• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hubungan Kepimpinan Pengajaran Dengan Personaliti Guru-Guru Aliran Sains Sekolah Harian Daerah Sepang

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Hubungan Kepimpinan Pengajaran Dengan Personaliti Guru-Guru Aliran Sains Sekolah Harian Daerah Sepang"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

Hubungan Kepimpinan Pengajaran Dengan Personaliti Guru-Guru Aliran Sains Sekolah Harian Daerah Sepang

Mohamad Faizal Sahari Kamisah Osman Fakulti Pendidikan, UKM

______________________________________________________________________ Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan antara kepimpinan pengajaran dengan personaliti guru-guru aliran Sains sekolah harian. Seramai 110 subjek kajian terlibat dalam menjawab instrumen soal selidik. Sampel kajian adalah terdiri daripada guru-guru yang terlibat mengajar mata pelajaran Sains, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Pertanian dan Sains Tambahan di beberapa sekolah dari daerah Sepang. Dua instrumen secara tinjauan telah digunakan untuk mengumpul data bagi kajian ini; Pertama, “Principal Instructional Management Rating Scale” (PIMRS) dan kedua, “Iventory Personality Sidek’s” (IPSTM). Semua instrumen soal selidik yang lengkap telah dikutip dan dibuat saringan mengikut jantina, pengalaman dan didapati ianya amat berguna untuk dikemukakan untuk penganalisisan data statistik dengan menggunakan perisian “Statistical Package for Social Science” (SPSS) versi 20. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru aliran Sains ini berpersepsi pada tahap tinggi terhadap kepimpinan pengajaran (M=4.29, S.P.=.75) dan mereka ini juga berpersepsi pada tahap sederhana terhadap trait-trait personaliti (M=1.42, S.P.=.25). Dapatan menunjukkan tanda-tanda positif dan boleh mempengaruhi objektif untuk mencari hubungan yang signifikan dengan bacaan skor min diperolehi pada tahap tinggi dan sederhana dan apabila ujian korelasi dibuat terhadap kedua-dua pembolehubah ini iaitu kepimpinan pengajaran dan personaliti guru ternyata terdapat hubungan yang signifikan pada aras = .05. Didapati nilai pekali korelasi Cramer’s V dan ETA masing-masing menunjukkan nilai korelasi pada tahap sederhana dengan nilai (r =.539) dan (r =.558). Daripada dapatan kajian ini, beberapa cadangan yang relevan telah dimajukan.

Kata Kunci : kepimpinan pengajaran, personaliti, guru aliran sains, profesionalisme.

______________________________________________________________________ 1. PENGENALAN

Pendidikan merupakan satu usaha yang berterusan bagi melahirkan individu yang seimbang dan berpotensi dalam menjana pembangunan negara. Empat unsur penting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara diberi tumpuan dan penekanan bagi memperkembangkan potensi individu menjadi insan yang cemerlang dalam kehidupan mereka. Syed Ibrahim (2007) dalam penulisannya menyatakan bahawa dalam melahirkan individu yang cemerlang ini, guru merupakan antara faktor penyumbang dan terpenting membentuk sahsiah pelajar selain peranan ibu bapa, masyarakat dan negara.Penekanan terhadap aspek kepimpinan pendidikan juga dilihat sebahagian daripada faktor dalam penambahbaikan sesebuah organisasi pendidikan khususnya sekolah. Antara peranan _________________________________

*Corresponding author Tel:+ 6017-7226400, E-mel: zalgone85@yahoo.com

(2)

kepimpinan pendidikan iaitu perubahan amalan warga pendidik yang tidak produktif kepada lebih produktif dan berfokus

Menurut Hussein Mahmood (2008), pembangunan pendidikan bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi, peningkatan kualiti, kecemerlangan, keberkesanan, aksesibiliti dan ekuiti, harus berasaskan peningkatan proses didikan, pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah dan disertai dengan pembangunan pendidikan keseluruhannya di peringkat sekolah. Berdasarkan matlamat tersebut, pembentukan generasi yang mampu mencipta kemajuan bangsa dan negara perlu ditonjolkan dan usaha untuk melahirkan individu ini perlu diberi penekanan oleh warga pendidik melalui kepimpinan pengajaran mereka serta penerapan personaliti unggul yang dapat mencerminkan unsur karismatik yang tinggi supaya generasi ini dapat dicontohi seterusnya melahirkan kejayaan dan kecemerlangan kepada mereka.

Pemimpin pengajaran bertanggungjawab dalam mengendalikan PdP dengan berkesan. Duke (2004) memberi pandangan sesuatu kecemerlangan pelajar dan sekolah bergantung kepada pengetua atau guru besar yang membuat penetapan piawaian prestasi yang harus dicapai oleh pelajar. Bagi mencapai matlamat tersebut, pengetua atau guru besar disarankan agar dapat membina dan mewujudkan iklim dan suasana yang kondusif di sekolah. Guru berperanan untuk berkongsi maklumat mengenai ilmu pengetahuan dan menunjukkan bagaimana maklumat boleh digunakan bagi menerokai idea dan menghadapi masalah. Oleh itu pengajaran adalah aktiviti-aktiviti yang bermatlamat dan mempunyai tujuan di mana pendidik berkongsi maklumat dengan pelajar bagi membolehkan mereka menyempurnakan sesuatu tugasan yang tidak boleh disempurnakan sendiri sebelum itu (Shahabuddin et al., 2003).

