• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 5 / MEI 2012 HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 5 / MEI 2012 HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

0

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 5 / MEI 2012

HBMS 1203

PENGAJARAN MUZIK 1

NAMA : NURAZILA BT SALLEH @ SALIM NO. MATRIKULASI : 801029105202

NO. KAD PENGNEALAN : 801029105202001

NO. TELEFON : 0133425733

E-MEL : azieynur@yahoo.com

(2)

1

Bil Kandungan Muka surat

1. Pengenalan 2

2. Pemilihan Lagu 3

Lima Sebab Pemilihan Lagu 4

3. Kaedah Pengajaran 5-6

4. Konsep Muzik 7

5. Rancangan Pengajaran Harian 7-9

6. Skor lagu dan corak irama permainan alat perkusi 10

7. (Program Encore) Kord pada papan 11

8. Kesimpulan 12

(3)

2 PENGENALAN

Nyanyian dan permainan alat perkusi merupakan dua komponen penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik sekolah rendah. Oleh yang demikian, pengajaran yang baik dan berkesan memerlukan pendidik ataupun guru muzik yang benar-benar menguasai dan memahami bidang tersebut supaya proses pengajaran dan pembelajaran muzik menjadi lebih bermakna. Ini adalah kerana nyanyian dan permainan alat perkusi merupakan sesuatu yang menyeronokkan bagi kanak-kanak. Walaubagaimanapun, tidak memadai hanya untuk keseronokan. Secara umumnya, kedua-dua komponen ini memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan pengeluaran suara.

Permainan alat perkusi adalah aktiviti yang menarik dan amat sesuai untuk murid sekolah rendah. Kanak-kanak pada usia ini dapat merasa konsep muzik melalui pengalaman bermain muzik. Permainan alat perkusi adalah mudah dan praktikal untuk mengiringi nyanyian hanya dengan memainkan corak irama yang dipelajari. Di samping itu, permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka.

Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jawab. Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alat perkusi. Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul mengikut teknik yang standard agar murid dapat membina biasaan yang baik dari awal lagi untuk memainkan sesuatu alat perkusi. (Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003). Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR. Pusat Perkembangan Kurikulum.)

Melalui aktiviti nyanyian dan permainan alat perkusi ini juga guru dapat menilai dan menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini dapat memberi peluang kepada kanak-kakak untuk menyampaikan perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan. Di samping itu, aktiviti nyanyian dan permainan alat perkusi juga dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan berkarya secara kreatif dan berimaginasi tanpa gangguan. Dengan cara ini, mereka

(4)

3

dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa aktiviti nyanyian ini dijalankan.

PILIHAN LAGU KANAK-KANAK

Berdasarkan kepada tugasan HBMS1203 ( Pengajaran Muzik 1 ) saya telah memilih lagu kanak-kanak yang sepanjang 16 renj bertajuk ‘Ciptaan Tuhan’ .

Ciptaan Tuhan

Ayuh kawanku, Kita ke taman , Melihat bunga , Indah berseri,

Ikan di kolam, Menari-nari, Sungguh indahnya,

(5)

4

LIMA SEBAB LAGU SESUAI DIGUNAKAN DALAM KELAS NYANYIAN

Pemilihan lagu yang baik bergantung kepada aspek-aspek usia, minat dan keupayaan murid. Terdapat beberapa garis panduan yang perlu di ikuti semasa pemilihan lagu untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik.

1. Lagu sesuai dengan renj suara dan lirik yang mudah

Bagi suara nyanyian, pic terendah dan pic tertinggi adalah dikenali sebagai renj suara. Pemilihan lagu ‘Ciptaan Tuhan’ untuk tugasan ini dilihat bersesuaian dengan renj suara kanak-kanak iaitu dalam lingkungan not D dan A hingga not C tengah. Dengan lirik yang mudah serta ringkas lagu ini dapat membolehkan murid menyanyi dengan mudah dan dapat meghafal liriknya dengan cepat. Selain itu bait-bait liriknya yang mudah mampu memberikan peluang kepada murid-murid tahap satu menyanyikan lagu ini dengan betul. 2. Nada yang tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.

