a m i / A i o . m m " KU* m : .;. v. •/•"•: •. : v • ' ' * '1 " * ' ! ? ' • 1 ' 1 , • ' i • • ,: > •'""•' ' ; ','v 'i. '*"••' ' ' • • • • . ' . : ' " - A •••• . • : y,' :•, • v. ' ; . • , ' • , ' - %
S i S i i l l l S i W I i
, ;•>•-ir'/.V.'--"; r^.O A!-'
' ' ' ' $ ' | 7 v * ' ^ f M i : '
M ' l l J l i N I V f l i v S n i 11 KNUI i'i'l 'S UN I I U ^ l \\i
JPTV/MTT 3113
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
BORANG PENGESAHAN STATUS KAJIAN KES
JUDUL: CABARAN-CABARAN DALAM PENDIDIKAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA: TINJAUAN KE ATAS PELAJAR SARJANA PENDIDIKAN (TEKNIKAL) DI KUiTTHO
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan Kajian Kes ini disimpan di Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Kajian kes ini adalah hak milik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
2. Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan kajian ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. Sila tandakan ( V)
SESI PENGAJIAN: 2001/2002
Saya: ASMIZA BT. OSMAN (MT001213')
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Alamat Tetap:
No. 66 Kampung Nelayan, 02000 Kuala Perlis,
Perlis.
Encik Kamarolzaman B. Hi. Mohd Jidi Nama Penyelia
PENGESAHAN PENYELIA
'a akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknikal)"'.
TANDATANGAN
NAMA PENYELIA : ENC1K KAMAROLZAMAN B. HJ. MOHD JIDI
TARIKH /S" -2*yet
KAMAROLZAMAN B. R.I. MOHD. ,110?
Pensyarah DS 2
Institut Teknologi Tua Hussein Ona mbatan Pendidikan daii Kemanusiaaa Beg Berkunci 101, 86400 Parit Rajs,
CABARAN-CABARAN DALAM PENDIDIKAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA: TINJAUAN KE ATAS PELAJAR SARJANA
PENDIDIKAN (TEKNIKAL) DI KUiTTHO
ASMIZA BT. OSMAN
Kajian Kes Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazab Sarjana Pendidikan (Teknikal)
Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional Fakulti Teknologi Kejuruteraan
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
11
PENGAKUAN
"Saya akui kajian kes yang bertajuk: 'Cabaran-Cabaran Dalam Pendidikan Yang Dihadapi Oleh Pelajar Sarjana: Tinjauan Ke Atas Pelajar Sarjana Pendidikan
(Teknikal) Di KUiTTHO' adalah hasil kega saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya".
TANDATANGAN
NAMA PENULIS ASMIZA BT. OSMAN
i i i
DEDIKASI
Bingkisan Ilmu Ini Dititipkan Bual:
Ayahanda Osman Dan Bonda Siti Aishah Yang Begitu Memahami.
Ibu Saudara Norzelah (Cik Ilah) Dan Pak Ngah Amran Sekeluarga Yang Banyak
Memberi Dorongan Dan Perangsang
Segala Jasa Dan Bakti Kalian Akan Dikenang Sepanjang Hayat.
Tidak Dilupakan Buat Almarhumah Nenda Tersayang Endut Bt Sha'ari Yang Telah
Pergi
Juga Buat lnsan Yang Sentiasa Memahami, Tunangku
Roslan Ibrahim
Dan Kepada A bang, Kakak Dan Adik-Adik Yang Banyak Menabur Budi....
Tidak Dilupakan Kepada Mereka Yang Terlibat Secara Langsung Dan Tidak Langsung Dalam Penghasilan Kajian Kes Ini. Terima Kasih Alas
Segalanya Semoga Dorongan Dan Pengorbanan Kalian Selama Ini Mendapat Rahmat Dari Allah S. W. T
dcxcii
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH S.W.T yang Maha Pengasih, Pemurah lagi Penyayang serta selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Rasulullah s.a.w. Dipanjatkan rasa penuh kesyukuran kerana dengan izin dan limpah kurnia Nya maka terhasil juga kertas kajian kes ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Encik
Kamarolzaman B. Hj Mohd Jidi selaku penyelia kajian kes, di atas bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.