Kepimpinan pengajaran dan personaliti guru di sekolah sememangnya memberi kesan dan pengaruh kepada pelajar. Kajian yang dijalankan ini akan melihat dan menumpukan sejauh mana tahap kepimpinan pengajaran guru dan kaitan dengan personaliti yang dibawa mereka. Sergiovanni (2007), mendefinisikan konsep kepimpinan guru dalam pengajaran adalah dengan memasukkan unsur-unsur pendidikan seperti membimbing, melibatkan diri dalam aktiviti pelajar, menyelaras aktiviti yang dikendalikan pelajar yang sememangnya akan menjadikan pelajar dan sekolah lebih

(3)

efektif. Dalam hal ini, komitmen guru biasa sebagai pemimpin dan pengurus pembelajaran di bilik darjah juga adalah antara faktor penting yang menyumbang terhadap usaha-usaha penambahbaikan kualiti PdP di sebuah sekolah.

Personaliti yang baik pada seseorang guru adalah merujuk kepada kualiti diri seperti sahsiah, tingkah laku, kekemasan, keceriaan, ketrampilan diri, kematangan, cara berinteraksi, kewibawaan guru dan sebagainya. Guru-guru mestilah sentiasa berpakaian kemas, sopan, berwajah manis, ceria, mesra, berkeyakinan tinggi, jujur, berbudi bahasa dan menunjukkan tingkah laku yang baik bukan sahaja di sekolah bahkan di mana sahaja mereka berada. Menurut Good dan Brophy (2002), seorang guru yang dihormati dan mesra pelajar akan dapat bekerjasama dengan pelajar-pelajarnya dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah. Hasilnya nanti aktiviti tersebut pastinya akan dapat memberikan kesan yang positif ke atas pencapaian akademik pelajar.

2.PERNYATAAN MASALAH KAJIAN

Kamarudin (2003) menyatakan kejayaan pelajar banyak bergantung sejauh mana mereka memberi tumpuan terhadap PdP di bilik darjah dan keberkesanan pengajaran guru ini dapat dinilai melalui keputusan pelajar semasa ujian bulanan, penilaian pertengahan dan akhir tahun selain peperiksaan awam. Guru yang berkualiti akan melahirkan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran yang diajar dengan syarat pelajar juga perlu berusaha ke arah itu. Permasalahan yang berlaku ketika ini kepada guru-guru mata pelajaran aliran Sains ialah untuk memastikan setiap pelajar dapat memberi tumpuan, melaksanakan tugasan, kerja kursus serta latihan yang berkaitan.

Kajian Faizah dan Zuhaili (2010) menyatakan bahawa mahasiswa universiti mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap pensyarah mereka yang menerapkan aspek-aspek kemahiran berkomunikasi, personaliti unggul, kesediaan mengajar, mengamalkan teknik pengajaran yang berkesan, tahap kesesuaian bahan bantu mengajar dan memiliki gaya interaksi yang positif. Ini menjadikan kajian ini sebagai rujukan untuk mendapatkan satu mekanisma penyelesaian dalam konteks pelajar sekolah dalam membina karektor mereka agar lebih berfokus dan minat terhadap pengajaran guru selain guru harus memastikan tugasan berjalan dan dilaksana dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

(4)

Kepimpinan pengajaran dan personaliti guru dilihat sebagai faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan minat pelajar mendalami kemahiran dan pengetahuan yang diajar. Esah (2003) menyatakan penguasaan pelbagai kebolehan dan kemahiran oleh seseorang guru sangat penting. Guru perlu memiliki ciri-ciri seperti kepimpinan unggul, kemahiran diplomasi dan bersikap terbuka akan menjadikan keberkesanan kepimpinan pengajarannya seterusnya prestasi pelajar meningkat dan dapat menarik kepercayaan ibu bapa dan komuniti sekolah.

3.OBJEKTIF KAJIAN

Objektif yang menjadi asas kepada kajian ini

iaitu:-1. Mengenalpasti tahap kepimpinan pengajaran guru aliran Sains di sekolah harian. 2. Mengenalpasti tahap personaliti guru-guru aliran Sains di sekolah harian.

3. Menentukan hubungan kepimpinan pengajaran guru dengan personaliti guru-guru aliran Sains sekolah harian.

4.HIPOTESIS KAJIAN

Berdasarkan kajian, satu hipotesis telah dibina sebagai menjawab persoalan kajian. Hipotesis ini adalah seperti

berikut:-H0 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan pengajaran

guru dengan personaliti guru-guru aliran Sains sekolah harian.

5.0KEPENTINGAN KAJIAN

Berdasarkan kajian-kajian lepas, pengkaji belum menemui kajian yang cuba mengkaitkan kajian kepimpinan pengajaran guru dengan personaliti guru-guru aliran Sains. Kajian yang akan dijalankan ini diharap dapat menunjukkan hubungan yang signifikan dalam membantu guru-guru aliran Sains selain dapat membentuk sikap pelajar supaya lebih serius, mempunyai matlamat, menepati masa dalam melaksanakan sesuatu tugasan agar mereka dapat membentuk satu karektor terpuji dan berdisiplin. Hasil dapatan kajian yang diperolehi ini juga boleh dicadangkan

(5)

untuk:-1.6.1 Memberi laporan dan cadangan kepada pengetua berkaitan permasalahan yang dihadapi guru-guru aliran Sains terhadap pelajar bagi tujuan penambahbaikan.

