• Tidak ada hasil yang ditemukan

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBERIAN VAKSIN COVID-19 UNTUK ANGGOTA KESIHATAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBERIAN VAKSIN COVID-19 UNTUK ANGGOTA KESIHATAN"

Copied!
89
0
0

Teks penuh

(1)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBERIAN VAKSIN

COVID-19

UNTUK ANGGOTA KESIHATAN

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

Kementerian Kesihatan Malaysia

Edisi 1

Februari 2021

(2)

KANDUNGAN... 2

Senarai Jadual

... 3

Senarai Rajah

... 3

1.

PENGENALAN

... 1

1.1. Latar Belakang Covid-19

... 1

1.2. Dasar Pemberian Vaksin Covid-19

... 1

1.3. Matlamat Pemberian Imunisasi Covid-19

... 1

2.

PERANAN JABATAN

... 2

2.1 Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

... 2

2.2 Unit MCH Jabatan Kesihatan Negeri

... 3

2.3 Pejabat Kesihatan Daerah

... 3

2.4 Pusat Pemberian Vaksin (PPV)

... 4

3.

TUGAS

DAN

TANGGUNGJAWAB ANGGOTA KESIHATAN ... 6

3.1 Pegawai Perubatan

... 6

3.2 Jururawat

... 6

3.3 Penolong Pegawai Perubatan

... 6

3.4 Anggota Lain/ Sukarelawan

... 7

4.

PENGENDALIAN VAKSIN COVID-19

... 8

4.1 Pengambilan Vaksin Dari Pusat Simpanan Vaksin (PSV) Ultra Low

Temperature Freezer (ULTF)

... 8

4.2

Persediaan Sebelum Suntikan Vaksin COVID-19

... 12

4.3 Pemberian Vaksin COVID-19 Di PPV Fasiliti Kesihatan

... 16

4.4 Pemberian Vaksin Covid-19 Di PPV Agensi Luar/ Institusi

... 23

4.5 Pengurusan Selepas Suntikan Covid-19

... 29

5.

PENGENDALIAN KESAN SAMPINGAN SELEPAS PEMBERIAN

IMUNISASI (AEFI)

... 31

6.

PELAN TAKLIMAT/ LATIHAN PENGENDALIAN DAN PEMBERIAN

VAKSIN COVID-19 KEBANGSAAN

... 35

6.1 Objektif Latihan

... 35

6.2 Kumpulan Sasaran

... 35

6.3 Senarai Agensi Kerajaan Yang Perlu Diberi Latihan

... 36

6.4 Tempoh Latihan

... 38

6.5 Peringkat Latihan

... 38

(3)

6.7 Teknik Latihan

... 39

6.8 Lokasi Latihan

... 39

6.9 Bahan Latihan

... 39

6.10 Cadangan Peruntukan Latihan

... 39

6.11 Skop Latihan

... 40

6.12 Hasil Latihan

... 40

7. SISTEM PELAPORAN VAKSIN COVID-19

... 41

7.1 Pelaporan

... 41

SENARAI LAMPIRAN

... 42

Senarai Jadual

Jadual 4. 1: Proses Kerja Pengambilan Vaksin Dari Pusat Penyimpanan Ultra Low

Temperature Freezer (ULTF)

... 9

Jadual 4. 2: Proses Kerja Persediaan Sebelum Suntikan Vaksin Covid-19

... 13

Jadual 4. 3: Proses Kerja Pemberian Vaksin Covid-19 Di Fasiliti Kesihatan

... 17

Jadual 4. 4: Proses Kerja Pemberian Vasin Covid-19 Di Agensi / Institusi

... 23

Jadual 4. 5: Proses Kerja Pengurusan Selepas Suntikan Covid-19

... 30

Senarai Rajah

Rajah 4. 1: Carta Alir Pengambilan Vaksin Dari Pusat Penyimpanan Vaksin Ultra

Low Temperature Freezer (ULTF)

... 8

Rajah 4. 2: Carta Alir Persediaan Sebelum Suntikan Vaksin Covid-19

... 12

Rajah 4. 3: Carta Alir Pemberian Vaksin Covid-19 Di Fasiliti Kesihatan

... 16

Rajah 4. 4: Carta Alir Pemberian Vaksin Covid-19 Di Agensi / Institusi

...

Error!

Bookmark not defined.

Rajah 4. 5: Carta Alir Pengurusan Selepas Suntikan Covid-19

... 29

(4)

SENARAI PENYUMBANG

Penasihat:

Dr Rokiah binti Mohd

Ahli:

Dr Saidatul Norbaya binti Buang

Dr Rohana binti Ismail

Dr Rachel Koshy

Dr Don Ismail bin Mohamed

Dr Noorhaire Sumarlie bin Nordin

Dr Firdaus bin Ujang

Pn Marhaida binti Mahmood

En Abdul Shukor bin Salha

Pn Alisahkhairun binti Rahmat

En Mohd Shahriel bin Mat Daud

Cik Diana binti Rashid

(5)

1. PENGENALAN

1.1. Latar Belakang Covid-19

Sindrom pernafasan akut teruk yang dikenali sebagai Severe Acute Respiratory Syndrome Corona Virus 2 (SARS-CoV-2) yang kemudiannya dinamakan COVID-19 mula dikesan pada pertengahan Disember 2019 di Wuhan, China dan diisytihar sebagai pandemik oleh World Health Organization (WHO) pada 11 Mac 2020. Penularan virus ini sangat cepat secara eksponen pada peringkat awal penularannya.

Vaksin merupakan salah satu langkah pencegahan untuk membendung penularan virus COVID-19. Pada ketika ini, usaha ke arah menghasilkan vaksin COVID-19 sedang giat dijalankan oleh pelbagai pihak secara global. Proses pembangunan dan penghasilan vaksin merupakan satu proses yang rumit dan lazimnya mengambil masa yang lama sehingga 15 tahun dengan mengambil kira keselamatan, keberkesanan dan kualiti vaksin yang dihasilkan. Walaubagaimanapun, dalam kes pandemik COVID-19 ini, para saintis sedang berusaha untuk menghasilkan vaksin dalam masa yang sangat singkat untuk digunapakai menjelang tahun 2021.

1.2. Dasar Pemberian Vaksin Covid-19

1. Pemberian vaksin untuk mengawal penularan Jangkitan COVID-19

2. Populasi Sasaran : 70% populasi penduduk Malaysia diberi vaksin COVID 19

3. Ditawarkan secara sukarela kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun dan

ke atas yang layak tanpa mengira jenis vaksin

4. Sepanjang tempoh pandemik, vaksin adalah percuma kepada warganegara

5. Sebanyak 2 dos diberikan dalam tempoh 21/ 28 hari daripada jenis vaksin yang

sama

6. Kerajaan akan menentukan jenis vaksin yang akan digunakan dan rakyat tidak

dibenarkan untuk membuat pilihan jenis vaksin yang akan diambil.

1.3. Matlamat Pemberian Imunisasi Covid-19

Imunisasi Covid-19 diberikan kepada masyarakat di negara ini untuk mencapai

matlamat-matlamat seperti di bawah:

1. Melindungi Petugas Barisan Hadapan

2. Mengurangkan kematian dan morbiditi teruk akibat jangkitan COVID-19 dalam

kalangan populasi berisiko tinggi

3. Membentuk pelindungan kelompok penduduk Malaysia bagi pemulihan ekonomi

4. Kawalan wabak

(6)

2.1 Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

1. Membentuk Garis Panduan Pelaksanaan Pemberian VaksinCOVID-19

Kebangsaan.

2. Mengenalpasti keperluan pelaksanaan Imunisasi COVID-19 di negeri dan

daerah:

3. Mengenalpasti Pusat-Pusat Program Imunisasi COVID-19.

4. Dengan bantuan jabatan kesihatan negeri, membuat anggaran keperluan

vaksin COVID-19 bagi tahun 2010.

5. Membentuk proses kerja untuk pelaksanaan Imunisasi COVID-19 di klinik

kesihatan dan agensi/ institusi luar.

6. Membentuk, dan mengedar Garis Panduan Pelaksanaan Pemberian Vaksin

COVID-19 Kebangsaan.

7. Menyelaras pelaksanaan Imunisasi COVID-19 di peringkat negeri

8. Menjalankan taklimat penatar di peringkat kebangsaan.

9. Menyediakan proses kerja Imunisasi COVID-19.

10. Memantau latihan yang dilaksanakan di negeri dan daerah.

11. Membentuk Jawatankuasa kerja yang memberi input teknikal kepada jabatan

kesihatan negeri dari masa ke semasa.

12. Menganjurkan taklimat kepada ketua-ketua program dan disiplin mengenai

pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi memastikan

semua anggota kesihatan diberi pendedahan mengenai Imunisasi COVID-19

dan kepentingannya.

13. Menganjurkan taklimat kepada wakil-wakil dari agensi-agensi kerajaan dan

bukan kerajaan

14. Memantau proses pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

melalui lawatan lapangan dan mesyuarat bersama dengan jabatan kesihatan

negeri.

15. Membentuk, menyelaras dan memantau Bilik Gerakan Program Imunisasi

COVID-19 di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.