Kesesuaian nada dalam penyampaian nyanyian adalah sangat penting kerana sekiranya lagu yang dipilih mempunyai nada yang terlalu rendah ataupun terlalu tinggi ia akan menyukarkan murid untuk mengawal lontaran suara sekaligus akan menyebabkan sesebuah lagu itu sumbang. Oleh itu, nada lagu pilihan ini amat sesuai sekali untuk murid tahun 1.

3. Irama yang mudah dan susunan melodi yang menarik.

Jika dilihat dari segi irama, lagu ‘Ciptaan Tuhan’ ini menggunakan corak irama rentak inang yang melodinya yang menarik dan harmoni serta mudah untuk dihafal oleh murid.

4. Berkaitan dengan sesuatu perayaan ataupun peristiwa.

Selain daripada menyanyi untuk keseronokan murid juga didedahkan dengan keadaan sekeliling melalui senikata lagu di mana secara tidak langsung murid belajar tentang sesuatu yang berlaku di persekitaran mereka.

5. Mud lagu yang riang dan pelbagai.

Melalui lagu ini juga, murid dapat mengekspresikan mud dan membuat gerakan bebas atau berpandu untuk menunjukkan mud riang dan bersemangat. . Dengan menggunakan lagu ini

(6)

5

sebagai lagu dalam kelas nyanyian akan memudahkan guru melakukan pelbagai aktiviti sampingan ketika mengajar dan tidak hanya akan menumpukan pada nyanyian sahaja. Guru boleh mengadaptasi lagu ini dengan melakukan gerakan sambil menyanyi. Selain itu guru boleh melakukan aktiviti bermain alat perkusi ketika menyanyi. Ini akan memberikan keseronokkan pada murid.

KAEDAH PENGAJARAN

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu. Kaedah kaedah yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote learning). Melalui kaedah ini, murid mempelajari sesebuah lagu secara mengajuk. Daya penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan aural (aural memory) murid. Kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar lagu adalah:

a) Kaedah keseluruhan lagu b) Kaedah baris demi baris

c) Kaedah solfege dengan isyarat tangan Curwen d) Kaedah menggunakan carta bola ping pong e) Kaedah solfa

f) Kaedah sebahagian-sebahagian (parth method or chime in method) g) Kaedah melakar bertema

Berdasarkan kepada kaedah-kaedah mengajar lagu di atas, saya telah memilih kaedah yang pertama iaitu Kaedah Keseluruhan Lagu. Pemilihan kaedah ini dibuat kerana teknik ini adalah teknik yang berkesan dan sesuai untuk mengajar lagu pendek.

(7)

6

Langkah-langkah Mengajar Lagu ‘Ciptaan Tuhan’

a) Memperdengar lagu secara keseluruhan dengan muziknya.

- Sebagai langkah pertama, saya akan memperdengarkan lagu ‘Ciptaan Tuhan’ kepada murid secara keseluruhan dengan muziknya berulang-ulang sebanyak tiga hingga empat kali supaya murid dapat mengingati corak irama dan melodi lagu tersebut.

b) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan dengan iringan dan tanpa iringan muzik. - Saya akan menggunakan kemahiran vokal untuk menyanyikan lagu ‘Ciptaan Tuhan’

dengan iringan dan tanpa iringan muzik. Dalam masa yang sama murid akan memerhati notasi lagu dan mendengar dengan teliti lagu yang dinyanyikan.

c) Membimbing murid menyebut lirik lagu secara keseluruhannya.

- Murid akan dibimbing membaca dan menyebut lirik lagu dengan sebutan yang betul secara keseluruhan.

d) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming (atau sebutan vokal a,e,i,o,u) berulang-ulang.

