• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengintegrasian Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pengintegrasian Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

Pengintegrasian Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran Johan @ Eddy Luaran

Fakulti Pendidikan,UiTM Jasmine Anak Jain

School of Education, Taylor University

___________________________________________________________________________ Abstrak

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya pembelajaran masa kini. Ini termasuklah merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan. Didokong oleh inisiatif Teknologi Maklumat kerajaan yang menyediakan capaian Internet di seluruh pelusuk negara telah memudahkan guru dan pelajar melayari laman web. Ini seterusnya memungkinkan pembelajaran secara dalam talian dijalankan di luar bilik darjah. Sejajar dengan itu, pengenalan Web versi 2.0 telah memberi impak yang cukup signifikan. Berbeza dengan Web versi 1.0 yang hanya membenarkan pengguna untuk melihat serta membaca paparan web, Web versi 2.0 yang mula diaplikasikan pada awal tahun 20-an, telah mengubah lanskap web secara total iaitu pengguna kini boleh memberi input, memuat naik fail serta membina rangkaian maklumat sendiri. Web versi 2.0 yang popular termasuklah Facebook, Youtube, Twitter, blogspot serta banyak lagi. Namum begitu, jika diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran web versi 2.0 ini akan dapat membantu guru serta pelajar dalam interaksi secara ‘blended learning’ dan ‘ubiquitous learning’ yang diaplikasikan di institut pengajian tinggi di Malaysia. Kedua-dua mod pembelajaran ini berteraskan konsep iaitu guru serta pelajar dapat berinteraksi walaupun di luar waktu persekolahan. Justeru itu, kertas kerja ini akan membincangkan tahap kesediaan pelajar dalam menggunakan web sebagai medium pembelajaran dan seterusnya membincangkan beberapa laman Web 2.0 yang boleh diaplikasikan oleh golongan pendidik dalam menyokong pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Laman web yang dibincangkan diharap akan dapat memberi perspektif baru dalam pengajaran dan pembelajaran kepada kalangan pendidik.

Kata Kunci : Teknologi Maklumat, Web 2.0, Pengajaran dan Pembelajaran

______________________________________________________________________________ 1. Pengenalan

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini. Malah, pembelajaran tidak lagi terhad dalam bilik darjah atau perpustakaan malah ia melangkaui masa dan tempat. Era pembelajaran ___________________________________________

*Corresponding author. Tel: +6013-8973616, +603- 5629 5821 E-mel:johaneddyluaran@gmail.com, jasmynjain@gmail.com

(2)

siber sebegini membolehkan pembelajaran formal berlaku walaupun di luar bilik darjah. Senario ini dimungkinkan oleh penggunaan laman web dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Laman web khusus adalah merujuk kepada web 2.0 yang membolehkan guru dan pelajar berinterasi di alam maya. Pembelajaran berasaskan laman web ini memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar walaupun berada dimana saja tidak kira masa (ubiquitous learning). Sebagai contoh, pelajar boleh melayari Internet serta mengaksess laman web untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran mereka.

Jika dipandang dari sudut semasa, sudah tiba masanya untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Inisiatif pewujudan Sekolah Bestari pada tahun 1999 merupakan titik tolak kepada aplikasi teknologi komputer dalam sistem pendidikan. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menekankan bahawa Malaysia perlu membangunkan ekonomi dengan tidak mengabaikan aspek politik, sosial, rohaniah, psikologi dan budaya. Untuk memastikan matlamat ini tercapai, Malaysia perlu mencapai sembilan cabaran utama dalam Wawasan 2020. Salah satu matlamat teknologi maklumat di Malaysia adalah untuk menjadi negara membangun pada tahun 2020. Cabaran keenam daripada sembilan strategi mencapai wawasan 2020 adalah menyatakan bahawa Malaysia mesti mewujudkan

...masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif yang bukan sahaja menjadi pengguna kepada teknologi malah menjadi penyumbang kepada dunia sains dan teknologi pada masa depan...

(Mahathir Mohamad, 1998) 2. Pengintegrasian Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, guru merupakan agen perubahan yang penting. Oleh itu, penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan guru adalah dituntut. Ia penting bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran malah daripada aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah.

