• Tidak ada hasil yang ditemukan

LANGKAH-LANGKAH PERLU PERSEDIAAN PEMBUKAAN SEKOLAH 2017

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LANGKAH-LANGKAH PERLU PERSEDIAAN PEMBUKAAN SEKOLAH 2017"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

LANGKAH-LANGKAH PERLU

PERSEDIAAN PEMBUKAAN SEKOLAH 2017 A SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

1 Tiada Kutipan Bayaran Awal Tahun

1.1 Pemansuhan bayaran tambahan telah berkuatkuasa mulai sesi persekolahan 2012 lagi. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11 Tahun 2011 – Pemansuhan Bayaran Tambahan Persekolahan Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan bertarikh 3 November 2011.

1.2 Walaupun, SPI 11/2011 jelas menggariskan bayaran-bayaran yang dibenarkan mengikut peruntukan Akta Pendidikan 1996 dan surat siaran berkaitan (Para 3 dan Lampiran B), namun masih terdapat sekolah yang membuat kutipan bayaran persekolahan di luar kebenaran berkenaan. 1.3 Oleh itu, Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 4

Tahun 2011 - Garis Panduan Kutipan / Bayaran Keperluan Persekolahan Murid Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan telah dikeluarkan. Surat siaran ini jelas disediakan bertujuan memudahkan pihak sekolah mengendalikan kutipan / bayaran keperluan persekolahan murid. 2 Bayaran Berkaitan Persekolahan (Surat Siaran Kementerian Pendidikan

Malaysia Bilangan 4 Tahun 2011 : Garis Panduan Kutipan / Bayaran Keperluan Persekolahan Murid Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan ) 2.1 Keperluan Asas Persekolahan

(a) Pakaian seragam sekolah (b) Buku latihan

(c) Peralatan teknikal dan pendidikan seni (d) Alat tulis

(e) Lencana (f) Tag nama

Oleh itu, murid-murid hanya perlu menyediakan keperluan asas persekolahan seperti yang disenaraikan di atas sahaja sewaktu mendaftar atau memulakan sesi persekolahan.

(2)

2.2.1 Pembelian keperluan lain yang disediakan oleh pihak sekolah sama ada di koperasi / kedai buku sekolah adalah atas pilihan ibu bapa. Sekiranya mereka memilih untuk mendapatkan keperluan tersebut dari koperasi / kedai buku sekolah, ibu bapa hendaklah membuat urusan terus dengan koperasi / kedai buku tersebut. 2.2.2 Keperluan yang disediakan oleh pihak sekolah bagi tujuan

penyeragaman, kekemasan diri murid dan identiti sekolah, maka pihak sekolah hendaklah menentukan kaedah perolehan dan pembayarannya supaya tidak membebankan ibu bapa.

2.3 Bayaran Asrama

2.3.1 Yuran Makan Asrama

Mulai tahun 2010, Yuran Makan Asrama sebanyak RM 1.00 kekal dikenakan kepada ibu dan bapa / penjaga murid dengan pendapatan berjumlah RM 4,999.00 sebulan dan ke bawah. Bagi ibu bapa / penjaga murid berpendapatan RM 5,000.00 sebulan dan ke atas, mereka dikenakan bayaran Yuran Makan Asrama sebanyak RM 3.00 sehari.

2.3.2 Murid asrama Sekolah Pendidikan Khas, Murid Orang Asli, PPRT, Asrama Desa, asrama sekolah di negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kekal dikecualikan daripada membayar Yuran makan Asrama.

(Surat Bahagian Kewangan, KP(BKEW/BT)1800/DJld.3(33) bertarikh 11 November 2009)

2.3.3 Bayaran Yuran Makan Asrama boleh dijelaskan secara berperingkat mengikut penggal persekolahan tahun semasa. 2.3.4 Wang Cagaran Asrama dan Yuran Kebajikan Murid Asrama telah

dimansuhkan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11 Tahun 2011 – Pemansuhan Bayaran Tambahan Persekolahan Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan bertarikh 3 November 2011.

2.4 Majalah sekolah

2.4.1 Pembelian majalah sekolah adalah seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 8(2)(d), Peraturan-peraturan Pendidikan (Majalah Sekolah Dan Bahan Multi Media) 1998.

