• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kerangka Akauntabiliti Dalam Islam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kerangka Akauntabiliti Dalam Islam"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

PENGAUDITAN

PAU 3023

TUGASAN BERKUMPULAN

TAJUK:

KERANGKA AKAUNTABILITI DALAM ISLAM

NAMA PENSYARAH:

ENCIK SYED ISMAIL BIN SYED MOHAMAD

NAMA

NO. MATRIK

NOR ATIQAH BINTI FAHRUL RADZI

D20091034569

NUR SYAHIZAH BINTI AHMAD

D20091034570

NUR FATIHAH BINTI MOHD KARIM

D20091034574

(2)

Konsep akauntabiliti sangat berkait rapat dengan aktiviti pengurusan audit bagi sesuatu organisasi. Prinsip akauntabiliti yang berunsurkan islam turut membantu dalam menerapkan nilai kerohanian dalam diri seseorang individu mahupun sesebuah entiti perniagaan.

Istilah akauntabiliti boleh didefinisikan sebagai satu prinsip di mana individu, organisasi dan komuniti adalah bertanggungjawab atas segala tindakan mereka dan keperluan untuk menjelaskannya kepada orang lain (Mohd Tap Salleh). Menurutnya lagi, akauntabiliti turut ditakrifkan sebagai keperluan memberikan penjelasan mengenai keputusan sesuatu tindakan, dan ianya dikaitkan dengan bidang kuasa yang diperturunkan tetapi berbeza daripada tanggungjawab. Seorang penyelia boleh memperturunkan tanggungjawab tetapi tidak boleh melepaskan akauntabilitinya; akauntabiliti, secara mutlaknya, dipikul oleh penyelia tersebut.

1.1 Prinsip Akauntabiliti

Terdapat lima prinsip akauntabiliti menurut Mohd Tap Salleh (Institut Integriti Malaysia) iaitu:

• Memberi penjelasan mengenai niat dan tindakan

• Asas untuk budaya kerja beretika

• Dipacu oleh output, apabila keluaran atau hasil dijadikan sebagai focus/ tumpuan

• Tumpuan kepada keperluan kompetensi

• Menetapkan keluaran atau hasil termasuk oleh siapa dan untuk siapa

(3)

Dalam Islam, akauntabiliti disebut sebagai al-masuliyyah yang membawa makna dari dua sudut iaitu bertanggungjawab dalam sudut agama dan urusan keduniaan. Perkara berkaitan tanggungjawab terhadap agama wajib ditunaikan, manakala perkara berkaitan tanggungjawab terhadap dunia sebagai satu amanah untuk ditunaikan.

Antara nilai yang terkandung dalam al-masuliyyah ialah sifat amanah, taat kepada Allah dan ketua, ketelitian dalam melakukan pekerjaan, dan mengamalkan sifat terpuji, menjauhkan diri daripada sifat tercela dalam segala urusan pekerjaan.

“Barangsiapa mengerjakan kebaikan, meskipun seberat zarah, akan dilihatnya balasan kebaikan itu. Barangsiapa mengerjakan kejahatan, meskipun sebesar zarah, akan dilihatnya balasan kejahatan itu” (Surah Al-Zalzalah 99:7-8)

Berdasarkan potongan ayat suci Al-Quran diatas, dapat disimpulkan bahawa nilai akauntabiliti itu amat penting dalam diri seseorang individu mahupun sesebuah organisasi di mana tanggungjawab terhadap setiap perlakuan itu sentiasa dilihat dan diberi balasan dalam bentuk ganjaran baik ataupun sebaliknya. Sekiranya seseorang itu melakukan kebaikan atau perkara-perkara yang membawa faedah kepada diri sendiri mahupun orang lain, maka individu itu akan dibalas dengan ganjaran yang baik. Manakala, jika seseorang itu melakukan perkara yang buruk sehingga menyebabkan kerugian pada diri sendiri dan masyarakat sekeliling, maka individu tersebut akan menerima balasan yang buruk.