(3)

Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan teknologi maklumat giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya dalam aspek berkaitan teknologi maklumat. Beberapa langkah susulan kerajaan seterusnya adalah memfokuskan latihan kemahiran ICT pada Rancangan Malaysia ke sembilan (RMK-9) juga akan melibatkan guru-guru yang mengajar di Sekolah Agama dan yang mengajar di Sekolah Pendidikan Khas. Langkah ini selaras dengan input yang diperoleh daripada Soon Yin dan Kooi Guan (2002) yang menyatakan bahawa latihan yang diterima oleh guru-guru merupakan aspek yang sangat penting dalam proses menggunakan komputer di sekolah-sekolah. Ini disokong oleh Gan (2000), yang menyatakan bahawa kekurangan latihan merupakan satu faktor penghalang penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan beberapa kajian lepas yang merujuk kepada pengetahuan teknologi maklumat guru, Jeannette (2001), mendapati 86% guru mempelajari teknologi berasaskan komputer daripada kawan, 80% belajar sendiri dan 24% belajar daripada kursus yang dianjurkan oleh agensi tertentu. Kajian beliau juga mendapati bahawa sebanyak 30% guru menyatakan bahawa mereka berminat untuk terus belajar sekiranya terdapat kursus yang sesuai ditawarkan. Manakala dapatan daripada kajian yang dijalankan oleh Inman-Anderson dan Ditson (1999) mendapati 87% daripada guru belajar menggunakan teknologi berasaskan komputer dengan belajar sendiri dan mendapati 40% guru belajar daripada kawan. Kajian yang dijalankan oleh Liu et al. (2002) juga mendapati bahawa 96% guru memperoleh pengetahuan dengan belajar sendiri. Daripada kajian McMohan et al. (1999) mendapati 55% guru-guru belajar daripada kawan. Daripada kajian tersebut dapat disimpulkan bahawa majoriti guru memperoleh pengetahuan tentang Internet melalui pembelajaran sendiri.

Secara keseluruhannya, dalam persekitaran teknologi maklumat yang semakin berkembang, guru seharusnya memainkan peranan sebagai agen perubahan. Matlamat ini menuntut sikap positif guru terhadap teknologi maklumat dan inisiatif ini boleh dimulakan dengan mengintegrasikan aplikasi ini dalam pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya akan memanfaatkan golongan pelajar.

(4)

3. Web 2.0

Istilah Web 2.0 mula diperkenalkan pada tahun 2003 bermula dengan pengenalan rangkaian ‘social network’ seperti facebook yang telah mengubah cara interaksi dalam kalangan pelajar. Teknologi Web 2.0 ini terus berkembang dan merevolusikan bidang pendidikan. Menurut Webopedia (2013), istilah web 2.0 adalah merujuk kepada generasi kedua World Wide Web yang membolehkan individu dalam talian berkolaborasi dan berkongsi maklumat. Ia secara umumnya merupakan perubahan daripada laman web yang statik kepada laman web yang lebih dinamik dimana pengguna boleh memberi input serta memuatnaik bahan kedalam laman web.

(Sumber:http://www.mintonlinemarketing.net/top-10-web-2-0-sites/) Rajah 1: Illustrasi Web 2.0

Penggunaan Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran didorong oleh konsep ‘open educational resourses’ di mana maklumat serta aplikasi adalah percuma untuk digunakan tanpa kekangan kecuali terdapat pakej khusus yang perlu dibayar oleh pengguna. Konsep ‘open educational resourses’ ini sememangnya direkabentuk supaya interaksi antara individu dalam alam maya lebih tersusun dan mudah. Justeru itu, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mendemokrasikan pendidikan golongan pendidik sewajarnya mengambi peluang aplikasi Web 2.0 ini untuk kekal berhubung serta berinteraksi dengan pelajar walupun diluar waktu persekolahan.

(5)

4. Kajian Tahap Kesediaan Pelajar untuk mengintegrasikan Teknologi Maklumat dalam Pembelajaran

Sebahagian daripada objektif kertas kerja ini adalah untuk menganalisa tahap kesediaan pelajar untuk mengintegrasikan Teknologi Maklumat dalam proses pembelajaran mereka. Justeru itu, seramai 44 orang responden yang terdiri daripada pelajar semester 1 dan semester 2 di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA telah dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik. Jadual 1 menunjukkan respons yang telah diperoleh daripada soal selidik.