16. Memantau pelaksanaan program di lapangan melalui lawatan lapangan,

reten, laporan berkala berhubung dengan:

a. Liputan imunisasi.

b. Peratus keciciran dos kedua dan ketiga.

c. Sistem rangkaian sejuk.

d. Stok dan pembaziran vaksin COVID-19.

e. Menyediakan laporan pelaksanaan program secara berkala dan

tahunan.

17. Bekerjasama dengan Pasukan MySejahtera untuk mewujudkan Sistem

Pendaftaran Penerima Imunisasi COVID-19.

(7)

2.2 Unit MCH Jabatan Kesihatan Negeri

1. Menyediakan Pelan Tindakan Pelaksanaan Pemberian Imunisasi COVID-19

peringkat negeri.

2. Menyediakan anggaran keperluan vaksin di negeri dan daerah.

3. Menyediakan anggaran keperluan peralatan dan peralatan pakai buang bagi

pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

4. Mengenalpasti klinik-klinik di daerah yang akan menjadi lokasi pusat Program

Imunisasi COVID-19

5. Mengenalpasti keperluan anggota bagi melaksanakan Imunisasi COVID-19

dan pelan mobilisasi anggota kesihatan.

6. Memberi taklimat kepada ketua-ketua program dan unit di peringkat negeri dan

daerah mengenai pelaksanaan pemberian Imunisasi COVID-19 supaya semua

anggota kesihatan mengetahui mengenai pelaksanaan program dan boleh

membantu memberi maklumat yang betul.

7. Memberi taklimat kepada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan di negeri

bagi mendedahkan mereka kepada kepentingan Imunisasi COVID-19 dan

mendapatkan sokongan untuk meningkatkan penerimaan masyarakat.

8. Menjalankan latihan di peringkat negeri dan daerah mengenai pelaksanaan

Imunisasi COVID-19

9. Menjalankan aktiviti-aktiviti promosi Imunisasi COVID-19 di negeri melalui

perhubungan awam, media cetak, elektronik dan ICT.

10. Memantau pelaksanaan imunisasi di peringkat daerah.

11. Bekalan vaksin dan pembaziran di daerah

12. Pemantauan Pusat Imunisasi COVID-19

i.

2.3 Pejabat Kesihatan Daerah

1. Membentuk Pelan Tindakan Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19

peringkat daerah bagi memastikan:

a. Pasukan untuk melaksanakan pemberian Imunisasi COVID-19 bagi

daerah dibentuk.

(8)

perkhidmatan di klinik-klinik kesihatan.

d. Senarai nama klinik kesihatan yang akan menjadi Pusat Imunisasi

COVID-19 dikenalpasti.

e. Latihan pelaksanaan di peringkat daerah dijalankan.

2. Mendapatkan kerjasama dari agensi luar dan NGO untuk melaksanakan

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

3. Memberi taklimat kepada wakil-wakil jabatan kerajaan dan bukan kerajaan

di daerah mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

4. Menjalankan ceramah, perbincangan kumpulan, pameran kesihatan dan

forum mengenai Imunisasi COVID-19 kepada pelbagai golongan

masyarakat bagi meningkatkan pengetahuan dan sikap serta penerimaan

terhadap pemberian Imunisasi COVID-19.

5. Memastikan jumlah vaksin mencukupi dihantar mengikut jadual ke semua

Pusat Imunisasi COVID-19 di daerah.

6. Pegawai Farmasi/ Pegawai Penyelia di daerah adalah bertanggungjawab

menentukan kuantiti dan kualiti vaksin yang diterima di semua Pusat

Imunisasi COVID-19 memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

7. Memantau pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan oleh

Pasukan Imunisasi di klinik – klinik kesihatan melalui:

a. Bekalan vaksin dan pembaziran di daerah.

b. Liputan imunisasi daerah.

c. Pemantauan Pusat Imunisasi COVID-19.

d. Kesan sampingan Imunisasi COVID-19.

8. Melaporkan kes-kes AEFI kepada Agensi Regulatori Farmaseutikal

Kebangsaan (NPRA).

2.4 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) (Lampiran 10)

1.

Menyediakan enrolmen bagi pemberian vaksin di fasiliti.

2.

Mengedarkan borang kebenaran untuk imunisasi COVID-19 kepada

klien

3.

Mengedarkan lampiran maklumat vaksin kepada penerima vaksin

COVID-19

(9)

4.

Memastikan semua keperluan peralatan dan peralatan pakai buang

mencukupi sebelum program bermula.

5.

Memastikan semua petugas kesihatan memahami proses kerja dan

mematuhi SOP berhubung pemberian Imunisasi COVID-19 di PPV.

6.

Memberi imunisasi mengikut proses kerja yang telah dinyatakan.

7.

Memberi rawatan berhubung kesan sampingan serta membuat rujukan

sekiranya berlaku kecemasan berhubung kesan sampingan Imunisasi

COVID-19

8.

Mencatat temujanji untuk lawatan akan datang dan merekod dalam Kad

Vaksinasi COVID-19.

9.

Memantau liputan pemberian Imunisasi COVID-19, stok vaksin dan

sistem rangkaian sejuk.

10.

Menyediakan laporan reten secara berkala.

(10)

3.1 Pegawai Perubatan

a. Bertanggungjawab dalam pengurusan PPV

b. Memastikan semua petugas kesihatan memahami proses kerja dan mematuhi

SOP berhubung pemberian vaksin

c. Memberi rawatan kepada penerima imunisasi sekiranya berlaku kesan

sampingan

d. Memberi khidmat nasihat kepada pelanggan yang berisiko mendapat kesan

sampingan selepas imunisasi semasa pemerhatian

e. Membuat rujukan ke hospital sekiranya berlaku kecemasan berhubung kesan

sampingan selepas imunisasi jika memerlukan rawatan lanjut di hospital

3.2 Jururawat

a. Menyediakan senarai nama penerima berdasarkan sasaran harian pemberian

vaksin

b. Memastikan semua keperluan peralatan dan peralatan pakai buang mencukupi

sebelum imunisasi bermula

c. Menyediakan borang kebenaran penerima vaksin sebelum sesi imunisasi

bermula

d. Menyediakan lampiran maklumat vaksin kepada penerima vaksin

e. Memberi imunisasi mengikut proses kerja yang telah dinyatakan

f. Memastikan pematuhan kepada amalan penjagaan rangkaian sejuk vaksin

g. Membuat anggaran perolehan vaksin yang diperlukan di peringkat fasiliti

h. Merekod penerimaan dan penggunaan vaksin di peringkat fasiliti

i. Memastikan pembaziran vaksin di PPV adalah di tahap minima mengikut jenis

vaksin

j. Menyelia pemberian vaksin oleh graduan perubatan/ pergigian, pelatih

jururawat dan Penolong Pegawai Perubatan jika perlu

3.3 Penolong Pegawai Perubatan

a. Memberi rawatan kepada penerima vaksin sekiranya berlaku kesan sampingan

selepas imunisasi semasa pemerhatian

b. Membuat rujukan kepada Pegawai Perubatan sekiranya berlaku kecemasan

berhubung kesan sampingan selepas imunisasi.

c. Melaporkan kesan sampingan selepas imunisasi

d. Memberi imunisasi sekiranya diperlukan

e. Mencatat temujanji untuk lawatan akan datang dan merekod dalam Kad

COVID-19

(11)

3.4 Anggota Lain/ Sukarelawan

a. Mengendalikan klien yang gagal saringan pintu masuk

b. Membantu semasa pendaftaran sebelum penerimaan vaksin

c. Membantu mengedarkan borang kebenaran menerima vaksin dan maklumat

vaksin untuk penerima vaksin

d. Membantu memberi penerangan berkaitan pemberian vaksin

e. Membantu menunjuk arah ke tempat suntikan vaksin

(12)

4.1 Pengambilan Vaksin Dari Pusat Simpanan Vaksin (PSV) Ultra Low

Temperature Freezer (ULTF)

Pengambilan vaksin dibuat di Pusat Simpanan Vaksin iaitu dari

ULTRA LOW

TEMPERATURE FREEZER

(ULTF) yang terpilih. Carta alir pengambilan dan proses

kerja berkaitan adalah seperti di bawah.

Rajah 4. 1: Carta Alir Pengambilan Vaksin Dari Pusat Penyimpanan Vaksin

Ultra

Low Temperature Freezer

(ULTF)

(13)

Jadual 4. 1: Proses Kerja Pengambilan Vaksin Dari Pusat Simpanan Ultra Low

Temperature Freezer (ULTF)

BIL. PROSES KERJA AKTIVITI TANGGUNGJAWAB PERALATAN

1 Buat pesanan keseluruhan vaksin

Buat pesanan bilangan vaksin yang diperlukan untuk fasiliti pemberian vaksin mengikut tatacara pesanan vaksin farmasi

Pegawai Farmasi 1. Borang Inden Vaksin 2. Sistem pesanan vaksin 2. Sediakan jadual pengambilan vaksin

Tentukan bilangan jumlah dos yang akan diberi selama 5 hari.

Rancang jadual pengambilan vaksin.