1.3 Perlaksanaan Akauntabiliti Menurut Islam:

• Dalam Islam, manusia perlu mempunyai rasa tanggungjawab dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Hal ini terbukti apabila terdapat balasan dosa dan pahala, syurga dan neraka. Firman Allah yang bermaksud: "Tiap-tiap diri

(4)

bertanggungjawab terhadap apa yang telah diperbuatnya." (Surah Al-Muddathir, ayat 38)."

• Wujudnya pemantauan daripada Allah dalam melaksanakan tugas. Hal ini adalah kerana setiap pekerjaan manusia walaupun sebesar zarah tidak terlepas daripada pengetahuan Allah walaupun ia terlepas daripada pemantauan dan hukuman dunia (manusia).

• Perbuatan baik dibalas dengan kebaikan dan perbuatan buruk dibalas denagn keburukan. Dalam perlaksanaan kerja bagi seseorang pekerja yang tidak mempunyai sifat akauntabiliti, akhirnya individu tersebut akan menerima balasan sama ada kehilangan pekerjaan atau dikenakan tindakan undang – undang terhadap kesalahan yang dilakukan. Dari sudut agama pula, terdapat juga balasannya yang tersendiri yang akan diterima oleh seseorang atas perbuatannya di akhirat kelak.

(5)

2.0 Kerangka Akauntabiliti Dalam Islam

TUHAN

KEBAIKAN KEBURUKAN DEBIT KREDIT

NILAI AKAUNTABILITI PENGARUH BURUK

TUGAS JURUAUDIT/ AKAUNTAN

Apabila disebut mengenai akauntabiliti, pastinya ia amat berkait rapat dengan nilai kebertanggungjawaban bagi seseorang individu. Dalam konteks akauntabiliti secara umum, nilai tanggungjawab itu perlu ada dan harus diterapkan dalam diri setiap

(6)

individu apabila diberi amanah untuk menggalas tanggungjawab dalam melaksanakan sebarang pekerjaan.

Sesuatu pekerjaan yang diamanahkan itu perlu dilaksanakan dengan sempurna dan bersih tanpa sebarang unsur-unsur berbaur penipuan, sogokkan rasuah, ketidakadilan, khianat dan sebagainya. Sekiranya terdapat unsur-unsur negatif dalam pelaksanaan sesuatu kerja walaupun hasil kerja itu sangat memuaskan, tetapi ia tidak memberi sebarang manfaat dalam bentuk ganjaran yang baik kepada individu tersebut. Sebagai balasannya, individu itu akan menerima hukuman yang setimpal di akhirat kelak terhadap perbuatan buruk yang telah dilakukannya. Namun begitu, sekiranya individu tersebut berakauntabiliti dan telus dalam melaksanakan amanahnya, maka balasan baik akan menanti mereka di akhirat kelak.

Seperti firman Allah S.W.T dalam Surah Al-A’raf ayat 8 hingga 9 yang membawa maksud:

“Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang

berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. Dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, dengan sebab mereka berlaku zalim terhadap ayat-ayat Kami (dengan meletakkannya pada bukan tempatnya).”

Daripada maksud firman Allah S.W.T di atas, dapat disimpulkan bahawa bagi mereka yang melakukan kebaikan sama ada dalam pekerjaan ataupun perkara-perkara lain yang tidak bercampur dengan unsur-unsur kejahatan yang boleh merugikan, maka mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang berjaya. Namun, bagi mereka yang melakukan pekerjaan yang berunsurkan kejahatan, maka mereka tergolong dalam kumpulan orang-orang yang rugi.

Seperti yang kita sedia maklum, kehidupan ini sentiasa berkait rapat dengan kebaikan, keburukan, pahala, dan dosa. Apabila seseorang itu melakukan kebaikan

(7)

sepanjang hidupnya, maka mereka dibalas dengan pahala. Tetapi, apabila seseorang itu melakukan keburukan dalam usianya, maka mereka akan dibalas dengan dosa.

