• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pemahaman Pengurusan Islam Dalam Perniagaan Di Kalangan Usahawan Melayu Muslim. Nurul Shafiza Samsudin & Muhammad Hussin Fakulti Pendidikan, UKM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pemahaman Pengurusan Islam Dalam Perniagaan Di Kalangan Usahawan Melayu Muslim. Nurul Shafiza Samsudin & Muhammad Hussin Fakulti Pendidikan, UKM"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Pemahaman Pengurusan Islam Dalam Perniagaan Di Kalangan Usahawan Melayu Muslim

Nurul Shafiza Samsudin & Muhammad Hussin Fakulti Pendidikan, UKM

___________________________________________________________________________ Abstrak

Pemahaman pengurusan Islam dalam kalangan usahawan dapat memakmur dan merapatkan jurang ekonomi negara. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat tahap pemahaman pengurusan Islam dalam perniagaan di kalangan usahawan IKS Melayu Muslim. Kajian ini akan mengenalpasti tahap pengurusan Islam dari segi pengurusan kewangan, sumber manusia, pemasaran dan perancangan. Selain daripada itu, kajian ini juga akan mengenalpasti hubungan di antara tahap pemahaman pengurusan Islam dengan tahap pendidikan dan pengalaman berniaga. Kaedah tinjauan deskriptif ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan soal selidik sebagai kaedah pengumpulan data. Seramai 40 orang usahawan IKS Melayu Muslim di sekitar Bangi telah dipilih sebagai responden. Seterusnya data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan program statistical Packages For Social Science (IBM SPSS Versi 19) untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Secara umumnya penemuan kajian menunjukkan tahap pemahaman pengurusan Islam dalam kalangan responden adalah tinggi. Dapatan kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pemahaman pengurusan Islam dengan tahap pendidikan dan pengalaman berniaga. Kajian ini menyarankan penekanan kepada pendidikan keusahawanan berkonsepkan Islam dalam mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Kata kunci : Pemahaman Pengurusan Islam,Usahawan IKS Melayu Muslim,Pendidikan Keusahawanan

_____________________________________________________________________________ PENGENALAN

Amalan pengurusan perniagaan merupakan salah satu faktor penting dalam menentukan kejayaan seseorang usahawan dalam perniagaannya (Nor Aishah 2002, Abdul Aziz 2000 dan Blawatt 1998). Hoe et al. 2005 menggariskan "lima belas ciri-ciri usahawan Muslim yang berjaya iaitu mempunyai keinginan dan kesungguhan yang tinggi untuk berjaya, mempunyai niat yang betul, mempunyai ilmu dan kemahiran yang mencukupi di dalam bidang yang diceburi, bertanggungjawab kepada semua yang berkepentingan dengannya, sentiasa berjimat menggunakan sumber, mempunyai kemahiran dalam membuat keputusan, berfikiran ke hadapan, mempunyai kemahiran berkomunikasi, sentiasa menjaga kualiti, menghindari dari ___________________________________

* Corresponding author. Tel.: +012-3617956 Email address: shafiza_fiza86@yahoo.com

(2)

aktiviti yang diharamkan oleh Allah s.w.t., mengelakkan diri daripada belenggu hutang, sentiasa menilai tindakan dan berwaspada, bersyukur dengan kejayaan, tidak boros dan kikir dengan kejayaan dan sentiasa membayar hutang jika berhutang".

Pengurusan perniagaan boleh ditakrifkan sebagai proses di mana sesuatu sumber dimanfaatkan untuk mencapai tujuan yang dikehendaki (Abdul Rahim dan Shahrul Bariah 1990). Dalam perspektif Islam keusahawanan boleh ditakrifkan sebagai aktiviti perniagaan yang diusahakan oleh seseorang bagi memperolehi rezeki yang halal berlandaskan syariat Islam sama ada menghasilkan sesuatu barangan atau memberi sesuatu perkhidmatan (Hoe et al. 2005). Kejayaan seorang Muslim dalam perniagaan disebabkan pemahaman dan amalan ciri-ciri keusahawanan berlandaskan Islam. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan kami jadikan segala apa yang terjadi di dunia ini bersebab".

