, ,
..
..
LAPORAN AKHIR
•
..
CABARAN PENDIDIKAN
SECARA JARAK JAUH: KESEDARAN DAN PENDEDAHAN DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)
Oleh
ZURAINI ZAKARIA FATIMAH HASSAN HASMAWATI HASSAN NORESAH HJ. MOHO. SHARIFF Pusat Pengajlan Pendidlkan Jarak Jauh
Unlversltl Salns Malaysia Pulau-Plnang
L.aporan Penyelidlkan Dlbiayal Sepenuhnya Oleh Geran Penyelldlkan USM Jangka Pendek
Unlversltl Salns Malaysia
..
- - - _ . _
-.
,Kepentingan
teknologi
maklumat dan
komunikasi
(ICT)
kepada
negara,
masyarakat dan para pelajar dalam konteks penjanaan i1mu memang tidak dapat
dipertikaikan lagi. Dalam era globalisasi yang sentiasa berkembang pantas tanpa
mengira skala jarak dan sempadan politik, peranan dan penggunaan ICT
menjadi semakin memuncak terutama dalam menjana kemajuan pembangunan
dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Sehubungan dengan ini cabaran
mengaplikasi ICT bagi sistem pendidikan secara jarak jauh (PJJ) dalam
menghadapi era globalisasi ini terutama dalam aspek kesedaran, penguasaan
dan perancangan masa depan adalah sesuatu yang kritikal dan maklumat jitu.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesedaran dan pendedahan dalam era
ICT sebagai satu cabaran pendidikan secara jarak jauh dan mengkaji tentang
tahap penggunaan ICT di kalangan pelajar jarak jauh di semua Pusat Wilayah di
Malaysia. Selain itu kajian ini cuba mengenal pasti isu dan masalah yang wujud
daripada pembangunan dan penggunaan ICT di kalangan pelajar jarak jauh dan
akhirnya mengemukakan beberapa cadangan dan pendekatan untuk mengatasi
isu dan masalah yang timbul di kalangan pelajar ini. Kajian yang menggunakan
kaedah soal selidik secara bersemuka dansecara pos menggunakan pelajar
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) sebagai sampel kajian.
Beberapa siri lawatan ke beberapa Pusat Wilayah dan temubual dengan Tutor
Residen dan Juruteknik semasa telah dijalankan bagi mema"ntau dan mengkaji
penyediaan prasarana berkaitan ICT di Pusat Wilayah. Hasil kajian merldapati
bahawa kesedaran dan pendedahan pelajar PPPJJ' dalam ICT adalah masih
pada peringkat
セ・、・イィ。ョ。dan agak perlahan berbanding perkembangan
semasa. Pelbagai usaha dan pendekatan perlu diterapkan agar penggunaan ICT
ini dipertingkatkan selaras dengan hasrat kerajaan agar kadar literasi dalam
komputer meningkat dan setaraf dengan negara maju. Infrastruktur dan
peralatanberkaitan ICT di PPPJJ dan Pusat Wilayah perlu dipertingkatkan agar
matlamat penggunaan dapat dimaksimakan. Suatu mekanisma dan visi serta
( '
misi pembangunan PPPJJ perlu digarap agar dapat menyaingi perubahan dan
セI
keghairahan yang dibawa' oleh ICT. Aplikasi ICT PPPJJperlu seiring dengan
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T di atas IimpahNya laporan ini dapat
disediakan dengan kerjasama yang baik daripada pelbagai pihak, individu dan
organisasi yang terlibat. Ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan oleh
penyelidik dirakamkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam penyediaan dan pelaksanaan kajian ini terutamanya kepada
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ). Segala sokongan pihak
pentadbiran
dan
rakan
sekerja,
kerjasama
kakitangan
dan
kemudahan
penyelidikan yang disediakan amatlah dihargai.
Para penyelidik kajian ini merakamkan penghargaan khusus kepada Universiti
Sains Malaysia, Pulau Pinang atas pembiayaan menerusi Geran Penyelidikan
Jangka Pendek yang membolehkan penyelidikan ini disempurnakan dengan
(
jayanya.
Ucapan terima kasih ditujukan juga kepada semua pelajar PPPJJ sama ada
yang terpilih sebagai responden atau sebaliknya, Tutor Residen Pusat Wilayah
yang dilawati, Juruteknik PPPJJ dan Juruteknik di Pusat Wilayah yang sudi
meluangkan masa untuk ditemuramah. Tidak lupa juga kepada mereka yang·
telah membantu kami iaitu Cik Helen Choq (Pelajar Siswazah Tinggi Pendidikan
Jarak Jauh) dan Cik Wan Yusnadia (Pembantu Penyelidik Sambilan), dan
beberapapembantu
penyelidik lain dalam menyempurnakan kajian dan
penerbitan hasil. kajian ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan
seperjuangan dan ahli keluarga kerana sokongan dan dorongan yang diberikan
sepanjang proses penyelidikan ini. .
TERIMA KASIH
. Dr. Zuraini Zakaria (Ketua Projek)
Dr. Fatimah Hassan
Dr. Noresah Hj. Mohd Shariff
Pn. Hasmawati Hassan
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Universiti Sains Malaysia
I ,- [' - BLセセセiセGBセZLョ⦅セセセLLイLZM - - |Lセ| > セセGZ y ' , • セ I Gセ|GiG H GセB セM , - " " GBセj -, GBセ I
I' Lセ '"I'" ,1 , , ' , - 、ZセスA セ..'-/rA'\I'\エセQI|ャjZ \q! oGiセ||ゥ|Bゥ \ ' ",1) " ' i
I, _ _ • セセ セ_ , . _セ セセセセ ⦅セ⦅G⦅セセセセセセ セ __- セ セセZ セ セ __セ セ セ _ _セ⦅セセ セセ " セセセ __セ _セ セセセ "B⦅セ , セ⦅ セセ __セセ _セ セ⦅セ セェ
,-Abstrak
Penghargaan
lsi kandungan
, Mukasurat'
i
ii
iii
BAB1 BAB2 BAB3 BAB4 BABS PENDAHULUAN1.1
Pengenalan
1.2
Matlamat Kajian
1.3
Skop Kajian
1.4
Metodologi Kajian
1.5
Organisasi Kajian
1.6
Penemuan Kajian
PENDIDIKAN
DAN leT
2.1
Pengenalan
2.2
Halatuju Pendidikan Negara
2.3
Peranan ICT dalam Pendidikan
2.4
Perkembangan dan Pembangunan ICT
2.5
Kesedaran dan Penggunaan leT
2.6
Kesimpulan _
PENDIDIKAN SECARA JARAK JAUH (PJJ) DAN ICT
3.1
Pengenalan
3.2
Proses Pendidikan Secara Jarak Jauh
3.3
Scenario Perkembal1gan dan Pembangunan
'PJJ dan ICT
.
3.4
PJJ dan ICT di USM
3.5
Kesimpulan
ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN
4.1
Kesedaran dan Pendedahan ICT Pelajar PPPJJ
4.2
Motivasi Pelajar PPPJJ dan ICT
4.3
Kecemerlangan Pelajar dan ICT
4.4
Perkhidmatan ICT di PPPJJ
4.5
Masa hadapan ICT di PPPJJ
4.6
Kesimplilan
RUMUSAN DAN CADANGAN
(
..
, ,
BAB1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan jarak jauh (PJJ) semakin berkembang. Pendidikan berteraskan secara talian dan juga web telah mula diaplikasikan dalam pelbagai cara merentasi tahap dalam pendidikan pada hari ini. Hal ini adalah selaras dengan pembangunan, kemajuan dan pertumbuhan yang banyak dipengaruhi oleh ICT. Peranan ICTdalam pendidikan tiada batasan terutama dalam era globalisasi yang memerlukan kepantasan dan kecekapan terutama dalam mencari bahan rujukan, berbincang dan mendapat bantuan rakan atau pengajar serta menyelesaikan sebarang masalah· yang timbul. Oleh itu setiap pelajar harus menggunakan ICT sebagai alat dan kemudahan tambahan bagi membantu dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Pada hari ini, ICT boleh dianggap sebagai anggota badan manusia yang mana kehidupan kita pasti terjejas tanpa kehadirannya.
ICT memainkan peranan yang penting dalam konteks penjanaan ilmu terutama untuk mereka yang mengikuti sistem pendidikan secara jarak jauh. Pelajar-pelajar secara jarak jauh juga semakin bijak memahami penggunaan ICT. Ini disebabkan sistem PJJ merupakan tren yang memuncak dalam sistem pendidikan kesan daripada penjanaan ilmu yang efisen dan efektif melalui pengaplikasian ICT. Lazimnya ini ada kaitan dengan pengertian pendidikan itu sendiri.
Pengaruh dan perkembangan pesat teknologi masa bagaimanapun kini telah berjaya mengatasi jurang pemisahan masa dan mengurangkan jurang pemisahan secara fizikal di antara pelajar dan pengajar (Cheah, 2004). ICT bermaksud teknologi maklumat dan komunikasi digital yang digunakan untuk berkomunikasi serta menyalurkan maklumat dalam talian atau secara telematik untuk membantu pelajar dalam bidang pendidikan. Secara umumnya JCT digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk penyampaian isi kandu"ngan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet, Intranet, Satelit, tape audio/video, TV interakrif, telesidang dan CD-ROM adalah sebahagian daripada media elektronik dan komunikasi (Hasmawati & Fatimah, 2005) yang mengg"alakkan kegunaan ICT dalam pendidikan.
PJJ dapat dipertingkatkan. Pangkalan data akan merangkumi aspek perhubungan dan keperluan pelajar dalam mengejar era globalisasi ICT. Ciri komponen ini adalah kritikal didefinisikan sebelum segala aspek perancangan strategik, ゥョゥエゥャセエゥヲ dan proposal dilaksanakan demi memastikan kecemerlangan PPPJJ dalam menjanakan, mengorganisasikan dan mendesiminasikan ICT serta menepati matlamat institusi dan mampu bersaing pada skala national dan juga antarabangsa.
1.2 Matlamat Kajian
Kajian ini bertujuan untuk :
• Menentu faktor yang mempengaruhi kesedaran penggunaan ICT di kalangan pelajar PPPJJ agar tindakan susulan seperti proses pendekatan, peraturan dan perancangan struktur yang terurus dalam prosedur system PJJ dapat dilaksanakan.
