• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dokumen Standard Dunia Muzik Tahun 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Dokumen Standard Dunia Muzik Tahun 1"

Copied!
31
0
0

Teks penuh

(1)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

MUZIK

TAHUN SATU

2010

(2)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

TAHUN SATU

MUZIK

(3)
(4)
(5)
(6)

K A N D U N G A N

RUKUNEGARA i

FALSAFAH PENDIDIKAN i

PENDAHULUAN ii

M A T L A M A T ii

O B J E K T I F iii

F O K U S M A T A P E L A J A R A N iii

O R G A N I S A S I K A N D U N G A N iv

S T A N D A R D (Kandungan dan Pembelajaran)

Kurikulum Pendidikan Muzik Tahun 1 1

(7)
(8)
(9)
(10)

iii

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

(11)

iv

PENDAHULUAN

Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah merupakan program pembelajaran untuk enam tahun persekolahan. Kurikulum ini digubal dengan memberikan tumpuan kepada perkembangan kognitif dan kemahiran murid dalam bidang muzik. Murid akan diberi pelbagai peluang untuk meluahkan idea kreatif di samping meningkatkan apresiasi terhadap estetika muzik. Untuk mencapai tujuan ini, kurikulum ini dibina dengan bertumpu kepada empat modul kurikulum utama iaitu Pengalaman Muzikal, Penghasilan Muzik, Apresiasi Muzik serta Membaca dan Menulis Notasi Muzik.

MATLAMAT

(12)

v

OBJEKTIF

Kurikulum Muzik sekolah rendah bertujuan untuk membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut;

i. mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik,

ii. mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik dalam aktiviti muzikal,

iii. menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan bermain alat muzik,

iv. membaca dan menulis notasi muzik,

v. menghargai pelbagai jenis muzik dengan menyatakan secara lisan dari aspek muzikal karya muzik yang didengar; dan

vi. mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.

FOKUS MATA PELAJARAN

Kurikulum Muzik sekolah rendah dibina berasaskan empat modul kurikulum berikut;

Modul Pengalaman Muzikal

Murid memperoleh pengalaman muzikal menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik.

Modul Penghasilan Muzik

Murid menzahirkan idea kreatif melalui aktiviti muzikal yang dialami semasa pengajaran dan pembelajaran.

Modul Apresiasi Muzik

Murid menghayati dan menghargai pelbagai jenis muzik menerusi pendedahan muzik daripada pelbagai budaya.

Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik

(13)

vi

ORGANISASI KANDUNGAN

Kurikulum Muzik Sekolah Rendah merupakan program pembelajaran untuk enam tahun persekolahan dari tahun satu hingga tahun enam. Kandungan ini disusun berasaskan modul kurikulum berikut:

i. Pengalaman Muzikal ii. Penghasilan Muzik iii. Apresiasi Muzik

iv. Membaca dan Menulis Notasi Muzik

Susunan keempat-empat modul kurikulum ini bukanlah hierarki tetap. Susunan ini bertujuan memudahkan kandungan kurikulum ini diorganisasikan. Setiap modul kurikulum dinyatakan dalam dua lajur utama iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Lajur Standard Kandungan mengandungi ilmu pengetahuan yang perlu dipelajari oleh murid. Lajur Standard Pembelajaran menunjukkan kemahiran yang harus dikuasai oleh murid.

(14)

KURIKULUM MUZIK

(15)
(16)

1

KURIKULUM MUZIK TAHUN 1

MODUL 1 : PENGALAMAN MUZIKAL

Murid menyanyi lagu dengan ton suara, dan dinamik yang sesuai serta sebutan dan postur yang betul mengikut tempo. Murid memainkan perkusi dengan dinamik yang sesuai mengikut tempo.

Murid memberi respon terhadap muzik yang didengar menerusi gerakan mengikut dinamik, pic, tempo, bunyi panjang dan pendek, mud serta lirik.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan.

1.1.1 Mendemonstrasi warna ton suara manusia dengan betul. - suara bercakap

- suara menyanyi - suara memanggil - suara berbisik

- suara lelaki dan perempuan

(17)

2

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1.2 Menyanyi dengan postur yang betul. - postur duduk

- postur berdiri

1.1.3 Mengajuk pic dengan tepat. - pic tinggi

- pic rendah

1.1.4 Menyanyi mengikut tempo. - cepat

- lambat

1.1.5 Menyanyi dengan dinamik. - lembut(

p

)

(18)

3

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1.6 Menyanyi dengan sebutan huruf vokal a,e,i,o,u yang betul.

1.2 Memainkan perkusi secara solo atau

berkumpulan daripada pelbagai repertoir.