Sekalung budi dan penghargaan juga ditujukan kepada Encik Atan B. Hussein selaku penilai yang telah memberikan saranan, cadangan dan nasihat dalam membantu meningkatkan kualiti kertas kajian ini.
Rakaman penghargaan juga diberikan kepada responden yang sudi meluangkan masa menjawab borang soal selidik dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh juga kepada pensyarah dan rakan-rakan peijuangan yang secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan idea dan pandangan terhadap kajian ini. Akhir kata, semoga segala bakti dan usaha yang telah dicurah akan diberkati dan dirahmati ALLAH S.W.T. Terima kasih dan Was sal am.
dcxciii
ABSTRAK
Kajian ini adalah usaha untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar Saijana Pendidikan (Teknikal) KUiTTHO. Aspek penting dalam cabaran
tersebut terbahagi kepada 3 aspek utama iaitu aspek Institusi, Situasi dan Psikologi. Selain daripada itu aspek perbezaan cabaran tersebut yang dihadapi oleh pelajar
mengikut jantina juga turut dikaji. Seramai 180 pelajar Saijana Pendidikan (Teknikal) iaitu lebih kurang 54% daripada populasi telah dipilih sebagai responden. Pemilihan dibuat secara rawak dan dipilih daripada pelajar saijana lelaki dan wanita semester I, II dan III Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu A (demografik), B (cabaran Institusi, Situasi dan Psikologi) dan C (Pendapat Umum). Data-data yang diperolehi daripada borang soal selidik dianalisa dalam bentuk min, ujian T dan ANOVA Satu Hala. Keputusan dibentangkan dalam bentuk jadual dan rajah. Dapatan kajian menunjukkan tidak ada faktor cabaran yang muncul menjadi cabaran utama dalam pendidikan. Selain itu tidak wujud perbezaan pendapat terhadap cabaran pendidikan dewasa antara pelajar saijana lelaki dan wanita.
v i
ABSTRACT
This research is the way to identify difficulties or barriers faced by master education student in Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). The purpose of this research is to establish one method to help student with their
difficulties. The important aspect of the difficulties has been divided into three, first Institutional factors, Situational factors and Psychology factors. About 54% or 180 master technical education students from population are selected as respondent.
Sample is selected randomly, 54% male and female master technical education student were from semester I, II and III. Instrumentation used in order to gather the primary data is by questionnaire which have been categorized into three parts, A
(Demographic), B (Institutional, Situational and Psychological factors) and C (general opinion). Data collected has been analyzed in form of percentage, mean, T-Test for Independent Samples and One-Way ANOVA. Results are performed in table and graph. The findings showed that master technical education student have same
perspective of difficulties and barriers. According to that, majority of student had same or moderate perspective with their difficulties or barriers of studies.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL j HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKAS1 iii HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v ABSTRACT vi SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xiii SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Soalan Kajian 7 1.5 Objektif Umum 7 1.6 Kerangka Teori 9
1.6.1 Huraian Kerangka Teori 10
1.7 Kepentingan Kajian 11
1.8 Skop Kajian 11 1.9 Definisi Istilah Dan Takrifan Operasional Dimensi 12
dcxcvi
BAB n SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Demographic Factors (Faktor-faktor demografik) 16
2.3 Motivation Barriers (Halangan-halangan motivasi) 17
2.4 Participation (Penglibatan) 21
2.5 Barriers of Learning (Halangan untuk belajar) 22
2.6 Learning Needs (Keperluan untuk belajar) 23
2.7 Returning to Learning (Kembali belajar) 23
2.8 Andragogi berbanding Pedagogi 24
BAB HI METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.1 Rekabentuk Kajian 26 3.1.1 Jenis Kajian 26 3.1.2 Horizon Masa 27 3.1.3 Study Setting 27 3.1.4 Persembahan Data 28 3.2 Kerangka Operasi 28 3.3 Responden Atau Sumber Data 29
3.4 Instrumen 30 3.4.1 Borang Soal Selidik 30
3.5 Analisis Data 32 3.6 Kajian Rintis 33 3.7 Batasan Kajian 34
ix
BAB IV ANALISIS DATA DAN DAPATAN
4.1 Pendahuluan 36 4.2 Analisis Faktor Institusi Yang Menjadi 38
Cabaran Pendidikan Dewasa.
