (ii) Struktur bahan pelajaran hendaklah direkabentuk supaya ianya mudah difahami

oleh pelajar.

(iii) Isi bahan pembelajaran yang direkabentuk hendaklah menggalakkan eksplorisasi bagi mengisi ruang kosong yang sedia ada pada diri pelajar.

Dari huraian yang telah diberikan dapatlah disimpulkan bahawa bahan pembelajaran yang direkabentuk berasaskan teori konstruktivisme adalah bahan pembelajaran yang dapat mengaitkan maklumat yang baru dengan pengetahuan yang sedia ada, mudah difahami, dan menggalakkan eksplorisasi bagi memahami sesuatu dari perbagai perspektif untuk menggalakkan perkembangan pemikiran pelajar secara dinamik.

2.3.4 Perbezaan Pendekatan Di Antara Teori-teori Pembelajaran

Huraian tentang teori-teori pembelajaran yang telah dibuat menunjukkan setiap teori mempunyai pendekatan yang berbeza di dalam pengaplikasiannya di dalam mereka bentuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 2.1: Perbezaan di antara ketiga-tiga teori pembelajaran

Teori Behaviorisme Teori Kognitivisme Teori Konstruktivisme

Pelajar

Dianggap pasif dan hanya memberi gerakbalas kepada persekitaran

Dianggap aktif dan boleh menguasai persekitaran.

Dianggap aktif dan perlu mencari dan membina maklumat baru Pembelajaran Adalah proses mendapatkan perkaitan baru Adalah perubahan struktur mental disebabkan penakulan

Adalah proses yang aktif, realistik dan bermakna berasaskan pengalaman dan konteks

Pengetahuan Pola-pola hubungan dan perkaitan yang telah dipelajari

Organisasi struktur

(46)

24 Jadual 2.1 menunjukkan perbezaan di antara ketiga-tiga teori pembelajaran ini yang dilihat dari segi pelajar, pembelajaran dan pengetahuan berdasarkan kepada huraian yang diberikan oleh Yusup dan Razmah (2006). Jadual 2.2 pula telah memperincikan lagi perbezaan pendekatan di antara ketiga-tiga teori ini dan melihatnya dari sudut maklumat, fikiran, pengetahuan, paradigma, dan jenis perisian. Ianya telah diubahsuai dari jadual mengenai perbezaan di antara ketiga-tiga teori pembelajaran yang telah diberikan oleh Baumgartner & Payr (1994) dan dipetik dari Wolf, C. (2002).

Jadual 2.2 : Perbandingan di antara teori-teori pembelajaran konvensional Maklumat Fikiran Pengetahuan Paradigma Jenis

Perisian

Pendekatan

Behaviourisme satu penemuan atau pencarian

seumpama suatu ‘assembly line’ konkrit: masukan-keluaran yang betul. rangsangan –

tindakbalas cari praktis dan

Pendekatan

Kognitif adalah diproses

seperti sebuah komputer abstrak: pemprosesan dalaman yang lengkap penyelesaian masalah sistem adaptif, sistem tutorial intelek Pendekatan Konstruktivisme suatu binaan/bina semula seumpama sistem maklumat tertutup tahu bagaimana untuk bekerja di dalam sesuatu situasi

binaan simulasi, dunia-mikro, hipermedia

Kesimpulannya, ketiga-tiga pendekatan ini yang telah dihuraikan sebelum ini mempunyai persepsi, pendekatan, dan kaedah perlaksanaan yang berbeza. Adalah juga didapati pendekatan kognitif adalah merupakan pendekatan yang paling sesuai untuk digunakan bagi bidang hipermedia adaptif. Ini adalah kerana maklumat yang telah disampaikan adalah berbentuk multimedia yang perlu diproses oleh minda pelajar bagi menghasilkan pengetahuan yang berbentuk teoritikal, kompleks dan sukar difahami. Ini ditambah lagi apabila dirujuk kepada perisian yang digunakan dengan jelas menunjukkan pendekatan kognitif adalah pendekatan utama yang mesti digunakan di dalam bidang hipermedia adaptif.

(47)

168

RUJUKAN

Ahdon, M. F., Zakaria, A., & Siraj, F. (2003). AI in education: Towards Adaptive and Intelligent Web-Based Learning. Universiti Utara Malaysia, Sintok

Al-Azawei, A. dan Badli, A. (2014). State Of The Art Of Learning Styles-Based Adaptive Educational Hypermedia Systems (LS-BAEHSS). International Journal of Computer Science & Information Technology (IJCSIT) Vol 6, No 3, June 2014 Assareh, A., & Bidokht, M. H. (2011). Barriers to e-teaching and e-learning.

Procedia Computer Science 3 (2011). 791–795

Bahagian Pengurusan Politeknik (2003). Laporan Tahunan 2003. p47

Banday, M. T., Ahmed, M., & Janc, T. R. (2014). Applications of e-Learning in engineering education: A case study. Procedia - Social and Behavioral Sciences. 123 (2014) 406 – 413.

Berlanga, A. J. dan Garcia, F. J. (2008). Adaptive Learning Designs: Bringing together IMS Learning Design and Adaptive Educational Hypermedia Systems [versi elektronik].

Bermudez , A. B., & Palumbo, D. (1994). Bridging the gap between literacy and technology: Hypermedia as a learning tool for limited English proficient students. The Journal of Educational Issues of Language Minority Students, 14, 165-184.

