Jumal Killaballl VI(2000) 160-164
MEr-.;CISLAl\USASIKAN KO!\tU~IKASI "·:\RTA H.M Tuah Iskal/dar, Kuala Lumpur: DBP, 1997, 275 Muka Sural
RM 20.00 ISBN 983-62-5790-X
wi Che Ching @ Abd. wrij*
Keupayaan media baik media cetak alaupun elektronik untuk mempengaruhi seseorang memang sukar dinafikan. Kewujudan media massa sudah mcnjadi semacam satu 'institusi' dalam masyar.tkat lidaklah kClcrla1uan ka1au dikatakan bahawa masyar.tkat banyak bcrgantung kcpada media massa.
Proses Islamisasi. dilihat dari salU segi. mcrupakan salu 'gcrakan' yang mula berkembang apabila masyar.tkal sudah kehilangan jawapan kcpada kemclut yang mclanda masyar..tkal ma...a kini. Pcrsoalan inilah r.lsanya yang cuba dikupas olch penulis buku MellgislamiJasikall KOIlllmikasi "ana. Buku karya H.M Tuah Iskandar ataupun nama scbcnamya Tuan Fadilah Ithnin ini membcrikan kita satu lagi alternatif untuk mclihat inslitusi media dari bca mata Islam. Buku ini dibahagikan kcpada 16 fasal yang sctiap satunya mcnyentuh sudut pandangan Islam bcrsabit isu-isu komunikasi. liga fasa1 atau bab pertama mcnyentuh perkembangan awal konsep atau perkara-perkara yang berkaitan dcngan media. Fa.'ia1 pcrtarna mcnyentuh tcntang kewartawanan dari sudut pandangan Islam. Ini dipcrkukuhkan lagi oleh penulis dengan memetik bcbcrapa ayal Al-Quran dan Hadis Rasullullah S.A.W. Antaranya, .. dall beri/all il/galall (amaran) kepat.la keluargamu yang hampir lellIang a:ab Allah I I (slIralz al-syua 'ara 42:2 J -I) Penulis juga tclah memberikan dcfinisi tcrscndiri tcntang nilai bcrita • (newswonhy) dari perspektif Islam iaitu, berita-bcrita yang diyakini sumbemya, membawa kepada peningkatan ketakwaan dan bcrunsur pendidikan.
• La; CIJ~ Ching @ -Abd. Lalif ialah Tutor Program Komunikasi, S~lolah Sai" Sosial. Uni\·trs;ti Malaysia Sabah.
Ulasall Bllku I Book Rel'iews
Fasal kedua pula menyentuh tentang sejarah awal pcrkembangan media cetak dan bagairnana media tcrscbut dipcralatkan untuk tujuan penyebaran ajaran Krislian. Turut disenluh ialah perkembangan akhbar di Britain dari mula perkembangannya schinggalah ke era memperalatkan wanita dalam media.
Fasal ketiga ialah suatu kesinambungan dari fasal kedua. Fasal ini pula cuba mclihat pcrkcmbangan awal rredia di Tanah Melayu dengan menyentuh kaitannya dengan scjarah dan scmangat kcbangsaan. Penulis turut membuat pendedahan bagaimana usaha Kristianisasi bermula di Tanah Melayu dcngan mcnggunakan media bcrbahasa Mclayu. Pemerihalan dibuat dcngan terperinci berdasarkan bcberapa petikan daripada beberapa makalahl akhbar yang terbit pada zaman tcrsebut.
Fasal keempat pula mengupas taktik yang digunakan oleh golongan pendakwah Kristian (missiollaries) untuk menentang Islam dengan menggunakan media sebagai alat mencapai matlamat tersebut. Falial ini juga membincangkan tcntang kegagalan para wartawan Islam rnenggunakan media untuk mencntang arus gcrakan tersebut. Penulis berpendapat wartawan Islam Icbih ghairah dengan hal yang remeh-terneh.
