• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kata kunci : kemahiran proses sains, kebolehan kenalpasti pembolehubah, pelajar, soalan bereksperimen

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kata kunci : kemahiran proses sains, kebolehan kenalpasti pembolehubah, pelajar, soalan bereksperimen"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Kebolehan Pelajar Tingkatan 2d Untuk Mengenal Pasti Pembolehubah Dengan Menggunakan Kaedah Ujikaji.

Junaidah Binti Hasbullah

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaaan Malaysia,Bangi

__________________________________________________________________________________

Abstrak

Penguasaan pelajar tentang Kemahiran Proses Sains telah mendapat perhatian dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kebolehan mengenalpasti pembolehubah di kalangan pelajar tingkatan 2. Selepas sesi pengajaran, saya telah memberikan soalan berbentuk eksperimen kepada pelajar tingkatan 2 berkaitan tajuk yang dipelajari sebagai aktiviti pengayaan. Saya mendapati terdapat segelintir pelajar yang tidak boleh mengenalpasti pembolehubah. Saya perlu membuat perubahan segera kerana memandangkan pelajar tingkatan 2D ini akan menghadapi peperiksaan PT3 pada tahun hadapan. Seramai 30 orang pelajar tingkatan 2 terlibat sebagai responden kajian.Tiga jenis pembolehubah ini iaitu pembolehubah dimanipulasikan (apa yang diubah) ,pembolehubahbergerakbalas (apa yang diperhatikan / diukur) dan pembolehubah dimalarkan (apa yang sama)yang menjadi asas utama untuk menjawab soalan peperiksaan . Data dianalisis menggunakan duainstrumen khusus untuk mengumpul data dan maklumat. Dua instrumen khusus yang telah dipilihadalah Ujian Pra dan Ujian Pos serta pemerhatian. Oleh yang demikian, saya menjalankan kajian dan membuat perancangan untuk menyelesaikan masalah ini dengan menekankan kepada mengenalpasti tiga jenis pembolehubah yang mesti dikuasai oleh pelajar dalam tempoh 5 minggu. Daripada dapatan kajian, mendapati bahawa tahap penguasaan kemahiran mengenalpastil pembolehubah adalah sederhana. Ini menunjukkan penerapan kemahiran mengenalpasti pembolehubah masih kurang mencukupi dalam pengajaran dan pembelajaran ini memberikan kesan ke atas pencapaian mereka untuk menguasai Kemahiran Proses Sains.

Kata kunci : kemahiran proses sains , kebolehan kenalpasti pembolehubah , pelajar , soalan bereksperimen

__________________________________________________________________________________

Pendahuluan

Malaysia mempunyai wawasan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Dalam usaha mencapai hasrat ini Malaysia memerlukan ramai tenaga manusia yang mempunyai kepakaran dalam bidang sains dan teknologi. Untuk memenuhi keperluan tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan nisbah 60:40 iaitu 60% pelajar dalam bidang sains dan teknikal dan 40% pelajar dalam bidang sastera. Kedudukan nisbahini pada tahun 2000 menunjukkan pencapaian dasar ini masih jauh daripada sasarannya. Cuma 27.7% sahaja pelajar berada dalam jurusan sains dan teknikal sementara selebihnya adalah dalam jurusan sastera (Rodziah, 1999).

Sehubungan itu, dalam kurikulum sains baru, proses pengajaran dan pembelajaran sains memberi penekanan terhadap kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah, dengan menggunakan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. Kemahiran saintifik adalah penting bagi membolehkan pelajar menjalankan sebarang aktiviti(penyiasatan) dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains, dengan menggunakan kaedah saintifik. Kemahiran saintifik terbahagi kepada dua, iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Manakala, kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran asas dan kemahiran bersepadu (Abu Hassan, 2004).

PENYATAAN MASALAH

Kepentingan penguasaan kemahiran proses sains dapat dilihat melalui pelbagai kajian yang dijalankan yang memberi fokus tentang penglibatan murid yang aktif semasa pembelajaran sains dan memberikan penekanan kepada penguasaan kemhiran proses sains, (Abraham & Millar, 2008),

(2)

kemahiran proses sains juga disepadukan dengan perkembangan kognitif yang menjadi nadi utama dalam pendidikan sains, Johnston, (2008), Abraham & Millar, (2008). Kajian tentang kesesuaian murid untuk mempelajari dan menguasai kemahiran membuat hipotesis dijalankan oleh Braud dan Hames, (2005) dan pembelajaran yang menekankan kemahiran proses sains dapat menyediakan peluang yang luas serta merangsang pemikiran aras tinggi (Chin & Kayalvizhi, 2005).

