• Tidak ada hasil yang ditemukan

LANDSKAP DAN NURSERI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LANDSKAP DAN NURSERI"

Copied!
35
0
0

Teks penuh

(1)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

HURAIAN SUKAT AN PELAJARAN

LANDSKAP DAN NURSERI

TINGKATAN EMPAT DAN LIMA

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

(2)

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menc apai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:-

KEPERCAYAAN KEPA DA TUHAN

KESETIAAN KEPA DA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDA NG- UNDANG

(3)

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan har monis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan w arganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjaw ab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kehar monian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

(4)

.$1'81*$1

3HQGDKXOXDQ



0DWODPDW



2EMHNWLI



2UJDQLVDVL.DQGXQJDQ



3HQGHNDWDQ'DQ3HQHNDQDQ



3HPHWDDQ.DQGXQJDQ



)RUPDW+XUDLDQ



+XUDLDQ7LQJNDWDQ(PSDW



+XUDLDQ7LQJNDWDQ/LPD



(5)

Landskap dan Nurseri adalah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah akademik. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan teknologi untuk tingkatan empat dan tingkatan lima. Mata pelajaran ini adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah.

Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara dengan membekalkan tenaga mahir yang berpengetahuan dalam bidang landskap dan nurseri.

Penaw aran mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Pendidikan untuk memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah akademik. Persediaan aw al ini adalah untuk memenuhi keperluan permintaan tenaga pekerja mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang industri yang semakin meningkat seperti pembinaan bangunan, automotif, elektrik elektronik, perabot, komputer dan multimedia, penghasilan makanan, perkhidmatan hospitaliti, perikanan dan haiw an, pelandskapan, tekstil dan pakaian, hiasan dalaman, dan perkhidmatan penjagaan.

Dalam kurikulum Landskap dan Nurseri tumpuan diberi kepada kemahiran asas dan kreativiti dalam merancang, menghasil, membina dan menyenggara projek landskap dan nurseri. Kemahiran ini membolehkan murid meneruskan kehidupan sebagai pengusaha industri landskap secara produktif, yakin diri serta berdikari.

Murid digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak, kreatif dan inovatif. Penerapan nilai murni, sikap positif dan budaya kerja yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini.

Matlamat mata pelajaran Landskap dan Nurseri adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran dan kreatif dalam merancang, menghasilkan, membina dan menyelenggara projek landskap dan nurseri dengan mengamalkan budaya ker ja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja dalam industri landskap.

Apakah

Mata

Pelajaran

Landskap

dan

Nurseri

Matlamat

Mata

Pelajaran

Landskap

dan

Nurseri

PENDAHULUAN

MATLAMAT

(6)

Kurikulum Landskap dan Nurseri adalah untuk membolehkan mur id :

1. Mengenal pasti jenis nurseri dan struktur dalam nurseri serta menubuhkan nurseri

2. Mengenal pasti dan memilih tumbuhan hiasan yang digunakan dalam industri landskap

3. Menghasilkan bahan tanaman tumbuhan hiasan 4. Memilih dan menyediakan bekas dan medium

tanaman

5. Mengurus dan menyenggara nurseri dan kaw asan landskap

6. Mereka bentuk dan menghasilkan pelan landskap 7. Membina landskap lembut dan kejur

8. Menguruskan kerja dengan baik dan berkomunikasi dengan berkesan

9. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah.

Mata pelajaran ini terbahagi kepada tiga bidang pembelajaran yang diolah mengikut rangka konsep seperti berikut:

Rangka

Konsep

OBJEKTIF

ORGANISASI KANDUNGAN

Objektif

Mata

Pelajaran

Landskap

dan

NURS ERI LANDS KA P LANDSKAP KEUSAHAW ANAN

dal am Landskap dan Nurser i

PENG ENALAN TUMBUHAN LANDSKAP PEMBIAKAN TANAMAN PENANAMAN dan PENYENGG ARAAN TANAMAN

BEKAS DAN MEDIUM TANAMAN

PENU BUH AN NUR SERI

JENIS

MEREKA BENTUK LANDSKAP PENYENGG ARAAN LANDSKAP PEMI LIHAN TUMBUHAN

PELAKSANAAN LANDSKAP KOMU NIKA SI KEUSAH AW ANAN PENGUR USAN DI T EMPAT KER JA

RANGKA KONSEP

NURS ERI

(7)

Deskripsi tiga bidang pembelajaran bagi Landskap dan Nurseri adalah berikut:

1

. Nurseri

Perusahaan nurseri atau semaian tumbuhan hortikultur hiasan member i tumpuan kepada pengeluaran bahan tanaman untuk melaksanakan projek landskap.

Dalam bidang ini murid mengenal pasti jenis nurseri, struktur dalam nurseri, pengelasan tumbuh-tumbuhan hortikultur hiasan dan landskap, pembiakan tanaman, bekas dan medium tanaman. Murid melakukan penanaman dan penyenggaraan tanaman serta mempelajari perkara yang perlu dalam penubuhan sesebuah nurseri.

2

. Landskap

Dalam bidang ini tumpuan diberi terhadap pelandskapan sesuatu kaw asan. Usaha ini melibatkan pemilihan elemen landskap seperti tumbuhan, air dan struktur. Elemen ini disususn atur dalam satu reka bentuk yang sesuai dan menarik.

Murid mengenal pasti jenis landskap dan membuat pemilihan tumbuhan. Murid juga mereka bentuk, membina dan membuat kerja penyenggaraan landskap.