(Surah Al Kahfi: 84)

Rasulullah s.a.w. merupakan seorang usahawan yang berjaya sebelum menjadi rasul. Baginda dipilih oleh Siti Khadijah bt Khuwailid seorang usahawan wanita yang berjaya pada masa tersebut sebagai rakan kongsi disebabkan ciri-ciri usahawan berjaya yang terdapat dalam diri Rasulullah s.a.w. seperti jujur, amanah, sihat tubuh badan, pintar dalam pengurusan perniagaan dan lain-lain.Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya sembilan persepuluh daripada sumber rezeki terdapat dalam perniagaan"

Bidang keusahawanan bukan sahaja dapat menjana sumber ekonomi, memberi peluang pekerjaan, mempelbagaikan pilihan pengguna dan sebagainya malah ia memberi manfaat kepada anggota masyarakat dan semua yang berada di persekitarannya. Sebagai hamba Allah yang lemah, usahawan Muslim perlu membaiki diri dengan cara menambah pengetahuan melalui proses pendidikan bagi meneguhkan keimanan. Hanya dengan iman yang mantap dan pemahaman terhadap pengurusan perniagaan secara Islam dapat menghalang usahawan Muslim daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh ajaran Islam (Buerah, Hussin dan Baharin 2011). Pendidikan keusahawanan yang diperolehi semasa di alam persekolahan (Nor Aishah 2002) berupaya melahirkan individu yang memiliki ciri-ciri keusahawanan sejajar dengan matlamat kurikulum pendidikan keusahawanan dalam melahirkan individu yang kreatif, inovatif, yakin diri, cekal, rajin berusaha dan cekal dalam bidang perniagaan yang diceburi.

Kajian Buerah, Hussin dan Baharin (2011) mendapati pengetahuan dan kemahiran pengurusan perniagaan merupakan antara faktor kritikal yang mempengaruhi kejayaan usahawan Melayu. Kegagalan peniaga Melayu adalah disebabkan kurang pendedahan ilmu

(3)

perniagaan dan keusahawanan, kurang berminat menghadiri kursus latihan keusahawanan dan kurang pengalaman berniaga. Mereka juga menunjukkan sikap tidak beretika seperti mengharapkan bantuan berterusan daripada kerajaan, tidak amanah dan jujur contohnya tidak mahu membayar balik pembiayaan, menipu dan mengalibabakan kontrak perniagaan yang diperolehi, tiada kecenderungan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan serta tidak berakauntabiliti contohnya mengabaikan kualiti produk, tidak menunaikan zakat perniagaan dan melibatkan diri dengan riba'. Amalan nilai dan sikap negatif peniaga Melayu tersebut menjejaskan nilai amalan pengurusan perniagaan dalam Islam.

Ramlee dan Nurulhuda (2011) dalam kajiannya turut mendapati usahawan tani Muslim di Terengganu manghadapi masalah dalam pengurusan kewangan. Modal yang terhad menyebabkan mereka mengabaikan kepentingan mengkomersialkan produk di pasaran kurang mempraktikkan penggunaan teknologi terkini kerana ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Aspek pengurusan kewangan mereka masih lemah di mana mereka tidak mengemaskini rekod jual beli dan tidak menggunakan khidmat juruaudit kerana ini akan menambahkan kos perbelanjaan. Dapatan ini selari dengan kajian Buerah, Hussin dan Baharin (2011) di mana sesetengah responden didapati tidak dapat memisahkan antara pemilikan peribadi dan entiti perniagaan. Mereka sanggup menggunakan barang niaga untuk kegunaan peribadi dan tidak direkodkan. Akibatnya wang tunai dan stok barang niaga berkurangan, hutang tidak dapat dibayar dan operasi perniagaan terbengkalai.

Usahawan Bumiputera juga didapati tidak membuat simpanan perniagaan dari pendapatan perniagaan. Ini menyebabkan mereka muflis apabila berlaku kemelesetan ekonomi. Kajian Mohd Amir (1984) turut membincangkan masalah pengurusan kewangan yang lemah di kalangan usahawan-usahawan Bumiputera yang mendapat pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) contohnya urusan jual beli tidak direkodkan dengan sistematik. Kajian Halimah (1996) pula mendapati hanya 35 peratus dari responden menyediakan buku tunai, 48 peratus menyediakan buku hutang, buku stok (52%), buku belian (35%) dan buku jualan/hasil (29%). Kesemua kajian di atas menunjukkan usahawan Bumiputera bersikap sambil lewa mengenai kepentingan pengurusan kewangan dalam perniagaan. Hakikatnya, pengurusan kewangan yang sistematik dapat membantu perniagaan lebih berdaya saing. Dari aspek pengurusan sumber manusia pula, usahawan Melayu didapati tidak mengambil kira kelayakan individu dalam pengambilan pekerja. Di samping itu majikan didapati kurang mengiktiraf pekerja cemerlang. Walau bagaimanapun, majikan tidak mengabaikan hubungan dan kebajikan para pekerja (Ramlee dan Nurulhuda 2011). Kajian Buerah, Hussin dan Baharin (2011) mendapati ramai usahawan tidak mengendahkan program

(4)

peningkatan kemahiran pekerja serta mengabaikan pembayaran gaji, kemudahan KWSP dan SOCSO kepada pekerja.

