• Tidak ada hasil yang ditemukan

LANGKAH-LANGKAH PERLU PERSEDIAAN PEMBUKAAN SESI PERSEKOLAHAN 2017 ( Ringkasan Eksekutif )

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LANGKAH-LANGKAH PERLU PERSEDIAAN PEMBUKAAN SESI PERSEKOLAHAN 2017 ( Ringkasan Eksekutif )"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

LANGKAH-LANGKAH PERLU

PERSEDIAAN PEMBUKAAN SESI PERSEKOLAHAN 2017 ( Ringkasan Eksekutif )

1 Tiada Kutipan Bayaran Awal Tahun

Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 4 Tahun 2011 - Garis Panduan Kutipan / Bayaran Keperluan Persekolahan Murid Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan

2 Oleh itu, murid-murid hanya perlu menyediakan keperluan asas persekolahan seperti yang disenaraikan sahaja sewaktu mendaftar atau memulakan sesi persekolahan.

(a) Pakaian seragam sekolah (b) Buku latihan

(c) Peralatan teknikal dan pendidikan seni (d) Alat tulis

(e) Lencana (f) Tag nama

3 Bayaran Berkaitan Persekolahan

3.1 Pembelian keperluan lain yang disediakan oleh pihak sekolah sama ada di koperasi / kedai buku sekolah adalah atas pilihan ibu bapa. Sekiranya mereka memilih untuk mendapatkan keperluan tersebut dari koperasi / kedai buku sekolah, ibu bapa hendaklah membuat urusan terus dengan koperasi / kedai buku tersebut.

3.2 Keperluan yang disediakan oleh pihak sekolah bagi tujuan penyeragaman, kekemasan diri murid dan identiti sekolah, maka pihak sekolah hendaklah menentukan kaedah perolehan dan pembayarannya supaya tidak membebankan ibu bapa.

4 Bayaran Asrama

4.1 Yuran Makan Asrama (Surat Bahagian Kewangan, KP(BKEW/BT)1800/DJld.3(33) bertarikh 11 November 2009)

Mulai tahun 2010, Yuran Makan Asrama sebanyak RM 1.00 kekal dikenakan kepada ibu dan bapa / penjaga murid dengan pendapatan berjumlah RM 4,999.00 sebulan dan ke bawah. Bagi ibu bapa / penjaga murid berpendapatan RM 5,000.00 sebulan dan ke atas, mereka dikenakan bayaran Yuran Makan Asrama sebanyak RM 3.00 sehari.

4.2 Murid asrama Sekolah Pendidikan Khas, Murid Orang Asli, PPRT, Asrama Desa, asrama sekolah di negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kekal dikecualikan daripada membayar Yuran makan Asrama.

4.3 Bayaran Yuran Makan Asrama boleh dijelaskan secara berperingkat mengikut penggal persekolahan tahun semasa.

(2)

4.4 Wang Cagaran Asrama dan Yuran Kebajikan Murid Asrama telah dimansuhkan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11 Tahun 2011 – Pemansuhan Bayaran Tambahan Persekolahan Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan bertarikh 3 November 2011.

5 Majalah sekolah

5.1 Pembelian majalah sekolah adalah seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 8(2)(d), Peraturan-peraturan Pendidikan (Majalah Sekolah Dan Bahan Multi Media) 1998.

5.2 Pihak sekolah hanya dibenarkan mengutip bayaran bagi sebuah majalah sahaja untuk satu keluarga, bukan setiap anak dalam satu keluarga di sekolah yang sama.

5.3 Murid-murid tidak boleh dipaksa untuk membeli majalah sekolah. 6 Kutipan Sumbangan PIBG Selepas Mendapat Kelulusan Pendaftar

6.1 Sumbangan PIBG adalah seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 5(4) Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa – Guru) 1998.

6.2 Pihak sekolah perlu menghantar pemohonan kutipan sumbangan dalam masa 2 minggu selepas Mesyuarat Agung. Manakala proses kelulusan akan dilakukan dalam masa 2 minggu.