Dalam fa.c;al kelima penulis membincangkan tuntutanjihad dalam Islam. Apa yang menarik ialah, penulis membincangkanjihad untuk rnenimbangkan kesesuaiannya dengan peranan wartawan. Pada pandangan penulis,jihad dalam Islam perlu bersandarkan kepada panduan berikut: tidak rnelakukan spekulalii rambang, menegakkan kebenaran tanpa rnelihat siapa yang terlibat. mengutamakan Allah lebih daripada rnajikan, tidak rnelakukan penghakiman atau penilaian terhadap sesuatu isu dalam keadaan marah, tidak bersifat talarn dua muka. mengenepikan sesuatu masalah atau hal yang tidak dapat dipac;tikan kebenarannya dan berjuang dengan akhIak yang baik. Persoalan tentang 'Illvestigative Reporting' yang dikatakan sering mencerobohi hak peribadi seseorang turut disentuh oleh penulis dari kaca mala Islam. Bagi penulis misalnya adalah harus hukurnnya membongkar rahsia kezaliman seseorang pemimpin, asalkan tindakan itu tidak menimbulkan atau mcndcdahkan hal-hal peribadi.
Seterusnya penulis membawa pembaca kepada persoalan baru, yakni tentang audien yang mungkin tertipu sekiranya pengamal media tidak mengutamakan etika dan tanggungjawab sosial, sebaliknya cuba berselindung di sebalik formula penulisan berita 5W
+
1 H, piramid terbalikserta molo scperti 'benardcmi kcbcnaran'. Pcnulis mcnjadikan DeFoe yang mula rnempcrkcnalkan akhbar pertamanya di England. Rel'iew pad!
tahun 1702 sebagai fakta kes untuk mengukuhkan lagi pendapalnya. Sebagai jawapan kcpada pcrsoalan yang dilonlarkan dalam fa.c;a] ke enam penulis membincangkan tentang kewartawanan Rasulullah S.A.W dan kewartawanan ghaib (Malaikat dan Jin). Penulis mcndakwa bahawa kewartawanan yang baik, serta sepatutnya diikuti olch pcngamal media ma.'\a kini dan selamanya, ialah kewartawanan pada zaman nabi-nabi, scjak
dan Nabi Adam a.s dan para Nabi serta Rac;ul selepasnya. Kesemua Nabi dan Rac;ul ini hanya mengkhabarkan yang baik-baik sahaja.
Penulis kemudiannya membincangkan akhbardi negara-ncgara Arab. Penulis cuba mencerilakan faktor kcunggulan dan sejarah awal media di negara Arab. Walau bagaimanapun pengenalan media ArJb dalam fa'\al ini mengundang satu klise iaitu "Arab ilU Islam dan Islam ilU Arab", sedangkan dunia Islam sebcnamya adalah Icbih bcsar bcrbanding dunia Arab ilU sendiri.
Fasal kesembilan dan kescpuluh membiearakan pcnjcni~n media ectal
dan penjcnisan artikel. Pcnulis menyentuh tcntang pcnjcnisan media ectal dalam kontch Malaysia. tctapi perbineangan dilakukan sceara rambang sahaja. Ini mcnjadikan fac;al kesembilan dan sepuluh ini fasal yang agak kurang menarik.
Fa'\al ke-l1 mcmbineangkan 'Empat Teori Akhbar' scpcl1i Autorilarian, libertarian, Tanggungjawab Sosial dan Totalitarian. Pcrkara paling menarik ialah penulis dapat mengailkan keempat-empat teori alhbar ini dcngan perspektif Islam. Malah penulis turut menycnluh tcntang bagaimana empat teori akhbar ini dapat di Islamisasikan.
Pcnulis mcnyatakan bahawa pcrgerakan Zioflis (Yall/"/i) adalah satu gcrakan yang terancang untuk mcnghapuskan Islam dari muka bumi ini. Penulis membincangkan dcngan panjang lcbar tcntang pcrgcr.u.:an ini yang menggariskan 24 protokol untuk mcnawan dunia. Protokol kclapan mcrupakan protokol khusus bersabit agenda untuk mcnguasai dunia mclalui pcnguac;aan media. Gerakan Frf.'e"Ul.'iU1l yang mcmpunyai mallamat sarna sepcrti gerakan ZiOllis turut disentuh. Paling penting penulis cuba mengingatkan pcngamal media tcntang ancaman yang dikatakan agak kelara ini.
