• Tidak ada hasil yang ditemukan

Strategi pembelajaran Bahasa Jepun dalam kalangan pelajar UITM / Norazmi bin Hasan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Strategi pembelajaran Bahasa Jepun dalam kalangan pelajar UITM / Norazmi bin Hasan"

Copied!
121
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Antara isi kandungan dalam Falsafah Pendidikan Negara adalah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani. Justeru itu, untuk mencapai objektif dan hasrat murni Falsafah Pendidikan Negara ini, kita haruslah menyediakan pelajar yang berpotensi dalam semua aspek pendidikan ke tahap yang maksimun. Untuk membuktikan bahawa seseorang itu mempunyai kemantapan rohani, keterampilan intelek, keseimbangan emosi dan kekuatan jasmani yang baik, kita perlulah mempunyai kemahiran bahasa yang mudah difahami oleh orang lain apabila ingin menyampaikan apa yang dirasai atau yang difikirkan ketika itu.

Manusia berinteraksi antara satu sama lain dalam perniagaan, kerjasama antarabangsa mahupun dalam pendidikan. Komunikasi menjadi amat penting walaupun berbeza budaya dan latar belakang. Dengan itu keperluan kepakaran dalam pelbagai bahasa akan bertambah meningkat.

Memang tidak dinafikan bahawa terdapat kepelbagaian bahasa di dunia ini. Hampir setiap negara di dunia ini mempunyai bahasa tersendiri yang dituturkan oleh rakyatnya dan menjadi bahasa rasmi negara berkenaan. Bahasa ini juga menjadi bahasa ilmu, bahasa perpaduan dan lambang kebudayaan sesebuah negara (Amilrudin Ishak, 2003). Manusia saling berinteraksi dan berkomunikasi antara satu bangsa dengan bangsa lain meskipun berlainan bahasa. Lantaran itu, wujudlah apa yang dinamakan pengaruh bahasa asing dan beberapa faktor lain seperti motivasi, dorongan orang lain yang mendorong manusia berkomunikasi dalam bahasa asing.

(2)

Mempelajari bahasa asing di negara yang bukan menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa utama adalah lebih sukar berbanding dengan mempelajari bahasa di negara yang menggunakan bahasa tersebut. Untuk mempelajari bahasa asing juga memerlukan seseorang itu menggunakan banyak pendekatan, kaedah dalam merancang strategi pembelajaran bahasa asing agar menjadi lebih mudah dan menarik.

Dewasa ini, pembelajaran bahasa merupakan sesuatu yang amat penting, justeru itu pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan untuk mendorong pelajar supaya mempelajari pelbagai bahasa supaya pelajar bukan hanya mahir dalam bahasa ibunda sahaja. Bagi memastikan pelajar mahir dan berjaya dalam menguasai sesuatu bahasa, pengajar harus mengajar dan membantu pelajar-pelajar menggunakan strategi belajar yang berkesan. Pengajar yang mempelbagaikan strategi pengajaran dapat membantu pelajar-pelajar menguasai pelbagai ilmu bahasa dengan cepat dan berkesan (Oxford & Crookall, 1989). Oleh itu, pengajar seharusnya melatih pelajar mereka membina dan menggunakan strategi pembelajaran bahasa yang sesuai dengan mereka. Ini kerana strategi pembelajaran bahasa yang berbeza turut mempengaruhi gaya pembelajaran bahasa mereka.

Perbezaan jenis bahasa dari segi linguistik dan ortografi juga didapati mempengaruhi penggunaan strategi dalam pembelajaran bahasa sasaran (Grabe, 1986; Douglas, 1992). Nakayama (1995) dalam Nurul Huda (2012) menyatakan bahawa pelajar yang mempelajari bahasa kedua daripada bahasa Indo-Eropah dan membina strategi pembelajaran bahasa mereka berkemungkinan tidak mampu memindahkan strategi yang sama ketika mempelajari bahasa Jepun. Para pelajar memerlukan strategi yang berbeza untuk mencapai kejayaan. Keadaan ini berpunca daripada perbezaan yang terdapat antara kedua-dua bahasa. Keadaan ini juga berlaku kepada pelajar yang mempelajari bahasa sasaran yang berbeza daripada bahasa ibunda mereka dari segi

(3)

linguistik dan ortografi seperti bahasa Melayu dengan bahasa Arab mungkin memerlukan pelajar menggunakan strategi yang berlainan ketika mempelajari bahasa Melayu dan bahasa Arab.

Sehubungan dengan itu, kajian secara ilmiah perlu dibuat untuk mengetahui apakah strategi pembelajaran yang sesuai diaplikasikan oleh pelajar-pelajar dalam menguasai bahasa, meningkatkan prestasi, pencapaian dan penguasaan bahasa tersebut ke tahap yang maksimun.