• Mengenalpasti dan menilai tahap pendedahan dan penggunaan ICT di kalangan pelajar jarak jauh agar kemudahan ICT dapat diintegrasikan dan diinovasikan menurut tahap kompatibiliti serta penerimaan pelajar.
• Mengkaji keupayaan PPPJJ dalam menyediakan prasarana yang berkaitan ICT . dan tahap penggunaan prasarana sedia ada.
• Mengemuka beberapa cadangan, strategi dan persekitaran pembelajaran yang bersesuaian dan efektif untuk memaksimakan motivasi dan kemajuan pelajar dalam pengaplikasian ICT dan untuk mengatasi isu dan masalah yang timbul di kalahgan institusi sendiri.
1.3 Skop Kajian
TeknoJogi maklumat dan, komunikasi (ICT),merujuk kepada penggunaan pelbagai item dan keupayaan dalam mencipta, menyimpan dan menyebar maklumat tersebut bagi memenuhi keperluan manusia. Dalamkajian ini, teknologi maklumat dan komunikasi meliputi aspek komputer, komunikasi dan kebolehan untuk berkomunikasi maklumat melalui komputer dan menghubungkan manusia melalui maklumat. Dengan itu, kajian ini mengkaji tahap kesedaran dan pendedahan pelajar jarak jauh tentarig tahap penggunaan ICT. Selain itu keupayaan PPPJJ dalam menyediakan prasarana yang mencukupi berkaitan ICT di Pusat Wilayah turut dikaji.
Kajian ini juga akan mengemukakan beberapa cadangan dan pendekatan untuk mengatasi isu dan masalah yang dihadapi oleh pelajar jarak jauh USM. Setiap cadangan dan pendekatan yang dikemukakan terlebih dahulu akan diteliti dari segi kesediaan serta keupayaan pelajar untuk l11enggunakan ICT, dasar dan matlamat pembangunan institusi serta negara secara keseluruhan sebelum dimuktamadkan oleh USM sendiri.
2
( J
·
.
'. '
1.4 Metodologi Kajian
Kajian ini telah dijalankan dalam beberapa sirL Antaranya ialah:
1) Menganalisis borang soal selidik kajian yang telah diedarkan kepada pelajar baru (Tahun 1) yang mendaftar untuk mengikuti sistem pengajian secara jarak jauh iaitu semasa kursus orientasi Sidang Akademik 20011 2002. Sebanyak 139 borang telah dikembalikan daripada 200 yang diedarkan secara rawak.
2) Membangunkan dan mengedarkan soal selidik kepada 100 pelajar Tahun 3 terpilih (sebahagian daripada 139 pelajar yang telah mengembalikan borang mereka pada Tahun 1 lalu) sacara pas. (Kajian ini menggunakan kaedah time-series untuk kelompok pelajar yang sama tetapi pada tahun atau masa yang berbeza untuk melihat perubahan persepsi, penguasaan, kesedaran, pendedahan dan permintaan terhadap ICT di PPPJJ khasnya dan USM amnya).
3) Menjalankan satu kajian kes yang mengaitkan ICT dankejayaan pelajar di PPPJJ. Seramai 47 pelajar cemerlang yang dipilih dalam kajian ini merupakan pelajar yang telah memenangi Hadiah Kepujian dan Sijil Dekan berdasarkan kecemerlangan akademik pelajar pada SidangAkademik2001/2002.
4) Mengadakan beberapa siri lawatan ke beberapa Pusat Wilayah bagi memantau dan mengkaji keupayaan PPPJJ dalam menyediakan prasarana berkaitan ICT di Pusat Wilayah. Temubual dengan beberapa Tutor Residen dan Juruteknik terpilih turut diadakan semasa ャ。キセエ。ョ berkenaan.
1.5 Organlsasl Kajian
Laporan ini membincangkan hasil kajian dengan membahagikannya kepada beberapa bab iaitu Bab 1 merupakan pengenalan kepada matlamat kajian. Ini diikuti oleh Bab 2 yang membincangkan mengenai pendidikan dan ICT dalam negara kita Malaysia secara umum. Seterusnya Bab 3 menjuruskan perbincangan mengenai pendidikan dan ICT pada peringkat pendidikan secara jarak jauh. Analisis dan penemuan kajian dibincangkan dalam Bab 4. Manakala Bab 5 memberi cadangan dan membuat rumusan untuk laporan dan kajian inL
1.6 Penemuan Kajlan
Antara dapatan utama kajian ini ialah:
2. Kesedaran dan pendedahan pelajar PPPJJ dalam ICT adalah masih pada peringkat sederhana. Kesemua pelajar menggunakan komputer namun hanya 36.9% pelajar yang berada pada tahap penggunaan dengan kekerapan tertinggi, dan 24.6% pelajar berada pada tahap mahir dalam menguasai kemahiran komputer. Kedua-dua tahap penggunaan dan tahap penguasaan komputer oleh responden adalah signifikan pada aras 0.001 dan mempunyai korelasi secara langsung yang positif pada tahap sederhana tinggi iaitu 0.451. Pelbagai usaha dan pendekatan perlu diterapkan agar penggunaan ICT ini dipertingkatkan dan selaras dengan hasrat kerajaan agar kadar Iiterasi dalam komputer meningkat dansetaraf dengan negara maju.
3. Penggunaan ICT memang diakui" sebagai suatu alat yang berupaya membantu, menambahbaikkan dan meningkatkan prestasi pelajar terutama pelajar PPPJJ. Seramai 80% pelajar cemerlang mengaku menggunakan ICT sebagai bantuan dalam proses pembelajaran iaitu untuk membuat tugasan (50%) dan untuk berhubung dengan rakan- rakan dan pensyarah (45%).
",
4. Infrastruktur dan peralatan berkaitan ICT di PPPJJ seperti peralatan komputer dan peralatan telesidang yang mempunyai kapasiti tinggi dan canggih serta peralatan di Pusat Wilayah seperti keselamatan, pemasangan lengkap dan sambungan internet berkapasiti tinggi perlu disediakan dan ditambahbaikkan dari masa ke semasa agar matlamat penggunaan dapat dimaksimakan. Kemudahan peralatan sedia ada seperti peralatan sidang video perlu dimaksimakan penggunaannya dan tidak terhad kepada aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan kursus sahaja. Ini adalah kerana kadar sewaan talian adalah untuk sepanjang tahun dan24jam sehari.
(
;5. Aplikasi ICT PPPJJ perlu seiring dengan perubahan semasa yang semakin canggih namun perlu diubahsuai agar tidak membebankan pelajar PPPJJ" yang tinggal di seluruh pelusuk negara.Para pelajar sentiasa menghadapi kemungkinan infrastruktur ItT yang kurang berkeupayaan, masalah teknikal dan masalah kemahiranteknologi yang pelbagai peringkat.
6. Mengaktifkan semula aktiviti persatuan pelajar mengikut Pusat Wilayah. Antara aktiviti berkaitan ICT yang disarankan ialah penambahbaikan peralatan ICT seperti pembelian CO burner, penyelenggaraan CO, penjualan CD, pembelian alat pencetak, faks dan fotokopi untuk Pusat Wilayah. Turut disarankan juga ialah penubuhan laman web mengikut Pusat Wilayah dan keaktifan dinilai setiap tahun dan mendapat penganugerahan di majlis tertentu anjuran PPPJJ. .
(
BAB2
PENDIDIKAN DAN leT
2.1 Pengenalan
Penjanaan i1mu, kemajuan dan pertumbuhan pesat ekonomi sesebuah masyarakat dalam era globalisasi banyak dipengaruhi dan didorong oleh perkembangan dan penguasaan Tekologi maklumat dan Komunikasi (leT). Setiap saban hari saintis mencipta perkakasan yang canggih yang meliputi setiap aspek kehidupan.
ICT bermaksud teknologi maklumat dan komunikasi digital yang digunakan untuk berkomunikasi serta menyalurkan maklumat dalam talian untuk membantu manusia membangunkan manusia dan negara dalam bidang pendidikan, perniagaan, ketenteraan dan sebagainya (Yusuf Hashim, 2003). Menurut kamus Oxford, teknologi maklumat diistilahkan sebagai satu bidang sains berkaitan dengan aktiviti menyimpan dan menghantar keluar maklumat denan menggunakan komputer. Manakala British Advisory Council For Applied research and Developmentmenjelaskan maksud teknologi maklumat sebagai satu disiplin saintifik, teknologi dan kejuruteraan serta teknik pengurusan yang digunakandalam pengendalian dan pemprosesan maklumat serta kegunaannya, komputer dan saling tindak antara komputer dengan manusia dan hal yang berkaitan dengan sosial, ekonomi dan kebudayaan (Abdul Razak et.a!.,2000).
Oleh itu ICT adalah suatu metodologi peralatan perisian yang terlibat dalam proses penjanaan, pemprosesan, penyebaran dan penyimpanan maklumat. Kesemua fungsi ini amat penting dan berguna kepada pengguna maklumat untuk· memenuhi keperluan, kehendak dan kerenah mereka. Pada hari ini, sumber maklumat yang cepat, tepat dan berterusan merupakan pemangkin kepada kejayaan semua aspek kehidupan, Oleh itu, ternyatalah ICT telah menjadi sebahagian daripada perkakasan penting dalam setiap aspek rutin kehidupan kita. Justeru itu, penguasaan dan penggunaan ICT sentiasa menjadi tunggak -utama kepada sesebuah masyarakat agar dapat terus berdaya saing dan berdaya maju dalam semua aspek kehidupan.
2.2 Halatuju PendidikanNegara
Falsafah Pendidikan Negara menyatakan :
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang. dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, berfanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serfa memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. .
Malaysia setaraf dengan negara maju yang lain. Usaha rakyat Malaysia yang gigih juga berbaloi khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran yang bermutu akan dapat memberi kesan dalam meningkatkan kemajuan negara. Pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam bidang pendidikan akan menjadikan rakyat berpendidikan tinggi. Kemajuan negara amat penting dalam mencapai Wawasan 2020.