- Murid akan meng’humming’kan keseluruhan lagu secara berulang-ulang.

e) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

- Akhir sekali, dengan iringan muzik murid menyanyikan keseluruhan lagu ‘Ciptaan Tuhan’

(8)

7

2 KONSEP MUZIK DAN RANCANGAN MENGAJAR

Berdasarkan kepada 7 konsep asas pengajaran muzik, saya telah memilih untuk mengaplikasikan 2 konsep dalam pengajaran lagu ‘Ciptaan Tuhan’ iaitu irama dan ekspresi.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik

Kelas : Satu Adil

Masa : 8.45 pagi – 9.15 pagi

Bilangan murid : 25 orang

Fokus : Sebutan lirik - pergerakan mengikut lirik

Standand Kandungan : Pengalaman Muzikal

1. Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan.

2. Membuat pergerakan mengikut muzik.

Standard Pembelajaran 1. Menyanyi dengan sebutan huruf vokal a,e,i,o,u yang

betul.

2. Membuat pergerakan berdasarkan lirik dan mud muzik. - lagu aksi ( action song)

Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid

boleh:

1. Menyanyi lagu mengikut sebutan yang betul sambil melakukan gerakan.

Pengetahuan Sedia ada : 1. Murid pernah menyanyi melodi lagu dengan

melakukan pergerakan

Bahan Bantu Mengajar : CD 1 Ciptaan Tuhan (vokal)

Ciptaan Tuhan ( instrumental) Laptop, LCD Projector

(9)

8 Masa/

Langkah

Isi Kandungan Aktiviti

Pengajaran & Pembelajaran

Strategi P&P/ABM/Nilai Set Induksi (5 minit) Memperkenalkan lagu

1. Guru menayangkan slaid powerpoint lirik lagu ‘ Ciptaan Tuhan’

2. Guru memainkan rakaman lagu ini secara keseluruhan.

1. Murid memerhati lirik lagu yang dipamerkan sambil mendengar lagu yang dimainkan BBM : Laptop, LCD Langkah 1 ( 5 Minit) Menyanyikan lagu secara ‘humming’

1. Guru memainkan notasi lagu baris demi baris melalui slaid

powerpoint yang ditayangkan. 2. Murid mendengar dengan teliti. 3. Guru membimbing murid

menyanyikan lagu dengan

hummingkan ‘la’ mengikut notasi lagu yang dimainkan.

1. Murid-murid memerhati dan mendengar dengan teliti. 2. Murid-murid meng’humming’ kan lagu ini dengan bimbingan guru. Nilai : Berdikari, teliti, sabar. Langkah 2 ( 10 minit ) Menyebut lirik lagu “ Ciptaan Tuhan ” dengan jelas mengikut irama

1. Guru menyebut lirik mengikut irama lagu

2. Guru menayangkan slaid powerpoint baris lagu. 3. Guru membimbing murid

1. Murid mendengar kemudian

menyebut lirik

(10)

9 lagu.

Menyanyikan lagu

baris demi baris

membaca dan menyanyikan baris demi baris lagu yang dipaparkan. 4. Guru memilih beberapa orang

murid menyanyikan baris lagu tersebut dan diulangi dengan baris-baris berikutnya. 5. Guru membimbing murid

menyanyi keseluruhan lagu. 6. Murid menyanyikan keseluruhan

lagu. irama lagu. 2. Murid-murid memerhati dan mendengar dengan teliti. 3. Murid-murid ‘menyanyikan’ lagu ini. 4. Murid menyanyi sambil menepuk tangan. Nilai : Berdikari, Langkah 3 ( 5 minit ) Menyanyi sambil melakukan gerakan