Dalam kajian Sazelin (2009), pengkaji mendapati usahawan memperolehi untung kecil dalam perniagaan kerana masalah dalam pemasaran seperti pembungusan produk yang kurang menarik, promosi, saingan dan sebagainya. Selain daripada itu responden juga menghadapi masalah kekurangan modal, masalah menyertai kursus atau bengkel kerana yuran penyertaan yang mahal dan dibiayai sendiri, kurang jalinan perniagaan sesama usahawan, pengunaan teknologi lama dan tradisional yang tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan, reka bentuk produk tidak menarik dan kurang modal untuk melakukan promosi. Usahawan Muslim seharusnya mengatur strategi pemasaran dan mencari peluang-peluang rangkaian perniagaan secara bijak. Masalah ini juga dihadapi oleh usahawan Melayu dalam kajian Ramlee dan Nurulhuda (2011) di mana modal yang terhad menyebabkan aspek pemasaran produk terabai. Namun begitu responden berupaya mendapat lokasi perniagaan yang strategik bagi memudahkan pelanggan berkunjung. Responden didapati mengamalkan nilai dan etika yang baik seperti menjaga premis perniagaan agar sentiasa baik dan kemas serta melayan pelanggan dengan mesra. Usahawan Melayu perniagaan kecil perlu pengurusan yang lebih tersusun kerana sumber modal adalah terhad berbanding firma besar.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Antara sebab utama sesuatu perniagaan mengalami kegagalan ialah berpunca daripada amalan pengurusan yang tidak cekap, kurang pengetahuan, kemahiran dan pengalaman (Ramlee dan Nurulhuda 2011; Buerah, Hussin dan Baharin 2011; Beaver 2002, Haswel dan Holmes 1989; Hodgetts dan Kuratko 1992). Kenyataan ini disokong oleh Mohd Yusop (2000) yang menyatakan perniagaan usahawan Muslim akan lebih mantap dan berdaya saing jika mereka mempunyai pengetahuan dan pemahaman dalam aspek-aspek yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan secara Islam seperti strategi pemasaran, aplikasi komputer, pengurusan kualiti, kemahiran berkomunikasi, penyediaan dokumen perniagaan, pengurusan sumber manusia, jaringan perniagaan, premis perniagaan yang menarik dan sebagainya.

Pemahaman pengurusan Islam yang mantap dapat dilihat daripada amalan pengurusan Islam dalam perniagaan. Pengurusan Islam bukan sahaja dapat menjana ekonomi dan keuntungan kepada individu dan umat Islam malah melangkaui manusia sejagat. Hanya dengan keimanan dan ketaqwaan yang utuh mampu membentengi segala kemungkaran dalam pengurusan perniagaan.

(5)

PERNYATAAN MASALAH

Usahawan Muslim didapati kurang berdaya saing dan mantap disebabkan masih lemah dalam aspek pengurusan perniagaan (Ramlee dan Nurulhuda 2011; Buerah, Hussin dan Baharin 2011). Pemahaman pengurusan perniagaan berlandaskan Islam menjamin kejayaan perniagaan di dunia dan akhirat. Statistik terkini menunjukkan ekonomi Bumiputera masih berada pada tahap tidak stabil dan seimbang. Masyarakat Melayu mewakili 78.55% daripada 12,684,000 penduduk yang berada dalam kelompok pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan. Manakala etnik Cina dan India masing-masing mewakili 14.63% dan 9.18% (Penang Research Centre in Socio-Economy, 2010). Kerajaan telah gagal mencapai 30% pegangan ekuiti Bumiputera yang merangkumi 62% daripada jumlah penduduk Malaysia di mana penglibatan Bumiputera dilihat jauh lebih rendah dalam aktiviti keusahawanan (Dasar Ekonomi Baru).

TUJUAN, OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemahaman pengurusan Islam dalam kalangan usahawan Melayu Muslim IKS. Berdasarkan kepada pernyataan masalah, tiga objektif kajian telah dikenal pasti iaitu:

1. Mengenalpasti profil usahawan Melayu Muslim di Bangi

2. Meninjau tahap pemahaman pengurusan Islam berdasarkan tahap pendidikan dan pengalaman berniaga.

Persoalan untuk kajian ini adalah seperti berikut:

1. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pemahaman pengurusan Islam (kewangan) di kalangan usahawan Melayu Muslim di Bangi dengan tahap pendidikan. 2. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pemahaman pengurusan Islam

(sumber manusia) di kalangan usahawan Melayu Muslim di Bangi dengan tahap pendidikan.