3.

Pengurusan dan Keusahaw anan

Murid mengurus kerja dengan sempurna, mengamalkan etika dan budaya kerja yang baik, berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan. Murid merancang perniagaan yang mudah dan mengenal pasti peluang kerjaya dalam industri landskap.

Landskap dan Nurseri adalah mata pelajaran yang memberi tumpuan terhadap menguasai kemahiran melalui pembelajaran yang dikendalikan secara amali. Bahagian teorinya digabung jalinkan semasa kerja amali yang kebanyakannya dilakukan di tapak nurseri dan kaw asan pelandskapan. Pengetahuan dan kemahiran dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti perbincangan, sumbangsaran, tunjuk cara dan simulasi. Pembelajaran bidang pengurusan dan keusahaw anan perlu digabungjalinkan untuk membolehkan murid berdikari dan berkeyakinan menceburi industri landskap atau menjalankan perniagaan sendir i.

Kemahiran

melalui

Latihan

Amali

(8)

Kemahiran yang diperolehi oleh murid perlulah seiring dengan apa yang dikehendaki di dalam industri pelandskapan dan relevan dengan bidang pekerjaan yang sebenar. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila murid dapat mengaitkan apa yang dipelajari dengan bidang ker jaya masa depan.

Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang baik harus merentasi aktiviti yang dikendalikan. Tumpuan diberi ke arah murid yang berusaha mencapai kecemerlangan, bersungguh menghasilkan produk yang berkualiti dan ingin memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik. Keutamaan juga diberi mengenai kebijaksanaan menggunakan sumber dalam pengendalian dan urusan kerja serta pemeliharaan alam sekitar. Murid harus berfikiran terbuka, menepati masa semasa menyiapkan kerja, berkeyakinan dalam membuat keputusan, bekerjasama, bertanggungjaw ab dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan persekitaran. Guru harus memastikan murid dapat menunjukkan dan mengamalkan nilai tersebut semasa menjalankan kerja amali.

Daya kreativiti murid per lu digalakkan dalam kerja mereka bentuk landskap. Unsur penting kajian masa depan juga boleh diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk merangsang daya intelek murid dalam menghasilkan produk yang boleh memberi

sumbangan ke arah hala tuju bidang pelandskapan. Sebagai contoh, dalam proses mereka bentuk projek landskap, murid mengkaji jenis produk pelandskapan yang popular, mencari alternatif, membuat pilihan dan akhirnya menghasilkan produk yang bersaingan. Di samping itu murid boleh menjangka dan meramalkan kesan atau impak produk barunya dalam bidang landskap dan nurseri.

Selain daripada membuat rujukan buku dan majalah profesional, murid digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mendapat maklumat terkini mengenai industri landskap dan nurseri. Rujukan seperti ini boleh membantu murid menjana idea baru. Kemahiran ICT murid juga diperkembangkan seperti melayari internet dan berkomunikasi secara elektronik.

Peraturan dan langkah keselamatan hendaklah sentiasa dipatuhi dan diamalkan sama ada di kaw asan nurseri atau tapak landskap. Sebarang penggunaan jentera, mesin dan bahan kimia beracun perlu diselia oleh guru untuk mengelakkan kemalangan. Organisasi tempat kerja dan pengurusan kerja yang mudah boleh dilakukan oleh murid secara bergilir bagi menambahkan pengalaman, semangat bekerjasama dan bertanggungjaw ab serta mempertingkatkan lagi tahap disiplin murid.

Nilai Murni

Keselamatan

dan

Pengendalian

Bengkel

Teknologi

Maklumat

dan

Komunikasi

Kemahiran

yang

Relevan

Kreativiti dan

Kaedah

Kajian Masa

Depan

(9)

Guru perlu membuat tunjuk cara pada bahagian yang sesuai sebelum murid menjalankan kerja amali.

Modul Pembelajaran Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 disediakan untuk membantu murid menguasai tahap kemahiran dalam setiap unit pembelajaran. Pendekatan dalam modul ini lebih kepada kemahiran praktis di samping maklumat rujukan sebagai pengetahuan teori. Setiap modul mengandungi panduan ker ja, maklumat rujukan dan penilaian.

Susunan kandungan dalam sukatan pelajaran Landskap dan Nurseri untuk tingkatan 4 dan tingkatan 5 adalah seperti dalam Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran. Peruntukan masa yang dinyatakan merupakan cadangan untuk membantu guru dalam penyediaan rancangan pengajaran.

Masa pengajaran Landskap dan Nurseri mata pelajaran ialah dua belas w aktu seminggu yang mana setiap w aktu ialah empat puluh minit.

Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran Landskap dan Nurseri

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJ ARAN TINGKATAN 4 (minggu) TINGKATAN 5 (minggu) 1. Nurseri (35 ) 1.1 Pengenalan 2 a. J enis nurseri 9 b. Struktur dalam nurseri 9 c. Fakt or penting dalam

pembinaan rumah tumbuhan 9 1.2 Tumbuhan l ands kap 2 a. Pokok naungan 9 b. Pokok renek 9 c. Tanaman penutup bumi dan

rumput t urf 9

d. Pokok pal ma 9 e. Tanaman hiasan dalaman 9 f. Tanaman semusi m 9

g. Orkid 9

h. Tumbuhan memanjat dan

menjalar 9

i. Pokok kaktus dan t umbuhan

lendair 9

j. Tumbuh-tumbuhan l ain 9 1.3 Pembiakan t umbuhan

a. Pembiakan s eks 3 b. Pembiakan aseks 8 1.4 Bekas tanaman dan medium

penanaman 2

a. Bekas tanaman 9

b. Medium 9

1.5 Penanaman dan penyenggaraan

tanaman 8 a. Pr osedur menanam 9 b. Penyenggaraan t anaman 9 1.6 Penubuhan nurseri 10