Pegawai

bertanggungjawab di Pusat Simpanan vaksin (PSV) dengan top loading berhubung dengan

pegawai

bertanggungjawab di pusat penyimpanan vaksin dengan ULTF untuk • Tentukan tarikh dan

masa pengambilan vaksin

• Maklumkan jumlah dos vaksin yang diperlukan selama 5 hari Pegawai bertanggungjawab di pusat penyimpanan vaksin (PPV) dengan top loading Pegawai bertanggungjawab di PSV dengan ULTF 3. Persediaan pengambilan vaksin Sediakan: • Kenderaan berhawa dingin untuk membawa kotak vaksin

• Bilangan kotak sejuk yang mencukupi • Pek ais mengikut

keperluan dan jarak perjalanan

• Dial Termometer/ Thermal Logger

Penyelia Jururawat 1. Kenderaan berhawa dingin

2. Kotak sejuk dan pek ais

3. Dial

Termometer/ Themal Logger

(14)

4. Ambil vaksin di PSV

Di PSV dengan ULTF: • Serahkan borang

inden vaksin kepada pegawai yang bertanggungjawab • Pegawai

bertanggungjawab mengeluarkan dos vaksin yang diperlukan

Jururawat 1. Borang Inden Vaksin

5. Simpan di dalam kotak sejuk pada suhu 2-8 C

Masukkan vaksin yang diterima ke dalam kotak sejuk pada suhu 2-8 C

Ambil salinan pendua borang inden

Jururawat 1. Kotak sejuk dan Pek ais

2. Dial Termometer/ Themal Logger 3. Borang Inden Vaksin 6. Bawa vaksin ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dengan top loading

Bawa vaksin yang

diterima terus ke PPV top loading

Pantau suhu sepanjang perjalanan dan pastikan suhu kekal antara 2-8oC

Jururawat 1. Kotak sejuk dan Pek ais 2. Dial Termometer/ Themal Logger 7. Serah vaksin kepada pegawai bertanggungjawab

Serahkan vaksin yang dibawa bersama salinan pendua borang inden kepada pegawai

bertanggungjawab di PPV dengan top loading

Jururawat

1. Borang Inden Vaksin

8. Simpan vaksin di dalam top loading

Periksa jumlah dos vaksin yang diterima:

• Rekod penerimaan vaksin di dalam rekod vaksin

• Pastikan vaksin disimpan pada suhu 2-8

Pastikan vaksin yang diterima disimpan hanya selama 5 hari dari tarikh penerimaan vaksin

Pegawai Farmasi 1. Rekod vaksin KKK 104

(15)

BIL. PROSES KERJA AKTIVITI TANGGUNGJAWAB PERALATAN

9. Pantau suhu setiap hari

Pastikan suhu vaksin dikekalkan pada suhu antara 2-8oC dengan menggunakan carta suhu: Suhu hendaklah dicatat sebanyak 2 kali setiap hari pagi dan petang

Buka top loading

maksimum 2 kali sehari BILA PERLU SAHAJA

Penyelia Jururawat/ Pegawai Farmasi

• Carta Suhu • Rekod vaksin

(16)

Sebelum proses pemberian boleh dimulakan, persediaan suntikan vaksin COVID-19

perlu dilaksanakan dahulu agar anggota dapat bersedia untuk proses pemberian.

Carta alir dan proses kerja pemberian adalah seperti di bawah

(17)

Jadual 4. 2: Proses Kerja Persediaan Sebelum Suntikan Vaksin Covid-19

BIL. PROSES KERJA AKTIVITI TANGGUNGJAWAB PERALATAN

1 Persediaan senarai penerima vaksin

1. Tentukan bilangan penerima vaksin sehari sebelum tarikh suntikan

2. Sediakan senarai penerima yang akan menerima vaksin melalui MYVAS

3. Bagi yang tiada

MySejahtera, hebahan /promosi dilakukan bagi membolehkan golongan ini tahu dan datang ke klinik untuk didaftar dan diberikan temujanji-mobilisasi ketua kampung/penghulu/JKKK Jururawat 1. Senarai penerima vaksin (enrolmen) melalui MYVAS 2. Persediaan keperluan suntikan

1. Pastikan 3 kotak sejuk disediakan bagi setiap pasukan:

Cold Box Kegunaan Kotak sejuk 1 Menyimpan stok vaksin Kotak sejuk 2 Kegunaan semasa Kotak sejuk 3 Menyimpan pek ais

2. Pastikan PPE disediakan: • Surgical mask

• Hand sanitiser • Apron plastik

• *Eye protection (face shield/ eye goggle)(optional)

• *Gloves (optional)

*penggunaan tertakluk kepada penilaian risiko jangkitan COVID-19 setempat

3. Pastikan peralatan perubatan mencukupi:

• Set tray suntikan • Jarum saiz 21G untuk

menyedut dilution NaCl

Jururawat 1. Kotak sejuk dan pek ais

2. Dial Termometer/ Themal Logger

3. Policies and Procedures

(18)

• Jarum saiz 25G untuk suntikan

• Picagari 3ml untuk dilution • Picagari Low Dead Volume

(LDV) 1ml untuk suntikan • Persediaan swab dan

alcohol • Sharp bin

• Plastik sampah kuning

3. Persediaan tempat

1. Pastikan tempat suntikan mempunyai pengudaraan yang baik.

2. Pastikan bilik suntikan mempunyai tempat membasuh tangan. Sekiranya tiada, bekalkan dengan hand sanitizer

3. Sediakan bilik suntikan dalam pergerakan arah sehala

4. Pastikan tempat suntikan sentiasa bersih dan teratur

5. Pastikan tempat suntikan sebaik-baiknya tidak berkongsi dengan bilik suntikan kanak- kanak

6. Vaksin boleh diberikan di mana-mana klinik kesihatan yang difikirkan sesuai untuk memastikan penerima diberi suntikan.

Jururawat

4. Persediaan vaksin 1. Keluarkan vaksin yang diperlukan dari top loading dan terus masukkan ke dalam cold box.

2. Pastikan bilangan vaksin mencukupi mengikut senarai harian penerima vaksin.

3. Pastikan sistem rangkaian sejuk dikekalkan sepanjang masa pada suhu 2-8oC

(19)

BIL. PROSES KERJA AKTIVITI TANGGUNGJAWAB PERALATAN

4. Semak vaksin untuk nombor kelompok dan tarikh luput (FIFO-first in first out)

5. Rancang untuk

menghabiskan semua yang vaksin yang dipesan dalam tempoh masa 5 hari

(20)
(21)

Jadual 4. 3: Proses Kerja Pemberian Vaksin Covid-19 Di PPV Fasiliti Kesihatan

BIL. PROSES

KERJA AKTIVITI TANGGUNGJAWAB PERALATAN

1 Klien hadir di klinik ikut temujanji Klien pamerkan temujanji melalui aplikasi MySejahtera kepada petugas kesihatan yang menjaga pendaftaran PT, NGO, Sukarelawan /pelatih Jururawat/PPP/ PPKP/ Klien Perubatan/ pergigian 1. Line listing 2. Portal MySejahtera di desktop / laptop 2 Saring Gejala

Periksa suhu dan soal selidik gejala

i. Jika ada gejala – Arahkan pelangan ke tempat pengasingan bagi tujuan saringan lanjut COVID-19 seperti dalam protokol / Garis Panduan Pengendalian COVID-19 . a. Jika saringan Ujian COVID-19 negatif, berikan temujanji baru. b. Jika Ujian COVID-19 positif, teruskan pengurusan bagi pesakit COVID-19. c. Beri temujanji baru kepada klien selepas tamat rawatan COVID-19 ii. Jika tiada gejala –

Imbas QR kod bagi mengesahkan kehadiran dan pendaftaran. PT, NGO, Sukarelawan /pelatih Jururawat/PPP/ PPKP/ Klien Perubatan/ pergigian 1. Thermometer 2. Borang Saringan Gejala ( Rujuk Lampiran) 3. MySejahtera 4. PC / Laptop 5. PPE dicadang: • Surgical mask • Hand sanitiser • Eye protection

(face shield/ eye goggle)

(22)

3 Beri penerangan/ konsultasi tentang vaksin 1. Arahkan klien duduk ditempat yang disediakan. 2. Edarkan maklumat berkenaan vaksin kepada klien. 3. Bersedia menjawab sebarang pertanyaan daripada klien. Jururawat/ PPP/ Pegawai Perubatan/ Pegawai Pergigian 1. Risalah berkenaan Vaksin 2. PPE dicadang: • Surgical mask • Hand sanitiser • Eye protection

(face shield/ eye goggle) 4 Edar dan semak kebenaran bertulis menerima suntikan 1. Edarkan Borang Kebenaran bertulis kepada klien.

i. Jika klien bersetuju – semak dan sahkan identiti dan kelayakan untuk menerima suntikan

ii. Jika klien tidak bersetuju – Klien tidak layak menerima vaksin dan klien dibenarkan pulang. Jururawat/ PPP/ Pegawai Perubatan/ Pegawai Pergigian 1. Borang Kebenaran menerima vaksin 2. PPE dicadang: • Surgical mask • Hand sanitiser • Eye protection