Prinsip akauntabiliti terutamanya bagi seorang juruaudit perlu teguh dan tetap dalam setiap pekerjaannya. Hal ini adalah kerana juruaudit atau akauntan sangat terdedah kepada unsur-unsur penipuan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, khianat dan sebagainya dalam pekerjaan mereka. Unsur-unsur seperti ini boleh dikaitkan dengan halangan atau cabaran bagi seseorang juruaudit itu dalam meneguhkan nilai akauntabiliti dalam dirinya. Sebagai contoh, seorang juruaudit menerima rasuah dalam bentuk wang ringgit untuk membantu sebuah syarikat memalsukan maklumat kewangan daripada pihak berkepentingan. Di sini dapat dirumuskan bahawa juruaudit tersebut tidak mempunyai akauntabiliti terhadap tugas, majikan, dan Tuhannya.

Seseorang individu itu perlu bersifat akauntabiliti bukan sahaja pada majikan pekerjaannya, tetapi juga kepada Tuhannya. Hal ini adalah kerana setiap khalifah di muka bumi ini perlu bertanggungjawab atas segala perbuatannya di mana ia sentiasa dilihat dan dibalas oleh Tuhan. Dalam apa jua perkara yang manusia lakukan, kita seharusnya berbalik semula kepada Tuhan (mengikut anutan agama masing-masing) supaya niat dan amalan tidak terpesong jauh dari kebenarannya.

(8)

3.0 Ciri-Ciri Individu Berakauntibiliti Menurut Islam

Islam menggariskan beberapa panduan bagi membentuk seseorang yang berakauntabiliti atau bersifat kebertanggungjawaban. Akauntabiliti seperti yang telah diterangkan dan dijelaskan bermaksud menjalankan apa jua aktiviti yang diamanahkan yang ditentukan mahupun ditetapkan secara bertanggungjawab ke atas atau di atas segala kejayaan mahupun kegagalannya. Konsep amanah menjadi pemangkin kepada akauntabiliti seseorang seperti yang telah digariskan di dalam kitab yang begitu syumul iaitu Al-Quran Nur Karim dalam surah An-Nisa ayat 58 yang bermaksud “....sesungguhnya Allah swt menyuruh kamu

melaksanakan amanah terhadap orang-orang yang memberi amanah." Jadi di

sini dapat ditegaskan bahawa dalam membentuk sikap bertanggungjawab seseorang itu perlu membentuk diri supaya menjadi amanah.

Dalam Islam nilai kebertanggungjawaban perlu dimiliki oleh seseorang individu itu seandainya dirinya mempunyai unsur-unsur

berikut:-i) Niat (intension)

ii) Baligh atau cukup umur

iii) Aqil atau berakal iaitu kewarasan yang cukup dan wajar bagi menilai kesan dan risiko daripada tindakannya

iv) Mukallaf iaitu bebas dalam membuat keputusan tanpa ada sebarang pengaruh dan paksaan dan ia akan dipertanggungjawabkan dengan segala tindakannya.

Di sini nilai Islam dapat dilihat bahawa Islam itu tidak memaksa hambanya untuk melakukan sesuatu dalam keadaan yang terdesak sebaliknya memberi peluang kepada semua agar menjadi seseorang yang bertanggungjawab tanpa

(9)

keterpaksaan. Oleh itu, sebagai individu muslim yang melengkapi unsur-unsur yang telah dinyatakan perlulah menjadi insan yang betanggungjawab dengan penuh amanah dan ikhlas. Hal ini kerana, dalam islam itu sendiri terdapat pelbagai amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan bertanggungjawab.