Pemetaan

Kandungan

Tingkatan 4

dan

Tingkatan 5

Tunjuk Cara

Modul Pembelajaran

Bilangan

Waktu

Seminggu

PEMETAAN KANDUNGAN

(10)

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJ ARAN TINGKATAN 4 (minggu) TINGKATAN 5 (minggu) a. Pembinaan nurseri 9 b. Penyenggaraan nurseri 9 2. Landskap ( 33 )

2.1 Jenis lands kap 3

2.2 Pemilihan tumbuhan lands kap 2 a. Faktor pemilihan tumbuhan

lands kap 9

b. Fungsi tumbuhan dalam

lands kap 9

2.3 Proses mereka bentuk lands kap

a. I nventori t apak 1

b. Analisis t apak 2

c. Pel an reka bentuk l ands kap 8 2.4 Pelaksanaan l ands kap

a. Pembinaan lands kap lembut 6 b. Pembinaan lands kap kejur 6 2.5 Penyenggaraan kawas an

lands kap

a. Penyenggaraan kawasan

lands kap lembut 3

b. Penyenggaraan kawasan

lands kap kejur 2

3. Pengurusan d an Keusahawanan ( 2 ) 3.1 Pengurus an di tempat kerja

a. Pengurus an yang bai k 9 b. Etika dan budaya kerja 9 c. Per aturan dan undang-undang

kerja 9

d. Pemelihar aan alam s ekitar

dalam industri lands kap 9 3.2 Keus ahawanan

a. Kemahiran ber komunikasi 9 b. Kemahiran membuat

keputusan 9

c. Ranc angan perniagaan 9

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJ ARAN TINGKATAN 4 (minggu)

TINGKATAN 5 (minggu) d. Agensi yang membantu

usahawan 9

e. Pemasar an 9

f. Peluang kerjaya dal am bidang

lands kap dan nurseri 9 JUMLAH ( 35 minggu ) ( 35 minggu )

(11)

Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tiga lajur iaitu Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran; Hasil Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran.

Dalam lajur pertama bidang pembelajaran, unit pembelajaran dan tajuk berkenaan dinyatakan.

Dalam lajur ini juga cadangan peruntukkan masa pembelajaran dinyatakan bagi membantu guru.

Dalam lajur dua iaitu Hasil Pembelajaran, keluasan dan kedalaman skop setiap unit pembelajaran dihuraikan dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh diukur.

Lajur ketiga iaitu Cadangan Aktiviti Pembelajaran bertujuan membantu guru merancang dan membekalkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan bermakna kepada murid. Guru boleh mengubahsuai cadangan ini dan mereka bentuk aktiviti tambahan yang bersesuaian dengan kebolehan murid dan keadaan sekeliling mereka.

Huraian untuk tingkatan empat dan tingkatan lima diperincikan seperti berikut:

FORMAT HURAIAN

Tiga lajur

Bidang, Unit

dan Tajuk

Pembelajara

Hasil

Pembelajara

Cadangan

Aktiviti

Pembelajaran

(12)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

LANDSKAP DAN NURSERI

(13)

BIDANG PEMBELAJ ARAN /

UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEM BELAJA RA N

CADA NGA N A KTIVITI PEMBELAJA RA N

1. Nurseri

1.1 Pengenalan

( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu)

a. Jenis nurseri

b. Struktur dalam nurseri

c. Faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan

x Menyatakan jenis perusahaan nurseri

x Menyenaraikan struktur dalam nurseri

x Menyenaraikan faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan

Jenis perusahaan nurseri atau semaian ialah:

nurseri runcit nurseri borong nurseri landskap.

Struktur dalam nurseri ialah: rumah tumbuhan, pejabat

tempat jualan, stor, potting shed, tempat pembiakan, tempat pengerasan.

Faktor penting dalam pembinaan nurseri ialah or ientasi, peratus dan bahan teduhan, bahan binaan, sistem penyiraman dan susunan tumbuhan-tumbuhan.

(14)

BIDANG PEMBELAJ ARAN /

UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEM BELAJA RA N

CADA NGA N A KTIVITI PEMBELAJA RA N

1.2 Tum buhan landskap

( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu)

a. Pokok naungan b. Pokok renek

c. Tanaman penutup bumi dan rumput turf

d. Pokok palma

e. Tanaman hiasan dalaman f. Tanaman semusim g. Orkid

h. Tumbuhan memanjat dan menjalar

i. Pokok kaktus dan tumbuhan lendair j. Tumbuh-tumbuhan lain

x Menyatakan pengelasan tumbuhan hiasan dan landskap.

x Menyenarai beberapa contoh tumbuhan landskap.

x Menyatakan ciri beberapa kumpulan tumbuhan landskap

x Menyatakan fungsi tumbuhan landskap

Pengelasan tumbuhan hiasan dan

landskap mengikut kegunaan, bentuk dan ciri pertumbuhan.

Tumbuhan hiasan dikenalpasti dengan menggunakan Sistem Tatanama Binomial yang dinyatakan dalam dua nama iaitu nama genus dan nama spesies.