1.2.1 Memainkan perkusi mengikut detik. - postur

- cara memainkan

1.2.2 Memainkan perkusi mengikut tempo. - cepat

- Lambat

1.2.3 Memainkan perkusi dengan dinamik. - lembut (

p

)

(19)

4

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.3 Membuat gerakan mengikut muzik. 1.3.1 Membuat gerakan berdasarkan dinamik, pic, tempo dan bunyi. - dinamik kuat/ lembut

- pic tinggi/ rendah - tempo cepat/ lambat - bunyi panjang/ pendek

1.3.2 Membuat gerakan berdasarkan lirik dan mud muzik. - lagu aksi (action song)

(20)

5

MODUL 2 : PENGHASILAN MUZIK

Murid menghasilkan pelbagai bunyi, corak irama dan melodi.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 Menghasilkan idea muzikal kreatif 2.1.1 Menghasilkan pelbagai bunyi menerusi penerokaan suara, perkusi badan dan perkusi mulut.

Aktiviti penerokaan suara: - meniru suara haiwan

- meniru bunyi kenderaan dan alam semula jadi

Aktiviti perkusi badan: - bertepuk tangan - menepuk peha - memetik jari

(21)

6

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.1.2 Mencipta corak irama mudah. - mengajuk corak irama

- mencipta „jawapan‟ kepada „soalan„ irama yang diberikan

2.1.3 Mencipta melodi mudah menggunakan vokal sepanjang 1 frasa. - mengajuk melodi

(22)

7

MODUL 3 : APRESIASI MUZIK

Murid mengenal pasti warna ton suara manusia.

Murid mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

3.1 Menghayati muzik daripada pelbagai repertoir.

3.1.1 Mengenal pasti warna ton suara manusia yang didengar.

- suara lelaki, suara perempuan, suara kanak-kanak, suara dewasa.

- Muzik Popular -

-

Muzik Tradisional Malaysia Muzik Klasik Barat

3.1.2 Mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar.

- Muzik Asia - mud (riang, sedih, marah dan takut) - tempo (cepat-lambat)

- tekstur (solo-kumpulan dan nipis-tebal) - dinamik (kuat-lembut)

(23)
(24)
(25)
(26)

11

GLOSARI KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH TAHUN 1

PERKATAAN PENERANGAN

Dinamik (Dynamic) Perubahan bunyi sama ada kuat atau lembut dalam persembahan muzik. Antara istilah yang digunakan ialah :

Istilah Simbol Makna

Piano

p

Bunyi lembut

Forte

f

Bunyi kuat

Lagu aksi (Action song) Lagu yang dipersembahkan dengan pergerakan.

Melodi (Melody) Melodi ialah susunan pic secara melintang dan berkontur.

Contoh Melodi:

(27)

12

PERKATAAN PENERANGAN

Mud (Mood) Ekspresi yang menunjukkan perasaan. Contoh: mud riang atau mud sedih.

Muzik Asia (Asian Music) Muzik yang berasal dari negara Asia seperti contoh di bawah: a. Ghazal dari Malaysia

b. Gamelan Bali dari Indonesia.

Muzik instrumental

(Music Instrumental )

Muzik yang dihasilkan untuk satu atau lebih alat muzik tanpa vokal. Muzik instrumental boleh dipersembahkan secara solo, duet, ensembel muzik, muzik kamar atau orkestra.

Muzik Klasik Barat

(Western Classical Music)

Muzik yang berasal dari negara Barat. Contoh: Symphony No.5 oleh Beethoven.

Muzik Popular (Music Popular) Muzik semasa yang dikenali ramai.

Muzik Tradisional Malaysia

(Malaysian Traditional Music)

(28)

13

PERKATAAN PENERANGAN

Muzik Vokal (Music Vocal) Muzik yang mengandungi nyanyian.

Permainan Nyanyian (Singing Games)

Lagu khusus untuk permainan tertentu. Contoh : Lagu “Nenek Si Bongkok Tiga”

Pic (Pitch) Bunyi tinggi, rendah dan sederhana.

Postur (Posture) Kedudukan atau posisi tubuh badan yang betul semasa menyanyi atau bermain alat muzik.

Repertoir (Repertoire) Koleksi lagu.

Teknik konvensional Teknik yang standard untuk bermain sesuatu alat muzik.

(29)

14

PERKATAAN PENERANGAN

Tekstur (Texture) Lapisan suara atau bunyi alat muzik dalam sesuatu karya muzik.

Warna ton (Tone Colour) Kualiti sesuatu bunyi yang dihasilkan.

(30)
(31)

Referensi

Dokumen terkait

Murid mendengar dan mengenal pasti jenis muzik Tradisional Malaysia (track 44 hingga 44).. Murid mendengar muzik klasik barat (track 45

Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata Pendidikan Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam

Murid mencipta pergerakan kreatif berdasarkan rakaman muzik iringan sajak Negaraku Tercinta.(Track 08) Minggu 4.. Murid membuat persembahan puisi Negaraku

- Sentiasa mengamalkan nilai murni dalam aktiviti muzik serta menjadi contoh dan boleh menunjuk cara kepada rakan yang lain.. KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK

Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan

Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea

Kurikulum ini juga memberi peluang kepada murid untuk mengapalikasikan semua pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari dalam bidang Nyanyian, Ensembel Muzik,

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Khas Pendidikan Seni Visual bermatlamat untuk membina potensi murid ke arah melahirkan insan yang mempunyai