Ulasan Bub I Book R~vi~ws
Fasal ke-13 hingga ke-16 dapatlah dikatakan sebagai persediaan yang pada pandangan penulis amat perlu ada pada seseorang pengamaI media yang bcragama Islam. yakni scbagai persediaan untuk berhadapan dengan ancaman protokol kelapan gerakan Ziollis. Fasal ke-13 membincangkan
tentang empat unsur ulama yang perlu ada dalam diri seorang wartawan Islam. Unsur-unsurtcrscbut ialah. memiliki sifat kehambaan. sifat seorang pemcrhati dan pemikirdan mempunyaijiwa pendakwah. Diajuga harus bcrtindak scbagai penyuluh diri dan suasana.
Fac;al ke-14 pula diberi tajuk 'Formula Penulisan Islam'. Penulis memajukan beberapa gaya penulisan yang berbeza daripada gaya penulisan konvensional. Pada pandangan penulis. gaya penulisan seperti piramid menegak. piramid kembar. piramid kembar terbalik. piramid menegak kembar dan piramid terbalik kembar menegak dapat melahirkan tulisan-tulisan yang mcngusik jiwa dan mengetuk pintu hati man usia. Keupayaan penulis mclahirkan formula-formula penulisan barn ini sangat sesuai dengan apa yang dikatakan oleh penulis itu sendiri bahawa pembentukan formula ini adalah bagi memudahkan proses tarbiah dalam pemberitaan dan penulisan.
Apa jua profcsion memerlukan kod etika Lapangan jurnalisme juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Setiap negara mempunyai kod etika kewartawanannya sendiri. Hal inilah yang cuba dibincangkan oleh penulis daIam Fao;a) ke-15. Penulis turut membincangkan kod etika kewartawanan di Malaysia dan kckangan-kekangan yang wujud seperti beberapa akta yang bcrkaitan: Akta Mcsin Cetak 1948. Akta Keselamatan daIam Negeri 1960 (sekadar menyebut beberapa akta). Akhir sekali penulis turut mcncadangkan kod etika kewartawanan Islam.
Tidak cukup dengan membicarakan kod etika kewartawanan Islam. penulis menambah satu lagi bab (Fasal ke-16) yang menyentuh tentang beberapa peringatan AI-Quran terhadap wartawan. Antara petikan ayat AI-Quran ialah seperti Surah AI-Anfal. 8: 15 yang menyeru agar seseorang illl menyerang balas apabila diserang. Dalam kes ini. konteksnya ialah pemng pena (media). Hukum mengha<;ut, perbuatan munafik (menganjurkan perbuatan mungkardan maksiat). hiburan dalam kewartawanan Rasulullah dan pembohongan datam pemberitaan adalah antara beberapa perkara yang disentuh dan dikaitkan oleh penulis dengan peringatan AI-Quran tcrhadap golongan wartawan.
Ulasan Buku / Book Reviews
Seeara keseluruhannya, buku ini am at sesuai dibaea olch scmua yang herminat tentang operasi media (khususnya media cetak) dan bagaimanakah proses Islamisasi boleh dilakukan terhadap media terscbut.
Selain itu, penulis juga (sengaja atau tidak) meninggalkan beberapa pcrsoaJan yang agak menarik untuk dijawab atau untuk dijadikan sebagai tajuk penyelidikan. Antaranya ialah pembentukan pcnulisan Islam yang dicadangkannya. Selama ini kebanyakan kursus penulisan khususnya 'penulisan dan pemberitaan' banyak menggunakan pendckatan piramid lerbalik. Oleh itu sangatlah sesuai persoalan formula penulisan Islam ini dijadikan sebagai tajuk penyelidikan.
Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa perkara yang agak 'mencacatkan' kandungan buku ini. Misalnya sejarah awal media di Britain tidak dibincangkan dengan lebih terperinci. Sebaliknya dapat dirasakan perbincangan tersebut lcbih tertumpu kepada pengalaman peribadi penulis sendiri. Fa~ kesembilan dan kesepuluh yang mcnjcniskan media eetak dan penulisan sebenamya tidaklah begitu penting untuk dimasukkan. Pcrbincangan media awal di lanah Arab dan usaha untuk menunjukkan bahawa media Arab itu sebagai media Islam yang baikjuga lidak begitu meyakinkan pembaca. Sebaiknya jika penulis dapal membincangkan wajah sebenar media Islam dan rnenjadikan kritcria tcrscbut sebagai kayu ukur dan diikuti dengan perbincangan beberapa media daripada beberapa buah negara diluar wilayah Arab, maka pandangan klise "Arab itu Islam dan Islam itu Arab", mungkin dapat diclakkan.