Di antara kriter ia pemilihan tumbuhan landskap ialah:

- mudah ditanam dalam semua jenis kaw asan

- mudah dikenal pasti mengikut jenis - mudah dipangkas

- banyak pilihan

- sesuai ditanam di batas dan di dalam bekas

- mudah dijaga

- mudah mendapat bekalan

- mudah dibiakkan dengan banyak.

Membuat buku skrap mengenai tumbuh-tumbuhan Hiasan dan Landskap.

Law atan ke tapak nurseri yang berhampiran.

(15)

BIDANG PEMBELAJ ARAN /

UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEM BELAJA RA N

CADA NGA N A KTIVITI PEMBELAJA RA N

1.3 Pembiakan tumbuhan

a. Pembiakan seks

( Cadangan peruntukan masa ialah 3 minggu)

i. Pengenalan

ii. Raw atan dan penyimpanan biji benih

iii. Menguji kebernasan biji benih

x Menerangkan maksud pembiakan seks

x Menyatakan kelebihan dan kekurangan pembiakan seks

x Menyatakan faktor pemilihan biji benih

x Mengenal pasti bahan kimia yang digunakan untuk raw atan dan penyimpanan biji benih x Menggunakan bahan kimia

berkenaan untuk tujuan raw atan dan penyimpanan biji benih

x Melakukan penyimpanan biji benih

x Menyatakan teknik menguji kebernasan biji benih

x Menguji peratus percambahan biji benih

Mempamerkan beberapa sampel benih tumbuhan hiasan dalam bekas yang berlabel.

Mempamerkan beberapa contoh bahan kimia untuk raw atan biji benih.

Memberi penekanan terhadap ciri keselamatan semasa penggunaan kimia beracun dan tempat penyimpanan. Murid melakukan raw atan dan penyimpanan biji benih.

Tunjuk cara menguji kebernasan biji benih.

Disyorkan menggunakan biji benih tanaman semusim.

Tunjuk cara mengira peratus percambahan.

(16)

BIDANG PEMBELAJ ARAN /

UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEM BELAJA RA N

CADA NGA N A KTIVITI PEMBELAJA RA N

iv. Menyemai dan

mencambahkan biji benih

v. Pemindahan anak benih

x Melakukan penyemaian dan pencambahan biji benih halus dan besar mengikut prosedur

x Menyediakan media dan bekas semaian

x Menyatakan tujuan pemindahan anak benih di lakukan

x Melakukan pemindahan anak benih

Murid melakukan penyemaian dan mencambahkan biji benih halus secara individu.

Murid melakukan penjagaan selepas penyemaian.

Murid melakukan penyemaian dan mencambahkan biji benih besar.

Murid melakukan pemindahan anak benih dari bekas semaian ke bekas lain seperti beg politena / pasu secara individu.

b. Pembiakan aseks

( Cadangan peruntukan masa ialah 8 minggu)

x Menerangkan maksud pembiakan aseks

x Menyatakan kelebihan dan kekurangan pembiakan aseks

x Menyenaraikan beberapa contoh tanaman yang sesuai dibiak secara pembiakan aseks

x Melakukan beberapa kaedah pembiakan aseks

Law atan dan pemerhatian ke nurseri.

Murid membuat pembiakan: - keratan batang - secara keratan daun - tut

- cantuman baji dan sandingan - cantuman mata tunas

(17)

BIDANG PEMBELAJ ARAN /

UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEM BELAJA RA N

CADA NGA N A KTIVITI PEMBELAJA RA N

1.4 Bekas tanaman dan medium

penanaman

(

Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu

)

a. Bekas tanaman

b. Medium

x Menyenaraikan faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih bekas tanaman

x Memilih bekas tanaman mengikut kegunaan

x Menyenaraikan beberapa jenis medium penanaman

x Menyatakan fungsi setiap jenis medium

x Menyediakan medium penanaman x Membuat campuran medium

penanaman

Per kara penting yang perlu

dipertimbangkan dalam pemilihan bekas tanaman ialah bekas:

mempunyai lubang

tahan dan tidak mudah pecah ringan

mudah dibersihkan kemas dan menarik mudah didapati harga berpatutan.

Mempamerkan beberapa jenis dan saiz bekas tanaman seperti pasu tanah liat, pasu plastik dan beg politena.

Fungsi medium penanaman bagi tumbuhan ialah :

Memberi sokongan kepada akar pokok Membekalkan unsur nutrien

Membekalkan air dan udara.

Campuran medium pemasuan yang digunakan ialah John Innes (JIP) seperti berikut :

7 bahagian isipadu tanah atas 3 bahagian isipadu bahan organik 2 bahagian isipadu pasir.

Bagi setiap 1 meter padu campuran tambahkan 4.2 kg baja Malameal atau Gromeal dan 2.7 kg batu kapur

(18)

BIDANG PEMBELAJ ARAN /

UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEM BELAJA RA N

CADA NGA N A KTIVITI PEMBELAJA RA N

1.5 Penanam an dan penyenggaraan tanam an

( Cadangan peruntukan masa ialah 8 minggu)

a. Prosedur menanam

i. Menanam dalam beg politena ii. Menanam dalam pasu

iii. Menanam dalam bekas lain

iv. Mengatur dan melabel

x Melakukan penanaman dalam beg politena

x Melakukan penanaman dalam pasu x Melakukan penanaman dalam

bekas-bekas lain

x Melakukan pemindahan tanaman daripada bekas kecil ke dalam bekas besar

x Menyusun atur tanaman di nurseri x Melabel tanaman

b. Penyenggaraan tanaman

i. Penyiraman x Menyatakan cara penyiraman di nurseri

x Memasang, menguji dan memastikan sistem pengairan di nurseri berfungsi

Beberapa teknik penyiraman di nurseri seperti cara manual, sistem renjisan air, melalui per mukaan dan melalui kapilari.