(face shield/ eye goggle) 5 Beri suntikan vaksin 1. Arahkan klien ke tempat suntikan. 2. Petugas perlu memakai Personal Protection Equipment (PPE) • Hand hanitizer • Face mask • Apron plastic (optional) *Sarung tangan (glove) dan faceshield tidak perlu digunakan untuk sesi suntikan vaksin Jururawat/ PPP/ Pegawai Perubatan/ Pegawai Pergigian 1. Panduan Latihan Pemberian Vaksin COVID-19 2. Vaksin COVID 3. Set suntikan 4. Jarum 21G untuk dilution 5. Jarum 25G untuk suntikan 6. Picagari 3ml untuk dilution 7. Picagari LDV 1ml untuk suntikan 8. PPE dicadang: • Surgical mask • Hand sanitiser • Apron plastik

(23)

BIL. PROSES

KERJA AKTIVITI TANGGUNGJAWAB PERALATAN

3. Keluarkan kuantiti vaksin yang mencukupi ke dalam kotak sejuk untuk kegunaan semasa dari kotak sejuk penyimpanan stok vaksin 4. Terbalikkan (invert) vial vaksin secara menegak dengan perlahan-lahan (ulang sekurang-kurangnya 10 kali 5. Dilute vaksin dalam vial dengan menggunakan sodium chloride sebanyak 1.8ml dengan menggunakan picagari 2.5ml/3ml dan jarum 21G 6. Terbalikkan (invert) sekali lagi vial vaksin secara menegak dengan perlahan-lahan (ulang sekurang-kurangnya 10 kali) 7. Sedut sejumlah 0.3ml vaksin yang diperlukan dari dalam vial • *Eye protection (face shield/ eye goggle)(optional) • *Gloves (optional) *penggunaan tertakluk kepada penilaian risiko jangkitan COVID-19 setempat

(24)

dengan menggunakan picagari LDV 1ml 8. Vaksin yang telah dilute hanya boleh digunakan selama 6 jam 9. Beri vaksin mengikut tatacara pemberian vaksin yang telah ditetapkan seperti di dalam Panduan Latihan Pemberian Vaksin COVID-19 10. Pastikan suntikan diberi mengikut teknik aseptik sepertimana yang terkandung di dalam Garis Panduan Imunisasi Kanak-Kanak. 11. Lakukan suntikan dengan teknik suntikan yang betul untuk setiap vaksin yang diberi 12. Pastikan prosedur di dalam Standard Precaution dipatuhi semasa

(25)

BIL. PROSES

KERJA AKTIVITI TANGGUNGJAWAB PERALATAN

prosedur imunisasi dijalankan (rujuk Buku Standard Precaution). 13. Pembaziran vaksin sepatutnya adalah ‘0’ 6 Imbas QR kod

Arahkan klien untuk imbas QR kod / bar kod yang disediakan selepas menerima suntikan

Penyelia Jururawat/ PPP/ Pegawai Perubatan

1. QR kod / bar kod

7 Pemerhatian Arahkan klien

menunggu selama 15 minit di ruangan yang disediakan untuk memantau kesan sampingan selepas pemberian vaksin (AEFI).

Jika klien pernah mengalami kejadian reaksi selepas pemberian mana-mana vaksin, pemerhatian perlu dilakukan selama 30 minit. Penyelia Jururawat/ PPP/ Pegawai Perubatan 1. Ruang menunggu 2. Peralatan kecemasan 3. Borang Pelaporan AEFI (NPRA) 4. PPE dicadang: • Surgical mask • Hand sanitiser • Apron plastik • *Eye protection

(face shield/ eye goggle)(optional) • *Gloves (optional) *penggunaan tertakluk kepada penilaian risiko jangkitan COVID-19 setempat 8 Serah Kad Imunisasi dan maklumkan tentang Borang

Serah kepada klien Kad Imunisasi

Maklumkan kepada klien tentang Borang Pelaporan AEFI boleh

Penyelia Jururawat/ PPP/ Pegawai Perubatan

(26)

Pelaporan AEFI

didapati dalam aplikasi MySejahtera. 9 Ingatkan klien untuk terima dos ke 2 dan catat tarikh dalam Kad Imunisasi Maklumkan klien untuk terima dos ke 2

Catatkan tarikh temujanji untuk dos ke-2 pada kad imunisasi sebelum diserahkan kepada klien.

Maklumkan bahawa notifikasi juga akan dihantar melalui Pesanan Ringkas (SMS) atau aplikasi MySejahtera

(27)

4.4 Pemberian Vaksin Covid-19 Di PPV Agensi Luar/ Institusi

Jadual 4. 4: Proses Kerja Pemberian Vasin Covid-19 Di PPV Agensi Luar / Institusi

BIL. PROSES KERJA AKTIVITI TANGGUNGJAWAB PERALATAN

1 Persediaan senarai

penerima vaksin COVID 19

1. Sediakan senarai (Line listing) penghuni dan penjaga yang bersetuju untuk mengambil vaksin COVID 19

2. Pesan Vaksin yang mencukupi mengikut line listing (bagi dos pertama sahaja).

**Vaksin perlu

dihabiskan dalam masa 5 hari selepas

Jururawat 4. Line listing (enrolmen) 5. Portal

MySejahtera di desktop / laptop

(28)

penerimaan stok vaksin untuk menjaga potensi vaksin (khas untuk vaksin keluaran Pfizer). **Bagi dos kedua akan dimulakan pada/selepas 21 hari. Pesanan vaksin dos kedua perlu dibuat sebelum tarikh temujanji. **Pengurusan vaksin COVID-19 syarikat lain adalah sama seperti pengurusan vaksin lain dalam Panduan

Program Imunisasi Kebangsaan Bayi Dan Kanak-Kanak 2 Rancang Jadual Pemberian Vaksin 1. Tetapkan pasukan pemberian vaksin. 2. Sediakan jadual pemberian Vaksin COVID-19 di agensi / institusi mengikut kapasiti tenaga kerja 3. Buat temujanjji dengan

pegawai yang bertanggungjawab di agensi / institusi Jururawat 3 Persediaan vaksin dan peralatan untuk pemberian vaksin COVID 19 1. Sedia peralatan

saringan COVID-19 dan keperluan sanitasi

2. Sediakan Personal Protective Equipment (PPE)

3. Sediakan set suntikan dan peralatan suntikan

4. Sediakan consumables lain

5. Sediakan kotak sejuk yang mencukupi dan lengkap dengan pek ais serta dial

thermommeter. Sila rujuk Panduan Program Imunisasi 1. Thermometer 2. PPE dicadang: • Surgical mask • Hand sanitiser • Apron plastik • *Eye protection (face shield/ eye goggle)(option al) • *Gloves (optional) *penggunaan tertakluk kepada penilaian risiko jangkitan COVID-19 setempat

(29)

BIL. PROSES KERJA AKTIVITI TANGGUNGJAWAB PERALATAN

Kebangsaan Bayi Dan Kanak-Kanak untuk penyediaan cold box

6. Sediakan kit kecemasan

7. Lakukan persediaan vaksin (perkara 4.2) 3. Set suntikan 4. Peralatan suntikan: • Set suntikan • Jarum 21G untuk dilution • Jarum 25G untuk suntikan • Picagari 3ml untuk dilution • Picagari LDV 1ml untuk suntikan 5. Tong alatan tajam 6. Plastik sampah biasa dan sisa klinikal 7. 3 buah Cold Box 8. Pek ais 9. Dial Thermometer/ Thermal logger 4 Persediaan tempat pengurusan suntikan imunisasi 1. Sediakan kawasan / ruangan untuk: iii. Pendaftaran

iv. Ruangan menunggu / informasi vaksin dan menandatangani borang persetujuan v. Pemberian imunisasi vi. Pemerhatian

vii. Pengasingan jika klien mempunyai gejala COVID19 viii. Rehat 2. Ruangan yang disediakan mestilah i. mempunyai pengudaraan yang baik

ii. dalam keadaan bersih dan teratur iii. boleh mengekalkan

penjarakan fizikal iv. jalan keluar masuk

yang berbeza

(30)

5 Hadir ke agensi / institusi

mengikut temujanji

1. Klien mempamerkan temujanji melalui aplikasi MySejahtera kepada petugas kesihatan yang menjaga pendaftaran PT, NGO, Sukarelawan /pelatih Jururawat/PPP/ PPKP/ Klien Perubatan/ pergigian 1. Line listing 2. Portal MySejahtera di desktop / laptop

6 Saringan Gejala 1. Pemeriksaan suhu dan soal selidik gejala i. Jika ada gejala –

Arahkan pelangan ke tempat pengasingan untuk dirujuk ke klinik kesihatan / hospital yang berdekatan.

ii. Jika tiada gejala – Imbas QR kod bagi mengesahkan kehadiran dan pendaftaran. PT, NGO, Sukarelawan /pelatih Jururawat/PPP/ PPKP/ Klien Perubatan/ pergigian 1. Thermometer 2. Borang Saringan Gejala ( Rujuk Lampiran) 3. MySejahtera 4. PC / Laptop 5. PPE dicadang: • Surgical mask • Hand sanitiser • Eye protection (face shield/ eye goggle) 7 Penerangan/ konsultasi tentang vaksin

