• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kedudukan Istimewa Orang Melayu Dan Bumiputera Dalam Perlembagaan Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kedudukan Istimewa Orang Melayu Dan Bumiputera Dalam Perlembagaan Malaysia"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

Hak-hak istimewa orang Melayu Hak-hak istimewa orang Melayu

Sebelum mengulas lebih lanjut mengenai isu ini haruslah ditafsirkan dahulu apa itu orang Sebelum mengulas lebih lanjut mengenai isu ini haruslah ditafsirkan dahulu apa itu orang Melayu. Menurut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 160 mendefinisikan orang Melayu Melayu. Menurut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 160 mendefinisikan orang Melayu sebagai “seseorang yang menganuti agama Islam, mahir bertutur menggunakan bahasa sebagai “seseorang yang menganuti agama Islam, mahir bertutur menggunakan bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan (a) lahir sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan (a) lahir sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura pada Hari Merdeka itu, di Singapura, atau ibu bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura pada Hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ia adalah keturunan seseorang ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut

yang tersebut ( ( Nazri Muslim, 2011) . Nazri Muslim, 2011) .

Apakah kedudukan istimewa orang Melayu yang dilindungi dalam Perlembagaan? Di Apakah kedudukan istimewa orang Melayu yang dilindungi dalam Perlembagaan? Di  bawah P

 bawah Perkara 153 erkara 153 Yang di-Pertuan Yang di-Pertuan Agomg Agomg dikehendaki ddikehendaki dalam batas-batas perlembagalam batas-batas perlembagaan danaan dan undang-undang Persekutuan, melaksanakan dasar melindungi kedudukan istimewa orang undang-undang Persekutuan, melaksanakan dasar melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak dan membuat persiapan untuk mereka dari segi Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak dan membuat persiapan untuk mereka dari segi  jawatan

 jawatan dan dan perkhidmatan perkhidmatan awam, awam, dalam dalam pemberian pemberian biasiswa biasiswa dan dan bantuan bantuan atau atau kemudahankemudahan  pendidikan yang lain dan p

 pendidikan yang lain dan permit serta lesen perniagaan dan perdagangan.ermit serta lesen perniagaan dan perdagangan.

Pembukaan lombong-lombong bijih dan ladang getah serta dasar pintu terbuka Pembukaan lombong-lombong bijih dan ladang getah serta dasar pintu terbuka imigresen pada awal abad ini menyebabkan orang-orang Melayu terdampar di imigresen pada awal abad ini menyebabkan orang-orang Melayu terdampar di kampung-kampung mereka. Dari segi ekonomi dan pendidikan mereka ti

kampung mereka. Dari segi ekonomi dan pendidikan mereka ti dak dapat bersaing dengan kaumdak dapat bersaing dengan kaum  pendatang yang masuk ke negara ini untuk bekerja dilombong dan ladang getah. Setiap orang  pendatang yang masuk ke negara ini untuk bekerja dilombong dan ladang getah. Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama namun, rakyat yang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama namun, rakyat yang  berketurunan

 berketurunan Melayu mMelayu mempunyai empunyai hak yhak yang istimewa ang istimewa berbanding berbanding bangsa bangsa lain di lain di Tanah Tanah Melayu.Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum

telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi (Abdulperang lagi (Abdul Halim Ramli).

(2)

Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila

akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila ( (Andrew Harding, 2012). Hak-hak ini akanAndrew Harding, 2012). Hak-hak ini akan dipertahankan sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Teta

dipertahankan sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Teta pi jawatanpi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor boleh dipegang seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu mengikut syarat yang ditetapkan.

Melayu mengikut syarat yang ditetapkan.

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

Menurut Perlembagaan Persekutuan, Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan Menurut Perlembagaan Persekutuan, Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan

tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu danorang Melayu dan  penduduk

 penduduk asal asal Malaysia, Malaysia, secara secara kumpulannya kumpulannya dirujuk dirujuk sebagai sebagai Bumiputera. Bumiputera. Artikel Artikel iniini memfokuskan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini memfokuskan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasi

dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasi swa dan pendidikanswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu , kepercayaan orang Mela

dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu , kepercayaan orang Mela yu bahawayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.

mereka adalah penduduk asal Malaysia.

Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia: Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia:

1)

1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewaMenjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini. 2)

2) Walau apa pun jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40Walau apa pun jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di  bawah

 bawah Perlembagaan Perlembagaan ini ini dan dan undang-undang undang-undang persekutuan persekutuan mengikut mengikut apa-apa apa-apa cara cara yangyang  perlu

(3)

antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas l ain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), periz aban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X t erpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian  biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain

itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat  biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain

yang dinikmati olehnya.

(4)

6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa-apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada  permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan  pihak berkuasa itu perlulah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu a tau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin kemunasabahannya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.

8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa  pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi  perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu

-a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau

(5)

 b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin kemunasabahannya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hak milik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang  boleh dipindahkan hak miliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau

c)  jika tiada permit atau lesen dahulunya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana  permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin kemunasabahannya dijangkakan mengikut perjalanan  biasa keadaan.

8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah  bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa ar ahan yang  perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada

(6)

tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak  berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat  perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan

anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

9A) Dalam Perkara ini ungkapan “anak negeri” berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A.

10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.

Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan artikel 153  perlembagaan Singapura yang masing-masing menyebut mengenai hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan menjelaskan bagaimana hak-hak orang Melayu dan Bumiputra Malaysia dipertahankan.

Perjanjian Hak-Hak Istimewa Orang Melayu

Hak-hak istimewa orang Melayu adalah di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong hendaklah mendengar nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, dan segala perubahan baharu berdasar hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan  persetujuan Raja-raja Melayu (Mohd Roslan Mohd Nor., et al., 2011). Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

(7)

Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu seperti pertama, tanah untuk Orang Melayu iaitu hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan  Negeri kerana pembukaan tanah adalah di bawah kawal-selia Kerajaan Negeri. Kerajaan  Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu dengan syarat. Kerajaan Negeri juga memperuntukkan pembukaan tanah bagi orang ramai (bangsa lain) yang serupa, luas tanah untuk orang ramai tidak boleh melebih luas tanah orang Melayu. Tanah milik orang Melayu tidak boleh diambil untuk tujuan orang bukan Melayu.

Keduanya jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu. Ketiganya peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada  penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu. Dilihat juga dari segi  bantuan ekonomi yang perlu mengikut peraturan yang dibuat bagi membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti ekonomi lain.

Jawatan Tetap Dalam Kerajaan

Sentimen politik masyarakat Cina di Malaysia adalah lebih mengutamakan faktor ekonomi dan keselesaan menjalankan aktiviti perniagaan dan mencari rezeki kekayaan di mana juga di Malaysia. Tunku Abdul Rahman pernah berpendapat masyarakat Cina lebih mengutamakan faktor ekonomi sementara masyarakat Melayu lebih mengutamakan politik. Namun pendapat Tunku Abdul Rahman tidak lagi relevan dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Semakin ramai  bijak pandai Cina yang ingin menjadi teraju negara dan hanya boleh dicapai melalui proses  politik.

(8)

Peruntukan Biasiswa Persekutuan

Kemudahan khas perlu diadakan kepada orang Melayu agar dapat bersaing dengan kaum lain khasnya dalam bidang ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan sebagainya. Hal ini adalah untuk mengelakkan orang Melayu tertinggal dalam bidang ekonomi, pembelaan terhadap pendidikan orang Melayu adalah penting bagi mendapat pembelaan terhadap hak dalam pendidikan orang Melayu. Peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang dipertanggungjawabkan ke atas YDPA untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputra di Sabah dan Sarawak dengan menentukan perbezaan kepada mereka. Antara peruntukan utama untuk orang Melayu adalah kemasukan anak -anak orang Melayu ke universiti dan mendapat biasiswa.

Bantuan Ekonomi

 – 

 Dasar Ekonomi Baru

Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk kepada pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar ataupun kampung dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh. Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan prasangka antara satu sama lain yang akhirnya mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969.

Walaupun orang-orang Melayu membentuk kumpulan majoriti di kalangan penduduk Malaysia, penguasaan ekonomi mereka tidak setara dengan kedudukan tersebut. Pada tahun 1970, golongan Bumiputera hanya memiliki sekitar 1.9% daripada ekonomi Malaysia,

(9)

manakala golongan bukan Melayu (kebanyakannya orang-orang Cina) mengawal sekitar 37.4% dan selebihnya dipegang oleh orang-orang asing.

Berikutan ketidaksamaan ini, Perkara 153 Perlembagaan Malaysia menuntut kerajaan menyediakan kuota khas bagi pengagihan biasiswa, jawatan dalam perkhidmatan awam dan sebagainya bagi memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.

Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) (1971-1975) merupakan satu rancangan  pembangunan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan sasaran melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuan rancangan ini diwujudkan adalah untuk menyusun semula masyarakat dan mengurangkan penguasaan kaum Cina dan orang-orang asing dalam sektor ekonomi di Malaysia sekali gus memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu. RMK2 menggantikan Rancangan Malaysia Pertama (RMP) yang mempunyai tujuan sama iaitu menangani masalah kemiskinan di kalangan orang-orang Melayu. Namun  begitu, RMP dilihat kurang berjaya mengatasi isu kemiskinan ini, sehinggakan masalah ini menjadi salah satu penyebab berlakunya Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 apabila rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur.

Pelaksanaan RMK2 dilihat oleh sesetengah golongan sebagai berlebih-lebihan dalam usahanya meningkatkan penglibatan orang-orang Melayu di dalam ekonomi. Kerajaan kemudiannya mengurangkan penekanan terhadap penstrukturan semula sosio -ekonomi apabila rancangan ini berakhir.

Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bahawa bangsa Mela yu masih ketinggalan dari segi  penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula telah menguasai bidang perniagaan dan

(10)

 bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-s yarat hak kerakyatan.

Satu bahagian yang penting daripada objektif dasar ekonomi ini ialah menggalakkan orang Melayu dan rakyat peribumi yang lain mengambil bahagian dalam sektor ekonomi moden sama ada dengan melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan seumpama itu atau dengan memiliki saham dalam syarikat-syarikat. Pendekatan asas dasar itu ialah melalui rancangan-rancangan ekonomi bagi membentuk perpaduan nasional.

Hak Pemilikan Tanah

Mengikut peruntukan pada Perkara 90 (berhubung dengan tanah rizab Mel ayu) yang memberi kuat kuasa undang-undang Perlembagaan kepada undang-undang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Walau bagaimanapun, adalah dikesalkan bahawa meskipun undang-undang sedemikian rupa, pada amalannya banyak tanah rizab ini telah dipindah milik kepada orang bukan Melayu (Nazri Muslim., et al, 2013). Kemasukan perkhidmatan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f), juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.

Mengenai peruntukan ini yang merupakan kedudukan istimewa orang Melayu yang diperuntukkan dalam Perkara 89 yang berkaitan tanah rezab orang Melayu menurut fasal (1),

 Jika mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang menjadi rezab Melayu sebelum  sahaja Hari Merdeka mengikut undang-undang yang ada maka tanah itu boleh terus-menerus menjadi tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang itu

(11)

 sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan Negeri itu dengan  suatu Enakmen.

Menurut fasal (2) yang menyatakan,

 Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa itu bukan tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang yang ada dan yang belum dimajukan atau dicucuk tanam boleh diisytiharkan sebagai tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang itu.

Penduduk Cina banyak bertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia, terutama sekali di kawasan bandar. Mereka sedang menikmati pelbagai kemudahan prasarana yang disediakan oleh kerajaan kerana kerajaan lebih tertumpu untuk membangunkan kawasan  bandar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Georgetown, Ipoh, Seremban dan lain-lain. Boleh dikatakan kebanyakan dari kaum Cina adalah 'anti establishment' iaitu tidak pernah mengundi kerajaan kecuali setelah persempadanan semula dilakukan di bandar-bandar tertentu.

Apabila melihat kepada sejarah, MCA dibentuk dan berperanan semenjak zaman  penjajahan British di mana MCA berperanan menjayakan Rancangan Brigg bagi menempatkan  penduduk Cina di tepi hutan dan luar bandar ke kampung-kampung baru. Kebanyakan

kampung-kampung baru ini telah bertukar menjadi bandar dan mempunyai kepentingan ekonomi dan politik yang penting di Malaysia. Boleh dikatakan semua majoriti penduduk  bandar-bandar di Malaysia adalah kaum Cina . Kebudayaan mereka amat ketara sekali apabila

setiap bandar yang diduduki oleh kaum Cina mempunyai tempat yang dikatakan sebagai 'Chinatown' serta menjadi tarikan pelancong yang datang ke Malaysia.

(12)

Kontrak Sosial

Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai di Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di negara lain yang mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat untuk menghormati dan patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan.

Hampir 60 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku sebarang konflik  perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di Malaysia supaya

menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan. Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan mana-mana daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum (Astro Awani, 2014).

Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia (Utusan Online, 2009). Apa yang penting ialah kedua-dua pihak harus saling memahami. Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain tidak dipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan per sekutuan.

(13)

Ketuanan Melayu

Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang menjelaskan bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia. Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu (Nazri Muslim, 2012). Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia).

Persetujuan saling beri-memberi ini biasanya dipanggil kontrak sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.

Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Mela yu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari

(14)

Singapura yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 dan DAP selepas  pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu  berakar umbi selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai is u tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan ‘orang asal ’ Malaysia - iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.

Rusuhan kaum mengakibatkan perubahan besar dalam pendekatan kerajaan kepada isu  perkauman, dan menyebabkan pengenalan Dasar Ekonomi Baru iaitu dasar tindakan  pengesahan yang secara agresif menyebelahi kaum Melayu. Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang juga diperkenalkan pada tahun 1970, memberikan penekanan kepada asimilasi orang  bukan Melayu ke dalam kaum Melayu. Tetapi dalam tahun 1990-an, Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menolak pendekatan ini, dengan dasar Bangsa Malaysia yang menekankan bangsa Malaysia dan bukan kaum Melayu sebagai identiti negara. Dalam tahun 2000-an, ahli-ahli politik mula menekankan ketuanan Melayu semula, dan membidas secara keras sesiapa yang mempersoalkan kontrak sosial (Utusan Online, 2008).

Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau mahu orang Melayu tidak terus mengambil sikap mempertahankan diri apabila hak-hak dan keistimewaan mereka dicabar oleh  pihak tertentu terutama selepas UMNO catat prestasi buruk dalam pilihan raya umum ketika itu. Sebaliknya bekas Perdana Menteri itu berkata, sudah tiba masanya untuk orang Melayu mengambil sikap ‘menyerang’ bagi memastikan hak -hak yang dinikmati selama ini dapat dipertahankan. Orang Melayu sejak dahulu mempunyai sikap yang lemah lembut dan ada kalanya tidak mahu mempertahankan diri walaupun tahu diri mereka tidak bersalah selain enggan menuduh orang lain bersalah.

(15)

Sebab itu katanya, apabila terdapat pihak mempertikaikan sosial kontrak, orang Melayu hanya mempertahankan diri bahawa mereka mempunyai keistimewaan yang telah ditetapkan dalam kontrak tersebut (Abdul Aziz Bari, 2008). Bagaimanapun jelas beliau, orang Melayu tidak mendedahkan perkara-perkara yang dipersetujui mereka dalam kontrak sosial yang telah dinikmati oleh kaum lain di negara ini.

Faktor-Faktor Persaingan Orang Melayu Yang Lemah

Hasil kajian Jabatan Perangkaan Malaysia yang mendedahkan bahawa sebanyak 301,000 isi rumah orang Melayu memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 sebulan. Pendedahan dibuat  berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (EPU, 2017) itu hanyalah bukti yang sememangnya telah diketahui umum bahawa orang Mela yu yang merupakan kaum majoriti di negara ini sememangnya jauh ketinggalan daripada sudut ekonomi dengan kaum minoriti lain. Hakikatnya orang Melayu terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar serta segelintir mereka yang menetap di bandar besar, masih ramai tergolong dalam kumpulan di  bawah paras kemiskinan. Malah, bukanlah sesuatu yang janggal juga jika dikatakan terdapat orang Melayu yang tidak mempunyai pendapatan tetap, serta hidup ibarat kais pagi makan  pagi, kais petang makan petang. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, kemampuan untuk menyediakan sebuah kehidupan yang berkualiti kepada seluruh isi keluarga juga pastinya sangat terhad.

Di sebalik kenaikan harga barang dan perkhidmatan seperti yang berlaku ketika ini, keadaan sosioekonomi yang lemah tidak boleh mengelak daripada dikaitkan dengan pelbagai isu sosial di kalangan orang Melayu. Amalan rasuah, merempit di kalangan anak muda, bekerja di lorong-lorong gelap dan pusat hiburan misalnya, adalah senario kehidupan yang boleh dikaitkan dengan desakan kehidupan yang dihimpit oleh kemiskinan. Tanpa pembangunan

(16)

ekonomi yang mampan, kelibat orang Melayu di sebalik rencam masalah sosial itu tidak mungkin dapat dihapuskan. Hakikat ini juga meletakkan agenda pembangunan ekonomi Melayu di tempat paling teratas di kalangan pemimpin-pemimpin Melayu.