2.4.2 Pihak sekolah hanya dibenarkan mengutip bayaran bagi sebuah majalah sahaja untuk satu keluarga, bukan setiap anak dalam satu keluarga di sekolah yang sama.

2.4.3 Murid-murid tidak boleh dipaksa untuk membeli majalah sekolah. 3 Kutipan Sumbangan PIBG Selepas Mendapat Kelulusan Pendaftar

(3)

3.1 Sumbangan PIBG adalah seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 5(4) Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa – Guru) 1998. 3.2 Pihak sekolah perlu menghantar pemohonan kutipan sumbangan dalam masa 2 minggu selepas Mesyuarat Agung. Manakala proses kelulusan akan dilakukan dalam masa 2 minggu.

4 Kadar Sumbangan Dibincangkan dalam Mesyuarat Agung PIBG (berdasarkan kepada INSTRUMEN PENILAIAN (IP - PIBG) Kementerian Pendidikan Malaysia)

4.1 Kadar sumbangan adalah ditetapkan setelah mendapat persetujuan MesyuaratAgung PIBG. Kadar sumbangan tersebut hendaklah munasabah dan tidak membebankan ibu bapa.

(a) Kutipan Sumbangan PIBG hendaklah dimaklumkan kepada Pendaftar.

(b) Penggunaan wang PIBG mengikut peraturan sedia ada persatuan yang diluluskan dalam mesyuarat dan perlu mendapat kebenaran Pendaftar.

(c) PIBG membelanjakan wang PIBG bagi perkara-perkara yang

mendatangkan faedah kepada murid seperti program

kecemerlangan, pasarana dan kemenjadian murid. (d) PIBG perlu membuka akaun bank.

4.2 Pelaporan Kewangan PIBG perlulah dilaksanakan dan bukti ditunjukkan di dalam Minit Mesyuarat Agung iaitu :

(a) Laporan Kewangan dibentang dan diedar dalam mesyuarat AJK PIBG..

(b) Laporan Kewangan dibentang oleh Bendahari PIBG dalam mesyuarat AJK & Mesyuarat Agung PIBG.

(c) Laporan Kewangan disahkan oleh Juru Audit Dalaman dan ditandatangani oleh YDP PIBG.

(4)

5.1 Perhimpunan mingguan sekolah merupakan agenda pendidikan yang wajib dilaksanakan oleh semua pemimpin sekolah. Kewajiban menjadikan perhimpunan sekolah sebagai agenda mingguan yang perlu dimasukkan dalam jadual waktu persekolahan telah menjadikan ianya perlu diurus secara professional.

5.2 Prosedur dan arahan daripada KPM telah dikeluarkan untuk memperjelas pengurusan perhimpunan mingguan sekolah supaya lebih berobjektif dan efektif. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan beberapa surat pekeliling untuk panduan pengurus sekolah bagi mengendalikan perhimpunan mingguan.

(a) Surat Pekeliling Am Bil. 23/1966 (b) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1975 (c) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1975 (d) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1984 5.3 Perhimpunan Sekolah :

SPI 4/1984 Perkara 3.2.2 : Perhimpunan sekolah hendaklah dijalankan dengan ringkas dan tidak mengambil masa yang berlarutan.

Sehubungan itu, proses PdP sesi pagi bermula pada masa kedua. 6 Pengesahan Maklumat Online

6.1 Kehadiran murid dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

KPM akan menjalankan pemantauan secara online bermula pada hari pertama persekolahan. Semua Pengetua dan Guru Besar perlu memastikan pengisian data kehadiran murid dalam APDM dikemaskini dan dilengkapkan pada pukul 9.00 pagi (sesi pagi) dan 3.00 petang ( sesi petang) setiap hari.

6.2 Keberadaan Guru Dalam e-Operasi

Semua Pengetua dan Guru Besar juga perlu memastikan keberadaan guru di sekolah masing-masing pada setiap hari. Keberadaan Guru juga perlu diisi dalam e-Operasi bermula pada hari pertama sesi persekolahan 2017. 6.3 Kemas Kini Profil Guru Dan AKP Dalam e-Operasi

Semua Pengetua dan Guru Besar juga perlu memastikan pengisian lengkap sepenuhnya profil guru dan AKP dalam pengisian data di atas talian e-Operasi.

