• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisis keupayaan pelajar dalam pembinaan semula kurikulum Bahasa Melayu asas bagi pelajar antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Analisis keupayaan pelajar dalam pembinaan semula kurikulum Bahasa Melayu asas bagi pelajar antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

ANALISIS KEUPAYAAN PELAJAR DALAM PEMBINAAN SEMULA

KURIKULUM BAHASA MELAYU ASAS BAGI PELAJAR

ANTARABANGSA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

THE ANALYSIS OF STUDENTS’ ABILITIES IN THE RE-DEVELOPMENT OF

THE BASIC MALAY LANGUAGE CURRICULUM FOR FOREIGN

STUDENTS OF SULTAN INDRIS EDUCATION UNIVERSITY

Muhammad Fawiz Bin Bakri* Pusat Bahasa Moden dan Pengajian umum Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

*fawiz.bakri@pbmpu.upsi.edu.my Zulkifli Bin Osman Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris,Malaysia

zulkifli@fbk.upsi.edu.my Anida Sarudin

Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

anida@fbk.upsi.edu.my Husna Faredza Mohamed Redzwan

Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

husna.faredza@fbk.upsi.edu.my

ABSTRAK

Kurikulum merupakan satu elemen terpenting dalam acuan pendidikan bagi sesebuah komuniti. Kurikulum menjadi prinsip dan prosedur bagi perencanaan, implementasi, evaluasi dan pengelolaan suatu rancang-bangun sesuatu program pendidikan. Namun demikian, dalam misi untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui sektor pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, penyusunan kurikulum pengajaran dan pembelajaran Asas Bahasa Melayu masih memerlukan penambahbaikan. Antara permasalahan yang dikenal pasti ialah keupayaan pelajar yang berbeza terhadap penguasaan asas bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan pandangan tokoh, pakar atau pengamal kurikulum asas Bahasa Melayu untuk pelajar asing di universiti awam dan swasta bagi membina semula Kurikulum Asas Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Model Taba dipilih kerana model ini sesuai dengan reka bentuk metod pengajaran berdasarkan autonomi guru berbanding dengan lima model kurikulum yang lain. Teknik Delphi digunakan dalam kajian bagi mendapatkan data. Teknik ini dijalankan melalui beberapa pusingan temu bual terhadap informan kajian bagi mendapatkan pandangan mereka terhadap (1) keperluan pengasingan kelas mengikut keupayaan pelajar dan (2) keperluan mengadakan ujian penempatan bagi mengenal pasti tahap keupayaan pelajar dalam Kurikulum Asas Bahasa Melayu. Dapatan kajian mendapati pendapat informan tidak senada tentang keperluan pengasingan kelas berdasarkan tahap keupayaan pelajar kerana faktor kemudahan yang tidak mencukupi. Dapatan kajian juga mendapati bahawa wujud keperluan mengadakan pentaksiran awal atau ujian penempatan pelajar bagi pelajar antarabangsa. Implikasi kajian menunjukkan bahawa aspek keupayaan pelajar perlu diberi perhatian dalam membentuk kurikulum pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing.

Kata kunci: Teknik Delphi; Bahasa Melayu asas; Pelajar antarabangsa; Model Taba; Keupayaan pelajar

(2)

ABSTRACT

Essentially, a curriculum is the most important element in molding the educational system of a nation. It provides the principles and procedures for the planning, implementation, evaluation, and organization of a particular educational program. As such, the internationalization of the Malay language by Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) will entail restructuring and reorganization of the existing curriculum of the teaching and learning of Basic Malay Language. One of the problems that need urgent redress is the diversity of students’ abilities to master the language. This study was carried out in UPSI with the aim to elicit views from leading scholars, experts, and practitioners of Basic Malay Language, which is taught to foreign students in both public and private universities. The Taba model was used because it is suitable with the teaching methodology of autonomous teachers compared to the other five curricular models. The Delphi technique was used in this study to analyze data. This technique was carried out though several rounds of interview involving several subjects to elicit their views regarding the need for segregating students in a particular classroom based on their abilities and the need for placement tests to identify the levels of students’ abilities in learning the basic Malay language curriculum. The research findings showed that their views were not the same concerning the need for such segregation based on students’ levels of ability, given the lack of infrastructure. The same findings also revealed that there was a need for preliminary assessment or placement test to ensure the teaching process could be carried out based on students’ abilities. As such, these findings indicate that students’ abilities should be taken into account in developing the curriculum of the basic Malay language as a foreign language.

Keywords: Delphi technique; Foreign students; Basic Malay language; Students’ abilities; Taba model.

PENGENALAN

Tatkala Kerajaan Malaysia mengumumkan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris pada 08 Julai 2009, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) turut tidak ketinggalan menyahut seruan kerajaan. Konteks hubungan dua hala program pertukaran pelajar antara universiti luar negara dengan UPSI telah dijalinkan bagi merealisasikan misi pengantarabangsaan bahasa Melayu. Sebenarnya pengukuhan Asas Bahasa Melayu terhadap pelajar antarabangsa di UPSI telah wujud melalui mata pelajaran Asas Komunikasi Bahasa Melayu dengan kod kursus BMU 3052 sebagai kursus audit sejak tahun 2009 seiring dengan penubuhan Pusat Bahasa Moden. Sasaran kursus ini ialah pelajar antarabangsa di UPSI yang berminat untuk mempelajari bahasa Melayu. Menyedari hakikat betapa pentingnya komunikasi bahasa Melayu bagi pelajar antarabangsa diperkukuhkan di UPSI, pada tahun 2014 kursus ini telah ditukar kepada kursus berkredit dan semua pelajar antarabangsa UPSI diwajibkan mengambil kursus ini sepanjang tempoh pengajian. Hal ini sangat penting dalam usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia (Azhar Wahid & Fathin Noor Ain Ramli, 2016).

