• Tidak ada hasil yang ditemukan

Soalan 1 : Rumusan. (30 markah)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Soalan 1 : Rumusan. (30 markah)"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Soalan 1 : Rumusan (30 markah)

Baca petikan di bawah kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah pengurusan masa dengan berkesan dan kekangan untuk menguruskan masa bagi seseorang pelajar. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan masa yang berkesan? Pengurusan masa bermaksud pembahagian masa dengan betul supaya aktiviti harian seseorang dapat dijalankan dengan baik dan tidak terganggu atau boleh dimaksudkan sebagai pembahagian masa yang cekap. Dewasa ini, kita sering mendengar berita tentang pelajar yang terjerumus dalam kancah kemaksiatan ataupun penyalahgunaan dadah. Mengapakah hal ini boleh berlaku dalam kalangan pelajar? Hal ini berlaku disebabkan pelajar itu mudah terpengaruh oleh anasir-anasir buruk. Pelajar yang terlibat dalam kegiatan ini tidak dapat mengurus masa dengan cekap. Justeru, mereka sering membuang masa dengan sia-sia sahaja. Oleh itu, pengurusan masa amat penting dalam kehidupan seseorang pelajar.

Langkah pertama untuk mengendalikan masa secara berkesan ialah pelajar digalakkan menyediakan jadual pelajar masing-masing. Jadual waktu belajar dapat membantu pelajar mengurus masa dengan berkesan. Pelajar dapat memanfaatkan masa untuk mengulang kaji pelajaran secara menyeluruh dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Hal ini dapat mengelakkan pelajar daripada kesuntukan masa untuk mengulang kaji pelajaran apabila peperiksaan sudah hampir. Pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada mereka yang membuat persediaan awal. Bagi pelajar yang tidak membuat persediaan awal kerana sibuk membuang masa tentulah tidak dapat menghabiskan semua tajuk sebelum peperiksaan. Di samping itu, masa yang terluang dapat digunakan untuk aktiviti yang berfaedah seperti membaca bahan ilmiah dan melayari Internet untuk mencari maklumat tentang pelajaran. Masa jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja. Seperti yang kita ketahui bahawa masa itu amat berharga bak kata pepatah 'masa itu emas'. Pelajar bukan sahaja dapat menggunakan masa dengan berfaedah, tetapi juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

Tambahan pula, pelajar dapat memanfaatkan masa dengan keluarga tersayang bagi memupuk sikap kasih sayang dalam keluarga. Hal ini dilihat apabila masa diperuntukkan bersama-sama keluarga melakukan aktiviti sampingan seperti bersenam, bersiar-siar, menonton televisyen, beribadat dan sebagainya. Kebaikan menguruskan masa sebaik mungkin ialah pelajar dapat menjalankan kegiatan riadah supaya mempunyai badan yang sihat dan otak yang cerdas. Keadaan ini dapat menanamkan sifat bertanggungjawab dan berdisiplin dalam diri pelajar. Melalui cara ini, pelajar dapat mengamalkan hidup yang berdisiplin dan bermakna. Faedah menguruskan masa ialah para pelajar berupaya menggunakan masa senggang pada hari cuti sekolah untuk membaiki kelemahan diri dalam pelajaran. Hal ini boleh dilakukan dengan membuat latihan, mencari maklumat di perpustakaan, dan menghadiri kelas tambahan. Selain itu, masa cuti sekolah bertujuan untuk memberi pelajar peluang bagi menenangkan fikiran setelah bertungkus-lumus sepanjang

(2)

tahun. Para pelajar boleh membuat kerja kebajikan seperti melibatkan diri dalam kerja gotong-royong, aktiviti membersihkan kawasan perumahan dan membantu orang yang perlu pertolongan. Malah mereka juga boleh mencari kerja sambilan untuk mendapatkan kemahiran dan wang. Wang yang diperoleh dapat menampung perbelanjaan sekolah.

Kesimpulannya, sebagai pelajar kita bukan sahaja perlu berjaya dalam pelajaran tetapi juga perlu berjaya dalam bidang sukan, aktiviti kokurikulum, agama dan aktiviti kemasyarakatan. Oleh itu, kita perlu mengurus masa dengan betul supaya aktiviti harian dapat dijalankan dengan berkesan, seterusnya melahirkan modal insan yang bermoral selaras dengan Wawasan 2020. Pelajar yang pandai mengurus masa biasanya akan berjaya dalam kehidupan dan berani menghadapi rintangan hidup. Hal ini akan menjamin kehidupan yang bahagia pada masa hadapan.