1.1 Bahasa Jepun di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Adalah menjadi polisi UiTM untuk dikenali sebagai universiti antarabangsa yang dapat membekalkan pelajar yang lebih kompetitif dan berdaya saing. Pendidikan di UiTM perlu melahirkan graduan profesional yang versatil, berdikari, global dan beretika. Pelajar perlu kreatif dan inovatif dalam menghasilkan idea dan produk baru. Pelajar juga perlu mempunyai kemahiran yang pelbagai (multi-skilled) supaya dapat merebut semua peluang yang sedia ada di samping berkebolehan membentuk pasaran baru. Untuk tujuan itu, pelajar perlu mahir berkomunikasi dan berkompromi terutamanya dalam industri pekerjaan. Sehubungan dengan itu, graduan UiTM dibekalkan dengan sekurang-kurangnya satu kemahiran bahasa asing sebagai satu nilai tambah kepada tahap ke professionalan mereka (Habibah, 2010)

Kursus bahasa ketiga merupakan salah satu kursus yang tidak asing lagi di UiTM kerana ianya telah ditawarkan sejak tahun 70an lagi. Bahasa ketiga telah diberi status elektif wajib sebagai keperluan universiti kepada semua pelajar sepenuh masa dan separuh masa di peringkat Ijazah Sarjana Muda Am/Kepujian oleh Senat UiTM mulai Jun 1999. Di antara kursus bahasa ketiga yang ditawarkan di universiti ini ialah Bahasa Arab, Bahasa Itali, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman, Bahasa Korea, Bahasa Mandarin dan

(4)

Bahasa Perancis. Walaupun telah diperkenalkan lebih tiga dekad yang lalu, sehingga kini, kebanyakan pelajar yang telah tamat mengikuti kursus bahasa-bahasa ini, masih tidak mampu menguasai bahasa ketiga dengan begitu baik. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui strategi pembelajaran salah satu bahasa tersebut, iaitu bahasa Jepun.

Di UiTM, bahasa Jepun adalah salah satu pilihan kursus bahasa ketiga yang ditawarkan kepada pelajar sarjana muda di UiTM dan ianya terdiri daripada 3 tahap kursus yang perlu diikuti oleh semua pelajar selama tiga semester. Bagi pelajar-pelajar yang buat pertama kalinya mempelajari bahasa Jepun ini, sudah pastinya ia merupakan bahasa yang asing bagi mereka. Walaupun pelajar-pelajar ini sudah mempunyai pengetahuan dan pengalaman mempelajari bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris, mempelajari bahasa Jepun boleh dianggap mempunyai banyak perbezaan dengan mempelajari bahasa Inggeris.

1.1.1 Akademi Pengajian Bahasa UiTM

Tugas dan peranan ini dimandatkan kepada Akademi Pengajian Bahasa yang dulunya disebut sebagai Pusat Bahasa, UiTM. Menyingkap sejarah Akademi Pengajian Bahasa, ianya telah ditubuhkan pada tahun 1972 bertujuan menyelaraskan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa-bahasa Asia dan Eropah yang lain. Bahasa-bahasa Asia dan Eropah adalah dianggap sebagai bahasa ketiga dan akademi ini dipertanggungjawabkan untuk menyediakan bahasa ketiga kepada pelajar. Bahasa-bahasa tersebut ialah bahasa Perancis, Jerman, Arab, Korea, Itali, Mandarin dan Jepun. Pemilihan bahasa ketiga tersebut merupakan subjek elektif wajib bagi program ijazah pertama sejak Jun 1999 lagi sehingga sekarang. Penekanan ke atas kompetensi berbahasa adalah diharapkan akan dapat melengkapkan pelajar UiTM sebagai pelajar yang berdaya saing di pasaran global.

(5)

Seiring dengan arus dunia globalisasi ini, pemilihan bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga di UiTM telah menjadikannya sebagai salah satu dari bahasa-bahasa Asia yang mendapat sambutan di UiTM. Bagi memperluaskan lagi pembelajaran bahasa Jepun, beberapa program telah dibuka kepada kakitangan UiTM dan juga orang awam melalui Kursus Kemahiran Bahasa (KKB), Pengajian Luar Kampus (PLK) dan Pengajian Jarak Jauh (PJJ). Selain itu program kolej-kolej bersekutu (KKB) adalah dalam perancangan untuk ditawarkan kepada orang awam pada masa akan datang.

Walau bagaimanapun, untuk kajian ini, pengkaji hanya memberi fokus kepada subjek bahasa Jepun yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar sepenuh masa di peringkat ijazah di Universiti ini. Bahasa Jepun diperingkat ijazah dibahagikan kepada tiga tahap pengajian iaitu Tahap 1 (BJP 401), Tahap 2 (BJP 451), dan Tahap 3 (BJP 501). Setiap 3 tahap mempunyai jumlah jam temu sebanyak 28 jam bagi satu semester bersamaan dengan 2 jam temu seminggu. Pada setiap semester terdapat lebih 2000 orang pelajar yang mengambil kursus bahasa Jepun termasuk program diploma di UiTM.