Akauntabiliti dalam Islam itu ialah melaksanakan semua tanggungjawab tersebut berdasarkan kepada perkara-perkara yang telah ditetapkan oleh syariat seperti berikut:

i) melaksanakan tanggungjawab tersebut hanya kerana Allah, kepadaNya dan untukNya sahaja dengan penuh rasa ikhlas dan takwa.

ii) menurut ajaran yang telah ditunjukkan oleh contoh mulia Nabi Muhammad (s.a.w.) Ini merujuk kepada ayat 21, Surah al-Ahzab yang bermaksud: “Sesungguhnya untuk kamu pada Rasullullah itu

terdapat contoh yang amat baik untuk kamu ikuti, bagi sesiapa yang mengharapkan keredhaan Allah dan hari akhirat dan banyak mengingati Nya”.

iii) mengaku dan mempercayai bahawa semua ajaran dan janji Allah dan RasulNya itu adalah benar belaka dan seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan. Ini akan menambahkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah dan RasulNya. Firman Allah, surah Al-Ahzab, ayat 22 bermaksud: “Ketika orang-orang

mukmin melihat musuh-musuh mereka (orang yang kufur dan tidak beriman dengan ajaran Islam yang telah ditunjukkan oleh Allah dan RasulNya, kepada kami, memang benarlah Allah dan RasulNya, lantas bertambahlah keimanan dan ketaatan mereka.”

iv) merasa bertanggungjawab untuk melaksanakan tanggungjawab itu dengan penuh rasa keihsanan. Rasa keihsanan itu pula akan

(10)

muncul jika diiringi dengan sifat ikhlas, jujur dan amanah. Dalam sebuah hadis, Rasul (s.a.w) ada membicarakan tentang ihsan. Antara lain kandungan hadis memberi maksud bahawa “ihsan itu

ialah apabila seseorang itu beribadat, ia merasakan bahawa seolah-olah Allah itu sedang memerhatikan perlakuannya ketika itu”. Secara rasionalnya, sudah tentu pada ketika itu seseorang

akan melakukan dengan yang terbaik. Perkataan ihsan ini berasal dari perkataan hasan yang bermaksud baik, cantik, elok dan sempurna. Jadi sebagai seorang Islam, kita mestilah melaksanakan tanggungjawab dan amanah itu dengan cara yang terbaik, sempurna dan elok.

Dalam sebuah hadis lain bermaksud, “Allah amat menyukai dan

menyayangi mana-mana hambaNya yang apabila melakukan sesuatu tugas dan tanggungjawab, akan melakukannya dengan cara yang terbaik dan berusaha pula dari masa ke semasa dan hari demi hari untuk memperbaiki lagi amalannya itu”. Amalan ini

juga telah diamalkan dan disarankan oleh Saidina Abu Bakar al Siddiq seperti katanya “hitunglah diri kamu sebelum kamu akan

diperhitungkan”.

v) Mempercayai dan menyakini bahawa semua tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita itu akan dinilai oleh Allah s.w.t. Ini akan menyentuh persoalan adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah itu secara sebaiknya atau kita telah mengabaikannya. Sebagai contohnya, tanggungjawab kita kepada ibu bapa kita, adakah telah dilaksanakan dengan sebaiknya. Ini menurut tuntutan dalam al Quran sebagaimana maksud ayat 23, surah al-Isra’,

“Tuhanmu memerintahkan supaya janganlah kamu sembah kecuali Dia dan berbuat baiklah kepada mereka. Jika seseorang di antara keduanya atau kedua-duanya telah tua, jangan kamu berkata ‘cis’

(11)

atau herdik mereka, berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang mulia.

Terdapat beberapa nilai dan etika yang wajar diterapkan dan diamalkan dalam menjadi seorang yang berakauntabiliti antaranya:

3.1 Jujur dan Amanah

i) Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya;

ii) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan;

ii) Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi kepentingan tugas

iii) Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja; dan

iv) Mengutamakan kepentingan awam sebagai teras perkhidmatan. 3.2 Tanggungjawab

(i) Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan, di samping pekerjaan dan majikan;

(ii) Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur;

(iii) Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila sahaja diperlukan;

(iv) Bercita-cita untuk tidak mengkhianati kepentingan organisasi/ instutusi/awam dalam menjalankan tugas; dan

(12)

3.3 Ikhlas

(i) Berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan dari manusia;

(ii) Mempunyai niat bertugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang halal serta mencari keredhaannya; dan

(iii) Mengikis sebarang unsur "kepentingan diri" dalam melaksanakan tugas sebagai asas pengisian amanah.

