• Tidak ada hasil yang ditemukan

Latihan Tatabahasa tahun 5 soalan daripa

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Latihan Tatabahasa tahun 5 soalan daripa"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Latihan Tatabahasa (tahun 5) soalan daripada buku teks

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan, iaitu A, B dan C atau empat pilihan

jawapan, iaitu A, B, C dan D. Antaranya ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih ayat yang betul.

1. I Saya berasal daripada Kajang, Awak pula?

II Ayah akan bermesyuarat di Johor Bahru pada minggu depan. III Oleh sebab hari hujan, adik tidak dapat bermain di luar.

IV Setengah kanak-kanak sangat takut untuk mendapatkan rawatan pergigian.

A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, II dan III sahaja D I, II, III dan IV

2. I Pelbagai juadah disediakan di majlis berbuka itu.

II Sebahagian daripada peserta kursus itu berbangsa Cina. III Sila serahkan buku ini ke Cikgu Musalmah dengan segera.

IV Semua guru-guru diwajibkan memakai pakaian batik pada setiap awal bulan.

A I dan II sahaja B I, III dan IV sahaja C I, II, dan IV sahaja D I, II, III dan IV

3. I Aduh, luka di kakiku berdarah semula! II Eh, buku-buku ini bukan kepunyaan saya! III Cis, awak hendak ke mana tergesa-gesa ini?

IV Wah, banyak sungguh simpanan awak di dalam bank!

A I dan II sahaja B I, II dan III sahaja C I, II, dan IV sahaja D I, II, III dan IV

4. I Buatlah mana-mana yang kamu suka asalkan tidak mengganggu saya. II Ayah mengirimkan sejambak bunga kepada ibu melalui pembantu pejabatnya.

III Surat yang berkajang-kajang itu ditulis oleh kakak kepada tunangannya di luar

negara.

IV Restoran Seri Anjung menyediakan berbagai-bagai juadah untuk dinikmati oleh

para pengunjung.

A I dan III sahaja B II dan IV sahaja C II, III, dan IV sahaja D I, II, III dan IV 5. I Murali lebih tinggi daripada adik-beradiknya yang lain. II Ibu sangat rindu akan abang yang berada di luar negara.

(2)

IV Saya dan abang tiba di sekolah lebih awal daripada murid-murid yang lain.

A I, III dan IV sahaja B I, II dan III sahaja C I, II, dan IV sahaja D I, II, III dan IV

6. Berapakah harga robot ini? ______nya canggih dan berteknologi tinggi,” Tanya

Adam kepada lelaki itu.

A Buat B Buatan

C Pembuat D Pembuatan

7. Pelbagai jenis kereta solar telah ______ sempena Karnival Pendidikan Sains dan

Teknologi Peringkat Kebangsaan 2005.

A bertanding B ditandingi

C menandingi D dipertandingkan

8. Ada ______ yang mengatakan bahawa Aidil Hakim akan mengetuai perbarisan

sempena sambutan Hari Kemerdekaan nanti.

A ura-ura B usul-usul

C desas-desus

9. Pakaian pengemis yang diberkas oleh pegawai Majlis Perbandaran Jitra itu_______ .

A corat-coret B kusut-masai

C compang-camping

10. Sambutan Malam Kemerdekaan yang diadakan di sekolah saya berlangsung

dalam suasana ______ .

A huru-hara B hingar-bingar

C gilang-gemilang D terang-benderang 11. Peserta perbarisan yang pengsan itu ______ dengan tandu.

A dipapah B diusung

C dikendong

12. Amirul ______ ke hadapan apabila namanya disebut oleh pengacara majlis.

(3)

C terbit D tampil

13. Majlis diteruskan dengan ______ Encik Sofian naik ke pentas untuk menyampaikan

ucapan,” kata pengacara majlis.

A mengajak B menampilkan

C mengundang D mempersilakan

14. Penunggang motosikal yang ______ di bawah kereta itu telah disahkan meninggal

dunia.

A terkepit B tersungkur

C terselit D terperosok

15. Sikap tolong-menolong yang ______ oleh penduduk kampung mendapat pujian

daripada wakil rakyat.

