• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penilaian Keberkesanan Program Mentor-Mentee Melalui Pemimpin Komuniti Setempat dalam Program Jagaan Lanjutan di Negeri Sembilan.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Penilaian Keberkesanan Program Mentor-Mentee Melalui Pemimpin Komuniti Setempat dalam Program Jagaan Lanjutan di Negeri Sembilan."

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Penilaian Keberkesanan Program Mentor-Mentee Melalui Pemimpin Komuniti Setempat dalam Program Jagaan Lanjutan di Negeri Sembilan

1Haslee Sharil Lim Abdullah, 1Mohd Rushdan Bin Mohd Jailani, 1Dini Farhana Binti Baharudin, 2Ismail Bin Ahmad Khairi, 2Nazira Bt Sadiron

& 2Mohd. Azli Bin Hj. Senin @ Siman

1Universiti Sains Islam Malaysia , 2Agensi Antidadah Kebangsaan

Abstrak

Program Mentor-Mentee merupakan inisiatif AADK di mana ia telah dilaksanakan di 18 kawasan terpilih di seluruh Negeri Sembilan di bawah penyeliaan AADK Negeri Sembilan.

Kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan program Mentor-Mentee, mengenalpasti aspek mentor yang perlu diberi perhatian sama ada dari aspek pengetahun, kemahiran dan sikap, menilai perkembangan mentee dari aspek biopsychosocialspiritual, memahami pengalaman mentor yang berjaya membimbing mentee serta memahami pengalaman mentee yang berjaya dalam program Mentor-Mentee. Kajian ini bersifat kuantitatif dan kualitatif melibatkan 54 orang mentor dan 73 orang mentee. Dapatkan kajian menunjukkan keberkesanan program mentor-mentee berjaya menurunkan kadar pengaihan semula sebanyak 18.3% dan kadar penagih baru turun sebanyak 7.7%. Aspek pengetahuan mentor perlu dipertingkatkan sementara aspek spiritual dan psikologi mentee didapati perlu dimantapkan. Para mentor rasa puas dapat membimbing mentee walaupun berdepan dengan cabaran masa, kekurangan pengetahuan serta kurang pengiktirafan dan penghargaan dari pihak AADK. Sikap dan semangat positif mereka yang banyak membantu membimbing mentee mereka sedaya mampu. Sementara mentee juga memberi maklumbalas yang positif khususnya ke atas sumbangan mentor mereka dalam membimbing mereka ke arah kehidupan baru. Sikap dan sifat mentor menjadi tarikan untuk kekalkan perhubungan walaupun program mentor-mentee secara rasminya telah tamat. Beberapa cadangan daripada pihak mentor dan mentee telah diperoleh untuk penambahbaikan aspek pemilihan mentor, latihan mentor, dokumentasi program, pemantauan serta penghargaan.

Kata kunci:-program mentor-mentee, keberkesanan, AADK, Mentor, Mentee.

PENDAHULUAN

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merupakan agensi kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Agensi kerajaan ini adalah peneraju utama dalam membanteras masalah dadah di mana AADK sangat aktif menyediakan perkhidmatan yang berkaitan seperti pemulihan, pencegahan, penguatkuasan dan pengawasan. Selain itu, AADK juga sentiasa bergerak ke arah Malaysia Bebas Dadas selari dengan matlamat utamanya.

Namun begitu, AADK bukanlah satu-satunya pihak yang berusaha menangani masalah dadah. Usahasama serta kerjasama daripada semua jabatan berkaitan, komuniti sekeliling dan pihak lain amatlah penting. Antara langkah membasmi wabak ini adalah dengan mewujudkan Jentera Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Membanteras Gejala Dadah di peringkat Kabinet dan Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) di peringkat negeri.

(2)

Melalui unit MTMD, agensi kerajaan mahupun Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) telah meletakkan rencaman usaha untuk mengatasi masalah penyalahgunaan dadah. Namun begitu, usaha ini masih tidak mencukupi kerana bilangan penagih dadah masih berada di tahap yang membimbangkan.

