• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hubungan antara tahap keselamatan dengan disiplin dan stres kerja dalam kalangan pekerja industri

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Hubungan antara tahap keselamatan dengan disiplin dan stres kerja dalam kalangan pekerja industri"

Copied!
44
0
0

Teks penuh

(1)

HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN DAN STRES KERJA DALAM KALANGAN PEKERJA INDUSTRI

NOR HAYATIE BINTI ABDUL HALIM

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(2)

ABSTRAK

Keselamatan di kawasan kediaman juga merupakan elemen penting dalam menjamin kesejahteraan penduduk di perumahan flat Taman Cendana. Terdapat beberapa masalah keselamatan yang berlaku iaitu dari segi keselamatan individu, keselamatan harta benda dan keselamatan struktur bangunan. Majoriti penduduk di perumahan flat itu adalah terdiri daripada pekerja-pekerja industri. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap keselamatan dalam aspek keselamatan individu, keselamatan harta benda dan keselamatan struktur bangunan dalam kalangan pekerja industri serta mengenalpasti disiplin kerja dan tahap stres dalam kalangan pekerja industri. Kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti hubungan antara tahap keselamatan dengan disiplin kerja dan tahap stres penduduk yang bekerja di industri. Responden yang terpilih terdiri daripada 113 orang penduduk perumahan Taman Cendana yang bekerja di industri. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan instrumen analisis borang soal selidik. Data yang dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Sosial Science (SPSS) versi 20.0. Data yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan statistik deskriptif iaitu pengiraan min, peratusan dan Ujian Korelasi Pearson. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap keselamtan penduduk di perumahan flat adalah rendah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap stres penduduk adalah rendah dan tahap disiplin kerja pula adalah tinggi. Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat permasalahan yang besar terhadap tahap keselamatan pekerja industri di perumahan flat ini. Kajian ini juga dapat memberi pengetahuan kepada penduduk bahawa pekerja industri mengalami tahap stres yang tinggi berikutan kepada beban tugas yang berat.

(3)

ABSTRACT

The safety in the residential areas is the most important elements to ensure the well-being of the residents at Taman Cendana. There are some safety issues that happened in the residential area such as individual safety, safety of property and safety of building structures. The majority of residents in the flat residential areas are industrial workers and the safety issues had affected their discipline of work and level of stress among the industrial workers. Therefore, this study was conducted to determine the level of security in terms of individual safety, safety of property and safety of building structures among the industrial workers and to identify the discipline of work and stress level among the industrial workers. This study is also to identify the relationship between the level of safety with the discipline of work and stress levels among the industrial workers. The selected respondents consisted of 113 residents of Taman Cendana who work in the industry area. The study was conducted by using the analysis of questionnaire. The data was collected and analyzed by the Statistical Package of Sosial Science (SPSS) software version 20.0. The data obtained from the questionnaire was using the descriptive statistical calculations of mean score, percentages and Pearson Correlation test. The findings showed that the level of safety of residents in the residential flats is low. The findings also show that the stress levels low and the discipline of work is high. This showed that there are no major problems with the the level of safety of industrial workers in this flat residential areas. As a conclusion, this study can also provide knowledge to the residents that industrial workers are experiencing with high levels of stress due to a heavy workload.

(4)

KANDUNGAN TAJUK i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7 1.4 Objektif Kajian 9 1.5 Persoalan Kajian 9 1.6 Hipotesis Kajian 10 1.7 Skop Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 12 1.9 Kepentingan Kajian 12

1.9.1 Pemaju Perumahan Flat 12

1.9.2 Majlis Bandaraya Pasir Gudang 12 1.9.3 Ahli Jawatankuasa Perumahan Flat Taman Cendana 13 1.9.4 Pekerja Industri Perumahan Taman Cendana 14

(5)

1.10 Kerangka Konseptual Kajian 13

1.11 Definisi Operasional dan Istilah 15

1.11.1 Stres Kerja 15

1.11.2 Perumahan Flat Taman Cendana 15

1.11.3 Keselamatan 16

1.11.4 Disiplin Kerja 16

1.12 Rumusan 16

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 17

2.1 Pengenalan 17

2.2 Perumahan Flat 18

2.3 Keselamatan 19

2.3.1 Keselamatan Individu 21

2.3.2 Keselamatan Harta Benda 22

2.3.3 Keselamatan Struktur Bangunan 24

2.4 Stres 26

2.5 Penilaian Stres Mengikut Gejala Stres 27

2.6 Gejala-Gejala Stres 28

2.7 Disiplin Kerja 29

2.8 Pekerja Industri 31

2.9 Kajian-kajian berkaitan dengan keselamatan dan stres 32

2.10 Rumusan 33

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 34

3.1 Pengenalan 34

3.2 Reka bentuk Kajian 35

3.3 Populasi dan Persampelan Kajian 35

3.4 Sumber Data 36

3.5 Prosedur Kajian 37

3.6 Instrumen Kajian 39

3.6.1 Pembangunan Borang Soal Selidik 39

3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan 40

(6)

3.7.2 Kebolehpercayaan 41

3.8 Kajian Rintis 42

3.9 Kaedah Analisis Data 43

3.9.1 Skor Min 44

3.9.2 Ujian Taburan Normal (Normaliti) 45

3.9.3 Korelasi 49

3.10 Rumusan 50

BAB 4 ANALISIS DATA 51

4.1 Pengenalan 51

4.2 Dapatan Kajian Bahagian A 52

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 52 4.2.2 Taburan Responden Mengikut Kenderaan 52 4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 53 4.2.4 Taburan Responden Mengikut Tempoh Menetap 53 4.3 Persoalan 1 : Apakah tahap keselamatan dalam aspek

keselamatan individu dalam kalangan pekerja industri?

54

4.4 Persoalan 2 : Apakah tahap keselamatan dalam aspek keselamatan harta benda dalam kalangan pekerja industri?

55

4.5 Persoalan 3 : Apakah tahap keselamatan dalam aspek keselamatan struktur bangunan dalam kalangan pekerja industri?

57

4.6 Persoalan 4 : Apakah tahap stres dalam kalangan pekerja industri?

58

4.7 Persoalan 5 : Apakah tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri?

61

4.8 Persoalan 6 : Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan individu dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri?

62

4.9 Persoalan 7 : Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan harta benda dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri?

(7)

4.10 Persoalan 8 : Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan struktur bangunan dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri?

64

4.11 Persoalan 9 : Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan individu dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri?

65

4.12 Persoalan 10 : Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan harta benda dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri?

66

4.13 Persoalan 11 : Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan struktur bangunan dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri?

67

4.14 Rumusan 68

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 69

5.1 Pendahuluan 69

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 69

5.2.1 Persoalan 1 : Apakah tahap keselamatan dalam aspek keselamatan individu dalam kalangan pekerja industri?

70

5.2.2 Persoalan 2 : Apakah tahap keselamatan dalam aspek keselamatan harta benda dalam kalangan pekerja industri?

71

5.2.3 Persoalan 3 : Apakah tahap keselamatan dalam aspek keselamatan struktur bangunan dalam kalangan pekerja industri?

72

5.2.4 Persoalan 4 : Apakah tahap stres dalam kalangan pekerja industri?

72

5.2.5 Persoalan 5 : Apakah tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri?

73

(8)

tahap keselamatan dalam aspek keselamatan individu dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri?

5.2.7 Persoalan 7 : Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan harta benda dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri?

74

5.2.8 Persoalan 8 : Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan struktur bangunan dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri?

75

5.2.9 Persoalan 9 : Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan individu dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri?

75

5.2.10 Persoalan 10 : Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan harta benda dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri?

76

5.2.11 Persoalan 11 : Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan struktur bangunan dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri?