Dalam serba kekurangan, ia memberikan lebih cabaran terutamanya bagi keluarga  besar, lebih-lebih lagi yang tinggal di bandar serta kawasan-kawasan pinggiran bandar.

Daripada soal makanan, tempat tinggal, pakaian, kesihatan, pendidikan dan pelbagai keperluan asas lain, semuanya terpaksa ditempuh seadanya. Paling menyedihkan apabila masa depan  pendidikan anak-anak juga terpaksa diperjudikan, sementelah ketika ini terdapat pula syarat untuk ibu bapa mencarum bagi pendidikan anak-anak mereka sebelum boleh diberikan  pinjaman pendidikan pada masa depan. Dalam keadaan sudah terbeban untuk meneruskan kehidupan seharian, bagaimana pula untuk ibu bapa ini mencarum bagi masa depan pendidikan anak mereka? Tanpa pendidikan sempurna, maka jalur kemiskinan itu akan berterusan dan diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya.

Kita pastinya berterima kasih daripada apa yang telah diberikan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam kedudukan ekonomi orang Melayu ketika ini. Namun sesuatu yang pasti, masih terlalu banyak yang perlu digerakkan dan diperluaskan oleh dasar seperti ini dalam memastikan kuasa ekonomi orang Melayu berada pada kedudukan yang sama pentingnya dengan kuasa politik yang kita miliki ketika ini. Ironinya, perbincangan mengenai kemelut orang Melayu bukanlah perkara baru, sebaliknya kekayaan kaum bumiputera dengan kaum-kaum lain ini sudah dibuat perbandingan sejak lama dahulu.

Antara hakikat yang perlu diakui meskipun agak pahit untuk ditelan ialah orang Melayu tidak berada dalam kelas ekonomi yang penting menyebabkan agak sukar untuk mereka menentukan perjalanan ekonomi yang lebih besar. Mengambil contoh dalam piramid jawatan di sesebuah syarikat misalnya, meskipun kuota 30 peratus yang diperuntukkan kepada

(17)

 bumiputera dipenuhi, namun kedudukan orang Melayu itu perlu diteliti. Hakikatnya, dalam senarai jawatan pengurusan tertinggi sesebuah syarikat korporat, kehadiran orang Melayu sangat kecil. Sebaliknya, orang Melayu lebih banyak berada pada kedudukan jawatan yang lebih rendah. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh modal insan orang Melayu sendiri yang tidak cukup kuat untuk bersaing dengan kaum lain. Tambahan pula untuk melangkah jauh dalam sektor korporat, orang Melayu perlu menepati kriteria yang sangat tinggi, termasuk latar  belakang pendidikan yang cemerlang serta menguasai bahasa Inggeris.

Barangkali di sinilah kelemahan kebanyakan tenaga pekerja Melayu, yang meskipun merupakan golongan terpelajar dan lepasan pengajian tinggi, namun tidak mampu berbahasa Inggeris dengan baik sehingga menyempitkan peluang pekerjaan dalam sektor berkenaan. Kenyataan itu sebenarnya hanyalah sebahagian daripada dilema penguasaan ekonomi orang Melayu, kerana hakikatnya, masih banyak isu yang membelenggu keadaan itu. Antaranya  peluang-peluang pekerjaan yang lebih didominasi oleh pekerja asing di sebalik tingginya kadar  pengangguran di kalangan orang Melayu. Begitu juga dengan sikap segelintir industri yang meletakkan kriteria tertentu yang tidak memungkinkan orang Melayu untuk bekerja, selain diskriminasi gaji yang menolak kepada keinginan orang Melayu untuk menceburinya.

Tanpa ada rangkaian dan jalinan perniagaan yang kukuh, orang Melayu yang cuba merebut peluang perniagaan ini ibarat sengaja mencari musibah, dan tidak mustahil akan gulung tikar dengan cepat. Barangkali di sinilah pentingnya peranan pertubuhan dan badan ekonomi Melayu dalam memastikan kelangsungan usahawan Melayu dalam cabang  perniagaan. Antara yang perlu diberi penekanan ialah mengenal pasti cabang ekonomi yang

mampu dikuasai oleh orang Melayu dan memperluaskannya supaya mampu melahirkan lebih ramai usahawan berjaya. Badan ekonomi Melayu juga perlu menjadi tunjang kekuatan kepada usahawan Melayu sama ada dari segi modal, program menambah nilai keusahawanan atau sokongan logistik lainnya.