4.2.1 Halangan Institusi Yang Menjadi 38 Cabaran Pendidikan Kepada Pelajar Dewasa.
4.2.2 Halangan Situasi Yang Menjadi 41 Cabaran Pendidikan Kepada Pelajar Dewasa.
4.2.3 Halangan Psikologi Yang Menjadi 44 Cabaran Pendidikan Kepada Pelajar Dewasa.
4.3 Analisis Pendapat Umum Berkaitan Cabaran Dalam 47 Pendidikan Dewasa.
4.3.1 Pendapat Umum Berkaitan Cabaran 47 Pendidikan Dalam Pendidikan Dewasa.
4.4 Perbezaan Pandangan Terhadap Faktor Yang 50 Menjadi Cabaran Dalam Pendidikan Dewasa
Berdasarkan Jantina.
4.5 Perbezaan Pendapat Terhadap Faktor Cabaran 54 Pendidikan Dewasa Mengikut Jantina.
4.5.1 Analisis ANOVA Satu Hala Atau 57
One - Way ANOVA Terhadap Min
Keseluruhan Cabaran Institusi,
Situasi Dan Psikologi Dari Aspek Jantina.
4.6 Analisis ANOVA Satu Hala Atau One-Way ANOVA 59
Terhadap Pandangan Cabaran Dalam Pendidikan Dewasa Dari Aspek Jantina.
4.6.1 Analisis ANOVA Satu Hala Atau
One-Way ANOVA Terhadap Min
Keseluruhan Pandangan Dari Aspek Jantina.
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 61 5.2 Perbincangan 61
5.2.1 Cabaran Institusi Dalam Pendidikan Dewasa 62 5.2.2 Cabaran Situasi Dalam Pendidikan Dewasa 63 5.2.3 Cabaran Psikologi Dalam Pendidikan Dewasa 63 5.2.4 Perbezaan Cabaran Yang Dihadapi Dalam 65
Pendidikan Dewasa Antara Jantina.