2.3 PerananleTdalam Pendidikan
ICT amat penting dalam bidang pendidikan terutama untuk sistem pendidikan terbuka (open learning), sistem pendidikan secara jarak jauh (distance learning) dan sistem pendidikan secara talian (online or electronic learning). Menurut Baharom (2003), ICT merupakan pembantu proses interaksi antara individu, dan pada hari ini telah merevolusikan persekitaran pembelajaran di seluruh dunia. Jelfs (2002) juga menyatakan bahawa ICT memberikan f1eksibiliti kepada pelajar dari segi masa belajar dan mengurangkan masa perjalanan. Maka pengaplikasian periggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran secara jarak jauh sememangnya bukan sahaja ( tidak dapat dielakkan lagi malah perlu sentiasa diberi keutamaan dan diperkemaskinikan -, agar sejajar dengan arus pembangunan semasa.
ICT berperanan sebagai alat bantuan dalam pendidikan. Pendidikan hari ini bukan sahaja menggunakan buku, tetapi lebih maju dan berkembang dengan alat-alat bantuan lain. Komputer merupakan alat bantuan yang teramat penting. Selain itu, informasi dan maklumat berguna juga boleh didapati di jaringan internet. Kini, kemudahan internet ini boleh didapatidi mana-mana sahaja. Penggunaan internet ini semakin mudah, fleksibel dan capat.
Selain itu, peranan' ICT juga penting kerana ia membantu セ kekurangan kepakaran dan tenaga pengajar. ICT berperanan sebagai alat aIternatif kepads_ kekurangan kepakaran dan kemahiran tenaga pengajar. Walaupun begitu, ICT hanya sebagai bantuan tambahan kepada ·tenaga pengajar. Oleh itu, pelajar akan ieblh memahami dengan bantuan pensyarah dan ICT.
Komputer telah menjadi keperluan bagi setiap keluarga. Harganya semakin murah sehingga boleh didapati dengan harga RM 1000 ke bawah. Kerajaan juga membenarkan pekerja untuk mengeluarkan simpanan wang Kumpulan Simanan Wang Pekerja (KWSP) mereka untuk membeli komputer selaras dengan saranan kerajaan
iaitu "Satu rumah satu ォッューオエ・イョセ Kini, kebanyakan rumah mempunyai sekurang- ( ), kurangnya sebuah komputer. Kementerian Pendidikan juga' memperkenalkan ' j
Pendidikan IT untuk pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mendedahkan mereka kepada kepentingan ICT.
ICT juga merupakan kemudahan infrastruktur yang lebih fleksibel. Ini kerana is, dapat diguna pada bila-bila masa, oleh sesiapa, sahaja dan di mana-mana sahaja. Pelajar- pelajar khususnya pelajar pendidikan jarak jauh lebih mudah menggunakan ICT jika menggunakan komputer bimbit kerana ia boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Selain itu, teknologi baru seperti video, CO, DVO juga banyak membantu kerana· kefleksibelannya.
·
,
.
(
(
)
2.4
Perkembangan dan PembangunanICTPerkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (lCT) adalah berasaskan kepada keperluan dan kepuasan pengguna dalam penggunaan komputer. Perkembangan ICT adalah selari dengan perkembangan dalam bidang komputer. Perkembangan ICT ini meliputi aspek pembangunan teknikal, sumber manusia, pengurusan, perkembangan pengetahuan, keperluan operasi dan taktikal, elemen organisasi serta penyelidikan dan pembangunan.
Menurut Larsen (1998) dan Kholi (1990) dua keperluan asas untuk perkembangan ICT ialah :
i. Keperluan Teknikal- meliputi aspek reka bentuk dan kegunaan perisian, penyelidikan dan pembangunan, pengurusan, penulisan 1aporan dan sebagainya.
ii. Keperluan Pengguna - keperluan pengguna meliputi aspek memahami .keperluan dan permintaan pengguna, nilai dan norma masyarakat, keserasian dari aspek sosial, bUdaya dan politik semasa serta memahami isu-isu setempat dan global.
Proses perkembangan dan pembangunan ICT ini berlaku secara berterusan kerana perkembangan ICT, sains, teknologi dan sebagainya akan berlaku secara berterusan. Menurut Picard, Kort dan Reily (2001), apabila sesuatu perubahan atau inovasi berlaku dalam bidang sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi terhadap sesuatu perkara, proses pembelajaran atau penerimaan terhadap perubahan ini akan berkembang berdasarkan masa. Proses pembelajaran atau penerirnaan ini akanterus meningkat sehingga sampai ke satu tahap, proses ini berkemungkinanakantetap menjadi malar atau mulai mengalami penurunan sehingga suatu inovasi atau pembaharuan baru akan berlaku terhadap perkara tersebut. Apabila perubahan baru berlaku, proses pembelajaranatau penerimaan terhadap perubahan akan berulang semula. Proses perkembangan ICT melibatkan tiga proses utama iaitu proses kesedaran terhadap ICT, proses pembauran (difusi) terhadap ICT dan proses pendedahan terhadap ICT sebelum ianya dapat berkembang dan digunakan dalam sesebuah masyarakat. Walau bagaimanapun, kadar proses perkembangan ini bergantung kepada faktor ekonomi, sosial, budaya dan politik dalam sesebuah
masyarakat. .
2.4.1
Dasar PembangunanICTNegara.Sehingga tahun 1996, tiada satu dasar yang jelas telah dirangka oleh kerajaan bagi menggariskan pembangunan ICT yang menyeluruh di negara ini. Oleh itu, kerajaan telah mengambil inisiatif dalam Rancangan Malaysia Ketujuh untuk keperluan ICT negara. Pada tahun 1996, kerangka dasar pembangunan ICT negara yang lebih terancang telah digubal dan dikenali sebagai Agenda IT Negara (NITA). Selain NITA, Koridor Raya Multimedia (MSC) telah ditubuhkan sebagai asaskepada penggunaan ICT dalam bidang ekonomi yang lebih menyeluruh. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
"
2.4.1.1 Agenda IT Negara (NITA)
Peranan utama NITA ialah mewujudkan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang bermaklumat selaras dengan objektif Wawasan 2020. Kerangka NITA adalah berdasarkan kepada pembangunan seimbang tiga unsur penting iaitu sumber manusia, infostruktur dan aplikasi. Pembabitan rakyat dan institusi dalam ICT amat penting demi meneapai hasrat untuk mewujudkan masyarakat bermaklumat. Justeru itu, majlis IT Negara (NITC) telah melancarkan Agenda Teras Strategik untuk mendorong pembabitan rakyat dan institusi secara efektif dan menyeluruh dalam persekitaran persaingan global. Lima agenda teras strategik yang telah dilancarkan oleh kerajaan ialah E-Ekonomi, E-Perkhidmatan Awam, E·Komuniti, E-Pembelajaran dan E-Kedaulatan.
Oi bawah teras strategik E-Ekonomi, keseluruhan sektor ekonomi di negara ini berasaskan pengetahuan menggunakan sepenuhnya sumber yang ada secara berkesan untuk membentuk nilai dan kekayaan tersendiri dalam persaingan peringkat global. eMp・イセィゥ、ュ。エ。ョ Awam pula memberi penekanan untuk menyediakan perkhidmatan secara elektronik sepenuhnya yang cekap, mesra pelanggan, efektif serta dapat menambah tahap kepercayaan kepada pengguna. Selain itu, ia juga dapat
mengurangkan kos dan masa menunggu di samping perkhidmatan yang lebih cepat dan (' tepat.
E-Komuniti digubal untuk mendorong dan meningkatkan lagi kadar interaksi dan komunikasi di kalangan ahli komuniti. E-Komuniti juga dapat mengurangkan jurang komunikasi yang wujud di dalam komuniti yang disebabkan oleh perbezaan lokasi dan perbezaan kesedaran serta pengetahuan terhadap ICT. E-Pembelajaran digubal untuk mewujudkan budaya pembelajaran sepenjang hayat di kalangan komuniti serta menghapuskan jurang digital yang wujud. E-Pembelajaran juga membantu pelajar dalam meningkatkan pengetahuan yang lebih cekap dan cepat. Sementara itu, E.,. Kedaulatan berperanan dalam pembinaan identiti dan jati diri masyarakat yang tidak mudah luntur dan cintakan negara dalam menghadapi arus pembangunan negara dan perkembangan global semasa (Rozinan et.al, 2005). .
2.4.1.2 Pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC)
Pada tahun 1996, kerajaan telah menubuhkan Koridor Raya Multimedia sebagai asas perkembangan dan pembangunan ICT negara. Tujuan penubuhan MSC
ialah untuk menyediakan ICT bertaraf dunia yang komprehensif dan efektif bagi ( ....) mewujudkan persekitaran ォ・セ。N dan kehidupan yang akan mendorong kepada . " pembangunan dan pertumbuhan ekonomi berteraskan pengetahuan.
Perbadanan Pembangunan Multimedia (MOC) pula ditubuhkan sebagai agensi pengurusan ·ICT dalam menarik minat pelabur asing dan meningkatkan ekonomi Negara melalui industri keeil dan sederhana (IKS). Panel Perundingan Antarabangsa MSC telah ditubuhkan bagi menasihati corak pembangunan MSC dan IT. Kebanyakan ahli panel terdiri daripada tokoh perniagaan, pembuat dasar dan pemikir ekonomi.
Pelbagai inisiatif telah dijalankan .oleh kerajaan untuk menarik .syarikat multinasional untuk beroperasi di Malaysia. Syarikat yang memiliki nilai ditambah yang kukuh dan berdaya saing akan diberi status MSC. Pada hujung tahun 2000, sebanyak 274 syarikat tempatan telah diiktiraf daripada 429 buah syarikat. Terdapat banyak keistimewaan bagi syarikat yang memperoleh MSC seperti :
'.
(
)
(J
1. Mengecualikan syarikat berstatus MSC daripada keperluan pemilikan tempatan untuk memastikan kebebasan pemilikan tempatan.
2. Menyediakan insentif kewangan yang menarik dan berdaya saing seperti pengecualian cukai pendapatan sehingga 10 tahun atau 100 peratus potongan elaun cukai pelaburan bagi tempoh lima tahun.
3. Memberikan kebebasan syarikat berstatus MSC untuk menyediakan modal daripada pinjaman tempatan dan dunia untuk infrastruktur MSC.