Keperluan air untuk tumbuhan

bergantung kepada suhu, kelembapan, cahaya, saiz dan spesies tumbuhan serta saiz bekas dan jenis medium.

Murid melakukan ker ja pengoperasian sistem pengairan di nurseri.

(19)

BIDANG PEMBELAJ ARAN /

UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEM BELAJA RA N

CADA NGA N A KTIVITI PEMBELAJA RA N

ii. Pengaw alan cahaya x Menyatakan bahan dan peralatan untuk mengaw al cahaya di nurseri

Mempamerkan bahan yang digunakan untuk membuat teduhan seperti pelbagai jenis Tildenet.

Murid memasang bahan dan peralatan teduhan di nurseri.

iii. Merumput x Menyatakan tujuan merumput di nurseri

x Menyatakan teknik merumput

Tunjuk cara merumput di nurseri.

iv. Pembajaan x Menyatakan baja yang digunakan untuk tanaman hiasan

x Menyatakan teknik dan kadar pembajaan yang sesuai

x Membaja mengikut keperluan tumbuhan

Jenis baja yang sesuai digunakan di nurseri :

baja sebatian seperti nitrophoska baja larutan pelahan seperti osmocote dan apex

v. Pemangkasan x Menyatakan tujuan pemangkasan tumbuhan dalam bekas

x Mengenalpasti alatan dan teknik pemangkasan

x Memangkas tumbuhan di nurseri

Tunjuk cara teknik pemangkasan pelbagai jenis tumbuhan di nurseri.

(20)

BIDANG PEMBELAJ ARAN /

UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEM BELAJA RA N

CADA NGA N A KTIVITI PEMBELAJA RA N

vi. Pengaw alan perosak dan penyakit

x Mengenal pasti tanda serangan perosak dan simptom penyakit tumbuhan

x Mengaw al perosak dan penyakit di nurseri

Memeriksa tumbuhan di nurseri. Tunjuk cara membancuh racun dan membuat semburan.

Mematuhi langkah keselamatan semasa menggunakan racun kimia.

vii. Pemasuan semula x Mengenal pasti tumbuhan yang perlu dibuat pemasuan semula

x Memasu semula tumbuhan mengikut prosedur

Tunjuk cara pemasuan semula di nurseri.

viii. Penyimpanan rekod nurseri x Menyimpan rekod nurseri secara sistematik

Tunjuk cara menyimpan rekod nurseri.

1.6. Penubuhan nurseri

( Cadangan peruntukan masa ialah 10 minggu)

a. Pembinaan nurseri

i. Pemilihan tapak

x Menyenaraikan faktor yang perlu dipertimbangkan semasa pemilihan tapak nurseri

Faktor penting dalam pemilihan tapak untuk nurseri ialah:

keadaan muka bumi sumber air

lindungan daripada angin kencang jauh dari pencemaran

(21)

BIDANG PEMBELAJ ARAN /

UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEM BELAJA RA N

CADA NGA N A KTIVITI PEMBELAJA RA N

ii. Susun atur struktur x Menyatakan struktur asas yang perlu ada dalam sesebuah nurseri

x Menyatakan ciri dan fungsi struktur asas

Struktur atau keperluan asas yang perlu ada di sesebuah nurseri :

a) Pejabat, setor dan tempat jualan b) Tempat penyediaan medium dan

pemasuan

c) Rumah pembiakan dan rumah tumbuhan.

b. Penyenggaraan nurseri x Menyatakan aktiviti penyelenggaraan di nurseri

x Menyenaraikan peralatan untuk kerja penyenggaraan

x Menyenggara kaw asan nurseri

Di antara aktiviti penyenggaraan di nurseri ialah

a) Merumput, menggembur dan membaja

b) Pembersihan kaw asan.

Murid melakukan ker ja penyenggaraan di kaw asan nurseri.

(22)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

LANDSKAP DAN NURSERI

(23)

BIDANG PEM BELAJA RA N /

UNIT PEM BELAJA RA N HASIL PEM BELAJA RA N

CADA NGA N A KTIVITI PEMBELAJA RA N

2. Landskap

2.1 Jenis landskap

( Cadangan peruntukan masa

ialah 3 minggu ) x Menyatakan hubungan antara landskap dan alam sekitar

x Menyatakan beberapa istilah penting dalam landskap

x Menerangkan tujuan pelandskapan

x Menyenaraikan beberapa elemen atau unsur dalam landskap lembut dan kejur

x Mengenal pasti landskap lembut dan landskap kejur

Membuat rujukan beberapa istilah penting yang sering digunakan dalam bidang landskap:

landskap pelandskapan

reka bentuk landskap pereka bentuk landskap arkitek landskap

kontraktor landskap.

Law atan dan pemerhatian ke kaw asan landskap.

Elemen atau unsur dalam reka bentuk landskap ialah tumbuhan, air dan struktur binaan.