Jadual 2: Data Tahap Kesediaan Pelajar untuk Mengintegrasikan Teknologi Maklumat dalam Pembelajaran Frekuensi Peratus (%) 1. Jantina Lelaki 13 30 Perempuan 31 70 Jumlah 44 100.0 2. Umur 18-20 tahun 3 7 21-23 tahun 38 89 24-26 tahun 2 4 27-29 tahun 0 0 30 tahun ke atas 0 0 Jumlah 43 100.0 3. Program Akademik PhD 0 0 Sarjana 3 7 Sarjana Muda 41 93 Sijil 0 0 Jumlah 44 100.0

4. Kekerapan melayari Internet

Setiap hari 38 86

Lebih daripada sekali dalam

seminggu 4 9

Sekali seminggu 0 0

Sekali sebulan 2 4

(6)

Jumlah 44 100.0 5. Pengalaman menggunakan komputer.

Kurang daripada setahun 1 2

1 hingga 2 tahun 3 7

3 – 5 tahun 8 19

Lebih daripada 5 tahun 30 71

Jumlah 42 100.0

6. Bagaimana anda mendapat kemahiran menggunakan Komputer? (Anda boleh memilih lebih daripada satu respon)

Menghadiri kursus 20 23

Sekolah 26 30

Belajar daripada rakan 35 40

Lain-lain 6 7

Jumlah 87 100.0

7. Bilangan telefon pintar (Smart phone) anda yang aktif.

Satu 20 45

Dua 21 48

Tiga 0 0

Empat 0 0

Lebih daripada empat 3 7

Jumlah 44 100.0

8. Adakah anda boleh mengakses Internet daripada telefon pintar (Smart phone) anda?

Ya 37 84

Tidak 7 16

Jumlah 44 100.0

9. Aktiviti yang kerap anda lakukan dengan telefon pintar (Smart phone) anda. (Anda boleh memilih lebih daripada satu respon)

SMS (Short Messaging Services) 39 26 MMS (Multimedia Messaging Services) 12 8 Panggilan 31 21 E-mail 18 12 Hiburan 22 15 Mencari Maklumat 23 15 Lain-lain 4 4 Jumlah 149 100.0

(7)

(Smart phone) anda?

Sangat tidak selesa 3 7

Tidak selesa 5 12

Tidak pasti 5 12

Selesa 21 49

Sangat selesa 9 21

Jumlah 43 100.0

11. Adakah anda bersetuju bahawa adanya bahan pembelajaran seperti slaid pembentangan, nota kuliah serta, latihan kuiz dalam telefon pintar (Smart phone) anda akan membantu anda dalam mengulangkaji pelajaran.

Sangat tidak bersetuju 3 7

Tidak bersetuju 3 7

Tidak pasti 7 16

Bersetuju 15 34

Sangat bersetuju 16 36

Jumlah 44 100.0

12. Adakah anda akan meluangkan masa untuk memuat turun aplikasi yang membolehkan anda memuat turun bahan pembelajaran dalam telefon pintar (Smart phone) anda.

Tidak 0 0 Mungkin tidak 5 12 Tidak pasti 5 12 Mungkin ya 22 51 Ya 11 26 Jumlah 43 100.0

13. Adakah anda bersetuju bahawa dengan memuat turun aplikasi

pembelajaran yang berkaitan dengan subjek anda akan dapat membantu anda dalam pencapaian akademik anda.

Tidak 0 0 Mungkin tidak 1 2 Tidak pasti 12 27 Mungkin ya 20 45 Ya 11 25 Jumlah 44 100.0

Berdasarkan dapatan daripada Jadual 1, secara keseluruhannya dapatan menunjukkan bahawa pelajar-pelajar khususnya diperingkat universiti adalah lebih terbuka untuk menerima

(8)

pembelajaran dalam talian yang bersifat ‘ubiquitos’ iaitu pembelajaran boleh dijalankan dimana sahaja. Persepsi pelajar khususnya dalam memuat turun aplikasi yang menyumbang kepada proses pembelajaran mereka (Item 12 dan 13) juga baik dimana lebih daripada 70% respon adalah positif.

5. Laman web 2.0

Berikut merupakan laman web yang boleh digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam ataupun di luar bilik darjah.

Titanpad.com

Ini merupakan laman web untuk interaksi antara guru-guru dengan pelajar. Interaksi adalah dalam bentuk chat. Laman web ini adalah percuma dan boleh digunakan tanpa perlu mendaftar. Guru dan pelajar boleh mengakses laman web pada masa yang sama atau berlainan, cuma URL perlu diberikan kepada pelajar. Apabila pelajar dan guru berinteraksi dalam masa yang sama, setiap individu akan mempunyai kod warna interaksi yang berbeza. Pengguna juga boleh mengimport dokumen lain dalam laman interaksi.