(5)

7 Pendaftaran Murid

7.1 Penyemakan Sijil Lahir asal setiap murid yang mendaftar di sekolah perlu dilakukan dengan teliti bagi menentukan taraf sah kewarganegaraan murid berkenaan.

7.2 Penentuan taraf sah kewarnegaraan hendaklah merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2009 - Kemasukan Kanak-kanak Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen Ke Sekolah:

(a) Pastikan tiada Murid Bukan Warganegara (MBW) yang mendaftar di sekolah tanpa kelulusan Pendaftar. Setiap MBW mestilah terlebih dahulu mendapat kelulusan Pendaftar.

(6)

(b) Pendaftaran MBW akan bermula pada minggu kedua Januari 2017. Adalah dinasihatkan agar arahan tarikh pendaftaran ini dipatuhi oleh mereka yang terbabit.

(c) Perakuan rawatan hospital MBW perlu menyatakan dengan jelas taraf kewarganegaraan murid.

7.3 Pendaftaran Murid Ikut Kohort Umur (Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1998 bertarikh 7 Mei 1998)

Dimohon pihak sekolah agar membuat semakan dengan teliti tarikh lahir murid di sekolah masing-masing. Pastikan ikut kohot umur yang telah ditetapkan agar tidak timbul isu pada masa akan datang terutamanya apabila tiba masa pendaftaran peperiksaan awam.

7.4 Penempatan Murid Tahun 6 ke Peralihan atau Tingkatan 1

7.4.1 Murid-murid yang dikecualikan ke kelas Peralihan perlu mematuhi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 17 Tahun 2016 – Kemasukan Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanpa Melalui Kelas Peralihan Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2017 bertarikh 30 November 2016. 7.4.2 Pihak sekolah perlu melaksanakan proses penempatan murid ke Sekolah-sekolah Menengah Harian berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

8 Hari Pendaftaran Sekolah

Hari Pendaftaran Sekolah ditetapkan pada 29 Disember 2016. Namun, pengecualian diberikan kepada sekolah yang mempunyai asrama.

9 Menyambut kehadiran murid

9.1 Program ini bertujuan untuk menerapkan amalan penyayang dalam kalangan guru bagi melahirkan murid-murid yang berketrampilan, dan berakhlak mulia. Program ini juga diharap dapat membendung salah laku dalam kalangan mereka.

9.2 Program Sekolah Penyayang diharapkan agar dapat diteruskan di setiap sekolah. Sesungguhnya program ini mempunyai impak yang besar kepada murid. Kemesraan yang dipancarkan oleh guru ketika menyambut ketibaan murid dapat meningkatkan keyakinan murid dan ibu bapa terhadap sekolah.

(7)

(a) Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru

(b) Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah

(c) Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah

(d) Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah

10 Pastikan Sekolah Bersedia Untuk Memulakan Hari Pertama Persekolahan. Iklim pembelajaran yang kondusif merupakan prasyarat bagi kelangsungan aktiviti pembelajaran yang dinamis, kreatif dan produktif. Adalah diharapkan agar guru-guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, bersih, selamat dan merangsang pelajar ke tahap pembelajaran maksimum seawalnya hari pertama persekolahan.

11 Pengawal Keselamatan Sekolah Berinformatif

PGB adalah diingatkan agar sentiasa memastikan Pengawal Keselamatan Sekolah sentiasa berinformatif. Para Pengawal Keselamatan Sekolah juga dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan.

