• Tidak ada hasil yang ditemukan

Team Cahaya News and Announcements

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Team Cahaya News and Announcements"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

Announcements

EARTH DAY

Dunia ini adalah milik bersama! Kerana itulah kami turut memberi

perhatian terhadap komuniti di luar termasuk alam sekitar, sebagaimana kami memberi perhatian terhadap para pesakit kami.

Salah satu cara kami menunjukkan penghargaan adalah melalui

Hari Perkhidmatan Hari Bumi (Earth Day). Hari Bumi merupakan acara tahunan yang disambut oleh masyarakat tempatan yang memberi pelbagai faedah kepada bumi.

Tahun ini, ramai teammate, tanpa mengira umur, turut bekerjasama membantu masyarakat setempat menjayakan pelbagai program

Hari Bumi dan secara tidak langsung menjadikan bulan ini sebagai bulan yang istimewa. Kami berharap agar usaha kami

membersihkan pantai, masjid, taman permainan dan lain-lain tempat yang terlibat, dapat membaikpulih tempat berkenaan menjadikannya lebih bersih dan kemas.

Syabas ahli pasukan di dalam menjayakan program yang bermanfaat dengan memberi keceriaan selari dengan konsep DaVita Way.

(2)

(PEMBANGUNAN BERPASUKAN) TEAM BUILDING ROADSHOW

Kami meneruskan pembangunan berpasukan kami bersama

dengan pasukan daripada negeri-negeri di sebelah utara dan selatan. Semangat yang ditunjukkan oleh setiap teammate adalah sungguh mantap dan saksama.

Banyak acara yang berlangsung semasa jerayawara (roadshow) ini termasuklah mengadakan sesi perbincangan dan permainan. Diharap agar aktiviti ini dapat mengukuhkan lagi jalinan persahabatan di antara teammate dan terus memberi motivasi

kepada semua untuk menjalani kehidupan yang sihat sejajar

dengan DaVita Way. Kami telah menamatkan jerayawara ini dengan jayanya bersama dengan Region 1!

Kami kongsikan di sini beberapa gambar semasa acara-acara ini berlangsung bersama teammate daripada Alor Setar, Kangar, Gurun, Pendang, Seberang Perai, SPS, SPU, Sungai Siput, Batu Berendam, Kuala Sungai Baru dan Masjid Tanah untuk tontonan anda.

“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.”

Helen

(3)

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SAMBUTAN HARI RAYA

Salah satu daripada acara tahunan Pasukan Cahaya ialah dengan

mengadakan Majlis Berbuka Puasa. Acara ini dijalankan

bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan yang disambut

oleh umat Islam di seluruh dunia. Pada bulan ini, umat Islam akan berpuasa, mengerjakan amal ibadat, muhasabah diri dan juga membanyakkan kerja amal. Hari Raya atau dikenali juga sebagai

Eidul Fitri di negara lain merupakan sambutan sebagai penutup

Ramadan dan disambut secara besar-besaran oleh umat Islam di seluruh negara. Sambutan Hari Raya ini merupakan acara tahunan kami di DaVita dan setiap cawangan akan meraikannya

bersama-sama dengan teammate masing-masing, para pesakit dan ahli keluarga. Sebagai negara yang berbilang bangsa, kami

bersyukur kerana dapat meraikan pelbagai jenis sambutan

perayaan bersama-sama tanpa mengira bangsa.

Ia juga merupakan salah satu cara yang sihat untuk mengeratkan lagi hubungan sesama bangsa di dalam satu komuniti yang harmoni. Di sini kami sertakan beberapa gambar yang diambil ketika kami meraikan sambutan menjelang Ramadan dan sambutan Hari Raya di seluruh negara untuk dikongsi bersama.

(4)

SELOKA RAYA 2019

Kami di DaVita Malaysia telah menyambut perayaan Hari Raya, iaitu Seloka Raya – Rumah Terbuka Hari Raya. Perayaan tersebut

diadakan pada jamuan tengah hari dan bertujuan untuk

menyampaikan rasa terima kasih kami kepada badan-badan

organisasi yang telah menderma dan menunjukkan sokongan mereka kepada kami. Ia merupakan satu majlis yang penuh dengan keriangan, gelak ketawa dan diselangi dengan pertunjukan persembahan muzik tradisional.