Namun demikian, majoriti pelajar asing bahasa Melayu merupakan pelajar dari negara yang berbeza latar belakangnya (Muhammad Fawiz & Zulkifli, 2018). Terdapat pelajar menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua seperti pelajar dari Selatan Thailand dan Indonesia yang sudah tentu sedikit fasih berbahasa Melayu (Kusom & Zulkifli, 2018). Terdapat juga pelajar yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga selepas bahasa Ibunda dan bahasa Inggeris (Phaosan Jehwae, 2019). Kebanyakan pelajar ini berasal dari benua Amerika, Eropah, Asia Timur seperti China dan Jepun serta Afrika yang langsung tidak tahu berbahasa Melayu. Bagi sebilangan kecil pelajar Asia Timur seperti Korea Selatan mereka telah mengikuti kelas persediaan di negara asal dan boleh berbahasa Melayu-Indonesia secara asas namun tidak begitu fasih.

PERNYATAAN MASALAH

Penawaran hanya satu kursus sahaja, iaitu Asas Komunikasi Bahasa Melayu (BMU3052) di UPSI bagi kesemua pelajar antarabangsa yang berlainan latar belakangnya sudah tentu akan mengakibatkan

(3)

pelajar yang tiada pengetahuan asas bahasa Melayu mengambil masa yang agak lama untuk mengikuti satu-satu slot pembelajaran berbanding pelajar yang telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Hal ini bertepatan dengan pendapat Henson (1995), dan Kusom & Zulkifli (2018) bahawa pelajar lemah memerlukan bahan konkrit dan panduan bagi mengaplikasi pengetahuan baharu manakala pelajar yang mahir memerlukan cabaran yang lebih besar dalam situasi yang berbeza.

Geert dan Dijk (2012) mentakrifkan Intra-Individual Variability ialah perbezaan tahap pemboleh ubah dalam pembangunan individu bagi sesuatu bidang. Namun demikian, dalam konteks kajian ini Intra-Individual Variability dalam mata pelajaran Asas Komunikasi Bahasa Melayu di UPSI adalah tidak kompeten. Hal ini demikian kerana tiada instrumen khas diwujudkan bagi menilai keupayaan pelajar mengikut tahap, dan menyukarkan tenaga pengajar dalam menilai keupayaan sebenar pelajar dalam bidang asas bahasa Melayu. Hal ini mampu memberi kesan yang besar kepada prestasi pelajar kerana bahasa pengantar utama di UPSI ialah bahasa Melayu.

Kajian secara serius mengenai penutur asing bahasa Melayu memang telah dilakukan secara terperinci oleh beberapa orang sarjana. Kebanyakan kajian dilakukan lebih berfokus pada pembinaan instrumen penilaian, pembinaan modul, penilaian strategi, kepuasan dan sikap pelajar antarabangsa dalam konteks kemahiran berbahasa Melayu. Fa’izah, Zamri dan Mohamed Amin (2010) di UKM mendapati bahawa 365 orang (31.2%) daripada sejumlah 926 pelajar asing yang mengikuti kursus Bahasa Melayu dari tahun 2005 hingga 2009 berada dalam kategori lemah dan gagal. Pelajar tersebut dikatakan masih belum mampu menguasai kesemua kemahiran berbahasa Melayu yang dipelajari dengan baik. Juriah, Raja Fauzi, Zarin dan Hamidah (2001) pula mendapati sebahagian besar pelajar daripada sejumlah 120 pelajar asing di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tidak dapat menguasai keempat-empat kemahiran berbahasa iaitu, bertutur, membaca, menulis dan mendengar serta aspek tatabahasa sepenuhnya. Kebanyakan mereka boleh menguasai kemahiran mendengar dan membaca tetapi lemah dalam aspek tatabahasa dan bertutur.

Maka pengkaji akan membina kurikulum dengan mengadaptasi model Taba, iaitu pembinaan kurikulum secara khusus dan menuju ke arah umum. Taba (1962) berpendapat bahawa kurikulum seharusnya direka bentuk oleh para guru berbanding kurikulum yang diterima oleh guru daripada kerajaan. Hal ini bermakna proses pengembangan kurikulum dengan pembinaan unit-unit pembelajaran seharusnya bermula di sekolah atau institusi pendidikan dan bukan dari reka bentuk daripada pihak luar sekolah yang dibina secara umum. Justeru, kurikulum Asas Bahasa Melayu di UPSI yang mengikut standard atau tahap keupayaan pelajar perlu diwujudkan bagi memastikan pelajar asing bahasa Melayu di UPSI mampu menguasai bahasa Melayu dengan baik. Dalam konteks yang lebih khusus, pengajaran bahasa Melayu perlu memastikan kandungannya telus dan autentik bukan sahaja kandungannya yang memiliki ciri saintifik, tetapi juga perlu memastikan medium pengisiannya juga memenuhi elemen budaya masyarakat (Sarudin, A. et al, 2019a; Osman, Z. et al., 2019; Mohamed Redzwan et al. 2020) .

SOROTAN LITERATUR

Dunia pendidikan sedang melalui proses transformasi, iaitu daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran secara konvensional, iaitu chalk and talk kepada kaedah pembelajaran yang lebih dinamik dan kreatif. Justeru, keupayaan pelajar tidak lagi diukur setakat menguasai tiga kemahiran, iaitu membaca, menulis dan mengira. Pelajar dituntut mempunyai ciri-ciri berikut, iaitu kemahiran berfikir aras tinggi, berkeyakinan, bijak bersoal jawab, berani mencuba, kreatif dan inovatif (Ayob, 2018; Sarudin, A. et al. 2019b).

Dalam pembinaan semula kurikulum asas Bahasa Melayu bagi pelajar antarabangsa di UPSI ini, pengkaji perlu mewujudkan elemen atau budaya pemikiran kritikal dalam kalangan pelajar. Hal ini bagi memastikan keberkesanan proses pembelajaran dan membina kemahiran dalam diri pelajar secara menyeluruh. Keadaan ini selari dengan pernyataan oleh Badrul, Alang dan Mohd Nasaruddin (2016) bahawa aspek pemikiran kritikal membolehkan individu membuat pertimbangan dan keputusan dengan berkesan seperti menganalisis, membuat penilaian keterangan, hujah-hujah, tuntutan dan kepercayaan serta sintesis secara kritikal tentang pengalaman dan proses yang berlaku. Justeru, pembinaan kurikulum secara khusus dan menuju ke arah umum perlu diusahakan.