1.6.2 Membolehkan guru-guru aliran Sains menggunakan dapatan ini untuk diaplikasi dalam kepimpinan pengajaran mereka.

1.6.3 Menjadi rujukan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Pusat Perkembangan Kurikulum dan Bahagian Perancangan Dasar terhadap modul baru agar dipermudahkan dan tidak membebankan guru.

1.6.4 Menjadi rujukan kepada JPN dan PPD dalam mengaplikasi langkah-langkah yang boleh diambil menerusi bengkel dan kursus yang dapat memberi manfaat khusus kepada guru-guru aliran Sains.

6.SKOP DAN LIMITASI KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini adalah khusus untuk mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru aliran Sains yang terlibat secara langsung dalam PdP serta pelaksanaan kerja amali. Memandangkan skop fokus terhadap kepimpinan pengajaran ini terlalu luas dan tidak terhad, pengkaji hanya menumpukan kepimpinan pengajaran dengan personaliti guru aliran Sains sama ada boleh menarik minat dan menjadikan pelajar lebih berfokus dalam mengikuti PdP. Responden terbatas kepada semua guru aliran Sains yang mengajar mata pelajaran Sains serta aliran Sains Tulen tingkatan empat dan lima di semua sekolah harian dalam daerah Sepang.

7.TINJAUAN LITERATUR

Kepimpinan adalah faktor penting yang akan membezakan antara pemimpin yang berkesan dengan yang tidak berkesan. Dalam kajian Siti Sarawati (2011), seseorang pemimpin pengajaran yang mempunyai tahap kepemimpinan yang agresif seperti sangat tegas, berani, tidak suka dimanipulasi dan sangat berterus terang dengan cara yang tidak sesuai terhadap organisasi bawahannya akan memberi kesan terhadap organisasinya. Sebagai pemimpin pengajaran di sekolah, guru-guru seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang berkaitan dengan kurikulum serta seharusnya menjadi

(6)

Glickman (2010) menyatakan bahawa untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa, individu atau pemimpin perlu sentiasa membuat refleksi terhadap tindakan dan amalan yang dibuat dan sekiranya wujud kelemahan, pemimpin itu perlu memperbaikinya. Antara cadangan beliau iaitu memastikan matlamat yang ditetapkan guru kepada pelajar bagi menguasai kemahiran asas, maka pengajaran yang berkesan mungkin melibatkan penjelasan, demonstrasi, maklum balas dan amalan dan tindakan ini perlu ditunjukkan terlebih dulu oleh guru itu. Maka pengajaran yang berkesan adalah dengan mendedahkan mereka kepada realiti masalah yang berlaku dan menuntut penglibatan semua pelajar agar dapat menyumbang buah fikiran dan diakhirnya membuat keputusan secara rasional.

Esah Sulaiman (2003) menyatakan sesebuah organisasi memerlukan pemimpin dan kepimpinan yang berkesan. Di sekolah, seseorang pengetua mahupun guru-guru perlu menjadi pemimpin dan memberikan kepimpinan yang berkesan. Melalui cara ini, matlamat sekolah dan pendidikan dapat dicapai dengan lancarnya. (Cowley 1939; Stogdill 1951 dan Esah (2003) juga berpendapat bahawa pemimpin adalah seseorang yang diiktiraf lebih daripada seorang individu lain, mempunyai kewibawaan yang tinggi, berpengaruh dan seseorang yang berjaya menarik orang lain mengikutnya serta seseorang yang mempunyai kebolehan melaksanakan sesuatu tindakan dengan betul.

Dalam memastikan tahap profesionalisme guru-guru dipertingkatkan organisasi perlu memastikan penilaian dan tindakan dilaksanakan secara adil, berobjektif dan sistematik. Aspek-aspek trait personaliti dalam personaliti guru-guru perlu ada perubahan daripada aspek-aspek negatif ke aspek positif. Dengan kata lain guru-guru harus dihargai dengan ganjaran yang setimpal dengan sumbangan yang diberikan bagi menaikkan motivasi guru, meningkatkan keprihatinan dan iltizam agar segala usaha mereka berbaloi dalam melahirkan modal insan cemerlang dan berkelas dunia (Faizah et al., 2007).

Sidek Mohd Noah (2001) telah memperkenalkan trait-trait personaliti melalui pembinaan instrumen dikenali Sidek’s Personality Inventory (IPSTM). Trait-trait

personaliti ini juga telah didaftarkan sebagai hakcipta terpelihara dan ianya melibatkan 15 jenis trait-trait personaliti seperti agresif, analitikal, autonomi, bergantung, ekstrovert, intelektual, introvert, kepelbagaian, ketahanan, kritik diri, mengawal, menolong, sokongan, struktur dan pencapaian. Dalam pengujian instrumen ini dimasukkan juga satu

(7)

ciri item ketidakjujuran. Melalui 15 jenis trait personaliti ini, pengkaji dapat mengenalpasti ciri-ciri individu yang ingin dikaji seterusnya boleh diperihalkan. Kesemua taburan item trait personaliti sudah diuji dan dipatenkan dengan nilai alpha cronbach di antara .75 hingga .95.