(5)

PELAN TINDAKAN PENGLIBATAN

(ENGAGEMENT ACTION PLAN)

Penglibatan anda di tempat kerja adalah keutamaan kami. Seperti yang telah anda ketahui, kami telah membentangkan Pelan Penglibatan yang kami cipta berdasarkan hasil tinjauan tahun 2018 dan maklum balas yang kami terima pada tahun lepas.

Tiga isu utama yang sering dibangkitkan berdasarkan hasil tinjauan dan perbincangan lanjut adalah seperti berikut: • Jurang komunikasi di antara HQ dan klinik

• Kurang kefahaman mengenai nilai teras DaVita dan rasa diri tidak penting di DaVita • Kebajikan untuk setiap teammate DaVita

Hasil tinjauan dan maklum balas tahun lepas telah kami jadikan sebagai rujukan dan sumber untuk memperbaiki pelan tindakan kami untuk tahun ini. Selain daripada memberi kenaikan gaji, pembahagian bonus, pemberian faedah dan pampasan, kami turut merangka Pelan Tindakan Penglibatan bagi memperbaiki lagi perkhidmatan kami.

Antara aktiviti yang telah kami jalankan untuk membangkitkan lagi semangat penglibatan ahli pasukan kami adalah:

• Mengadakan jerayawara pembangunan berpasukan (teambuilding roadshow) • Pengambilan Orientasi Baharu secara dalam talian dan di HQ

• Menyediakan laporan berkala pada setiap suku tahun

• Menyusun semula setiap rancangan yang melibatkan Core Value Pins

• Kebebasan bersuara semasa perjumpaan bersama (Village call) pada setiap bulan dan pada setiap suku tahun di Town Halls

• Mengadakan Pertandingan Boling Pasukan Cahaya

Untuk setiap aktiviti dan daya usaha yang berkaitan dengan Pelan Tindakan Penglibatan

(Engagement Action Plan), logo yang di sebelah ini akan turut dipamerkan bagi melahirkan kesedaran dan juga untuk menunjukkan penglibatan dan komitmen kami secara berterusan.

Jadual di bawah ini merupakan senarai penuh pelan yang telah kami rangkakan.

Bidang Tugasan

Komunikasi

Aktiviti Core Values dan homeroom bulanan

Menggalakkan kesemua 40 buah klinik untuk turut serta dan menyuarakan pendapat

mereka semasa sesi Voice of the Village bersama dengan HQ (waktu yang tetap pada setiap bulan – setiap Khamis pada minggu ke-2)

Bengkel komunikasi efektif untuk HQ

Pasukan Jerayawara Pembangunan Berpasukan (Teambuilding roadshow)

Mengadakan Pertandingan Persahabatan (contoh: Pertandingan Boling Pasukan Cahaya)

Penghargaan Menyusun semula program yang melibatkan penganugerahan penghargaan (We Are Here,

pemenang teammate terbaik untuk suku tahun, pemenang core value pins, Night Of Honour, penerbitan buletin berkala pada setiap suku tahun, pengiktirafan rakan sejawat)

Nilai Teras Menyediakan ruangan mengenai panduan nilai teras di buletin berkala pada setiap suku tahun

Aktiviti core values semasa homeroom

Kursus Dalaman

Kursus dalaman di HQ pada setiap suku tahun untuk teammate baru Kursus dalaman di atas talian pada setiap dua minggu

Sokongan selepas kursus dalaman (mentorship)

Pembelajaran dan Perkembangan FAST, DWOT, Asas-asas Kepimpinan, Seminar yang dijalankan berdasarkan web (webinar) dan

bengkel pembelajaran.

Menyediakan latihan untuk ahli pasukan – seperti seminar berdasarkan web dan latihan

melalui video

Kami akan terus bekerjasama dan berusaha sepanjang tahun untuk merealisasikan pelan tindakan ini. Justeru itu, kami memerlukan sokongan anda untuk bekerjasama dengan ahli pasukan kami dan berfikiran terbuka agar kami dapat memberi perkhidmatan yang padu kepada anda dan menjadikan Village kami sebagai sebuah tempat yang istimewa kepada semua.