(4)

Beberapa kajian lampau berkaitan dengan tahap keupayaan pelajar dan instrumen ujian penempatan telah dilakukan oleh para ahli akademik di Malaysia. Kajian lepas yang berkaitan dengan keupayaan pelajar ini dilakukan oleh Fa’izah, Zamri dan Mohamed Amin (2010) menunjukkan terdapat langkah-langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan strategi pembelajaran bahasa bagi pelajar antarabangsa ini. Langkah-langkah instruksi yang diubah suai melalui Model Addie ini mempunyai lima fasa utama, iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian.

Instruksi ini dibangunkan lantaran menyedari hakikat bahawa pelajar antarabangsa yang mempelajari bahasa Melayu di IPT dalam kondisi bilik kuliah yang besar dengan pelbagai latar belakang yang berbeza. Keadaan ini secara langsung menunjukkan kaedah pengajaran yang kurang sesuai dengan keupayaan pelajar sasaran dan semestinya mempengaruhi pembelajaran dan penguasaan pelajar (Muhammad Fawiz & Zulkifli, 2018). Walau bagaimanapun, kerangka instruksi yang dibangunkan oleh pengkaji lebih berpaksikan kepada pembangunan modul dan bukanlah kurikulum secara keseluruhannya.

Kajian yang dilakukan oleh Khuzaiton dan Thana (2014) turut menyenaraikan isu yang berkaitan dengan masalah pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan penutur asing ini. Namun demikian, kajian ini lebih kepada isu-isu cabaran mengajar bahasa Melayu terhadap pelajar asing semata-mata tanpa melibatkan pembinaan kurikulum. Antara cabarannya ialah faktor taraf pendidikan yang berbeza dan kekurangan bahan pembelajaran (Kusom & Zulkifli, 2019).

Menurut pengkaji, kebanyakan penutur asing ini mempunyai taraf pendidikan yang berbeza dalam bidang masing-masing. Oleh yang demikian, tahap kebolehan mereka sudah tentu berbeza, ada yang dapat menyebut dan mengingati sesuatu perkataan dengan cepat dan ada juga yang lambat. Faktor taraf pendidikan ini merupakan salah satu faktor yang boleh menentukan kejayaan mereka dalam menguasai bahasa Melayu. Lantaran itu, kurikulum yang mengambil kira keupayaan pelajar perlu dibentuk bagi membolehkan setiap pembelajaran dalam kumpulan mengikut tahap keupayaan masing-masing.

Pelajar yang mahir perlulah diasingkan mengikut pentaksiran atau ujian penempatan yang dirangka (placement test). Keadaan ini akan menyebabkan dominasi pelajar tidak berlaku dan persaingan yang tidak sihat juga berjaya dibendung. Hal ini bermakna, kurikulum yang baik sudah tentu mempunyai instrumen penilaian yang jelas dan komprehensif.

Menurut Awang (2014), pengujian dan penilaian yang dilaksanakan perlu selaras dengan objektif pengajaran. Tambahan pula, perkara terpenting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ialah instrumen pengujian dan penilaian yang bersifat diagnostik, yakni dapat memberi maklumat pencapaian pelajar asing dari semasa ke semasa, bukan semata-mata pada akhir program yang mungkin tidak menepati pencapaian sebenar pelajar.

Zamri, Nik Rahimi dan Mohammed Amin (2014) melalui kajian mereka terhadap strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan warganegara asing berdasarkan kemahiran bahasa dan gred telah mendapati pelajar warganegara asing mendapat gred A dalam kursus bahasa Melayu lebih banyak menggunakan Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) berkaitan kemahiran bertutur dan menulis. Ini menunjukkan bahawa pelajar yang cemerlang dan baik penguasaan bahasanya lebih banyak menggunakan SPB bagi kemahiran bertutur dan menulis berbanding kemahiran mendengar, membaca kosa kata.

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik dan melibatkan 500 responden dari Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang menduduki peperiksaan akhir Bahasa Melayu. Hasil daripada penilaian ini akan menentukan kadar penggunaan SPB para pelajar asing ini sama ada melalui pembelajaran dalam bilik kuliah mahupun luar bilik kuliah bagi mencapai gred yang ditetapkan.

Punitha, Abd. Jalil dan Sharir (2017) menjalankan kajian tentang kesan kemahiran bertutur secara kaedah informal dalam kalangan penutur asing dewasa. Kajian ini melibatkan 20 orang penutur bukan natif di University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed) bermula pada Januari 2014 hingga Disember 2016 dengan menggunakan kaedah temu bual, penyeliaan, dan pentaksiran.

Dapatan kajian menujukkan bahawa pencapaian yang tinggi dalam kemahiran bertutur dalam kalangan penutur asing ini melibatkan penilaian berterusan, pengujian dan penilaian akhir kursus. Penilaian kemahiran bertutur yang digubal dan diperiksa adalah berunsur interaktif, iaitu mengandungi komponen main peranan, perbualan topik tertentu, perbualan umum, merumus iklan

(5)

atau bahan grafik, memberi pendapat berdasarkan audio-visual, memberi ulasan berdasarkan ungkapan peribahasa dan sebagainya.

Berdasarkan kekangan dalam kajian-kajian lalu ini, perlu dilakukan kajian lanjutan dengan menambah baik kandungan metodologinya bagi meneliti kurikulum bahasa asing agar pembinaannya dapat disahkan dari sudut ukuran piawaiaannya menerusi model atau teori yang relevan. Maka, pengkaji telah memilih Model Taba sebagai salah satu panduan dalam proses pembinaan kurikulum ini. Taba (1962) berpendapat bahawa kurikulum seharusnya direka bentuk oleh para guru berbanding kurikulum yang diterima oleh guru daripada kerajaan. Guru yang mereka bentuk kurikulum semestinya telah melalui fasa analisis keperluan dan mengenal pasti tahap keupayaan pelajar mereka.