A pertunjukan B penunjukan

C ditunjukkan D menunjukkan

16. Proses ______ produk berasaskan bahan mentah itu mengambil masa selama

A keluaran B pengeluaran

C mengeluari D dikeluarkan

17. Walaupun hidup Pak Itam dan Mak Kiah ibarat ______ , namun, mereka tidak

pernah mengharapkan bantuan orang lain. A jauh bau bunga, dekat bau tahi

B enggang sama enggang, pipit sama pipit

C kais pagi makan pagi, kais petang makan petang D berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

18. Janganlah kamu bimbang sekiranya kamu tidak bersalah, bak kata pepatah______ ,” pujuk Rima kepada Raimi.

A kalah jadi arang, menang jadi abu B biar putih tulang, jangan putih mata C berani kerana benar, takut kerana salah

19. Hati-hati apabila berkata-kata supaya tidak menyusahkan diri sendiri, bak kata

pepatah ______ ,” kata ibu.

A di mana ada kemahuan, di situ ada jalan B di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung C ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis

(4)

20. Ayah selalu menasihati abang supaya tidak bergaul dengan budak-budak nakal

di kampung ini. Malangnya, abang menerima teguran itu sekadar ______. A masuk telinga kanan, keluar telinga kiri

B diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat C buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

D banyak udang banyak garam,banyak orang banyak ragam 21. Ibu ______ dulang minuman ke ruang tamu lalu mempersilakan tetamunya minum.

A menatang B menjinjing

C memegang

22. Kami dapat menyaksikan demonstrasi ______ tikar mengkuang semasa melawat

ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

A menekat B menenun

C menganyam D menyusun

23. Pilih ayat yang betul. I. Hai! Apa khabar!

II. Wah, pergi engkau dari sini! III. Syabas, kamu berjaya akhirnya! IV. Amboi, cantiknya pakaian kamu ini!

A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV 24. Pilih ayat yang betul.

I. Aduh, senaknya perutku ini! II. Eh, mengapa kamu tidak masuk!

III. Aduhai, malang sungguh nasib Pak Kaduk!

IV. Wah, pandainya sahabat kamu berbahasa Tamil! A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV

25. Walaupun Pak Harun penat menguruskan kolam ternakan ikannya, dia tidak

______ mengeluh.

A harus B mahu

C pernah D hendak

26. Usahanya yang tidak mengenal erti jemu selama ini ______ membuahkan hasil

yang lumayan.

(5)

C pernah D hendak

27. Pekerja-pekerja di ladang ternakan rusa itu ______ bekerja walaupun hari telah

beransur senja.

A telah B belum

C sudah D masih

28. Saya bercita-cita ______ melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Pertanian

di Universiti Putra Malaysia.

A telah B pernah

C hendak D sedang

29. Bardin cuba ______ untuk keluar dari hutan setelah tersesat.

A mati kutu B mati akal

C cari jalan D jalan tengah

30. Ayah selalu menasihati kami agar tidak ______ apabila telah berjaya kelak.

A lupa diri B patah hati

C busuk hati D patah kandar

31. Kita janganlah mengikut ______ supaya tidak menyesal pada kemudian hari.

A darah raja B darah muda

C darah manis

32. Tuan Haji Zainal itu seorang hartawan yang ______. Beliau selalu menghulurkan

bantuan.

A keras hati B berat hati

C panas hati D murah hati

33. Puan Roslin ______ kerana selalu membantu orang lain. Suaminya pula lebih

dikenali sebagai ______ kerana sikap kedekutnya.

A isi hati … isi perut B baik hati … tangkai jering

C hati batu … batu loncatan D ringan tangan … tangkai jering

34. Biasanya, orang yang ______ akan disenangi oleh sesiapa pun, manakala orang

yang ______ akan dibenci.

(6)

C berat tulang ... ringan tulang D mulut murai … kera sumbang 35. Walaupun hidup ______ , Mak Cik Eton tidak pernah menyusahkan sesiapa.

A makan suap B sebatang kara

C sehelai sepinggang D setahun jagung 36. Hamid dan Lim rakan karib. Mereka ______ kerana tidak pernah berenggang.

A bagai kertas dengan dakwat B bagai tikus membaiki labu C bagai isi dengan kuku

37. Apabila kita membeli sesuatu barangan, pastikan terdapat tanda harga dan______

barangan yang dibeli daripada pihak penjual.