(6)

Tahukah Anda?

Bahan bacaan mengenai kesihatan buah pinggang telah

disediakan untuk anda. Anda boleh rujuk kepada kami sekiranya

anda memerlukan satu set untuk diri sendiri atau keluarga /

sahabat! Ia boleh didapati dalam bahasa Inggeris & Melayu!

Tahukah Anda?

DaVita Malaysia mempunyai nombor

telefon yang baharu untuk pelanggan /

pesakit sekiranya mereka mempunyai

sebarang pertanyaan, cadangan atau

maklum balas.

1 800 180 780

DaVitaLine

Teammate terbaik bagi suku tahun

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Razlan Azim

Bin Mohammed Eskak kerana telah dipilih sebagai

teammate terbaik untuk suku tahun kedua tahun 2019!

Razlan merupakan pemandu di cawangan Sungai Besar dan telah menjadi contoh sebagai seorang yang menjalani kehidupan mengikut konsep DaVita Way. Beliau bukan sahaja telah menjalankan kerja beliau dengan sepenuh tenaga malah beliau juga turut membantu jururawat-jururawat di kawasan itu mengambil stok harian, membantu dari segi keselesaan pesakit dan banyak lagi. Beliau bukan sahaja menjalankan pekerjaan beliau dengan jujur malah beliau turut membantu membuat kerja yang bukan di dalam skop pekerjaan beliau.

Tahniah Razlan! Kami bangga dengan usaha anda. Teruskan bersinar menjadi pekerja contoh. Anda adalah bintang kebanggaan kami.

(7)

BAHAGIAN CORE VALUES

Bertanggungjawab (Accountability)

Kami tidak akan menggunakan ayat seperti “bukan salah saya” atau “ianya diluar bidang tugasan saya”. Kami mempunyai tanggungjawab

untuk menjalankan tugasan kami dengan jujur di samping mempunyai

tanggungjawab terhadap keseluruhan organisasi. Kami turut bertanggugjawab ke atas hasil tugasan kami.

Perasaan bertanggungjawab lahir dari dalam diri. Ianya bukan sesuatu yang boleh diberi tetapi kita haruslah memilih untuk memilikinya.

Bukan mudah untuk menjalankan tanggungjawab terhadap sesuatu tugasan

yang diberi tetapi ianya bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Berikut adalah antara contoh sikap seseorang yang bertanggungjawab menurut risalah oleh Inc.com yang boleh kita contohi dan jadikan pedoman untuk kehidupan harian kita.

1. Mereka menjalankan tanggungjawab mereka.

Orang yang mempunyai rasa tanggungjawab akan memastikan bahawa setiap tugasan yang diberi dilaksanakan sepenuhnya dengan sempurna.

2. Mereka tidak memberi sebarang alasan.

Orang yang bertanggungjawab tidak akan menyalahkan orang lain di atas setiap kesilapan yang mereka lakukan. Mereka tidak mudah untuk dipengaruhi.

3. Mereka sentiasa menepati waktu.

Orang yang bertanggungjawab faham akan kepentingan menetapi garis

waktu yang ditetapkan untuk sesuatu tugasan dan akan menyiapkan

setiap tugasan yang diberi di dalam jangka waktu tersebut. Sikap bertimbang rasa dan menghormati ketetapan waktu yang diberi, menjadikan mereka sebagai seorang yang boleh dipercayai.

4. Mereka mengawal keadaan.

Mereka merupakan seorang yang aktif dan boleh berdiri dengan sendiri. Mereka akan terus melaksanakan setiap tugasan yang diberi tanpa berlengah-lengah dan boleh bekerja tanpa bimbingan.

5. Mereka tidak akan bertindak mengikut perasaan.

Mereka akan berfikiran positif dan tidak akan membiarkan perasaan negatif mengawal hidup mereka.

6. Mereka akan berusaha merealisasikan harapan orang terhadap diri mereka.

Orang yang bertanggungjawab akan dengan sendirinya faham apa yang

perlu dilakukan apabila diberi sesuatu tugasan. Mereka akan berfikir

dengan mendalam tentang tugasan tersebut dan akan memberi keputusan

yang boleh diharapkan. Apabila berlaku sebarang rintangan, mereka cepat untuk bertindak bagi menyelesaikan rintangan tersebut dan akan

berkongsi jalan penyelesaian dengan semua yang terlibat.

