BULETIN
BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK
BILANGAN 17 : MEI 2021
Pusat Strategi-UKM mengalu-alukan Prof. Ts. Dato’ Dr Mohd Ekhwan Toriman yang dilantik sebagai Naib Canselor UKM mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2023. Prof. Ts. Dato' Dr. Mohd Ekhwan, seorang Profesor dalam bidang Hidrologi Persekitaran, menjadi warga akademik UKM sejak tahun 1994. Beliau merupakan Naib Canselor pertama yang dilantik dalam kalangan alumni UKM sendiri.
PROFDATO’ DR NORMAN MOHD SALEH Pro-Naib Canselor
(Strategi dan Pembangunan Korporat)
Pelantikan tersebut amat tepat, berdasarkan pengalaman luas beliau yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Akademik dan Pembangunan), Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UKM dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Pembangunan), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Pelantikan beliau memantapkan lagi perjalanan UKM sebagai sebuah Universiti Kebangsaan yang menerajui agenda masyarakat dengan konsep “Universiti Watan Kita”. Konsep kewatanan membawa maksud semangat untuk membela nasib bangsa dan negara dengan semangat kemanusiaan dan persaudaraan. Konsep ini akan diterjemahkan dalam strategi jangka pendek dan panjang, prakarsa dan indikator yang jelas.
Beliau juga memperkenalkan T.E.R.A.S. sebagai asas pentadbirannya, yang merujuk kepada Bakat (Talent), Etika (Ethics), Pemerkasaan (Revitalise), Tangkas (Agile) dan Jiwa (Soul). Asas ini penting untuk memastikan warga UKM bekerja dalam satu pasukan yang jitu.
Bagai sirih
pulang ke gagang
Sekali lagi Pusat Strategi-UKM mengucapkan selamat bertugas kepada Naib Canselor UKM dan semoga UKM mencapai kegemilangan di persada antarabangsa.
Di akhir Ramadhan yang penuh berkah dan Syawal yang akan mengunjung tiba, Pusat Strategi juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada warga UKM. Semoga hari lebaran ini merapatkan ukhuwah antara kita walaupun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
24 19 30 12 25 79 86 121 189 259 2016 2017 2018 2019 2020 Kertas Polisi Buku Penyelidikan 2433 2846 3070 3167 3566 1233 1148 1438 1319 1724 607 653 710 833 1213 2016 2017 2018 2019 2020
Jurnal Terindeks (WoS, Scopus, Era) Jurnal Q1 - Q4 (WoS)
Jurnal Q1 & Q2 (WoS)
UKM dan Penyelidikan
2034 2270 2517 2528 3140 3874 3545 3154 3321 3584 1927 1940 2258 2309 2016 2017 2018 2019 2020
UKM UM UPM USM UTM
UKM telah menunjukkan
peningkatan pencapaian penerbitan makalah yang konsisten bagi tempoh lima tahun (2016-2020). Rajah 1
menunjukkan perbandingan
penghasilan makalah (dari pangkalan data Web of Science, WoS) bagi lima buah universiti utama di Malaysia.
Strategi perancangan bersasar oleh UKM dalam mencapai penyelidikan berkualiti telah secara langsung berjaya membantu para penyelidik UKM menghasilkan penerbitan bermutu yang menjadi rujukan dunia. Ini diterjemahkan dengan lonjakan bilangan penerbitan WoS pada 2020 iaitu sebanyak 3140 buah makalah. Lebih membanggakan, hampir 40% (1213 buah makalah) adalah makalah bertaraf Q1 dan Q2 sepertimana ditunjukkan dalam Rajah 2.
Rajah 3 pula menunjukkan
pencapaian penghasilan kertas polisi dan buku penyelidikan bagi UKM dalam tempoh lima tahun yang sama. Kadar peningkatan buku penyelidikan UKM dalam tempoh ini adalah sangat memberangsangkan.
UKM juga konsisten dalam
penghasilan polisi kepada negara, dengan purata 22 polisi setahun sepanjang tempoh ini.
Diharap seluruh warga UKM meneruskan usaha cemerlang menghasilkan penyelidikan berkualiti yang memberi manafaat, bukan sahaja kepada negara, malah kepada dunia amnya.
Rajah 1: WoS - Makalah (RU)
Rajah 2 : Makalah oleh UKM
Rajah 3 : Kertas Polisi dan Buku Penyelidikan oleh UKM
UKM di Persada Dunia
Pada tahun 2020, UKM telah menerima beberapa pengiktirafan dalam pemeringkatan (Rankings) daripada organisasi di luar negara. Bagi QS World Universiti Rankings yang mengambil kira indikator seperti reputasi sesebuah universiti dari perspektif rakan akademik yang lain, perspektif majikan, prestasi penyelidikan universiti berkenaan dan jaringan antarabangsa, UKM berada pada kedudukan ke-141 terbaik di dunia. Pengiktirafan ini bermakna universiti ini berada dalam kelompok 12% universiti terbaik di dunia. Kedudukan UKM di Asia juga turut meningkat saban tahun dengan kedudukan terkini adalah pada tempat ke-35 universiti terbaik di Asia iaitu dalam kelompok 6% universiti terbaik di Asia.