John (1999) dalam kajiannya menyatakan bahawa ciri-ciri personaliti adalah berdasarkan Big Five Inventory. Secara umumnya ciri-ciri personaliti seseorang individu dapat dibahagikan kepada lima sifat yang asas iaitu openness (mempunyai sikap terbuka), conscientiousness (mempunyai kesedaran), extroversion (bersifat sosial/suka bergaul, agreeableness (berpendapat sama/senang mencapai persetujuan) dan yang akhir sekali ialah neuroticism (bersifat neurotik/ mempunyai gangguan emosi).

8.METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk deskriptif dan analisis inferensi untuk mencari hubungan hipotesis yang dibina (H0) dan ianya dijalankan dalam bentuk kaedah tinjauan menggunakan

instrumen soal selidik. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti dan mengumpul maklumat yang terperinci mengenai tahap dan hubungan kepimpinan pengajaran guru dengan personaliti guru-guru aliran Sains sekolah menengah harian dalam daerah Sepang. Sebanyak 110 subjek kajian dipilih dari sekolah-sekolah berhampiran dan instrumen soal selidik diedarkan.

Instrumen soal selidik ditadbir kepada tiga bahagian iaitu bahagian A yang digunakan untuk mengisi maklumat demografi responden manakala bahagian B melibatkan kepimpinan pengajaran yang diskalakan dalam bentuk Skala Likert lima mata sementara bahagian C merujuk personaliti guru. Bahagian B menggunakan soal selidik terdahulu yang dihasilkan oleh Hallinger dan Murphy (1987) yang dikenali PIMRS

(Principal Instructional Management Rating Scale) yang diubahsuai oleh Majid Konting

(1997) dan sudah dibuat kesahan terhadap taburan item ini iaitu α=.97. Bahagian C pengkaji menggunakan instrumen skala persetujuan seperti YA/TIDAK digunakan yang dihasil dan dipatenkan oleh Sidek Mohd Noah (2001) yang dikenali IPSTM (Sidek’s Personality Inventory) yang juga sudah diakui kesahannya iaitu α=.75 hingga .95.

Instrumen ini kemudiannya diubahsuai dengan dikurangkan soalan yang diajukan daripada 160 soalan kepada 80 soalan sahaja mengikut kesesuaian dengan kajian.

(8)

Hasil dapatan data yang dikumpul akan diproses menggunakan program SPSS v18. Data yang telah dikumpul ini kemudiannya dianalisa menggunakan kaedah deskriptif serta menggunakan analisis inferensi bagi menjawab persoalan hipotesis yang dibentuk. Satu ujian melibatkan korelasi ETA dan Cramer’s V pada aras signifikan p ≤ .05 digunakan bagi menguji hubungan antara dua pembolehubah iaitu kepimpinan pengajaran dengan personaliti. Penggunaan ujian korelasi bentuk ini adalah disebabkan skala pengukuran yang berbeza di mana satu daripada skala itu dibentuk menggunakan pengukuran nominal dan satu lagi berbentuk skor/skala normal.

9.DAPATAN KAJIAN Latar Belakang Responden

Jadual 1 menunjukkan analisis deskriptif bagi variabel jantina, kelulusan ikhtisas, opsyen, umur, tempoh berkhidmat, jawatan dalam Panitia dan kehadiran kursus.

Jadual 1:Taburan Responden Kajian

Variabel Frekuensi Peratus

Jantina Lelaki Perempuan Kelulusan Ikhtisas Ijazah/Diploma Guru Ganti/Sandaran Opsyen Opsyen Bukan Opsyen Umur 20 – 29 30 – 39 40 – 49 ≥ 50 Lama Berkhidmat 01 – 05 06 – 10 11 – 15 > 15 Jawatan 9 101 110 0 69 41 14 67 28 1 9 23 17 61 8.2 91.8 100 0 62.7 37.3 12.73 60.91 25.45 0.91 8.20 20.90 15.45 55.45

(9)

Ketua Panitia Guru Biasa Menghadiri Kurus Pernah Tidak Pernah 38 72 53 57 34.5 65.5 48.2 51.8

Dapatan menunjukkan bahawa 91.8% (101) daripada bilangan guru-guru aliran Sains sekolah harian terdiri daripada perempuan. Sementara 8.2% (9) adalah terdiri daripada lelaki. Dapatan kajian ini menunjukkan 100% (110) responden yang terlibat mempunyai kelulusan ikhtisas ijazah/diploma. Manakala opsyen aliran sains adalah 62.7% (69) dan bukan opsyen seramai 37.3% (41). Responden yang terlibat berumur 20 hingga 29 tahun sebanyak 12.73% (14). Manakala guru yang berumur 30 hingga 39 tahun sebanyak 60.91% (67). Bagi guru-guru yang berumur 40 hingga 49 tahun iaitu 25.45% (28) dan 0.91% (1) guru yang berumur 50 dan ke atas.

