• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERTAS KERJA KARNIVAL CETUSAN SENI UKM 2013 TARIKH. 13 Disember 2013 TEMPAT. Panggung Seni (DECTAR) dan Dataran Panggung Seni ANJURAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KERTAS KERJA KARNIVAL CETUSAN SENI UKM 2013 TARIKH. 13 Disember 2013 TEMPAT. Panggung Seni (DECTAR) dan Dataran Panggung Seni ANJURAN"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS KERJA

KARNIVAL CETUSAN SENI UKM 2013

TARIKH 13 Disember 2013

TEMPAT

Panggung Seni (DECTAR) dan Dataran Panggung Seni

ANJURAN Kelab Pengurusan Seni Urusetia ARTISUKMA UKM

DENGAN KERJASAMA

Pusat Kebudayaan Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) UKM dan Pusat Akreditasi Pembelajaran (PAP)

TEMA

“MAHASISWA PEWARIS SENI BUDAYA”

KELAB PENGURUSAN SENI ARTISUKMA

(2)

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon kelulusan bagi mengadakan Karnival Cetusan Seni UKM 2013. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk menjadikan aktiviti kesenian ini sebahagian daripada aktiviti kokurikulum yang melibatkan para pelajar UKM.

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG 2.1 Pengenalan Ringkas Kelab

Urusetia ARTISUKMA merupakan sebuah urus setia yang bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti kesenian samada di dalam dan di luar universiti. Urus setia ini telah wujud sejak tahun 1972 lagi dan mempunyai lebih 40 buah kelab di bawah naungannya. Antaranya adalah Kelab Pengurusan Seni, Kelab Teater Teknikal, Kelab Muzik Kertuk dan Rebana Ubi, Kelab Teater Seni Lakon, Kelab Dikir Barat Tunas Warisan, Kelab Nasyid Firasat Inzar dan banyak lagi.

2.2 Sejarah/Rekod

Program kesenian merupakan program yang dapat membina mahasiswa kreatif, berwawasan dan dinamik. Sesungguhnya selama penubuhan Urusetia ARTISUKMA ini, pelbagai program kesenian telah dijalankan di bawah naungan Pusat Kebudayaan Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM.

Banyak kejayaan yang telah berjaya dilakar sepanjang penubuhan Urusetia ARTISUKMA. Antaranya ialah Johan Pesta Pantun 2009, Juara Keseluruhan Festival Kesenian Universiti-Universiti Malaysia (FestKUM) 2009, Anugerah Perkembangan Budaya Kategori Kebudayaan/Kesenian dan Juara Teater Peringkat MAKUM 2012.

Pada keseluruhannya program kesenian ini bukan sahaja telah berjaya memberi peluang untuk pelajar mengasah bakat masing-masing malah ia juga telah berjaya menaikkan imej dan mengharumkan nama UKM.

2.3 Bagaimana lahirnya idea untuk program ini

Memandangkan kesenian merupakan komponen yang penting dalam cara hidup manusia, maka kepimpinan dalam bidang kesenian patut dibina agar mahasiswa dan mahasiswi dapat memberikan sumbangan positif dan manfaat terhadap universiti. Semoga cita-cita murni UKM tercapai sejajar dengan visi dan misi yang telah didokong selama ini.

(3)

3.0 MISI

Kelab Pengurusan Seni Urusetia ARTISUKMA berharap dengan adanya program ini akan dapat melatih dan memperluaskan lagi kebudayaan serta memartabatkan budaya bangsa. Lagi, ianya juga bertujuan untuk melatih dan melahirkan individu yang berketrampilan, fleksibel dan dinamis. Urusetia ARTISUKMA turut berhasrat penyertaan program seperti ini akan dapat menjadi salah satu cara bagi mencapai misi dan visi Pusat Kebudayaan JPPel, UKM.

4.0 MATLAMAT

4.1 Menjadi badan organisasi pelajar yang menerapkan nilai-nilai kualiti, integrasi dan intelek.

4.2 Menjadi tanda aras bagi semua program yang bakal dianjurkan oleh persatuan- persatuan lain.

4.3 Menerapkan aspek jati diri mahasiswa yang merangkumi khidmat masyarakat, kemahiran komunikasi dan maklumat, pembelajaran sepanjang hayat, beretika, kemahiran pemikiran kritikal, kepimpinan dan kerja berpasukan, kemahiran pengurusan dan keusahawanan dan kemahiran kreatif serta inovatif.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Menilai prestasi amali pelajar-pelajar yang menyertai program-program kesenian.