Program bahasa Jepun yang dikendalikan oleh Akademi Pengajian Bahasa UiTM ini, lebih menekankan aspek komunikasi berbanding penulisan. Justeru itu tiga jenis sistem tulisan bahasa Jepun iaitu hiragana, katakana dan kanji tidak begitu ditekankan. Sistem penulisan yang digunakan ialah dengan menggunakan huruf roman. Walau bagaimanapun sedikit konsep tulisan hiragana, katakana dan kanji diperkenalkan kepada pelajar.

Walaupun dengan persekitaran di luar dan di dalam kelas yang tidak begitu menggalakkan dan kurang membantu dalam penguasaan bahasa, namun terdapat sebilangan pelajar yang berminat dan tidak kurang juga pelajar yang memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan bahasa Jepun mereka. Pelajar-pelajar ini diajar oleh tenaga pengajar tempatan sepenuhnya. Buku teks yang diguna pakai adalah buku

(6)

yang diusahakan oleh gabungan tenaga pengajar tempatan. Selari dengan subjek- subjek teras yang lain, pelajar-pelajar ini penuh bermotivasi dan berusaha keras. Sudah tentunya mereka mempunyai strategi-strategi tertentu supaya dapat membantu dan memudahkan pembelajaran mereka bagi membantu meningkatkan penguasaan bahasa yang dipelajari.

1.2 Definisi Operational

Kebanyakan istilah yang digunakan di dalam kajian ini mempunyai kaitan dengan tajuk kajian dan penerangan istilah-istilah tersebut adalah merangkumi aspek-aspek pemerolehan bahasa asing.

1.2.1 Strategi Pembelajaran

Pembelajaran bahasa merupakan proses komunikasi yang terhasil daripada aktiviti pelajar dengan guru dan interaktif di antara pelajar dengan pelajar. Penguasaan pelbagai kemahiran asas dalam mempelajari bahasa itu menjadi faktor utama dalam proses pembelajaran bahasa. Ini termasuklah penggunaan strategi pembelajaran bahasa untuk menguasai bahasa yang dipelajari.

Pembelajaran pula didefinisikan sebagai berusaha dan berlatih. Cavas (2010) menyatakan bahawa gaya pembelajaran selalunya tidak dikaitkan dengan apa yang telah dipelajari oleh seseorang tetapi lebih kepada bagaimana seseorang individu belajar. Manakala menurut Oxford (1990), sesuatu bahasa asing tidak mempunyai fungsi komunikasi secara langsung dalam masyarakat di mana ia dipelajari kerana ia jarang digunakan dalam pergaulan orang tempatan, sebaliknya ia banyak digunakan untuk berkomunikasi di tempat-tempat lain.

(7)

Kajian oleh Nik Mohd Rahimi (2005) mendapati bahawa antara faktor yang banyak membantu pelajar menguasai bahasa Arab dengan baik adalah melalui strategi pembelajaran yang berkesan. Sebagai contoh, seorang pelajar itu akan menggunakan strategi pembelajaran bahasa yang berlainan untuk memahami maksud ayat atau sesuatu perkataan untuk menyelesaikan tugas yang telah diberikan atau pun untuk menguasai bahasa tersebut. Setiap strategi pembelajaran bahasa yang digunakan mempunyai kelebihan atau kekurangan bergantung kepada latihan yang dibuat. Maka penggunaan strategi yang sesuai dapat membantu dan memperbaiki pembelajaran sesuatu bahasa itu.

Melalui pengalaman pengkaji sendiri yang pernah mempelajari bahasa Jepun, pengkaji perlu menggunakan pelbagai strategi pembelajaran untuk memahami bahasa tersebut. Contohnya menggunakan strategi menghafal, membaca, menulis, mendengar lagu, menggunakan gambar-gambar, tayangan video, mencuba untuk berkomunikasi dengan pensyarah, rakan atau penutur sebenar.

1.2.2 Bahasa Jepun

Bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar ketiga, di mana bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kedua dan bahasa Melayu sebagai pengantar bahasa pertama. Bahasa ketiga di UiTM merupakan subjek elektif wajib bagi peringkat ijazah sarjana muda.

1.2.3 Pelajar

Pelajar-pelajar UiTM peringkat ijazah yang telah lulus tahap pertama kod BJP 401 dan tahap kedua BJP 451 dan sedang mengikuti kod BJP 501 kursus bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga di UiTM.