Walaupun terdapat banyak kajian yang dijalankan tentang kemahiran proses sains, namun kajian mengenai kemahiran membuat hipotesis adalah terhad. Tambahan pula, perubahan dalam perkembangan pendidikan sains kini memberikan fokus utama kepada pembelajaran yang diperolehi oleh murid, bukan hanya kepada pengajaran guru semata-mata, walaupun umum telah menerima pengajaran guru yang menghasilkan pembelajaran murid. Namun persoalannya ialah bentuk pengajaran guru yang bagaimana diperlukan dalam konteks ini. Maka kajian mengenai kemahiran membuat hipotesis dari aspek pembelajaran murid dan juga menggunakan pendekatan kualitatif agak terhad. Penyediaan murid untuk penguasaan kemahiran proses sains, khususnya kemahiran membuat hipotesis melalui jalan sukar kerana tekanan peperiksaan. Sama ada kemahiran membuat hipotesis ini diberikan penekanan yang serius dalam pengajaran dan pembelajaran sains namun murid perlu menguasai kemahiran membuat hipotesis dan akan disambungkan di peringkat sekolah menengah.

Oleh yang demikian, pengkaji merasakan kajian tahap penguasaan kemahiran membuat hipotesis dalam kalangan murid sekolah rendah yang menggunakan pendekatan kualitaif ini perlu dijalankan untuk memahami penguasaan kemahiran membuat hipotesis dalam kalangan murid sekolah rendah dari perspektif murid itu sendiri.

MATLAMAT KAJIAN

Kajian kualitatif ini bertujuan untuk mengkaji bagaimana tahap penguasaan kemahiran membuat hipotesis dalam kalangan murid sekolah rendah dan menjawab soalan mengenai

(a) penguasaan konsep pemboleh ubah

(b) penguasaan dalam menyatakan hubungan pemboleh ubah (c) penguasaan dalam membuat hipotesis,

(d) penguasaan dalam konsep hipotesis, dan

(e) keupayaaan dalam membuat pengujian hipotesis. OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan pencapaian 30 orang murid Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan KebangsaanTelok Datok,Banting dalam kebolehan mengenalpasti pembolehubah yang merupakan sebahagian daripada kemahiran proses sains. Secara khususnya pula kajian ini dijalankan adalah untuk :

memerlukan mereka mengenal pasti pembolehubah dari gambar, jadual dan graf.

: - dimalarkan / apa yang sama

- dimanipulasikan / apa yang diubah

- bergerakbalas / apa yang diperhatikan/ diukur

SOALAN KAJIAN

Adakah dengan menggunakan ujikaji dapat meningkatkan kebolehan 30 orang murid Tingkatan 2D SMKTD untuk mengenal pasti pembolehubah ?

KUMPULAN SASARAN (SAMPLE KAJIAN)

Kajian ini telah dijalankan dengan hanya melibatkan 30 orang murid Tingkatan 2D sebagai kumpulan sasaran. Secara amnya umur sample ini berada dalam linkungan 14 tahun.

(3)

Walaubagaimanapun dari segi pencapaian untuk subjek sains pencapaian mereka adalah pada tahap sederhana tetapi masih boleh diperbaiki dengan sedikit usaha. Kesemua sample mengikuti sesi persekolahan secara normal iaitu lima waktu seminggu.

MERANCANG TINDAKAN Pengenalan

Tindakan segera perlu diambil untuk menyelesaikan masalah. Setelah membuat pemerhatian dan mengenal pasti punca permasalahan murid , saya telah membuat keputusan untuk menggunakan ujikaji sebagai cara penyelesaian masalah. Dari segi istilah sains, didefinisikan sebagai ujian yang memerlukan hanya satu faktor yang berubah dalam satu masa dan faktor lain yang juga memberi kesan ujikaji tersebut manakala terdapat foktor lain yang kekal malar. Kaedah eksperimen atau ujikaji dipilih kerana ia merangkumi proses mengenal pasti dan mengawal pembolehubah. Dengan menjalankan ujikaji, murid secara automatik akan menjana idea dan membina pengetahuan sendiri berdasarkan pengalaman yang mereka lalui.