(Sumber: Effective Web 2.0 Tools for the Classroom : Part 1) Rajah 2 : Antaramuka Titanpad.com

(9)

(Sumber: Effective Web 2.0 Tools for the Classroom : Part 1) Rajah 3: Interaksi Pelajar menggunakan Titanpad.com

Twiddla.com

Laman web ini merupakan laman web yang membolehkan guru-guru dan pelajar-pelajar berkaloborasi dalam masa yang sama khususnya diluar waktu persekolahan. Laman web ini boleh digunakan secara percuma walaupun terdapat pakej berbayar yang ditawarkan. Uniknya laman web ini adalah, kolaborasi boleh dijalankan serentak iaitu guru dan belajar boleh berinteraksi melalui pad atau chat seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5.

(Sumber: Effective Web 2.0 Tools for the Classroom : Part 1) Rajah 4 : Antaramuka Twiddla.com

(10)

(Sumber: Effective Web 2.0 Tools for the Classroom : Part 1) Rajah 5: Interaksi Pelajar menggunakan Twiddla.com

Dropbox

Laman web ini menawarkan storan fail secara dalam talian. Konsep ini juga dikenali sebagai ‘cloud computing’ yang mana pengguna boleh menyimpan fail secara dalam talian. Fail tersebut boleh diakses dimana-mana komputer atau alatan elektronik yang mempunyai rangkaian Internet. Pengguna tidak perlu lagi bimbang jika terlupa membawa ‘pen drive’ . Guru-guru boleh menggunakan aplikasi ini untuk menghantar fail kepada pelajar kerana setiap web ini mempunyai aplikasi ‘share’ yang membolehkan pengguna menghantar ‘link’ untuk fail berkenaan kepada pelajar.

(Sumber: Effective Web 2.0 Tools for the Classroom : Part 1) Rajah 6 : Antaramuka Dropbox.com

(11)

(Sumber: Effective Web 2.0 Tools for the Classroom : Part 1) Rajah 7: Interaksi Pelajar menggunakan Dropbox.com

Murally

Murally adalah laman web yang berkonsepkan mural. Dalam konsep yang mudah dfahami, mural adalah merujuk kepada board yang mengandungi elemen yang melambangkan idea seseorang individu. Rajah 8 menunjukkan mural konvensional iaitu mural pada board yang nyata manakala Rajah 9 menunjukkan mural pada e-board yang dibina menggunakan laman web Murally. Guru-guru boleh menggunakan aplikasi ini khususnya untuk aktiviti yang memerlukan pelajar untuk menjana idea tentang sesuatu peristiwa. Sebagai contoh, guru memberi tugasan seperti berikut: Bagaimanakah golongan pendidik boleh mengintegrasikan Teknologi Maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka? Pelajar kemudiannya dikehendaki membina e-mural berdasarkan soalan tersebut. Murally juga membenarkan pengguna menyelitkan gambar, teks dan video yang secara tidak langsung menjadikannya menarik.

(12)

(Sumber: Effective Web 2.0 Tools for the Classroom : Part 1) Rajah 8: Antaramuka Murally

(Sumber: Effective Web 2.0 Tools for the Classroom : Part 1) Rajah 9: Interaksi Pelajar menggunakan Murally Bubbls.us

Bubbls adalah laman web yang boleh digunakan untuk membina peta minda yang interaktif. Peta minda interaktif yang dibina seterusnya boleh dicetak, disimpan dan dikongsi dengan pengguna lain. Ianya amat mudah digunakan mempunyai pelbagai aplikasi lain yang menarik. Rajah 10 merupakan contoh peta minda interakif yang telah dibina oleh pelajar.

(Sumber: Effective Web 2.0 Tools for the Classroom : Part 1) Rajah 10: Interaksi Pelajar menggunakan bubbl.us

(13)

StoryJumper

Storyjumper adalah laman web yang membolehkan guru dan pelajar untuk membina buku folio secara elektronik. Buku folio ini boleh direkabentuk sendiri oleh pelajar ini termasuklah karakter, scenario dan sebagainya. Pelajar boleh menggunakan imej sendiri ataupun menggunakan templat yang disediakan dalam laman web. Rajah 12 menunjukkan senario serta karakter pilihan pelajar. Selain itu, laman web ini juga membolehkan pelajar membina peta seperti peta kawasan dan sebagainya.