(48)

169 Brusilovsky, P. (1999). Adaptive and Intelligent Technologies for Web-based Education. In C. Rollinger and C. Peylo (eds.), Special Issue on Intelligent Systems and Teleteaching, Künstliche Intelligenz, 4, 19-25

Brusilovsky, P. (1996). Methods and techniques of adaptive hypermedia.” User Modeling and User-Adapted Interaction 6: 87-129. , Special issue on adaptive hypertext and hypermedia). Pittsburgh: Carnegie Mellon University.

Bra, P. D. (1999). Design Issues in Adaptive Web-Site Development. Proceedings of 2nd Workshop on Adaptive Systems and User Modeling on the WWW. Eindhoven : Eindhoven University of Technology

Brusilovsky, P. (2001). Adaptive Hypermedia.User Modeling and User-Adapted Interaction. 11: 87-110. Neitherland : Kluwer Academic Publishers.

Brusilovsky, P. (2003). Adaptive Educational Systems on the World-Wide-Web: A Review of Available Technologies. Human-Computer Interaction Institute Carnegie Mellon University Pittsburgh.

Brusilovsky, P. (2003). Developing adaptive educational hypermedia systems: From design models to authoring tools. T. Murray, S. Blessing and S. Ainsworth (eds.): Authoring Tools for Advanced Technology Learning Environment. Dordrecht: Kluwer Academic Publishers, 377-409.

Brusilovsky, P. (2007). Adaptive navigation support. In: P. Brusilovsky, A. Kobsa and W. Neidl (eds.): The Adaptive Web: Methods and Strategies of Web Personalization. Lecture Notes in Computer Science, Vol. 4321, Berlin Heidelberg New York: Springer-Verlag, pp. 263-290.

Brusilovsky, P., & Maybury, M. T. (2002). From Adaptive Hypermedia To The Adaptive Web. Communications Of The ACM May 2002. Vol. 45, No. 5, p-31. Brusilovsky, P. & Milan, E. (2007) User models for adaptive hypermedia and adaptive educational systems. In: P. Brusilovsky, A. Kobsa and W. Neidl

(49)

170 (eds.): The Adaptive Web: Methods and Strategies of Web Personalization. Lecture Notes in Computer Science, Vol. 4321, Berlin Heidelberg New York: Springer-Verlag, pp. 3-53.

Brusilovsky, P., & Peylo, C. (2003). Adaptive and intelligent Web-based educational systems. In P. Brusilovsky and C. Peylo (eds.), International Journal of Artificial Intelligence in Education 13 (2-4), Special Issue on Adaptive and Intelligent Web-based Educational Systems, 159-172.

Carabaneau, L., Trandafir, R., & Mierlus-Mazilu, I. (2006). Trends In E- Learning.

MMT2006 Conference Proceeding. Technical University of Civil Engineering Bucharest, Romania.

Carver, Jr., C. A.. Howard, R. A., & Lane, SM.. W. D. (1999). Enhancing Student Learning Through Hypermedia Courseware and Incorporation of Student Learning Styles. IEEE Transactions On Education, Vol. 42, 1. February 1999. Cha, H. J., Kim, Y. S., Kim, S. A., Park, S. H., & Cho, Y. J. (2005). Learner

Adaptive User Interface: An Example Case. Creative Design and Intelligent Tutoring Systems (CREDITS) Reasearch Center, Sungkyunkwan University, Suwon, Korea.

Chaz-Yee, T. (2006). E-learning implementation preparation in Asia region. http://www.hrdgateway-org/ hub5/research/E-learning (capaian pada 10th September 2006)

Chen, N.-S., & Lin, K.-M. (2000). Factors affecting e-learning for achievement. National Science Council , Taiwan

Chung, D., Lee, K. C., & Seong, S. C. (2013). General Bayesian Network Approach to Health Informatics Prediction: Emphasis on Performance Comparison. Procedia - Social and Behavioral Sciences 81 (2013) 465 – 468

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian menunjukkan bahwa model Bimbingan Kelompok dengan Pendekatan Muhasabah (model BKp-M) adalah salah satu model bimbingan dan konseling melalui layanan

Pelatihan peningkatan kemampuan mendongeng bagi guru dan orang tua siswa di PAUD Makanatut Thalibin ternyata mendapat respon yang sangat baik dan positif dari peserta

Berdasarkan hasil penelitian dan pembahasan yang telah diuraikan sebelumnya mengenai hubungan dukungan keluarga dengan tingkat self esteem (harga diri) pada

Kota Bogor merupakan kota penyangga Ibu Kota DKI Jakarta. Permasalahan kemacetan merupakan salah satu permasalahan yang ada di kota Bogor. Untuk mengatasi kemacetan,

Sonuç olarak, öğretim deneyinde adaylar kendi matematiksel alan bilğilerini, (1) öğrenme rotasının içermiş olduğu matematiksel bilğinin ğelişimsel ilerlemesini yansıtan

Hasil penelitian yang dilakukan menunjukkan bahwa kualitas produk, harga dan kualitas layanan berpengaruh secara simultan terhadap kepuasan konsumen pengguna

Setelah mempelajari permasalahan yang ada dan telah diuraikan sebelumnya, serta dengan melakukan penelitian pada proses perekrutan dan penempatan karyawan baru di PT. BFI