Kerajaan Negeri Sembilan memandang serius akan isu dadah ini kerana saban tahun peningkatan kes-kes melibatkan dadah semakin meningkat walaupun usaha telah dibuat melalui penganjuran rancangan pencegahan, pemulihan dan juga penguatkuasaan dadah. Dalam mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Sembilan Bilangan 1/2014, pihak yang berkaitan telah membincangkan secara mendalam tentang masalah dadah yang semakin meruncing di negeri ini. YAB Dato’

Seri Utama Menteri Besar N.Sembilan selaku pengerusi di dalam mesyuarat berkenaan telah mengarahkan agar satu Jawatankuasa Antidadah ditubuhkan untuk memastikan isu penyalahgunaan dadah ini dapat dikawal dan dibendung. Jawatankuasa ini dianggotai oleh tiga jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pencegahan, Jawatankuasa Rawatan, Perubatan dan Pemulihan serta Jawatankuasa Penguatkuasaan. Jawatankuasa ini di pengerusikan oleh YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri. Jawatankuasa ini bukan sahaja bertanggungjawab untuk melaksanakan program yang berkaitan, tetapi juga bertindak untuk mengumpul maklumat serta merangka pelan untuk memastikan matlamat Negeri Sembilan Bebas Dadah pada tahun 2020 dicapai. Pelan ini telah dibincangkan melalui beberapa siri bengkel dan mesyuarat yang menggabungkan idea dan pandangan semua Ketua Jabatan di peringkat negeri.

Pelan ini diadakan khusus di mana pendekatan yang dipakai boleh mendorong semua rancangan yang dilaksanakan lebih berkesan. Pelan yang bermula pada 1 Januari 2015 ini berperanan sebagai medan pertukaran idea dan pandangan dalam kalangan peserta yang terlibat. Penglibatan semua pihak terutamanya di peringkat akar umbi hendaklah dilakukan secara berterusan supaya generasi bebas dadah dapat dilahirkan. Fokus pelan ini adalah kawasan FELDA, kampung tradisi, kawasan berfokus dan kawasan-kawasan lain yang difikirkan perlu.

Kajian ini memberi perhatian sepenuhnya terhadap Program Mentor-Mentee di bawah penyeliaan AADK yang melibatkan beberapa agensi kerajaan dan swasta. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan rancangan serta mengetahui rahsia kejayaan aspek program sepanjang tempoh rawatan lanjutan. Selain daripada itu, kajian ini boleh digunakan sebagai sumber AADK untuk meningkatkan lagi kualiti program serta tahap keberkesanan program Mentor-Mentee sedia ada.

Objektif-objektif kajian secara jelasnya adalah:

1. Menilai keberkesanan program Mentor-Mentee untuk penambahbaikan sebelum diperluaskan.

2. Mengenalpasti aspek mentor yang perlu diberi perhatian sama ada dari sudut pengetahun, kemahiran dan sikap dan hubungan antara setiap aspek.

3. Menilai perkembangan mentee dari aspek biopsychosocialspiritual.

4. Mengetahui pengalaman mentor yang berjaya membimbing mentee.

5. Memahami pengalaman mentee yang berjaya dalam program Mentor-Mentee.

(3)

SOROTAN LITERATUR

Kajian ini telah mendasarkan beberapa kajian lepas berkenaan pemekersaan komuniti di mana penyelidik telah menjelaskan bahawa Komuniti pemerkasaan pula bererti satu proses yang membolehkan komuniti meningkatkan kawalan terhadap kehidupan mereka.

Pertama sekali, penyelidik telah merujuk kepada Measurement Of Community Empowerment In Three Community Program In Rapla (Estonia) yang telah dilaksanakan oleh Anu Kasmell dan Pernille Tanggaard Andersen pada tahun 2011 dan bertujuan untuk menjelaskan tentang alat pengukur kebolehan komuniti tertentu yang dibangunkan dan perubahan dibuat melalui tiga program yang mempromosikan kesihatan di Rapla, Estonia. Satu model pemerkasaan telah disusun dan digunakan terhadap tiga program yang sedia ada iaitu komuniti yang selamat, pencegahan dadah dan kualiti hidup. Kaedah bengkel konsensus digunakan untuk mencipta alat pengukur dan pengumpulan data tentang Domain Of Community Empowerment Organization (ODCE).

