• Tidak ada hasil yang ditemukan

SUMBER MANUSIA. 1 Huraikan tiga jenis ganjaran bukan kewangan yang boleh menarik minat calon untuk bekerja dalam sesebuah organisasi.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "SUMBER MANUSIA. 1 Huraikan tiga jenis ganjaran bukan kewangan yang boleh menarik minat calon untuk bekerja dalam sesebuah organisasi."

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

e-PRAKTIS

SUMBER MANUSIA

BAB 5

BAHAGIAN A Jawab semua soalan.

1 Huraikan tiga jenis ganjaran bukan kewangan yang boleh menarik minat calon untuk

bekerja dalam sesebuah organisasi. [6]

2 Nyatakan tiga langkah dalam proses pengurusan sumber manusia strategik. [6]

3 Nyatakan empat elemen yang perlu ada dalam surat tawaran kerja. [4]

4 Huraikan empat tujuan induksi kepada pekerja baharu yang mendapat tawaran kerja di

sebuah organisasi. [6]

BAHAGIAN B Soalan 1

11 Syarikat Techcom Electronic

Syarikat Techcom Electronic merupakan sebuah syarikat pengeluar komponen alat permainan video yang beroperasi di Seberang Prai, Pulau Pinang. Syarikat ini telah beroperasi selama 15 tahun. Keluaran syarikat ini akan dihantar kepada pengilang- pengilang alat permainan video di seluruh Malaysia dan dieksport ke negara Jepun.

Seramai lima orang jurutera daripada negara Jepun bekerja di syarikat ini.

Jurutera Jepun ini akan melatih jurutera Malaysia untuk mengendalikan mesin dan teknologi bagi mengeluarkan komponen tersebut. Encik Yakazami adalah ketua jurutera yang bertanggungjawab untuk melatih sepuluh orang jurutera Malaysia.

Encik Yakazami dan kumpulannya akan bekerja bersama-sama jurutera Malaysia.

Mereka akan memberi penerangan dan memberi pengajaran secara teknikal kepada jurutera Malaysia, dan selepas itu jurutera Malaysia akan mengendalikan mesin dan teknologi sambil diperhatikan serta dinilai oleh kumpulan jurutera Jepun.

Untuk mengembangkan operasi perniagaannya, Syarikat Techcom Electronic akan mengeluarkan komponen komputer riba dan telefon bimbit mulai pertengahan tahun 2011. Keluaran baharunya ini akan dieksport ke negara China, Singapura, dan Thailand. Untuk menghasilkan komponen komputer riba dan telefon bimbit, pihak syarikat akan membeli mesin dan teknologi baharu dari negara Jepun. Sebagai persediaan untuk mengendalikan mesin dan teknologi baharu ini, syarikat telah menghantar tiga

(2)

orang jurutera Malaysia iaitu Encik Khairul, Encik Hafizul, dan Encik Ikmal ke negara Jepun. Mereka akan diberikan tunjuk ajar dan cara mengendalikan mesin oleh Syarikat Komodo, iaitu syarikat pengeluar komponen komputer dan telefon bimbit yang terkenal di negara Jepun. Mereka akan berada di negara Jepun selama lima bulan mulai bulan November 2010.

Puan Shahira merupakan penolong pegawai sumber manusia di Syarikat Techcom Electronic. Pada masa yang sama, pihak syarikat telah menghantar Puan Shahira menghadiri kursus perancangan program dan pembangunan modal insan.

Puan Shahira akan dilantik menjadi ketua untuk mengendalikan unit program dan latihan sumber manusia di bawah Jabatan Sumber Manusia. Unit ini ditubuhkan bagi meningkatkan kecekapan dan kemahiran pekerja di syarikatnya. Pihak syarikat memandang serius dan memberikan keutamaan kepada unit ini. Pihak syarikat berharap program dan pembangunan sumber manusia yang akan dilaksanakan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekerja di samping meningkatkan produktiviti syarikat.

Berdasarkan kes di atas,

(a) terangkan dua jenis latihan yang dilaksanakan oleh pihak syarikat, [10]

(b) jelaskan latihan dan pembangunan yang diterima oleh Puan Shahira, [5]

(c) huraikan perbezaan antara kursus yang dijalani oleh Encik Khairul dan Puan Shahira, [10]

(d) terangkan kepentingan latihan kepada jurutera Malaysia dan kesannya kepada organisasi. [5]

Jawab satu soalan sahaja, sama ada soalan 12 atau soalan 13.

