• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peperiksaan Percubaan PENDIDIKAN MORAL 1225/1 Kertas /2 jam Dua jam setengah sahaja

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Peperiksaan Percubaan PENDIDIKAN MORAL 1225/1 Kertas /2 jam Dua jam setengah sahaja"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

NAMA : TINGKATAN :

NO. KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

Peperiksaan Percubaan

PENDIDIKAN MORAL

1225/1

Kertas 1

2 1/2 jam Dua jam setengah sahaja

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Tulis nombor kad pengenalan dan

angka giliran anda pada petak yang disediakan.

2. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

3. Jawab semua soalan dalam Bahagian A

dan dua soalan daripada Bahagian B.

4. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang yang disediakan dalam kertas soalan ini.

5. Markah yang diperuntukan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam kurungan.

6. Jika anda hendak menukar jawapan, batalkan dengan kemas jawapan yang telah dibuat. Kemudian tulis jawapan yang baharu.

Untuk Kegunaan Pemeriksa

Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 10 2 10 3 10 4 10 5 10 6 10 7 10 8 10 B 9 10 10 10 11 10 Jumlah 100

(2)

Bahagian A

[80 markah] Jawab semua soalan

1. Keratan akhbar berikut berkaitan ponteng sekolah.

(a) Ramalkan kesan sekiranya pelajar di atas terus terlibat dengan aktiviti ponteng sekolah. Jawapan anda berdasarkan satu nilai murni. [4 markah]

(b) Sekiranya anda adalah rakan kepada pelajar di atas, apakah tindakan anda? Jelaskan. [2 markah]

(3)

(c) Nyatakan peranan pihak berikut untuk membantu mengatasi masalah pelajar yang terlibat dengan ponteng sekolah.

i Masyarakat sekitar. [1 markah]

ii Media massa. [1 markah]

(d) Berikan dua punca selain pengaruh rakan sebaya yang mendorong pelajar di atas terlibat dengan aktiviti ponteng sekolah. [2 markah]

i ii

(4)

2. Maklumat yang berikut adalah berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh sebuah keluarga.

Ayah Jian Hin baru menerima panggilan telefon daripada guru tingkatan Jian Hin, guru tingkatannya memaklumkan bahawa Jian Hin ditangkap kerana merokok di kawasan sekolah. Jian Hin memohon maaf dengan ayahnya. Jian Hin turut berjanji dengan ayahnya bahawa dia tidak akan mengulangi kesalahan lagi. Sebagai hukumannya, ayah Jian Hin tidak membenarkan Jian Hin keluar rumah selama seminggu.

(a) Setujukah anda dengan tindakan ayah Jian Hin memberi hukuman kepada Jian Hin. Berikan alasan anda. [4 markah]

(b) Huraikan nilai yang diamalkan oleh Jian Hin terhadap ayahnya. [2 markah]

(c) Berikan langkah yang perlu diambil oleh ibubapa bagi memastikan Jian Hin tidak melakukan kesalahan lagi. [2 markah]

(d) Cadangkan dua contoh hukuman positif lain selain hukuman yang diberi oleh ayah Jian Hin. [2 markah]

i ii

(5)

3. Maklumat berikut berkaitan dengan ekopelancongan.

Taman Negara Bako, Sarawak Taman Laut Pulau Redang,Terengganu

Negara kita kaya dengan kawasan ekopelancongan.

Kawasan-kawasan tersebut merupakan satu daya tarikan utama bagi ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai keindahan dan keunikan alam semula jadi seperti Taman Laut dan Taman Negara.

(a) Pelancong yang mengunjungi kawasan ekopelancongan perlu mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar.

Berikan maksud nilai tersebut. [2 markah]

(b) Mengapakah konsep ekopelancongan sesuai dimajukan di negara kita ? [4 markah]

(c) Senaraikan tindakan kerajaan untuk menyokong ekopelancongan. [3 markah]

(d) Namakan kawasan ekopelancongan yang popular di negara kita selain di atas.

(6)

4. Logo berikut berkaitan dengan pasukan keselamatan di Malaysia.

BOMBA DAN PENYELAMAT POLIS DIRAJA MALAYSIA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(a) Selain nilai bertanggungjawab dan rasional, huraikan dua nilai yang diamalkan oleh pasukan keselamatan negara. [4 markah]

i ii

(b) Huraikan akibatnya jika anggota tentera tidak mengawal keselamatan negara.