A dijamin B terjamin

C jaminan D penjamin

38. Kita perlu berbelanja secara ______ dan tidak mengikut perasaan.

A berada B berkurangan

C berpandangan D berjimat cermat

39. Kita hendaklah merancang setiap pembelian terlebih dahulu supaya tidak

berlakunya ______.

A pembazir B dibazirkan

C pembaziran D membazirkan

40. Peniaga ______ mempromosi barangan mereka untuk menarik perhatian pengguna.

A bersaing B bertanding

C berkeinginan D berharapan

41. Sebagai pengguna yang bijak, kita mestilah berjimat cermat semasa berbelanja.

______ yang melebihi pendapatan akan memudaratkan pengguna.

A Belanjaan B Belanjawan

C Perbelanjaan

42. Saya ingin sentiasa sihat dan cergas . ___ __ __ , saya perlu bersenam dan

mengamalkan pemakanan seimbang.

A Oleh sebab itu B Di samping itu

C Namun begitu D Semenjak itu

(7)

ramai masih kurang kesedaran tentang bahaya penyakit ini. A Tambahan pula B Lebih-lebih lagi C Namun demikian D Dalam pada itu

44. Pencapaian sukan di Malaysia semakin meningkat. _______ , pihak kerajaan

sangat menitikberatkan kebajikan para atletnya.

A Semenjak itu B Tambahan pula

C Bagaimanapun D Sungguhpun demikian

45. Amalan bersukan akan menjadikan badan kita sihat. _______ , bersukan juga dapat

mengisi masa lapang dan mengelakkan kita daripada melakukan perkara yang tidak

berfaedah.

A Selain itu B Bagaimanapun

C Lantaran itu

46. Kerja untuk membaik pulih kompleks sukan itu sedang dijalankan. _______ , kos

pembiayaannya yang besar telah merumitkan keadaan.

A Dengan itu B Selanjutnya

C Tambahan lagi D Walau bagaimanapun

47. Gejala sosial semakin berleluasa di negara kita. _______ , didikan agama kepada

anak-anak mestilah diterapkan sejak kecil.

A Oleh itu B Sebaliknya

C Tambahan pula D Walaupun demikian

48. Saya tidak pernah menjejakkan kaki ke Pusat Dagangan Dunia Putra. _______ ,

saya akan ke sana sempena Pameran Buku Antarabangsa. A Akhirnya

B Justeru

C Walaupun begitu

49. ______ kaum menyertai gotong-royong yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk

Desa Harmoni.

A Segala B Pelbagai

C Seluruh

(8)

A segala B separuh

C segelintir D masing-masing

51. ______ kamu buang tin-tin minuman itu di merata-rata tempat, lebih baik kamu

bawa ke pusat kitar semula kampung kita ini,” nasihat Mak Lijah kepada anaknya.

A Dari B Pada

C Daripada

52. Kempen kesedaran ______ kebersihan dan pencemaran alam sedang giat dijalankan di seluruh negara.

A akan B terhadap

C tentang

53. Sejak ______ pagi tadi ______ sekarang, mereka membersihkan kawasan balairaya itu.

A pada … ke B dari … pada

C ke … sehingga D dari … hingga

54. ______ penduduk kampung diminta membawa peralatan gotong-royong ______.

A Setiap … seluruh B Seluruh … sekalian

C Semua … masing-masing D Beberapa … masing-masing

55. Ceramah itu telah disampaikan ______ seorang doktor ______ Hospital Selayang.

A oleh … dari B kepada … di

C oleh … daripada D dari … daripada

56. ______ pandangan pegawai daerah, ceramah itu sangat sesuai ______ penduduk

kampung.

A Pada … dengan B Bagi … terhadap

C Pada … untuk D Untuk … kepada

57. ______ tunjukkan saya jalan yang paling dekat untuk ke Masjid Negara,” pinta

pelancong itu kepada Amir.

A Sila B Mari

C Jangan D Tolong

58. ______ letak kotak itu di atas meja. Letakkannya di lantai,” kata ayah kepada

Shamsul.