Keputusannya adalah peningkatan drastik dalam kumpulan kerja masyarakat,terdiri daripada anggota masyarakat dan pembuat keputusan perbandaran. Kenaikan tersebut dilihat berlaku dalam kumpulan kerja yang mempunyai sokongan politik dan kewangan yang kuat di peringkat nasional tetapi tidak menjadi keutamaan masyarakat. Program ini dimulakan dan dilaksanakan oleh ahli komuniti tempatan dan perubahan masih berlaku walaupun pada kadar yang sedikit. Penggunaan model berkaitan perubahan telah terbukti mudah digunakan, bersesuaian dan berpatutan dalam penilaian pemerkasaan komuniti.

Selain itu, Empowerment Practices And Performance In Malaysia, An Emperical Study oleh Md. Abdur Raquib, R. N. Anantharaman, Uchenna Cyril Eze dan Md. Wahid Murad (2010) juga telah dirujuk. Kajian ini bertujuan untuk memberi tumpuan pada faktor-faktor yang mempengaruhi amalan pemerkasaan dalam pendidikan, teknologi maklumat dan sektor perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia. Seramai 305 orang telah ditemu bual dalam kajian ini dengan menggunakan struktur soalan yang telah dibina khas dan mereka menggunakan metod sampling yang sesuai dengan keadaan. Logistic Regression Model (LRM) telah digunakan untuk menganalisis data pemerkasaan dan maklumat berkaitan dengan prestasi dalam empat set pemboleh ubah dan sampel t-test terhadap satu pemboleh ubah iaitu orentasi. Hasil kajian mendapati bahawa ia adalah inspirasi kepada faktor-faktor tertentu yang menggunakan pemerkasaan sebagai pendorong faktor kejayaan organisasi. Kesimpulan dibuat daripada hasil dapatan dalam bentuk statistik di mana jelas bahawa sektor pendidikan tinggi, teknologi maklumat dan perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia menggunakan pemerkasaan sebagai startegi permulaan untuk meningkatkan prestasi sesebuah organisasi.

Yang terakhir sekali, penyelidik menggunaka Empowerment As An Approach For Community Development In Malaysia hasil Asnarulkhadi Abu Samah dan Faribor Aref (2009) yang bertujuan untuk membincangkan dengan lebih terperinici akan definisi dan konsep pemerkasaan dari aspek pertumbuhan komuniti secara umum dan khususnya di Malaysia. Prinsip dan teknik asas proses pemerkasaan juga dijelaskan dalam kajian ini. Pengkaji juga menerangkan bahawa berlakunya penerapan konsep

(4)

dalam aktiviti pembangunan masyarakat di Malaysia. Matlamat umum kajian ini adalah untuk menerangkan dan menjelaskan bagaimana proses pemerkasaan berlaku dalam pembangunan komuniti masyarakat setempat.

METODOLOGI & MATERIAL

Kajian ini telah dilaksanakan di 18 kawasan terpilih di seluruh Negeri Sembilan di bawah penyeliaan AADK. Fokus kajian ini adalah program 1SPC yang dilaksanakan di Negeri Sembilan. Kaedah dalam mengumpul data kuantitatif adalah pensampelan rawak berstrata untuk memastikan sampel yang terpilih meliputi populasi 18 kawasan yang dikaji. Bilangan sampel juga ditentukan untuk memenuhi keperluan ujian-ujian statistik yang akan dilakukan. Sebanyak 54 orang mentor dan 73 mentee terlibat dalam aspek kuantitatif kajian ini. Sementara itu, kaedah sample data kualitatif adalah pensampelan bersetujuan (purposive) di mana kriteria dalam pemilihan mentor dan mentee telah ditetapkan. Mereka yang terpilih adalah yang berjaya melalui program sepanjang tempoh 2 tahun yang ditetapkan iaitu dari awal tahun 2016 sehingga hujung tahun 2017.