Hal ini bermakna proses pengembangan kurikulum dengan pembinaan unit-unit pembelajaran seharusnya bermula di sekolah atau institusi pendidikan dan bukan dari reka bentuk daripada pihak luar sekolah yang dibina secara umum. Kekuatan Model Taba dapat dilihat melalui produk yang dihasilkan, iaitu pelajar. Model ini mampu memangkinkan pelajar meneroka segenap aspek di samping meningkatkan pemikiran secara produktif dan kreatif.

Hal ini disebabkan oleh model ini menuntut pelajar bekerja dalam kumpulan secara aktif dan menjana idea dalam pelbagai situasi. Model ini juga dilihat mempunyai kepentingan kepada objektif dalam usaha untuk mengupayakan tujuan dan menjadi garis pemisah antara keperluan, pengecualian dan penekanan dalam kurikulum. Namun demikian, menyedari hakikat bahawa kelemahan Model Taba ialah memakan proses masa yang panjang di samping proses pengumpulan data perlu dilakukan secara berterusan sebelum dapat membina idea dan konsep.

Pengkaji juga pasti mengalami kesukaran untuk menentukan tujuan kerana perlu menilai latar belakang pelajar yang pelbagai. Model ini lebih membebankan guru dan menuntut guru bekerja keras dan lebih agresif dalam proses pelaksanaan model ini. Tambahan pula, dalam pembinaan kurikulum Asas Bahasa Melayu di UPSI, proses pembinaan perlu mengikut dasar yang ditetapkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia (JPT) dan Lembaga Akredatasi Negara (LAN). Justeru, Model Taba akan diadaptasi dalam pembinaan kurikulum ini agar mengikut standard Kementerian disamping tahap keupayaan pelajar dioptimumkan.

Pengkaji akan mengadaptasi langkah-langkah tertentu Model Taba yang dikira relevan dengan tempoh kajian di samping mampu menunjukkan kurikulum dan pengajaran adalah saling berkait dan tidak wujud secara berasingan. Daripada lima langkah yang digariskan dalam Model Taba, iaitu analisis, percubaan, semakan, penilaian dan penyebaran, pengkaji mengugurkan langkah kedua dan kelima.

Hal ini dilakukan kerana mengambil kira faktor masa kajian yang terhad. Langkah kedua dan kelima boleh diimplimentasikan dalam kajian lanjutan. Namun demikian, pengkaji berpandangan bahawa Model Taba masih mampu memberi peranan yang lebih besar kepada guru walaupun telah diadaptasi. Pengkaji mendapati bahawa Model Taba tidak melihat guru sebagai golongan pelaksana kurikulum semata-mata, tetapi menjadi pemangkin dalam menjaya matlamat kurikulum.

OBJEKTIF

Terdapat dua objektif kajian yang telah dibina, iaitu:

i) Mengenal pasti kepentingan pengasingan kelas berdasarkan tahap keupayaan pelajar.

ii) Menganalisis keperluan ujian penempatan bagi mengenal pasti tahap keupayaan pelajar dalam Kurikulum Asas Bahasa Melayu.

METODOLOGI

Teknik Delphi yang melibatkan pusingan temu bual digunakan bagi mendapat maklum balas daripada sekumpulan pakar digunakan dalam kajian ini. Teknik Delphi diasaskan oleh Dalkey dan Helmer di Rand Corporation pada 1950-an yang digunakan secara meluas bagi mencapai keputusan bagi sesuatu perkara berdasarkan pendapat sekumpulan pakar (Hussien, 2001). Kumpulan pakar yang terlibat sebagai informan dipilih berdasarkan kriteria tertentu yang bersesuaian dengan tujuan dan bidang kajian.

(6)

Menurut Linstone (1979), asas teknik Delphi ialah sulit yakni sampel yang dipilih secara individu dan setiap sampel tidak mengetahui sampel lain dalam panel pakar. Dalam konteks perhubungan, sampel akan mengetahui jawapan sampel yang lain pada pusingan kedua iaitu, apabila pengkaji melakukan analisis data dan menghantar dapatan tersebut kepada setiap ahli sampel. Selain itu, sampel tidak menerima sebarang tekanan daripada mana-mana pihak mahupun sampel lain dalam menentukan jawapan bagi soal selidik mereka. Data yang diperoleh akan dianalisis secara statistik. Proses ini akan diulang sehingga keputusan dapat dicapai.

Penggunaan teknik Deplhi dapat membantu pengkaji untuk menjelajah informasi berdasarkan penilaian yang berbeza. Keadaan ini akan membantu pengkaji untuk menentukan atau membangunkan kurikulum baharu berdasarkan pandangan-pandangan asas yang disepakati oleh sekumpulan pakar. Kaedah penyelidikan ini juga sesuai digunakan bagi mengkaji hubung kait dalam penilaian yang dibuat oleh pakar daripada disiplin ilmu yang berbeza.

Informan

Dalam kajian ini, sekumpulan pakar yang bertindak sebagai informan atau sampel akan dipilih berdasarkan kriteria seperti pengalaman dan pengetahuan mereka dalam bidang kurikulum dan bahasa. Informan ini terdiri daripada lima pakar dan pengamal asas bahasa Melayu, iaitu:

i)Guru atau pensyarah Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). ii) Penggubal Kurikulum Asas Bahasa Melayu di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) iii) Penggubal Kurikulum Asas Melayu di Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)

iv) Guru atau Penyarah Asas Bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) v) Guru atau Pensyarah Budaya Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Maklum balas pakar atau informan ini akan dianalisis bagi menentukan kesepakatan bagi membina kurikulum berdasarkan keperluan atau jangkaan keputusan yang menjadi fokus dalam kajian.