Seterusnya didapati guru-guru yang mengajar di antara 1 hingga 5 tahun iaitu sebanyak 8.2% (9) sementara guru-guru yang berkhidmat antara 6 hingga 10 tahun sebanyak 20.90% (23). Bagi guru-guru yang mencecah 11 hingga 15 tahun perkhidmatan mereka iaitu 15.45% (17) manakala guru-guru yang melebihi 15 tahun iaitu sebanyak 55.45% (61). Ini bermakna 91.8% (101) guru-guru telah berkhidmat melebihi 5 tahun dalam institusi pendidikan ini.

Bilangan responden yang menjawat jawatan Ketua Panitia iaitu 34.5% (38) dan untuk jawatan guru biasa yang mengajar aliran Sains ini iaitu 65.5% (72). Berdasarkan Jadual 1 juga didapati bahawa bilangan guru-guru yang pernah menghadiri kursus adalah sebanyak 48.2% (53) dan bilangan guru yang tidak berkesempatan menghadiri kursus ialah 51.8% (57).

Tahap Kepimpinan Guru-guru Aliran Sains Sekolah Harian.

Dalam bahagian ini pengkaji telah menentukan skor min kepimpinan pengajaran antara 1.00 hingga 5.00. Berdasarkan Wiersma (1995), skor min adalah rendah jika antara 1.00 hingga 2.33. Sederhana jika nilai skor min 2.34 hingga 3.66 dan tinggi jika skor min antara 3.67 hingga 5.00. Jadual 2 berikut menunjukkan analisa susunan skor min

(10)

sepuluh fungsi kepimpinan pengajaran berserta sisihan piawai mengikut ranking persetujuan.

Jadual 2: Susunan Tahap Persetujuan Tertinggi Skor Min Kepimpinan Pengajaran.

Bil Fungsi-fungsi Item Skor Min / Sisihan

Piawai 1 F10-fungsi menyediakan ganjaran pada pelajar M= 4.51, S.P.= .68

2 F2- fungsi pencerapan dan menilai guru M= 4.50, S.P.= .68

3 F8- fungsi membudayakan perkembangan staf M= 4.42, S.P.= .56

4 F4- fungsi memantau kemajuan pelajar M= 4.37, S.P.= .77

5 F3- fungsi menyelaras kurikulum M= 4.30, S.P.= .80

6 F1- fungsi matlamat sekolah dijelaskan M= 4.28, S.P.= .75

7 F9- fungsi menetapkan & menguatkuasakan

standard akademik M= 4.28, S.P.= .69

8 F6- fungsi memberi sokongan dalam aktiviti p&p M= 4.24, S.P.= .71

9 F5- fungsi mengawal dan melindungi waktu

Pengajaran M= 4.19, S.P.= .76

10 F7- fungsi intensif terhadap usaha guru M= 3.84, S.P.= 1.08

Keseluruhan fungsi-fungsi item (purata) M= 4.29, S.P.= .75

Didapati nilai skor min tertinggi (M= 4.51, S.P.= .68) iaitu (F10-fungsi menyediakan ganjaran pada murid) manakala nilai skor min terendah (M= 3.84,

S.P.=1.08) iaitu (F7-fungsi intensif terhadap usaha guru). Berpandukan skor min

keseluruhan (M= 4.29, S.P.=.75) di mana skor min ini menunjukkan ianya masih berada pada skala empat iaitu bersetuju dengan persoalan-persoalan yang dilontarkan melalui instrumen soal selidik bahagian B ini. Daripada 110 subjek kajian ianya dapat disimpulkan tahap kepimpinan pengajaran guru aliran Sains sekolah harian berada pada tahap tinggi dengan skor min (M= 4.29).

Tahap Personaliti Guru-guru aliran Sains sekolah harian.

Berpandukan pola pentafsiran trait-trait personaliti IPSTM (Inventori Personaliti Sidek), kategori tahap trait tinggi julat skor min adalah antara 1.51 hingga 2.00 manakala kategori sederhana antara 1.01 hingga 1.50 dan bagi kategori tahap rendah antara 0.00

(11)

hingga 1.00. Jadual 3 menunjukkan skor min, sisihan piawai dan pola pentafsiran trait-trait personaliti responden.

Jadual 3: Dapatan Skor Trait-trait Personaliti Responden

Bil Trait-trait Personaliti Min SisihanPiawai Tahap TraitResponden

1 Agresif 1.50 .21 Sederhana 2 Analitikal 1.42 .26 Sederhana 3 Autonomi 1.31 .26 Sederhana 4 Bergantung 1.25 .21 Sederhana 5 Ekstovert 1.46 .24 Sederhana 6 Intelektual 1.49 .26 Sederhana 7 Introvert 1.53 .24 Tinggi 8 Kepelbagaian 1.43 .25 Sederhana 9 Ketahanan 1.31 .22 Sederhana

10 Kritik diri 1.37 .24 Sederhana

11 Mengawal 1.60 .36 Tinggi 12 Menolong 1.25 .23 Sederhana 13 Sokongan 1.59 .25 Tinggi 14 Struktur 1.33 .22 Sederhana 15 Pencapaian 1.37 .28 Sederhana Keseluruhan 1.42 .25 Sederhana

Daripada Jadual 3, didapati ‘trait mengawal’ daripada 15 trait-trait personaliti mendapat skor min tertinggi (M= 1.60, S.P.= .36) manakala ‘trait bergantung’ mendapat skor min terendah (M=1.25, S.P = .21). Hasil dapatan data ini juga menunjukkan hanya dua trait personaliti sahaja dengan nilai skor min melepasi tahap tinggi responden iaitu

‘trait mengawal’ (M= 1.60, S.P.= .36) dan ‘trait sokongan’ (M= 1.59, S.P.= . 25).