3.4 Dedikasi

(i) Kesetiaan yang tinggi kepada tujuan organisasi di bawah peraturan-peraturan yang ada;

(ii) Komited kepada sebarang perubahan yang positif dan kepada kebaikan;

(iii) Sedia mengubah sikap demi kebaikan bersama dan tugas; (iv) Sedia memulakan pembaikan; dan

(v) Berinisiatif dan proaktif dalam melaksanakan tugas harian. 3.5 Sederhana

(i) Menjamin perseimbangan equilibrium dalam diri dan tugas;

(ii) Keseimbangan dalam membuat keputusan dengan mengambil kira fakta-fakta yang terdapat dalam alam sekitar;

(iii) Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki cara bekerja;

(iv) Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihak-pihak yang berharap kepadanya; dan

(13)

(v) Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga mencapai tahap cemerlang.

3.6 Tekun

(i) Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalam tugas dan kehidupan;

(ii) Berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi;

(iii) Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki cara bekerja;

(iv) Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihak-pihak yang berharap kepadanya; dan

(v) Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga mencapai tahap cemerlang.

3.7 Bersih

(i) Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan tugas seharian; (ii) Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar

sebagai satu cara hidup;

(iii) Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas;

(iv) Membuat pertimbangan yang teliti dan adil dalam membuat keputusan;

(v) Berkhidmat demi kebajikan semata-mata; dan

(vi) Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan.

(14)

(i) Mengetahui priority dan mengutamakan yang lebih utama; (ii) Menilai tinggi masa dan janji;

(iii) Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang; dan

(iv) Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi.

3.9 Bekerjasama

(i) Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam melaksanakan kerja; (ii) Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi

sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan semangat kerjasama;

(iii) Mengutamakan kepentingan organisasi dan pasukan di tempat kerja daripada kepentingan peribadi;

(iv) Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara kepentingan bersama; dan

(v) Mengelakkan konflik kepentingan berdasarkan peribadi: Mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara.

(15)

(i) Bermanis muka sepanjang masa; (ii) Bertimbang rasa dan bertolak-ansur;

(iii) Menghormati rakan sejawat dan pelanggan/pelawat; dan

(iv) Sentiasa memulakan 'pertanyaan' dengan tujuan untuk menolong pelanggan/pelawat.

3.11 Bersyukur

(i) Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk menjamin kesejahteraan hidup sebagai seorang anggota masyarakat;

(ii) Berkecenderungan melihat keadaan dengan lebih positif sehingga menggerakkan untuk lebih berusaha gigih;

(iii) Menghayati budaya kerja yang bersopan dan tidak bertentangan dengan kehendak agama (nilai-nilai agama dan kerohanian);

(iv) Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat;

(v) Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia; (vi) Berkhidmat sebagai ibadah; dan

(vii) Bercita-cita menjadi manusia yang mempunyai sumbangan yang banyak kepada masyarkat, negara dan agama.

(16)

Walaupun, kelihatan mudah untuk menjadi seseorang yang akauntabiliti, namun terdapat beberapa halangan atau cabaran yang perlu dititikberatkan dalam menerapkan nilai akauntabiliti dalam diri seseorang individu. Antaranya ialah:

4.1 Jati Diri

Bagi orang Islam, jati diri bermaksud suatu sifat atau ciri yang unik atau istimewa bagi melambangkan keperibadian seseorang individu sesuatu bangsa. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, menurut hadis riwayat Tarmizi yang bermaksud, “Akan datang kepada umatku satu zaman

apabila orang yang berpegang kepada agamanya diibaratkan seperti menggenggam bara api”

Kehilangan para ulama’ akan menyebabkan berlakunya kemerosotan jati diri seseorang individu kerana tiada pihak yang boleh mengajar ataupun menjelaskan tentang ajaran agama, hal ini dijelaskan melalui hadis riwayat Muslim di mana Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) akan

ilmu itu dengan sekaligus daripada (dada) manusia. Tetapi Allah menghilangkan ilmu itu dengan mematikan ulama’. Apabila sudah ditiadakan alim ulama’, maka orang ramai akan memilih orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”

Walaupun Allah S.W.T telah menghilangkan para ulama’ sebagai tempat yang boleh menjelaskan tentang ajaran agama, namun masih terdapat pelbagai cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan jati diri itu sendiri, sebagai contoh memiliki keimanan yang mantap, malah Allah S.W.T ada berfirman dalam Surah al-Anfal,

(17)

ayat 2 yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu

(yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah (bertawakal).”