Proses Pengumpulan Data

Soalan temu bual yang dikemukakan pula merangkumi soalan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam proses membentuk komunikasi berdasarkan kepakaran mereka. Hasil daripada temu bual tersebut, pengkaji dapat menganalisis kajian yang dijalankan dan keberkesanan penggunaan kurikulum tersebut terhadap pelajar Asas Bahasa Melayu di UPSI. Pengkaji melakukan unjuran komparatif dalam penyelidikan ini bagi mendapatkan gambaran daripada informan. Justeru, dalam kajian ini, kaedah temu bual juga digunakan sebagai instrumen bagi mencari maklumat berdasarkan pengalaman informan

Sebaik sahaja proses temu bual dijalankan, analisis data akan bermula. Pengkaji akan mengadakan pertemuan secara bersemuka kepada kelima-lima informan di lima tempat berbeza. Setiap temu bual dirakam dan data yang diperoleh ditranskripsikan selari dengan pendapat Merriam (2001, dalam Othman, 2014) yang menyatakan bahawa transkripsi yang dibuat secara verbatim merupakan pengkalan data terbaik untuk dianalisis. Bagi memastikan tahap kesahan dan kebolehpercayaan data yang diperoleh, transkripsi data temu bual yang telah siap dihantar melalui emel kepada informan untuk dibuat semakan, pembetulan dan pengesahan. Setelah disemak, dibetulkan pada mana-mana bahagian yang kurang tepat, informan menghantar kembali transkripsi kepada pengkaji.

Transkripsi data temu bual dianalisis baris demi baris berulang kali bagi mengenal pasti unit-unit ayat yang boleh mengambarkan tema yang wujud seterusnya menghasilkan tema. Setiap unit-unit yang ditranskripsi dikategorikan di bawah tema, subtema atau kelompok tertentu dengan menggunakan kod-kod tertentu. Proses membaca transkripsi dan memindahkan ke bawah tema-tema yang wujud diulang sehingga kesemua unit ayat yang memberi makna selesai dikelompokkan.

Unit selebihnya pula disingkirkan. Pengkaji perlu memastikan perkaitan unit antara tema, subtema dan kategori-kategori dibuat bagi menggambarkan wujudnya interaksi antara maklumat yang

(7)

diperoleh. Langkah terakhir ialah membuat rumusan dan menulis laporan. Dapatan yang diperoleh dihantar kepada para informan untuk semakan dan pengesahan. Kemudian, pengkaji membina soalan temu bual berdasarkan lima tema, iaitu falsafah pendidikan, objektif, tempoh masa, keperluan bahan dan aras. Langkah seterusnya ialah menjalankan temu bual separa berstruktur kepada lima informan yang terlibat, iaitu 11, I2, I3, I4 dan I5.

Setelah kelima-lima informan memberi respons, pengkaji akan membina kurikulum berdasarkan input yang terhasil. Kemudian kurikulum tersebut akan dihantar kepada lima informan tersebut untuk tujuan semakan dan penilaian. Jika masih memerlukan penambahbaikan daripada informan, kurikulum tersebut akan dikembalikan kepada pengkaji untuk tujuan penambahbaikan.

Rajah 1.0 : Kerangka Metodologi

DAPATAN KAJIAN

Untuk memudahkan pentafsiran data, pengkaji mengkategorikan kutipan data berdasarkan tiga objektif kajian yang telah ditetapkan.

Soalan Kajian 1: Adakah pengasingan kelas berdasarkan tahap keupayaan pelajar itu penting?

Jadual 2 : Pengekodan Data Temu bual

Informan (I) Peruntukan Masa (PM) Keupayaan Pelajar (KP) Penilaian / pentaksiran (P) Metode (M) I1 2 Jam seminggu Tidak

diambil kira

tiada  Fasilitator  Video simulasi  Pictionary

I2 3 jam seminggu Tidak diambil kira.

tiada  Permainan bahasa  Kuiz

(8)

dan penulisan

I3 3 jam seminggu Tidak diambil kira.

tiada  Hafalan kosa kata  Flash card

 Formula campuran ayat

I4 20 jam seminggu Diambil kira Ada  Teori & Praktikal

 Meringkaskan struktur ayat  Sesi soal jawab melalui

pembentangan

 Video, iklan, baucer dan surat khabar.

I5 20 jam seminggu Diambil kira Ada  Sesi sembang-santai.  Permainan kamus.  Permainan bahasa  Perbualan mengikut teks  Nyanyian

 Video

 Analisis Buku Cerita.

Dari aspek keupayaan pelajar KP(I1), KP(I2) dan KP(I3) tidak mengambil kira keupayaan pelajar dalam sesuatu kelas. Hal ini menunjukkan bahawa pencampuran pelajar yang berbeza tahap keupayaan tetap akan berlaku di mana-mana universiti. Walaupun informan sepakat bersetuju bahawa keupayaan pelajar yang berbeza tahap ini amat mempengaruhi perjalanan sesebuah kelas, namun disebabkan faktor jumlah pelajar dan kekangan masa menyebabkan mereka tidak boleh mengasingkan pelajar mengikut tahap keupayaan yang berbeza.

Berlainan pula bagi KP(I4) dan KP(I5) yang sememangnya mengasingkan pelajar kerana menyediakan lima tahap kemahiran di dalam kelas. Hal ini berlandaskan faktor pembelajaran di ATMA adalah bersifat intensif yang memfokuskan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan pelajar tersebut. Justeru KP(I4) dan KP(I5) berpendapat bahawa amatlah penting keupayaan pelajar itu diambil kira bagi memastikan pembelajaran di dalam kelas bersifat holistik.