4. Menyediakan infrastt'uktur fizikal dan maklumat bertaraf dunia.
5. Membenarkan tanpa sekatan pekerja pengetahuan tempatan dan luar.
6. Menjadi ketua serantau dalam perlindungan Hakmilik Intelektual dan Undang Undang Siber.
7. Memastikan tiada tapisan (censorship) terhadap internet. 8. Menyediakan takrif telekomunikasi yang bersaing sejagat.
9. Menyediakan agensi berkuasa untuk bertindak sebagai pusat sehentian (one
stop supershop) untuk memastikan MSC memenuhi keperluan syarikat-syarikat
yang beroperasi (Abdul Razak et.aL, 2000).
2.5 Kesedaran dan Penggunaan ICT
2.5.1 Proses Kesedaran Terhadap ICT
Proses kesedaran terhadap ICT bermula dengan proses pembelajaran ICT. Secara umum, terdapat dua bentuk pembelajaran iaitu pembelajaran dari atas ke bawah
(top down learning) dan pembelajaran dari bawah ke atas (bottom up learning) (Van,
Heijst, Van de Spek dan Krizinga, 1998). Pembelajaran dari atas ke bawah merujuk kepada pengetahuan tertentu akan mendorong kepada perkembangan pengetahuan yang lain. Pembelajaran daripada bawah ke atas merujuk kepada individu yang mempelajari sesuatu akan menggunakan pengetahuan tersebut dan menyebarkannya kepada organisasi, masyarakat atau individu lain.
Proses kesedaran terhadap ICT boleh wujud dalam tiga bentuk iaitu :
2. Kesedaran ICT Melalui Komunikasi - Kesedaran ini melibatkan individu belajar sesuatu dan seterusnya berkongsi pengalaman dan kesedaran tersebut dengan yang lain. Kesedaran ini lebih berkesan kerana maklumat dan pembelajaran itu berterusan sehingga tidak dapat digunakan lagi. '
3. Kesedaran ICT Melalui Pembinaan Gedung Pengetahuan - Kesedaran ini melibatkan individu bertumpu kepada pembentukan pengetahuan daripada sumber-sumber tertentu dan penggunaan pengetahuan tersebut.
Jenis jenis pembelajaran dan kaitannya dengan proses kesedaran terhadap leT
ditunjukkan dalam Rajah 2.1
iMMMセMMMMMM Interaksi "
Pemantapan
Kesedaran
Penyebaran
Kesedaran
! !:---
interaksiMセNlMM
_ _Pembelajaran
Melalui セ セ _セ
-Mセ
Komunikasi _セ セ
---
..
MMG^セZZNセ
, - ......
...Kombinasi
Kesedaran
BBLセ
, , " " , , " -"...'-,
,, . - - ,
1It.'..:.. ... _ ... ... ,.: ...
--r
interaksi I I •I I I...
Pembinaan
Kesedaran
Proses Kesedaran Proses PembelaSumber : Rozinah et.aL, 2005
-Rajah 2.1 : Jenis- jenis Proses Pembelajaran dan Interaksi Serta Perhubungan Dengan Proses Kesedaran TerhadaplCT
2.5.2 Penggunaan ICT
Menurut Tengku Azztilan (1992), masyarakat Malaysia sentiasa berada pada era pasca industri selaras dengan perubahan global yang berlaku. Masyarakat padapasca industri mengutamakan i1mu pengetahuan sebagai teras kemajuan. Terdapat lima ciri yang menggambarkan masyarakat pasca industri yang terdapat di negara iaitu:
i. Sektor ekonomi mengalami perubahandaripada berasaskan pengeluaran barangan kepada perkhidmatan
ii. Taburan pekerjaan dan guna tenaga lebih kepada tenaga profesional dan teknikal
iii. Casar perancangan dan pembangunan berasaskan kepada teori i1mu
pengetahuan dan maklumat . .
iv. Matlamat masa depan untuk menguasai, membangunkan dan menggunakan teknologi
v. Proses membuat keputusan lebih bermatlamatkan untuk membentuk dan merekacipta teknologi baru untuk masyarakat
'.
(
..
Masyarakat umum pada hari ini lebih terbuka untuk mendalami bidang ICT kerana mereka berpendapat bahawa ICT dapatmemudahkan mereka dalam segala aspek kehidupan. Soleh dikatakan setiap kerja pada hari ini banyak menggunakan kemahiran komputer. Penggunaan internet juga semakin meluas di kalangan masyarakat. Perkhidmatan internet dapat mengurangkan jurang antara individu, kumpulan atau organisasi. Masyarakat yang mahir dalam penggunaan ICT juga akan lebih cekap, cepat dan efektif dalam kerjaya dan kehidupan mereka. Kita dapat lihat bahawa pada hari ini, perubatan , perbankan, perdagangan boleh dijalankan secara talian langsung (online) tanpa memerlukan kehadiran individu itu. Oleh itu, kerajaan harus mengambil langkah yang wajar untuk menggalakkan masyarakat Malaysia memperkayakan lagi kemahiran ICT untuk kepentingan sendiri, bangsa dan negara.
Selain masyarakat umum, pelajar pada hari ini juga lebih mahir dalam penggunaan ICT. Bahkan, pelajar sekolah rendah juga bijak menggunakan komputer dan internet. Kini, Portal Pendidikan juga boleh didapati di internet. Oengan ini, pelajar sekolah rendah dan menengah dapat memanfaatkan penggunaan leT dalam pembelajaran mereka seharian. Oi setiap sekolah rendah dan menengah juga terdapat matapelajaran' komputer dan IT. Langkah ini amat membantu pelajar yang kurang berkemampuan yang tidak merniliki komputer di rumah untuk bersama-sama dengan pelajar yang lain dalam mempelajari kemahiran komputer. Oleh itu, mereka ini tidak akan ketinggalan dalam arus global yang sentiasa cepat dan pantas. Pelajar universiti juga tidak ketinggalan selepas penubuhan pengajian jarak jauh yang memberi peluang kepada pelajar yang sudah bekerja untuk menyambung pengajian mereka. Penggunaan ICT dalam pengajian jarak jauh banyak membantu siswa dan siswi universiti yang jauh daripada lokasi dengan menghadiri kuliah melalui telesidang sahaja.
. Kesimpulannya, masyarakat dan pelajar mestilah berusaha untuk memajukan diri mereka sendiri agar tidak ketinggalan untuk bersaing dengan negara maju yang lain. Kerajaan juga perlu memperuntukkan modal untukpembangunan ICT demi masyarakat
Malaysia.
-2.5.3 Isu dan Masalah
Penggunaan ICT sering juga dikaitkan dengan gejala sosial di kalangan remaja khususnya daripada internet. Remaja yang terdedah dan sering menggunakan internet lebih mudah terpengaruh oleh bahan ganas dan tidak bermoral. Mereka lebih terdorong untuk melakukan jenayah seperti dalam internet.
Selain itu, penggunaan internet ini juga boleh membebankan pengguna terutama bagi yang tidak mengawal perasaan ketika penggunaannya. Seban kewangan yang tinggi harus dibayar jika penggunaannya melebihi had keperluan. Masa juga dibazirkan dengan perkara,..perkara yang kurang berfaedahakibat penggunaan internet yang berlebihan. Padahal, masa dan wang dapat dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang lebih berfaedah dan sihat.
belajar kemahiran. Pada hari ini, terdapat banyak tempat yang menawarkan pakej kemahiran komputer dengan harga yang berpatutan. Kebanyakan pelajar sekarang mampu untuk mengikuti pakej kemahiran komputer. Kursus kemahiran ini juga mengambil masa yang panjang untuk belajar. Alasan itu menjadikan mereka yang ingin mengikutinya berfikir dua kali kerana ada sesetengah mereka yang bekerja, masih belajar dan berkeluarga. Selain itu, masalah penyelenggaraan juga menjadi masalah kepada pengguna. Hanya masalah minor sahaja yang mudah diselenggarakan manakala masalah major seperti kerosakan cip dan peralatan lain mestilah diselenggarakan di kedai komputer.
Masalah semasa menggunakan leT di tempat kerja adalah bilangan komputer yang tidak mencukupi. Komputer yang disediakan oleh pejabat terhad sebanyak beberapa buah sahaja untuk satu jabatan. Tetapi kebanyakan setiap individu mempunyai komputer masing-masing di pejabat dan tidak lagi berkongsi dengan yang lain. Masalah lain ialah perisian yang tidak sesuai dengan tugas atau kerja. Seperi jabatan grafik dan akaun, perlulah mempunyai perisian yang berbeza. Perisian yang sudah ketinggalan menyebabkan masalah kerana teknologi yang semakin canggih dan . lebih cepat. Perisian yang lama tidak dapat menampung dan mengakses kemudahan
lain kerana ia sudah lama dan kekurangan ciri-ciri lain. Selain itu, ada juga pekerja yang ( tidak tahu atau kurang mahir dengan IT, ICT dan komputer. Penyelenggaraan yang
kurang dan kemudahan berkaitan juga sebagai faktornya. Pihak atasan dan pengurusan juga harus menggalakkan pekerja mereka untuk mahir dalam komputer dan ICT.·
2.6 Kesimpulan
Secara keseluruhan, masyarakat Malaysia sedar dan prihatin terhadap kepentingan ICT pada hari ini. Mereka sedar ICT dapat membantu diri mereka, anak-anak mereka dan seluruh masyarakat. Mereka juga sedar, dengan kemahiran yang mereka ada, dapat meningkatkan kecemerlangan dalam kerjaya dan kehidupan mereka. Masyarakat juga bersedia untuk menempuh era kehidupan yang lebih mencabar di masa depan dengan lebih yakin.
Kemajuan negara bergantung kepada daya saing dan daya maju masyarakat. ICT pada hari ini berperanan besar dalam era globalisasi iaitu tanpa sempadan, had dan masa; ICT juga merupakan salah satu agenda dalam mencapai Wawasan 2020..
Pendidikan amat penting bagi setiapindividu untuk memajukan diri mereka di peringkat yang lebih tinggl. ICT dalam pendidikan banyak membantu pelajar dalam meyelesaikan masalah pembelajaran. la amat penting kerana berperanan sebagai alat bantuan pembelajaran yang berkesan sama seperti pembelajaran konvensional di sekolah dan universiti. Bezanya cuma ia tiada komunikasi dua hala antara pengajar tetapi lebih komunikasi melalui maya atau digital dengan yang lain tidak kira masa dan tempat.