5.2 Memberi kesedaran kepada mahasiswa/i tentang kepentingan memelihara kesenian warisan bangsa.

5.3 Mengeratkan silaturrahim antara mahasiswa/masyarakat kampus yang berbilang kaum dan mempunyai kebudayaan tersendiri.

5.4 Menggalakkan mahasiswa/i mempelajari dan mendedahkan diri dalam bidang kesenian.

5.5 Merakyatkan seni budaya sambil menjual hasil karya seni.

5.6 Menggalakkan keusahawanan dalam diri mahasiswa.

(4)

6.0 TEMA

“MAHASISWA PEWARIS SENI BUDAYA”

7.0 ANJURAN

Kelab Pengurusan Seni, Urusetia ARTISUKMA UKM dengan kerjasama Pusat Kebudayaan JPPel UKM dan Pusat Akreditasi Pembelajaran.

8.0 TARIKH DAN MASA

Berbagai acara kesenian yang akan dipersembahkan pada hari tersebut seperti Seni Muzik (tradisional dan moden), Seni Lakon, Seni Rupa, Seni Tari dan Seni Silat.

Tarikh : 13 Disember 2013 Masa : 8.00 pagi – 11.00 malam

Tempat : Panggung Seni (DECTAR) dan Dataran Panggung Seni, UKM

9.0 TEMPAT PROGRAM

Pameran Seni Tampak : Dataran Panggung Seni Demonstrasi Seni Mempertahankan Diri : Dataran Panggung Seni

Seni Teater : Panggung Seni

Persembahan Pentas (Muzik & Tarian) : Dataran Panggung Seni

10.0 PUBLISITI

Strategi publisiti :

10.1 Menampal poster-poster dan mengedarkan risalah hebahan 10.2 Media Massa

11.0 CADANGAN PERASMI

11.1 Perasmi Penutup :

Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin Naib Canselor

Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, Selangor.

(5)

12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Peserta dianggarkan 1,500 orang yang terdiri daripada : 12.1 Ahli Kelab Pengurusan Seni Urusetia ARTISUKMA.

12.2 Kelab-kelab dibawah naungan Urusetia ARTISUKMA.

12.3 Terbuka kepada mahasiswa/i UKM.

12.4 Kumpulan Kesenian Tempatan 13.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

14.0 TENTATIF PROGRAM (CADANGAN ATURCARA) Rujuk Lampiran B

15.0 PERINCIAN PROGRAM

Persembahan Pentas

Persembahan dibuat oleh kelab-kelab di bawah ARTISUKMA UKM 2013 mengikut tentatif yang ditetapkan

Pameran gabungan

Kelab-kelab di bawah Seni Tampak akan bergabung untuk mempamerkan hasil pameran masing-masing pada 13 Disember 2013

Jualan Barang Hasil Seni

Jualan barangan kraf tangan dan juga hasil seni pelajar-pelajar seni tampak

16.0 BELANJAWAN Rujuk Lampiran C

(6)

17.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi

Kelab Pengurusan Seni Urusetia ARTISUKMA d/a : Pusat Kebudayaan Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Aras 3, Bangunan DECTAR Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi,

Selangor Darul Ehsan.

18.0 SYOR/PENUTUP

Pelaksanaan projek ini adalah amat penting dalam usaha Pusat Kebudayaan untuk menggalakkan kegiatan kesenian di kalangan mahasiswa. Dengan ini, diharapkan kertas kerja ini akan mendapat kelulusan dari pihak tuan dan bantuan dari segi kewangan. Kami dahului perhatian dan kerjasama yang pihak tuan berikan dengan jutaan ucapan terima kasih dalam memudahkan lagi perlaksanaan rancangan yang telah kami rencanakan.