12 Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat

Merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1985 – Penubuhan Jawatankuasa Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat

12.1 Antara kandungan SPI Bil 4/1985 :

(a) Konsep, strategi dan pendekatan sekolah sebagai institusi masyarakat

(b) Pelibatan sekolah dalam bandar (c) Pelibatan sekolah luar bandar

(d) Pelibatan agensi kerajaan dan swasta (e) Panduan pelaksanaan

12.2 Pelibatan bersama di antara sekolah dengan masyarakat adalah dicadangkan seperti berikut :

(a) Pelibatan diri secara langsung

(b) Pelibatan dengan memberi sumbangan material dan kepakaran (c) Menjadikan sekolah sebagai suatu pusat aktiviti masyarakat dan agen

perubahan

(d) Memikirkan cara untuk meningkatkan mutu pembelajaran di sekolah (e) Mengadakan bantuan / khidmat sosial oleh sekolah kepada

masyarakat

12.3 Hubungan antara sekolah dan masyarakat haruslah bersifat dua hala. 16 Takwim 2017

(8)

Adalah diharapkan setiap sekolah telah menyediakan takwim 2017. Setiap sekolah layak memohon 4 hari cuti peristiwa yang ditetapkan hanya kepada aktiviti sekolah sahaja.

17 Pemantauan awal tahun oleh JNJK

Sekolah terlibat diminta bersedia mengikut item-item yang ditetapkan dalam intrumen pemantauan JNJK.

B SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

1 Semua Pengetua dan Guru Besar dimohon agar memastikan keperluan touch

point (1 pelajar; 1 kerusi; 1 meja) adalah mencukupi.

2 Memandangkan tiada peruntukan perabot dan peralatan gantian di bawah OS35000 yang diturunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2016, Pejabat Pendidikan Daerah adalah dinasihatkan agar melihat semula peruntukan touch point bagi tahun 2017 yang telah diberikan untuk dibuat penjajaran semula kepada sekolah yang berkeperluan.

3 Penghantaran Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2016 (a) Sekolah dikehendaki mengemukakan Penyata Kewangan Tahunan

Sekolah ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi tujuan semakan pada atau sebelum 31 Januari 2017

(b) Penyata Kewangan yang telah disemak diperingkat PPD hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Audit Sekolah tidak lewat dari 31 Mac 2017 (c) Kegagalan sekolah menghantar mengikut tarikh yang ditetapkan akan

menyebabkan sekolah menerima ‘Sijil Audit Berteguran’ 4 Isu Lebihan Bayaran Gaji dan Elaun

Semua PGB diingatkan supaya membuat semakan Payroll Master Listing secara bulanan bagi mengelakkan berlaku lebihan bayaran gaji dan elaun terutama melibatkan pegawai-pegawai berikut:

(a) Pegawai Berpencen / Berhenti, (b) Pegawai Bercuti Tanpa Gaji, dan

(c) Pegawai Bercuti Bersalin melebihi kelayakan

 Tindakan pembetulan perlu diambil segera supaya tiada kes lebihan bayaran gaji dan elaun berlaku bagi tahun 2017

(9)

 Tindakan tatatertib atau surcaj boleh dikenakan sekiranya berlaku kecuaian dan kegagalan pengurusan

C SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

1 Jadual Waktu pengajaran dan pembelajaran disediakan mengikut SPI Bil 7/2016 (Prasekolah), SPI Bil 8/2016 (SR) dan SPI Bil 9/2016 (SM) sebelum sesi persekolahan bermula.

2 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) hendaklah disediakan oleh semua guru untuk mata pelajaran masing-masing dengan mengambil kira takwim dan aktiviti persekolahan.

3 Problem Based Learning atau Project Based Lerning perlu dirancang dan

dimasukkan dalam RPT dengan jelas seperti yang dihasratkan dalam KSSR dan KSSM.

4 Rancangan Pelajaran Harian (RPH) disediakan berdasarkan RPT dengan memenuhi panduan penulisan yang ditetapkan dan SPI Bil 3/1999. RPH perlu dibawa bersama semasa pengajaran dan sedia dikemukakan apabila diperlukan.

5 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan / atau Huraian Sukatan Pelajaran perlu dibawa semasa pengajaran dan sedia untuk dikemukakan apabila diperlukan.

6 Murid yang pindah masuk perlu mengemukakan dokumen-dokumen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu Pentaksiran Pusat (jika berkaitan), Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik dan PAJSK yang lengkap dari sekolah asal. Adalah menjadi tanggungjawab sekolah asal untuk menyediakan dokumen-dokumen ini dengan lengkap.