5.3 Rumusan 66 5.4 Implikasi Kajian 67 5.5 Cadangan 68 5.6 Penutup 69 BIBLIOGRAFI 70 LAMPIRAN
A Borang Soal Selidik 76 B Output Analisis Deskriptif Bagi Min dan 82
Sisihan Piawai
C Output Analisis T-Test for Independent Samples 96
D Output Analisis ANOVA Satu Hala atau 112
One-Way ANOVA
E Kadar Ratio Persampelan Mengikut Krejeie, R.V & 116 Morgan. D.W
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
3. ] Jadual Taburan Sample Kajian
3.2 Taburan Item Soal Selidik Bahagian A 3.3 Taburan Item Soal Selidik Bahagian B 3.4 Taburan Item Soal Selidik Bahagian C 4. 1 Analisis Deskriptif Cabaran Institusi
Dalam Pendidikan Dewasa
4.2 Analisis Deskriptif Cabaran Situasi Dalam Pendidikan Dewasa
4.3 Analisis Deskriptif Cabaran Psikologi Dalam Pendidikan Dewasa
4.4 Analisis Deskriptif Pendapat Urn urn Tentan Cabaran Dalam Pendidikan Dewasa
4.5 Analisis Cabaran Institusi Perbezaan Min Mengikut Jantina Menggunakan
T-Test For Independent Sampe!s
4.6 Analisis Cabaran Situasi Perbezaan Min Mengikut Jantina Menggunakan
T-Test For Independent Sampels
4.7 Analisis Cabaran Psikologi Perbezaan Min Mengikut Jantina Menggunakan
xii
4.8 Analisis Pendapat Umum Cabaran 53 Pendidikan Dewasa Perbezaan Min Mengikut
.lantina Menggunakan T-Test For Independent Samples
4.9 Analisis Menggunakan ANOVA Satu Hala Atau 54
One-Way ANOVA Terhadap Cabaran Institusi
Dari Aspek Jantina
4.10 Analisis Menggunakan ANOVA Satu Hala Atau 55
One-Way ANOVA Terhadap Cabaran Situasi
Dari Aspek Jantina
4.11 Analisis Menggunakan ANOVA Satu Hala 56
Atau One-Way ANOVA Terhadap Cabaran Psikologi
Dari Aspek Jantina
4.12 Analisis ANOVA Satu Hala Atau 57
One-Way ANOVA Terhadap Min Keseluruhan
Cabaran Institusi, Situasi Dan Psikologi Dari Aspek Jantina
4.13 Analisis ANOVA Satu Hala Atau 59
One-Way ANOVA Terhadap Pandangan Cabaran
Dalam Pendidikan Dewasa Dari Aspek Jantina
4.14 Analisis ANOVA Satu Hala Atau 60
One-Way ANOVA Terhadap Min Keseluruhan
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka Teori Faktor Yang Menjadi Halangan 9 Pembelajaran Pelajar Dewasa
3.1 Kerangka Operasi Kajian 28 4.1 Taburan Min Bagi Faktor Cabaran Institusi. 40
4.2 Taburan Min Bagi Faktor Cabaran Situasi. 43 4.3 Taburan Min Bagi Faktor Cabaran Psikologi. 46 4.4 Taburan Min Bagi Pendapat Urn urn Berkaitan 49
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 76 B Output Analisis Deskriptif Bagi Min Dan 81
Sisihan Piawai
C Output Analisis T-Test For Independent Samples 96
D Output Analisis ANOVA Satu Hala Atau 112
One-Way ANOVA
E Kadar Ratio Persampelan Mengikut Krejeie, R. V & 116 Morgan, D.W
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pelajar d e w a s a kini menjadi majoriti terbaru di k a m p u s . K e m b a l i n y a pelajar d e w a s a daripada p e l b a g a i peringkat u m u r y a n g m e n g u b a h majoriti terbaru ini
t e r m a s u k l a h k e m b a l i n y a pelajar y a n g m e n y a m b u n g pengajian secara s e p e n u h masa dan j u g a y a n g m e l a y a k k a n diri untuk belajar secara separuh masa.
D i k e b a n y a k a n tempat terutama di Utara A m e r i k a , beribu-ribu orang
d e w a s a a k h i m y a k e m b a l i ke kolej atau k a m p u s untuk m e n e r u s k a n pengajian m e r e k a s a m a ada di peringkat d i p l o m a atau ijazah. Pelajar d e w a s a ini dikatakan m e n g h a d a p i p e l b a g a i p e n g a l a m a n dan cabaran dalam t e m p o h p r o s e s pembelajaran dan pengajaran. P a l i n g utama adalah halangan y a n g dihadapi ketika p r o s e s pembelajaran.
P e n y e l i d i k berminat m e n g k a j i m e n g e n a i halangan dan cabaran y a n g m u n g k i n dihadapi o l e h pelajar-pelajar d e w a s a ini d i s e b a b k a n latar b e l a k a n g m e r e k a y a n g m u n g k i n telah lama b e k e i j a dan sudah pun berkeluarga. P e n y e l i d i k yakin terdapat h a l a n g a n dan cabaran y a n g m e r e k a hadapi dalam t e m p o h pembelajaran d i s e b a b k a n k o m i t m e n m e r e k a terhadap pelbagai pihak terutama halangan dari aspek pengurusan masa.