1. Arahkan klien duduk di ruang menunggu yang disediakan. 2. Edarkan maklumat berkenaan vaksin kepada klien. 3. Bersedia menjawab sebarang pertanyaan daripada klien. Jururawat/ PPP/ Pegawai Perubatan/ Pegawai Pergigian 1. Risalah berkenaan Vaksin 2. PPE dicadang: • Surgical mask • Hand sanitiser • Eye protection (face shield/ eye goggle) 8 Kebenaran bertulis menerima suntikan 2. Edarkan Borang Kebenaran bertulis kepada klien.

iii. Jika klien bersetuju – semak dan sahkan identiti dan kelayakan untuk menerima suntikan

iv. Jika klien tidak bersetuju – Klien tidak layak menerima vaksin dan klien dibenarkan pulang. Jururawat/ PPP/ Pegawai Perubatan/ Pegawai Pergigian 3. Borang Kebenaran menerima vaksin 3. PPE dicadang: • Surgical mask • Hand sanitiser • Eye protection (face shield/ eye goggle) 9 Pemberian Imunisasi dan pembuangan sisa klinikal

1. Arahkan klien ke tempat suntikan. Jururawat/ PPP/ Pegawai Perubatan/ Pegawai Pergigian 1. Set pemberian vaksin COVID 19

(31)

BIL. PROSES KERJA AKTIVITI TANGGUNGJAWAB PERALATAN

2. Beri suntikan vaksin mengikut tatacara pemberian vaksin yang telah dinyatakan sepertimana di Bab 2: Proses Kerja Pengendalian Dan Pemberian Suntikan Vaksin COVID-19 – (Proses Kerja Semasa Suntikan Vaksin COVID-19) 3. Pastikan prosedur di dalam Standard Precaution dipatuhi semasa prosedur imunisasi dijalankan (rujuk Buku Standard Precaution). 2. Garis panduan pemberian Vaksin COVID 19. 3. PPE dicadang: • Surgical mask • Hand sanitiser • Apron plastik • *Eye protection (face shield/ eye goggle)(option al) • *Gloves (optional) *penggunaan tertakluk kepada penilaian risiko jangkitan COVID-19 setempat

10 Imbas QR kod Klien diarahkan untuk mengimbas QR kod / bar kod yang disediakan

selepas menerima suntikan

Penyelia Jururawat/ PPP/ Pegawai Perubatan

1. QR kod / bar kod

11 Pemerhatian Arahkan klien menunggu selama 15 minit di ruangan yang disediakan untuk memantau sekiranya klien ada mengalami kesan sampingan selepas

penerimaan vaksin COVID-19 (AEFI).

Jika klien pernah

mengalami kejadian reaksi selepas pemberian mana-mana vaksin, pemerhatian perlu dilakukan selama 30 minit. Penyelia Jururawat/ PPP/ Pegawai Perubatan 1. Ruang menunggu 2. Peralatan kecemasan 3. Borang Pelaporan AEFI 4. PPE dicadang: • Surgical mask • Hand sanitiser • Apron plastik • *Eye protection (face shield/ eye goggle)(option al) • *Gloves (optional)

(32)

*penggunaan tertakluk kepada penilaian risiko jangkitan COVID-19 setempat 12 Serahan dan Makluman Kad imunisasi dan Borang Pelaporan AEFI

Maklumkan klien tentang Kad Imunisasi dan Borang Pelaporan AEFI boleh didapati dalam aplikasi MySejahtera.

Serahkan kad imunisasi bagi klien yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera Penyelia Jururawat/ PPP/ Pegawai Perubatan 1. MySejahtera 2. Kad Imunisasi 13 Peringatan dos ke 2

Maklumkan klien peringatan dos ke 2 melalui Pesanan Ringkas (SMS) atau aplikasi MySejahtera

Catatkan tarikh temujanji untuk Dos ke-2 pada kad imunisasi sebelum diserahkan kepada klien.

Penyelia Jururawat/ PPP/ Pegawai Perubatan

1. MySejahtera 2. Kad imunisasi

(33)

4.5 Pengurusan Selepas Suntikan Covid-19

(34)

BIL. PROSES KERJA AKTIVITI TANGGUNGJAWAB PERALATAN 1. Pembuangan sisa

klinikal

1. Masukkan vial, picagari dan jarum yang telah digunakan untuk memberi suntikan ke dalam sharp bin.

2. Buang swab dan sarung tangan yang telah digunakan ke dalam plastik kuning biohazard. Jururawat/ PPP/ Pegawai Perubatan/ Pegawai Pergigian 1. plastik kuning biohazard 2. Sharp Bin 2. Reverse cold chain baki stok

1. Vaksin yang dalam vial yang belum dibuka hendaklah dimasukkan semula ke dalam top loading dengan mematuhi tatacara penjagaan rangkaian sejuk vaksin.

2. Masukkan vial yang masih mempunyai baki vaksin yang telah dibancuh dan vial yang kosong ke dalam tong peralatan tajam (sharp bin).

Jururawat/ PPP/ Pegawai Perubatan/ Pegawai Pergigian

(35)

5. PENGENDALIAN KESAN SAMPINGAN SELEPAS

PEMBERIAN IMUNISASI (AEFI)

CARTA ALIR PENGENDALIAN KESAN SAMPINGAN SELEPAS PEMBERIAN IMUNISASI (AEFI)

(36)

BIL. PROSES

KERJA AKTIVITI TANGGUNGJAWAB PERALATAN

1.

Pemerhatian

Arahkan klien

menunggu selama 15

minit di ruangan yang

disediakan untuk

memantau kesan

sampingan selepas

pemberian vaksin

(AEFI).

Jika klien pernah

mengalami kejadian

reaksi selepas

pemberian mana-mana

vaksin, pemerhatian

perlu dilakukan selama

30 minit.

Kawasan pemerhatian

mesti dilihat

sepenuhnya oleh

kakitangan kesihatan.

Hanya kerusi yang

ditentukan, jarak satu

meter antara satu

sama lain boleh

diduduki.

Penutup muka dan

pembersih tangan

mesti disediakan.

Penyelia

Jururawat/ PPP/

Pegawai

Perubatan

1. Ruang

menunggu

2. Peralatan

kecemasan

Beg

kecemasan

(perubatan)

3. Senarai

pelalatan yang

perlu

disediakan di

kawasan

pemerhati

vaksin

(Rujuk

Lampiran 8-

Panduan

Pengendalian

Kesan

Sampingan

Selepas

Imunisasi)

4. Borang

Pelaporan

AEFI

2.

Berlaku AEFI

Kesan sampingan

selepas imunisasi

boleh dibahagikan

kepada dua kategori

seperti berikut:

1. Tahap Keterukan:

Ringan atau teruk

(serius)

2. Kekerapan berlaku:

paling kerap, kerap,

jarang atau amat

jarang

Penyelia

Jururawat/ PPP/

Pegawai

Perubatan

Pegawai Farmasi

1. Borang

Pemantauan

Kesan Advers

Ringan

Susulan

Imunisasi

(Pindaan 5)

2. Report On

Suspected

Adverse Drug

Reactions

(37)

BIL. PROSES

KERJA AKTIVITI TANGGUNGJAWAB PERALATAN

3. Kesan Sampingan

Selepas Imunisasi

Mengikut Tahap

Keterukan

i. Kesan

sampingan

ringan

termasuk:

- Sakit di tempat

suntikan

- Demam

- Bengkak

- Kemerahan

- Sakit Kepala

- Urticaria.

- Sakit Otot

- Sakit Sendi

- Letih Lesu

- Kelemahan Otot

- Simpton

Gastrointestinal

- Jangkitan di

tempat suntikan

ii. Kesan

sampingan

serius:

- Pengsan /

Syncope

- Sawan / Fits

- Anaphylactic

Reaction

4. Jika berlaku AEFI

i. Beri rawatan segera

kepada klien yang

mengalami AEFI

(Rujuk LAMPIRAN)

ii. Buat notifikasi

dengan

melengkapkan:

Borang

Pemantauan

Kesan Advers

Ringan Susulan

Imunisasi

(Pindaan 5)

Report On

Suspected

Adverse Drug

Reactions

3.

LAMPIRAN 8

Panduan

Pengendalian

Kesan

Sampingan

Selepas

Imunisasi

(38)

iii. Rujuk klinik

kesihatan / hospital

yang berhampiran

untuk rawatan lanjut

(sekiranya perlu)

5. Jika tidak berlaku

AEFI

i. Isi kad imunisasi

COVID-19

ii. Beri temuanji untuk

dos seterusnya

iii. Serah kad imunisasi

(39)

6. PELAN TAKLIMAT/ LATIHAN PENGENDALIAN DAN

PEMBERIAN VAKSIN COVID-19 KEBANGSAAN

6.1 Objektif Latihan

Memberikan kefahaman tentang pelan vaksin covid-19 kepada anggota kesihatan

a) Menerangkan pelan tindakan pemberian dan pengambilan vaksin Covid-19

kepada anggota kesihatan

b) Memberi pengetahuan kepada anggota kesihatan tentang pelaksanaan

pemberian vaksin kepada rakyat Malaysia

c) Melatih anggota kesihatan, agensi kerajaan dan agensi swasta dalam proses

pemberian imunisasi Covid-19 kepada populasi penduduk Malaysia di lapangan.