(Dipetik dan diubah suai daripada 'Pengurusan Masa Yang Berkesan' oleh Sham al-Johori, Minda Pelajar, Januari 2008)

Soalan 2 : Pemahaman (35 markah) Soalan 2(a) Petikan Umum

Jawab soalan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata melahirkan modal insan. (2 markah) ii. Pengarang mengemukakan beberapa kejayaan yang harus dicapai oleh seorang pelajar selain pelajaran. Nyatakan kejayaan tersebut. (3 markah) iii. Jadual belajar sangat penting untuk membantu pelajar menguruskan masa dengan berkesan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang. Pada pendapat anda, bagaimanakah penyediaan jadual belajar dapat membantu kecemerlangan seseorang pelajar? (KBAT) (4 markah)

(3)

Soalan 2(b) Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Pada pendapat anda, apakah punca seseorang itu boleh menjadi gila? (4 markah) 2. Analisis gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di atas. (5 markah)

(i) Huraikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam petikan drama di atas? [4 markah] (ii) Bilangan orang yang tidak siuman atau gila semakin meningkat di negara kita.

Pada pendapat anda, apakah punca seseorang itu boleh menjadi gila? (KBAT) [5 markah] Soalan 2(c) Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka kata Seri Nara Diraja, Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah cula dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu.”

Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah denga Tun Kudu. Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan sejadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, “Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.”

Maka titah baginda, “Baiklah.”

Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.

Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan seorang yang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya: pertama, Majapahit; kedua, Pasai; ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana; di ARIF : Sebelum kita mulakan sesi baca lakon ini, elok kita bincangkan dulu tajuk drama kita. “Sasau” membawa maksud setengha gila. Maksudnya, bukan gila sepenuhnya. PELAKON 1 : Bolehkah kegilaan diukur macam tu? Setahu saya belum ada mesin yang dicipta lagi untuk mengukur tahap gila seseorang.

ARIF : Memanglah gila itu sesuatu yang subjektif, tetapi perkara yang dimaksudkan dengan setengah gila itu ialah seseorang itu masih siuman. Cuma perlakuannya saja seperti orang gila. Biasa dengar tak orang sebut, gila-gila bahasa? (Para pelakon mengangguk beramai-ramai). Jadi, drama kita ini hendak memaparkan mesej yang menyentuh kita semua, maksud saya semua manusia. Manusia pada dasarnya mempunyai sedikit sebanyak watak gila dalam diri mereka. Maka, kita janganlah hendaknya cepat mengatakan seseorang itu gila, sedangkan dalam diri kita masing-masing terdapat unsur-unsur kegilaan itu. Baiklah, kita mulakan sekarang.

(Dipetik daripada drama ‘Bukan Gila’ oleh Sharif Shaary dalam Antologi Sejadah Rindu)

(4)

Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.

Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn.Bhd.

i.Berikan maksud sia-sialah cula dibeli oleh bapaku . [ 2 markah ]

ii.Nyatakan alasan-alasan Seri Nara Diraja mencadangkan Paduka Raja sebagai

bendahara. [ 3 markah ]

iii.Pada pendapat anda, mengapakah Seri Nara Diraja bersetuju dinikahkan dengan

Tun Kudu? [ 3 markah ]

Soalan 2(d) Puisi Moden

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS Kuhantar kau mengecapi angin baru

Udara lain dari kampung bendang Kuningmu

Bumantara asing dari yang sering Kaumesrai

Yang sama sekali berbeza

Dengan suasana suntimu kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu Memesrai azimat dan tangkal

Dari tangga gading

Kulepaskan kau menjadi burung putih Dengan sayap berkembang

Menongkah awan perak dan kabus dingin Mengenal kalimat hujan dan bilah petir Menyelit antara sembilu nasib

Dan waras akal

Di awan kampus yang sarat ilmu Hadir sihir angin bernafas api Di pohon kampus yang tegar status Berceracak selumbar noda mengabur fikir Di padang kampus yang hijau

(5)