77

5.3 Kesimpulan 77

5.4 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 78

5.5 Penutup 79

RUJUKAN 80

(9)

SENARAI JADUAL

2.1 Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954) 21

2.2 Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954) dalam kajian Macintyre et al.,(2002)

23

2.3 Jenayah harta benda yang dilaporkan kepada polis mengikut jenis, Malaysia, 1999 – 2004

22

3.1 Pemarkahan item mengikut skala Likert (Konting,2004) 39

3.2 Pembahagian item dalam soal selidik 40

3.3 Jadual Nilai Alpha Cronbach 42

3.4 Nilai Alpha Cronbach 43

3.5 Ringkasan kaedah analisis yang digunakan terhadap persoalan kajian

44

3.6 Tahap Penentuan Skor Min Kajian 45

3.7 Jadual Korelasi 46

3.8 Kekuatan nilai pekali korelasi 50

4.1 Analisis Responden Mengikut Jantina 52

4.2 Analisis Responden Mengikut Kenderaan 53

4.3 Analisis Responden Mengikut Bangsa 53

4.4 Analisis Responden Mengikut Tempoh Menetap 54 4.5 Dapatan Kajian Aspek Keselamatan Individu 54 4.6 Dapatan Kajian dalam Aspek Keselamatan Harta Benda 56 4.7 Dapatan Kajian dalam Aspek Keselamatan Struktur Bangunan 57 4.8 Dapatan Kajian tahap stres dalam kalangan pekerja industri. 58 4.9 Dapatan Kajian tahap disiplin dalam kalangan pekerja industri. 61 4.10 Jadual analisis tahap keselamatan dalam aspek keselamatan

individu dengan tahap stres

63

(10)

harta benda dengan tahap stres

4.12 Jadual analisis tahap keselamatan dalam aspek keselamatan struktur bangunan dengan tahap stres

64

4.13 Jadual analisis tahap keselamatan dalam aspek keselamatan individu dengan tahap disiplin kerja

65

4.14 Jadual analisis tahap keselamatan dalam aspek keselamatan harta benda dengan tahap disiplin kerja

66

4.15 Jadual analisis tahap keselamatan dalam aspek keselamatan struktur bangunan dengan tahap disiplin kerja

(11)

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka Konseptual Kajian 14

2.1 Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954) 20

3.1 Prosedur Kajian 38

3.2 Perbandingan data yang normal dan tidak normal 45 3.3 Graf Histogram Data Kajian Aspek Keselamatan Individu 47 3.4 Graf Histogram Data Kajian Aspek Keselamatan Harta Benda 47 3.5 Graf Histogram Data Kajian Aspek Keselamatan Struktur

Bangunan

48

3.6 Graf Histogram Data Kajian Disiplin Kerja 48

(12)

SENARAI SINGKATAN

SPSS - Statistical Package for Social Sciences DEB - Dasar Ekonomi Baru

DRN - Dasar Perumahan Negara

KPKT - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

PAKR - Perumahan Awam Kos Rendah PRMM - Perumahan Rakyat Mampu Milik

(13)

SENARAI LAMPIRAN

A Borang Soal Selidik 87

B Borang Pengesahan Soal Selidik 96

C Kajian Rintis 107

D Kajian Sebenar 109

E Krejcie dan Morga 121

(14)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan

Keselamatan di kawasan kediaman juga merupakan elemen penting dalam menjamin kesejahteraan penduduk. Menurut Abdullah (2011), keselamatan bermaksud sesuatu keadaan yang terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan manakala dari konteks keselamatan bangunan pula, ia merangkumi rumah yang selamat dari segi rekabentuk, jiran tetangga yang terjamin dan persekitaran dalaman yang teratur. Ia juga mencakupi rumah yang berkemampuan untuk menyediakan peluang bersendirian, bersosialisasi dan privasi serta terletak dalam lingkungan masyarakat dan tidak tersisih agar isirumah boleh berfungsi dalam institusi masyarakat (Sukimin, 2008). Selain itu, bangunan selamat juga bermaksud pembinaan persekitaran yang melindungi penghuninya secara menyeluruh dari segi fizikal atau psikologi yang bertujuan untuk mengurangkan kadar kecederaan dan kematian (Yau et al., 2008).

Perumahan flat atau blok bangunan flat juga dikenali sebagai rumah bertingkat. Rumah bertingkat merupakan rumah yang dibina pada suatu tanah tertentu dengan bilik yang berlapis secara menegak. Secara kasar boleh dikatakan atau ditafsirkan dengan menumpukan rumah di atas rumah yang lain (Sardjono, 2007). Selain itu, rumah adalah sebagai bangunan untuk kediaman manusia. Seperti yang kita semua tahu, rumah merupakan perkara asas yang diperlukan oleh setiap individu. Menurut Mokhtar (2008), sesebuah rumah boleh ditakrifkan sebagai

(15)

pembangunan fizikal yangmemberi tempat berlindung atau tempat berteduh bagi penggunanya.

Perumahan juga berkait rapat dengan sosio ekonomi, politik,kejiranan dan persekitaran (Bourne, 1981). Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB), satu keluarga perlu memiliki sebuah rumah. Selain itu, dalam strategi pembangunan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9) adalah dimana memastikan kesejahteraan rakyat dipertingkatkan dengan peningkatan kualiti kehidupan di kawasan perumahan terutamanya kepada golongan yang berpendapatan rendah. Oleh itu, pihak Kerajaan Persekutuan menyalurkan pinjaman kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan program perumahan kos rendah. Kerajaan telah menggariskan dasar untuk menyediakan kediaman yang sesuai, mampu dimiliki dan berkualiti kepada rakyat bagi semua tingkat pendapatan terutamanya golongan berpendapatan rendah (Dasar Perumahan Negara, 2013). Perumahan sempurna akan memberi kesan positif manakala perumahan yang tidak sempurna akan memberi kesan yang negatif kepada kehidupan, kerana perumahan merupakan faktor penting yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup secara keseluruhannya (Vera-Toscano dan Esperanza ,2008).

Stres merupakan suatu perkara biasa yang perlu di hadapi oleh setiap individu tidak kira tua atau muda. Walaubagaimanapun, individu sebegini perlu bijak dalam menangani masalah stres ini supaya ia tidak membawa kepada kesan yang negatif, contohnya seperti bunuh diri dan kemurungan. Stres atau tekanan berasal daripada perkataaan Greek yang bermaksud stringere yang membawa maksud ‘ketat’ atau ‘tegang’. Selain itu, Musa (2003) ada menyatakan bahawa stres merupakan satu gangguan emosi atau ancaman perasaan. Ini kerana stres yang tidak diatasi dengan baik akan mendorong kepada perkara yang tidak diingini.

Menurut Jamsiah et al., (2010) menyatakan bahawa stres juga boleh membawa kepada kesan yang berbeza terhadap individu, keluarga dan masyarakat iaitu kesan positif dan juga kesan yang negatif kepada individu. Kesan positif adalah apabila seseorang itu lebih bersemangat dalam melakukan sesuatu tugasan dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti dan lebih bijak mengendalikan stres pada masa hadapan. Dari segi kesan negatif pula menyebabkan individu berdepan dengan kebimbangan, kemurungan, tahap kesihatan yang tidak baik, dan perubahan sikap individu. Oleh itu, stres boleh berlaku di kalangan penduduk perumahan juga boleh berlaku sama ada tekanan terhadap masalah sosial, jiran tetangga atau kawasan sekitar.

(16)

Walaubagaimanapun, stres terhadap keselamatan juga mendorong kepada disiplin kerja penduduk di tempat kerja. Disiplin memainkan peranan penting dalam meningkatkan sahsiah seseorang. Waji (2009) menyatakan bahawa disiplin berasal dari bahasa latin Discere yang bermaksud belajar. Perkataan ini menimbulkan perkataan Disciplina yang bermaksud pengajaran atau pelatihan. Menurut Heidjrachman dan Husnan (2002) menyatakan bahawa disiplin adalah seorang atau sekelompok yang patuh terhadap perintah dan berinisiatif untuk melakukan suatu tindakan yang diperlukan. Disiplin adalah berkaitan dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan akhlak (Yahaya et al., 2007). Selain itu, Dr. James Ang Jit Eng (2011) menyatakan disiplin adalah bentuk kawalan sosial yang mewujudkan suasana tenteram dan baik dalam masyarakat mahupun di sekolah. Kerja atau kerjaya pula membawa maksud setiap usaha (dibayar atau tidak dibayar) yang kita tunaikan untuk membuat dunia menjadi tempat yang lebih baik, makin mendekati cara Allah mengupayakan segala sesuatu (Widyamartaya, 2001). Menurut Landy dan Conte (2004) pula, pekerjaan amat penting bagi manusia dewasa.

Kebiasaannya terdapat ramai pekerja industri atau pekerja swasta yang menetap di perumahan flat jika dibandingkan dengan penduduk yang bekerja kerajaan. Ini dapat dibuktikan dalam kajian Embong et al., (2011) yang menyatakan bahawa perumahan kos rendah di Kuala Lumpur adalah terdiri daripada buruh kilang, pengawal keselamatan, kerani, pengendali mesin cetak, pemandu lori dan lain- lain lagi. Selain itu, Menurut Ismail (2000) menjelaskan bahawa dalam mana-mana organisasi, baik organisasi awam atau swasta, golongan pekerja yang kerap mengalami stres dan sering terdedah dengan punca-punca stres ialah golongan pekerja yang bekerja di peringkat bawahan seperti pekerja di industri. Mereka yang berada di posisi ini adalah golongan pekerja yang sentiasa terikat dengan kerja yang memerlukan komitmen dan tumpuan.