3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pemahaman pengurusan Islam (pemasaran) di kalangan usahawan Melayu Muslim di Bangi dengan tahap pendidikan. 4. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pemahaman pengurusan Islam

(6)

5. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pemahaman pengurusan Islam(kewangan) di kalangan usahawan Melayu Muslim di Bangi dengan pengalaman berniaga.

6. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pemahaman pengurusan Islam (sumber manusi) di kalangan usahawan Melayu Muslim di Bangi dengan pengalaman berniaga.

7. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pemahaman pengurusan Islam (pemasaran) di kalangan usahawan Melayu Muslim di Bangi dengan pengalaman berniaga.

8. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pemahaman pengurusan Islam (perancangan) di kalangan usahawan Melayu Muslim di Bangi dengan pengalaman berniaga.

Bagi menjelaskan persoalan kajian nombor 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, dan 8 penyelidik telah membentuk beberapa hipotesis nul untuk kajian ini. Hipotesis-hipotesis nul tersebut adalah seperti berikut:

Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pemahaman pengurusan Islam

(kewangan) di kalangan usahawan Melayu Muslim di Bangi dengan tahap pendidikan.

Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pemahaman pengurusan Islam

(sumber manusia) di kalangan usahawan Melayu Muslim di Bangi dengan tahap pendidikan.

Ho3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pemahaman pengurusan Islam

(pemasaran) di kalangan usahawan Melayu Muslim di Bangi dengan tahap pendidikan.

Ho4: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pemahaman pengurusan Islam

(perancangan) di kalangan usahawan Melayu Muslim di Bangi dengan tahap pendidikan.

Ho5: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pemahaman pengurusan

Islam(kewangan) di kalangan usahawan Melayu Muslim di Bangi dengan pengalaman berniaga.

Ho6: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pemahaman pengurusan Islam

(sumber manusia) di kalangan usahawan Melayu Muslim di Bangi dengan pengalaman berniaga.

(7)

Ho7: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pemahaman pengurusan Islam

(pemasaran) di kalangan usahawan Melayu Muslim di Bangi dengan pengalaman berniaga.

Ho8: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pemahaman pengurusan Islam

(perancangan) di kalangan usahawan Melayu Muslim di Bangi dengan pengalaman berniaga

METOD DAN MATERIAL

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti pemahaman pengurusan Islam dalam kalangan usahawan IKS Melayu Muslim. Bagi menjawab persoalan kajian, pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif iaitu kaedah tinjauan dengan soal selidik sebagai instrumen kajian.

Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual kajian diadaptasi dan diubahsuai daripada model MacFarlane (1977) dan kajian Buerah Tunggak, Hussin Salamon dan Baharin Abu (2011) bagi mengenal pasti tahap pemahaman usahawan Melayu Muslim terhadap pengurusan perniagaan dari perspekstif Islam. Pemahaman pengurusan Islam yang akan dikaji ialah pengurusan kewangan, sumber manusia, pemasaran dan perancangan. Faktor-faktor demografi yang dikaji merangkumi tahap pendidikan dan pengalaman berniaga.

Rajah 1: Kerangka operasi kajian diadaptasi daripada model MacFarlane (1977) dan kajian Buerah, Hussin dan Baharin (2011)

Metodologi

Rekabentuk kajian yang digunakan ini adalah berbentuk kajian tinjauan deskriptif menggunakan soal selidik. Kajian deskriptif menerangkan tentang fenomena menggunakan analisis data deskriptif yang diperolehi daripada soal selidik atau media lain (Sulaiman Ngah, R. 1996) dan kajian tinjauan pula adalah penyelidikan dalam peristiwa masa ini berlaku (Zaidatol Akmaliah, L.P. 2007). Kaedah ini melibatkan pengumpulan data, penjadualan data,

PENGURUSAN ISLAM Kewangan SumberManusia Pemasaran Perancangan DEMOGRAFI USAHAWAN 1. Tahap pendidikan 2. Pengalaman berniaga PEMAHAMAN PENGURUSAN ISLAM

(8)

membuat intrepretasi, perbandingan dan merumuskan generalisasi. Kajian ini telah dijalankan bagi mengkaji pemahaman pengurusan usahawan Melayu Muslim di kawasan Bangi.