7 Program Transisi dan Guru Penyayang perlu dilaksanakan seperti yang ditetapkan iaitu tiga (3) minggu pertama di sekolah rendah (SR) dan dari awal Januari hingga Mac di sekolah murid orang asli (SMOA).

8 Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang dengan teratur mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memastikan kualiti dan integriti pentaksiran tersebut.

(10)

9 Perancangan pembangunan akademik sekolah disediakan berdasarkan data-data yang berkaitan seperti head-count, pencapaian dalam PBS, LINUS dan lain-lain data berkaitan.

10 Mesyuarat JK Kurikulum Sekolah dirancang dan dilaksana sebagai wadah utama pembangunan holistik peningkatan prestasi dan kecemerlangan akademik sekolah.

D SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

1 Unit Asrama : Pendaftaran masuk ke asrama tahun 2017 adalah pada 31 Disember 2016. Tindakan pengurusan asrama:

(a) Menyambut penghuni asrama terutamanya penghuni baru

(b) Memberikan taklimat kepada ibubapa tentang pengurusan asrama

(c) Memastikan keperluan asas iaitu satu katil, tilam, bantal dan almari mencukupi untuk setiap penghuni asrama

(d) Menyediakan makan malam

2 Unit Dispilin : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) wajib key-in kehadiran murid dalam APDM pada hari pertama persekolahan 2017

(a) Sekolah 1 Sesi : Sebelum pukul 9.00 pagi

(b) Sekolah 2 Sesi : Sebelum pukul 2.30 petang (sesi petang)

3 Unit Kebajikan: Sekolah yang terlibat dengan agihan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) perlu melaksanakan seawal sesi persekolahan bermula seperti:

(a) Bekalan makanan mengikut menu RMT seperti dalam Pekeliling Bil. 2 Tahun 2016.

(b) RMT dilaksanakan sebelum sesi pembelajaran atau waktu rehat (10.00 pagi)

(c) Pegawai yang membuat Pemantauan Awal Tahun dapat membantu memastikan RMT dilaksanakan

(11)

(a) Memastikan bekalan buku yang diterima oleh pihak Sekolah adalah sama seperti dalam borang Sijil Akuan Penerimaan (SAP)

(b) Memastikan semua murid telah mendapat pinjaman buku walaupun tidak lengkap sebelum sesi persekolahan bermula

(c) Semasa taklimat agihan buku Peringkat Daerah dan Negeri pihak sekolah boleh mendapatkan bekalan buku yang kurang dari sekolah yang mempunyai lebihan buku-buku tersebut.

(d) Kenal pasti buku-buku yang rosak untuk proses pelupusan dan membuat permohonan buku baru.

5 Unit Biasiswa / APDM :

5.1 Modul Pengurusan Murid - Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM)

5.1.1 Modul Pengurusan Murid ialah pengkalan data tunggal digunakan oleh semua aplikasi berasaskan data murid.

5.1.2 Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Modul ini dijadikan repositori data murid dalam inisiatif #43 Pembangunan Repositori Data

5.1.3 Pembukaan sekolah 2017, semua sekolah diminta:

(a) Menetapkan kelas mengikut aliran, bidang dan jenis kelas yang diluluskan

(b) Melaksanakan pemindahan murid ke kelas yang sebenar 2017

(c) Memastikan enrolmen murid adalah tepat dan betul

(d) Memastikan setiap maklumat dalam medan-medan yang terdapat dalam APDM lengkap dan betul

(e) Memastikan setiap taraf kewarganegaraan, kaum, agama dan jantina murid adalah tepat mengikut dokumen

(f) Memastikan setiap maklumat ibubapa dan penjaga diisi dan dikemaskini

(g) Memastikan setiap murid dibuat ketetapan subjek yang diambil berdasarkan guru subjek yang mengajar subjek berkenaan

(12)

5.1.4 PENGESAHAN DATA DAN MAKLUMAT DIBUAT SEBELUM 15 JANUARI 2017. Kegagalan melaksanakan pengemaskinian ini akan menyebabkan penggunaan data oleh APLIKASI-APLIKASI LAIN (APB, KWAMP, DAFTAR PEPERIKSAAN, PERMOHONAN ASRAMA PENUH, PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN akan terganggu)

5.2 Biasiswa ( rujuk Dokumen Lampiran 1 )

6 Unit Kesihatan: Program Susu 1 Malaysia (PS1M)

6.1 Memastikan murid warganegara yang layak mengikut Paras Garisan Nasional (PGNK) yang berkuatkuasa di sekolah rendah bandar dan luar bandar di semenanjung,Sabah, Sarawak dan Wilayah persekutuan Labuan.