Manakala trait-trait yang lain berada pada tahap sederhana dengan skor min antara (M=

1.25 hingga 1.50). Secara keseluruhannya daripada 15 trait-trait personaliti ini, tahap trait

keseluruhan 110 responden berada pada tahap sederhana dengan skor min keseluruhan (M= 1.42, S.P.= .25). Jadi daripada 110 subjek kajian ini, ianya dapat disimpulkan tahap personaliti responden iaitu guru- guru aliran Sains sekolah harian berada pada tahap sederhana dengan skor min (M= 1.42, S.P.= .25).

(12)

Hubungan Antara Kepimpinan Pengajaran Dengan Personaliti Guru-Guru Aliran Sains Sekolah Harian.

Jadual 4 menunjukkan nilai korelasi antara kepimpinan pengajaran dengan personaliti guru-guru aliran Sains pada aras signifikan p ≤ .05.

Jadual 4: Korelasi Kepimpinan Pengajaran dengan Personaliti Guru-guru Aliran Sains Hubungan Pemboleh ubah Jumlah Responden N Nilai Korelasi

Cramer’s V Nilai KorelasiETA Min Kepimpinan Pengajaran Trait Personaliti 110 .539 .596 .519 4.43 1.42 Jumlah 110 .539 .558

Berdasarkan Jadual 4, nilai pekali korelasi Cramer’s V (r = .539) manakala bagi nilai korelasi ETA (r = .558). Berdasarkan Hinkle, Wiersma dan Jurs (2003), ini menunjukkan bahawa kekuatan korelasi berada pada tahap sederhana antara kepimpinan pengajaran dengan personaliti guru-guru dan boleh disimpulkan bahawa terdapat satu hubungan signifikan yang sederhana antara kedua-dua pembolehubah ini. Maka hipotesis nul ditolak kerana dapatan menunjukkan nilai korelasi yang menunjukkan hubungan signifikan pada tahap sederhana.

Jadual 5 menunjukkan nilai korelasi antara setiap trait-trait personaliti guru-guru dengan kepimpinan pengajaran guru. Bagi menguji dan mendapatkan hubungan trait-trait personaliti dengan kepimpinan pengajaran, penentuan paras signifikan perlu ditentukan terlebih dahulu dengan alpha (α = .05) dipilih oleh pengkaji. Didapati bagi nilai p yang diperolehi bagi keseluruhan trait-trait personaliti adalah lebih kecil daripada nilai α = .05. Hipotesis nul yang dibina menyatakan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan pengajaran dengan personaliti guru-guru aliran Sains sekolah harian adalah ditolak.

Ini kerana nilai korelasi menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan pengajaran dengan personaliti guru-guru aliran Sains dan nilai pekali

(13)

korelasi menunjukkan bahawa trait-trait personaliti dengan kepimpinan pengajaran keseluruhan mempunyai korelasi positif pada tahap sederhana. Jadual 5 menunjukkan kekuatan nilai pekali korelasi bagi 15 trait-trait personaliti.

Jadual 5: Dapatan Korelasi Trait Personaliti dengan Kepimpinan Pengajaran

Bil PersonalitiTrait-trait

Nilai Korelasi Kepimpinan Pengajaran Cramer’s V Nilai Korelasi Kepimpinan Pengajaran ETA Aras Signifikan P Tolak / Terima H0

1 Agresif .434 .462 .991 Gagal tolak

2 Analitikal .556 .481 .768 Gagal tolak

3 Autonomi .508 .468 .444 Tolak

4 Bergantung .534 .488 .183 Tolak

5 Ekstovert .538 .483 .125 Tolak

6 Intelektual .525 .573 .237 Tolak

7 Introvert .475 .489 .832 Gagal tolak

8 Kepelbagaian .535 .575 .149 Tolak

9 Ketahanan .524 .522 .270 Tolak

10 Kritik diri .444 .351 .963 Gagal tolak

11 Mengawal .492 .489 .667 Gagal tolak

12 Menolong .515 .451 .347 Tolak

13 Sokongan .497 .518 .587 Gagal tolak

14 Struktur .509 .567 .434 Tolak

15 Pencapaian .509 .537 .430 Tolak

Keseluruhan .539 .558 .003 Tolak

Aras signifikan,α= .05, N = 110

4.3.1.1 H0 Tiada hubungan signifikan antara kepimpinan pengajaran dengan trait

personaliti.

Berdasarkan Jadual 5, nilai p yang diperolehi bagi trait personaliti agresif, analitikal, introvert, kritik diri, mengawal dan sokongan adalah lebih besar daripada nilai α = .05. Hipotesis nul menyatakan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara trait personaliti agresif, analitikal, introvert, kritik diri, mengawal dan sokongan dengan kepimpinan pengajaran dan keputusan ini gagal ditolak. Nilai p =.991, .768, .832, .963, .587, .667 dan ianya menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara

(14)

kedua-.444, .492, .497) dan ETA (r = .462, .481, .489, .351, .489, .518) menunjukkan bahawa trait-trait personaliti ini mempunyai korelasi positif di tahap sederhana dan lemah.