Kesahan dan Kebolehpercayaan

Menurut Noraini (2010) kesahan merujuk kepada mengukur apa yang sepatutnya diukur. Instrumen penyelidikan yang digunakan seharusnya mampu mengukur dengan tepat apa yang kita ingin ukur. Data yang diperolehi harus mampu memberi justifikasi yang tepat berdasarkan fakta atau bukti untuk memastikan bahawa instrumen tersebut sah dan boleh digunakan, maka kajian rintis telah dijalankan. Data yang diperoleh daripada kajian rintis tersebut telah diuji kebolehpercayaannya dengan menggunakan ujian Cronbach's Alpha. Hasil yang diperoleh menunjukkan instrumen tersebut adalah baik dan boleh digunakan untuk kajian apabila Alpha keseluruhan yang diperolehi adalah 0.934, begitu juga jika dirujuk kepada Alpha bagi setiap dimensi. Nilai Alpha bagi tahap pengurusan Islam untuk dimensi kewangan ialah 0.712, sumber manusia ialah 0.845, pemasaran ialah 0.717 dan perancangan ialah 0.914. Kesemua nilai Alpha ini melebihi 0.60 seperti yang dicadangkan oleh Mohd Majid (1993).

Sasaran Kajian

Sasaran kajian adalah seramai 40 orang usahawan IKS di sekitar Bangi. Pemilihan subjek bergantung kepada kesudian mereka untuk terlibat dalam soal selidik.

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan satu set soal selidik sebagai alat pengukuran dalam pengumpulan maklumat.Ia merupakan instrumen kajian yang lazim digunakan dalam kajian deskriptif. Soal selidik dipilih berdasarkan alasan berikut:

Data yang diperolehi daripada soal selidik adalah lebih tepat disebabkan responden bersedia untuk memberi maklumat

Kaedah ini mengurangkan masa, kos dan tenaga dan cara yang paling mudah untuk mendapatkan data.

Soal selidik tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A danBahagian B. Bahagian A adalah berkaitan dengan demografi atau maklumat latar belakang responden. Bahagian B pula berkenaan item-item yang menjurus kepada persoalan kajian yang dijalankan. Soal selidik ini menggunakan skala likert lima poin iaitu dari 1=Sangat Tidak Setuju kepada 5= Sangat Setuju.

(9)

Jadual 1 Dimensi Pengurusan Islam

Interpretasi skor min yang telah diadaptasi daripada Norasmah (2002) seperti dalam Jadual 2 telah digunakan sebagai asas penentuan tahap pemahaman pengurusan Islam dalam kalangan usahawan Melayu Muslim.

Jadual 2 Interpretasi skor min

Skor Min Tahap

1.00 - 2.00 2.01 - 3.00 3.01 - 4.00 4.01 - 5.00 Rendah/ negatif Sederhana Rendah Sederhana Tinggi Tinggi/ Positif

Interpretasi anggaran kekuatan hubungan pekali korelasi daripada Jackson (2006) seperti dalam Jadual 3 telah digunakan sebagai asas penentuan hubungan di antara tahap pemahaman pengurusan Islam dengan tahap pendidikan dan pengalaman berniaga.

Jadual 3 Interpretasi Anggaran kekuatan hubungan pekali korelasi

DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN (BERDASARKAN KAJIAN LITERATUR)

Data dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Packages For Social Sciences (IBM SPSS versi 19). Jadual 4 menunjukkan profil peserta kajian.

Latar Belakang Responden

Dari segi tahap pendidikan, kebanyakan peserta (75%) memiliki tahap pendidikan Institusi pengajian tinggi (IPT). Pengalaman berniaga 0 -5 tahun mencatat peratus tertinggi iaitu 52.5%.

Bil Dimensi Item

1 Kewangan 1 - 10

2 Sumber manusia 11 - 27

3 Pemasaran 28 - 40

4 Perancangan 41 - 50

Pekali korelasi Kekuatan hubungan

29 . 00 . 69 . 30 . 00 . 1 70 .       Kuat Sederhana

(10)

Jadual 4 Latar belakang Responden Latar belakang

(n= 40 ) Klasifikasi Kekerapan(f) Peratus(%)

Tahap Pendidikan PMR dan ke bawah 4 10

SPM 5 12.5

Diploma 1 2.5

IPT dan ke atas 30 75.0

Pengalaman Berniaga 0 - 5 21 52.5

(Tahun) 6 - 10 12 30.0

11 - 15 4 10.0

16 - 20 3 7.5

Dimensi Pengurusan Islam

Dapatan kajian (Jadual 5) menunjukkan min dan sisihan piawai untuk empat dimensi pemahaman pengurusan Islam yang dikaji. Secara keseluruhan pemahaman pengurusan Islam responden kewangan (min = 4.20 dan sp = 0.422), pemasaran (min 4.08 dan sp = 0.290) dan perancangan (min = 4.42 dan sp = 0.492) berada pada tahap tinggi. Hanya pengurusan sumber manusia yang menunjukkan tahap sederhana tinggi (min = 3.98 dan sp = 0.333). Keseluruhan pemahaman pengurusan Islam (min = 4.17 dan sp = 0.384) berada pada tahap tinggi. Bagi melihat tahap tersebut dengan lebih jelas, maka perhatikan Rajah 2 berikut.