(17)

1.2 Latar Belakang Masalah

Di Malaysia, terdapat banyak pembinaan rumah kos rendah telah dijalankan bagi memenuhi keperluan masyarakat yang pelbagai. Menurut kenyataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin dalam perutusan Dasar Perumahan Negara (2013) menyatakan bahawa 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, adalah menjadi harapan kerajaan membantu golongan yang kurang bernasib baik dan kurang mampu untuk memiliki tempat tinggal yang selesa.Ini selari dengan peningkatan pembinaan rumah kos rendah dalam membantu masyarakat memiliki atau menyewa rumah yang lebih selesa dan berkualiti.Ini dapat dibuktikan oleh Abdul Air (2005) yang menyatakan bahawa kualiti perumahan sebagaimana yang disebutkan dalam Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat seharusnya selesa, mesra, indah, berkualiti dan beridentiti, mencukupi dan mampu dimiliki, bersih dan harmoni, lengkap dan selamat.

Di Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menggariskan empat aspek utama berkenaan piawaian dalam memenuhi keperluan konsep perumahan yang sebenar iaitu menjamin keselamatan individu dan harta benda; kemudahan prasarana; kesihatan fizikal dan mental; serta kesihatan masyarakat (Yusof, 2012). Kawasan perumahan, blok bangunan flat dan rumah teres adalah dikategorikan sebagai rumah kos rendah.Pada masa kini, terdapat banyak isu permasalahan rumah kos rendah yang dihadapi oleh penduduk. Blok bangunan flat adalah antara rumah kos rendah yang kerap berlaku masalah.Antara masalah yang dihadapi adalah yang berkaitan dengan keselesaan, kebersihan,dan keselamatan perumahan flat.

Pemaju perumahan perlu menitikberatkan keselesaan penduduk dari segi kualiti pembinaan bangunan, keselesaan rekabentuk dan persekitaran.Aspek-aspek ini harus diambil kira supaya pembangunan rumah kos rendah akan lebih berkesan dan efisyen (Alias, 2010). Walaubagaimanapun, menurut Mohd Jan (2010), keselesaan yang dialami oleh penghuni di perumahan kos rendah adalah rendah. Ini kerana saiz rumah yang kecil biasanya didiami oleh bilangan keluarga yang besar. Ini selari dengan Yusof (2012) yang menyatakan bahawa perumahan sempurna akan memberi kesan positif manakala perumahan yang tidak sempurna akan memberi

(18)

kesan yang negatif kepada kehidupan, kerana perumahan merupakan faktor penting yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup secara keseluruhannya.

Menurut Dasar Alam Sekitar Negara yang digubal dan dikuatkuasakan adalah untuk memelihara dan melindungi alam sekitar supaya sentiasa dalam keadaan bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan (Portal Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,). Ini menunjukkan bahawa setiap individu perlu menjaga kebersihan alam sekitar supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Walaubagaimanapun, bagi penduduk perumahan flat pula, terdapat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan kawasan mereka kerana kebanyakan penghuni-penghuni blok bangunan flat berhadapan dengan masalah kebersihan iaitu kebersihan dari segi perparitan, perpaipan dan kebersihan sampah sarap. Menurut Abdullah (2010) menyatakan bahawa banyak penyakit adalah berpunca daripada alam sekitar yang tercemar. Ini jelas menunjukkan bahawa kawasan sekeliling yang tidak bersih akan mendorong kepada penyakit yang merbahaya.

Pada masa kini, terdapat banyak kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa.Contohnya seperti kes penculikan kanak-kanak. Keratan akhbar Bernama.com bertarikh pada 24 Disember 2011 ada melaporkan bahawa terdapat seorang wanita ditahan reman kerana disyaki suspek dalam kes penculikan dan penderaan dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika sedang bermain di kawasan rumah di flat Jalan Padang Tembak, Air Itam. Ini jelas membuktikan bahawa kanak-kanak yang bermain di kawasan perumahan flat mempunyai kemungkinan yang besar untuk berhadapan dengan penjenayah.

Sejak tahun 1970-an kes jenayah keganasan dan harta benda telah menghiasi dada-dada akhbar, media elektronik dan menjadi bualan masyarakat. ( Mustaffa, 2007). Keselamatan harta benda ini perlu dititikberatkan kerana ia melibatkan kerugian yang banyak. Melalui keratan artikel daripada Tranung Kita Online ada menyatakan beberapa aduan atau luahan penduduk di kawasan perumahan flat dimana mereka berdepan dengan kes kecurian yang kerap berlaku di kawasan mereka. Walaubagaimanapun, masalah keselamatan harta benda ini boleh dikurangkan melalui rukun tetangga, rondaan oleh penduduk sendiri dan aktiviti gotong royong. Menurut Zainudin dan Abdul Malek (2010), kepentingan aspek keselamatan ini juga sebenarnya telah diberi penekanan sebelumnya oleh Maslow (1954) yang telah meletakkannya sebagai ukuran kedua selepas keperluan fisiologi

(19)

sebagai syarat untuk mencapai kualiti hidup yang baik. Ini menunjukkan bahawa aspek keselamatan penting dalam menentukan kualiti hidup mereka.

Seterusnya adalah berkaitan dengan keselamatan infrastuktur bangunan dimana menurut Yau et al., (2008) menyatakan bahawa “Bangunan Selamat” bermaksud pembinaan persekitaran yang melindungi penghuninya secara menyeluruh dari segi fizikal atau psikologi yang bertujuan untuk mengurangkan kadar kecederaan dan kematian. Oleh itu, ia dapat menggalakan perkembangan positif daripada penduduk. Ini menunjukkan bahawa keselamatan struktur bangunan yang tidak baik akan mewujudkan kebimbangan dalam kalangan penduduk flat. Menurut keratan artikel daripada Jaringan Rakyat Tertindas ada menyatakan bahawa Penduduk Flat Taman Permata berdepan dengan beberapa masalah iaitu bangunan retak, lubang di bawah blok, gas paip, sistem perparitan, kebersihan dan sistem kumbahan. Ini menunjukkan dimana penduduk di flat ini berdepan dengan masalah keselamatan struktur bangunan yang tidak baik sehingga menimbulkan ketidakselesaan penduduk. Dalam keratan akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 15 Januari 2001 melaporkan bahawa gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) telah meminta Kementerian Tempatan supaya mengkaji semula reka bentuk dan meningkatkan ciri-ciri keselamatan rumah kediaman terutamanya jenis flat pangsapuri. Ini adalah penting untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Masalah keselamatan yang berlaku di kawasan perumahan memberi kesan terhadap disiplin kerja dalam kalangan penduduk. Menurut Zainuddin et al., (2008) tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan setiap keluarga. Dalam kajian Ismail et al., (2008) menyatakan bahawa pekerja bermasalah dalam kedatangan kerja, tidak menepati masa, kesilapan ketika membuat kerja, tidak berada di tempat kerja dan mengganggu pekerja lain. Dalam Conger et al., (2000) ada menjelaskan tentang kesan tekanan dimana salah satu tekanan tersebut adalah kekurangan yang terdapat di tempat kediaman mempengaruhi tahap stres sesebuah keluarga. Ini jelas menunjukkan bahawa masalah keselamatan keluarga mempengaruhi tahap disiplin penduduk di tempat kerja. Menurut Mustafa (2007) menjelaskan bahawa tekanan berlebihan boleh menjejaskan prestasi kerja dan kesihatan.

Walaubagaimanapun, penduduk yang bekerja di industri menghadapi tahap stres yang tinggi. Ini selari dengan Shivaram et. al.,( 2012) yang menjelaskan bahawa pekerja-pekerja industri terdedah kepada tekanan dan ketegangan kerana

(20)

sifat kerja mereka yang sukar. Pekerja yang menghadapi stres akan mengalami beberapa gejala. Gejala mental seperti berasa hilang kawalan, risau dan bimbang, gagal menumpukan perhatian atau membuat keputusan, perubahan perasaan atau fikiran seperti kemurungan, kekecewaan, sikap bermusuhan, rasa tidak berdaya dan kegelisahan. Stres yang disebabkan oleh pekerjaan akan menimbulkan masalah seperti ponteng (Mustafa, 2007). Selain itu, mana-mana organisasi, baik organisasi awam atau swasta, golongan pekerja yang kerap mengalami stres dan sering terdedah dengan punca-punca stres ialah golongan pekerja yang bekerja di peringkat bawahan seperti pekerja di industri (Ismail, 2000).

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan individu, harta benda dan struktur bangunan dengan disiplin kerja dan stres dalam kalangan pekerja industri.