Namun nilai p yang diperolehi bagi trait personaliti autonomi, bergantung, ekstovert, intelektual, kepelbagaian, ketahanan, menolong, struktur dan pencapaian adalah lebih kecil daripada nilai α = .05. Hipotesis nul menyatakan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara trait personaliti autonomi, bergantung, ekstovert, intelektual, kepelbagaian, ketahanan, menolong, struktur dan pencapaian dengan kepimpinan pengajaran dan keputusan ini ditolak. Nilai p =.444, .183, .125, .237, .149, .270, .347, .434, .430 ianya menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kedua-dua pembolehubah ini. Manakala nilai pekali korelasi Cramer’s V (r = .508,.534, .538, .525, .535, .524, .515, .509, .509) dan ETA (r =.468, .488, .483, .573, .575, .522, .451, .567, .537) menunjukkan bahawa trait-trait personaliti ini mempunyai korelasi positif di tahap sederhana dan lemah.

PERBINCANGAN

Daripada dapatan kajian, sebagai rumusan yang boleh dinyatakan di sini antara kepimpinan pengajaran dengan personaliti guru-guru memang berlaku satu hubungan pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini menggunakan korelasi yang bersesuaian dengan instrumen yang telah dihasilkan bagi mentafsir instrumen berbentuk skala normal dan nominal seperti korelasi ETA dan Cramer’s V dan didapati nilai pekali kolerasi menunjukkan (r = .558) bagi bacaan korelasi ETA sementara Cramer’s V (r = .539) dan jika berpandukan kekuatan pekali kolerasi, nilai r berada pada tahap sederhana. Jadi dapatan ini dapat disimpulkan, seseorang guru yang mempunyai kepimpinan pengajaran berkesan dengan menonjolkan personaliti yang unggul mampu mempengaruhi pelajar dan mengubah persepsi pelajar ke arah lebih berfokus, bermatlamat, berpendirian dan dapat memberi tumpuan di kelas kerana kajian ini telah terbukti menunjukkan satu hubungan yang signifikan antara kepimpinan pengajaran guru dan personaliti yang dibawa mereka.

Begitu juga dengan personaliti, berpandukan 15 trait-trait yang dibincangkan ini, responden atau guru-guru mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berwibawa walaupun

(15)

kepimpinan pengajaran guru-guru dianggap masih cetek dengan pengalaman dalam memimpin pengajaran di bilik darjah. Ingin ditekankan di sini, dengan penggunaan teknik-teknik seperti pengajaran berbentuk ‘soft-learning’ dalam mempengaruhi pelajar mampu menggilap potensi pelajar untuk mencapai kecemerlangan seiring transformasi pendidikan.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kajian ini telah menguji hubungan yang signifikan antara dua pembolehubah ini dan didapati sememangnya terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan pengajaran dengan personaliti guru. Secara keseluruhannya, responden di kalangan guru-guru ini dapat diukur tahap personaliti mereka sebagai sederhana. Begitu juga dengan tahap kepimpinan pengajaran yang juga dapat diukur melalui skor min yang didapati nilai keseluruhannya tinggi.

Walau bagaimanapun kajian lanjut perlu diteruskan untuk menguji dengan lebih terperinci tentang apakah aspek-aspek yang perlu dilihat kepada seseorang individu yang bergelar guru. Seharusnya dengan trait-trait personaliti membantu pengkaji untuk lebih ke hadapan dan berfokus. Dengan itu diharap pada masa akan datang, akan wujud lebih banyak kajian-kajian yang dibuat kajian tentang kaitan kepimpinan pengajaran dengan realiti manusia dalam kehidupan.

RUJUKAN

Allport, G.W., 1937. Personality: A Psychological Interpretation. New York: Holt. Azizi Yahaya et al., 2006. Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala

Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Azizi Yahaya & Norlaily Ahmad., 2010. Teori-Teori Konsep Kendiri. Fakulti Pendidikan UTM (Laporan Kajian).

Bevoise, W.D., 1984. Synthesis of Research on The Principal As Instructional Leadership. Educational Leadership, hlm. 15-20.

Busher, H. & Harris, A. with Wise, C. 2000. Subject Leadership and School Improvement. London: Paul Chapman Publishing Ltd.

Duke, D.L., 2004. School Leadership and Instructional Improvement. New York: Random House.

(16)

Esah Sulaiman., 2003. Amalan Profesionalisme Perguruan. Skudai, Johor: Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.

Eysenck, H.J., 1993. Creativity and Personality: Suggestions for a Theory. Psychological Inquiry, 4, 144-178.

Faizah Abd.Ghani dan Zuhaili Mohd Arshad., 2010. Profit Tret Personaliti Pensyarah yang Cemerlang dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan Sistem Penilaian Pengajaran Pensyarah (PPP). UTM. Tesis Sarjana Pendidikan.