Kajian berkaitan h a l a n g a n - h a l a n g a n dan cabaran y a n g dihadapi o l e h pelajar d e w a s a d a l a m p r o s e s pembelajaran pernah dilakukan o l e h A p p s J.W dari U n i v e r s i h o f
2
Wisconsin Madison. Kajian beliau telah dijalankan pada 1975 dan dilaporkan melalui artikel Study Skills for Adults Returning to School (1978). Dalam kajian, beliau turut melaporkan implikasi kajian terhadap pendekatan pengajaran, sikap pensyarah terhadap pelajar tua atau dewasa dan idea-idea mereka terhadap kolej dan universiti. Laporan berkaitan juga turut dipaparkan dalam The Adult Learner on Campus (1981).
Lazimnya motivasi pelajar dewasa untuk meneruskan pengajian adalah
disebabkan faktor berkaitan keijaya (Aslanian C.B & Brickell, H.M, 1980). Pendapat menyatakan bahawa pendidikan ketika usia remaja tidak menyediakan individu
sepenuhnya dengan cabaran ketika menghadapi kehidupan dewasa kini diterima. Kesan daripada peningkatan jumlah kependudukan maka ini akan menyebabkan
berkembangnya tahap pendidikan daripada peringkat rendah hinggalah ke peringkat saijana. Menurut Natinal Centre for Education Statistics (NCES) dalam Malhotra et. al ( ), sejak tahun 1975, pelajar dewasa menjadi golongan pelajar majoriti yang melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi di Amerika .
Menurut Cross dalam Malhotra et. al ( ) telah mengklasifikasikan halangan kepada tiga kategori iaitu:
a) Situasi (Situational)
b) Institusi {Institutional)
c) Kecenderungan {Dispositional)
Menurut Brookfield. S dalam Malhotra et. al ( ) bahawa cabaran atau halangan situasi wujud akibat daripada situasi kehidupan individu. Cabaran institusi pula wujud akibat amalan dan prosedur termasuk perkara yang tidak menggalakkan penglibatan pelajar dewasa dengan aktiviti pembelajaran, ketidaksesuaian jadual atau lokasi, yuran pengajian yang tidak fleksibel dan tawaran kursus yang tidak sesuai. Halangan kecenderungan pula merupakan sikap yang negatif dan persepsi terhadap individu yang kembali ke kolej. Pusat pengajian tidak kira peringkat politeknik, kolej atau universiti seharusnya memahami cabaran dan halangan yang dihadapi oleh golongan pelajar ini. Kebanyakan penyelidik terlibat dalam kajian terhadap pelajar dewasa secara umum dan hanya dijalankan kepada institusi awam dan yang lebih besar.
3
1.2 Latar belakang Masalah
Melihat kepada tajuk kajian yang hendak dijalankan, timbul pelbagai persoalan berkaitan pendidikan terutama pendidikan yang berkaitan dengan pendidikan dewasa dan latihan. Apakah yang dikatakan dengan pendidikan dan latihan vokasional dewasa, di mana dan bilakah ia wujud?. Kanter, 1990 menyatakan :
".... There is now little power in 'position', as your job can change in a minute; the sustaining power lies in what skills and ideas you
have." (dirujuk oleh Heather, J et. al, 1992)
Pendidikan dan latihan membolehkan golongan dewasa mengenalpasti dan menyedari potensi dan pembangunan diri yang wujud atau kemahiran baru yang diperlukan. Pendidikan bukan lagi hanya sebagai sistem atau mesin tetapi ia kini menjadi keperluan sepanjang hayat. Sesungguhnya pendidikan dewasa akan
melengkapkan individu dari pelbagai aspek kehidupan. Ia dapat membantu individu memahami masyarakat. Latihan dan pendidikan vokasional bagi dewasa merupakan pendidikan yang berpanjangan dan ia meliputi pelbagai aktiviti. Peluang pendidikan perlulah terbuka luas kepada golongan dewasa sama ada mereka sedang bekerja, pesara atau penganggur.