7 Kadar Sumbangan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung PIBG (berdasarkan kepada INSTRUMEN PENILAIAN (IP–PIBG) KPM) dan hendaklah munasabah dan tidak membebankan ibu bapa.

7.1 Kutipan Sumbangan PIBG hendaklah dimaklumkan kepada Pendaftar dan perlu membuka akaun bank.

7.2 Penggunaan wang PIBG mengikut peraturan sedia ada persatuan yang diluluskan dalam mesyuarat dan perlu mendapat kebenaran Pendaftar. 7.3 PIBG membelanjakan wang bagi perkara-perkara yang mendatangkan

faedah kepada murid seperti program kecemerlangan, pasarana dan kemenjadian murid.

8 Hari Pertama Persekolahan

8.1 Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan beberapa surat pekeliling untuk panduan pengurus sekolah bagi mengendalikan perhimpunan mingguan.

(a) Surat Pekeliling Am Bil. 23/1966 (b) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1975 (c) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1975 (d) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1984

(3)

8.2 SPI 4/1984 Perkara 3.2.2 – Perhimpunan sekolah hendaklah dijalankan dengan ringkas dan tidak mengambil masa yang berlarutan. Sehubungan itu, proses Pembelajaran dan Pengajaran sesi pagi bermula pada masa kedua.

9 Pengesahan Maklumat Online

9.1 Kehadiran murid dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

KPM akan menjalankan pemantauan secara online bermula pada hari pertama persekolahan. Semua Pengetua dan Guru Besar perlu memastikan pengisian data kehadiran murid dalam APDM dikemaskini dan dilengkapkan pada pukul 9.00 pagi (sesi pagi) dan 2.30 petang ( sesi petang) setiap hari. 9.2 Keberadaan Guru Dalam e-Operasi

Semua Pengetua dan Guru Besar juga perlu memastikan keberadaan guru di sekolah masing-masing pada setiap hari. Keberadaan Guru juga perlu diisi dalam e-Operasi bermula pada hari pertama sesi persekolahan 2017. 9.3 Kemas Kini Profil Guru Dan AKP Dalam e-Operasi

Semua Pengetua dan Guru Besar juga perlu memastikan pengisian lengkap sepenuhnya profil guru dan AKP dalam pengisian data di atas talian e-Operasi.

10 Pendaftaran Murid

10.1 Penyemakan Sijil Lahir asal setiap murid yang mendaftar di sekolah perlu dilakukan dengan teliti bagi menentukan taraf sah kewarganegaraan murid berkenaan.

10.2 Penentuan taraf sah kewarnegaraan hendaklah merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2009 - Kemasukan Kanak-kanak Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen Ke Sekolah:

(a) Pastikan tiada Murid Bukan Warganegara (MBW) yang mendaftar di sekolah tanpa kelulusan Pendaftar. Setiap MBW mestilah terlebih dahulu mendapat kelulusan Pendaftar.

(b) Pendaftaran MBW akan bermula pada minggu kedua Januari 2017 (Surat Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPMSP.800-1/1/3(61). Adalah dinasihatkan agar arahan tarikh pendaftaran ini dipatuhi oleh

mereka yang terbabit.

(c) Perakuan rawatan hospital MBW perlu menyatakan dengan jelas taraf kewarganegaraan murid.

(4)

10.3 Pendaftaran Murid Ikut Kohort Umur (Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1998 bertarikh 7 Mei 1998)

Dimohon pihak sekolah agar membuat semakan dengan teliti tarikh lahir murid di sekolah masing-masing. Pastikan ikut kohot umur yang telah ditetapkan agar tidak timbul isu pada masa akan datang terutamanya apabila tiba masa pendaftaran peperiksaan awam.

10.4 Penempatan Murid Tahun 6 ke Peralihan atau Tingkatan 1

(a) Murid-murid yang dikecualikan ke kelas Peralihan perlu mematuhi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 17 Tahun 2016 bertarikh 30 November 2016.

(b) Pihak sekolah perlu melaksanakan proses penempatan murid ke Sekolah-sekolah Menengah Harian berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

11 Hari Pendaftaran Sekolah

Hari Pendaftaran Sekolah ditetapkan pada 29 Disember 2016. Namun, pengecualian diberikan kepada sekolah yang mempunyai asrama.