PERANCANGAN LANGKAH TINDAKAN

Saya telah memilih tiga pendekatan khusus yang disesuaikan untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. Selain itu pendekatan ini juga dapat digunakan untuk meningkatkan kemahiran proses sains murid. Ketiga-tiga langkah adalah seperti berikut:

1. Mengajar semula tentang konsep, maksud dan jenis pembolehubah kepada murid. 2. Melakukan ujikaji sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk membiasakan murid mengenal pasti pembolehubah.

3. Latih tubi yang berterusan sebagai aktiviti pengayaan selepas melakukan ujikaji.

Pengajaran semula

Setiap hari murid akan belajar banyak perkara baru dan jika saya mahu membuat pengajaran semula bagi keseluruhan topik, ianya agak susah untuk menghabiskan sukatan pelajaran dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jadi, pengajaran semula disini bermaksud mengajar semula tentang cara mengenal pasti pembolehubah. Selain pembolehubah, saya juga dapat menerapkan kemahiran proses sains yang lain secara tidak langsung. Dengan ini, murid bukan sahaja mempertingkatkan kemahiran mereka dalam mengenal pasti pembolehubah tetapi juga dalam kemahiran proses sains. Langkah 1:Pengenalan kembali kepada definisi pembolehubah.

Langkah 2:Menggunakan Power Point bergambar untuk mengajar tajuk pembolehubah tentang kata kunci konsep pembolehubah.

Pelaksanaan Ujikaji

Sains adalah proses memahami prinsip atau konsep. Konsep dan prinsip boleh dibuktikan kesahihannya dengan melakukan eksperimen atau ujikaji. Melalui ujikaji,murid akan belajar menguasai kemahiran proses sains secara tidak langsung.Ujikaji sangat berkait rapat dengan kebolehan untuk mengenal pasti pembolehubah. Murid yang membuat ujikaji sendiri, boleh menguasai sesuatu pengetahuan itu dan ianya dapat disimpan lebih lama dalam memori mereka. Berdasarkan fakta ini, saya telah memastikan murid-murid saya melakukan eksperimen sekurang-kurangnya satu ujikaji dalam tempoh seminggu.Semasa murid melakukan ujikaji , saya akan memastikan semua murid membuat pemerhatian dan mengenal pasti pembolehubah di dalam ujikaji tersebut dengan meminta mereka melihat apa yang sama, apa yang berbeza dan kesan bagi perubahan perbezaan ini.

Secara tidak langsung murid akan memahami bahawa perkara yang sama adalah pembolehubah dimalarkan, perbezaan adalah pembolehubah yang dimanipulasi dan kesan dari perbezaan ini adalah pembolehubah bergerak balas. Selain itu, saya juga memerhatikan kemajuan

(4)

mereka secara berterusan dengan menggunakan senarai semak yang telah disediakan. Dengan merujuk kepada senarai semak ini, saya dapat memastikan sama ada sasaran yang saya letakkan tercapai atau tidak. (*Rujuk prosedur ujikaji di lampiran E).

Latih tubi yang berterusan

Latih tubi bertindak sebagai penguat dan pengukuhan kepada pemahaman dan penguasaan murid tentang konsep mengenal pasti dan mengawal pembolehubah.Latih tubi juga digunakan bagi tujuan menilai perkembangan murid. Tambahan pula kepekaan murid bagi menyiapkan latihan juga membantu mereka mengulangkaji sesuatu topik sekaligus menolong meningkatkan penguasaan mereka berkenaan suatu konsep itu. Bagi memastikan murid-murid tersebut dapat mencapai sasaran, saya telah mencuba untuk mengaitkan latih tubi ini dengan soalan berkaitan ujikaji seperti di dalam buku teks.

PENGUMPULAN DATA

Dalam menjalankan kajian ini, saya menggunakan dua instrumen khusus untuk mengumpul data dan maklumat. Dua instrumen khusus yang telah dipilih adalah Ujian Pra dan Ujian Pos serta Pemerhatian.

Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian pra dan dan ujian pos merupakan satu rangkaian soalan bagi menguji kesan tindakan rawatan ke atas sample menggunakan bahan iaitu soalan. Di antara ujian pra dan ujian pos terdapat selang masa bagi perlaksanaan tindakan rawatan. Instrumen ini dapat digunakan untuk memberi gambaran kepada guru tentang keberkesanan prosestindakan rawatan yang telah diambil. Kebolehpercayaan dan kesahihan menggunakan kaedah ‗uji dan uji semula´.