(Sumber: Effective Web 2.0 Tools for the Classroom : Part 1) Rajah 11: Antaramuka StoryJumper

(Sumber: Effective Web 2.0 Tools for the Classroom : Part 1) Rajah 12: Interaksi Pelajar menggunakan StoryJumper

(14)

Sixty

Sixty adalah laman web yang membolehkan pengguna untuk meletakkan nota dalam bentuk teks, imej, video atau audio pada papan bulletin maya. Papan buletin maya ini berfungsi sebagai antarmuka untuk sebarang respon daripada pengguna. Aplikasi ini dapat menyokong hampir semua format dokumen termasuklah windows word dokumen, JPEG, PNG, GIF dan sebagainya. Sixty merupakan penyelesaian keperluan guru khususnya yang ingin mendapatkan respon daripada pelajar sebelum mengajar sesuatu topik. Soalan tentang topik yang akan diajar boleh dipos pada papan bulletin maya untuk mendapatkan serba sedikit kefahaman topik tersebut sebelum mengajarnya di dalam bilik darjah.

(Sumber: Effective Web 2.0 Tools for the Classroom : Part 2) Rajah 13 : Antaramuka Sixty

(15)

Laman web lain yang boleh digunakan oleh golongan pendidik yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di senaraikan dalam Jadual 2.

Jadual 2: Laman Web untuk Pengajaran dan Pembelajaran

Kategori Sumber

Kolaborasi dan perbincangan Google Docs (doc.google.com) Zoho Writer (writer.zoho.com) TypeWith.me (typewith.me) Mendeley (www.mendeley.com) Spicynodes (www.spicynodes.org) Popplet (popplet.com) Spiderscribe (spiderscribe.net) Wiggo (wiggo.com)

Persembahan multimedia Emaze (www.emaze.com) Prezi (prezi.com)

Storify (storify.com)

Livebinder (www.livebinder.com) Pengurusan bilik darjah GoClass (www.goclass.com)

Edcanvas (www.edcanvas.com) Kubbu (www.kubbu.com)

Rancangan pengajaran Plainboard (www.plainboardapp.com) Open Education Resourses Currikki (www.curriki.org)

Vancity (www.udacity.com) Khan Academy

(www.khanacademy.org) MIT Open Courseware (http://ocw.mit.edu) Kesimpulan

Kesimpulannya, guru adalah agen transformasi pendidikan negara, adalah penting untuk guru-guru menggunakan aplikasi Web 2.0 ini kerana ini merupakan tren terkini pembelajaran dalam kalangan pelajar. Kita perlu berubah walaupun ia mungkin baru bagi sebilangan golongan pendidik tetapi penggunaan aplikasi ini membolehkan kita engage dengan pelajar kita. Akhir sekali, yang lebih penting adalah kebolehan untuk menyebatikan kemahiran-kemahiran tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana matlamat kita adalah untuk menggunakan teknologi komputer dalam pendidikan secara am dan dalam pengajaran dan pembelajaran secara

(16)

khusus. Namun begitu, harus diingat bahawa teknologi hanya merupakan alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan.

RUJUKAN

Berita Harian (2011). Subjek Sejarah wajib Lulus

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/WajibsLulus/Article/index_html, Retrieved on 1 June 2011

Deacon, A., Jaftha, J. and Horwitz, D. 2004. Customizing Microsoft Office to Develop a Tutorial Learning Environment. British Jurnal of Educational Technology, 32(2): 65-72

Doreen Tan (2004) 11th International Assembly of Social Educators Meeting, Nov. 19, 2004. Baltimore.

Gan, S. L. (2000). IT and Education in Malaysia: Problems, Issues and Challenges. Kuala Lumpur: Longman.

How Stuff Works. (2005). Expert Review: Microsoft PowerPoint 2003, http://products.howstuffworks.com/microsoft-powerpoint-2003-review.htm. Retrieved 12 December 2008.

Inman-Anderson, L. and Ditson, L. (1999). Computer-Based Concept Mapping: A Tool for Negotiating Meaning. Learning and Leading With Technology 26: 6-13.

Jeannette, S. (2001). Integrating Information and Communication Technology in Professional Practice: Based on Survey of Primary and Secondary School in Scottish School. Journal for Information Technology for Teacher Education 9(2): 167-182.