Dalam mengumpul data kuantitatif, pihak AADK Negeri Sembilan telah memberikan kerjasama untuk mengumpul data kajian di 18 kawasan terbabit. Soal selidik yang telah dijawab dikumpul semula dengan harapan paling kurang 80 peratus mentor dan mantee telah menjawab soal selidik dengan sepenuhnya. Penyelidik telah menggunakan kaedah Pengumpulan Data Method Campuran(Mix Method) untuk mencapai objektif. Maklumat daripada temu bual 4 orang mentor dan 4 orang mentee telah dianalisis untuk mencapai objektif 4 dan 5.

Terdapat dua set soal selidik dalam kajian ini. Satu set yang mengandungi item-item untuk mengukur tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap mentor. Satu set lagi adalah untuk mengukur aspek biopsikososialspiritual mentee. Faktor keesahan dan kebolehpercayaan instrumen telah diambil kira. Soal selidik diberikan kepada mentor dan mentee oleh staf AADK Negeri Sembilan yang membantu dalam proses pengumpulan data ini. Nilai kebolehpercayaan untuk instrumen mentor yang meliputi 18 item adalah 0.93. Sementara itu instrumen mentee yang meliputi 16 item nilai kebolehpercayaanya adalah 0.88. Akhir sekali untuk instrumen yang mengukur psikososialspiritual mantee sebanyak 20 item nilai kebolehpercayaannya 0.94. Dalam proses menganalis data, SPSS versi terkini telah digunakan untuk menguruskan data kuantitatif di mana diskriptif dan inferensi statistik akan digunakan. Sementara itu, data kualitatif telah dianalisis dengan kaedah tematik.

DAPATAN & PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan dapatan kajian mengikut objektif-objektif kajian di mana subjek kajian terdiri daripada mentor dan mentee yang terlibat dalam program aftercare AADK di Negeri Sembilan.

(5)

Jadual 1: Tahap Pendidikan, Status Perkahwinan dan Pekerjaan

Mentor Mentee

Tahap Pendidikan SPM dan ke atas 32 40

Bawah SPM 22 33

Status Perkahwinan Bujang 1 35

Berkahwin 51 32

Bercerai 2 6

Pekerjaan Pertanian 16 46

Bukan Pertanian 17 8

Sendiri 10 18

Penjawat Awam 6 -

Pesara 5 -

Tak bekerja - 1

Dapatan untuk objektif 1 hingga 3 adalah bahagian data kuantitatif. Pengkaji menggunakan statistik deskriptif dan inferens khusunya ujian-t, korelasi Pearson untuk menganalisis data yang dikumpulkan dan dapatan kajian untuk objektif-objektif kajian ini adalah seperti berikut:-

Objektif 1: Keberkesanan Program Mentor-Mentee

Kajian ini mendapati bahawa keberkesanan progam mentor-mentee adalah agak rendah dan berada di bawah 20% di mana peningkatan sebanyak 18.3% kadar penagihan semula telah dicatatkan dari tahun 2016 (71 kes) hingga ke 2017 (84 kes) tetapi kadar penagihan baru telah menurun sebanyak 7.7%.

Jadual 2: Kadar Penagihan Semula

Bil. Kawasan 2016 2017 Kadar

1 Seremban 8 4 50% ↓

2 Jelebu 9 9

3 Tampin 26 38 46.2%↑

4 Jempol 14 15 7.14%↑

5 Rembau 12 17 41.7%↑

6 Kuala Pilah 1 1

7 Port Dickson 1 0 100% ↓

Jumlah 71 84 18.3%↑

(6)

Jadual 3: Kadar Penagih Baru Dikesan

Bil. Kawasan 2016 2017 Kadar

1 Seremban 31 27 12.9% ↓

2 Jelebu 4 4

3 Tampin 21 28 33.3% ↑

4 Jempol 24 16 33.3% ↓

5 Rembau 2 2

6 Kuala Pilah 3 1 66.6% ↓

7 Port Dickson 5 5

Jumlah 90 83 7.7% ↓

Objektif 2: Mengenalpasti Aspek Mentor Yang Memerlukan Perhatian

Statistik deskriptif telah dilakukan untuk mengukur tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap mentor. Skor pengetahuan mentor adalah paling rendah berbanding kemahiran dan sikap. Maka aspesk pengetahuan mentor mengenai dadah perlu dipertingkatkan.