(9)

C Tolong

59. ______ kumpulkan buku terpakai yang telah kamu bawa di sini,” pinta Cikgu Aziz

kepada murid-muridnya.

A Sila B Minta

C Harap D Jemput

60. Kami akan mengadakan Majlis Jamuan Perpaduan di balai raya. ______lah beramai-ramai ke majlis ini,” kata Azizah kepada kawan-kawannya.

A Sila B Harap

C Tolong

61. Kami menunjukkan arah yang betul ______ pelancong asing tersebut.

A pada B kepada

C daripada

62. Haikal menyampaikan pesanan ______ ayahnya ______ Jawatankuasa Persatuan

Penduduk Desa Harmoni.

A dari … pada B oleh … dengan

C dari … kepada D daripada … kepada 63. Ayah membeli sebuah beg bimbit yang diperbuat ______ kulit.

A daripada B dengan

C pada

64. Kelas 5 Mawar memenangi Pertandingan Kelas Ceria kerana murid-muridnya

______ menghias dan membersihkan kelas mereka.

A rajin B cekap

C cepat

65. Cikgu berharap agar kamu menjalankan tugas dengan penuh

bertanggungjawab.Pastikan kelas kita sentiasa ______ ,” kata Cikgu Zalina kepada

kami.

A suci B bersih

C indah

66. Persekitaran sekolah yang indah dapat memberikan keselesaan dan ketenangan

______ belajar.

A biarpun B sementara

(10)

67. Kawa san yang i n d a h d a n b er sih di sekol ah tidak akan wujud __ __ __ kita

bersama-sama menjaganya.

A bahkan B padahal

C sedangkan D melainkan

68. _____ yang mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan itu,” kata Amir kepada

kawan-kawannya sambil menunjuk ke arah Saiful.

A Dia B Anda

C Kami D Mereka

69. Bapa Fah mi, Encik Harun ialah pensyarah di Univers iti Putra Ma laysia. ______

seorang yang berdedikasi dan sangat dihormati oleh pelajarnya.

A Dia B Kita

C Beliau D Mereka

70. Nenek berharap agar ______ sentiasa menghormati orang yang lebih tua,” pesan

Puan Mariam kepada cucu-cucunya.

A kita B anda

C kamu

71. Abang melayari internet untuk mencari maklumat bagi meny iapka n kerja

yang diberikan oleh guru ______.

A dia B nya

C beliau D mereka

72. Fahmi akan menyertai Kem Motivasi Jati Diri. Awal -awal lagi _ __ ___ telah menyediakan peralatan untuk dibawa bersama-sama.

A dia B saya

C kita D kami

73. Ampun tuanku, _ _____ datang mengadap,” kata Hang Tuah kepada Sultan

Melaka.

A hamba B patik

C beta

(11)

ketua pengawas kepada murid-murid.

A kami B mereka

Referensi

Dokumen terkait

Pengendapan material koloid dan solid tersuspensi terjadi melalui adanya penambahan koagulan, biasanya digunakan untuk mengendapkan flok-flok kimia setelah proses

Membaca : Laporan hasil penilaian Seleksi Tilawatil Qur’an dari Hakim Cabang Tilawatil Qur’an golongan Dewasa, golongan Anak-anak Cabang Tahfidzul Qur’an golongan 1 Juz

Pada dunia perfilman, terdapat banyak film yang dibuat berdasarkan karya sastra. Sebagai contohnya adalah adaptasi dongeng menjadi sebuah film. Proses adaptasi

Berdasarkan hasil penelitian yang dilakukan pada Dinas Perhubungan Kota Surabaya dari tahun 2011 sampai dengan tahun 2012 dalam menyajikan indikator kinerja

Pluralisme agama yang dipahami para informan bukan berarti juga harus menjalani hubungan berpacaran beda agama seperti yang dilakukan Rosid dan Delia dalam film

Dan yang disebut penyalah guna menurut Pasal 1 angka (15) Undang- undang Nomor 35 Tahun 2009 Tentang Narkotika adalah orang yang menggunakan Narkotika tanpa hak atau

Hakim tidak boleh berfikir secara rasionil melainkan harus memakai nalar dan perasaan, tetapi bukan nalar manusiawi tetapi nalar sosial. Apabila seorang hakim melakukan