(7)
(8)

Lampiran A STRUKTUR ORGANISASI

Penaung

Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Binti Syed Hasan Shahabudin Naib Canselor, UKM

Pengerusi

Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. Othman A. Karim

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), UKM Tuan Haji Musa Zainal Abidin Othman

Timbalan Pendaftar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM Penasihat

Y. Bhg. Dato’ Drs. Rafie Hj. Mohammad Ketua Pusat Kebudayaan JPPel, UKM

Timbalan Penasihat Encik Roslan Abd. Salam

Penolong Ketua Pusat Kebudayaan JPPel, UKM

Penyelaras Encik Herman Bin Aziz Pusat Kebudayaan, JPPel, UKM

Ketua Pengarah Muhammad Fahdil Bin Ahmad

FEP / 1 / A143136 0126676910

Timbalan Pengarah

Amanina Yusrina Binti Ahmad Kamal FUU / 1 / A146479

01139863977 Setiausaha

Sharifah Nuruljannah Binti Syed Amran FST / 1 / A146709

0172481428 Bendahari

Ummi Amyra Natasha Binti Azhar FUU /1/ A146704

01112800167

(9)

Pengarah Protokol : Alif Quzaifi Bin Mohd Yusri FEP / 1 / A143110

Pengarah Peralatan : Muhammad Azim Bin Mohd Redzuan FEP / 1 / A143209

Pengarah Teknikal : Mohamad Zulzafri Bin Mohd Kusaini FKAB / 1 / A144122

Pengarah Publisiti Dan Media : Koh Kuan Wei

FSSK / 1 / A145146

Pengarah Cenderamata Dan Penerbitan : Nur Qurratu Aini Binti Md. Arris FKAB / 1 / A143942

Pengarah Latihan : Norhakimah Binti Norhman FST / 1 / A145926

Pengarah Gerai dan Jualan : Nurul Hidayah Binti Jamil FTSM / 1/ A146331

Tugas - Tugas Khas : Siti Aishah Binti Mohamad FSSK / 2 / A140877

Pengarah Jamuan : Khairunnisa’ Binti Asul Kahar FEP / 1 / A143386

Pengarah Pameran : Nurul Nadiyah Binti Muhamat Isa FST / 1 / A 145583

Pengarah Persembahan : Siti Nurhidayah Binti Saleh FEP / 2 / A140773

Pengarah Pakaian : Faezah Binti Mohd Fauzi FST / 1 / A145756

Pengarah Seni Mempertahankan Diri : Muhammad Firdaus Bin Khalid FTSM / 1 / A146401

(10)

Pengarah Seni Pentas Teater : Muhammad Nashriq Bin Mohd Nasir FKAB / 1 / A143973

Pengarah Dekorasi Pentas : Siti Nursyuhada Binti Saleh FEP / 2 / A140840

(11)

Lampiran B

TENTATIF PROGRAM

KARNIVAL CETUSAN SENI UKM 2013 13 DISEMBER 2013

PANGGUNG SENI DAN DATARAN PANGGUNG SENI, UKM

TARIKH MASA PERKARA

13 Disember 2013 Jumaat

8.00 pagi -

10.00 malam Gerai Jualan & Pameran 10.00 pagi -

12.30 t/hari Demonstrasi Seni Tampak 2.00 petang -

6.00 petang Demonstrasi Seni Mempertahankan Diri 6.00 petang –

7.30 petang Raptai Majlis Perasmian 8.00 malam -

9.30 malam

Majlis Perasmian

Karnival Cetusan Seni UKM 2013 9.30 malam -

11.00 malam Persembahan Kesenian

(12)

Lampiran C

ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran perbelanjaan projek ini adalah lebih kurang RM 17,500 di antara lain.

Perkara-perkara yang melibatkan perbelanjaan ialah:

a. Poster dan kain rentang RM 500.00

b. Dekorasi pentas RM 1000.00

c. Penyewaan Khemah RM 1500.00

d. Sijil penghargaan RM 300.00

e. Kad jemputan RM 200.00

f. Jamuan selepas persembahan (500 x RM 4.00) RM 2000.00

g. Peralatan pameran RM 1000.00

h. Runcit RM 500.00

JUMLAH RM 7, 000.00

SUMBER KEWANGAN

JPPel RM 3000.00

Pusat Perkembangan Pelajar RM 2000.00

Pusat kebudayaan RM 2000.00

JUMLAH RM 7, 000.00

Referensi

Dokumen terkait