1.3 Pernyataan Masalah

Isu penduduk di perumahan flat yang sering dihadapi adalah dari aspek keselamatan individu, harta benda dan infrastuktur bangunan. Ini adalah selari dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk perumahan di Taman Cendana.Dari aspek keselamatan individu yang berkait rapat dengan keselamatan kanak-kanak dimana kanak-kanak berhadapan dengan beberapa situasi contohnya kes penculikan dan kemalangan jalan raya. Dalam akhbar Bernama.com bertarikh 24 Disember 2011 ada melaporkan tentang penculikan dan penderaan kanak-kanak yang berlaku di kawasan perumahan flat. Kecuaian ibu bapa dengan tidak memantau pergerakan anak – anak mereka akan mendorong anak-anak untuk mengikuti orang yang mereka tidak kenali. Keselamatan individu juga melibatkan keselamatan penduduk setempat yang melalui lorong yang gelap dan berisiko untuk berdepan dengan penjenayah.Seterusnya dari aspek keselamatan harta benda, penduduk mengalami masalah kecurian yang kerap berlaku lebih –lebih lagi pada musim perayaan dan musim cuti persekolahan. Kamalruddin (2006) mendedahkan bahawa kebanyakan kes jenayah yang melibatkan harta benda masih mengalami peningkatan kadar walaupun Program Bandar Selamat telah dilaksanakan.

Kebiasaannya, penduduk mengalami kecurian pakaian, duit, kereta, dan motosikal yang dilakukan oleh penduduk di kawasan itu sendiri yang berdepan

(21)

dengan masalah kemiskinan dan juga golongan muda yang tidak bermoral.Terdapat juga penduduk yang berdepan dengan masalah dimana cermin kenderaan mereka dipecahkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Dalam statistik jenayah harta benda (Polis Diraja Malaysia, 2005) menunjukkan bahawa kecurian kenderaan merupakan jenayah harta benda tertinggi dilaporkan Oleh itu, penduduk terpaksa menanggung kerugian yang banyak. Ini dapat dibuktikan oleh Mustaffa (2007) menyatakan bahawa kes jenayah keganasan dan harta benda telah menghiasi dada-dada akhbar, media elektronik dan menjadi bualan masyarakat. Selain itu, masalah yang dihadapi dari aspek keselamatan struktur bangunan pula adalah dimana penduduk terpaksa berdepan dengan masalah keretakan pada bangunan. Ini dapat dibuktikan melalui keratan artikel daripada Jaringan Rakyat Tertindas ada menyatakan bahawa Penduduk Flat Taman Permata berdepan dengan beberapa masalah iaitu bangunan retak, lubang di bawah blok, gas paip, sistem perparitan, kebersihan dan sistem kumbahan. Oleh yang demikian, masalah ini memerlukan jangka masa yang panjang untuk diselesaikan kerana ia melibatkan sebuah bangunan dan memerlukan kos yang tinggi.

Masalah-masalah keselamatan ini telah memberi kesan kepada pekerja industri yang menetap di perumahan Taman Cendana ini iaitu dari segi disiplin kerja mereka dimana mereka akan berdepan dengan pelbagai implikasi yang negatif dan sekaligus disiplin kerja mereka menurun. Pekerja-pekerja industri terdedah kepada tekanan dan ketegangan kerana sifat kerja mereka yang sukar (Shivaram et al., 2012). Berdasarkan masalah yang dikaji di atas, pengkaji ingin mengkaji tahap keselamatan penduduk dan hubungan antara tahap keselamatan dengan disiplin kerja dan stres di kalangan pekerja industri di flat Taman Cendana. Justeru itu, tahap keselamatan amat penting untuk dikaji untuk menjamin kesejahteraan dan keselesaan penduduk.

(22)

1.4 Objektif Kajian

1) Mengenalpasti tahap keselamatan dalam aspek keselamatan individu, keselamatan harta benda dan keselamatan struktur bangunan dalam kalangan pekerja industri.

2) Mengenalpasti tahap stres dalam kalangan pekerja industri.

3) Mengenalpasti tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri.

4) Mengenalpasti hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan individu dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri.

5) Mengenalpasti hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan harta benda dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri.

6) Mengenalpasti hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan struktur bangunan dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri.

7) Mengenalpasti hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan individu dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri.

8) Mengenalpasti hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan harta benda dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri. 9) Mengenalpasti hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan

struktur bangunan dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri.

1.5 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini, persoalan-persoalan yang ingin dikupas adalah :

1) Apakah tahap keselamatan dalam aspek keselamatan individu dalam kalangan pekerja industri?

2) Apakah tahap keselamatan dalam aspek keselamatan harta benda dalam kalangan pekerja industri?

3) Apakah tahap keselamatan dalam aspek keselamatan struktur bangunan dalam kalangan pekerja industri?

(23)

5) Apakah tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri?

6) Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan individu dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri? 7) Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek

keselamatan harta benda dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri? 8) Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek

keselamatan struktur bangunan dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri?

9) Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan individu dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri?

10) Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan harta benda dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri?

11) Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan struktur bangunan dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri?

1.6 Hipotesis Kajian

H0(1): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan individu dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri.

H0(2): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan harta benda dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri.

H0(3): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan struktur bangunan dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri.

H0(4): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan individu dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri.

(24)

H0(5): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan harta benda dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri.

H0(6): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan struktur bangunan dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri.

1.7 Skop Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji telah memberi tumpuan kepada sebuah taman perumahan yang melibatkan 49 buah blok bangunan yang terdiri dari 50 hingga 80 buah unit rumah pada setiap blok. dan dikenali sebagai Taman Cendana yang terletak di Pasir Gudang, Johor Darul Takzim.Ianya berkonsepkan Rumah Pangsa lima tingkat. Penempatan ini terdapat 49 buah blok yang terdiri dari 50 hingga 80 buah unit rumah pada setiap blok. Skop kajian adalah kepada penduduk yang berkemahiran.

Taman Cendana ini telah disasarkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk mendapatkan pensijilan MS ISO 9001:2008 menerusi Projek Rakan Komuniti Khidmat Masyarakat UTHM 2014-2016 dengan menjadikan Taman Cendana, Pasir Gudang, sebagai sebuah Taman Contoh. Antara elemen-elemen penting yang akan diaplikasikan dalam projek ini adalah iaitu kelestarian, kos yang rendah, dan kesan yang amat tinggi kepada masyarakat.Menurut laman sesawang E-warga Sains @ UPM capaian pada 1 December 2014 menyatakan bahawa MS ISO 9001:2008 bermaksud satu standard bertulis yang menjelaskan garis panduan dan keperluan asas dalam satu sistem pengurusan kualiti.

Pemilihan Perumahan Taman Cendana ini adalah untuk mengkaji tentang penduduk di kawasan ini dalam aspek keselamatan harta benda, struktur bangunan dan individu .Pemilihan kawasan kajian ini adalah berdasarkan kepada beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk di Taman Cendana berkenaan dengan keselamatan penduduk di perumahan . Oleh itu, fokus kajian ini adalah untuk mengenalpasti kaitan tahap keselamatan dengan disiplin kerja dan stres dalam kalangan pekerja industri.

(25)

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini mempunyai beberapa batasan iaitu responden kajian ini hanyalah untuk penduduk yang tinggal di kawasan perumahan flat Taman Cendana, Pasir Gudang. Selain itu, terdapat segelintir penduduk yang tidak memberi kerjasama semasa proses mendapatkan soal selidik daripada mereka. Terdapat juga penduduk yang keluar bekerja dan rumah tidak berpenghuni. Walaubagaimanapun, bilangan responden yang diperlukan mencukupi.

Hasil dapatan kajian ini adalah bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan responden ketika menjawab soalan yang dikemukakan. Oleh itu, penyelidik menganggap bahawa semua maklumat yang diberikan oleh responden adalah tepat.

1.9 Kepentingan Kajian

Kajian yang dilakukan ini, secara amnya dilihat dapat memberi manfaat serta kepentingan kepada beberapa pihak yang terlibat iaitu :

1.9.1 Pemaju Perumahan Flat

Kajian ini memberi kepentingan kepada pemaju untuk memilih kontraktor yang lebih berpengalaman dalam membina bangunan flat perumahan tersebut. Pemaju akan lebih membuat penilaian yang terperinci dalam menentukan struktur bangunan supaya lebih selamat dan sistematik.

1.9.2 Majlis Bandaraya Pasir Gudang

Kajian ini juga dapat memberi peluang kepada Majlis Bandaraya Pasir Gudang untuk meningkatkan lagi perkhidmatan mereka penduduk Taman Cendana. Mereka juga dapat mengetengahkan masalah penduduk yang berkaitan dengan perkhidmatan dan pengurusan yang diberikan oleh majlis bandaraya. Contohnya seperti kawalan bangunan, papan tanda dan iklan, pengurusan lalulintas, penyediaan kemudahan

(26)

awam, kawalan kebersihan bandaraya serta dapat mengawal pembinaan bangunan dari segi struktur bangunan.

1.9.3 Ahli Jawatankuasa Perumahan Flat Taman Cendana

Kepentingan kajian ini kepada ahli jawatankuasa perumahan flat Taman Cendana adalah dimana dapat memberi kemudahan kepada AJK untuk mengenalpasti masalah-masalah keselamatan yang dihadapi oleh penduduk Taman Cendana. Seterusnya memudahkan AJK mengambil tindakan terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk Taman Cendana.