(24)

BIDANG PEM BELAJA RA N /

UNIT PEM BELAJA RA N HASIL PEM BELAJA RA N

CADA NGA N A KTIVITI PEMBELAJA RA N

2.2 Pem ilihan tumbuhan landskap

( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu )

a. Faktor pemilihan tumbuhan landskap

x Menyenaraikan faktor pemilihan tumbuhan hiasan landskap x Memilih tumbuhan untuk

pelandskapan

Faktor pemilihan tumbuhan dalam landskap:

rupa bentuk

saiz tumbuhan dew asa kepadatan daun dan dahan kadar tumbesaran

w arna dan tekstur daun w arna dan bauan bunga.

b. Fungsi tumbuhan dalam landskap

x Menyatakan fungsi fizikal tumbuhan dalam landskap

x Menyatakan fungsi estetika tumbuhan dalam landskap

Fungsi fizikal tumbuhan dalam landskap: mengaw al pandangan

menghalang pergerakan mengaw al iklim .

Fungsi estetika tumbuhan dalam landskap:

melembutkan bentuk mencantikkan kaw asan selesa dan harmoni.

(25)

BIDANG PEM BELAJA RA N /

UNIT PEM BELAJA RA N HASIL PEM BELAJA RA N

CADA NGA N A KTIVITI PEMBELAJA RA N

2.3 Proses mereka bentuk landskap

a. Inventori tapak

( Cadangan peruntukan masa ialah 1 minggu )

b. Analisis tapak

( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu )

x Menyatakan maksud reka bentuk landskap

x Mengenal pasti tapak atau kaw asan yang hendak dibina landskap

x Menyenaraikan ciri fizikal dan elemen yang sedia ada di tapak

x Merekod hasil pemerhatian dan inventori tapak atau kaw asan x Menilai keadaan persekitaran

kaw asan

Proses reka bentuk landskap merangkumi:

penerimaan projek/tugasan law atan tapak

analisis tapak pelan reka bentuk lukisan tender/binaan pelaksanaan

pengaw asan penyenggaraan.

Murid merekod inventori dan elemen yang sedia ada di tapak dan membuat laporan hasil dapatan secara kumpulan.

(26)

BIDANG PEM BELAJA RA N /

UNIT PEM BELAJA RA N HASIL PEM BELAJA RA N

CADA NGA N A KTIVITI PEMBELAJA RA N

c. Pelan reka bentuk landskap ( Cadangan peruntukan masa ialah 8 minggu )

x Menyatakan prinsip yang digunakan dalam menghasilkan reka bentuk landskap

x Mengenal pasti alatan melukis pelan x Melukis simbol grafik landskap

mengikut saiz dan skala x Melukis idea aw al (konsep)

pelandskapan dalam bentuk gambarajah bulat

x Melukis pelan induk landskap x Membuat model berdasarkan pelan

Prinsip dalam mereka bentuk landskap: ringkas dan mudah difahami

keanekaan keseimbangan penumpuan turutan skala.

Pelan reka bentuk merangkumi: gambarajah bulat (bubble diagram) pelan konsep (concept plan) pelan induk (master plan).

Proses reka bentuk seterusnya seperti penghasilan lukisan binaan oleh ahli profesional seperti arkitek landskap.

Lukisan landskap kejur merangkumi struktur seperti:

pergola, w akaf, gazebo, arca, kerusi/bangku taman, batu-batan, jalan dan tempat letak kereta.

(27)

BIDANG PEM BELAJA RA N /

UNIT PEM BELAJA RA N HASIL PEM BELAJA RA N

CADA NGA N A KTIVITI PEMBELAJA RA N

2.4 Pelaksanaan landskap

a. Pembinaan landskap lembut ( Cadangan peruntukan masa ialah 6 minggu )

x Menyatakan proses penyediaan tapak penanaman

x Menyediakan lubang dan batas penanaman

x Menyediakan tanah campuran x Menanam tumbuhan di tapak

landskap

x Membuat sungkupan dan sokongan kepada tanaman baru

Murid menyediakan tapak penanaman seperti:

pembersihan kaw asan, menanda tempat penanaman dan persediaan lubang penanaman.

Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.

b. Pembinaan landskap kejur ( Cadangan peruntukan masa ialah 6 minggu )

x Mengenal pasti alatan dan bahan pembinaan landskap kejur

x Menghasilkan beberapa lakaran projek simen ferro

x Menghasilkan projek simen ferro mengikut lakaran

Tunjuk cara teknik membuat simen ferro.

Murid membuat beberapa lakaran projek.

Murid membina struktur simen ferro secara kumpulan seperti kerusi, meja, cendaw an, batu, tong sampah dan kolam mini.

(28)

BIDANG PEM BELAJA RA N /

UNIT PEM BELAJA RA N HASIL PEM BELAJA RA N

CADA NGA N A KTIVITI PEMBELAJA RA N

2.5 Penyenggaraan kaw asan landskap

a. Penyenggaraan kaw asan landskap lembut

( Cadangan peruntukan masa ialah 3 minggu )

i. Penyiraman

x Menyatakan kerja-kerja

penyenggaraan di kaw asan landskap

x Mengenal pasti beberapa sistem pengairan

x Memilih sistem pengairan yang sesuai dengan tapak landskap

x Mengenal pasti komponen dalam sistem pengairan

x Menyusun atur sistem pengairan di tapak landskap

x Memasang dan menguji sistem pengairan supaya berfungsi

x Menyiram mengikut kadar dan masa yang sesuai

Kerja-kerja penyenggaraan tumbuhan di kaw asan landskap merangkumi:

penyiraman, merumput, sungkupan, pembajaan dan pemangkasan.