(18)

Dalam membincangkan tentang agenda pembangunan ekonomi Melayu juga, pelbagai saranan diajukan supaya kek ekonomi negara dapat terbahagi secara sama r ata dan tidak hanya dimonopoli oleh kaum tertentu semata-mata. Antaranya ialah dengan menggalakkan orang Melayu menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Tidak dinafikan, cabang perniagaan mampu menjana pendapatan yang lumayan. Malah, ia juga digalakkan dalam Islam yang meletakkannya sebagai sembilan daripada sepuluh pintu rezeki. Bagaimanapun, dunia  perniagaan bukanlah sektor yang boleh diceburi oleh semua orang, sementelah senario ketika ini sangat jelas memperlihatkan dominasi atau monopoli kumpulan tertentu sehingga sukar untuk orang Melayu bersaing. Melainkan perniagaan makanan seperti membuka restoran, gerai-gerai kecil atau warung, sukar untuk melihat kelibat orang Melayu sebagai tauke atau bos dalam cabang perniagaan lain. Sama ada pasar raya, kedai runcit, bengkel kereta, kedai elektrik, kedai perabot dan sektor perniagaan berpotensi lainnya, semuanya dikuasai oleh kaum selain Melayu.

(19)

Rujukan

Abdul Aziz Bari (2008).  Perlembagaan Malaysia

 – 

  Teori dan Praktis. Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn Bhd. m/s 281. Diakses pada 5 Mac 2017 dari

https://books.google.com.my/books?id=iqmDTZ9fVoMC&pg=PA40&lpg=PA40&dq   =buku+mengenai+perlembagaan&source=bl&ots=Ef3tTxczvf&sig=UY9bzA_ZNtzcv   2YCF8DLy2LAx4&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q&f=false

Abdul Halim Ramli. Perdebatan Antara Kaum Mengenai Isu Kerakyatan Sebelum Merdeka. Jurnal Sejarah.

Andrew Harding (2012). The Constitution of Malaysia: A Contextual Analysis . UK: Hart Publishing Ltd. Diakses pada 5 Mac 2017 dari

https://books.google.com.my/books?id=DZV6BAAAQBAJ&printsec=frontcover&dq   =malay+in+constitution+malaysia&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q&f=fals

e

Astro Awani (2014).  Melayu perlu hormati hak-hak bukan Melayu, kata Shahrizat. Diakses  pada 5 Mac 2017 dari

http://www.astroawani.com/berita-politik/melayu-perlu-hormati-hak-hak-rakyat  bukan-melayu-kata-shahrizat-49205

Laman Web Rasmi Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU)(2017).  Pendapatan & Kemiskinan Isi Rumah. Diakses pada 5 Mac 2017 dari

http://www.epu.gov.my/ms/sosio-ekonomi/pendapatan-kemiskinan-isi-rumah

Mohd Roslan Mohd Nor., et al., (2011).  Keprihatinan Masyarakat Melayu-Islam Di Malaysia Selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 Tahun 2008 . Jurnal ADABIYA. Volume 13, No, 25, Ogos 2011.

(20)

 Nazri Muslim (2011).  Kedudukan Orang Melayu dari Sudut Perlembagaan Persekutuan. Dewan Masyarakat. Julai 2011. Diakses pada 5 Mac 2017 dari

http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=1860

 Nazri Muslim (2012). Implikasi Peruntukan Islam dan Orang Melayu dalam Perlembagaan  Persekutuan Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia. Jurnal KEMANUSIAAN Vol.

19, No. 2, (2012), 19 – 62. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

 Nazri Muslim., et al, (2013).  Analisis Peruntukan Orang Melayu Dalam Perlembagaan  Persekutuan Malaysia Dalam Konteks Hubungan Etnik . Jurnal Melayu Jilid 11.

Disember 2013. ISSN 1675-7513

Perlembagaan Persekutuan. Pindaan terkini - P.U.(A) 164/2009

Utusan Online (2008). Orang Melayu perlu pertahankan hak mereka - Tun Mahathir. Diakses  pada 5 Mac 2017 dari

http://ww1.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=umno2005&y=2008&dt=1120&pub   =Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_11.htm

Utusan Online (2009).  Melayu dalam Perlembagaan. Diakses pada 5 Mac 2017 dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0823&sec=Rencana&pg=re_    05.htm#ixzz4bP2dZabD

Referensi

Dokumen terkait