1.9.4 Pekerja Industri Perumahan Taman Cendana

Kajian ini dapat membantu penghuni perumahan flat Taman Cendana untuk menjalani kehidupan seharian dengan selamat, tenang dan selesa tanpa menghadapi masalah yang berkaitan dengan aspek keselamatan iaitu keselamatan harta benda, keselamatan struktur bangunan dan keselamatan individu.Selain itu, kajian ini juga dapat membantu masyarakat setempat meningkatkan lagi tanggungjawab mereka dalam bersama-sama menjaga keselamatan di kawasan perumahan flat Taman Cendana. Secara tidak langsung, kajian ini dapat mengurangkan stres penduduk serta meningkatkan disiplin kerja mereka.

1.10 Kerangka Konseptual Kajian

Rajah 1.1 di bawah menunjukkan kerangka konseptual yang telah dibuat berdasarkan kepada kajian-kajian yang terdahulu mengenai masalah yang dihadapi oleh penduduk di perumahan flat serta stres di tempat kerja. Dalam kajian Zainuddin (2010) membincangkan tentang isu keselamatan yang sering berlaku kepada penduduk di perumahan flat.Aspek keselamatan ini menfokuskan kepada keselamatan diri dan harta benda penduduk di kawasan perumahan dimana peningkatan isu jenayah yang berleluasa.Selain itu, dalam kajian Ramli et al., (2013)

(27)

pula memfokuskan kepada faktor yang menyumbang kepada prestasi keselamatan dan kesihatan perumahan kos rendah di Malaysia. Kajian ini juga ada membincangkan tentang beberapa isu yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan bangunan yang banyak memudaratkan penduduk di perumahan kos rendah tersebut. Ini menunjukkan keselamatan struktur bangunan penting untuk memastikan kesejahteraan penduduk di kawasan perumahan. Dalam kajian Ismail et al., (2003) membincangkan tentang jenis-jenis pekerja bermasalah iaitu prestasi kerja iaitu masalah yang berkaitan dengan pelaksanaan tugas (contohnya kegagalan mencapai sasaran kerja, berprestasi minimum dan tidak menepati masa), masalah sikap adalah berkaitan dengan sikap negatif pekerja (contohnya tidak datang kerja tanpa sebab, sikap tidak bertanggungjawab dan tidak mengikut arahan) dan disiplin serius adalah kelakuan yang belum mencapai tahap kategori serius (contohnya tidur pada waktu kerja, menipu dan kurang memberi kerjasama kepada ketua).

Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual Kajian

Diadaptasi dan diubahsuai daripada kajian Ramli et al,(2013), Zainuddin (2010) dan Ismail et al, (2003)

Dalam rajah 1.1 di atas menunjukkan bahawa input adalah merupakan responden dimana responden kajian ini adalah penduduk di perumahan flat Taman Cendana. Hasil kajian terdahulu iaitu kajian Ramli et al., (2013) dan Zainuddin (2010) digunakan untuk mengenalpasti tahap keselamatan penduduk di perumahan flat

Pekerja Industri perumahan flat Taman Cendana Aspek Keselamatan  Individu  Harta Benda  Struktur Bangunan Disiplin Kerja Tahap Stres Hubungan antara tahap keselamatan dengan disipin dan

(28)

Taman Cendana dari aspek keselamatan beserta dengan kajian tentang disiplin kerja manakala output adalah hubungan antara tahap keselamatan dengan disiplin kerjadan tahap stres di kalangan pekerja industri.

1.11 Definisi Operasional Dan Istilah

1.11.1 Stres Kerja

Stres bermaksud sebagai interaksi antara permintaan persekitaran dengan keupayaan individu untuk menangani permintaan tersebut tanpa melebihi hadnya atau boleh ditafsir sebagai kuasa luar atau desakan yang mempengaruhi fizikal individu (Jamsiah M, Rosnah S dan Noor Hassim I ,2010). Stres juga boleh dimaksudkan dengan suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang yang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.Stres perlu ditangani dengan baik supaya dapat mendorong kepada kesan stres yang positif yang dipanggil “eustress” dan akan mendorong kepada kesan yang negatif iaitu “distress” jika tidak ditangani dengan baik.

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap stres dalam kalangan pekerja industri serta hubungan antara tahap keselamatan dengan tahap stres.

1.11.2 Perumahan Flat Taman Cendana

Melalui Portal Jabatan Perangkaan Malaysia (2014) , perumahan flat adalah bangunan bertingkat yang mengandungi beberapa unit rumah yang berasingan. Selain itu, perumahanini adalah lebih kurang sama dengan kondominium dan rumah pangsa tetapi kemudahan dan saiz perumahan flat tidak sebesar unit kondominium. Perumahan flat ini biasanya terletak di tengah-tengah bandar besar dan harganya lebih murah berbanding kondominium.

Perumahan flat dalam kajian ini adalah perumahan flat Taman Cendana yang melibatkan 49 buah blok bangunan dimana ia memuatkan penduduk dari pelbagai bangsa dan agama.

(29)

1.11.3 Keselamatan

Keselamatan bermaksud sesuatu keadaan yang terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan (Abdullah,2011).Mengikut kamus dewan pula, keselamatan ialah suatu perkara atau langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan berlakunya peristiwa yang tidak diingini seperti kecederaan atau kehilangan nyawa.

Oleh itu, dalam kajian ini aspek keselamatan yang dimaksudkan adalah keselamatan individu, struktur bangunan dan keselamatan harta benda di kawasan perumahan flat Taman Cendana.

1.11.4 Disiplin Kerja

Disiplin memainkan peranan penting dalam meningkatkan sahsiah seseorang. Disiplin berasal dari bahasa latin Discere yang bermaksud belajar (Waji, 2009). Perkataan ini menimbulkan perkataan Disciplina yang bermaksud pengajaran atau pelatihan. Oleh itu, disiplin kerja adalah suatu alat yang digunakan pengurus untuk berkomunikasi dengan pekerja supaya mereka dapat mengubah sesuatu perilaku serta sebagai suatu usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kesediaan seseorang untuk mentaati semua peraturan di organisasi mereka (Rivai, 2004)

1.12 Rumusan

Dalam bab ini, pengkaji telah menjelaskan mengenai masalah kajian, objektif kajian, persoalan kajian, skop kajian, dan kerangka konsep yang digunakan serta definisi istilah yang digunakan dalam persoalan kajian.

(30)

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji akan mengenalpasti teori-teori dan kajian-kajian lepas yang berkaitan untuk dijadikan panduan agar dapat dijadikan sokongan kepada kajian ini. Fokus kajian adalah berkaitan dengan perumahan flat, keselamatan, keselamatan individu, keselamatan harta benda, keselamatan struktur bangunan, disiplin kerja, dan kajian-kajian yang berkaitan dengan keselamatan dan stres. Setiap topik akan dibincangkan serta diperincikan mengikut kesesuaian kajian yang akan dilakukan oleh penyelidik untuk memantapkan lagi kajian penyelidik. Dalam bab ini juga boleh menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dinyatakan dalam bab 1.

(31)

2.2 Perumahan Flat

Sesebuah rumah boleh ditakrifkan sebagai pembangunan fizikal yang memberi tempat berlindung atau tempat berteduh bagi penggunanya (Mokhtar, 2008). Ini kerana rumah merupakan salah satu keperluan asas manusia selain daripada makanan. Ini turut disokong oleh dengan Lawrence (2004) yang menyatakan persekitaran yang terbina pada hari ini tidak hanya berfungsi sebagai tempat tinggal, tetapi juga merupakan keperluan asas manusia. Perumahan flat atau blok bangunan flat juga dikenali sebagai rumah bertingkat atau juga dipanggil sebagai perumahan kos rendah. Ini selari dengan Sardjono (2007) yang menjelaskan bahawa rumah bertingkat merupakan rumah yang dibina pada suatu tanah tertentu dengan bilik yang berlapis secara menegak. Secara kasar boleh dikatakan atau ditafsirkan dengan menumpukan rumah di atas rumah yang lain.

Selain itu, Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) diwujudkan bertujuan untuk menyediakan kemudahan perumahan yang sempurna kepada golongan berpendapatan rendah di luar bandar dan pinggir bandar di samping kemudahan-kemudahan asas dan sosial (Che Ibrahim ,2005). Ini juga selari dengan Ramli et. al., (2013) yang menyatakan bahawa kerajaan Malaysia telah merancang pelbagai Rancangan Malaysia untuk memberikan perumahan kos rendah yang berkualiti, mencukupi dan mampu milik untuk keperluan perumahan negara. Ini menunjukkan bahawa perumahan kos rendah seperti perumahan flat adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah yang mampu milik dan berkualiti.

Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai isu cabaran yang berkaitan perumahan perlu ditangani dengan berkesan. Menurut Dasar Pembangunan Negara (2012), antara isu-isu utama yang dikenalpasti ialah:

i. Kualiti rumah yang dibina ii. Projek perumahan terbengkalai

iii. Kemampuan serta aksebiliti rakyat untuk membeli atau menyewa rumah yang disediakan.

iv. Permintaan yang melebihi penawaran bagi rumah kos rendah dan kos sederhana.

(32)

v. Pembangunan Perumahan Rakyat Mampu Milik (PRMM) di lokasi yang tidak strategik

vi. Isu pengagihan Perumahan Rakyat Mampu Milik (PRMM)

Bagi menangani isu-isu perumahan ini secara menyeluruh, Dasar Pembangunan Negara (DRN) dapat dijadikan sebagai asas bagi memandu, mengurus dan menyelaras perancangan dan pembangunan sector perumahan agar lebih efisien dan sistematik. DRN digubal dengan tujuan untuk memastikan sektor perumahan dapat mengatasi cabaran-cabaran yang sedang dan akan dihadapi, serta terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara pada masa akan datang.

Kualiti perumahan menurut Bujang (2010) merangkumi aspek fizikal dan bukan fizikal. Aspek fizikal mencakupi lokasi, rekabentuk rumah, jenis rumah dan keselesaan penduduk. Manakala bagi aspek bukan fizikal pula seperti sosioekonomi, penduduk setempat dan kadar jenayah. Ini juga selaras dengan Toscano dan Esperanza (2008) yang menyatakan bahawa perumahan sempurna akan memberi kesan positif manakala perumahan yang tidak sempurna akan memberi kesan yang negatif kepada kehidupan, kerana perumahan merupakan faktor penting yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup secara keseluruhannya seperti dalam kajian Zainudin (2010) yang membincangkan tentang keberkesanan program Bandar Selamat kepada penduduk dalam meningkatkan tahap keselamatan penduduk. Ini juga bertepatan dengan kajian Sidek (2011) yang turut mengkaji tentang pelaksanaan program Bandar selamat yang juga untuk mengatasi peningkatan kadar jenayah di kawasan perumahan.

2.3 Keselamatan

Keselamatan bermaksud sesuatu keadaan yang terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan (Abdullah ,2011).

(33)

Rajah 2.1 : Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954)

Rajah 2.1 di atas menunjukkan Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954) dalam Abu Bakar (2002),mengkelaskan keperluan asas manusia kepada lima keperluan mengikut hierarki. Keperluan tersebut ialah keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri dan keperluan kesempurnaan kendiri.

Jadual 2.1 Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954), Abu Bakar (2002) Keperluan Fisiologi Merupakan keperluan untuk makanan, air, oksigen, tidur, aktiviti, seks

dan kepuasan deria.

Keperluan Keselamatan Setiap individu memerlukan keselamatan. Mereka memerlukan perasaan selamat dan jaminan keselamatan yang lahir dari keadaan yang berstruktur dan konsisten.

Keperluan Kasih Sayang Apabila keperluan fisiologi dan keselamatan telah dipuaskan, maka keperluan termilik dan memberikan serta menerima kasih sayang akan muncul sebagai tahap kepentingan yang seterusnya.

Keperluan Penghargaan Setiap orang memerlukannya berasaskan tetap dan yang tertinggi itu ialah menghormati dirinya sendiri dan orang lain serta penghargaan dari orang lain dan menghargai orang lain.

Keperluan Ekstetik Keperluan ini hanya muncul pada sesetengah individu yang telahmatang. Tetapi boleh juga diperlihat pada kanak-kanak yang sihat.Keperluan ini merupakan keinginan untuk keindahan dan kecantikan.

(34)

Kepentingan aspek keselamatan ini juga sebenarnya telah diberi penekanan sebelumnya oleh Maslow (1954) yang telah meletakkannya sebagai ukuran kedua selepas keperluan fisiologi sebagai syarat untuk mencapai kualiti hidup yang baik. Ia termasuklah keselamatan dari segi fizikal, emosi dan dan jaminan kewangan.Dari sudut keselamatan perumahan flat pula, keadaan hidup sepatutnya selamat dengan struktur rumah yang baik dan sesuai. Selain itu, kebanyakan penduduk lebih menyukai persekitaran kediaman yang terancang dan teratur di mana mereka akan merasa selamat untuk hidup dalam komuniti perumahan tersebut. Ia bermakna satu persekitaran yang selamat perlu bebas dari ancaman jenayah dan risiko pengusiran.

2.3.1 Keselamatan Individu

Keselamatan individu di perumahan flat adalah merangkumi keselamatan ahli keluarga dan fokus utama adalah kepada keselamatan anak-anak.Dalam kajian Md Sakip (2013) yang menegaskan bahawa penduduk yang sudah berkahwin mempunyai ketakutan yang lebih tinggi daripada jenayah kerana mereka lebih prihatin tentang keselamatan keluarga dan anak-anak mereka. Ini kerana terdapat banyak kes jenayah yang berlaku di kawasan perumahan flat dan salah satunya adalah kes penculikan kanak-kanak. Menurut Renauer (2007) mengatakan bahawa perasaan takut terhadap jenayah telah menjadi satu masalah sosial yang serius yang membawa kepada pemahaman saintifik dan reaksi sosial.

Berdasarkan kepada Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954) dalam kajian Macintyre et al.,(2002) menghasilkan lima ciri-ciri untuk kawasan perumahan seperti jadual 2.2 yang ditunjukkan :

(35)

Jadual 2.2 :Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954) dalam kajian Macintyre et al.,(2002)

Bil Ciri-ciri kawasan perumahan Contoh

1 Ciri-ciri fizikal persekitaran yang dikongsi oleh semua penduduk.

Kualiti udara dan air minum dan landskap dan suhu luar.

2 Kewujudan daripada persekitaran yang sihat sama ada di rumah, di tempat kerja dan tempat permainan.

Peruntukan perumahan yang baik dan tempat permainan kanak-kanak yang selamat.

3 Perkhidmatan disediakan kepada orang awam atau secara peribadi untuk membantu orang dalam kehidupan seharian.

Satu perkara baik yang dikekalkan kepada persekitaran luar, pembersihan jalan, lampu yang mencukupi dan perkhidmatan kesihatan.

4 Kejiranan sebagai salah satu ciri sosiobudaya. Termasuk sejarah kejiranan.

5 Reputasi kawasan yang boleh mempengaruhi keyakinan penduduk dan kesan kepada sesiapa yang berpindah masuk dan berpindah keluar dari perumahan .

-

Ciri kedua Macintyre et al.,(2002) di atas ada menyatakan tentang ciri mewujudkan persekitaran yang sihat sama ada di rumah, di tempat kerja dan tempat permainan dan penekanan diberikan kepada keselamatan kanak-kanak di tempat permainan. Ini menunjukkan bahawa keselamatan anak-anak perlu dipandang serius kerana ia melibatkan nyawa dan maruah.

2.3.2 Keselamatan Harta Benda

Dalam kajian Zainuddin (2010) membincangkan tentang isu keselamatan yang sering berlaku kepada penduduk di perumahan flat. Aspek keselamatan ini menfokuskan kepada keselamatan diri dan harta benda penduduk di kawasan perumahan dimana peningkatan isu jenayah yang berleluasa. Oleh itu, daripada kajian beliau,terdapat beberapa langkah-langkah keselamatan yang telah dibuat iaitu:

1. Pengasingan laluan pejalan kaki dari jalan bermotor 2. Penyediaan Bollard

3. Mengawal tanaman landskap di laluan pejalan kaki 4. Pondok Polis

(36)

5. Mengemaskan kawasan semak dan terlindung 6. Tempat letak motosikal berkunci

7. Pemasangan lampu di kaki lima premis perniagaan

8. Tidak membenarkan perniagaan dan meletak kenderaan di kaki lima dan laluan pejalan kaki

9. Menjanakan aktiviti perniagaan

10. Perkhidmatan pengawal keselamatan swasta 11. Pendidikan

12. Pemasangan lampu di lorong tepi, depan dan belakang rumah 13. Menyediakan risalah jenayah komuniti

14. Meningkatkan rondaan kawasan perumahan

Walau bagaimanapun, Kamalruddin (2006) mendedahkan bahawa kebanyakan kes jenayah yang melibatkan harta benda masih mengalami peningkatan kadar walaupun setelah Program Bandar Selamat telah dilaksanakan. Ini menunjukkan bahawa kadar jenayah harta benda masih menular dan meningkat walaupun langkah-langkah keselamatan dibuat. Ini juga dapat dibuktikan dalam jadual 2.2 yang menunjukkan jenayah harta benda yang dibahagikan kepada empat jenis iaitu pecah rumah dan curi, kecurian kenderaan, ragut dan lain-lain kecurian. Kecurian kenderaan merupakan jenayah harta benda tertinggi dilaporkan. Ianya semakin meningkat iaitu dari 53,069 kes pada tahun 1999 kepada 65,076 kes pada tahun 2004 dan jenis kenderaan yang sering dicuri ialah skuter. Jenayah pecah rumah dan curi didapati semakin menurun daripada 35,936 kes pada tahun 1999 kepada 24,904 kes iaitu dengan penurunan sebanyak 31 peratus. (Rujuk jadual 2.3)