7. Mereka mempunyai semangat bekerjasama.

Mereka pandai menggunakan setiap sumber di sekeliling mereka. Mereka

akan menggunakan kesempatan yang sedia ada untuk suatu yang

bermanfaat agar mencapai hasil yang positif.

8. Mereka tidak mengharap kepada pujian.

Mereka berasa puas apabila dapat menyempurnakan sesuatu tugasan bersama dengan pasukan mereka. Sebarang pujian yang diterima akan dianggap sebagai bonus tambahan terhadap hasil kejayaan mereka.

Apakah sikap tanggungjawab yang anda rasa ada pada diri anda? Ambillah masa untuk merenung diri sendiri mengenai sikap tanggungjawab yang ada pada diri

anda dan kemudian berkongsilah dengan pasukan anda agar dapat bersama-sama memanfaatkan nilai teras ini sebagai satu pasukan.

Para Pemenang

Core Value Pins

Tahniah kepada pemenang pin core values untuk suku tahun ini! Teruskan kerja hebat anda. Kami

amat berbangga dengan anda!

Service Excellence

Mohd Yusran (Sri Rampai) Risman Zamani (Alor Setar) Nurul Najwa (HQ)

Integrity

Nor Majidah (HQ)

Baanu Pannirselvam (Batang Berjuntai)

Siti Zaharah Bt Jumat (Pontian)

Team

Nurul Huda (HQ)

Nurzaiti Najiha (HQ)

Mohamad Qhairul Aizam (Rembau)

Siti Hasmah (HQ)

Continuous Improvement

Suria Bt Mahmud (Seremban)

Nurul Atikah (Kota Tinggi)

Tan Hai Shi (HQ)

Accountability

Suzi Sohari (Taman Seri Setia)

Ain Farhana (Sungai Besar)

Mohamad Amali Md Saad (Kota Damansara)

Maisurah Munawar (HQ)

Fulfillment

Marianie Abdul Wahab (Bangi)

Chris Koh (HQ)

Fun

Muhammad Affiq Bin Bakar (Seremban) Khairunisa Mislan (HQ)

(8)

PERTANDING BOLING TEAM CAHAYA

Pusingan pertama berakhir pada 19hb Julai! Siapakah 3 orang yang bakal mewakili pasukan anda untuk pusingan berikutnya? Mari kita bersedia untuk memberi sokongan kepada mereka di pusingan yang akan datang!

Will you strike out

or will your team

be the 1st ever

Team Cahaya

Bowling Tournament Champion

?

DaVita Malaysia

presents

TOURNAMENT 2019

BOWLING

oulou;t†;vࢼomvĶrѲ;-v;1om|-1|-u-_-‹ovŎ=-u-_bl-mbĸf-‹ovŞ7-ˆb|-ĸ1olŏ

ROUND 1

;=ou;ƐƖ|_†Ѵ‹ƑƏƐƖՉb|_bm1;m|u;|ob7;mঞ=‹

best 2 teammates to represent centre in Round 2)

ROUND 2

Before 30th September 2019 (within region to

b7;mঞ=‹|_;1;m|u;|_-|‰bѴѴu;ru;v;m|u;]bom=ou|_;

Final Round)

FINAL ROUND

20th October 2019, Kuala Lumpur

GRAND

PRIZE

Trophy and

cash prize!

(9)

TERKINI MENGENAI PUSAT DIALISIS : Penempatan Semula

CENTRES UPDATES : Expansion

PUSAT DIALISIS ANDALAS

PUSAT DIALISIS KLANG

Sebelum

Selepas

Dengan besar hati kami mengumumkan bahawa DaVita Klang (dahulu dikenali sebagai Andalas), DaVita Bangi dan DaVita Wangsa Maju akan berpindah ke tempat baharu. Kami berharap agar kami dapat memberi perkhidmatan yang lebih memuaskan kepada pesakit kami di tempat yang lebih selesa.