Jadual 5 Analisis keseluruhan min dan sisihan piawai dimensi pemahaman pengurusan Islam

Dimensi N Min Sisihan Piawai Interpretasi

Kewangan 40 4.20 0.422 Tinggi

Sumber manusia 40 3.98 0.333 Sederhana Tinggi

Pemasaran 40 4.08 0.290 Tinggi

Perancangan 40 4.42 0.492 Tinggi

(11)

Rajah 2 Pemahaman Pengurusan Islam

Hubungan Pemahaman Pengurusan Islam dengan Tahap Pendidikan

Dapatan kajian dalam Jadual 6 menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pemahaman pengurusan Islam (kewangan, sumber manusia, pemasaran dan perancangan) dengan tahap pendidikan.Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho1, Ho2, Ho3, dan

Ho4) bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pemahaman pengurusan

Islam (kewangan kewangan, sumber manusia, pemasaran dan perancangan) dengan tahap pendidikan adalah diterima. Dapatan ini konsisten dengan penemuan kajian Azmi, Nik Hairi dan Lee (2012) dan Nor Aishah dan Lily Idayu (2011) yang mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pendidikan dan pengurusan perniagaan. Ini kerana usahawan boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan Islam dengan menghadiri kursus-kursus berkaitan keusahawanan dan perniagaan. Sebagai seorang usahawan Muslim, ciri-ciri keusahawanan yang khusus seperti amanah, jujur, adil, menepati janji, ketelusan diri dan 'ihsan' perlu dipupuk melalui proses pendidikan berterusan sepanjang hayat (Buerah, Hussin dan Baharin 2011).

(12)

Jadual 6 Hubungan antara tahap pemahaman pengurusan Islam dengan tahap pendidikan.

Bil Dimensi Tahap Pendidikan Interpretasi

Pengurusan Islam r Sig.

1. Kewangan 0.043 0.794 tiada

2. Sumber Manusia -0.006 0.969 tiada

3. Pemasaran 0.065 0.692 tiada

4. Perancangan 0.065 0.690 tiada

** Correlation is significant at the level of 0.01 level (2-tailed).

Pemahaman yang mantap terhadap nilai dan etika Islam ini perlu dijadikan amalan dalam pengurusan perniagaan usahawan Muslim. Ini disokong oleh kajian Nur Hafizah dan Rahimah (2012) yang mendapati responden berminat melibatkan diri dalam kursus dan bengkel yang dianjurkan kerana ia membantu memberi pengetahuan dan pemahaman cara mengurus dan mentadbir aktiviti ekonomi. Responden yang mengikuti kursus perakaunan dan pemasaran berupaya menyediakan buku akaun yang sistematik. Selain itu, program lawatan sambil belajar ke Wilayah Chumphon, Thailand juga memberi peluang kepada peserta melihat sendiri aktiviti ekonomi di kawasan lain. Lawatan ini memberi pendedahan cara mengendalikan mesin berteknologi, cara memproses bahan mentah dan cara memberi nilai tambah kepada produk melalui pembungkusan yang menarik. Penglibatan diri responden dalam Kumpulan Ekonomi Wanita (KEW) bukan sahaja memberi manfaat dari segi kewangan malah memberi pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan perniagaan seperti pemasaran produk, pengurusan kewangan dan sebagainya. Selain daripada itu, penglibatan bantuan agensi kerajaan seperti FAMA memberi peluang kepada usahawan tempatan memasarkan produk mereka.

Hubungan Pemahaman Pengurusan Islam dengan Tahap Pengalaman Berniaga

Dapatan kajian dalam Jadual 7 menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pemahaman pengurusan Islam (kewangan, sumber manusia, pemasaran dan perancangan) dengan pengalaman berniaga.Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho5, Ho6, Ho7,

dan Ho8) bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pemahaman

pengurusan Islam (kewangan kewangan, sumber manusia, pemasaran dan perancangan) dengan pengalaman berniaga adalah diterima. Dapatan ini berbeza dengan kajian Azmi, Nik Hairi dan Lee (2012) dan Buerah, Hussin dan Baharin (2011) yang menunjukkan terdapat hubungan antara tahap pengalaman berniaga dengan pengurusan perniagaan di mana

(13)

pengalaman berniaga menjadikan usahawan lebih matang dan dapat menangani sebarang masalah yang dihadapi perniagaan. Justeru ini dapat menghindarkan perniagaan daripada mengalami kerugian. Pengalaman berniaga juga menjadikan usahawan lebih berdaya saing.