12 Huraikan lima bentuk faedah kewangan dan lima faedah bukan kewangan yang boleh diberikan oleh majikan kepada pekerjanya bagi mengurangkan kadar lantik henti pekerja. [20]

ATAU

13 Huraikan proses pengambilan pekerja yang perlu dilakukan oleh sesebuah organisasi.

[20]

(3)

BAHAGIAN A

1 Tiga jenis ganjaran bukan kewangan yang boleh menarik minat calon untuk bekerja dalam sesebuah organisasi:

Kemudahan cuti

Kemudahan cuti akan diberikan kepada pekerja mengikut tahun perkhidmatan. Cuti yang diberi merangkumi cuti sakit, cuti rehat, cuti bersalin, dan sebagainya. Hal ini akan menarik minat calon untuk bekerja dalam organisasi tersebut.

Kemudahan pengangkutan

Pihak majikan akan menyediakan kemudahan pengangkutan pergi dan balik kepada pekerjanya. Ganjaran ini sangat diperlukan bagi calon yang mempunyai masalah pengangkutan.

Kemudahan tempat tinggal

Penyediaan tempat tinggal oleh pihak majikan sama ada dalam bentuk asrama, kuarters, atau rumah bergantung pada jawatan dan jenis pekerjaan serta keperluan pekerja.

2 Tiga langkah dalam proses pengurusan sumber manusia strategik:

Menarik sumber manusia

Membangunkan sumber manusia

Mengekalkan sumber manusia (i) Menarik sumber manusia

Pengurus sumber manusia perlu menggunakan kaedah yang berkesan untuk menarik sumber manusia seperti melalui kaedah hebahan, iklan dalam media cetak atau elektronik, dan sebagainya.

(ii) Membangunkan sumber manusia

Menyediakan program latihan dan pembangunan yang dapat memenuhi keperluan semasa dalam bidang pekerjaan yang tertentu.

(iii) Mengekalkan sumber manusia

Memberikan ganjaran dan kemudahan yang sesuai supaya pekerja kekal di dalam organisasi.

3 Empat elemen yang perlu ada dalam surat tawaran kerja:

• Nama jawatan.

• Tempoh percubaan dan pengesahan jawatan

• Faedah dan ganjaran

• Tempat kerja dan waktu bekerja

JAWAPAN CADANGAN

(4)

4 Empat tujuan induksi kepada pekerja baharu yang mendapat tawaran kerja di sebuah organisasi:

• Membantu pekerja menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran tempat kerja yang baharu.

• Memperkenalkan pekerja kepada ketua dan pekerja yang lain.

• Menerangkan polisi, prosedur, dan peraturan organisasi kepada pekerja.

• Menerangkan aspek-aspek penting yang berkaitan dengan skop kerja atau jawatan kepada pekerja.

BAHAGIAN B Soalan 1

11 (a) Dua jenis latihan yang dilaksanakan oleh pihak syarikat:

Latihan sambil bekerja

• Latihan yang dijalankan di tempat kerja, iaitu di Syarikat Techcom Electronic.

• Memberikan peluang kepada sepuluh orang jurutera Malaysia untuk mempelajari selok-belok di tempat kerja melalui usaha sendiri.

• Peranan Encik Yakazami dan kumpulannya adalah untuk memberikan sokongan bagi memastikan jurutera Malaysia memahami tugas dan tanggungjawabnya dengan berkesan, di samping membetulkan sebarang kesilapan yang dilakukan oleh pekerja.

• Latihan sambil bekerja boleh diadakan bersama-sama sesi taklimat atau kursus pendek yang dianjurkan oleh pihak pengurusan organisasi antara jurutera Jepun dengan jurutera Malaysia.

• Kebaikannya ialah mudah dilaksanakan kerana boleh dijalankan semasa waktu bekerja dan pihak pengurusan dapat mengawal proses pembentukan dan pelaksanaan program latihan.

• Kelemahannya ialah risiko melakukan kesilapan adalah tinggi dan masa bekerja pekerja terjejas kerana menjalankan latihan waktu bekerja.

Latihan di luar tempat kerja

• Latihan di luar tempat kerja, iaitu di Syarikat Komodo, Jepun.

• Pihak pengurusan organisasi menghantar Encik Khairul, Encik Hafizul, dan Encik Ikmal untuk mengikuti kursus yang dikendalikan oleh Syarikat Komodo.

• Jurutera Malaysia akan berada di negara Jepun selama lima bulan untuk mempelajari teknologi baharu.