(37)

Jadual 2.3 : Jenayah harta benda yang dilaporkan kepada polis mengikut jenis, Malaysia, 1999 – 2004 (Polis Diraja Malaysia, 2005)

Jenis Jenayah 1999 2000 2001 2002 2003 2004 Jumlah 147,958 145,569 136,079 128,199 133,525 134,596 Pecah rumah dan curi 35,936 32,913 28,452 25,265 25,789 24,904 Siang hari 9,401 8,675 7,449 6,821 6,928 6,550 Malam hari 26,535 24,238 21,003 18,444 18,861 18,354 Kecurian kenderaan 53,069 57,775 60,049 74,891 64,300 65,076 Lori/Van 3,485 3,698 4,306 4,570 5,551 4,892 Kereta 6,196 7,278 8,520 8,544 8,537 8,624 Motosikal/skuter 41,905 45,903 47,723 47,137 50,212 51,620 Basikal 1,483 896 - 14,640 - - Ragut - - 14,368 - 15,798 11,536 Lain-lain kecurian 58,953 54,881 33,210 28,043 27,638 33,080

2.3.3 Keselamatan Struktur Bangunan

Keselamatan struktur bangunan ini bermaksud perlindungan kepada penghuni daripada sebarang ancaman kemalangan ketika berada didalam sesebuah bangunan. Ini juga selari dengan kajian Yau et al., (2008) yang menyatakan bahawa bangunan selamat juga bermaksud pembinaan persekitaran yang melindungi penghuninya secara menyeluruh dari segi fizikal atau psikologi yang bertujuan untuk mengurangkan kadar kecederaan dan kematian. Oleh itu, tujuan prestasi bangunan penilaian adalah untuk mengukur kualiti perumahan menggunakan petunjuk prestasi yang perlu dipertimbangkan dalam meningkatkan kualiti alam bina (Ho et. al., 2010).

Dalam kajian Zakaria (2010), terdapat beberapa peraturan, akta dan amalan piawaian tempatan atau antarabangsa berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan bangunan telah diwujudkan. Di bawah ini disenaraikan beberapa peraturan dan piawaian yang berkaitan keselamatan dan kesihatan dalam bangunan :

(38)

RUJUKAN

Abd Kadir, H. (2005). Pekerja Industri : Isu dan Teknik Penyelesaian. Dicapai pada 5 April 2015, https://books.google.com.my/books?id=DoZ_hmutuxYC&pg=PP5&lpg=PP 5&dq=ciri-ciri+pekerja+industri&source=bl&ots=kvPEIRlj_H&sig=t-kp60G87dFjfHzmkoRflK8k_cQ&hl=en&sa=X&ei=dYxgVYSzD46huQSd6 oHQAw&redir_esc=y#v=onepage&q=ciri-ciri%20pekerja%20industri&f=false

Abdul Air, I. (2005). Kadar Ketersediaan Tanah untuk Pembangunan Perumahan di Kawasan Bandar Menurut Rancangan Tempatan Daerah:Keberkesanannya dari Perspektif Pemaju. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis Sarjana. Abdul Ghafar, M. N. (1999). Peyelidikan Pendidikan. Skudai. Fakulti Pendidikan,

UTM.

Abdul Ghafar, M. N. (2003). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Ghafar, M. N. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal selidik Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Jalal, B. & Ismail, I. (2010). Pengurusan Stres Secara Holistik. Kementerian Kewangan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah, A. A. L. (2011). Pengurusan Keselamatan Menyeluruh Di Tapak Bina. Fakulti Kejuruteraan Awam. UniversitiTeknologi Malaysia.

Abdullah, H.A., Pawanteh, L., Syed Abdullah, S.M., & Mustaffa, N. (2010). Kesedaran dan Sikap Komuniti dalam Pengurusan Persekitaran Di Wilayah Iskandar, Johor. Jurnal Melayu. 2010. 5: 71-86.

Abrams, Charles.(1964). Man’s Struggle for Shelter In An Urbanizing World. London : Cambridge.

Abu Bakar, A. (2002). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam. Karisma Publications Sdn. Bhd.

(39)

Ahmad, R. & Mustaffa, M.S. (2002).Keperluan Kaunseling dalam Organisasi pada Alaf 21. Dicapai pada 5 April 2015:

http://www.academia.edu/1842170/KEPERLUAN_KAUNSELING_DALA M_ORGANISASI_DI_ALAF_21

Alias, L. J. (2010). Kepuasan Penghuni Terhadap Kawasan Kejiranan Yang Didiami Di Kawasan Perumahan Kos Rendah 1 Tingkat, Taman Universiti, Skudai, Johor Darul Takzim. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda. Azmi, I. B. & Ahmad, W. S. (2008). Pengaruh Sikap dan Demografi ke atas

Produktiviti Kerja Pensyarah Muslim: Lakian di Universiti Malaya. Jurnal Syariah, 16(2), 321-344.

Bourne, L. S. (1981). The Geography of Housing. New York: Edward Arnold.

Bujang, A. A. (2010). Role of Local Authority in Providing Quality Housing for Lower Income Group in Kuala Lumpur City Hall. Dicapai pada 20 Januari 2015 : http://teknologimalaysia.academia.edu

Che Ibrahim, N. A. (2005). Kajian Terhadap Projek Perumahan Di Kelantan. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.

Chua, Y. P. (2006). Asas Statistik Penyelidikan. Edisi ke-2. Malaysia. McGraw Hill Sdn. Bhd.

Cooper, D. R. & Schindler, P. S. (2006). Business Research Methods(9th edition). USA: McGraw-Hill.

Dasar Perumahan Negara. (2012). Jabatan Perumahan Negara. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dicapai pada 30 Disember 2014, http://www.kpkt.gov.my/kpkt_2013/fileupload/dasar/DRN_BM.pdf

Dr. James Ang Jit Eng. (2011). Pengurusan Disiplin Murid Edisi Kedua. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., Selangor.

Effendi, M. (2001). Stres Akibat Kerja Yang Dihadapi Oleh Guru. Jurnal Pendidikan dan Kebudayaan. 2001. 43:1-9.

Embong, A.R., Abdullah, H., Abdul Samad, R., Abdul Hadi, A.S., Shari, I. & Woon, T.K. (2011). Pembandaran di Kalangan Kelas Bawah di Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia. Jabatan Antropologi dan Sosiologi dan Jabatan Geografi dari Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan dan Jabatan Ekonomi Pembangunan dan Perancangan dan Jabatan Perangkaan dan Analisa Kuantitatif dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.

(40)

Hasibuan, M. S.P. (2012). Manajemen Sumber Daya Manusia. Edisi Revisi. Cetakan Keenam Belas. Jakarta: PT. Bumi Aksara.

Heidjrachman, R. & Husnan, S. (2002). Manajemen Personalia. Yogyakarta: BPFE Ho, D. C.-W., Chau, K.-W., King-Chung Cheung, A., Yau, Y., Wong, S.-K., Leung,

H.-F., Siu-Yu Lau, S., et. al,. (2008). A survey of the health and safety conditions of apartment buildings in Hong Kong.Building and Environment, 43(5), 764-775. doi:10.1016/j.buildenv.2007.01.035

Info Pilihan Siri 4.(2005). Departments Of Statistics Malaysia. Dicapai pada 20 November 2014 dari

http://statistics.gov.my/portal/download_Labour/files/BPTMS/PST-Siri4.pdf

Ismail, N. (2000). Stres dan mekanisme daya tindak di kalangan operator pengeluaran : Satu Kajian di Omron Malaysia Sdn. Bhd. Universiti Malaya. Tesis : Sarjana.

Jamsiah, M., Rosnah, S., & Noor Hassim, I. (2010). Stres dalam kalangan penduduk dewasa luar bandar,daerah Hulu Langat, Selangor. Jurnal Kesihatan Masyarakat, 16 (1). pp. 2-9. ISSN 1675-1663.

John Wiley and Sons,Inc .(1991). Regression Analysis By Example (2nd edition). A Wiley –Interscience Publication

Kamalruddin, S. (2006). Pencapaian perlaksanaan program Bandaraya Shah Alam. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Pengurusan Bandar 2006. Anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam. Subang Jaya, 4-5 September.

Konting, M. M. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Krejcie, R.V. dan D.W. Morgan. (1970). Determining Size for Research Activities. Educational and Psychological.