Dapatan ujian pra, boleh dijadikan rujukan atau gambaran awal tentang pengukuran penguasaan murid terhadap kebolehan murid untuk mengenal pasti pembolehubah. Selepas itu tindakan rawatan akan dilaksanakan dan disusuli dengan ujian pos. Daripada kedua-dua ujian ini kita dapat melihat sama ada akan berlaku perubahan atau tidak ke atas sample selepas berlakunya tindakan rawatan. Analisis akan dilakukan menggunakan analisis peratus perubahan peningkatan atau penurunan.

Pemerhatian

Pemerhatian merupakan satu lagi instrumen pengumpulan data yang telah dijalankan sepanjang kajian ini. Satu senarai semak yang ringkas telah dibina bagi memantau perkembangan murid sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Beberapa aspek telah dinilai berdasarkan pemerhatian. Pemerhatian ini adalah pemerhatian yang berstruktur kerana pemerhatian dibuat adalah berdasarkan senarai semak.Sepanjang tempoh kajian saya telah melakukan pemerhatian secara terus dengan memantau sample setiap kali murid melakukan ujikaji .Sekurang-kurangnya sepanjang tempoh kajian, saya telah membuat pemerhatian secara langsung sebanyak tiga kali sepanjang tempoh tindakan rawatan dijalankan. Berikut merupakan senarai semak yang telah dibina bagi tujuan pemerhatian. Data yang dikumpul akan dianalisis menggunakan analisis kualitatif berdasarkan senarai semak seperti dibawah (rujuk lampiran D).

Jadual Senarai Semak Untuk Pemerhatian Kajian Tindakan.

NO ASPEK Eksperimen 1 Tarikh: Masa: Eksperimen 2 Tarikh: Masa: Eksperimen 3 Tarikh: Masa: 1 Pelajar boleh mengenalpasti

pembolehubah yang dimalarkan / apa yang sama

2 Pelajar boleh mengenalpasti pembolehubah yang

dimanipulasi / apa yang diubah 3 Pelajar boleh mengenalpasti

(5)

pembolehubah yang bergerak balas / apa yang diperhatikan / diukur

4 Pelajar boleh mengenalpasti sasaran eksperimen dengan menggunakan pembolehubah 5 Pelajar boleh menulis 3

pembolehubah dengan betul

ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI

Dalam analisis dan interpretasi data saya telah melakukan penganalisian terhadap semua data mentah yang telah dikumpul sepanjang tempoh perlaksanaan kajian.

Ujian Pra dan Ujian Pos

Bagi Ujian Pra dan Ujian Pos kesemua sample seramai 30 orang telah terlibat dalam menjawab soalan bagi kedua-dua ujian ini. Ujian ini dilakukan sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas tindakan rawatan diambil. Soalan untuk Ujian Pra danUjian Pos adalah sama cuma berlaku perubahan nombor soalan sahaja bagi mengelakkan murid menjawab secara hafalan.Segala dapatan yang dikumpul akan dikategorikan mengikut bahagian dapatan sebelum tindakan dan selepas tindakan. Jadual dibawah menunjukkan dapatan selepas ujian dilaksanakan. Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan kaedah analisis kuantitatif mudah dan peratus.

Jenis ujian

Nama Pelajar

Ujian Pra Ujian Pos Peratus

Peningkatan (+) Penurunan ( - )