(8)

1.3 Pernyataan Masalah

Pengkaji merupakan salah seorang tenaga pengajar bahasa Jepun di Universiti Teknologi Mara sejak tahun 2009. Dalam tempoh 5 tahun mengajar bahasa Jepun, pengkaji mendapati bahawa sesetengah pelajar mampu menguasai bahasa ini dalam pertuturan dan pendengaran. Meski pun begitu, hanya segelintir pelajar sahaja yang dapat mengusainya dengan baik berbanding dengan peratusan yang mempelajari bahasa ini. Keadaan ini jelas kelihatan dalam proses pembelajaran semasa waktu kuliah, responden dapat mengikuti sesi pembelajaran dan menjawab semua latihan bertulis dan lisan dengan baik tetapi penguasaan ini berbeza semasa responden mengikuti ujian. Ini berdasarkan keputusan ujian lisan dan mendengar yang dibuat sepanjang tempoh pengajian responden, mereka tidak memperolehi keputusan yang baik dalam ujian yang diberikan.

Umumnya masalah dalam penguasaan bahasa Jepun adalah disebabkan pelajar tidak berupaya menguasai nahu dan perbendaharaan kata bahasa tersebut. Jika seseorang pelajar itu tidak memahami sistem linguistik maka komunikasi dalam bahasa itu juga menjadi sukar. Pelajar yang ingin mempelajari bahasa asing perlu mahir pada peringkat fonologi, morfologi, sintaksis dan leksikal supaya kemahiran bahasa asing itu akan menjadi lebih mudah. Pembelajaran bahasa harus dilihat sebagai memberi kesempatan kepada pelajar untuk menghayati dan menggunakan bahasa dari pelbagai sudut yang berbeza. Pelajar perlu menjadi lebih aktif dalam aktiviti pengalaman berbahasa dan bijak mengadunkan kemahiran berbahasa dalam menerangkan fenomena yang berlaku di sekelilingnya (Anida Abd. Rahim, 2003).

(9)

1.4 Objektif Kajian

Di Malaysia, kajian tentang strategi pembelajaran bahasa Jepun kurang mendapat perhatian pengkaji bahasa, baik dalam kalangan masyarakat umum mahupun golongan akademik. Ini mungkin disebabkan bilangan rakyat Malaysia yang menguasai bahasa ini amat terhad jumlahnya disamping pendedahan kepada masyarakat. Walaupun pada masa kini, bahasa ini telah diajar di kebanyakan sekolah dan universiti, kajian tentang bahasa ini amat kurang sekali. Ini telah dibuktikan oleh Habibah Shuib (2010) yang menyatakan bahawa di Malaysia, belum banyak kajian mengenai strategi pembelajaran bahasa asing yang telah dibuat oleh pengkaji terutamanya dalam bahasa Jepun tetapi strategi pembelajaran dalam bahasa Inggeris dan Melayu pernah dilakukan oleh Abu Talib Abdullah (1998), Mohd. Nazali Abu Bakar (1999), Zamri Mohamod, Mohamed Amin Embi, Noriah Mohd. Ishak dan Juriah Long (2002), Supian Md. Noor (2003), Mahadi Kamaludin (2006)dan lain-lain.

Maka, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:

1. Mengenal pasti strategi pembelajaran Bahasa Jepun yang digunakan oleh pelajar UiTM.

2. Mengenal pasti perbezaan penggunaan strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh pelajar dalam jurusan yang berbeza iaitu jurusan Seni Lukis dan Seni Reka dan jurusan Pengurusan Maklumat.

3. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh pelajar UiTM.

(10)

1.5 Persoalan Kajian

1. Apakah strategi pembelajaran bahasa Jepun yang digunakan oleh pelajar di UiTM?

2. Apakah terdapat perbezaan penggunaan strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh pelajar dalam jurusan yang berbeza?

3. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa Jepun dalam kalangan pelajar UiTM?

Bagi menjawab semua persoalan kajian diatas, kajian ini akan menggunakan kaji selidik yang diadaptasi daripada “Strategy Inventory for Language Learning” (SILL 7.0) oleh Oxford (1990) yang pernah digunakan oleh beberapa pengkaji dahulu seperti kajian Habibah Shuib (2010) dan Anida Abdul Rahim (2003) yang telah diterjemahkan ke bahasa Melayu. Soal selidik ini digunakan untuk menjawab persoalan kajian pertama dan kedua. Manakala bagi menjawab persoalan kajian ketiga, satu sesi temuduga dilakukan untuk mendapat gambaran dengan lebih jelas daripada responden mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa Jepun responden.

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh pelajar-pelajar yang mempelajari bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga. Kajian ditumpukan ke atas 100 orang pelajar Melayu yang mengambil bahasa Jepun Tahap III iaitu seramai 50 orang pelajar daripada Fakulti Seni Lukis dan Seni reka dan 50 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara.