Kerajaan sedang berusaha untuk memperkembangkan lagi pembangunan ICT untuk kemudahan masyarakat. Pelbagai pertubuhan telah ditubuhkan untuk mengukuhkan lagi bidang ICT di Malaysia. Masyarakat harus menyokong dan memberi galakan kepada kerajaan dalam menjalankan dan membangunkan bidang ICT.
(
(J
BAB 3
PENDlDIKAN SECARA JARAK JAUH (PJJ) DAN ICT
3.1 Pengenalan
Pendidikan menjadi teras hidup seseorang individu. Pada hari ini, semakin ramai masyarakat yang menyedari kepentingan pendidikan dan juga ICT. Justeru itu. semakin ramai manusia yang pandai dan bijak dalam segala bidang. Banyak institusi berteraskan ICT ditubuhkan untuk mencapai matlamat pembangunan ICT.
Pendidikan hari ini semakin mencabar. Ramai pelajar perlu bersaing i.Jntuk mendapat tempat yang terbaik. Pelajar universiti tidak terkecuali. Isu pelajar yang semakin ramai sering menjadi topik hangat. ditambah dengan ruang yang terhad serta teknologi tinggi. Kerajaan telah menetapkan kuota kepada jantina dan kaum di Malaysia dalam kemasukan ke universiti selain daripada pencapaian akademik.
Selain itu, permintaan daripada pelajar juga melebihi tawaran yang ditawarkan. Bidang seperti Kemanusiaan, Sains, Pengurusan dan Kejuruteraan memang mendapat tempat di kalangan pelajar tidak kira jantina dan bangsa. Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah pelajar yang gagal mendapat bidang tersebut telah ditawarkan dengan bidang pilihan mereka semasa pemilihan bidang ke universiti atau telah dihantar ke universiti yang lain.
Kerajaan juga mewarwarkan "Satu rumah satu graduan". Galakan membina ini akan seterusnya menggalakkan ahli rumah yang lain untuk mengikuti jejaknya ke universiti. Justeru itu, semakin ramai rakyat Malaysia yang memperoleh pendidikan peringkat tinggi dengan segala kemudahan yang disediakan.
Bidang pendidikan juga melambangkan identiti negara. Pendidikan yang bermutu menggambarkan sebuah riegara yang maju. Seperti di Malaysia, bidang pendidikan telah wujud sekian lama dan berkembang mengikut arus peredaran zaman. Pihak luar juga mengagumi kebolehan Malaysia dalam bidang pendidikan kerana ia sudah mencapai peringkat antarabangsa.
3.2 Proses Pendidikan Secara Jarak Jauh
Sistem pendidikan jarak jauh merupakan tren yang terkini dalam pendidikan negara. Ciri utama pendidikan jarak jauh (PJJ) ialah wujudnya pemisahan fizikal antara pengajar dan relajar pada kebanyakan waktu. Walaupun terdapat pemisahan secara fizikal, pertemuan bersemuka perlu diadakan untuk membantu pelajar memperkukuhkan motivasi dan membantu pelajarmengatasi masalah pembelajaran tertentu. Selain dari itu penggunaan teknologi elektronik dan teknologi komunikasi sama ada menggunakan media cetak, radio atau televisyen digunakan sebagai alat komunikasi utama bagi menghubungkan pelajar dan pengajar yang terpisah ini agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan.lancar. '
Istilah pendidikan jarak jauh sebenarnya adalah pelbagai. Walaupun tiada definisi yang tepat, namun kesemua definisi harus mempunyai elemen-elemen asas seperti berikut: .
1. Pengasingan oleh jarak secara fizikal antara pelajar dan pengajar.
•
3. Penggunaan pelbagaian bahan media berteknologi sarna ada bahan media cetak, media audio, media video, media elektronik atau media komputer· digunakan untuk penyampaian bahan pembelajaran dan J!)engajaran.
4. Kemudahan masa, tempat dan cara belajar oleh pelajar yang pelbagai dari segi kehendak, karenah dan kemampuan dalam pelajar.
Pelaksanaan sistem PJJ menjadi semakin berkesan dan meningkat dengan mendadak setelah timbulnya penambahan bilangan pelajar, kemasukan yang terhad di institusi pengajian tinggi, peningkatan kos pendidikan luar negara serta kemudahan dan kecanggihan teknologi dan komunikasi negara masa kini (Zuraini et.aL, 2003). Mengikut perangkaan pada tahun 1995, terdapat seramai 3472 orang pelajar PJJ dan bilangan ini meningkat kepada 12597 orang pelajar pada tahun 1997. Kini terdapat 36000 orang pelajar PJJ dan bilangan ini dijangka meningkat kepada 54000 menjelang tahun 2005 (Rancangan Malaysia Kelapan, 2001). Sistem PJJ ini menjadi popular kerana ia f1eksibel dari segi masa, lokasi dan belajar serta bekerja pada masa yang sarna.
Pelajar jarak jauh umumnyaadalah pelajar dewasa. Pelajar ini telah lama meninggalkan 81am persekolahan dan majoriti daripada mereka telah berkeluarga. Oleh itu, mereka harus bijak dalam membahagikan masa antara pelajaran dan tanggungjawab dalam keluarga sarna ada sebagai suami atau isteri, bapa atau ibu, anggota masyarakat, anak kepada ibu bapa yang telah tua dan sebagainya.
3.2.1 Pengalaman USM, Meteor dan OUM
Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) telah dimulakan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1971 dan merupakan -satu rancangan pengajian yang . terulung di Malaysia yang menawarkan pengajian ijazah secara jarak jauh. Kursus-. kursus yang ditawarkan adalah setara dengan kursus yang diikuti oleh pelajar dalam kampus. Bahan pengajaran terdiri daripada bahan bercetak, pita rakaman dan bahan aneka media yang lain. Jangkamasa pengajian ialah selama 4 tahun (minimum) hingga 12.tahun (inaksimum). Mereka yang· berjaya akan dianugerahkan salah satu Ijazan
s。セ。ョ。 Muda seperti berikut:
• Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian)
• Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) • Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian)
• Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian)
-Setiap Sidang Akademik biasanya bermula pada bulan Jun dan berakhir pada bulan Mac. tahun berikutnya. Semua rancangan pengajian yang ditawarkan terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia. Sejak menawarkan rancangan pengajian sepenuhnya secara jarak jauh mulai Sidang Akademik 1992/93,
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) telah menghasilkan seramai 10,423 orang siswazah iaitu 4,062 dalam bidang IImu Kemanusiaan, 3,004 dalam bidang Sains Kemasyarakatan, 1,171 dalam bidang Sains, 1,492 dalam bidang Pendidikan, 306 dalam bidang Kejuruteraan dan 388 dalam bidang Pengurusan•.
PPPJJ juga menawarkan kursus Pra Sains yang bertujuan memberi peluang kepada bオュゥーオエセイ。 yang mempunyai latarbelakang pelajaran sains tulen tetapi tidak mencukupi untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah. Rancangan dua tahun ini menyediakan kemahiran dan pengetahuan saintifik untuk membolehkan pelajar berkenaan mengikuti kursus-kursus Sains di peringkat ijazah.
14
(
:
(
(J
Semenjak USM memperkenalkan RPJJ melalui PPPJJ pada tahun 1971, beberapa jenis sistem pengajian telah diamalkan, Sistem 4 + 1 dan diikuti Sistem 5 + 1, iaitu 1 tahun sepenuh masa dalam kampus. Mulai Sidang Akademik 1992/93 (Sains) dan Sidang Akademik 1993/94 (Sastera). Sistem 5 + 0 tetah dllaksanakan yang membolehkan pelajar berijazah sepenuhnya secara jarak jauh. Mulai Sidang Akademik 1996/97, Sistem Pengajian Empat Tahun (SPET) diperkenalkan dan mulai Sidang Akademik 2000/2001 Sistem Pengajian Empat Tahun Millenium (SPETM) diperkenalkan (Cheah ,2004 dan Karsono, 1993).
Universiti Terbuka Malaysia (UNITEM) yang juga dikenali sebagai Open UniversitiofMalaysia (OUM) ditubuhkan secara rasminya pada 10 Ogos 2000 sebagai universiti swasta yang ketujuh di Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur. UNITEM ditubuhkan oleh METEOR iaitu Multimedia Technology Enhancement Operations Sdn Bhd. Misi UNITEM ialah memberi pelajar jarak jauh segala kemudahan, fleksibeliti dan peluang pembelajaran yang berterusan sebagaimana moto UNITEM iaitu 'University For AII'. UNITEM telah memperkenalkan dua strategi pembelajaran iaitu kurikulum pembelajaran dan kurikulum institusi. Filosofi UNITEM ini memberikan kebebasan kepada pelajarnya yang bekerja sebagai individu yang aktif dalam mempelajari sesuatu yang baru. Berikut merupakan prinsip prinsip asas dalam mewujudkan pembelajaran yang efektif oleh UNITEM:
• Konteks - Pelajar lebih memahami melalui contoh, isi kandungan dan aktiviti yang berkaitan dengan persekitaran kerja.
• Pendekatan - Pelajar memerlukan galakan yang lebih untuk membantu mereka dalam pembelajaran. Ini penting supaya pelajar tidak terlalu dibebani dengan maklumat yang berlebihan.
• .Interaktiviti - Dalam memastikan pelajar mengaplikaSi kandungan pelajaran yang dipelajari, adalah penting material seperti modul, perbincangan ditalian, perjumpaan bersemuka dan perbincangan melalui telefon.
• Pengukuhan - Konsep dan kemahiran diperkukuhkan melalui kitaran pembelajaran dan pelajar diberi peluang melalui perbincarigan dalam talian. • Penilaian - Pelajar dinilai pelbagai tahap dan memerlukan maklumbalas yang
yang segera.
UNITEM menawarkan kursus IT, Kejuruteraan, Seni, Sains Sosial, Sains dan Perniagaan. Seramai 753 orang pelajar mendafiar ke UNITEM pada tahun 2001, dan bilangan ini telah bertambah sehingga 25000 orang pada tahun 2003. Pada awalnya sebanyak 16 program ditawarkan, 2 program Diploma, 11 program Ijazah Sarjana Muda dan 3 programljazah Sarjana. Pada 2005, program Diploma telah ditambah menjadi 5, 12 .program Ijazah Sarjana Muda, 4 program Ijazah Sarjana dan 1 program Ijazah Kedoktoran (Cheah, 2004). .