Jewitt, C. (2006). Technology, Literacy and Learning : A Multimodal Approach. New York: Routledge.

Johan Eddy Luaran. (2005). Kajian Terhadap Kemahiran dan Aras Keyakinan Guru Terhadap Aplikasi Teknologi Maklumat (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah Daerah Kudat, Sabah. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.

Johan Eddy Luaran. (2013a). Effective Web 2.0 Tools for the Classroom: Part 1. Kuala Lumpur: Faculty of Education UiTM.

Johan Eddy Luaran. (2013b). Effective Web 2.0 Tools for the Classroom: Part 2. Kuala Lumpur: Faculty of Education UiTM.

Joshua, E. S. (2004). PowerPoint's Power in the Classroom: Enhancing Students' Self Efficacy. Computer Education 45: 203-215.

(17)

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Kad Laporan Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.

Learning Discovery Team. (2006). Creative ICT in the Classroom: Using New Tools for Learning. Stafford: Continum International Publishing Group Ltd.

Liu, Min, Reed, and Micheal, W. (2002). Teacher, Education, Students and Computers: Gender, Major, Prior Computer Experience, Occurrence and Anxiety. Journal of Research and Computing Education, 24(4): 17-24

Mackey, M. (2002). Literacy Across Media: Playing the Text. New York: Routledge.

Mahathir Mohamed. (1998). Multimedia Super Corridor. Subang Jaya: Pelanduk Publication (M) Sdn. Bhd.

McKenzie, J. K. (2003). Past, Present, and Future of Computer-Tailored Nutrition Education. American Journal of Clinical Nutrition 77(4): 102-121.

McMohan, J., Gardner, J., Gray, C. and Mulhern, G. (1999). Barrier to Computer Usage: Staff and Student Perceptions. Journal of Computer Assisted Learning 15: 56-68.

Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharuddin Aris dan Jamalludin Harun. (2008). Kemahiran ICT di kalangan guru-guru pelatih UTM: Satu tinjauan. Paper presented at the 1st International Malaysian Educational Technology Convention. Kuala Lumpur. 28 Ogos. Mohammed Sani, Nordin, M. dan Roslee, M. (2004). Budaya ICT di Kalangan Guru-Guru Sains

dan Matematik: Trend dan Isu. Jurnal Pendidikan 7: 15-24.

Mortimer, E. and Scott, P. (2003). Meaning Making in Secondary Science Classroom. London: Continuum.

Mukama, E. and Andersson, S. B. (2007). Coping with change in ICT-Based Learning Environments: Newly qualified Rwandan Teachers' Reflection. Journal of Computer Assisted Learning 24: 156-166.

Noor Awanis Muslim, Nora Dato Yahya dan Nurazariah Abidin. (2006). Persepsi Guru-Guru Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kertas Kerja Pembentangan Seminar SITMA. Terengganu. 19-20 Ogos.

Rozinah Jamaludin. (2007). Internet dalam Pendidikan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Soon Yin, T. & Kooi Guan, C. (2002). Latihan dan Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran-Pembelajaran Guru-Guru. Jurnal 2002 Pendidikan guru 2: 62-72.

Ting, K. C. (1998). Attitudes of Teachers towards Information Technology in Education in Miri. Master Thesis. Universiti Malaysia Sarawak.

(18)

Weiss, T. (2003). Word processing in the Business and Technical Writing Classroom Computers and Composition 5(2): 57-70.

WeboPedia (2012). Web 2.0. http://www.webopedia.com/TERM/W/Web_2_point_0.html. Retrieved 12 Jun 2013.

Penerangan (step by step guide) penggunaan beberapa web 2.0 boleh diperoleh e-book percuma oleh penyelidik yang boleh dimuat turun daripada laman web berikut:

Effective Web 2.0 Tools for the Classroom : Part 1

Link : http://www.scribd.com/doc/157389874/Effective-Web-2-0-Tools-for-the-Classroom-Part-1

Effective Web 2.0 Tools for the Classroom : Part 2

Link : http://www.scribd.com/doc/157394974/Effective-Web-2-0-Tools-for-the-Classroom-Part-2

Book 3 : Learning Through Open Educational Resources

http://www.scribd.com/doc/170509514/Learning-Through-Open-Educational-Resources Book 4 : Online Educational Resources

http://www.scribd.com/doc/183786811/Online-Educational-Resources Book 5 : Web Tools for Online Survey

Referensi

Dokumen terkait