Selain itu, seseorang individu itu boleh melakukan Amar Ma’aruf dan mencegah Nahi Mungkar, seperti dalam firman Allah S.W.T dalam Surah ali-Imran, ayat 110 yang bermaksud, “Kamu (wahai umat

Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah ( dengan sebenar-benar iman).”

4.2 Tamak

Menurut Islam, tamak membawa maksud perasaan terlalu mencintai keduniaan (harta benda) tanpa mempedulikan hukum hakam yang boleh mengakibatkan berlakunya dosa besar, sekaligus menyebabkan manusia itu lupa kepada penciptanya iaitu Allah S.W.T dan kewajipan yang perlu dipenuhi. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, menurut riwayat Ahmad yang bermaksud, “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada

harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat”

(18)

Berdasarkan riwayat ini, jelaslah bahawa manusia secara semulajadinya memang bersifat tamak dan sentiasa ingin melebihi dari orang lain. Sifat seperti ini akan merugikan manusia itu sendiri kerana ia akan melahirkan individu yang tidak bersyukur sehingga mengakibatkan hubungan silaturrahim sesama manusia menjadi renggang dek kerana perasaan ingin melebihi antara satu sama lain telah menguasai diri. Sedangkan selaku umat Islam, seseorang individu itu dituntut untuk sentiasa bersyukur kepada Allah S.W.T dan percaya bahawa rezeki itu terletak di tangan-Nya. Namun begitu, seseorang individu itu diwajibkan untuk berusaha dengan cara yang betul dan Allah S.W.T akan menentukannya. Allah S.W.T telah berjanji bahawa orang yang bersyukur, rezeki yang diterimanya akan berlipat ganda begitu juga sebaliknya bagi orang yang tidak bersyukur, rezeki yang diterimanya akan berkurangan.

4.3 Rasuah

Definisi rasuah menurut Islam adalah harta yang diperolehi hasil daripada satu tugasan atau kerja yang dilakukan demi kepentingan manusia tidak kira sama ada bertujuan untuk memperolehi sesuatu keuntungan mahupun menghindari sesuatu kesusahan yang sepatutnya diselesaikan tanpa mengambil sebarang bayaran ataupun upah. Rasuah bukan sahaja diharamkan bagi penganut agama Islam, malah agama-agama lain juga tidak membenarkan penganutnya mengambil rasuah. Hal ini jelas dapat dibuktikan dengan firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah, ayat 188 yang bermaksud,“ Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta

sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.’

(19)

Hadis menurut riwayat at-Tirmidzi, 3/622: Imam Tirmidzi berkata: Hadis Hasan Sahih yang bermaksud, ‘Rasulullah S.A.W telah melaknat

pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)”

Terdapat beberapa kategori rasuah yang diberi penekanan dalam Islam, antaranya ialah:

i) Menurut riwayat Abu Daud, no 2943, Albani: Hadis Sahih; Ma’alim as-Sunnah, al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah yang bermaksud,

“Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan)”

ii) Rasulullah S.A.W bersabda, menurut riwayat Ahmad yang bermaksud, “Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah

(20)

5.0 Kesimpulan

Rasulullah bersabda maksudnya, “Setiap orang daripada kamu adalah penjaga

dan setiap penjaga bertanggungjawab (akauntabiliti) terhadap apa yang dijaganya.” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Berdasarkan hadis ini, dapat

disimpulkan bahawa kerangka akauntabiliti dalam sesuatu perkara atau pekerjaan amat penting dan harus dititikberatkan nilai-nilainya agar setiap apa-apa yang dilakukan itu mendapa-apat keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T.. Jadi sebagai seorang muslim tanggungjawab yang telah diberikan mestilah dilaksanakan dengan penuh amanah dan telus.