•
Pada tahun 2000, MOLSB menawarkan program jarak jauh: • UM - Ijazah Sarjana Muda IT
- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu • UTM - /jazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik • UKM - Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi
- Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik • UIA - Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
- Ijazah Sarjana Muda Komunikasi
• UUM - Ijazah s。セ。ョ。 Muda Pengajian Perniagaan - Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam
Konsep pembelajaran sepanjang hayat (PSH) atau lifelong learning bukanlah merupakan satu konsep yang baru dalam Sistem Pendidikan Negara. Namun begitu, ekoran daripada perubahan persekitaran baru yang mana ekonomi .berasaskan pengetahuan atau K-Ekonomi menjadi keutamaan, konsep PSH telah diberikan penekanan dalam pembangunan negara. PSH dari segi konsepnya merangkumi pengertian yang begitu luas. Konsep. ini merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang· merangkumi program meningkat pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional, atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja. Pengalaman yang bersifat pengetahuan seperti ini tidak akan dapat dipelajari secara bentuk yang biasa, tidak juga secara formal dan latihan. lanya memerlukan pusingan yang berterusan mencipta, menyebar dan memahami erti pengkongsian i1mu. Berdasarkan kepada pandangan di atas, PSH dapat disimpulkan kepada proses seperti berikut:
• Proses pembelajaran seseorang secara berterusan sama ada bagi tujuan meningkat kemahiran atau membangunkankerjaya t1alam sesuatu bidangー・ォ・セ。。ョ pada masa sekarang mahu pun pada masa hadapan
• Proses pembelajaran seseorang bagi meningkatkan i1mu pengetahuan tidak akan berakhir apabila seorang itu meninggalkan alam persekolahan, ianya adalah proses sepanjang hayat. Oi USM, pembe/ajaran berterusan telah diperkenalkan untuk warga emas. Program ini membuka peluang kepada individu yang ingin terus menimba i1mu bagi merealisasikan impian dan cita cita untuk menggenggam segulung ijazah walaupun telah melewati usia. la bertepatan dengan Konsep Program Pendidikan Sepanjang Hayat dalam meningkatkan kualiti pendidikan·di negara ini. Bersandarkan kepada pengalaman yang ada, mereka kini mampu bersaing dengan generasi muda dalam·menimba i1rnu.
Objektif Universiti Sains Malaysia dalam menawarkan Program Pendidikan Sepanjang Hayaf adalah seperti
berikut:-• Memenuhi tanggi.Jngjawab pembangunan sosial dan intelektual.
• Memberi peluang kepada para pekerja atau warganegara yang berpengalaman luas untuk menda/ami i1mu secara formal.
• Meningkatkan dan memantapkan kualiti taraf pendidikan negara di kalangan rakyat. • Menjadi IPTA terulung dalam memberi peluang kepada golongan "Silver Hair"
mendalami i1mu pengetahuan melalui program ini.
• Meningkatkan budaya keintelektualan pendidikan di kalangan masyarakat. (www.usm.my. 2005)
16
"
4
(
4.
.
,3.3
Senario Perkembangan dan Pembangunan PJJ dan leT3.3.1
Proses Pengajaran dan Pembelajaran LaluMemaklumi sejarah Sistem Pendidikan Negara kita yang masih muda dan berlatarbelakangkan sejarah yang berbeza daripada apa yang berlaku di negara lain, maka perkembangan pendidikan jarak jauh negara kita tidaklah begitu pesat sebagaimana yang berlaku di Eropah atau negara maju yang lain.
Universiti Sains Malaysia ialah institusi pengajian tempatan yang pertama memperkenalkan sistem pendidikan jarak jauh. Terdapat 3 fasa iaitu :
• Fasa Pertama (1971-1982) - Oikenali sebagai sistem UPLK (3+1), iaitu
pelajar-pelajar sambilan yang mendaftar sebagai pelajar-pelajar memerlukan tempoh minimum selama 4 tahun untuk mendapatkan ijazah. Pelajar mesti menyelesaikan selama 3 tahun mengikut mod luar kampus dan tahun akhir selama 1 tahun mengikut mod dalam kampus. Sebenarnya sistem (3+1) ini sejajar dengan Sistem Penggal Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) selama 3 tahun yang berkuatkuasa ketika itu. Antara sUbjek yang ditawarkan ketika itu adalah daripada Pusat Pengajian IImu Kemanusiaan, Sains Sosial, Fizik, Matematik, Kimia dan Biologi.
• Fasa Kedua (1975 - 1980) - Dikenali sebagai sistem RPLK (4+1). la sejajar
dengan perubahan Sistem Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam kampus
daripada sistem tiga penggal kepada sistem
4
tahunatau lapan semester.Mengikut keperluan baru ini, seseorang pelajar mesti mengumpulkan 120 unit kredit minimum untuk pengijazahan. Pelajar-pelajar yang mendaftar secara luar
kampus pula perlu berada di luar kampus selama4tahun atau mesti mengumpul
sebayak 82 unit kredit dan menyelesaikan selama setahun atau dua semester mengikut mod dalam kampus.
• Fasa ketiga (1981 ...,...1993) - Oikenali sebagai sistem RPLK (5+1). Perubahan ini
berlaku hasil daripada· kajian dan penilaian semula oleh pihak universiti untuk
menaikkan
tarat
RPLK USM (Karsono, 1993)• Fasa keempat (1993 - 1994) - RPLK ditukar menjadi Pusat Pengajian
Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) dengan penambahan beberapa program iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kejuruteraan Kimia, Pendidikan, Kejuruteraan Mekanikal dan Pengurusan.
Pada fasa tersebut, leT belum pesat diperkenalkan lagi. Hanya modul sebagai perantaraan pelajar pendidikan jarak jauh. Modul ialah bahan cetak yang menjadi pilihan utama kebanyakan institusi jarak jauh dunia sebagai alat pengajaran yang dapat menggantikan tempat pensyarah. Modul mengandungi unsur-unsur komunikasi di antara pensyarah dan pembacauntuk memandu· pelajar kepada kandungan kursus. Komunikasi ini adalah mirip kepada komunikasi yang selalunya berlak"u di dalam bilik kuliah bersemuka tetapi ditukar ke dalam bentuk teks.
Oi samping itu, modul terancang juga mengandungi objektif modul pada permulaan modul dan objektif pelajaran di setiap permulaan pelajarctn. Ini adalah untuk membolehkan pelajar menilai kembali kefahaman yang telah diperolehi apabila selesai sahaja mengikuti modul atau pelajaran yang berkenaan.
Oi samping itu, modul juga mempunyai Soalan Latihan dan Soalan Ulangkaji untuk pelajar memperolehi kemahiran dan menguji kefahaman terhadap konsep-konsep yang telah dipelajari. Pelajar juga dipandu dengan teknik penyelesaian yang terperinei untuk setiap soalan latihan dan soalan ulangkaji yang dikeinukakan.
Model Koresponden bermaksud komunikasi yang berasaskan pos. Ini bermakna, komunikasi yang berlaku adalah komunikasi dalam bentuk teks yang ditulis dan dikemukakan kepada pensyarah melalui pos. Pensyarah pula akan meneatat dan memberi komen, pandangan atau arahan kepada soalan yang telah dikemukan oleh pelajar. Komen-komen ini termasuklah menunjukkan kesalahan yang telah dilakukan oleh pelajar, menunjukkan teknik mendapatkan jawapan yang betul, memberi panduan kepada pelajar terhadap maklumat-maklumat tambahan yang perlu dan lain-lain lagi. Komunikasi dikatakan berlaku di antara pensyarah dan .pelajar apabila pelajar memperolehi dan mendapat maklumat yang dikemukakan oleh pensyarah. Komunikasi yang sebegini boleh memandu pelajar kepada kandungan kursus.
3.3.2 Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kini
Proses pengajaran dan pembelajaran kini telah bertukar. Semakin banyak universiti yang menawarkan program pendidikan jarak jauh. Selepas USM, program yang sarna ditawarkan di ITM (UITM) pada tahun 1990 dan diikuti dengan UKM pada tahun 1993. Sekarang, ini hampir semua IPTA di Malaysia mempunyai program PJJnya yang tersendiri yang menawarkan pelbagai kursus pada peringkat diploma dan ijazah pertama.
Perkembangan teknologi dalam pendidikan jarak jauh boleh dibahagikan kepada 5 generasi:
Bates (1991) telah membahagikan PJJ kepada tiga generasi iaitu Generasi Pertama, Generasi Kedua dan Generasi Ketiga. Oalam Generasi Pertama atau dikenali sebagai Model. Koresponden, pengajaran seeara koresponden merupakan media tunggal. Pada peringkat ini, pelajar-pelajar dibekalkan dengan sedikit bahan bereetak, satu senarai bahan baeaan dan set eontoh soalan sebelum menduduki peperiksaan. Kadar kegagalan di kalangan pelajar agak tinggi. Selepas itu, muneul penggunaan radio dan televisyen dalam PJJ. Media ini merupakan· bahan sokongan kepada bahan bereetak.
Oalam Generasi Kedua atau Model Multimedia, multimedia digunakan dalam PJJ. Pada tahun 1969, Open University, UK telah ditubuhkan dan pendekatan pengajaran melalui multimedia diperkenalkan. Penggunaan media satu hala. seperti bahan bereetak, siaran radio, televisyen dan pita audio telah ditambah dengan .komunikasi dua hala melalui tutor bersemuka. Keadaan ini telah meningkatkan lagi
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran PJJ.
18
'.
Dalam Generasi Ketiga atau Model TelePendidikan, PJJ dimajukan berasaskan perkembangan teknologi maklumat elektronik. Penggunaan sistem telekomunikasi dan komputer dapat menyediakan kemudahan untuk komunikasi dua hala antara pelajar dengan pensyarah dan pelajar dengan pelajar. Teknologi ini termasuk sidang audio, sidang audiografik, sidang komputer dansidang video. HasH perkembangan teknologi yangcanggih ini, telah tertubuhya institusi-institusi PJJ seperti Universiti Terbuka (Open University) serta Universiti Maya (Virtual University) dan
pelbagai program pendidikan PJJ telah ditawarkan di seluruh dunia.
Akibat daripada perkembangan teknologi dan multimedia yang interaktif, muncul generasi keempat. Dalam Generasi Keempat atau Model Pembelajaran Fleksibel, PJJ adalah berasaskan perkembangan teknologi maklumat elektronik yang lebih moden iaitu multimedia yang interaktif, laluan internet ke sumber-sumber Laman
Web dan komunikasi melalui komputer. ..