Pengkaji mendapati bahawa keupayaan individu yang berbeza amat mempengaruhi method pengajaran. Ada informan memecahkan kumpulan pelajar mahir dan tidak, ada juga informan menggabungkan kelas dan mengamalkan konsep mentor-mantee. pengkaji boleh menyimpulkan bahawa kebanyakan method yang diguna pakai oleh informan adalah merupakan acuan sendiri dan mampu memberi impak positif dalam pembinaan dan penguasaan asas bahasa Melayu bagi pelajar antarabangsa. Justeru, pengkaji percaya sekiranya metode-metode ini digabungjalinkan akan memberi hasil yang lebih mapan terhadap pelajar antarabangsa UPSI

Soalan Kajian 2: Adakah wujud keperluan ujian penempatan bagi mengenal pasti tahap keupayaan pelajar dalam Kurikulum Asas Bahasa Melayu?

Disebabkan keupayaan pelajar yang berbeza tahap tidak diambil kira, maka tiada pentaksiran yang berfokuskan penilaian tahap keupayaan pelajar dilakukan oleh P(I1), P(I2) dan P(I3). Ujian penempatan (placement test) tidak dibuat oleh ketiga-tiga informan berdasarkan faktor jumlah pelajar yang terlalu sedikit untuk diajar dalam satu-satu semester. Jika ujian dijalankan, ia akan melibatkan kepelbagaian kos seperti kos operasi, masa dan tenaga yang perlu diambil kira. Berbeza dengan maklumat yang diperoleh daripada P(I4) dan P(I5), pentaksiran sememangnya perlu dijalankan agar keupayaan pelajar yang datang mendaftar kursus tersebut berada di tahap sesuai.

Disebabkan P(I4) dan P(I5) menjalankan kuliah secara intensif maka jumlah pelajar bukanlah penentu bagi perjalanan sesebuah kuliah. Minimum pelajar bagi P(I4) dan P(I5) ialah seorang sahaja bagi satu-satu kelas, manakala maksimum boleh mencecah empat hingga sepuluh orang. Semua ini dipecahkan berdasarkan ujian penempatan yang dilakukan oleh institusi mereka. Justeru, pengkaji

(9)

berpendapat bahawa untuk pembinaan semula kurikulum Asas Bahasa Melayu bagi pelajar antarabangsa UPSI, ujian penempatan boleh dilakukan sekiranya tahap keupayaan diambil kira.

Secara rangkumannya pengkaji mendapati bahawa wujud keperluan pentaksiran awal atau ujian penempatan pelajar bagi memastikan penggunaan kelas secara optimum selari dengan pandangan informan. Walaupun, semua informan berpendapat bahawa pentaksiran atau penilaian awal akan memudahkan pengajar mengenal pasti tahap kebolehan seseorang individu.

Namun, di sesetengah UA dan US, ujian sebegini tidak dilakukan walaupun pentaksiran ini berkadar langsung dengan keupayaan pelajar. Hal ini berlaku atas faktor kos operasi, masa dan tenaga yang tidak mencukupi di samping jumlah pelajar yang tidak terlalu ramai. Justeru, pengkaji berpandangan boleh dilakukan ujian penempatan tetapi hanya dilakukan kepada pelajar yang mahu menyambung ke tahap dua tau tiga sahaja.

PERBINCANGAN

Dalam aspek keupayaan, terdapat informan tidak mengambil kira keupayaan pelajar dalam sesuatu kelas. Hal ini menunjukkan bahawa pencampuran pelajar yang berbeza tahap keupayaan tetap akan berlaku di mana-mana universiti. Walaupun informan sepakat bersetuju bahawa keupayaan pelajar yang berbeza tahap ini amat mempengaruhi perjalanan sesebuah kelas namun disebabkan faktor jumlah pelajar dan kekangan masa menyebabkan mereka tidak boleh mengasingkan pelajar mengikut tahap keupayaan yang berbeza.

Berlainan pula bagi informan yang menjalankan Kursus Asas Bahasa Melayu secara intensif, mereka sememangnya mengasingkan pelajar kerana menyediakan lima tahap kemahiran di dalam kelas. Hal ini berlandaskan faktor pembelajaran di ATMA yang memfokuskan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan pelajar tersebut. Justeru, informan sebegini berpendapat bahawa amatlah penting keupayaan pelajar itu diambil kira bagi memastikan pembelajaran di dalam kelas bersifat holistik. Pengkaji mendapati bahawa keupayaan individu yang berbeza amat mempengaruhi kaedah pengajaran. Hal ini selari dengan pandangan Henson (1995) menyatakan bahawa pengajaran berdasarkan keupayaan individu mestilah bersandar kepada premis atau pendirian setiap pelajar mempunyai keupayaan yang berbeza dan memerlukan cabaran atau tugasan yang berbeza tahapnya. Keadaan ini juga selari dengan kajian yang dilakukan oleh oleh Fa’izah, Zamri dan Mohamed Amin (2010) yang menunjukkan terdapat langkah-langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan strategi pembelajaran bahasa bagi pelajar antarabangsa. Strategi ini digerakkan apabila didapati bahawa pelajar antarabangsa yang mempelajari bahasa Melayu di IPT dalam kondisi bilik kuliah yang besar dengan pelbagai latar belakang yang berbeza.

Dapatan data juga seiring dengan kajian oleh Khuzaiton dan Thana (2014) yang menyenaraikan isu-isu cabaran mengajar bahasa Melayu terhadap pelajar asing seperti faktor taraf pendidikan yang berbeza. Menurut pengkaji, kebanyakan penutur asing ini mempunyai taraf pendidikan yang berbeza dalam bidang masing-masing. Oleh yang demikian, tahap kebolehan mereka sudah tentu berbeza, ada yang dapat menyebut dan mengingati sesuatu perkataan dengan cepat dan ada juga yang lambat.

Faktor taraf pendidikan ini merupakan salah satu faktor yang boleh menentukan kejayaan mereka dalam menguasai bahasa Melayu. Shavelson (1984) pula mendakwa pelajar yang berkeupayaan tinggi lebih mendominasi kelas atau tidak mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti kerana memerlukan masa yang agak lama kerana guru terlalu fokus membimbing pelajar lemah. Keadaan ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada perjalanan sesuatu sesi pembelajaran, bahkan emosi pelajar turut akan menerima kesan.