Korelasi antara pengetahuan, kemahiran dan sikap turut dilakukan untuk mengetahui perhubungan dan perkaitannya dan jadual di bawah menunjukkan kolerasi yang sederhana dan signifikan.

Jadual 4: Korelasi Pearson di antara Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Pengetahuan Kemahiran Sikap

Pengetahuan 1

Kemahiran 0.65˟˟ 1

Sikap 0.69˟˟ 0.65˟˟ 1

n= 54 ˟˟Signifiken pada tahap 0.01

Objektif 3: Perkembangan Biopsikosociospiritual Mentee

Dalam mengetahui biologi mentee, ia diukur berdasarkan status kesihatan mereka dari segi rekod penyakit dan kecacatan. Terdapat 8 daripada 73 orang mentee yang memiliki penyakit di mana penyakit yang dimiliki ialah darah tinggi, buah pinggang, buasir dan lelah. Terdapat hanya 2 daripada 73 orang mentee yang memiliki kecacatan fizikal iaitu patah bahu dan patah kaki. Perkembangan spiritual dan psikologikal mentee perlu dimantapkan berdasarkan skornya yang paling rendah. Korelasi Pearson telah dilakukan untuk mengetahui hubungan di antara skor psikologi, sosial dan keagamaan mentee di mana jadual jelas menunjukkan tiga elemen berlainan tersebut mempunyai kolerasi yang sederhana dan signifikan :-

(7)

Jadual 5: Korelasi Pearson Di antara Psikologi, Sosial dan Keagamaan

Psikologi Sosial Spiritual

Psikologi 1

Sosial 0.56˟˟ 1

Keagamaan 0.79˟˟ 0.45˟˟ 1

n=73, **Signifikan pada tahap 0.01

Objektif 4: Memahami Pengalaman Mentor Yang Berjaya Membimbing Mentee Kajian mendapati pengalaman mentor yang berjaya membimbing mentee besifat perkembangan. Untuk fasa pertama iaitu sebelum program, data menunjukkan proses pemilihan mentor adalah tidak selaras di mana antara elemen faktor pemilihan seseorang mentor adalah penglibatan dalam masyarakat sama ada sebagai seorang sukarelawan ataupun berpengaruh dan pertalian kenalan yang berlaku hanyalah kebetulan. Terdapat 4 kriteria dalam mentor yang perlu wujud untuk menyaksikan kejayaan program ini iaitu berketrampilan layak menjadi teladan, berwatak lembut serta mendengar permasalahan mentee, berpengetahuan agama dan kematangan dalam menyelesaikan masalah mentee.

Pada peringkat semasa program pula, terdapat 5 elemen utama dalam seseorang mentor untuk menjayakan program mentor-mentee ini. Pertamanya, adalah sikap mentor di mana seseorang mentor perlulah bersikap positif sentiasa dan tidak bersifat judgmental terhadap mentee dan bersangka baik sepanjang masa. Seterusnya,adalah pengetahuan mentor di mana kajian mendapati bahawa pengetahuan mentor terhadap dadah, skop tugas sebagai mentor dan pengetahuan tentang mentee adalah sangat penting. Cara pendekatan mentor yang mana pendekatan melayan ,mempengaruhi, menggalakkan penglibatan dengan masyarakat,membantu mencari pekerjaan dan keagamaan merupakan cara pendekatan yang telah dikenal pasti dalam kajian ini. Dua perkara terakhir dalam peringkat ini adalah dokumentasi dan cabaran yang dihadapi oleh mentor. Dokumen dikatakan bukti tulisan yang penting terutamanya dalam kes serbuan dan untuk mengelakkan salah faham tentang kedudukan mereka sebagai mentor-mentee.