Keperibadian Rasulullah wajar menjadi contoh dan teladan agar setiap perkara yang dilakukan tidak lari landasan keislaman dan menjadi individu yang melaksanakan sesuatu berlandaskan akauntabiliti Islam.Ensiklopedia Britanica menyifatkan Nabi Muhammad SAW sebagai personaliti pemimpin agama paling berjaya di dunia. Bekas penulis terkenal British, George Bernard Show menyatakan, jika Nabi Muhammad SAW masih hidup, beliau akan berjaya menyelesaikan masalah yang mengancam tamadun dunia hari ini.Beberapa contoh sanjungan tinggi cendekiawan barat terhadap Rasulullah S.A.W itu adalah kerana mereka kagum dengan kecemerlangan akauntabiliti yang menjadi piawaian utama kepimpinan Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W menolak percubaan rasuah puak nasionalis dan korporat Quraisy untuk menawarkan jawatan raja, perempuan cantik dan harta kekayaan dalam usaha memujuk Baginda berundur menjalankan aktiviti dakwah. Sikap ini harus dijadikan contoh yang terbaik dalam kehidupan sesorang agar tidak mudah terpengaruh dalam sesuatu pekerjaan yang dilakukan. Hal ini kerana, pelbagai faktor yang boleh menghalang sesorang itu daripada menjadi

(21)

seorang yang berakauntabiliti. Jadi kesedaran dalam diri amat penting bagi menerapkan dan mengamalkan kerangka akauntabiliti Islam.

Bibliografi

Akauntabiliti Menurut Pandangan Islam. Diperoleh pada November 1, 2011 daripada http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?

lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=654&cmd=resetall

11 Ciri-ciri Rukun Akhlak dan Etika Kerja. Diperoleh pada November 1, 2011 daripada http://www.ipa.gov.bn/ipaonline/ipa_resources/cirirukunakhlak.htm

Akauntabiliti Dalam Kerja. Diperoleh pada November 1, 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/3048041/AKAUNTABILITI-DALAM-KERJA Diperoleh pada November 1, 2011 daripada

http://dijohor.multiply.com/journal/item/9/Akauntabiliti_atau_Al-Masuliyyah Diperoleh pada November 1, 2011 daripada

Referensi

Dokumen terkait

“di dalam hal kemampuan bertanggungjawab apabila dilihat dari keadaan batin pelaku perbuatan pidana, merupakan masalah kemampuan bertanggungjawab dan menjadi dasar

Bahkan Islam meringankan bagi pelaku tindak pidana pencurian yang dilakukan pada saat terjadi musibah atau pada keadaan memaksa atau darurat, sebagaimana yang

Selain itu, karakteristik pendidikan Islam sebagaimana telah disebutkan terdahulu ternyata memberi peluang untuk mengadopsi pendidikan Barat yang lebih maju itu, sebagaimana

memberi dampak jaringan kuat. Tingginya nilai peluang dipengaruhi oleh adanya peluang melakukan perluasan terhadap value produk, banyaknya pekerjaan lain yang dapat

Oleh karena itu menjadi sangat penting dalam memberi wawasan nilai-nilai Islam bagi anak-anak di Kampung Adat Urug melalui permainan edu games yang diberi nama “Iqropolly”..

Mengetahui mereka perilaku yang bertentangan dengan keyakinan dan nilai- nilai Islam mereka menempatkan mereka dalam keadaan konflik dengan diri mereka sendiri karena mereka melakukan

Dengan metode tersebut juga diharapkan proses internalisasi nilai dalam pendidikan Islam dapat menjadi lebih efektif dan bermakna Akhirnya harapan kami, semoga dengan terbitnya buku

Peluang hidup di alam demokrasi yang tidak diperoleh umat Islam di negara lain ini telah memberi manfaat yang amat luas bagi umat Islam untuk mengembangkan pemikiran dan cita-cita