(11)

1.7 Kepentingan Kajian

Menurut Suzana Ismail (2004), peningkatan yang ketara ke atas rakyat Malaysia yang ingin mempelajari bahasa Jepun adalah seiring dengan keperluan bahasa tersebut di era globalisasi sehingga menjadikan bahasa Jepun sebagai bahasa ke sepuluh paling ramai penutur di dunia dan menjadi pilihan bahasa asing yang popular di Malaysia. Dengan adanya lebih banyak kajian mengenai strategi pembelajaran bahasa Jepun, diharapkan agar dapat membantu guru dan pelajar menyelesaikan masalah bagaimana untuk menguasai bahasa ini dengan baik.

Dengan adanya kajian seperti ini juga dapat membantu para pelajar mendapat gambaran lebih jelas untuk memilih strategi pembelajaran bahasa yang sesuai, lebih teratur dan memberi kesan positif terhadap penguasaan bahasa Jepun. Selain daripada itu, kajian ini dapat membantu pelajar memilih strategi pembelajaran yang sesuai mengikut tahap dan keperluan masing-masing.

Kajian ini juga amat penting kepada pengajar dan pelajar-pelajar yang mempelajari bahasa, bukan hanya bahasa Jepun, malah mereka juga boleh mengaplikasikan dalam bahasa-bahasa lain yang terdapat di dunia ini. Hasil dan dapatan daripada kajian ini juga dapat membantu penyelidik dan pendidik bahasa dalam menjalankan kajian mengenai strategi membaca, menulis, bertutur, dan mendengar dalam berbagai bahasa, sama ada secara kualitatif atau kuantitatif. Seterusnya hasil kajian ini juga mampu mengaspirasikan kesinambungan penyelidikan di Malaysia sama ada dalam konteks pendidikan bahasa Jepun, bahasa Arab, bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, bahasa Tamil dan lain-lain.

Selain itu, kajian ini juga diharap dapat membantu pelajar bagi mengenal pasti strategi pembelajaran bahasa mereka sehingga pemerolehan dan input terhadap bahasa

(12)

Jepun akan lebih berjaya, disamping memberikan sumbangan beberapa idea atau pengetahuan untuk pengajaran di dalam kelas, selain dapat memberi tenaga pengajar kesempatan untuk mengaplikasikan gaya dan keperluan dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Kajian-kajian yang pernah dibuat oleh pengkaji lepas mengenai strategi pembelajaran bahasa Jepun seperti kajian oleh Habibah Shuib (2010). Beliau mengaitkan strategi pembelajaran bahasa dan kaitannya dengan pencapaian dan motivasi pelajar. Manakala kajian yang dilakukan oleh Roslina Mamat (1999) dan Suzana Ismail (2004) ialah mengkaji strategi komunikasi dalam perbualan bahasa Jepun. Walaupun terdapat banyak kajian-kajian yang pernah dibuat oleh pengkaji sebelum ini mengenai strategi pembelajaran bahasa, sehingga hari ini, tidak ada pengkaji yang memfokuskan kepada apakah strategi pembelajaran yang digunakan untuk mempelajari bahasa Jepun dalam kalangan pelajar di Malaysia. Diharapkan agar kajian ini dapat membantu pelajar dan penyelidik seterusnya membuat kajian mengenai strategi pembelajaran bahasa Jepun sesuai dengan situasi dan keperluan di masa akan datang.

1.8 Strategi Pembelajaran Bahasa Jepun di Malaysia.

Tidak banyak kajian mengenai strategi pembelajaran dalam bahasa Jepun yang dikaji dalam kalangan penyelidik di Malaysia. Antara kajian yang terawal mengenai strategi pembelajaran bahasa Jepun ini telah dibuat oleh Roslina Mamat (1999). Dalam kajian tersebut, beliau mendapati bahawa kebanyakan responden tidak menggunakan strategi linguistik, manakala hampir semua responden yang mempunyai tahap penguasaan bahasa yang rendah lebih banyak menggunakan strategi komunikasi berbanding dengan responden sebaliknya.

(13)

Dalam kajian Suzana Ismail (2004) pula, beliau telah membahagikan responden kepada 15 pasangan berdasarkan tahap penguasaan bahasa Jepun responden. Dalam kajian tersebut, beliau mendapati bahawa pasangan yang bercampur tahap iaitu tinggi dan rendah adalah paling banyak menggunakan strategi komunikasi berbanding pasangan lain.

Habibah Shuib (2010) pula menyatakan bahawa strategi pembelajaran yang digunakan amat berkait rapat dengan pencapaian dan motivasi pelajar. Secara tidak langsung, ianya membuktikan bahawa pelajar-pelajar yang digunakan dalam sampel kajian beliau hanya menggunakan ke enam-enam strategi di tahap sederhana. Tidak ada satu pun sampel dalam kajian beliau menggunakan strategi tersebut secara kerap.