1. Guru meminta murid melakukan gerakan bebas berpandukan lirik lagu dan mud riang

2. Guru menunjukkan gerakan sebenar berpandukan lirik lagu.

Contoh: gerakan ikan menari riang 3. Murid meniru dan melakukan

gerakan yang dilakukan oleh guru. 4. Murid menyanyikan lagu sambil

melakukan gerakan 1. Murid melakukan gerakan bebas. 2. Murid memerhati gerakan yang dilakukan oleh guru. 3. Murid menyanyi sambil melakukan gerakan. Penutup ( 5 minit ) Mengimprovisasi kan lirik dengan lagu

1. Guru menggunakan lagu “ Nenek Si Bongkok Tiga”

2. Guru mengimprovisasikan lagu dengan pergerakan yang sesuai

1. Murid mendengar lagu. 2. Murid melakukan pergerakan yang sesuai dengan lirik lagu.

(11)

10

ANALISIS SKOR LAGU DAN CORAK IRAMA PERMAINAN ALAT PERKUSI ( PROGRAM ENCORE)

(12)

11

KEDUDUKAN KORD-KORD LAGU CIPTAAN TUHAN PADA PAPAN KIBOD Kord Dm

Kord Gm

KordA7

(13)

12 KESIMPULAN

Guru merupakan individu yang bertanggungjawab memainkan peranan yang amat penting untuk mencapai objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kaedah pengajaran perlu dilakukan agar murid tidak mudah berasa bosan dalam P&P. kaedah- kaedah pengajaran dapat membantu dan melatih guru membuat perancangan dan rancangan pengajaran muzik ( nyanyian) berperingkat-peringkat dan menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan secara menyeluruh.

Kepelbagaian kaedah mengajar , pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang menepati gaya pembelajaran murid yang berbeza akan menghasilkan pembelajaran yang efektif, menarik dan bermakna. Selain itu, guru juga harus pandai memilih, menambah, menukar dan mengubahsuai kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap keperluan dan keupayaan murid-murid di dalam bilik darjah.

(14)

13 RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Menengah Rendah (semakan). Kuala Lumpur: PPK.

C.H Lee (2004). Pendidikan Muzik KBSR Tahun 4. Rhythm Distributor Sdn. Bhd

Kheng L.P, (1994). A Book Of Musical Terms & Musical Instruments Malaysia: Rhythm Distributor Sdn. Bhd

Loh, P.K.(1991). A handbook of music theory.Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal.

Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003). Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR. Pusat Perkembangan Kurikulum.

. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1991). Buku Panduan Guru. Pergerakan Kreatif Pusat Perkembangan Kurikulum.

Referensi

Dokumen terkait

Untuk melihat strategi-strategi yang perlu ditempuh pemerintah daerah Kota Pekalongan dengan sebelumnya menganilisis faktor-faktor yang menjadi pendorong maupun

Mencatat persediaan bahan Membayar bahan yang dibeli Membuat laporan persediaan bahan Faktur pembelian Mencatat transaksi pembelian bahan Membuat laporan transaksi pembelian

bahwa berdasarkan pertimbangan sebagaimana dimaksud dalam huruf a, dipandang perlu menetapkan Peraturan Walikota Sabang tentang Tata Cara Pembayaran Tambahan

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui mekanisme penerimaan peserta didik di Pos PAUD Putra Pertiwi, mengetahui pelaksanaan pembelajaran di Pos PAUD Putra

Metode harga penjualan kembali ( resale price method ) atau disingkat RPM adalah metode penentuan harga transfer yang dilakukan dengan membandingkan harga dalam transaksi suatu

Pada terminal Mayang Terurai jalur kedatangan dan keberangkatan kendaraan angkutan dibuat menyatu dimana pintu masuk (entrance) terminal menjadi satu dengan pintu

hidr drog ogena enasi si ber berta taha hap p da dala lam m pe pemb mben entu tukan kan HM HMD. Pr Pros oses es kom komer ersi sial al de deng ngan an bah bahan an

There were seven variables that affected to the minimum production cost – land lease price, seed price, fertilizer price, pesticide price, price of drilled