AIDA MAISARAH BT MOHD AKHYAR 27 52 + 25

AINA SYAZA BINTI S.ANIS 34 68 + 34

DINESH A/L KRISHNAN 40 58 + 18

FATIN AMIRA BT MOHAMAD AZRI 40 74 + 34

INTAN NUR SHAZLIYANA BT ZAINOL

IZHA 28 62

+ 34

JESLINA 30 30 + 0

JEYAVHARMAAN A/L TARAMARAJU 20 16 -4

KAM LIAN HUA 41 66 + 25

KANMANI A/P KALAIMANI 23 32 + 9

KUA HENG RI 33 40 + 7

MUHAMMAD ALZAM BIN IDRUS 26 46 + 20

MUHAMMAD ARIF B RAZALI 23 38 + 15

MUHAMMAD AZREEN BIN MOHAMAD 20 52 + 32

MUHAMMAD AZRI SYAH B.KAMALNIZAM 21 22 + 1

MUHAMMAD FARIS RIZUAN BIN RUSLAN 30 42 + 12

MUHAMMAD FIRDAUS BIN MANSOR 20 36 + 16

MUHAMMAD HAFIZAL B ASHARUDIN 50 60 + 10

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD SALIM 58 40 -18

MUSLINA BT MOHAMMAD FAHMI 20 35 + 15

NUR IMANINA BINTI HAZRIN 23 54 + 31

NUR NADIRAH HAZIQAH BINTI HAZLIN 21 66 + 45

NUR SYAKILLA BT SAMSURI 13 48 + 35

NURSAFIYYAH AQEELA BT JAFFRI 28 40 + 12

NURUL SYAHIDAH BT RUZY 22 48 + 26

(6)

SHAMALA A/P PERIANAN 72 70 -2

SITI NURHUMAIRA BT MOHAMAD SODEK 33 26 -7

SOFEA BT AJIS @ SAMAD 60 75 + 15

TAN YANG CAI 52 60 + 8

VENUVANESWARAN A/L

CHANDARASEGARAN 57 56

-1

Pemerhatian

Berpandukan senarai semak, pemerhatian telah dibuat ke atas murid untuk memperolehi data yang akan dianalisis menggunakan analisis kualitatif mudah dengan menggunakan senarai semak. Melalui senarai semak ini, segala maklumat yang diperolehi ini dicatatkan untuk menunjukkan sebarang perubahan yang berlaku sepanjang tempoh tindakan rawatan. Melalui dapatan ini saya telah melakukan analisis mudah dengan menggunakan kaedah analisis kualitatif mudah menggunakan senarai semak . Saya telah membandingkan antara dapatan pada awal tindakan dan akhir tindakan selesai dijalankan.Semua maklumat dan keputusan dicatatkan dalam bentuk jadual untuk tujuan interpretasi.

Jadual Senarai Semak Untuk Pemerhatian Kajian Tindakan.

NO ASPEK Eksperimen 1 Tarikh: Masa: Eksperimen 2 Tarikh: Masa: Eksperimen 3 Tarikh: Masa: 1 Pelajar boleh mengenalpasti

pembolehubah yang dimalarkan / apa yang sama

2 Pelajar boleh mengenalpasti pembolehubah yang

dimanipulasi / apa yang diubah 3 Pelajar boleh mengenalpasti

pembolehubah yang bergerak balas / apa yang diperhatikan / diukur

4 Pelajar boleh mengenalpasti sasaran eksperimen dengan menggunakan pembolehubah 5 Pelajar boleh menulis 3

pembolehubah dengan betul

DAPATAN KAJIAN

Hasil kajian ini menunjukkan secara umumnya mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara sebelum tindakan dan selepas tindakan rawatan diambil. Melalui data yang diperoleh dalam ujian pra dan ujian pos yang telah dianalis, juga mendapati bahawa terdapat perubahan yang ketara bagi perbandingan markah diantara kedua-dua ujian tersebut. Dalam ujian pra bilangan murid yang lulus adalah seramai 10 orang telah meningkat menjadi 23 orang dalam ujian pos. Dari pemerhatian yang telah dilakukan dengan menggunakan senarai semak yang dibina. Saya dapat melihat perubahan positif terhadap kebolehan murid di dalam mengenal pasti pembolehubah.

Ini di buktikan dengan penambahbaikan yang telah dicapai di dalam setiap ujikaji yang telah dijalankan. Apabila semakin banyak ujikaji dilakukan oleh murid, bilangan murid yang dapat mengenal pasti pembolehubah semakin meningkat.Berdasarkan kajian dua instrumen ini, jelaslah menunjukkan bahawa ujikaji dapat digunakan untuk meningkatkan kebolehan murid dalam mengenal pasti pembolehubah. Ini sekaligus telah menjawab soalan kajian bahawa dengan menggunakan ujikaji ianya dapat meningkatkan keupayaan murid untuk mengenal pasti