12 Penghantaran Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2016

12.1 Sekolah dikehendaki mengemukakan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi tujuan semakan pada atau sebelum 31 Januari 2017

12.2 Penyata Kewangan yang telah disemak diperingkat PPD hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Audit Sekolah tidak lewat dari 31 Mac 2017 12.3 Kegagalan sekolah menghantar mengikut tarikh yang ditetapkan akan

menyebabkan sekolah menerima ‘Sijil Audit Berteguran’ 13 Isu Lebihan Bayaran Gaji dan Elaun

Semua PGB diingatkan supaya membuat semakan Payroll Master Listing secara bulanan bagi mengelakkan berlaku lebihan bayaran gaji dan elaun terutama melibatkan pegawai-pegawai berikut:

(a) Pegawai Berpencen / Berhenti, (b) Pegawai Bercuti Tanpa Gaji, dan

(c) Pegawai Bercuti Bersalin melebihi kelayakan

 Tindakan pembetulan perlu diambil segera supaya tiada kes lebihan bayaran gaji dan elaun berlaku bagi tahun 2017

 Tindakan tatatertib atau surcaj boleh dikenakan sekiranya berlaku kecuaian dan kegagalan pengurusan

(5)

14 Pengurusan Akademik

14.1 Jadual Waktu pengajaran dan pembelajaran disediakan mengikut SPI Bil 7/2016 (Prasekolah), SPI Bil 8/2016 (SR) dan SPI Bil 9/2016 (SM) sebelum sesi persekolahan bermula.

14.2 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) hendaklah disediakan oleh semua guru untuk mata pelajaran masing-masing dengan mengambil kira takwim dan aktiviti persekolahan.

14.3 Problem Based Learning atau Project Based Lerning perlu dirancang dan dimasukkan dalam RPT dengan jelas seperti yang dihasratkan dalam KSSR dan KSSM.

14.4 Rancangan Pelajaran Harian (RPH) disediakan berdasarkan RPT dengan memenuhi panduan penulisan yang ditetapkan dan SPI Bil 3/1999. RPH perlu dibawa bersama semasa pengajaran dan sedia dikemukakan apabila diperlukan.

14.5 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan / atau Huraian Sukatan Pelajaran perlu dibawa semasa pengajaran dan sedia untuk dikemukakan apabila diperlukan.

14.6 Murid yang pindah masuk perlu mengemukakan dokumen-dokumen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu Pentaksiran Pusat (jika berkaitan), Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik dan PAJSK yang lengkap dari sekolah asal. Adalah menjadi tanggungjawab sekolah asal untuk menyediakan dokumen-dokumen ini dengan lengkap.

14.7 Program Transisi dan Guru Penyayang perlu dilaksanakan seperti yang ditetapkan iaitu tiga (3) minggu pertama di sekolah rendah (SR) dan dari awal Januari hingga Mac di sekolah murid orang asli (SMOA).

14.8 Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang dengan teratur mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memastikan kualiti dan integriti pentaksiran tersebut.

14.9 Perancangan pembangunan akademik sekolah disediakan berdasarkan data-data yang berkaitan seperti head-count, pencapaian dalam PBS, LINUS dan lain-lain data berkaitan.

15 Pengurusan Hal Ehwal Murid

15.1 Unit Asrama: Pendaftaran masuk ke asrama tahun 2017 adalah pada 31 Disember 2016. Tindakan pengurusan asrama:

(a) Menyambut penghuni asrama terutamanya penghuni baru

(6)

(c) Memastikan keperluan asas iaitu satu katil, tilam, bantal dan almari mencukupi untuk setiap penghuni asrama

(d) Menyediakan makan malam

15.2 Unit Dispilin: Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) wajib key-in kehadiran murid dalam APDM pada hari pertama persekolahan 2017 (a) Sekolah 1 Sesi : Sebelum pukul 9.00 pagi

(b) Sekolah 2 Sesi : Sebelum pukul 2.30 petang (sesi petang)

15.3 Unit Kebajikan: Sekolah yang terlibat dengan agihan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) perlu melaksanakan seawal sesi persekolahan bermula seperti:

(a) Bekalan makanan mengikut menu RMT seperti dalam Pekeliling Bil. 2 Tahun 2016.