6.2 Kumpulan Sasaran

Latihan perlu diberikan secara menyeluruh bagi memastikan pelaksanaan

pemberian vaksin Covid-19 di negara ini dijalankan dengan sistematik dan

berkesan. Oleh itu, terdapat TIGA kumpulan sasaran yang perlu menghadiri

latihan ini iaitu:

1. Kumpulan Pengurusan

Pengurusan tinggi KKM, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang

terlibat dalam pengurusan untuk Pelan Pemberian Vaksin Covid-19 di

peringkat negeri dan daerah. Antara kementerian terlibat secara

langsung adalah agensi yang terlibat dalam pemberian imunisasi

contohnya KKM, Kementerian Pertahanan, Hospital Universiti,

Persatuan Hospital Swasta dan Persatuan pengamal Perubatan

Swasta. Manakala kementerian yang terlibat secara tidak langsung

adalah seperti Kementerian Dalam Negeri (PDRM, Imigresen, Kastam,

RELA, Pertahanan Awam) Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pihak

Berkuasa Tempatan

2. Kumpulan Pengurusan Pertengahan

Pengurusan pengoperasian di peringkat negeri dan daerah seperti

Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Daerah, Kem-kem Tentera yang

mempunyai fasiliti kesihatan. Kumpulan di peringkat ini perlu

membangunkan pelan pengoperasian imunisasi COVID 19 berdasarkan

keperluan khusus negeri dan daerah. Kumpulan ini juga memantau

pencapaian liputan pemberian vaksin, kejadian AEFI dan keberkesanan

imunisasi.

(40)

vaksini COVID 19 di lapangan. Kategori yang perlu dilatih adalah

anggota pelaksana di KKM, pusat latihan KKM, institut latihan

kejururawatan, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, NGO dan sukarelawan

(sumber manusia dari bahagian latihan)

6.3 Senarai Agensi Kerajaan Yang Perlu Diberi Latihan

1. Latihan pemberian suntikan dan borang kebenaran

i. Kementerian Kesihatan Malaysia

1. Pegawai perubatan

2. Pegawai pergigian

3. Jururawat

4. Penolong Pegawai Perubatan

5. Pelatih jururawat

6. Pelatih Penolong Pegawai Perubatan

7. Kader kesihatan

8. Pegawai Kesihatan Pekerjaan (OSH)

ii. Kementerian Pertahanan Malaysia

1. Pegawai perubatan

2. Pegawai pergigian

3. Jururawat

4. Penolong Pegawai Perubatan

iii. Kementerian Pendidikan Tinggi

1. Pegawai perubatan/Master Student in medical field

2. Pegawai pergigian

3. Jururawat

4. Penolong Pegawai Perubatan

5. Pelatih jururawat

6. Pelatih Penolong Pegawai Perubatan

iv. Sukarelawan

1. IMARAC

2. MERCY

3. Persatuan Doktor Pakar Kesihatan Awam

4. Persatuan Jururawat Malaysia (MNA)

5. Persatuan Pembantu Perubatan

6. Pesara KKM

2. Latihan pengendalian umum

(41)

1. Pegawai Tadbir dan Diplomatik

2. Pegawai Rekod

3. Pegawai Dietetik

4. Pegawai Farmasi

5. Penolong Pegawai Farmasi

6. Optometrist

7. Audiologist

8. Kaunselor

9. Pegawai Khidmat Sosial

10. Pembantu Tadbir

11. Pegawai Sains Pemakanan

12. Pegawai Teknologi Makanan

13. Pegawai Jurupulih Anggota/Carakerja

14. Pembantu Am Rendah

15. Pembantu Perawatan Kesihatan

16. Jururawat Pergigian

17. Juru X-Ray

ii. Kementerian Dalam Negeri

1. PDRM

2. ATM

3. Jabatan Pertahanan Awam

4. RELA

iii. Kementerian pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat

iv. Kementerian Perpaduan

3. KRT (Rukun Tetangga)

i. Kementerian Luar Bandar

4. FELDA

5. RISDA

6. FELCRA

7. KETENGAH

8. KESEDAR

i. Agensi Bukan Kerajaan dan NGO

1. Persatuan Bulan Sabit Merah

2. Persatuan St John Ambulance

3. Jawatankuasa Kemajuan Penduduk (JKKK)

4. JK Kariah Masjid

5. JK Keagamaan Bukan Islam

6. Sukarelawan

(42)

8. Rotary Club

6.4 Tempoh Latihan

FASA PEMBERIAN

VAKSIN

JANGKA MASA LATIHAN

Fasa 1

Februari – Mac 2021

Fasa 2

April – Mei 2021

Fasa 3

Jun – Julai 2021

6.5 Peringkat Latihan

Terdapat TIGA peringkat latihan iaitu:

a) Latihan Pengurusan Tertinggi dan Pertengahan

b) Latihan Penatar

c) Latihan Negeri dan Daerah

Latihan Pengurusan Tertinggi dan Pertengahan

1. Latihan akan dilaksanakan mengikut zon

2. Kandungan latihan

3. Kandungan latihan

4. Dasar

5. Perancangan pelaksanaan di peringkat negeri dan daerah

Latihan Penatar

1. BPKK akan mengendalikan latihan penatar dalam minggu pertama Februari

2021.

2. Latihan ini akan disertai oleh semua agensi kerajaan (peringkat ibupejabat dan

semua Jabatan Kesihatan Negeri) dan agensi bukan kerajaan seperti yang

dinyatakan dalam Kumpulan Pengurusan.

3. Latihan ini akan diadakan secara fizikal dan maya. Latihan ini akan diadakan

secara hybrid.

4. Latihan ini akan merangkumi aspek pengurusan dalam pelaksanaan

pemberian vaksin Covid-19 di negara inii menggunakan Panduan Latihan

Kumpulan Pengurusan Vaksin Covid-19.

Latihan Negeri dan Daerah

1. BPKK akan mengendalikan latihan pemberian vaksin Covid-19 mengikut

Panduan Latihan Kumpulan Pelaksana Pemberian Vaksin Covid-19.

(43)

2. Latihan ini akan melibatkan anggota kesihatan yang terlibat secara langsung

di lapangan dalam pemberian vaksin Covid-19 kepada masyarakat.

3. Latihan ini dijalankan secara hybrid melibatkan peringkat negeri dan daerah.

6.6 Pengendali Latihan

1. Latihan pemberian vaksin Covid-19 akan dikendalikan oleh Bahagian

Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk

peringkat kebangsaan.

2. Latihan di peringkat negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri

masing-masing.

6.7 Teknik Latihan

Latihan kepada kedua-dua kumpulan sasaran ini akan diadakan dalam tiga bentuk.

Tiga bentuk latihan tersebut adalah seperti berikut:

a) Latihan secara fizikal

b) Latihan secara maya

c) Latihan secara hybrid

6.8 Lokasi Latihan

Latihan diadakan di tempat yang akan ditentukan oleh penganjur dari semasa ke

semasa.

6.9 Bahan Latihan

a) Panduan Latihan untuk Kumpulan Sasaran I

b) Panduan Latihan untuk Kumpulan Sasaran II

c) Bahan cetakan seperti risalah

d) Bahan media elektronik seperti slide powerpoint dan lain-lain

e) Set pemberian suntikan

f) Set PPE dan bahan sisa klnikal

g) Peralatan rangkaian sejuk

6.10 Cadangan Peruntukan Latihan

a) Lokasi

b) Makan-minum

c) Peralatan perubatan

d) Peralatan teknikal latihan

(44)

Latihan pemberian imunisasi di lapangan merangkumi beberapa skop yang bermula

daripada pengambilan vaksin daripada ULTF sehingga pengurusan sisa klinikal.

Skop-skop latihan adalah seperti di bawah:

a) Pengambilan vaksin Covid-19 daripada pusat penyimpanan vaksin (ULTF)

b) Penjagaan dan pemantauan rantaian suhu semasa pengambilan vaksin daripada

ULTF, top loading pusat imunisasi dan cold-box semasa proses suntikan vaksin.

c) Kaedah penyediaan dan pemberian vaksin (thawing, bancuhan vaksin, syringe

vaksin, suntikan vaksin, pelupusan sisa klinikal)

d) Proses Imunisasi Di Fasiliti Imunisasi

e) Pelupusan sisa klinikal

6.12 Hasil Latihan

a) Anggota kesihatan berupaya untuk merancang pengoperasian dan memantau

pelaksanaan pusat dan fasiliti pemberian vaksin

b) Memastikan anggota faham mengenai MySejahtera

c) Memastikan proses mengintergrasikan MySejahtera sebagai aplikasi utama dalam

pelaksanaan pemberian vaksin ini berjaya

d) Anggota kesihatan mempunyai kefahaman yang tepat dan jelas tentang pelan

pengoperasian COVID-19 Yang berdaya saing dan dinamik

e) Anggota kesihatan faham dan yakin untuk melaksanakan pemberian vaksin

kepada masyarakat di lapangan mengikut garispanduan yang telah ditetapkan.