6.2 Borang permohonan bekalan PS1M hendaklah disahkan oleh Guru Besar. Kesilapan maklumat adalah menjadi tanggungjawab Guru Besar.

6.3 Memastikan tempat penyimpanan bekalan susu PS1M adalah sesuai dan selamat serta mengikut panduan yang telah ditetapkan dalam buku Panduan Pengurusan PS1M. Tempat penyimpanan susu hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut:

 Dilindungi daripada makluk perosak, haiwan peliharaan dan risiko pencemaran

 Pencahayaan semula jadi atau buatan yang sesuai diperlukan

 Pengudaraan yang mencukupi untuk mengelak bahang berlebihan, kondensasi, kotoran dan wap

 Susu hendaklah disusun pada ketinggian 20cm dari lantai atau jika menggunakan pallet hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 15 cm dari lantai. Penyusunan hendaklah tidak melebihi keluasan pallet

 Susu hendaklah berada sekurang-kurangnya 15 cm dari dinding  Susu hendaklah disimpan berdasarkan kepada tarikh luput dan

nombor batch bagi memudahkan pelaksanaan amalan FIFO (First In

First Out)

 Menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelak kotak susu bergoyang dan jatuh. Contoh: Interlocking Stacking System (Sistem Kuncian Barang Tindihan)

(13)

 Penubuhan Jawatankuasa

 Mesyuarat PS1M di peringkat sekolah (2 kali setahun)

 Pemilihan murid layak terima PS1M (tahun semasa) dan mendapat kebenaran ibu bapa

 Memastikan tempat penyimpanan bekalan sus sesuai dan selamat  Memastikan pengurusan adalah mengikut garis panduan yang telah

ditetapkan

6.5 Memastikan buku log dikemaskini dari masa ke semasa, dipantau dan disahkan di dalam buku pada setiap bulan.

6.6 Mengagihkan dan menghabiskan bekalan PS1M dalam masa yang ditetapkan:

 Menetapkan hari dan wktu yang sesuai untuk minum susu  Amalan pengiliran stok FIFO (First In First Out) dilaksanakan  Sebelum susu diagihkan kepada murid, pastikan perkara-perkara

berikut perlu dipatuhi:

 Nombor batch dan tarikh luput  Tarikh dan masa agihan dicatat  Catat jumlah susu yang diagih

 Pastikan tiada tanda-tanda berikut pada kotak susu :

 Tanda kelembapan pada pembungkusan luar akibat kebocoran  Bocor atau pecah

 Menggelembung

 Tanda-tanda akibat menerima tekanan seperti kemek, tanda lipatan pada kotak atau telinga pada tepi kotak terangkat  Tanda atau kesan gigitan makluk perosak

 Pastikan penerangan diberi sebelum murid-murid minum susu:  Amalan membasuh tangan

 Pastikan kotak tidak kembung, kemek , bocor  Pastikan tarikh belum luput

 Goncang kotak susu

 Rasa sedikit : jika susu masam, jangan minum dan laporkan segera kepada guru

 Jika susu elok, minum hingga habis. Jangan simpan baki susu yang sudah diminum

 Buang kotak susu ke dalam plastik sampah yang disediakan 6.7 Isu dan Tindakan dalam pelaksanaan PS1M di sekolah:

(14)