Dari segi penarafan subjek yang merujuk kepada bidang yang dipelopori oleh UKM, QS telah mengiktiraf 11 subjek dari UKM untuk berada dalam kedudukan ke 101-200 terbaik di dunia. Di Malaysia, sebanyak 6 subjek dari UKM berada di kedudukan kedua terbaik. Pemeringkatan (Rankings) merupakan perkara yang mengukur dan mengiktiraf sejauh mana pencapaian sesebuah universiti. Rankings meletakkan kedudukan UKM berbanding universiti lain dan secara lansung menilai kualiti dan kecekapan UKM dari pelbagai aspek berbanding universiti lain. Tidak dapat dinafikan bahawa hasil dari kerja keras warga universiti dalam menyelusuri hala tuju universiti seperti mana yang telah dirancang dan digariskan dalam pelan strategik UKM menyumbang kepada peningkatan pengiktirafan UKM, sebuah universiti watan, di persada antarabangsa.
UKM dan Agenda Kelestarian Universiti
Pada tahun 2007, UKM telah mengorak langkah untuk menerapkan konsep pembangunan lestari dalam usaha untuk menganjak kampus UKM menjadi sebuah kampus lestari. Falsafah yang mendorong usaha ini menekankan peranan UKM meminimumkan impak negatif penggunaan sumber ke atas alam sekitar, ekonomi dan sosial, bagi memenuhi fungsi pembelajaran, penyelidikan, jangkauan kesepakatan dan penerajuan (stewardship) dalam membimbing perubahan gaya hidup warga, pelajar dan masyarakat agar lebih lestari. Usaha-usaha ini masih diteruskan, dan pelbagai inisiatif sedang digerakkan untuk membudayakan konsep lestari dengan lebih menyeluruh.
Pengukuran juga di buat oleh UKM umpamanya penarafan oleh Times Higher Education (THE) melalui Impact
Rankings yang mengukur sumbangan sesebuah Universiti
dalam menterjemahkan aspirasi pembangunan lestari yang terkandung di dalam United Nation Sustainable Development Goals (SDGs) 2030. Pada tahun ini, untuk
kali kedua UKM bersama 1153 institusi pengajian tinggi dari 96 negara, telah menyertai proses penarafan ini, dan menduduki tempat di dalam julat 101-200 untuk empat SDG. Keputusan penarafan ini telah memperlihatkan ruang untuk mengukuhkan lagi usaha pembudayaan konsep pembangunan lestari dengan lebih menyeluruh. Ini termasuk melihat peluang untuk memperkasakan inisiatif sedia ada dan yang baharu untuk membantu UKM mencapai hasrat yang diiltizamkan pada tahun 2007. Sebagai pendukung amanah negara, UKM akan meneruskan sumbangan mengukuhkan gagasan ilmu, serta memasyarakatkan ilmu tersebut untuk menyumbang kepada usaha negara dan dunia dalam mencapai aspirasi pembangunan lestari. Usaha pembudayaan ini akan diteruskan bertunjangkan semangat T.E.R.A.S yang menjadi pemangkin pembentukan strategi UKM yang akan datang.
Aktiviti Pusat Strategi UKM
Penasihat
Prof. Dato’ Dr. Norman Mohd Saleh
Ketua Editor
Prof. Madya Dr. Mohd Azlan Shah Zaidi
Editor
Prof. Dr. Mohd. Zaidi Omar Prof. Madya Dr. Wan Zawiah Wan Zin @ Wan Ibrahim Prof Madya Dr. Sarah Aziz Abdul Ghani Aziz
Tuan Haji Zanudin Mohd. Daud Puan Nor Saribon Ramli
Reka Bentuk
Encik Barudin Baharin
Pusat Strategi UKM Aras 3, Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-89213856 Faks : 03-89214590
www.ukm.my/strategi-ukm
Sekiranya anda mempunyai sebarang bahan sama ada berbentuk artikel ataupun gambar (resolusi tinggi), mohon dapat majukan bahan tersebut ke alamat e-mel [email protected]
SIDANG
PENGARANG
HUBUNGI
1. Bengkel Perancangan Kerangka Pelan TindakanStrategik 2021 (T.E.R.A.S) secara atas talian. 27 Februari 2021
2. Bengkel Kerangka Pelan Tindakan Strategik UKM 2021 (T.E.R.A.S) pada 27/3/2021 di Bangi Resort Hotel
3. Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti
Perkhidmatan Pusat Strategi UKM oleh SIRIM pada 16 April 2021
PERPINDAHAN DAN KEMASUKAN STAF DI PUSAT STRATEGI
Pusat Strategi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Zaimi Makhtar dan Encik Shahrin Anuar atas perkhidmatan yang telah disumbangkan.. En Shahrin telah berpindah ke INBIOSIS pada 1 Disember 2020 manakala Puan Zaimi telah berpindah ke Pusat Pengurusan Akademik pada 8 Februari 2021.Pusat Strategi juga mengalu-alukan kedatangan semula Ketua Pentadbiran baharu, tuan Haji Zanudin Mohd Daud yang telah memulakan tugas semenjak 25 Februari 2021.