(45)

7. SISTEM PELAPORAN VAKSIN COVID-19

7.1 Pelaporan

Sistem Pelaporan merujuk kepada proses yang melibatkan pengumpulan maklumat

mengenai Vaksin COVID-19 iaitu jenis vaksinyang digunakan, jumlah vaksin diterima,

jumlah digunakan dan jumlah pembaziran vaksin seperti di Lampiran 11. Laporan ini

perlu dihantar ke Bilik Gerakan Imunisasi COVID-19.

(46)

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN 1 BORANG PERSETUJUAN

LAMPIRAN 2 SOALAN BAGI PENERIMA VAKSIN VAKSIN

LAMPIRAN 3 PANDUAN SOALAN SARINGAN GEJALA COVID-19

LAMPIRAN 4 KAD IMUNISASI

LAMPIRAN 5 BORANG PEMANTAUAN KESAN ADVERS RINGAN SUSULAN IMUNISASI

(PINDAAN 5)

LAMPIRAN 6

REPORT ON SUSPECTED ADVERSE DRUG REACTIONS

LAMPIRAN 7 PANDUAN MENGISI BORANG REPORT ON SUSPECTED ADVERSE DRUG

REACTIONS

LAMPIRAN 8 PANDUAN PENGENDALIAN KESAN SAMPINGAN SELEPAS IMUNISASI

LAMPIRAN 9 SOALAN LAZIM UNTUK ANGGOTA KESIHATAN

LAMPIRAN 10 PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV)

LAMPIRAN 11 BORANG REKOD VAKSIN COVID-19

(47)

LAMPIRAN 1

BORANG PERSETUJUAN SUNTIKAN VAKSIN COVID-19

Vaksin COVID-19 diberi bagi mengawal penularan COVID-19 di negara ini. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang lebih teruk. Secara tidak langsung kita boleh melindungi golongan berisiko yang tidak layak menerima suntikan vaksin.

Majlis Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember 2020 mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Suntikan Vaksin COVID-19 ada yang memerlukan satu (1) atau (2) dos bergantung kepada jenis vaksin. Suntikan ini kebiasaannya diberi pada otot bahu kecuali dalam keadaan tertentu. Jenis vaksin yang diberikan bergantung kepada bekalan vaksin semasa.

Pengambilan Vaksin COVID-19 ini juga mungkin akan mengakibatkan kesan sampingan yang ringan dan kesan sampingan lain yang akan dilaporkan dari semasa ke semasa.

SEJARAH KESIHATAN (Sila lengkapkan) Adakah anda :

a. Mengalami kesan sampingan teruk (seperti sawan, pengsan dan kemasukan ke hospital) selepas mendapat mana-mana imunisasi sebelum ini?

YA TIDAK

b. Pernah mempunyai sejarah alahan teruk? YA TIDAK

c. Adakah anda sedang hamil atau bercadang untuk hamil? (bagi

wanita) YA TIDAK

(48)

pemberian suntikan vaksin tersebut seperti mana di helaian Maklumat Vaksin COVID-19 bagi Penerima Vaksin.

Dengan ini, saya memahami bahawa:

1. pengambilan vaksin COVID-19 ini mungkin akan menimbulkan reaksi serta kesan sampingan seperti yang dinyatakan di dalam maklumat vaksin;

2. saya bertanggungjawab ke atas risiko yang mungkin berlaku akibat keputusan / tindakan saya ini kerana manfaat vaksin adalah jauh lebih baik daripada kesan sampingannya;

3. vaksin ini tidak memberi jaminan sepenuhnya kepada saya daripada tidak mendapat jangkitan COVID-19 pada masa akan datang;

4. dengan menandatangani persetujuan menerima vaksin COVID-19 ini, saya bersetuju dengan rela hati untuk melengkapkan jumlah pengambilan dos vaksin seperti yang dijadualkan.

Sila lengkapkan persetujuan di bawah (yang mana berkaitan):

• Saya, ……….. No.K.P/Polis/Tentera……….. *BERSETUJU / TIDAK BERSETUJU mendapatkan suntikan Vaksin COVID-19 ……… untuk *diri saya.

• Saya, ……….. No.K.P/Polis/Tentera……….. *BERSETUJU / TIDAK BERSETUJU mendapatkan suntikan Vaksin COVID-19 ……… untuk *ibu bapa / *orang di bawah jagaan saya bernama ……….. No. K.P/ Polis/ Tentera ………..

Tandatangan penerima / waris Tandatangan Saksi

Nama : Nama : No. Kad Pengenalan : No. Kad Pengenalan : Tarikh : Tarikh :

*potong yang tidak berkenaan

Nota penting: Rujuk maklumat lanjut mengenai Vaksin COVID-19 di helaian Maklumat Vaksin COVID-19 bagi Penerima Vaksin.

Terima kasih atas kerjasama yang diberi. Sila kembalikan borang ini kepada pihak klinik.

(49)

LAMPIRAN 2

SOALAN BAGI PENERIMA VAKSIN COVID-19 COMIRNATY

APA ITU COVID-19?

Penyakit COVID-19 disebabkan oleh coronavirus yang disebut SARS-CoV-2. Gejala mungkin muncul 2 hingga 14 hari selepas terdedah kepada virus. Gejala yang mungkin dialami adalah:

• demam atau menggigil;

• batuk;

• sesak nafas;

• keletihan;

• sakit otot atau badan;

• sakit kepala;

• kehilangan deria rasa atau bau;

• sakit tekak;

• kesesakan atau hidung berair;

• loya atau muntah; atau

• cirit-birit.

SIAPAKAH GOLONGAN BERISIKO TINGGI UNTUK MENDAPAT JANGKITAN COVID-19?

Golongan berisiko adalah:

• Kanak-kanak

• Warga emas berusia 60 tahun dan ke atas

• Pesakit dengan penyakit kronik

• Pesakit dengan daya ketahanan badan yang rendah

• Wanita hamil

APAKAH KEPENTINGAN MENGAMBIL VAKSIN COVID 19?

Vaksin COVID-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit COVID-19. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkali an kejadian penyakit COVID-19 yang lebih teruk. Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi.

APAKAH JENIS VAKSIN YANG AKAN DIGUNAKAN DI MALAYSIA?

Terdapat beberapa jenis yang akan digunakan di Malaysia iaitu:

• Vaksin Covid-19 mRNA keluaran Pfizer-BioNtech

• Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Astra Zeneka

• Vaksin Covid-19 inactivated keluaran Sinovac

(50)

SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH?

Semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas layak menerima vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech. Keutamaan diberikan kepada petugas barisan hadapan, mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 seperti warga emas, pesakit dengan masalah perubatan seperti pesakit jantung, kencing manis, darah tinggi, asthma, kanser dan sebagainya.

SIAPA YANG TIDAK LAYAK MENERIMA VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH?

Anda tidak layak menerima vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech sekiranya anda mempunyai:

• Sejarah reaksi alahan teruk atau sejarah anafilaksis selepas menerima dos pertama vaksin mRNA seperti vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech;

Nota:

Reaksi alahan dianggap teruk sekiranya individu tersebut perlu diberi rawatan di hospital

• Reaksi alahan kepada sebarang kandungan vaksin mRNA COVID-19 walaupun tidak teruk (reaksi alahan yang berlaku dalam tempoh 4 jam selepas menerima suntikan vaksin mRNA COVID-19). Individu yang mengalami reaksi ini setelah menerima dos pertama vaksin mRNA COVID-19, tidak akan diberikan dos kedua; atau

• Sejarah reaksi alahan teruk atau sejarah anafilaksis setelah mengambil sebar ang ubat atau makanan atau kepada bahan yang tidak diketahui.

APAKAH HUKUM PENGAMBILAN VAKSIN COVID-19?

Majlis Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama

Islam yang bersidang pada 3 Disember 2020

mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh Kerajaan.

ADAKAH SAYA DIBERI PILIHAN UNTUK MEMILIH JENIS VAKSIN COVID-19?

Tidak. Penerima vaksin tidak dibenarkan untuk memilih jenis vaksin COVID-19 yang akan diterima. Ianya bergantung kepada bekalan stok sedia ada di pusat vaksinasi.

ADAKAH VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH SELAMAT PENGGUNAANNYA DI MALAYSIA?

Ya,

vaksin ini selamat digunakan kerana ia telah berdaftar dan telah diluluskan oleh Bahagian R egulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 8 Januari 2021 untuk penggunaannya di Malaysia. Pihak Food and Drug Administration (FDA) telah membenarkan penggunaan Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech sebagai langkah kecemasan untuk mencegah COVID-19

(51)

dalam kalangan individu berumur 16 tahun dan ke atas di bawah Penggunaan Kecemasan Kebenaran (EUA). Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memperakui bahawa vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech boleh digunakan bagi tujuan kecemasan pada 31 Disember 2020.

Ia juga telah diluluskan oleh pihak berkuasa kesihatan di USA, UK, negara-negara Eropah, Israel dan Singapura. Malah sebanyak 48 negara telah memperakui penggunaan vaksin ini.