Mempamerkan peralatan dan komponen sistem pengairan seperti sistem

pengairan titis dan sprinkler.

ii. Pembajaan x Mengenal pasti teknik pembajaan di kaw asan landskap

x Membaja tanaman landskap

Tunjuk cara teknik membaja seperti tabur terus, poket dan semburan.

(29)

BIDANG PEM BELAJA RA N /

UNIT PEM BELAJA RA N HASIL PEM BELAJA RA N

CADA NGA N A KTIVITI PEMBELAJA RA N

iii. Pemangkasan x Menerangkan tujuan pemangkasan tumbuhan landskap

x Mengenal pasti peralatan untuk pemangkasan

x Menyatakan jenis pemangkasan mengikut tujuan

x Memangkas dengan cara teratur seperti yang dikehendaki dengan tujuan yang tertentu

x Meraw at luka dan dahan yang tinggal disebabkan oleh pemangkasan

Di antara jenis pemangkasan : pemangkasan membentuk pemangkasan rutin

pemangkasan meraw at atau memperbaiki.

Tunjuk cara beberapa jenis pemangkasan mengikut tujuan.

Murid memangkas di kaw asan landskap seperti pokok pagaran dan topiari.

iv. Pengaw alan perosak dan penyakit

v. Kerja penyenggaraan lain

x Mengenal pasti tanda serangan perosak dan simpton penyakit tumbuhan di kaw asan landskap

x Memilih dan menggunakan racun perosak dan penyakit

x Membersih dan mengemas kaw asan landskap

x Menyulam apabila pokok yang ditanam mati

Memeriksa tumbuhan yang ada di kaw asan landskap.

Membuat pengaw alan penyakit dan perosak.

Aspek keselamatan hendaklah diberi penekanan semasa menggunakan kimia beracun.

Murid membersihkan kaw asan landskap seperti memotong rumput, membuang sampah dengan menggunakan peralatan seperti pengaut dan kereta sorong.

(30)

BIDANG PEM BELAJA RA N /

UNIT PEM BELAJA RA N HASIL PEM BELAJA RA N

CADA NGA N A KTIVITI PEMBELAJA RA N

b. Penyenggaraan kaw asan landskap kejur

( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu )

x Mengenal pasti kerosakkan pada struktur landskap

x Membaik pulih kerosakan

Memeriksa kerosakan landskap kejur di kaw asan landskap atau persekitaran sekolah.

Membaik pulih kerosakan struktur landskap seperti mengecat semula, mengganti kerosakan dan melepa. Aktiviti penyenggaraan lain adalah amalan berterusan.

3.

Pengurusan dan Keusahaw anan ( Cadangan peruntukan masa ialah

2 minggu )

3.1

Pengurusan di tem pat kerja

a. Pengurusan yang baik

x Merancang dan menyediakan jadual kerja

Membuat jadual kerja dan menyiapkan kerja mengikut jangka masa yang di tetapkan untuk sesuatu projek.

Contoh : Jadual kerja menghasilkan tumbuh-tumbuhan hiasan landskap.

x Mengurus perolehan stok Berbincang dalam kumpulan mengenai perolehan stok untuk projek yang akan dilaksanakan seperti bahan dan kuantiti yang perlu dibeli, pembekal dan

perbelanjaan.

Cara menyimpan stok bagi bahan tahan lama, bahan mudah rosak dan racun.

(31)

BIDANG PEM BELAJA RA N /

UNIT PEM BELAJA RA N HASIL PEM BELAJA RA N

CADA NGA N A KTIVITI PEMBELAJA RA N

x Merekod stok Memperkenalkan buku inventori atau

stok dan cara menyimpan rekod bahan dan kuantiti yang dibeli.

Latihan merekod stok.

b. Etika dan budaya kerja x Menerangkan sebab perlunya mengamalkan etika kerja

x Mengamal etika dan budaya kerja untuk menghasilkan kerja dan produk yang berkualiti

Sumbangsaran sebab perlunya mengamalkan etika kerja.

Etika kerja ber maksud disiplin dan sikap terhadap kerja seperti menepati w aktu, amanah, produktif, akauntabiliti, patuh pada peraturan dan undang-undang yang menjadi pegangan semasa menjalankan kerja.

Budaya kerja ber maksud cara

peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sesebuah organisasi.

Menilai amalan etika dan budaya kerja rakan semasa melaksanakan projek seperti kuat bekerja, bertanggungjaw ab dan setia kepada organisasi, komited dan sedia berubah ke arah positif.

Menganalisis ciri pekerja berdasarkan cerita yang ditonton untuk mengenal pasti ciri seorang pekerja yang ber jaya.

(32)

BIDANG PEM BELAJA RA N /

UNIT PEM BELAJA RA N HASIL PEM BELAJA RA N

CADA NGA N A KTIVITI PEMBELAJA RA N

c. Peraturan dan undang-undang kerja

a. Menyenaraikan peraturan yang perlu dipatuhi semasa melakasanakan sesuatu kerja atau projek

Mengadakan perbincangan mengenai peraturan yang perlu dipatuhi semasa melaksanakan projek landskap dan nurseri.

x Menyatakan akta dan undang-undang yang berkaitan dengan pekerja

Perbincangan mengenai akta dan undang-undang dalam bidang pengeluaran tanaman makanan.

Contoh Akta Pekerjaan 1955, Akta Kumpulan Simpanan Pekerja 1991 dan Akta Keselamatan Sosial Peker ja 1969.

x Menyatakan kesan mengabaikan peraturan dan undang-undang dalam mengurus kerja

Mengumpul maklumat dari pelbagai sumber mengenai kesan pengabaian peraturan kerja.