Justeru, berdasarkan dapatan kajian pengkaji mendapati bahawa ada usaha informan memecahkan kumpulan pelajar mahir dan tidak, ada juga informan menggabungkan kelas dan mengamalkan konsep mentor-mantee. Pengkaji boleh menyimpulkan bahawa kebanyakan kaedah yang diguna pakai oleh informan adalah merupakan acuan sendiri dan mampu memberi impak positif dalam pembinaan dan penguasaan asas bahasa Melayu bagi pelajar antarabangsa. Walaupun menyedari hakikat bahawa perlunya pengasingan kelas, namun atas faktor kos operasi yang tinggi informan sepakat untuk mencari kaedah pembelajaran yang bersesuaian sebagai adaptasi. Pengkaji

(10)

percaya sekiranya kaedah-kaedah ini digabungjalinkan akan memberi hasil yang lebih mapan terhadap pelajar antarabangsa UPSI.

Disebabkan keupayaan pelajar yang berbeza tahap tidak diambil kira, maka tiada pentaksiran yang berfokuskan penilaian tahap keupayaan pelajar dilakukan oleh P(I1), P(I2) dan P(I3). Ujian penempatan (placement test) tidak dibuat oleh ketiga-tiga informan berdasarkan faktor jumlah pelajar yang terlalu sedikit untuk diajar dalam satu-satu semester. Namun demikian, pentaksiran berkala tetap dilakukan bagi memantau perkembangan pelajar dalam satu semester.

Dapatan ini selari dengan kajian Punitha, Abd. Jalil dan Sharir (2017) yang menjalankan kajian tentang kesan kemahiran bertutur secara kaedah informal dalam kalangan penutur asing dewasa. Dapatan kajian mereka mendapati bahawa pencapaian yang tinggi dalam kemahiran bertutur dalam kalangan penutur asing ini melibatkan penilaian berterusan, pengujian dan penilaian akhir kursus. Penilaian kemahiran bertutur yang digubal dan diperiksa adalah berunsur interaktif. Berbeza dengan maklumat yang diperoleh daripada P(I4) dan P(I5), pentaksiran sememangnya perlu dijalankan agar keupayaan pelajar yang datang mendaftar kursus tersebut berada di tahap sesuai.

Maka, pengkaji mendapati bahawa wujud keperluan pentaksiran awal atau ujian penempatan pelajar bagi memastikan penggunaan kelas secara optimum selari dengan pandangan informan. Walaupun kesemua informan berpendapat bahawa pentaksiran atau penilaian awal akan memudahkan pengajar mengenal pasti tahap kebolehan seseorang individu. Namun di sesetengah UA dan US, ujian sebegini tidak dilakukan atas faktor kos kewangan, tenaga dan operasi. Justeru, ujian penempatan boleh dilakukan namun kumpulan sasarannya adalah untuk pelajar yang berhasrat menyambung ke tahap dua atau tiga sahaja.

Selain itu, terdapat informan yang menjalankan kuliah secara intensif maka jumlah pelajar bukanlah penentu bagi perjalanan sesebuah kuliah. Contoh minimum pelajar bagi P(I4) dan P(I5) ialah seorang sahaja bagi satu-satu kelas, manakala maksimum boleh mencecah empat hingga sepuluh orang. Semua ini dipecahkan berdasarkan ujian penempatan yang dilakukan oleh institusi mereka. Justeru, pengkaji berpendapat bahawa untuk pembinaan semula kurikulum Asas Bahasa Melayu bagi pelajar antarabangsa UPSI, ujian penempatan boleh dilakukan sekiranya tahap keupayaan diambil kira. Walau bagaimanapun kesemua informan sepakat bahawa pengasingan ini boleh dilakukan namun kadar penguasaan pelajar juga bergantung kepada minat, usaha dan inisiatif pelajar dalam sesuatu topik pembelajaran.

Dapatan ini seiring dengan kajian Zamri, Nik Rahimi dan Mohammed Amin (2014) terhadap strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan warganegara asing berdasarkan kemahiran bahasa dan gred yang menunjukkan bahawa pelajar cemerlang dan baik penguasaan bahasanya lebih banyak menggunakan Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) bagi kemahiran bertutur dan menulis berbanding kemahiran mendengar dan membaca.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pembinaan Kurikulum Asas Bahasa Melayu bagi pelajar Antarabangsa UPSI telah perlu ditambah baik dari aspek tahap keupayaan pelajar perlu diambil kira. Hal ini juga bertepatan dengan data daripada informan 3, 4 dan 5 bahawa pengembangan pelajar dapat dilihat dan dinilai sekiranya ada tahap pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, dengan wujudnya tahap penguasaan kemahiran bahasa yang baik, tenaga pengajar mampu membimbing pelajar dengan lebih mudah dan berfokus. Lantaran itu, pengkaji perlu mewujudkan tahap 1, 2 dan 3 bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Secara dasarnya, jika kurikulum mengikut tahap, iaitu tahap 1, 2 dan 3 telah dibina, maka ujian penempatan atau ‘placement test’ perlu diadakan bagi menentukan tahap keupayaan pelajar. Keadaan ini memudahkan pengajar menilai dan membahagikan pelajar berdasarkan perbezaan tahap tersebut. Secara tidak langsung, metode pengajaran juga boleh divariasikan mengikut tahap keupayaan pelajar yang berjaya disaring oleh tenaga pengajar.

(11)

RUJUKAN

Awang Sariyan (2014). Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa dan upaya pengantarabangsaannya. Dalam S. M. Nasir, S. S. Bakar, & Z. Osman, Jaringan pengajian bahasa Melayu,Tanjung Malim: Penerbit UPSI.

Ayob Jantan. (2018). PAK21-Mentransformasikan Kepimpinan Berpestasi Tinggi. Putrajaya: Media Sinar Harapan.