Laman Web Khas Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dicapai pada 5 November 2014 di http://kklw.bernama.com/news.php?id=464271

Landy, F. J., & Conte, J. M. (2004). Work in 21st Century. An Introduction to Individual and Organizational Psychology. New York: McGraw Hill. Lawrence, R. J. (2004). Housing, health and well-being: Moving forward. Reviews

on Environmental Health, 19(3/4), 161–176

(41)

Md Sakip, S.R., Abdullah,A., & Mohd Salleh, M. N. (2013). Fear of Crime in Residential Areas Faculty of Architecture, Planning & Surveying, University Technology Mara Perak, Malaysia. 3 School of Housing, Building & Planning. Univsersity Science of Malaysia, Malaysia.

Meyer, J.P., Becker, T.E. & Vandenberghe, C. (2004). Employee Commitment And Motivation : A Conceptual Analysis And Integrative Model. Journal of Applied Psychology. 89(6): 991-1007.

Mohamed, N.H. (2004).Pembinaan E-Modul Mata Pelajaran Hidrologi : Kajian Di Politeknik Shah Alam. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

Mohd Jan, R. (2010). Rumah Kos Rendah (Council Homes) Dalam Membantu Meningkatkan Tahap Kualiti Hidup Masyarakat. Kajian Kes: Perumahan Rakyat MPSJ. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.

Mokhtar, R. (2008). Persepsi Penghuni Terhadap Keselesaan di Kawasan Perumahan Kos Rendah Awam dan Swasta Kajian Kes: Perumahan Awam Kos Rendah Taman Cendana dan Taman Scientex, Pasir Gudang. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis : Projek Sarjana Muda.

Musa, M. M. (2003). Tekanan dan Psikologi. Universiti Utara Malaysia.

Mustafa, S.A.(2007). Aplikasi Ergonomik Dalam Sistem Kerja Untuk Kesejahteraan Motivasi Pekerja Menggunakan Terminal Paparan Visual. . Universiti Sains Malaysia.Tesis :Master.

Mustaffa, J. (2007). Aspek Keselamatan Awam Dalam Pembentukan Bandar Selamat Di Malaysia: Kajian Kes Alor Star, Kedah. Universiti Sains Malaysia.Tesis Ph.D.

Nasution, M. (2000). Manajemen Personalia. Jakarta : Djambatan

Official Portal of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. (2009). Dicapai pada 1 Disember 2014 di

http://www.uthm.edu.my/v2/content/view/1398/251/lang,en/.

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Ipoh. Dicapai pada 22 Oktober 2014 (Rabu) di http://www.mbi.gov.my/web/guest/fungsi.

Ramli, A., Akasah, Z. A., & Mohd Masirin, M. I. (2013). Assessing Safety and Health Factors Influecing Performance of Malaysian Low-Cost Housing.

(42)

Faculty of Civil and Environmental Engineering. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Renauer, B. C. (2007). Reducing Fear of Crime: Citizen, Police or Government Responsibility?.Journal Police Quarterly, 10(1), 41-62.

Rivai, V. (2004). Manajemen Sumber Daya Manusia Untuk Perusahaan. Cetakan Pertama. PT. Raja Grafindo. Jakarta

Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sosial. Edisi Pertama Petaling Jaya: Prentice Hall Pearson Malaysia.

Salleh, M. R. (2010). Pengendalian Stres dan Kebimbangan (Penilaian Kognitif dan Tingkah Laku). Dicapai pada 2 Mac 2015,

https://books.google.com.my/books?id=VhhABAAAQBAJ&pg=PT49&dq =PENILAIAN+STRES+PEKERJAAN&hl=en&sa=X&ei=FTVgVdKNJZC JuASnnoHYBQ&redir_esc=y#v=onepage&q=PENILAIAN%20STRES%2 0PEKERJAAN&f=false

Sardjono, A. B. (2007). Anika Desain Rumah Bertingkat.

Sastrohadiwiryo B.S. (2001). Manajemen Tenaga Kerja Indonesia. Pendekatan Administratif dan Operasional. Bandung: PT. Bumi Aksara.

Sekaran, U. (2006). Research methods for business: A skill building approach. Wiley.com.

Sidang Pengarang. ( 2000 ). Tekanan dan Cara Mengendalikannya Dengan Berkesan. Skudai Post: UniversitiTeknologi Malaysia, Skudai ( Januari ). Sidek, H. (2011). Pelaksanaan Program Bandar Selamat Di Kuala Lumpur. College

of Business, Universiti Utara Malaysia.

Sipon, S. (2010). Pengurusan Stres. Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial. Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Sukimin, S. (2008). Persepsi Terhadap Kualiti Dan Kepuasan Perumahan Dalam Kalangan Pemilik Rumah Kos Rendah Di Kota Kinabalu Sabah Malaysia. Universiti Putra Malaysia.

Sutrisno, E. (2011). Manajemen Sumber Daya Manusia. Cetakan Ketiga. Jakarta: Kencana Prenada Media Group

Tety, A. (2006). Pengaruh Pengawasan terhadap Disiplin Kerja pada Kantor Badan Kepegawaian Daerah Kabupaten Brebes. Skripsi Jurusan Ekonomi Universitas Negeri Semarang.

(43)

Udin, Y. (2006). Pendekatan Pasukan Polis dalam Pencegahan Jenayah Bandar. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Pengurusan Bandar 2006. Anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam. Subang Jaya, 4-5 September.

Utah, R. (2013). IBM SPSS Statistics For Window. Pejabat Teknologi Maklumat. Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Utusan Malaysia (15 Januari 2001). Perumahan Negara Mampu Milik di capai pada 15 Disember 2014 di

http://aplikasi.kpkt.gov.my/akhbar.nsf/521fb206a8dbd0a34825697400224d ef/abcf2053061cb794482569ff0003e581?OpenDocument.

Utusan Online Johor (2010). Dicapai pada 1 Disember 2014 di http://warga-felda.blogspot.com/2014/06/utusan-online-johor_3.html.

Vera-Toscano & Esperanza. (2004). The impact of chilean fruit sector development on female employment and household income.

Waji, S. (2009). Pengertian Kedisiplinan. Dicapai pada 20 Mac 2015 di http://starawaji.wordpress. com/2009/04/19/pengertian-kedisiplinan.

Widyamartaya, A. (2001). Spirituality@work: 10 ways to balance your life on the job. Edisi bahasa Indonesia.

Wiersma, W. (2005). Research Methods In Education: An Introduction. Boston: Allyn and Bacon.

Yahaya, A., Hashim, S., Ramli, J., Boon, Y., & Hamdan, A.R. Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. 1st Ed.Malaysia: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Yahaya, A., Ramli, J. & Karuppaya, K. S. (2007). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kemerosotan Disiplin Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

Yau, Y., Wing .D.C & Chau. K. W .(2008). Determinants of the Safety Performance of Private Multi-storey Residential Buildings in Hong Kong. Department of Public and Social Administratio. City University of Hong Kong, Tat Chee Avenue, Kowloon Tong, Kowloon, Hong Kong SAR, People’s Republic of China.

Yusof, M. (2012). Kepuasan penduduk program perumahan rakyat terhadap kualiti perumahan : kajian kes : projek perumahan rakayat Sri Iskandar, Pasir Pelangi, Johor Baharu dan projek perumahan rakayat desa Mutiara, Tebrau, Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Pesantren Tebuireng sebagai salah satu pondok pesantren di Jombang didatangi para santri dan pemuda Islam yang tergabung dalam Laskar Hizbullah Jombang yang

Sehingga berdasarkan data dari hasil yang telah dilakukan peneliti pada bab sebelumnya, dapat disimpulkan bahwa kemahiran menulis poster siswa kelas VIII Sekolah Menengah

Dari hasil output SPSS di atas menunjukkan bahwa pengaruh dari Z (QR) terhadap Y pada output pertama dan pengaruh moderat2 (Z*X2) pada output kedua, tidak ada satupun

Selanjutnya, berbagai peubah ekonomi yang digunakan dalam model menunjukkan bahwa peubah investasi (INV), pengeluaran pemerintah (GOV), dan ekspor (EXPR) secara

bahwa berdasarkan pertimbangan sebagaimana dimaksud dalam huruf a, dan huruf b, maka Peraturan Bupati Sukoharjo Nomor 80 Tahun 2019 tentang Penjabaran Anggaran

Tipe administratif kepemimpinan ini mampu menyelengarakan tugas-tugas administrasi secara efektif. Pimpinannya biasanya terdiri dari teknokrat dan

Jumlah guru kejuruan, umum dan tenaga kependidikan yang pernah mengikuti kegiatan pelatihan yang diselenggarakan mitra dudika atau dudika yang sudah

Menurut Machfud (1999), teori antrian merujuk kepada penyelidikan suatu kelompok masalah secara fisik dan matematis, yang dicirikan oleh (1) masuknya suatu objek