Contoh peraturan keselamatan di tempat kerja yang diabaikan boleh mengakibatkan kemalangan dan kerugian.

d. Pemeliharaan alam sekitar dalam industri landskap

x Menyatakan akta yang melindungi alam sekitar

x Menyenaraikan peranan industri landskap dalam melindungi alam sekitar

Ceramah atau perbincangan mengenai akta yang melindungi alam sekitar dan peranan industri landskap dalam melindungi alam sekitar.

(33)

BIDANG PEM BELAJA RA N /

UNIT PEM BELAJA RA N HASIL PEM BELAJA RA N

CADA NGA N A KTIVITI PEMBELAJA RA N

x Menyatakan kesan mengabaikan pemeliharaan alam sekitar

Mengumpulkan maklumat dari akhbar, majalah atau internet mengenai kesan mengabaikan pemeliharaan alam sekitar dan peranan setiap pekerja menjaga alam sekitar.

3.2 Keusahaw anan

a. Kemahiran ber komunikasi x Menyatakan maksud komunikasi

x Mengamalkan komunikasi yang jelas, tepat dan bertatasusila semasa berurusan dengan pelanggan

Komunikasi ialah perhubungan yang berlaku antara dua pihak dalam menyampaikan maklumat mengenai sesuatu perkara.

Contoh aktiviti seperti simulasi, main peranan dan menonton video mengenai cara berkomunikasi yang berkesan dalam konteks perniagaan landskap dan nurseri.

Simulasi cara berkomunikasi yang berkesan dalam perbincangan dengan pelanggan mengenai cita rasa pelanggan dari segi harga dan skim bayaran, kualiti, estetika, saiz, reka bentuk, w arna, trend terkini, tempoh serahan dan

(34)

BIDANG PEM BELAJA RA N /

UNIT PEM BELAJA RA N HASIL PEM BELAJA RA N

CADA NGA N A KTIVITI PEMBELAJA RA N

x Menerangkan kepentingan menjalin perhubungan dengan orang lain

Perbincangan kepentingan membentuk jaringan hubungan (networking) dalam konteks perniagaan landskap dan nurseri.

Menjalin perhubungan antara rakan untuk melaksanakan stu projek usahasama.

a. Kemahiran membuat keputusan

x Mempraktikkan langkah membuat keputusan dalam projek landskap dan nurseri

Langkah membuat keputusan ialah mengenal pasti masalah, mencari alternatif, memilih penyelesaian yang baik, bertindak dan menilai semula.

Aktiviti sumbangsaran, main peranan dan perbincangan.

Sumbangsaran kesan daripada keputusan yang telah dibuat dan kepentingannya membuat keputusan yang sesuai.

c. Rancangan perniagaan x Mengenal pasti tujuan menyediakan rancangan perniagaan

x Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah

Sumbang saran untuk mengenal pasti tujuan menyediakan rancangan perniagaan.

Membuat rancangan perniagaan mudah berkaitan projek yang akan dilaksanakan.

(35)

BIDANG PEM BELAJA RA N /

UNIT PEM BELAJA RA N HASIL PEM BELAJA RA N

CADA NGA N A KTIVITI PEMBELAJA RA N

d.

Agensi yang membantu usahaw an

x Mengenal pasti agensi yang terlibat dalam membantu usahaw an

x Menyatakan fungsi dan peranan agensi yang berkaitan

Membuat rujukan mengenai agensi yang berkenaan seperti bank dan jabatan kerajaan yang ber kaitan.

e. Pemasaran x Memasarkan produk yang dihasilkan Memasarkan produk yang dihasilkan dalam projek. Tumpuan diberi kepada menggred, membungkus, menetapkan harga, promosi dan pengurusan jualan.

f.

Peluang kerjaya di bidang landskap dan nurseri

x Mengenal pasti peluang ker jaya di bidang landskap dan nurseri

Ceramah kerjaya oleh kaunselor sekolah.

Merujuk daftar kerjaya dalam ‘Piaw aian Pengelasan Pekerjaan Malaysia’, terbitan Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia Malaysia, 1998.

Murid menyenaraikan ker jaya yang terdapat di sekeliling tempat tinggal mereka dalam skop landskap dan nurseri.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan wawancara yang sudah dilakukan dengan ketiga informan, bisa dilihat bahwa setelah mereka melakukan keterbukaan kepada orang tuanya mereka melakukan hal

Yang dihasilkan dari rancangan ini adalah, informasi atau pesan yang berisi tentang bagaimana berlalu lintas yang baik dan benar serta tata cara berlalu lintas yang dikemas

Penelitian tentang mekanisme login menggunakan prokotokol H-mac Based One Time Password (HOTP) ini sudah dapat diterapkan sesuai dengan yang penulis harapkan

Puji dan syukur penulis panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa atas karunianya skripsi yang berjudul Pengaruh Pemberian Selenium (Se) Terhadap Kualitas Makro

Penelitian tersebut memiliki keterbatasan dimana hanya dilakukan pada periode 2004-2005, oleh karena itu dalam penelitian ini akan dilakukan penelitian ulang dengan penggunaan

Dari contoh program di atas, Kita hendak mengetahui informasi tanggal untuk 10 hari kedepan, akan tetapi hari minggu tidak terhitung didalamnya, atau hari minggu

Sebagai kota metropolitan terbesar kedua di Indonesia yang berpenduduk 2.433.233 jiwa berdasarkan sensus penduduk tahun 199912000 kota dan latar belakang di atas