Walau bagaimanapun, kajian yang dijalankan akan memfokuskan kepada strategi pembelajaran bahasa yang dikemukakan oleh Oxford (1990). Beliau telah membahagikan strategi pembelajaran bahasa kepada 1strategi secara langsung dan strategi secara tidak langsung. Strategi secara langsung mengandungi strategi memori, kognitif dan gantian. Manakala secara tidak langsung pula terdiri daripada strategi metakognitif, afektif dan sosial.

Responden dipilih secara rawak di dua buah fakulti dalam jurusan berbeza dan dikehendaki menjawab soal-selidik mengenai strategi pembelajaran yang digunakan. Di akhir soal-selidik, pelajar diminta untuk mengira jumlah skor yang diperolehinya untuk mendapatkan gred purata penggunaan strategi yang mereka gunakan dan diminta merujuk skala yang disediakan untuk mengetahui tahap penggunaan strategi pembelajaran bahasa bagi setiap kategori strategi dan penggunaan strategi secara keseluruhan.

1 Rujuk Jadual 4.1: Strategi Pembelajaran

(14)

Data sekunder pula diperolehi melalui kajian ke perpustakaan melalui rujukan yang diperolehi dari buku, jurnal, tesis dan kajian-kajian ilmiah yang lepas.

1.9 Kesimpulan

Daripada berapa kajian yang lepas, pada masa kini masih tidak jelas apakah strategi pembelajaran bahasa asing yang baik yang boleh digunakan oleh rakyat Malaysia untuk benar-benar dapat menguasai bahasa asing. Walaupun beberapa kajian tentang strategi pembelajaran bahasa asing telah dilakukan, ianya masih belum dapat membuktikan dan menyatakan dengan jelas strategi yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran dan persekitaran di Malaysia.

Menurut Roswati Abd. Rashid, Radhiah Ismail dan Nor Haslina Mohamad Akhir (2007) dalam kajian mereka bertajuk “Kepelbagaian Strategi Pembelajaran Tulisan Asas Bahasa Jepun (hiragana)” menyatakan bahawa langkah-langkah yang lebih proaktif sejajar dengan pilihan strategi yang menjadi amalan pelajar dalam memastikan strategi-strategi yang diamalkan itu lebih efektif dan memberikan impak yang besar.

Manakala menurut Sarasin (1998) dalam Shareeza (2003), pendidik seharusnya boleh mengubah strategi pengajaran mereka berdasarkan strategi pembelajaran pelajar. Pendidik seharusnya memastikan kaedah, material dan sumber yang digunakan adalah mengikut cara pembelajaran pelajar dan meningkatkan potensi pembelajaran setiap pelajar.

Memandangkan pada masa kini, perkembangan ekonomi di Malaysia amat berkait rapat dengan negara luar seperti Jepun dan Korea Selatan, penguasaan bahasa-bahasa asing ini seolah sudah menjadi keperluan wajib oleh Malaysia untuk menyediakan tenaga kerja yang mampu untuk berkomunikasi dalam bahasa asing

(15)

dengan baik dan diharapkan dengan adanya penyelidikan seperti ini dapat membantu dan dijadikan rujukan kepada bakal pengajar dan penutur bahasa asing.

(16)

BAB 2

TINJAUAN KAJIAN

2.0 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan mengenai tinjauan kajian lepas yang pernah dijalankan oleh pengkaji terdahulu dan membincangkan teori dan penemuan lalu yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan. Ia bermula dengan menerangkan tentang strategi pembelajaran bahasa.

Seterusnya tinjauan kajian literatur ini diperincikan lagi kepada tinjauan yang lebih khusus mengenai strategi pembelajaran bahasa dan komunikasi dengan menghuraikan model dan instrumentasi strategi yang diperkenalkan oleh Oxford (1990).

2.1 Strategi Pembelajaran

Umumnya, apabila mengkaji pembelajaran bahasa, ia melibatkan pelbagai aspek perancangan, pemikiran, sikap, tingkahlaku dan tindakan pelajar yang spesifik semasa menjalani proses pembelajaran (Anida Abd. Rahim, 2003). Selain daripada itu, ia juga berkait rapat dengan pendekatan kurikulum dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dan mempengaruhi penggunaan strategi pembelajaran pelajar.

Menurut kamus dewan, strategi bermaksud rancangan yang teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Kamarudin (1994) mendefinasikan strategi sebagai satu perancangan atau satu operasi. Ia juga bererti sebagai satu aktiviti pengurusan atau kaedah yang digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat. Strategi pembelajaran banyak diperkatakan di kalangan pakar-pakar dalam bidang psikologi pendidikan dan juga dalam pembelajaran bahasa kedua atau bahasa asing. Menurut Oxford Advanced Learner‟s Dictionary (2007), “strategi”

(17)

ditakrifkan sebagai satu perancangan yang dibuat untuk tujuan tertentu. Third New International Dictionary (1993) oleh The Webster pula menyatakan bahawa “strategi” sebagai satu perancangan yang rapi atau satu cara ke arah mencapai satu-satu tujuan.