• Kebaikan latihan di luar tempat kerja ialah pekerja akan rasa lebih berminat untuk menjalani latihan kerana ia dikendalikan pihak luar dan membantu peserta menjana idea baharu yang boleh diaplikasikan di tempat kerja.

• Kelemahan kaedah ini ialah melibatkan kos yang tinggi iaitu kos sara diri dan kos latihan. Selain itu, penggunaan kaedah latihan yang berbeza akan mengurangkan keberkesanan program latihan.

(b) Latihan dan pembangunan yang diterima oleh Puan Shahira:

• Puan Shahira menerima program pembangunan pekerja.

• Puan Shahira menghadiri program pembangunan untuk perancangan program dan pembangunan modal insan.

(5)

• Bertujuan untuk memperkaya diri Puan Shahira sebagai persediaan untuk menerima tanggungjawab dan tugas yang lebih berat pada masa hadapan.

• Program pembangunan ini sebagai persediaan untuk Puan Shahira menjadi ketua untuk mengendalikan unit program dan latihan sumber manusia di bawah Jabatan Sumber Manusia.

(c) Perbezaan antara kursus yang dijalani oleh Encik Khairul dengan Puan Shahira:

Aspek Encik Khairul Puan Shahira

Jenis Latihan Pembangunan

Tujuan Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja dalam bidang pekerjaan tertentu

Memperkaya diri seseorang pekerja sebagai persediaan untuk menerima tanggungjawab pada masa hadapan

Lokasi Latihan di luar tempat kerja Menjalani kursus anjuran pihak tertentu

Keperluan Mengendalikan perubahan teknologi yang akan digunakan oleh pihak syarikat

Mengelolakan dan merancang program pembangunan dan latihan modal insan

Tanggungjawab Bertanggungjawab terhadap

Jabatan Pengeluaran Bertanggungjawab terhadap Jabatan Sumber Manusia

(d) Kepentingan latihan kepada jurutera Malaysia dan kesannya kepada organisasi:

Kepentingan kepada jurutera Malaysia:

• Memberikan pendedahan kepada jurutera Malaysia berkaitan kemahiran dan pengetahuan baharu untuk mengendalikan teknologi dan mesin baharu.

• Meningkatkan motivasi pekerja, jurutera Malaysia akan bersemangat tinggi untuk menjalankan tugasnya dan ingin membawa pembaharuan kepada organisasi.

• Menghargai sumbangan pekerja. Jurutera Malaysia akan mempunyai tanggapan positif kepada organisasi dan merasakan dirinya dihargai.

Kesannya kepada organisasi:

• Mempertingkatkan produktiviti pekerja melalui latihan yang telah diterimanya.

Mereka akan menggunakan kemahiran yang diperoleh untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi.

• Mengurangkan kadar lantik henti pekerja kerana mereka merasakan dirinya diperlukan dan dihargai oleh organisasi.

• Reputasi dan imej organisasi dapat dipertingkatkan kerana mempunyai pekerja yang berkemahiran tinggi dan sentiasa mengikut perubahan semasa.

(6)

12 Lima bentuk faedah kewangan yang boleh diberikan oleh majikan kepada pekerjanya:

Insurans pekerja

Pihak majikan akan membayar wang premium kepada syarikat insurans untuk melindungi pekerja daripada sebarang risiko semasa bekerja.

Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Mencarum wang kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menjamin masa depan pekerja apabila telah sampai umur bersara daripada sesuatu pekerjaan.

Kemudahan kesihatan

Faedah perubatan dan penjagaan kesihatan yang diberikan kepada yang menghadapi sebarang penyakit, kos perubatan akan dibiayai oleh majikan sama ada melalui panel klinik atau hospital yang dilantik majikan.

Kemudahan pinjaman

Pinjaman bagi tujuan membeli kereta, komputer, dan rumah, majikan akan mewujudkan skim pinjaman mudah dengan kadar bunga yang rendah atau sifar kepada pekerja yang memerlukan pinjaman.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Mencarumkan sejumlah wang ke dalam akaun PERKESO pekerja bertujuan untuk melindungi pekerja jika berlaku sebarang kemalangan dan perkara yang tidak diingini semasa menjalankan tugas.

Lima bentuk faedah bukan kewangan yang boleh diberikan oleh majikan kepada pekerjanya:

Hebahan

Mempamerkan nama pekerja yang telah menunjukkan prestasi cemerlang bagi bulan tertentu di suatu tempat khas, misalnya papan kenyataan organisasi.

Sijil kepujian

Suatu bentuk pengiktirafan yang diberi secara bertulis dan rasmi kepada pekerja yang telah menunjukkan prestasi cemerlang seperti anugerah pekerja cemerlang.