Azhar Wahid & Fathin Noor Ain Ramli (2016). Pengembangan pengajian Melayu memperkukuhkan bahasa Melayu Nusantara. Rumpun Jurnal Antara Persuratan Melayu, 4, 151-170.

Badrul Hisham, Alang Osman, & Nassaruddin Basar (2016). Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 Dalam kalangan Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus. Jurnal

Penyelidikan Dedikasi, 10, p.1-14. Dimuat turun daripada http://www.ipgmipoh.edu.my/

journal/index.php/dedikasi/article/view/16/14

Fa’izah Abd. Manan, Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2010). Penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing cemerlang mengikut kemahiran. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali ke-4, 65-75.

Geert, P. V. & Dijk, M.V. (2012). Focus on Variablitity: New Tools to Study Intra-Individual Variability in Developmental Data. Dalam Gabrielle Rappolt, Samantha G. Daley & L. Todd Rose (Pnyt.), A Research Reader in Universal Design for Learning. (hlm 177-182). Cambridge. Havard Education Publishing Group.

Henson. K (1995). Curriculum development for education reform. U.S. Longman, inc. Dimuat turun daripada https://ejournal.um.edu.my/index.php.JUKU/article/view/8234.

Hussien Umar (2001). Strategic management in action. Jakarta. PT Gramedia Pustaka.

Juriah Long, Raja Fauzi Raja Musa, Zarin Ismail dan Hamidah Yamat @ Ahmad. 2001. Keperluan pendidikan bahasa Melayu di institusi pendidikan tinggi swasta. Jurnal Pendidikan, 26, p. 21-36.

Khuzaiton Zakaria & Thana Abdullah. (2014). Mengajar bahasa Melayu kepada penutur asing dan cabarannya: pengalaman di Universiti Malaysia Kelantan. PDE2014. Dimuat turun daripada http://umkprints.umk.edu.my/2902/.

Kusom Yamirudeng & Zulkifli Osman (2018). Pembangunan modul pengajaran dan pembelajaran Bursus Bahasa Melayu Elektif berdasarkan pendekatan pengajaran secara kontekstual. Rumpun Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu, 6, p.74-117.

Kusom Yamirudeng & Zulkifli Osman (2019). Penilaian formatif bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing di Thailand. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 10, p.91-105.

Linstone, H. A. (1979). The Delphi Method: Techiques and Applications. Reading. Adison Wesley Publication.

Mohamed Redzwan, H. F., Bahari, K. A., Sarudin, A., & Osman, Z. (2020). Strategi pengukuran upaya berbahasa menerusi kesantunan berbahasa sebagai indikator profesionalisme guru pelatih berasaskan skala morfofonetik, sosiolinguistik dan sosiopragmatik. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 17(1), p.187-228.

Muhammad Fawiz Bin Bakri & Zulkifli Osman (2018). Pembinaan Semula Kurikulum Asas Bahasa Melayu bagi Pelajar Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris: Penilaian dari Aspek Peruntukan Masa Pembelajaran. International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL), 8 (2), p.27-37.

Oliva, P.F. (1992). Developing the curriculum third edition. New York: Harper Collins Publisher Inc. Osman, Z., Sarudin, A., Abdul, A. H., & Ayob, R. (2019). Teachers’ Understanding and the Level of

Implementation of Authentic Elements in the Teaching of Malay Language Writing and Their Relationships with School Type, Teachers’ Experience, and Specialization. International Journal Academic Research Business and Social Sciences, 9(1), p.1245–1256.

(12)

Othman Lebar. (2014). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan pada teori dan metod. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Phaosan Jehwae (2019). Sejarah pendidikan Bahasa Melayu di Patani Selatan. Rumpun Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu, 7, p.1-17.

Punitha Muniandy, Abd. Jalil Osman., & Shahrir Jamaluddin. (2017). Kesan kemahiran bertutur dalam bahasa Malaysia secara kaedah pembelajaran informal dalam kalangan penutur asing dewasa: Satu pandangan pembelajaran berterusan. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 5(4), p.31-37.

Sarudin, A., Mohamed Redzwan, H. F, Osman, Z., & Mohd Ariff Al-Bakry, I. S. (2019b). Using the Cognitive Research Trust scaleto assess the implementation of the elements of higher-order thinking skills in Malay language teaching and learning. International Journal of Recent Technology and Engineering (IJRTE,), 8(2S2), p.392-398.

Sarudin, A., Mohamed Redzwan, H. F., Osman, Z., Raja Ma’amor Shah, R. N. F., & Mohd Ariff Albakri, I. S. (2019a). Menangani8 kekaburan kemahiran prosedur dan terminologi awal Matematik: Pendekatan leksis berdasarkan Teori Prosodi Semantik. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 16(2), p.255-294.

Shavelson, J. (1984). Research on teacher's pedagogical thoughts, judgments, decisions and behavior (The Rand Paper Series). New York: The Rand Corp.

Referensi

Dokumen terkait

anggota parlemen atau posisi politik lain yang strategis. Pada saat yang sama, juga perlu disosialisasikan konsep bahwa arena politik bukan hanya domain laki-laki saja

Dari ketiga versi itu tidak satupun yang mendekati kebenaran asal usul Orang Rimba, karena jika mereka berasal dari Kerajaan Pagaruyung, ataupun Sriwijaya maka dalam kehidupan

Sistem tetes menampung jumlah media tanam yang lebih besar daripada sistem lainnya, memungkinkannya untuk mendukung sistem akar tanaman yang lebih besar.. Sistem tetes

pengaruh pengelompokan sosial dalam studi voting behavior ke dalam dua variabel, yaitu variabel predisposisi sosial ekonomi keluarga pemilih dan predisposisi sosial

Soal diatas mewakili dimensi berpikir secara divergen dengan indikator berpikir secara bebas, tetapi ketika dilakukan penilaian oleh pakar ahli matematika dinyatakan

: Tidak boleh melakukan tindakan yang menyangkut risiko pribadi atau tanpa pelatihan yang sesuai.. Jika terduga bahwa masih ada asap, petugas penolong harus mengenakan