Kini, PJJ telah melangkah ke generasi kelima iaitu Model Fleksibel Pintar (Intelligent Flexible Model) yang lebih fleksibel dan mudah pengguna (learner friendly).
Antara teknologi yang digunakan ialah:
sahaja dan pelajar akan menghadapi kesukaran jika masaJahnya meJibatkan grafik, persamaan dan pengiraan;
• Telesldang Audio - TeJesidang audio adalah satu jenis ,komunikasi yang meJibatkan komunikasi jenis audio sahaja. Ini bermakna di setiap PusatWilayah terdapat mikrofon dan pembesar suara sahaja yang masing-masing bertujuan untuk menyampaikan dan mendengar percakapan. Sistem teJesidang video audio ini digunakan oleh PJJ USM pada tahun 1988 hingga tahun 1992. Terdapat beberapa kelemahan terhadap sistem ini. Komunikasi ini tidak membolehkan penyampaian grafik, teks, pengiraan atau persamaan dilakukan. Tambahan pula pelajar tidak dapat melihat imej video pensyarah dan rakan-rakan di Pusat Wilayah lain.
• Telesidang Audiografik - Telesidang aUdiografik adalah suatu sistem komunikasi yang mempunyai keupayaan untuk menyampaikan komunikasi jenis audio bersama-sama dengan grafik secara serentak. Ini bermakna, di samping mikrofon dan pembesar suara, terdapat juga kaca TV yang membolehkan pelajar melihat tulisan dan imej grafik yang dinamik yang dilakukan oleh pensyarah. Sistem telesidang aUdiografik ini telah digunakan oleh PJJ USM- pada tahlJn 1992 hingga tahun 1996. Terdapat sedikit kelemahan terhadap sistem ini di mana pelajar tidak . dapat melihat imej pensyarah itu sendiri. Pensyarah juga tidak dapat melihat reaksi
pelajar terhadap penyampaiannya dan justeru pensyarah tidak dapat membuat \ perubahan terhadap teknik penyampaiannya.
• Telesidang Video - Telesidang video adalah telesidang yang menggabungkan aspek audio, grafik dan juga video. Sistem telesidang ini adalah mirip kepada penyampaian bersemuka konvensional. Sistem ini mengandungi mikrofon, pembesar suara, kamera video dan 2 kaca TV. Mikrofon dan pembesar suara adalah untuk penyampaian audio manakala kamera video adalah. untuk tujuan merakam imej video. Sebuah kaca TV adalah untuk imej pensyarah, tulisannya dan grafik .yang ingin disampaikannya, manakala sebuah kaca TV lagi adalah untuk imej pelajar; imej kelas dan grafik yang ingin disampaikan oleh pelajar. Telesidang video ini mula digunakan oleh PJJ USM pada tahun 1996 dan masihdigunakan hingga sekarang. Kajian mendapati ォ・「・セ・ウ。ョ。ョ sistem teJesidang ini bergantung kepada beberapa faktor. Faktor ini termasuklah faktor kemahiran pensyarah dan juga pelajar dalam mengendalikan sistem. ini untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di sampingfaktor pengJibatan yang menyeluruh daripada pelajar. Oleh itu, pelajar hendaklah mahir dalam mengendalikan sistem telesidang video di samping turut serta dengan aktif dalam sesi perbincangan dan soal jawab yang diadakan.
• Komunikasi Berasaskan Komputer - Dengan perkembangan teknologi ( komunikasi dan maklumat, komputer peribadi telah memainkan peranan yang , penting dalam komunikasi dua hala antara pensyarah dan pelajar. Pensyarah boleh
berkomunikasi dengan pelajar dan sebaliknya dengan menggunakan komputer peribadi yang terdapat di tempat kerja atau di rumah. Sistem e-mel yang mudah dan efisien adalah merupakan satu sistem yang berkesan dari segi komunikasi dua hala. Pelajar boleh mengemukakan soalan dari segi leks dengan lampiran seperti grafik atau foto yang boleh dihantar dengan pantas kepada pensyarah. Pensyarah pula boleh memberi maklumbalas dengan kadar yang segera kepada pelajar. Tambahan pula kos sistem ini adalah murah jika dibandingkan dengan kos sistem komunikasi yang lain.
(
()
3.3.3
Cabaran proses pengajaran dan pembelajaran akan datang
Beberapa cabaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan datang berfokus kepada institusi-institusi yang mengamalkan dual mod. Cabaran pertama ialah untuk membuktikan kepada semua pihak bahawa program pendidikan jarak jauh adalah berkualiti, terbaru, inovatif dan tidak lagi konvensional. Strategi pertama ialah memerlukan pelajar jarak jauh sendiri untuk bersemuka pada sesi pertama suaikenal dan perlu menjalani orientasi atau minggu suaikenal. Seterusnya cabaran kedua adalah untuk membuktikan kepada pensyarah yang mengajar mod konvensional bahawa kualiti pendidikan jarak jauh juga setaraf dengan yang sepenuh masa. Oleh itu, pensyarah yang mengajar mod konvensional juga kadangkala perlu bekerjasama dalam pengajaran pendidikan jarak jauh. Kadangkala timbul juga masalah kerana berlaku perubahan paradigma dalam proses pengajaran mereka. Oleh itu
PPPJJ
mula mengambil langkah bijak iaitu mengambil pensyarah baru dan memberi mereka latihan dan program yang secukupnya untuk pendidikan jarak jauh.Cabaran ketiga ialah status mod dual. Sebagai institusi mod dual,
PJJ
di bawah pengawasan peraturan dan オョ、。ョァセオョ、。ョァ yang digubal untuk institusi pendidikan konvensional. Walaupun peraturan tersebut sebenarnya tidak sesuai dengan pentadbiranPJJ,
namun peraturan itu turut diaplikasikan terhadapPJJ
tanpa persetujuan. Oleh itu, pihak Senat Universiti telah bersetuju untuk menukar cara operasiPJJ.
Antara persetujuan baru ialah kesesuaian kursus baru untuk pelajar jarak jauh. .Selain itu, cabaran bagiPPPJJ
ialah dalam penawaran program Sains. Kerajaan pada ketika itu menyarankan untuk menghasilkan lebih ramai lagi graduan berkelulusan Sains bersesuaian juga dengan nama Univers'iti Sains rvtalaysia. Bagaimanapun, pelajar yang mengambil program Sains amatlah sedikit. Alasan yang diberikan ialah kekurangan makmal dan alatan makmal diPPPJJ
dan Pusat Wilayah sendiri. Selain itu, alasan yang turut diberikan ialah kuota terhadap bangsa, jantina dan lokasi yang dikenakan olehPPPJJ.
-Cabaran yang dihadapi oleh
PPPJJ
yang sekian lama dan berterusan ialah polisi kerajaan dan strategi yang melibatkan agenda politik, pendidikan, sosial dan persekitaran ekonomi. Oleh itu, USM telah menjadi perintis dalam Malaysia sebagai universiti pertama yang memperkenalkan program pendidikan jarak jauh. Setelah sedekad penubuhanPPPJJ
di USM, kerajaan telah membuktikan bahawa nilai mod dual di USM mampu untuk menghasilkan graduan yang lebih ramaL Dengan keadaan ekonomi yang telah maju dan stabil, kerajaan telah mengarahkan semua universiti untuk menubuhkan program pendidikan jarak jauh mereka sendirL Operasi, mod dual bermaksud kemudahan serta infrastruktur di universiti akan lebih meningkat secara efisien.3.4 PJJ dan leT dl USM
Pendidikan jarak jauh bermula dengan penubuhan·program jarpk jauh oleh USM iaitu universiti kedua tertua di Malaysia. Terletak di utara Malaysia, USM merupakan institusi pendidikan tinggi kerajaan sepenuhnya. USM mula beroperasi pada tahun 1969. Pada tahun 1971, USM telah mengembangkan sayapnya dengan penubuhan pendidikan jarak jauh.
Program pendidikan jarak jauh ini memperkenalkan kepada pelajar dewasa kepada pendidikan bertransformasi. Dua keputusan penting yang dibuat pada tahun 1992dan 1994menggambarkan bahawa program PJJ telah makin berkembang.
Program akademik yang dikendalikan USM telah dipelbagaikan pada tahun 1990. Berikut adalah program baru yang diperkenalkan di USM pada tahun 1994 hingga 1997:
1994 Kejuruteraan Am Geoteknikal, Struktur,
Persekitaran, Sumber Air, Trafik dan Lebuhra a
(
1995 Kejuruteraan Elektrikal dan Mikroelektrik, Komputer, Kuasa,
Elektrik Komunikasi, Kawalan, Robotic
dan Automasi
1995 Kejuruteraan Kimia Kawalan proses, proses reaksi dan pengasingan, bioproses dan
roses ersekitaran
1995 Pendidikan Sains: Sastera dan Perakaunan 1996 Kejuruteraan Mekanikal Mekanikal Gunaan, Sistem
Pembuatan dan Teknolo i 1997 Pen urusan
Perkembangan jarak jauh USM juga dipengaruhi oleh perkembangan struktur pentadbirannya. Pada tahun 1971 hingga 1981, seorang koordinator telah dilantik untuk mengkoordinasi pentadbiran. Penolong Pegawai Pendaftar tersebut adalah untuk setiap bahagian Sains dan Matrikulasi, Kejuruteraan, IImu Kemanusiaan dan Pembelajaran Berterusan, Sains Sosial dan Kaunseling serta Bahan Pembelajaran dan Sokongan.