Cabaran yang dihadapai oleh mentor pula adalah kekangan masa dan peruntukan yang tidak mencukupi untuk melakukan aktiviti dalam program.

Pada peringkat selepas program pula terbahagi kepada 2 iaitu, kesan program kepada mentor iaitu kepuasan dalam memberikan sumbangan dalam masyarakat dan maklum balas mentor terhadap program ialah untuk menambahbaik program terutamanya dalam keperluan latihan, pemberian penghargaan dan harapan pihak terlibat untuk mengekalkan hubungan baik selepas tamatnya program.

Objektif 5: Memahami Pengalaman Mentee Yang Berjaya Dalam Program Mentor- Mentee

Objektif yang terakhir adalah memahami pengalaman mentee dalam program mentor- mentee AADK yang juga memiliki tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas

(8)

program. Sebelum program, proses pemilihan mentor adalah didapati berbeza dan bergantung pada proses pemilihan mentor yang boleh menjadi secara rawak dan aturan dan pembahagian ketua kampung. Menurut mentee, terdapat hanya satu kunci utama kriteria pemilihan mentor iaitu berketrampilan baik dan boleh dijadikan role-model dalam kehidpuan seharian.

Pada peringkat semasa program pula, 3 elemen utama telah didapati iaitu hubungan dengan mentor, kelebihan mentor dan cabaran mentee. Hubungan yang baik antara mentor-mentee boleh dicapai melalui pendekatan menerima tanpa syarat. Hal ini adalah punca utama kejayaan sesebuah program kerana dengan adanya pendekatan ini, mentee akan berasa lebih serasi dengan mentor dan selesa untuk menceritakan permasalahan dan isu yang dimiliki serta mendapatkan nasihat apabila perlu. Begitu juga dengan galakan untuk melibatkan mentee dalam masyarakat yang bertujuan untuk membina semula kepercayaan masyarakat. Aspek hubungan yang ditekankan juga adalah kerapatan dan keakraban yang kekal walaupun selepas tamatnya program yang membolehkan mereka dipantau secara tidak langsung menunjukkan sifat ambil berat terhadap mentee. Dari sudut kelebihan mentor pula, temu ramah yang dijalankan rata-ratanya mendapati bahawa mentor berpengaruh, sikap ambil tahu, berpewatakan lembut dan mengambil berat adalah sifat yang wajib ada dalam kalangan mentor. Dua cabaran utama yang ditekankan oleh mentee semasa program adalah cabaran kejayaan dan potensi untuk terpalit dengan masalah dadah semula.

Pada peringkat akhir iaitu selepas program pula adalah didapati bahawa kesan program kepada mentee merangkumi bersyukur, penyesalan dan diterima masyarakat. Mentee juga merasakan lebih bertanggungjawab dan perlunya pencapaian selepas tamatnya program. Maklum balas mentee pula adalah rata-rata peserta menggalakkan program ini untuk diteruskan pada masa yang sama, penambahbaikan seperti penambahan masa perjumpaan dan pengetahuan atau pendedehan tentang program mentor-mentee telah disuarakan.

CADANGAN

Setelah pengumpulan data telah dilakukan serta proses analisis data, penyelidik telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kekurangan program mentor-mentee yang mungkin boleh diguna pakai oleh pihak terlibat pada masa akan datang. Cadangan pertama adalah mengadakan proses pemillihan mentor yang lebih selaras memandangkan padanan mentor-mentee yang sedia ada secara rawak ataupun penetapan AADK.

Hal ini adalah supaya pemilihan mentor menjadi lebih selektif dan kelayakan mentor ditapis pada permulaan program untuk mendapatkan mentor yang lebih berkualiti dan berkelayakan. Perkara seperti pemilihan mentor oleh ketua kampung atas dasar kuota dan “asalkan cukup” dapat dielakkan.