APAKAH YANG PERLU SAYA MAKLUMKAN KEPADA PETUGAS KESIHATAN SEBELUM MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH?

Maklumkan kepada petugas kesihatan sekiranya anda:

• mempunyai sejarah alahan yang teruk;

• mengalami masalah pendarahan (bleeding disorder) seperti Haemophilia, Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP) dan sebagainya;

• sedang dalam rawatan ubatan pencair darah;

• sedang mendapat rawatan yang merendahkan sistem imun badan;

• sedang mengandung atau merancang untuk hamil;

• sedang menyusukan bayi; atau

• telah menerima vaksin COVID-19 daripada jenama yang lain

APAKAH PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19?

Setelah menerima suntikan vaksin COVID-19, penerima vaksin perlu:

1.

Berada di ruang pemerhatian yang ditetapkan sekurang-kurangnya selama 15 minit.

2.

Anda mesti memaklumkan kepada petugas kesihatan atau mendapatkan rawatan se gera sekiranya anda mengalami tanda-tanda berikut selepas menerima vaksin COVID-19:

i.

Kesukaran bernafas

ii.

Pembengkakan muka, bibir dan tekak

iii.

Denyutan jantung yang sangat cepat

iv.

Ruam teruk timbul di seluruh badan

v.

Merasa pening dan lemah tubuh badan

3.

Penerima vaksin perlu sentiasa mengamalkan norma baharu dan mengikuti langkah pence gahan penyakit COVID-19.

4.

Anda perlu menyimpan kad vaksinasi yang diberi oleh anggota kesihatan.

Apabila anda mendapat dos pertama,

anda akan diberi kad vaksinasi untuk menunjukkan bila anda perlu mendapatkan dos kedua Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech.

(52)

Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech adalah jenis mRNA di mana bahan utama adalah mRNA, lipid, gula, garam.

Perincian kandungan vaksin adalah seperti berikut: mRNA, lipids ((4-hydroxybutyl)azanediyl)bis(hexane-6,1-diyl)bis(2-hexyldecanoate), 2 [(polyethylene

glycol)-2000]-N,N-ditetradecylacetamide, 1,2-Distearoyl-sn-glycero-3-phosphocholine, and

cholesterol), potassium chloride, monobasic potassium phosphate, sodium chloride, dibasic sodium phosphate dihydrate, and sucrose.

BAGAIMANA VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH DIBERIKAN?

Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech akan diberikan secara suntikan ke dalam otot seperti di otot bahu. Anda akan menerima sebanyak dua (2) dos vaksin dalam selang masa tiga (3) minggu (21 hari). Anda hendaklah menerima kedua-dua dos bagi memastikan perlindungan optima. Bagaimanapun, vaksin ini tidak memberi jaminan untuk melindungi semua orang daripada jangkitan COVID-19.

ADAKAH SAYA AKAN DILINDUNGI SEPENUHNYA SELEPAS MENERIMA VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH?

Vaksin akan mula menunjukkan keberkesanan melalui peningkatan antibodi dalam badan b ermula dari hari ke-12 selepas dos pertama diberikan. Pembentukan antibodi akan meningkat secara mendadak selepas pemberian dos kedua. Ini bermakna, seseorang akan dilindungi secara optima selepas menerima kedua-dua dos untuk mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang serius. Walaupun seseorang itu telah menerima dos lengkap vaksin, beliau masih perlu mengamalkan langkah pencegahan seperti mengamalkan 3W iaitu Wash,

Wear, Warn dan mengelakkan 3C iaitu mengelakkan Confined space (Sempit),

Crowded Place (Sesak) dan Close conversation (Sembang dekat).

Walau bagaimanapun, pada masa ini, tempoh perlindungan jangka panjang terhadap COVID-19 masih belum diketahui.

APAKAH KESAN SAMPINGAN VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH?

Vaksin ini adalah selamat dan kesan sampingan yang telah dilaporkan adalah ringan dan bersifat sementara. Kesan sampingan ringan yang kerap dilaporkan adalah seperti berikut:

i.

• sakit di tempat suntikan;

• penat (tiredness); • sakit kepala; • sakit otot; • menggigil; • sakit sendi; • demam;

• pembengkakan di tempat suntikan;

• kemerahan di tempat suntikan;

• loya;

• merasa tidak sihat;

(53)

• kesan-kesan sampingan yang mungkin akan dilaporkan dari semasa ke semasa.

Walaupun sangat jarang berlaku, ada kemungkinan Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech boleh menyebabkan reaksi alahan yang teruk. Gejala alahan yang teruk biasanya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam setelah menerima Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech.

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA SAYA MENGALAMI KESAN SAMPINGAN SELEPAS SUNTIKAN?

Sekiranya anda mengalami kesan sampingan selain yang telah dinyatakan di atas, sila lapor ke klinik kesihatan terdekat dan dapatkan rawatan dengan segera.

Terdapat kemungkinan kesan sampingan yang lain yang belum dilaporkan boleh berlaku.

BOLEHKAH SAYA MENOLAK UNTUK MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH?

Anda boleh memilih untuk tidak menerima vaksin kerana penerimaan vaksin COVID-19 ini adalah secara sukarela. Sekiranya anda adalah petugas barisan hadapan, mempunyai penyakit kronik dan warga emas,

penerimaan vaksin ini boleh mengurangkan risiko keterukan penyakit apabila anda dijangkiti .

BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT BERKAITAN VAKSIN?

• Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila bertanya kepada petugas kesihatan berhampiran

• Anda juga boleh melayari laman sesawang yang mengandungi maklumat yang lebih tepat dan dipercayai seperti:

• https://www.vaksincovid.gov.my/ • https://npra.gov.my/ • WHO: https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/covid-19-vaccines • CDC : https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/index.html

(54)

LAMPIRAN 3

PANDUAN SOALAN SARINGAN GEJALA PENYAKIT COVID-19

1 Adakah anda baru balik dari melawat LUAR NEGARA dalam tempoh 14 hari yang lepas?

Jika YA, nyatakan negara yang dilawati: ____________________________________

2 Adakah anda pernah menghadiri acara atau

mengunjungi mana-mana tempat yang melibatkan kes yang disyaki atau positif COVID -19 dalam tempoh 14 hari yang lepas?

Ya Tidak

3 Adakah anda ada KONTAK RAPAT dengan individu

disahkan positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari yang lepas…

a. Bekerja/Bersemuka dalam ruang tertutup yang sama, dalam jarak kurang dari 1 meter melebihi 15 minit?

Ya Tidak

b. Menaiki kenderaan yang sama melebihi 2 jam dalam jarak 2 kerusi (2 meter) dari individu positif COVID -19?

Ya Tidak

c. Tinggal serumah dengan individu yang disahkan positif COVID - 19?

Ya Tidak

d. Berada bersama di dalam bilik tertutup yang menggunakan penghawa dingin lebih dari 2 jam?

Ya Tidak

e. Memberi rawatan atau melawat pesakit positif COVID-19 tanpa menggunakan alat perlindung diri yang sesuai?

Ya Tidak

4 Adakah anda mempunyai gejala-gejala berikut?

a. Demam Ya Tidak

b. Batuk Ya Tidak

c. Sakit tekak Ya Tidak

d. Selesema Ya Tidak

(55)

LAMPIRAN 4

KAD IMUNISASI

Saiz : Ukuran Kad Pengenalan

Muka Depan Kad

(56)
(57)
(58)

Referensi

Dokumen terkait

Nota: Individu yang mengalami reaksi ini setelah menerima dos pertama vaksin mRNA COVID-19 tidak akan diberikan dos kedua.. 11 ADAKAH VAKSIN COVID-19 BOLEH DIBERIKAN KEPADA

(2) Dalam hal pengadaan Vaksin COVID-19 untuk pelaksanaan Vaksinasi Gotong Royong sebagaimana dimaksud pada ayat (1) terdapat kelebihan jumlah Vaksin

Biaya yang telah dikeluarkan untuk pengadaan Vaksin COVID-19 dan pelaksanaan Vaksinasi COVID-19 merupakan bagian dari biaya ekonomi untuk penyelamatan perekonomian dari

Adanya dominasi siswa yang berusia 7 sampai 12 tahun di sekolah musik Cimahi Drum Lab dan kemampuan untuk melakukan refleksi secara verbal khususnya dalam proses

Biaya yang telah dikeluarkan untuk pengadaan Vaksin COVID-19 dan pelaksanaan Vaksinasi COVID-19 merupakan bagian dari biaya ekonomi untuk penyelamatan perekonomian dari

Biaya yang telah dikeluarkan untuk pengadaan Vaksin COVID-19 dan pelaksanaan Vaksinasi COVID-19 merupakan bagian dari biaya ekonomi untuk penyelamatan perekonomian dari

Biaya yang telah dikeluarkan untuk pengadaan Vaksin COVID-19 dan pelaksanaan Vaksinasi COVID-19 merupakan bagian dari biaya ekonomi untuk penyelamatan perekonomian dari

1) Melengkapi diri dengan kartu/sertifikat vaksin COVID-19;.. 2) Bagi PPDN yang telah mendapatkan vaksinasi COVID-19 dosis 2 (penuh) tidak perlu melampirkan surat