(7)

pembolehubah. Selain itu saya juga telah melihat bahawa murid juga dilihat tertarik untuk mengikuti sesi pengajaran yang dijalankan kerana mereka secara aktif terlibat dengan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Rumusan daripada kajian ini telah menunjukkan bahawa ujikaji telah dapat meningkatkan kemahiran murid dalam mengenal pasti pembolehubah. Diharapkan bahawa strategi pengajaran ini dapat dilaksanakan pada sesi pengajaran dan pembelajaran sains yang akan datang supaya di samping sesi pengajaran menjadi berkesan, murid juga berasa seronok untuk mempelajari sains.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan kajian ini, didapati bahawa penggunaan kaedah ujikaji dapat meningkatkan kebolehan murid dalam kemahiran mengenal pasti pembolehubah. Antara cadangan yang boleh digunakan untuk memantapkan kajian adalah:

a) Peruntukan masa untuk perlaksanaan kajian perlulah dipanjangkan melebihi 3 minggu . b) Guru perlulah menyediakan garis panduan prosedur yang tepat bagi perlaksanaan eksperimen. c) Pihak sekolah perlulah menyediakan segala keperluan alatan dan radas yang mencukupi di dalam makmal bagi tujuan eksperimen.

Selain itu terdapat juga cadangan tentang kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang seperti ‗Kajian Tentang Bagaimana Untuk Meningkatkan Kemahiran Saintifik Dan Manipulatif Dikalangan Pelajar Sekolah Menengah Rendah´ kerana semasa menjalankan kajian ini saya menyedari bahawa kebanyakan murid terutamanya sample yang digunakan oleh saya tidak mempunyai kemahiran saintifik dan manipulatif yang baik. Oleh itu mungkin dengan melakukan kajian ini, ianya dapat meningkatkan lagi kemahiran saintifik dan manipulatif murid .

Sebagai kesimpulan, diharapkan strategi pembelajaran menggunakan ujikaji dapat diaplikasikan oleh guru sains sekolah rendah bagi meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengenal pasti pembolehubah sekaligus meningkatkan kemahiran proses sains secara keseluruhannya.

Rujukan

Abu Hassan bin Kasim (2001), Pendidikan Amali Sains, Kemahiran Sainstifik , UTMSkudai Kertas Kerja di Bentang dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR), Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum

Othman Lebar,(2011) . Kajian Tindakan Dalam Pendidikan : Teori dan Amalan, Tanjung Malim : Penerbit UPSI

Rohani Bt Tarmizi (1996), Pengukuran Kemahiran Sainstifik di Kalangan Pelajar Lepasan SPM. Kertas Kerja di Bentang dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM\

Zurida bt Ismail. (1998). Penguasaan Kemahiran Proses Sains Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.´ Jurnal Kurikulum, Pusat Perkembangan Kurikulum,Kuala Lumpur.

http://www.scribd.com/doc/13289853/Laporan-Kajian-Tindakan-SAINS.15/10/2012

http://longkaiboyz.blogspot.com/2012/06/latihan-kajian-tindakan-soalan-ramalan.html.16/10/2012 http://id.scribd.com/doc/13289853/Laporan-Kajian-Tindakan-SAINS17/10/2012

Referensi

Dokumen terkait

Kinerja karyawan yang baik tercipta karena adanya dukungan dari perusahaan berupa pemberian motivasi yang baik dan juga pemberian kompensasi yang adil bagi para

Dalam mengetahui pengaruh Audit Lingkungan, Fungsi Pemeriksaan Audit Lingkungan, Kertas Kerja Pemeriksaan, dan Audit Lingkungan, Fungsi Pemeriksaan Audit Internal,

Jika perusahaan benar-benar tidak ingin ketinggalan dalam dunia bisnis, perusahaan perlu melakukan inovasi-inovasi produk baru dengan tepat dan menyelaraskan dengan

Nilai p yang diperoleh melalui uji Wilcoxon Signed Ranks Test adalah (p = 0,000) dimana p < α (0,05), maka Ho ditolak dan dapat disimpulkan bahwa terdapat

Hasil akhir yang diharapkan dalam penelitian ini adalah untuk mengetahui perilaku moda kegagalan sambungan dan memperoleh nilai kekuatan tahanan lateral dengan

Rakhmat (2013) menyatakan bahwa Pengetahuan tentang diri akan meningkatkan komunikasi, pada saat yang sama, berkomunikasi dengan orang lain meningkatkan pengetahuan

Permasalahan keterbatasan jumlah pengawas sebenarnya sudah menjadi perhatian pemerintah daerah Kota Malang, sehingga setiap tahun Disnakertrans Kota membuat perencanaan kebutuhan

Keterlambatan dari pengelola benda wakaf dalam membuat laporan tentang hasil perwakafan, kenyataan yang terjadi pada point nomor 3 tersebut menimbulkan adanya