Di samping itu, persediaan mentor juga perlu dilakukan. Menurut dapatan kajian ini, persediaan diri mentor dalam program bergantung pada diri masing-masing. Semua mentor yang terlibat perlulah diberikan persediaan yang sama dan mencukupi sebelum program berjalan untuk menyiapkan dan melengkapkan diri mereka sebagai mentor yang berwibawa. Usia mentor hendaklah bersesuaian dengan mentee supaya wujudnya comfort zone dan mudah mentee untuk berkongsi permasalahan dan cabaran yang

(9)

dihadapi mereka. Mentor yang matang juga perlu untuk memudahkan mentee mendapat pandangan lebih baik dan matang.

Menurut dapatan kajian ini lagi, cabaran utama yang dikongsikan peserta kajian adalah kesuntukan masa iaitu kesukaran dalam menjalankan tanggungjawab sebagai mentor dan kesimbangan dengan tugas-tugas lain dalam kehidupan harian. Contohnya, mereka mempunyai pekerjaan sendiri dan kadang-kala, mentee memerlukan mentor pada hari mereka bekerja Hal ini menyebabkan mentor mengalami masalah untuk seimbangkan tugas mereka sebagai mentor dan pekerjaan mereka. Pada pandangan penulis, perkara ini boleh dielakkan jika wujudnya jadual rujukan di mana mentee diberitahu pada jam berapa pihak mentor boleh dihubungi pada hari bekerja atau pun jadual bertugas di mana jika mentor bekerja pada hari tersebut, mentor lain boleh menggantikan kedudukan mentor tersebut sementara dan kemudiannya, mengemaskini situasi mentee kepada mentor asal.

Dokumentasi juga adalah elemen penting dalam program mentor-mentee ini. Salah faham akan kedudukan mereka sebagai mentor sering berlaku kerana tiada dokumen yang boleh dijadikan bukti status mentor-mentee. Perkara ini mendatangkan masalah kerana jika mentor duduk bersama mentee dan serbuan berlaku, mentor risau mereka akan turut ditangkap dan disoal siasat. Cabaran dari segi peruntukan menjalankan aktiviti juga dihadapi oleh peserta dalam situasi peruntukan tidak mencukupi dan memerlukan kelulusan dan dana daripada sumber lain selain AADK yang mengambil masa lebih lama dan proses agak rumit. Oleh itu, dokumentasi yang boleh memberitahu status mentor- mentee ini hendaklah diwujudkan selain sistem peruntukan dana dan kelulusan yang lebih jelas dan sistematik.

Seterusnya ialah meningkatkan mutu program mentor-mentee ini terutamanya dari sudut keperluan latihan seperti menganjurkan kursus dan seminar berkaitan program.Kandungan latihan tersebut harus merangkumi pengetahuan dan kemahiran asas, pencegahan, pengalaman dan perkongsian situasi atau latar belakang mentee supaya kefahaman yang lebih dalam progam mentor-mentee ini. Selain keperluan latihan, penghargaan perlu diberikan untuk mengelakkan pertikaian dan salah faham pihak berautoriti semasa serbuan serta sijil pengiktirafan juga boleh diberikan kepada mentor untuk mewujudkan rasa penghargaan diri mentor. Perkara ini boleh menyediakan keselesaan yang lebih dan penghargaan diri seterusnya menggalakkan penglibatan mentor dengan program ini.

Dari sudut mentee pula, cabaran-cabaran dihadapi selepas tamatnya program adalah kerjaya dan potensi potensi untuk penagihan berulang (relapse). Hal ini adalah merisaukan kerana jika seseorang bekas penagih sukar mendapatkan perkerjaan sesuai disebabkan oleh faktor sejarah hitam mereka, mereka akan lebih berpotensi untuk terpalit dengan masalah dadah semula memandangkan mereka mempunyai lebihan masa dan dikelilingi oleh rakan-rakan lama. Kerajaan perlu menyediakan program khas mendapatkan pekerjaan untuk bekas-bekas penagih di mana kerjasama antara majikan di mana tema kerjasama adalah memberikan peluang kedua kepada mereka yang ingin mengubah haluan hidup. Isu relapse pula memerlukan kerjasama dan pertolongan pihak terdekat dengan mentee di mana masyarakat, keluarga dan rakan sebaya hendaklah memberikan kata-kata semangat berterusan dan tidak mematahkan semangat mereka

(10)

untuk memulihkan keadaan. Mentee juga perlu diberikan pendedahan dan penerangan tentang program mentor-mentee sebelum melibatkan diri supaya tujuan program ini dapat dicapai melalui pemahaman yang lebih dari kalangan mentee.