Pendapat penyelidik tentang pendidikan dewasa adalah dipengaruhi oleh perspektif Humanistik terhadap pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik percaya walaupun wujud kepelbagaian dalam persekitaran dan kehidupan pelajar namun adalah dijangkakan bahawa para pelajar dewasa akan mengalami perubahan dalam
pembangunan diri. Pelajar dewasa dikatakan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap pekeijaan dan keluarga. Maka inilah yang dikatakan bahawa mereka dikelilingi dengan pelbagai cabaran dan halangan-halangan. Ini menyukarkan tugas mereka sebagai seorang pelajar sedangkan dalam masa yang sama mereka adalah
seorang pekerja. Mereka yang melanjutkan pelajaran secara separuh masa atau sepenuh
4
masa di peringkat diploma atau ijazah pastinya turut dibebani dengan masalah seperti masalah keluarga dan komitmen-komitmen lain.
Banyak faktor yang menjadi penyebab para pekeija untuk kembali meneruskan pengajian mereka. Antaranya adalah disebabkan oleh kekurangan kemahiran yang diperlukan bagi pembangunan keijaya. Justeru mereka terpaksa meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran yang ada sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa. Selain daripada itu, peningkatan dalam tahap pengangguran dan kewujudan buruh asing yang mengambil tempat pekerja mahir dan separa mahir di dalam negara juga
menyebabkan pekeija kita terpaksa bersaing untuk mendapat tempat di dalam industri. Persaingan global juga merupakan penyebab utama kenapa para pekerja melanjutkan pengajian mereka. Dalam usaha meningkatkan potensi diri maka adalah perlu untuk individu bersaing dari aspek pengetahuan atau kemahiran untuk memajukan diri dan mendapatkan ganjaran dalam bentuk gaji dan elaun yang lebih lumayan. Selain itu perubahan teknologi juga menjadi penyebab yang memerlukan pekeija mencari peluang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi sedia ada. Pekeija-pekerja lama yang mungkin kekurangan kemahiran teknologi terkini secara tidak langsung perlu menjalani kursus semula atau meneruskan pengajian dalam bidang berkaitan untuk memperolehi kemahiran dan pengetahuan yang setanding dengan para graduan terkini. Keperluan tahap kemahiran masa depan juga menjadi faktor pendorong kepada
wujudnya pendidikan dewasa terutama di kalangan para pekerja. Kemahiran yang diperlukan pada masa depan dikatakan mempunyai standard dan piawaian yang tertentu untuk mendapatkan pengiktirafan bagi memungkinkan syarikat bersaing di pasaran global.
Walaupun wujud pelbagai faktor yang mempengaruhi kewujudan pendidikan lanjutan di kalangan pekeija atau pesara, namun bagi pihak yang terlibat seperti institusi yang menawarkan kursus, para pendidik dan pelajar itu sendiri perlu menyedari akan cabaran-cabaran dan halangan yangbakal merintangi proses pembelajaran dan
5
untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh golongan pelajar dewasa di pusat pengajian tinggi.