Glickman, C., Gordon, S. & Ross-Gordon, J., 2010. Supervision and Instructional Leadership.’A Developmental Approach’. (8th ed.). Boston, MA: Pearson Education, Inc.

Good, T. L. dan Brophy, J. E. 2002. Educational Phsycology: A Realistic Approach. New York: Longman

Habibah Elias , Noran Fauziah Yaakub. 2002 Psikologi Personaliti. Penerbit: DBP No. KK: 150 84225103 No. ISBN: 9836259317

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel,Rafidah Kastawi 2008. Perkembangan Kanak- kanak. (Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman)

Hallinger, P. & Murphy, J.F., 1987. Assessing and Developing Principal Instructional Leadership. Educational Leadership, 45(1), hlm. 30-61.

Hussein Mahmood., 2008. Kepimpinan Dan Keberkesanan Sekolah. (2nd ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jaafar Muhamad, 2000. Kelakuan organisasi.Kuala Lumpur : Leeds Pub.,

Kamarudin Husin., Siti Hajar Abdul Aziz., 2003. Pedagogi Untuk Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamus Dewan., 2010. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Krejcie, R.V. & Morgan D.W. 1970. Determining Sampel Size for Research

Activities. Educational and Psychological Measurement. 30(3): 607-610

Loy, L.H., 2002. Hubungan Kepimpinan Transformasional Pengetua den Kepuasan Kerja Guru. UPM. Tesis Sarjana (Laporan Kajian).

Mahmood Nazar Mohamed. 2005. Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mohd Majid Konting., 1994. Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Mohd Salleh Lebar, 2000. Pentadbiran pendidikan dan pendidikan di Malaysia. Petaling Jaya, Selangor : Addison Wesley Longman Malaysia

Pusat Perkembangan Kurikulum., 2012. Huraian Sukatan Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia; Putrajaya.

(17)

Rutherford, W.L., et al., 1983. The Role of The School Principal in The School Improvement Efforts. Austin, Texas: Research and Development Center for Teacher Education University of Texas. ERIC Document Reproduction Service No. ED 250 814.

Rosni Zamuddin Shah & Siti Fatimah Md. Salleh., 2010. Kesediaan Guru Sekolah Menengah di Daerah Kota Bharu dalam Melaksanakan Sistem Penilaian Prestasi Pelajar Berasaskan Sekolah. UTM. Tesis Sarjana Pendidikan.

Sergiovanni, T.J., 2007. Handbook for Effective Department Leadership: Concepts and Practices in Today’s Secondary Schools. Boston, MA: Allyn and Bacon. Shahabuddin Hashim, et al 2003. Pedagogi, Strategi Dan Metode Mengajar Dengan

Berkesan. Bentong: PTS Publishing & Distributor Sdn. Bhd.

Sidek Mohd Noah., 2001. Inventori Personaliti Sidek, IPSTM. UPM Serdang.

Siti Sarawati Johar., 2011. Dimensi Personaliti Psikotisisme di Kalangan Ketua dan Impaknya Terhadap Estim Kendiri Pekerja di Tempat Kerja. UTHO. Tesis Doctor of Philosophy (Ph.D).

Syed Ibrahim., 2007. Malaysia Kita. Panduan dan Rujukan untuk Peperiksaan Am Kerajaan. Petaling Jaya: International Law Book Services.

Wiersma W. 2000. Research Methods In Education: An Introduction 7th Ed. Boston: Allyn & Bacon.

Yong, Chooi Yean 2007 Personaliti pelajar tingkatan dua dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Soaib Asimiran, 2011. Transformasi kepemimpinan pendidikan: cabaran & hala tuju. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Zuraidah Abdul Rahman., 2005, Fasilitator Kelompok Kecil. Petaling Jaya: IBS BUKU

Referensi

Dokumen terkait

Desa dapat lebih fokus dalam mengintenfisikasi pelayanan publik serta pembangunan dalam skala yang lebih kecil. Kenyataan tersebut setidaknya mendorong otonomi yang

Penyerapan tenaga kerja merupakan jumlah tertentu dari tenaga kerja yang digunakan dalam suatu unit usaha tertentu atau dengan kata lain penyerapan tenaga kerja adalah jumlah

Selanjutnya lebih tingginya peningkatan daya serap MDF terhadap formaldehida dibandingkan terhadap kloroform (CHCl ) dimana keduanya bersifat polar, diduga terjadi karena

Faktor pendidikan mempunyai hubungan dengan kejadian demam tifoid di RSUD Salewangan Maros Tahun 2010 di mana terdapat penderita demam tifoid yang memiliki

Hipotesis penelitian ini adalah pematahan dormansi dengan proses skarifikasi pada bagian yang berbeda memberi respons yang berbeda terhadap perkecambahan benih

Hasil penelitian menunjukkan sesudah dilakukan penyaringan sampel minyak jelantah menggunakan ampas tebu sebanyak tiga kali pengulangan didapatkan hasil yaitu : bau

Lain halnya dengan intelektual organik masyarakat sipil yang diperankan sebagai agen intelelektual organik yang berafiliasi dengan kekuatan masyarakat sipil

Sebagai bagian dari negara global dan tergabung dalam COP UNFCCC Indonesia jelas programnya untuk memperjuangkan 29% itu upaya yang dilakukan indonesia itu dari lima