(b) RMT dilaksanakan sebelum sesi pembelajaran atau waktu rehat (10.00 pagi)

(c) Pegawai yang membuat Pemantauan Awal Tahun dapat membantu memastikan RMT dilaksanakan

15.4 Unit SPBT: Pengagihan buku dibuat sebelum sesi persekolahan bermula. (a) Memastikan bekalan buku yang diterima oleh pihak Sekolah adalah

sama seperti dalam borang Sijil Akuan Penerimaan (SAP)

(b) Memastikan semua murid telah mendapat pinjaman buku walaupun tidak lengkap sebelum sesi persekolahan bermula

(c) Semasa taklimat agihan buku Peringkat Daerah dan Negeri pihak sekolah boleh mendapatkan bekalan buku yang kurang dari sekolah yang mempunyai lebihan buku-buku tersebut.

(d) Kenal pasti buku-buku yang rosak untuk proses pelupusan dan membuat permohonan buku baru.

15.5 Modul Pengurusan Murid - Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM)

(a) Modul Pengurusan Murid ialah pengkalan data tunggal digunakan oleh semua aplikasi berasaskan data murid.

(b) Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Modul ini dijadikan repositori data murid dalam inisiatif #43 Pembangunan Repositori Data (c) Pembukaan sekolah 2017, semua sekolah diminta:

(7)

(i) Menetapkan kelas mengikut aliran, bidang dan jenis kelas yang diluluskan

(ii) Melaksanakan pemindahan murid ke kelas yang sebenar 2017 (iii) Memastikan enrolmen murid adalah tepat dan betul

(iv) Memastikan setiap maklumat dalam medan-medan yang terdapat dalam APDM lengkap dan betul

(v) Memastikan setiap taraf kewarganegaraan, kaum, agama dan jantina murid adalah tepat mengikut dokumen

(vi) Memastikan setiap maklumat ibubapa dan penjaga diisi dan dikemaskini

(vii) Memastikan setiap murid dibuat ketetapan subjek yang diambil berdasarkan guru subjek yang mengajar subjek berkenaan

15.6 PENGESAHAN DATA DAN MAKLUMAT DILAKSANAKAN SEBELUM 15 JANUARI 2017. Kegagalan melaksanakan pengemaskinian ini akan menyebabkan penggunaan data oleh APLIKASI-APLIKASI LAIN (APB, KWAMP, DAFTAR PEPERIKSAAN, PERMOHONAN ASRAMA PENUH, PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN akan terganggu)

Referensi

Dokumen terkait

Pengumpulan data dilakukan dengan kuisioner terdiri dari empat kategori yang terdiri dari: (1) Ketersedian koleksi untuk kebutuhan pengguna yang terdiri dari 5 pertanyaan (2)

salah satu jawabannya adalah bahwa Allah Ta’ala telah memperingatkan di dalam Al Quran Al Karim kepada orang-orang yang beriman tentang neraka ini dan hendaknya

Di dalam proses belajar setiap individu dididik secara holistik dalam bidang intelektual, fisik dan sosial agar dapat terbentuk sebagai individu yang tangguh dan

Telah di buat alat penghitung jumlah barang menggunakan 2 sensor LDR sebagai inputnya, jika sensor B dihalangi terlebih dahulu dari cahaya yang menyorot pada

Suap menyuap sangat berbahaya bagi kehidupan masyarakat karena akan merusak berbagai tatanan atas sistem yang ada di dalam masyarakat,dan menyebabkan terjadinya

Pihak sekolah seringkali mengajak anak-anak beserta keluarga nya untuk mengikuti kegiatan outbond. Kegiatan ini dilakukan secara serentak dari kelas 1 sampai kelas 6

Program Studi S1 Akuntansi menyelenggarakan 6 pilihan bidang kajian, disesuaikan dengan kebutuhan dunia kerja dalam profesi akuntan dan lingkup sertifikasi akuntansi baik