(10)

PUSAT DIALISIS BANGI

Sebelum

Selepas

(11)

PUSAT DIALISIS WANGSA MAJU

Sebelum

Selepas

(12)

PUSAT DIALISIS ALOR SETAR

Sebelum

Selepas

TERKINI MENGENAI PUSAT DIALISIS : Pengembangan

DaVita Alor Setar, DaVita Sungai Petani Utara, DaVita Pendang, DaVita Sungai Besar, DaVita Kajang, DaVita Cheras, DaVita Taman Tasik Jaya, DaVita Kota Damansara, DaVita Kuala Sungai Baru, DaVita Benut dan DaVita Johor Bahru telah menjalani ubahsuai dan kelihatan lebih menarik dan selesa.

(13)

PUSAT DIALISIS SUNGAI PETANI UTARA

Sebelum

Selepas

(14)

PUSAT DIALISIS PENDANG

Sebelum

Selepas

(15)

PUSAT DIALISIS SUNGAI BESAR

Sebelum

Selepas

(16)

PUSAT DIALISIS KAJANG

Sebelum

Selepas

(17)

PUSAT DIALISIS CHERAS

Sebelum

Selepas

(18)

PUSAT DIALISIS TAMAN TASIK JAYA

Sebelum

Selepas

(19)

PUSAT DIALISIS KOTA DAMANSARA

Sebelum

Selepas

(20)

PUSAT DIALISIS KUALA SUNGAI BARU

Sebelum

Selepas

(21)

PUSAT DIALISIS BENUT

Sebelum

Selepas

(22)

PUSAT DIALISIS JOHOR BAHRU

Sebelum

Selepas

(23)

AKREDITASI OLEH

MALAYSIAN SOCIETY

OF QUALITY IN

HEALTH (MSQH)

Kami amat berbangga dengan enam pusat DaVita kami yang telah mendapat akreditasi

oleh MSQH. Ia adalah satu proses penilaian taraf perkhidmatan kesihatan dengan standard kualiti

yang telah ditetapkan dan merupakan satu

proses ke arah peningkatan perkhidmatan kesihatan yang optima. Enam cawangan tersebut adalah - Pusat Dialisis DaVita Rawang, Pusat Dialisis DaVita Seremban, Pusat Dialisis DaVita Kota Damansara, Pusat Dialisis DaVita Gurun, Pusat Dialisis DaVita Pontian dan Pusat Dialisis DaVita Sabak Bernam.

Tahniah kepada pasukan Regulatory dan Quality di dalam menjayakan proses ini. Semoga lebih

banyak pusat cawangan kami mendapat

Referensi

Dokumen terkait

Susunan Pohon Jaringan Global Susunan Pohon Jaringan Utama Kualifikasi Level 3 (GOLD) Kualifikasi Level 3 (GOLD) Dibayar HARIAN Dibayar HARIAN.. BR =

Data Lagu atau Style yang telah Anda buat pada instrumen dengan menggunakan Voice ini tidak akan dibunyikan den- gan benar bila dimainkan kembali pada instrumen lain.. •

Jika dipahami secara betul, mobil matic tidak kalah responsifnya dengan manual, karena transmisinya sudah dilengkapi dengan kick down, yang jika ditekan dalam-2 secara auto

Untuk bisa memainkan peramainan sepak bola dengan baik robot harus memiliki kemampuan-kemampuan tertentu seperti mendeteksi bola, menggiring bola, menendang bola,

Skripsi berjudul “Analisis Kegagalan Dan Optimasi Sistem Proteksi Petir Dengan Metode Sudut Perlindungan Dan Bola Bergulir (Studi Kasus Gedung Upt-Ti

Imam Sodikun – 104.14.024 Pusat Latihan Sepak Bola PSSI | 23 Pelaku pada Kelompok Kegiatan dan kebutuhan ruang Publik Bangunan Asrama Putra/Putri terdiri dari : Tamu yang

Secara umum Turban (2012) menjelaskan bahwa transaksi e-commerce sekarang ini yaitu B2B 90% digunakan untuk bisnis yang bergerak dalam organisasi atau perusahaan, B2C digunakan

Penelitian ini bertujuan mendeskripsikan struktur novel yang terdapat di dalam novel Tanah Surga Merah yaitu berupa unsur-unsur instrinsik dan juga