[4 markah]

(c) Nyatakan dua cara anda dapat menyumbang bakti kepada negara. [2 markah] i

(7)

5. Soalan 5 berkaitan dengan maklumat berikut

Maklumat 1 Maklumat 2

(a) Huraikan maksud nilai Menghormati Hak Wanita dengan merujuk kepada Maklumat 2. [2 markah]

(b) Apakah perasaan anda apabila melihat situasi di atas ? Mengapa berlakunya keganasan dalam sesebuah rumah tangga ? [4 markah]

(8)

(c) Apakah tindakan yang boleh diambil oleh wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga ? [2 markah]

(d) Namakan kementerian yang menjaga kebajikan golongan wanita ? [1 markah]

(e) Apakah rumusan yang dapat anda nyatakan daripada keseluruhan maklumat yang diberi.

[1 markah]

(9)

6.

(a) Pendatang asing tanpa izin wajar dikenakan tindakan undang-undang oleh kerajaan Malaysia.

Berikan hujah anda berdasarkan nilai. [4 markah]

(b) Sekiranya kegiatan di atas berterusan, ramalkan implikasi kepada negara. [3 markah]

(c) Apakah faktor yang mendorong pendatang asing tanpa izin datang ke Malaysia.

[2 markah]

(d) Berikan akta berkaitan penyeludupan. [1 markah]

Beberapa orang pendatang tanpa izin telah diberkas oleh pihak berkuasa Malaysia kerana

memasuki negara ini.

Penyeludup dari negara asing yang menyeledup tekstil dan VCD ke negara

ini dihadapkan ke mahkamah.

(10)

7. Maklumat berikut berkaitan ASEAN dan konsep ZOPFAN

Malaysia - Telah mengajukan konsep ZOPFAN

Indonesia - Merupakan anggota Pertubuhan Serantau Asia Tenggara (ASEAN) Vietnam - Tentera Vietnam perlu berundur dari Kemboja dan rakyat Kemboja

diberi peluang menentukan nasib mereka sendiri.

(a) Negara-negara anggota ASEAN bersatu hati mengamalkan konsep ZOPFAN. Apakah maksud ZOPFAN. [2 markah]

(b) Negara-negara anggota ASEAN telah melaksanakan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Terangkan nilai yang diamalkan oleh anggota ASEAN tersebut. [4 markah]

(c) Pada pendapat anda, mengapakah sesuatu masalah yang berlaku di sesebuah negara perlu diselesaikan secara rundingan dan bukan pertelingkahan. [4 markah]

(11)

8. Maklumat berikut berkaitan dengan dialog keluarga Ming Ming. Ming

Ming

: Ibu, ayah, saya akan berkahwin dengan Li Li tahun depan. Kami bercadang daftar kahwin dan melancong ke luar negara untuk berbulan madu.

Ibu : Ming Ming, kamu adalah satu-satu anak lelaki dalam keluarga kita. Kita patut adakan kenduri kahwin untuk memaklumkan kepada saudara mara bahawa kamu telah mendapat pasangan hidup.

Ayah : Saya setuju dengan ibu kamu. Kita harus ikut tradisi perkahwinan orang Cina yang diwariskan oleh nenek moyang kepada kita turun temurun.

(a) Jelaskan dua nilai yang diamalkan oleh keluarga Ming Ming. [4 markah] i ii

(b) Bincangkan kesan jika anggota keluarga tidak mengikut adat resam keluarga.

[4 markah]

(c) Berikan dua amalan tradisi lain yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia.

[2 markah] i

ii

(12)

Bahagian B

[20 markah]

Jawab mana-mana dua soalan daripada bahagian ini.

9. Gambar berikut berkaitan dengan keletihan pegawai perubatan dalam menghadapi wabak pandemik Covid 19.

(13)
(14)

10. Gambar berikut berkaitan dengan gaya pembelian rakyat Malaysia.

Gambar A Gambar B

Berdasarkan gambar-gambar di atas, apakah pilihan anda ?

(15)
(16)

11. Gambar di bawah adalah logo Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

Tujuan utama PBB ditubuhkan adalah untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran dunia. Huraikan usaha yang dijalankan oleh PBB untuk meningkatkan keamanan dan kesejahteraan masyarakat global berdasarkan dua nilai yang telah anda pelajari. [10 markah]

(17)
(18)

Gambar

Gambar A  Gambar B

Referensi

Dokumen terkait

(iii) Merujuk kepada pernyataan di atas, masih terdapat segelintir pengunjung enggan mematuhi peraturan dan larangan yang ditetapkan. Berikan pendapat anda, mengapa

(c) Bagaimanakah anda dapat mengembangkan potensi dalam bidang yang diceburi untuk berjaya seperti Nazim Mursyidi.. Kemukakan alasan untuk menyokong

5 Kenyataan manakah yang berkaitan dengan dosa-dosa besar I Kesalahan yang mendapat balasan azab di akhirat II Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia III

3 Pilih kenyataan yang tidak benar mengenai syarat sah sewa A Kontrak sewa tamat dengan sebab tamat tempoh B Barang yang disewa itu hendaklah memberi faedah C Manfaat