Penyelidik berpendapat bahawa kajian ini sesuai dijalankan ke atas pelajar Saijana Pendidikan (Teknikal) di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Persoalannya di sini, kenapa kajian tersebut dijalankan di lokasi yang dinyatakan dan kenapa pelajar sarjana yang dilibatkan?. Pelajar-pelajar saijana di KUiTTHO rata-ratanya adalah terdiri daripada pelajar dewasa yang kebanyakannya berusia 22 hingga 25 tahun ke atas. Mereka juga kebanyakannya pemah bekerja tetapi memilih untuk meneruskan pengajian di peringkat Saijana Pendidikan ini di KUiTTHO. Pasti kesanggupan mereka untuk kembali belajar memungkinkan mereka menghadapi pelbagai cabaran apatah lagi bagi mereka yang sudah mempunyai komitmen peribadi seperti suami, isteri dan anak-anak.
Pendekatan untuk kursus ini juga adalah berlainan daripada program-program peringkat diploma dan ijazah pertama yang ditawarkan oleh KUiTTHO. Sebagai pelajar senior atau dewasa di KUiTTHO pastinya wujud pelbagai halangan dan cabaran yang terpaksa ditempohi oleh mereka sama ada cabaran dari institusi pengajian itu sendiri, situasi pembelajaran dan cabaran psikologi atau motivasi pelajar itu sendiri. Cabaran komunikasi pelajar dewasa ini dengan pelajar lain dan tenaga pengajar juga merupakan aspek yang perlu diteliti untuk memperbaiki proses pembelajaran dan pengajaran dalam pendidikan dewasa.
KUiTTHO juga sebelum dinaikkan taraf sebagai sebuah Kolej Universiti adalah sebuah politeknik dan merupakan sebuah Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP). Di KUiTTHO inilah staf-staf politeknik yang sedia bekerja di politeknik ditawarkan untuk menjalani latihan dan kursus pendidikan bagi memenuhi keperluan dan kelayakan untuk menjadi pensyarah politeknik. Pada dasarnya matlamat KUiTTHO adalah memberi latihan mengajar kepada pelajar-pelajar saijana pendidikan bagi menghasilkan pensyarah-pensyarah yang berkualiti. Pelajar sarjana pendidikan mengikuti tempoh pengajian yang telah ditetapkan iaitu selama tiga semester bagi membentuk keperibadian
6
dan ketrampilan sebagai seorang pensyarah yang terlatih. Pelajar sarjana juga telah diorientasikan dengan pelbagai pendekatan dan didedahkan dengan pelbagai teori pembelajaran melalui pemerhatian dan mencuba pengalaman sendiri secara praktikal. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mensyaratkan bahawa semua staf akademik politeknik perlulah mempunyai kelulusan saijana untuk melayakkan diri menjadi pensyarah di politeknik. Justeru kesan daripada keperluan inilah maka kebanyakan daripada tenaga pengajar politeknik yang sudah mempunyai pengalaman mengajar di politeknik juga terpaksa kembali semula belajar bagi memenuhi keperluan tersebut. Disebabkan keperluan ini, kebanyakan pelajar yang kembali melanjutkan pelajaran adalah terdiri daripada mereka yang berusia antara 22 hingga 25 tahun ke atas. Menurut Rohayu Ses, 1999 dipetik dari Erickson, 1963 menyatakan bahawa majoriti pelajar sarjana pendidikan adalah terdiri daripada peringkat permulaan dewasa iaitu antara 22 hingga 25 tahun.
1.3 Pernyataan Masalah
Seorang pendidik seharusnya lebih peka terhadap kepelbagaian latar belakang pelajar yang lebih matang atau dewasa. Mereka ini mungkin telah mempunyai
pengalaman bekerja dan akhimya mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada. Maka dalam kajian ini penyelidik telah mengkaji masalah atau halangan-halangan yang dihadapi oleh golongan pelajar dewasa berusia 22 hingga 25 tahun dan ke atas di mana tumpuan
adalah terhadap pelajar Sarjana Pendidikan (Teknikal) di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO).
Selain daripada itu pelajar sarjana pendidikan juga majoriti terdiri daripada mereka yang berada pada peringkat usia awal dewasa. Pada peringkat ini pasti mereka menghadapi pelbagai masalah seperti masalah sosial dan psikologi.