Jadual 7 Hubungan antara tahap pemahaman pengurusan Islam dengan pengalaman berniaga

Bil Dimensi Pengalaman berniaga Interpretasi

Pengurusan Islam r Sig. 1. Kewangan 0.133 0.413 Lemah 2. Sumber Manusia -0.057 0.729 -3. Pemasaran -0.135 0.405 -4. Perancangan 0.152 0.349 Lemah

** Correlation is significant at the level of 0.01 level (2-tailed).

PENUTUP DAN IMPLIKASI KAJIAN

Berdasarkan kajian terhadap pemahaman pengurusan Islam, kajian mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pendidikan dan pengalaman perniagaan dengan pengurusan Islam yang dikaji iaitu dimensi kewangan, sumber manusia, pemasaran dan perancangan.Walau bagaimanapun tahap pemahaman pengurusan Islam responden berada pada tahap yang tinggi. Kajian menyarankan agar agensi kerajaan dan swasta mempertingkatkan lagi program keusahawanan berkonsepkan Islam bagi memantapkan pemahaman dan seterusnya amalan pengurusan Islam di kalangan usahawan Melayu Muslim. Selain daripada itu usahawan Melayu Muslim perlu berusaha mempertingkatkan pemahaman pengurusan Islam mereka dengan menghadiri kuliah, ceramah dan aktiviti yang dianjurkan oleh surau, masjid dan sebagainya. Dengan cara ini ia dapat memberi ruang kepada mereka untuk bermuhasabah diri.

Usahawan seharusnya merujuk dan membincangkan masalah-masalah yang mereka hadapi dalam perniagaan dengan pihak-pihak yang berkemahiran seperti MARA, FAMA, MARDI, MEDEC atau persatuan peniaga melalui saluran yang betul. Ini kerana pihak-pihak tersebut mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas tentang selok-belok perniagaan. Melalui cara ini, usahawan dapat meningkatkan tahap pemahaman pengurusan islam dan langkah-langkah penyelesaian dapat diambil.

Usahawan ini perlu mengetahui pihak yang manakah harus dirujuk bagi setiap masalah yang dihadapi dari semasa ke semasa supaya mereka mendapat maklumat tepat berkaitan dunia perniagaan dan pelbagai skim bantuan yang disediakan oleh kerajaan

(14)

misalnya masalah berkaitan industri asas tani boleh dirujuk kepada Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, FAMA, MARDI. Masalah berkaitan kualiti produk dirujuk kepada SIRIM, yang berkaitan dengan produktiviti dirujuk kepada Perbadanan Produktiviti Negara (NPC), usaha menembusi pasaran antarabangsa dirujuk kepada MITI, MATRADE, masalah berkaitan modal dan pembiayaan dirujuk kepada Bank Pertanian, Bank Pembangunan, PUNB, MARA, MDC, Bank Industri. Masalah perniagaan yang dihadapi tidak boleh disorok dan dibiarkan begitu sahaja kerana akhirnya akan membawa kepada kepincangan pengurusan dan kegagalan dalam bidang perniagaan yang diceburi. Justeru, dengan merujuk dan berbincang dengan agensi kerajaan yang terlibat sedikit sebanyak dapat membantu mereka menyelesaikan masalah tersebut terutama jika ianya masih di peringkat awal. Kerajaan sememangnya ingin membantu rakyat di negara ini yang berhasrat membangunkan ekonominya menerusi penglibatan dalam dunia perniagaan, maka peluang dan kemudahan yang disediakan harus digunakan sepenuhnya terutama di kalangan usahawan yang kadang kala ibarat anak ayam kehilangan ibunya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah dalam bidang perniagaan yang diceburi.

Rujukan

Abdul Aziz Mohamed (1991). “Etika Kerja.” Dalam Sheikh Ghazali SheikhAbod(1991). Pengurusan Perniagaan Islam. Shah Alam: HISBI Sdn. Bhd..Abdul Sami’ Al-Misri (1993). Perniagaan Dalam Islam. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Aziz Yusuf. 2000. Usahawan dan Keusahawanan. Kuala Lumpur: Prentice Hall. Abdul Rahim Ahmad & Shahrul Bariah Md. Zain. 1990. Pengurusan: Satu Sudut

Pandangan. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Ahmad Bashir @ Zolmat Bin Aziz. 2005. Pembentukan Budaya Pengurusan Menyuluruh

(Total Management Culture) Di Malaysia : Analisis Perbandingan Dari Perspektif Islam Dan Konvesional. Universiti Malaya.

Azman Che Omar. 2001. Pengurusan Di Malaysia Dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azmi Abdul Manaf, Nik Hairi Omar dan Lee Kuan Yee. 2012. Faktor Kritikal Kejayaan Usahawan Dalam Perniagaan. Journal of Sosial Sciences and Humanities. 7(1): 34-45.