 Fizikal kotak susu : kemek, kembong dan bocor

 Asingkan kotak susu yang rosak

 Laporan kepada pembekal untuk gantian

Simpton Klinikal: Alahan, sakit perut, muntah, pening, cirit birit:  Berhenti minum susu dan pengedaran kepada murid serta

merta

 Asingkan murid yang terlibat

 Hubungi klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan segera

 Maklum kepada PPD/JPN dan pembekal

 Maklumkan kepada ibu bapa / penjaga murid terlibat

 Menyediakan laporan mengikut format 1 : 3 :7 kepada PPD dan JP

E SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

1 PELAKSANAAN DAN PENGURUSAN DASAR PEMISAH (EXIT POLICY) 1.1 Pekeliling Berkaitan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7/2015

Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) bagi Pegawai yang Berprestasi Rendah dalam Perkhidmatan Awam

1.2 Berprestasi Rendah = markah kurang daripada 60% yang diperoleh berdasarkan LNPT / penilaian lain yang telah diluluskan / KPI di bawah sasaran bagi penilaian berasaskan KPI

1.3 Isu-isu yang berlaku :

(a) Ketelusan dalam penilaian prestasi; ketekalan penilaian berubah-ubah hingga menyebabkan proses siasatan dan penilaian semula terpaksa dilakukan

(b) Berlaku penilaian (pemberian markah) bagi kes pegawai yang tidak hadir bertugas melebihi 180 hari; termasuk juga kes tidak hadir berterusan sepanjang tahun tetapi ada markah yang diberikan

(c) Ketua Jabatan haruslah memainkan peranan penuh dan memberi komitmen terhadap aspek penilaian pegawai dengan mengambil kira semua aspek dan prosedur

2 PENGURUSAN KES GURU DAN STAF BERFOKUS NEGERI JOHOR 2.1 Pengurusan Kes Disiplin :

Teguran (Tindakan Korektif) >> Amaran (Tindakan Korektif) >> Perakuan Tatatertib (Tindakan Punitif)

2.2 Kes Kesihatan atau Psikiatrik :

(15)

Cadangan POOL jika berkaitan

Cadangan Penubuhan Lembaga Perubatan jika berkaitan 2.4 Kes Kaunseling

Merujuk kepada isu sikap, disiplin, integriti, motivasi kerja, kompetensi dan lain-lain dalam aspek pencegahan, pemulihan, intervensi dan punitif.

Rujukan kepada Kaunselor Organisasi Daerah

LAMPIRAN 1

Pengurusan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU)

1. KRITERIA KELAYAKAN

Kriteria kelayakan permohonan BKP dan BKPU adalah seperti berikut:

a) Murid warganegara Malaysia. Penentuan taraf kewarganegaraan murid adalah berdasarkan dokumen pengenalan diri. (Lampiran V dikepilkan untuk rujukan)

b) Murid Tingkatan 1 hingga 5 bagi BKP di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan; Tahun 1 dan Tahun 2 di Kolej Vokasional

c) Tingkatan 6 bagi BKPU di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

d) Pencapaian yang baik dalam bidang akademik dan kokurikulum berdasarkan merit tahun semasa; dan

e) Jumlah pendapatan kasar ibu bapa / penjaga murid mestilah tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.

2. KADAR BIASISWA

(16)

3. TATACARA PERMOHONAN

BKP dan BKPU ditawarkan kepada murid yang layak berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Bagi melancarkan proses permohonan BKP dan BKPU, setiap peringkat perlu memainkan peranan tertentu seperti berikut:

3.1 Tanggungjawab Murid

Murid yang layak perlu mengisi borang permohonan BKP dan BKPU seperti di Lampiran Ayang boleh diperoleh di sekolah masing-masing. Borang yang lengkap diisi berserta dokumen sokongan yang disahkan perlu diserahkan kepada Guru Biasiswa Sekolah selewat-lewatnya pada 15 Februari tahun semasa.

3.2 Tanggungjawab Sekolah

a) Sekolah bertanggungjawab mengemas kini, memastikan ketepatan data di dalam aplikasi pengkalan data murid bagi penyediaan permohonan biasiswa secara atas talian.

b) Sekolah melalui Jawatankuasa Kecil Biasiswa perlu membuat tapisan dan saringan mengikut takwim semasa. Senarai pendek permohonan hendaklah dikemas kini secara atas talian melalui laman sesawang http://apb.moe.gov.my .

c) Pihak sekolah perlu menyimpan semua Borang Permohonan murid untuk tujuan rekod, pemantauan dan pengauditan yang akan dijalankan dari semasa ke semasa.