Dalam kajian yang dibuat oleh Anida (2003) mendapati kekeliruan sering berlaku dalam memahami konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik. Beliau mendefinasikan strategi memaparkan kebijaksaan guru dan pelajar yang bersifat eklektif dan kreatif semasa menyunting, memilih dan mengaplikasi mana-mana atau sebahagian dari pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai mengikut keperluan tahap dan kemampuan dan seterusnya digabung jalinkan dalam satu set aktiviti bertujuan untuk menyerap sebanyak mana pengetahuan, merebut seberapa banyak peluang dan mengadaptasi sebarang masalah yang timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Strategi merangkumi teknik-teknik, pendekatan atau tindakan yang diambil oleh pelajar dalam usaha mengingati semula isi kandungan pelajaran (Chamot 1987). Manakala menurut Weinstein, Husman, and Dierking (2000) pula, strategi pembelajaran termasuklah apa-apa juga pemikiran, tingkahlaku, kepercayaan atau emosi yang membantu dalam penguasaan, pemahaman atau pemindahan pengetahuan baru dan kemahiran. Chamot (2004) mendefinisikan strategi pembelajaran sebagai fikiran dan tindakan sedar yang dilakukan oleh pelajar untuk mencapai tujuan pembelajaran.

Dalam proses pembelajaran, pelajar merancang dan menggunakan strategi tertentu bagi memudahkan, menyelesaikan dan seterusnya menguasai sesuatu yang dipelajari. Strategi yang digunakan dalam proses pembelajaran dinamakan strategi pembelajaran. Strategi ini merangkumi teknik-teknik, pendekatan atau tindakan yang diambil oleh pelajar dalam usaha mengingati semula isi kandungan pelajaran (Chamot 1987). Manakala menurut Weinstein, Husman, and Dierking (2000) pula, strategi

(18)

pembelajaran termasuklah apa-apa juga pemikiran, tingkahlaku, kepercayaan atau emosi yang membantu dalam penguasaan, pemahaman atau pemindahan pengetahuan baru dan kemahiran. Chamot (2004) mendefinisikan strategi pembelajaran sebagai fikiran dan tindakan sedar yang dilakukan oleh pelajar untuk mencapai tujuan pembelajaran.

Ternyata strategi pembelajaran adalah satu perancangan tindakan atau cara yang teliti yang diguna pakai semasa proses pembelajaran demi mencapai satu-satu tujuan yang tertentu iaitu kejayaan. Dalam strategi pembelajaran, strategi ialah cara bagaimana pelajar mendapatkan ilmu, menyimpannya dan seterusnya digunakan semula bagi mengatasi masalah dalam pembelajaran. Strategi dibuat samada secara sedar atau tidak sedar . Kajian Sueraya (2010) pula mendapati pelajar-pelajar yang sedar tentang strategi pembelajaran dan menggunakan pelbagai strategi pembelajaran bahasa akan meningkatkan kemahiran bertutur bahasa Arab.

Oleh itu strategi boleh dipelajari dan dipraktikkan. Apabila sesuatu strategi itu terbukti berkesan kepada seseorang pelajar, maka ianya menjadi satu kelaziman dan keselesaan pada seseorang. Sekiranya sesuatu strategi itu tidak menampakkan hasil, lazimnya seseorang akan beralih kepada strategi yang lain kerana dalam skop pembelajaran ada seribu satu macam strategi yang boleh digunakan.

Tarone (1983) telah menyatakan bahawa strategi pembelajaran bahasa adalah satu percubaan untuk membina kecekapan linguistik dan sosiolinguistik dalam bahasa sasaran.

Oxford (1990) pula mendefinasikan strategi pembelajaran bahasa sebagai tindakan spesifik yang diambil oleh seseorang pelajar supaya proses pembelajarannya menjadi lebih mudah, cepat, menyeronokkan, berkesan dan mudah untuk dipindahkan ke situasi baru.

(19)

Chamot (1987) mendefinasikan strategi pembelajaran sebagai teknik, pendekatan dan perlakuan yang diambil oleh pelajar untuk memahami pembelajaran dan mengingati kedua-dua aspek iaitu linguistik dan bidang-bidang pengetahuan.

O`Malley (1985) telah membahagikan strategi pembelajaran bahasa kepada 3

kategori iaitu :

i. Strategi metakognitif yang merangkumi perancangan aktiviti pembelajaran, mengawasi proses pembelajaran dan menilai kembali pembelajaran.

ii. Strategi kognitif yang lebih tertumpu kepada tugasan yang terlibat secara langsung dengan aktiviti pembelajaran seperti pengulangan, penterjemahan, pengkelasan mengambil nota penggabungjalinan, pemindahan dan lain-lain.

iii. Strategi sosioafektif yang berkaitan dengan aktiviti pengantaraan sosial dan berurusan dengan orang lain seperti bekerjasama dan bertanya soalan untuk penjelasan.