Pujian

Diberikan di khalayak ramai sebagai tanda penghargaan majikan terhadap pekerja yang telah menunjukkan prestasi cemerlang.

Autoriti

Pekerja yang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang boleh diberi autoriti tambahan supaya pekerja akan terdorong untuk bekerja dengan lebih gigih.

Kemudahan dan kebajikan

Kebajikan akan diberikan kepada pekerja seperti pakaian seragam, kasut, dan sebagainya mengikut keperluan pekerjaan.

ATAU

(7)

13 Proses pengambilan pekerja yang perlu dilakukan oleh sesebuah organisasi:

Menarik minat

• Aktiviti untuk menarik minat calon yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan.

• Aktiviti menarik minat boleh dilakukan melalui iklan di media cetak atau media elektronik seperti iklan jawatan kosong di surat khabar.

• Temu duga secara terbuka juga boleh dilakukan untuk menarik minat calon.

• Selain itu, organisasi boleh menggunakan agensi pekerjaan awam dan swasta untuk menarik minat calon.

• Institut pengajian tinggi, pusat kemahiran, dan rujukan pekerja juga boleh digunakan untuk menarik calon yang berkelayakan.

• Organisasi perlu memilih kaedah yang sesuai untuk menarik minat calon berdasarkan jenis pekerjaan, tahap keperluan, peruntukkan kewangan yang disediakan, jumlah kekosongan jawatan, dan sebagainya.

Pemilihan

• Pemilihan merujuk kepada proses mengenal pasti calon yang benar-benar berkelayakan untuk mengisi jawatan tersebut.

• Calon-calon yang berminat diperlukan untuk mengisi borang permohonan, menyertakan semakan rujukan, menghadiri temu duga, dan menjalani ujian.

• Setiap jawatan mempunyai kaedah pemilihan yang berbeza.

• Contohnya, bagi jawatan pegawai pemasaran, aspek yang akan diberikan penekanan semasa temu duga ialah cara calon tersebut berkomunikasi.

• Bagi jawatan kawalan kualiti pula, ujian matematik perlu diberikan untuk melihat tahap kecerdasan calon tersebut.

Penawaran kerja

• Penawaran kerja akan diberikan kepada calon yang berjaya semasa proses pemilihan.

• Calon yang berjaya akan dihubungi sama ada melalui panggilan telefon, emel, atau surat.

• Penawaran kerja akan diberikan berserta dengan syarat-syarat perkhidmatan seperti nama jawatan, gaji, kemudahan yang diberikan, tempoh percubaan, tempat bekerja, jangka masa notis berhenti kerja, dan sebagainya.

• Suatu kontrak pekerjaan secara bertulis akan diberikan kepada calon yang berjaya ditawarkan kerja.

Induksi

• Proses memberikan pendedahan berkaitan organisasi kepada pekerja baru.

• Bertujuan untuk memberi pemahaman dan menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat kerja.

• Selain itu untuk menerangkan aspek-aspek penting berkaitan dengan tanggungjawab dan tugas yang perlu dilakukan.

• Antara kandungan program induksi adalah menerangkan tentang latar belakang organisasi, ganjaran dan faedah yang ditawarkan, dan berkenalan dengan pekerja lain termasuk pihak pengurusan.

Referensi

Dokumen terkait

Program kerja (proker) yang dijalankan meliputi program kerja yang berasal dari Subbag Umum (SBU) yaitu Penataan Lab, Inventarisasi Aset BMN, Lomba & Perayaan

Cara Beli dan Pembayaran, berisi penjelasan cara pembelian yang bisa dilayani oleh Jakarta Notebook yaitu pembelian langsung dari toko, cash on delivery (COD), dan pembelian

Berdasarkan hasil penelitian dapat diambil kesimpulan bahwa terdapat pengaruh efikasi diri dan pengetahuan kewirausahaan terhadap minat berwirausaha pada siswa kelas

Dari pernyataan tersebut dapat disimpulkan bahwa Attitude Towards Green Brand adalah selera atau preferensi konsumen terhadap sebuah merek yang dijadikan penilaian

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilakukan, dapat ditarik kesimpulan bahwa terdapat hubungan positif yang signifikan anatara iklim psikologis dan kualitas

[r]

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

Adapun reduksi data dalam penelitian ini adalah peneliti memilih hal-hal pokok mengenai kemampuan guru dalam membuat instrumen penilaian domain afektif padamatapelajaran PKn