Blawatt, K. R. 1998. Entrepreneurship: Process and Management. Ontario: Prentice Hall. Halimah Harun. 1996. Pengurusan Kewangan Sebagai Strategi Pembangunan Usahawan

Bumiputera.Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Abad ke 21.Fakulti Pendidikan.Universiti Kebangsaan Malaysia.

Haswel, S. & Holmes, S. 1989. Estimating the Small Business Failure: A Reappraisal.

Journal of Small Business Management 27(July) : 68-74.

Hoe Chee Hee, Mohd. Salleh Din, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, Shuhymee Ahmad, Habshah Bakar, Norita Deraman, Rosli Mahmood, Armanurah Mohamad, Lily Julienti Abu Bakar dan Muhammad Nasri Md. Hussain. 2005. Asas Keusahawanan. Singapore : Thomson Learning

(15)

Ibrahim, M. F., Musaini, S., & Ali, M. N. Etika Pemasaran Secara Islam Dalam Perniagaan Bagi Usahawan Muslim.

Jaafar Muhamad. 1996. Asas Pengurusan Perniagaan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Kamaruddin Mohd. Akil. 2007. Motivasi Memulakan Perniagaan Dan Hubungan Dengan Kejayaan Perniagaan Usahawan Bumiputra. Tesis. Universiti Kebangsaan Malaysia. Macfarlane, W. N. 1977. Principles of Small Business Management. New York: McGraw

Hill.

Muhammad Al-Bureay. 1985. Administrative Development : An Islamic Perspective. London: KPI.

Mustapha, R., & Che Abdullah, N. 2011. Amalan Pengurusan Perniagaan Usahawan Tani IKS Bumiputera: Satu Kajian Kes Di Negeri Terengganu. Jurnal Teknologi, 55(1), 75-105.

Nor Aishah Buang dan Lily Idayu. 2011. Financial Management Skills of Small Scale Business Women: Does Education Background Matters? International Business Management. 5(5): 226-231

Nor Aishah Buang. 2002. Asas Keusahawanan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Sulaiman Ngah, R. (1996). Analisis Data Dalam Penyilidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tunggak, Buerah, Hussin Salamon, and Baharin Abu.2011. Keperluan Latihan Dan Pendidikan Berterusan Ke Arah Pembangunan Usahawan Muslim Berteraskan Nilai Islam Di Malaysia. Jurnal Teknologi 55(1): 121-144.

Yahaya Ibrahim dan Norsiah Ahmad (2006). Keusahawanan Dan Daya Saing UsahawanMelayu Di Sektor Pelancongan. Jurnal Pengajian Melayu. 17: 1-18.

Yusoff, Nur Hafizah, and Rahimah Abdul Aziz. 2012. Pemerkasaan wanita desa: Kajian ke atas Kumpulan Ekonomi Wanita (KEW), Kuala Teriang, Langkawi, Kedah." Geografia: Malaysian Journal of Society and Space 8(6) : 15-23.

Zaidatol Akmaliah, L.P. (2007). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Keusahawanan. In H.O. Norasmah, H. Halimah, Keusahawanan Remaja Malaysia (pp. 181-194). Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Pengukuran menggunakan metode ini berdasarkan pada oksidasi asam urat menjadi alantoin dengan adanya enzim urikase (Bergmeyer et al., 1974). Urikase merupakan suatu

Dalam makalah ini akan dibahas penelitian yang bertujuan untuk mengetahui penurunan TS pada limbah cair industri perminyakan dengan teknologi AOP kombinasi ozon dan UV

Permasalahan keterbatasan jumlah pengawas sebenarnya sudah menjadi perhatian pemerintah daerah Kota Malang, sehingga setiap tahun Disnakertrans Kota membuat perencanaan kebutuhan

Pelaksanaan bimbingan keagamaan pada anak asuh di Panti Tunas Bangsa Pati merupakan suatu komponen yang sangat penting karena untuk menumbuhkan rasa percaya diri

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui pengaruh customer perceived value dan perceived quality terhadap keputusan pembelian ulang melalui variabel brand

Untuk menunjang kemampuan dalam memberikan asuhan secara continuity of care , perlu dipelajari konsep dan teori yang meliputi asuhan kehamilan, asuhan persalinan,

Odziv sustava koji prikazuje Slika 33 prikazuje mjerene vrijednosti kuta zakreta grede i poloţaja kuglice na gredi u voltima. Kut zakreta grede puno više oscilira od pomaka

Berdasarkan hasil penelitian seperti yang terlihat dalam Gambar 2, sebesar 40 persen atau 24 orang responden mengatakan pedapatan yang diperoleh di daerah asal