Pertimbangan

Tumbuh gunung ego menghalau pekerti Pandai-pandailah kau terbang

Menongkah awan mulus dan kabus dingin Jangan kau pulang

Dengan percikan duka dan balutan luka Di sayapmu yang patah

SAZALEE YACOB Antalogi Sejadah Rindu

i. Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak tersebut. (4 markah) ii. Setiap pelajar universiti perlu bijak menyesuaikan diri apabila melanjutkan

pengajian pada peringkat tinggi. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh mereka yang baru melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi? (KBAT) (5 markah)

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa (30 markah) Jawab semua soalan

a) Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (6 markah)

i) beras - biras ii) tegas - teras iii) sifat - sikap

b) Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi ayat majmuk tanpa mengubah maksud asalnya. (6 markah)

i) Kejadian jenayah semakin meningkat di negara kita. Kejadian jenayah dilakukan oleh pendatang asing.

ii) Mira memasak lauk kegemaran keluarga mereka di dapur. Kakak Mira membersihkan ruang tamu rumah mereka.

iii) Guru Sejarah kami telah menerima anugerah tokoh guru peringkat daerah. Guru Sejarah kami berjaya melonjakkan prestasi sekolah.

c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (6 markah)

(6)

i) Kartunis yang berbakat itu mempunyai kemahiran lukisan potrait.

ii) Maliza telah mengubah sebuah lagu yang diceritakan penderitaan mangsa kebakaran. iii) Ibu tidak sabar untuk menghadirkan majlis konvokesen kakak pada minggu hadapan.

d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (6 markah)

i) Selepas merebus bawang, tukang masak itu memasukkan ayam daging dan santan ke dalam kuali.

ii) Latihan badminton itu dibuat pada tiap hari kecuali hari minggu.

iii) Bola yang ditendang oleh penyerang pasukan Malaysia dalam perlawanan sepak bola itu berjaya menembusi gawang gol lawang.

e) Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi tersebut. (6 markah)

i) Aminah dipelihara dengan penuh kasih sayang oleh kedua-dua ibu bapanya.

ii) Banyak gerai yang menjual nasi lemak dan kuih-muih didirikan di kawasan kilang tersebut.

iii) Salmah lupa akan jasa ibu angkat yang telah memeliharanya sejak kecil selepas dia bertemu dengan ibu kandungnya.

Soalan 4 - Novel Jawab soalan (a) dan (b) berdasarkan novel :

i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib ii) Tirani karya Beb Sabariah

a) Latar dalam sesebuah novel sangat penting dan memberikan kesan kepada cerita. Jelaskan dua latar tempat berserta peristiwa penting dalam novel yang anda kaji dan nyatakan kepentingan latar tersebut dalam novel tersebut. (KBAT) ( 7 markah) b) Peleraian yang baik dapat memuaskan hati pembaca melalui pemaparan peristiwa

tertentu. Berdasarkan novel yang anda pelajari, setujukah anda dengan peleraian yang dilakukan oleh pengarang? (KBAT) ( 8 markah)

Referensi

Dokumen terkait

3. Salah satuhal yang terjadi jika banyak warga yang tidak melaksanakan tanggung jawabnya dengan baik di masyarakat adalah …. Lingkungan menjadi tidak nyaman c. Kondisi

Penelitian kedua dari Maretha dan Kuncoro (2011), dalam penelitian ini menunjukan bahwa store atmosphere dan store image memiliki pengaruh yang signifikan terhadap

Dari beberapa penjelasan diatas yang penulis sampaikan berkaitan dengan pencemaran lingkungan jelas bahwa pencemaran lingkungan dianggap sebagai jarimah sesuai dalam

Berikut ini adalah desain penelitian yang akan digunakan pada proses implementasi algoritma Block Cipher pada audio steganografi berbasis MP3.1. Berikut ini adalah

Reaktivitas : Tidak ada data tes khusus yang berhubungan dengan reaktivitas tersedia untuk produk ini atau bahan bakunya.... Stabilitas

Pada gambar 4 merupakan activity diagram usulan pemesanan dengan proses pelanggan masuk ke website toko kurnia collection, lalu pilih menu produk maka sistem

Dengan demikian pimpinan sekolah (kepala dan waka sekolah) memiliki kesempatan untuk berinisiatif menciptakan situasi yang menguntungkan sekolah. Tanpa perencanaan seseorang

Berdasarkan kondisi itu maka akan dilakukan penelitian dengan tujuan untuk menganalis hubungan status gizi, kecukupan energi dan aktifitas fisik dengan