JENIS BIASISWA TINGKATAN

KADAR BIASISWA ( RM SEBULAN ) BILANGAN BULAN BKP 1 hingga 4 70.00 12 5 70.00 11 Tahun 1 & 2 70.00 12 BKPU Aliran Sastera 6 Bawah 90.00 7 6 Atas 90.00 11

BKPU Aliran Sains 6 Bawah 110.00 7

(17)

LAMPIRAN 2

SPI / SURAT SIARAN / PERATURAN PENDIDIKAN UNTUK RUJUKAN 1. SPI Bilangan 11 Tahun 2011

Pemansuhan Bayaran Tambahan Persekolahan di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.

2. Surat Siaran KPM Bilangan 4 Tahun 2011

Garis Panduan Kutipan / Bayaran Keperluan Persekolahan Murid di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.

3. Subseksyen 5 (4) Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa – Guru) 1998. Sumbangan PIB-G

4. Subseksyen 8 (2) d, Peraturan-peraturan Pendidikan (Majalah Sekolah dan bahan

Multi Media) 1998

Bayaran Majalah Sekolah.

5. Surat Bahagian Kewangan, KP(BKEW/BT) 1800/D Jld.3 bertarikh 11 November 2009

Bayaran Asrama 6. SPI Bil 4 Tahun 1975

Nyanyian Lagu Kebangsaan 7. SPI Bil 8 Tahun 1975

Menyanyi Lagu Kebangsaan/Lagu Negeri dan Mengibar Bendera

Persekutuan/Bendera Negeri di Sekolah-sekolah/Maktab-maktab Perguruan 8. SPI Bil 4 tahun 1984

Perhimpunan Sekolah

(18)

Lagu Kebangsaan

10. Surat Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPMSP.800-1/1/3(61) Pemakluman Tarikh Pendaftaran dan Panduan Memproses Permohonan Kemasukan Murid Bukan Warganegara ke Sekolah Kerajaan / Bantuan Kerajaan

11. SPI Bil 4 Tahun 1985

Penubuhan Jawatankuasa Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat 12. SPI Bil 8 Tahun 2016 (SR)

Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Secara Berperingkat-peringkat Mulai Tahun 2017

13. SPI Bil 9 Tahun 2016 (SM)

Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Secara Berperingkat-peringkat Mulai Tahun 2017

14. SPI Bil 3Ttahun 1999

Referensi

Dokumen terkait

Produk yang diharapkan akan dihasilkan melalui penelitian pengembangan berupa model sarana pembelajaran atletik alat lempar cakram melalui modifikasi ukuran berat,

Spesies tumbuhan obat penting yang akan dikembangkan berdasarkan potensi tumbuhan obat Kampung Gunung Leutik Desa Benteng yang telah dikelompokkan, data penyakit masyarakat

TRADING BUY : Posisi beli untuk jangka pendek / trading , yang menitikberatkan pada analisa teknikal dan isu-isu yang beredar.. NEUTRAL : Tidak mengambil posisi pada saham

Menurut Hegel, sejarah seni, agama, dan hukum, memberi petunjuk pada apa yang menggerakkan perkembangan sekelompok orang, namun hanya filsafat, dengan

SEKTOR PENGURUSAN SISA PEPEJAL (PEMBINAAN KEMUDAHAN PSP) (PKP) Waktu Beroperasi 7.00 pagi – 7.00 malam (lebih masa tidak dibenarkan) Waktu Kehadiran Pelanggan Tidak

Ketentuan dalam Pasal 293 ayat (1) KUHP yang menjelaskan bahwa pencabulan atau perbuatan cabul adalah perbuatan seseorang dengan memberi dan menjanjiakan uang atau

Indikator kinerja untuk mengukur terwujudnya sasaran meningkatnya kepuasan internal unit kerja atas layanan umum yang diberikan Biro Perencanaan, Keuangan dan Umum

dan suhu tubuh yang dilakukan pemberian plester kompres mengalami penurunan 0, 42 o C sehingga dapat disimpulkan kompres hangat lebih efektif dibandingakan plestrer