3.5Kesimpulan
PJJ USM telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu pembelajaran jarak jauh. leT yang diperkerialkan di PJJ juga dapat membuka mata pelajar dalam mengetahui dan memahami teknologi dalam pendidikan jarak jauh pada hari ini. Segala kemudahan ini dapat memudahkan pembelajaran mereka.
c
CJ
BAB4
ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN
4.0 Pengenalan
Bab analisis dan penemuan kajian ini memuatkan perincian kajian termasuk metodologi dan dapatan kajian untuk kesemua kajian yang telah dijalankan iaitu:
1) Kajian Kesedaran dan Pendedahan ICT Pelajar PPPJJ 2) Motivasi Pelajar PPPJJ dan ICT
3) Kecemerlangan Pelajar dan ICT 4) Perkhidmatan ICT di PPPJJ
4.1 Kesedaran dan Pendedahan leT Pelajar PPPJJ
4.1.1 Sampel
Kajianini dijalankan pada pelajar Tahun 3 Sidang Akademik 2003/2004. 139 sampel dipilih secara rawak daripada pelajar-pelajar Tahun 1 (Sidang Akademik 2001/2002) yang telah sudi menjadi sampel untuk mewakili populasi kajian pada kajian tahuntersebut. Tujuan kajian pada masa tersebut ialah bagi mengetahui kesedarandan pendedahan awal pelajar ketika memulakan langkah' sebagai pelajar USM secara sistem pendidikan jarak jauh. Soal selidik diedarkan kepada 100 responden secara pos. Satu sampul beralamat penyelidik yang bersetem dikirim bersama soal selidik untuk memudahkan responden menghantar balik soal selidik yang telah diisi. Satu surat peringatan dihantar selepas dua minggu untuk mengingatkan mereka agar mengembalikan soal selidik yang diterima.
4.1.2 Metodologi
Instrumen kajian terdiri daripada tiga bahagian. Bahagian pertama terdiri daripada item-item untuk mengenalpasti maklumat demografi responden ialtu jantina, umur, bangsa, status perkahwinan, pekerjaan, pendapatan bulanan dan program ijazah yang diikuti. Bahagian kedua terdiri daripada item-item untuk mengenal pasti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran iaitLi tahap penggunaan, tahap penguasaan komputer dan internet pelajar dan jenis bantuan komputer dan internet yang digunakan. Bahagian ketiga terdiri daripada item-item untuk mengkaji penggunaan teknologi komunikasi semasa pelajar berhubungdengan rakan dan pensyarah dan alasan yangiTIempengaruhi mereka menterkinikan pengetahuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Data yang diperoleh daripada responden dianalisisdengan menggunakan Statistical Package forthe Social Science versi 10.0
(SPSS versi 10). Soal selidik terbuka dianalisis dengan menggunakan kaedah penelitian isi kandungan terhadap setiap maklum balas yang ditulis oleh responden. Satu respon umum ditentukan terhadap setiap soalan jenis terbuka yang dikemukakan.
4.1.3 Dapatan
4.1.3.1 Maklumat Demografi Responden
Jadual 4.1 menunjukkan maklumat demografi responden kajian iaitu terdiri daripada 35 (53.8%) orang lelaki dan 30 (46.2%) orang perempuan. Sebilangan besar responden iaitu 38 orang (58.5%) berada dalam Iingkungan umur 31-40. Seramai 47 orang responden (72.3%) berbangsa Melayu, 12 orang (18.5%) berbangsa Cina, 2 orang (3.1%) berbangsa India dan 4 orang (6.2%) berbangsa lain. Sebilangan besar responden iaitu 49 orang (75.4%) telah berkahwin. 36 orang responden (55.4%) berkhidmat dalam bidang pendidikan. Pendapatan 80% responden kajian adalah kurang daripada RM2000 sebulan. Seramai 53.4% responden kajian mengikuti kursus dalam bidang Kemanusiaan.
Jadual 4.1 : Maklumat Demografi Responden
24
•
(
"
4.1.3.2 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunlkasi dalam Proses Pembelajaran
Jadual 4.2 menunjukkan bahawa 89.2% responden menggunakan komputer di rumah dan 80.0% menggunakan komputer di pejabat. Ini menunjukkan bahawa lebih daripada 80.0% pelajar mempunyai akses kepada kemudahan penggunaan komputer. Hanya 12.3% responden menggunakan komputer di kafe siber.
Jadual4.2 :Penggunaan Komputer
Jadual4.3 menunjukkan tujuan penggunaan komputer responden iaitu hampir semua (98.5%) responden menggunakan komputer untuk tujuan menaip. 70.8% responden menggunakan komputer untuk melayari internet dan 63.1 % responden menggunakan komputer untuk tujuan tontonan CDIDVD. Selain itu, 56.9% responden menggunakan komputer untuk tujuan berkomunikasi dengan pihak lain melalui e-mel. 41.5% responden menggunakan komputer untuk tujuan bermain dan hanya 10.8% responden menggunakan komputer untuk pembelajaran CAl (Computer Assisted
Instruction) .
Jadual4.3 :Tujuan Penggunaan Komputer
(J
24.6% responden sangat mahir dalam penggunaan komputer, 72.3% responden mempunyai kemahiran penguasaan yang sederhana mahir dan hanya 3.1 % sahaja yang kurang mahir dalam penggunaan komputer (Jadual 4.4). Tidak terdapat responden yang tidak mempunyai sebarang kemahiran dalam penggunaan komputer.Jadual 4.5 menunjukkan tahap kekerapan penggunaan komputer di kalangan responden. 36.9% responden sangat kerap menggunakan kemudahan komputer dalam pembelajaran mereka. 53.8% responden mengamalkan penggunaan yang sederhana kerap manakala hanya 9.2% responden kurangkerap menggunakan komputer. Tiada responden yang tidak pernah menggunakan komputer dalam pembelajaran mereka.
Jadual 4.5 : Tahap Penggunaan Komputer Oalam Pembelajaran PJJ
Jadual 4.6 menunjukkan bahawa 60% responden mempunyai kemudahan internet di rumah. Jumlah peratus ini adalah agak tinggi jika berbanding dengan akses
kepada internet di Malaysia iaitu 1.5 juta (6.88% daripada populasi) (Shive & Jegede, ( 2001). Tambahan lagi, 67.7% responden mempunyai pengalaman melebihi 1 tahun
dalam melayari internet (JadUal 4.7 ). Ini menunjukkan bahawa 2/3 responden adalah sensitif dengan perkembangan terkini dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
Jadual4.6: Kemudahan Internet OJ rオセ。ィ
JaduaI4.7: Tempoh Penggunaan Internet
89.2% responden menggunakan internet untuk mencari maklumat dan 60% responden menggunakan internet untuk tujuan e-mel (Jadual 4.8). Penggunaan kemudahan internet untuk tujuan CAl (4.6%),berhubung dengan bank (4.6%) dan untuk membeli-belah (3.1 %) adalah amat kurang.
(
C)
"
Jadual 4.8 : TuJuan Penggunaan Internet
Jadual 4.9 menunjukkan bahawa 89.2% responden melayari internet setiap hari. 40% responden melayari internet untuk jangka masa kurang dari 1 jam dalam sehari manakala 46% responden melayari internet antara 1 hingga 3 jam sehari. Ini menunjukkan bahawa responden kajian kerap menggunakan internet.
Jadual 4.9 : Purata Masa Penggunaan Internet Dalam Sehari
4.1.3.3 Penggunaan Teknologi Komunikasi Semasa Berhubung Dengan Rakan Dan Pensyarah
..
Jadual 4.10 : Komunikasl Responden Dengan Rakan Dan Pensyarah
Jadual 4.11 menunjukkan alasan responden menterkinikan pengetahuan dalam teknologi maklumat komunikasL 89.2% responden berbuat demikian kerana inginkan penguasaan i1mu dan penambahan i1mu pengetahuan. 76.9% berbuat demikian kerana keperluan pekerjaan. 36.9% menterkinikan pengetahuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi kerana berminat dalambidang tersebut.
Jadual 4.11 : A1asan Menterkinlkan Pengetahuan Dalam Teknologi Komunikasi Dan Maklumat
Hasil kajian menunjukkan. bahawa semua responden kajian mempunyai pengalaman dalam penggunaan dan penguasaan kemahiran penggunaan komputer dalam pembelajaran mereka. Tidak terdapat responden· yang tidak pernah menggunakan komputer dan mempunyai tahap penguasaan yang sitar. adalah suatu petanda baik bagi PPPJJ dalam usaha untuk menaiktarafkan pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran pembelajaran secara jarak jauh. Langkah yang diambil oleh PPPJJ USM untuk mempertingkatkan maklumat pembelajaran melalui Internet dan online melalui pelancaran Portal E-Learning dikenali
sebagai "IDEA" (Interactive Distance Education Applications) pada Disember 2003 ( adalah langkah yang tepat dan· memenuhi tuntutan semasa. Ini adalah kerana salah
satu cara untuk meningkatkan kualiti ialah melalui penggunaan teknologi secara meluas. . Responden kajian juga sering berhubung dengan rakan-rakan dan pensyarah melalui teleton dan e-meL Mereka sering berinteraksi dengan rakan-rakan lain atau pensyarah untuk menyelesaikan masalah pembelajaran. Tahap interaksi yang kerap dengan penggunaan leT seperti melalui teleton,e-mel, dan alat-alat komunikasi yang lain· sarna ada sesama pelajar atau dengan pensyarah adalah penting dalam pembelajaran mereka. Teknologi maklumat dan komuikasi memberi tleksibiliti kepada pelajar dari segi masa belajar dan mengurangkan kos serta masa ー・セ。ャ。ュZュ ke kuliah. Penggunaan komunikasi elektronik dan kumpulan diskusi elektronik harus juga digalakkan. Komunikasi elektronik· merupakan suplemen yang berguna kepada komunikasi verbal bersemuka. Penggunaan e-mel dan kumpulan diskusi membenarkan pelajar dan tenaga pengajar berkomunikasi 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Mereka tidak perlu menunggu kelas untuk membincang sebarang idea baru.
28
(
()
4.2 Motivasi PelaJarPPPJJ danleT
4.2.1 Sampel
Kajianini dijalankan pada Sidang Akademik 2000/2001. Sampet dipllih secara rambang untuk mewakili populasi kajian. Soal selidik diedarkan kepada 770 orang responden iaitu pelajar jarak jauh Tahun 1. Sebanyak 520 (67%) soalan kaji selidik tetah berjaya dipulangkan.
4.2.2 Metodologi
Sorang kaji selidik ini terbahagi kepada dua bahagian. Sahagian pertama ialah profil demografik responden manakala bahagian kedua ialah tahap motivasi intrinsik dan ekstrinsik di PPPJJ.
4.2.3 Dapatan
.
qKajian· ini menunjukkan sebanyak 77.9% pelajar adalah dimotivasikan. oleh diri sendiri dan mereka juga dipengaruhi oleh pasangan, keluarga dan rakan mereka. Berikut merupak