PENUTUP

Penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat adalah masalah yang sudah lama wujud sejak azali lagi dan sehingga kini, masalah ini masih belum menjumpai penyelesaian yang jitu dan muktamad. Masalah dadah ini bukan sahaja memberikan kesan negatif terhadap diri individu, tetapi juga keluagra, orang sekeliling dan negara.

Antara langkah yang sedang dan telah diguna pakai adalah program mentor-mentee namun begitu, masalah penyalahgunaan dadah semakin menjadi-jadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kajian ini membincangkan aspek utama kejayaan serta kelemahan dalam proses sebelum, semasa dan selepas program mentor-mentee di mana segala penambahbaikan boleh dilakukan untuk mendapatkan pelaksanaan program yang lebih efektif dan berkesan pada masa akan datang. Kerjasama antara semua pihak adalah perlu tanpa mengira peringkat di mana semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung harus berganding bahu dan bukannya menunding jari semata-mata dalam membasmi musuh nombor satu negara.

RUJUKAN

Ahern, N., Kiehl, E., Sole, M., & byers, J. (2006) A review of intruments measuring resilience. Issues in Comprehensive Pediatric Nursing, 29, 103- 125.

Bonanno, G., Galela, s., Bucciarelli, A., & Vlahov, D. (2006) Psychological resilience after disaster. Association of Psychological Science, 17(3), 181- 186.

Braun, V. & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative research in psychology, 3(2), 77-101.

Seidman, I. (1998) Interview as qualitative research.NY: Teachers College, Colombia University.

Komuniti.(n.d.). Retreived September 10,2018, from http://prpm.dbp.gov.my/

Cari1?keyword=empo werment&d=69812&#LIHATSINI

Track 1 Community Empowerment. (n.d.) Retrieved September 10,2018, from https://

www.who.int/ healthpromotion/conferences/7gchp/track1/en/

Referensi

Dokumen terkait

pelaksanaan, strategi komunikasi pemasaran di Solo Grand Mall dijalankan dengan melakukan kegiatan- kegiatan komunikasi pemasaran seperti periklanan di berbagai media

Tulisan ini akan menegaskan kembali signifikansi teks Sulalat al-Salatin sebagai sebuah karya sastra Melayu tradisional adiluhung yang dihubungkan dengan tokoh Tun

Hasil pengelolaan data akan dikumpulkan dan diolah menggunakan program SPSS yang dilakukan dengan uji chi- square yaitu uji statistik yang digunakan untuk menguji signifikan

Hasil penelitian menunjukkan bahwa konsumsi bahan bakar mesin diesel menggunakan bahan bakar campuran solar dengan minyak cengkeh lebih irit dan prosentase kepekatan

Dalam memperlakukan kerugian biaya produksi yang terjadi akibat produk rusak, perusahaan selama ini tidak melakukan pembukuan atas produk rusak tersebut, sehingga terjadinya

Isi dengan cara mencentang pada kolom yang sesuai pada perusahaan anda menyangkut lingkungan kerja fisik PT.. Asia Surya Perkasa

Dari uraian tersebut dapat dianalisa pemikirannya tentang Islam sebagai sistem yang dijawantahkan dalam pemikiran konstitusi. negara yang

Lokasi di Pulau Jawa: Solanum diphyllum telah dikoleksi dari Bogor (Kampus IPB Darmaga), Bandung (Jl. Taman Sari, dan Pasir Impun), Sumedang (Kampus ITB Jatinangor),