Strategi pembelajaran ialah cara, kaedah atau teknik yang digunakan oleh pelajar dalam mempelajari dan menguasai sesuatu pelajaran. Zamri Mohamod (2004) mendefinasikan strategi pembelajaran bahasa sebagai satu proses peningkatan pencapaian pembelajaran bahasa secara berterusan melalui pelbagai strategi belajar yang efektif. Pelajar bukan sahaja belajar bahasa dengan efektif, tetapi juga memperolehi segala asas kemahiran bahasa dan berbahasa dengan mudah. Strategi tersebut dapat membantu mereka berinteraksi secara lisan.

(20)

Seseorang pelajar itu perlu mengenal pasti strategi pembelajaran masing-masing bagi mendapat kesan yang baik ke atas sesuatu pembelajaran yang diikuti. Menurut Biekey & Rodman (1995) dalam Shareeza (2003) menjelaskan bahawa proses pembelajaran adalah penting bagi seseorang pelajar mengenal jenis strategi pembelajaran yang bersesuaian dengan dirinya sendiri. Ini adalah kerana strategi pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar akan mempengaruhi pencapaiannya.

Lightbown & Spada (2003) menyatakan bahawa pada suatu masa dahulu penyelidikan pembelajaran bahasa diasaskan atas keyakinan bahawa pelajar itu adalah sama, tetapi kini ia lebih tertumpu kepada faktor perbezaan individu pelajar yang dilihat mempengaruhi pencapaian dan penguasaan kemahiran bahasa.

2.1.1 Strategi Pembelajaran Bahasa

Pengkaji-pengkaji bahasa asing ramai telah memperkatakan tentang strategi pembelajaran dalam konteks pembelajaran bahasa asing. Oxford (1990) menjelaskan bahawa strategi pembelajaran bahasa sebagai tindakan, tingkah laku, langkah dan teknik yang secara spesifik diambil oleh pelajar secara sedar, untuk meningkatkan pemahaman dalam pembelajaran bahasa sasaran. Beliau juga menyatakan bahawa pelajar boleh mempertingkatkan pembelajaran mereka apabila mereka memahami tentang strategi pembelajaran yang mereka gunakan semasa pemerolehan bahasa asing ini. Menurutnya lagi, strategi mustahak bagi pelajar-pelajar bahasa kerana ia merupakan satu elemen yang aktif, yang memerlukan penglibatan secara peribadi dalam kompetensi berbahasa khususnya komunikasi.

Kesannya, penggunaan strategi pembelajaran yang betul dan tepat akan menghasilkan kelancaran berbahasa dan menambahkan lagi keyakinan diri. Sehubungan dengan itu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, Tarone (1983) menjelaskan

(21)

strategi pembelajaran bahasa merupakan usaha untuk meningkatkan kompetensi linguistik dan sosiolinguistik bahasa sasaran. Jelaslah disini bahawa walaupun ianya hanyalah pelajaran bahasa, strategi adalah penting khususnya dalam mempelajari bahasa asing.

Norton & Nunan (2001) menyatakan bahawa strategi pembelajaran bahasa merupakan teknik-teknik yang digunakan oleh pelajar agar pembelajaran mereka lebih efektif dan autonomi mereka sebagai pelajar dipertingkatkan. Pelajar yang mempunyai strategi dalam pembelajaran akan memudahkannya menyimpan pengetahuan, menolong pembinaan struktur ayat dan seterusnya membina sikap yang baik terhadap situasi pembelajaran.

Kepentingan menggunakan strategi pembelajaran bahasa dalam proses penguasaan bahasa asing tidak boleh dipertikaikan. Melalui strategi pembelajaran yang betul, pelajar dapat menyelesaikan masalah pembelajaran mereka dan seterusnya mengawal sendiri pembelajaran. Crabbe, D. (1993) memberikan tiga elemen penting bagi meningkatkan lagi autonomi pelajar iaitu: ideologi, psikologi dan ekonomi. Dari sudut ideologinya menjelaskan bagaimana pelajar mempunyai hak untuk menentukan bagaimana pendekatan mereka untuk belajar. Dari sudut psikologinya pula, pelajar merasakan bahawa mereka boleh belajar lebih baik apabila bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka. Manakala dari sudut ekonomi pula ialah penjimatan dari segi kewangan dan juga masa. Oleh itu pelajar perlu mengembangkan potensi diri, kebolehan berfikir dan mampu mengawal dan mentadbir pembelajaran untuk mencapai kecemerlangan.

Sama ada secara sedar atau tidak, pelajar pasti menggunakan strategi dalam pembelajaran bahasa asing. Contohnya pelajar menggunakan strategi menghafal, berkongsi maklumat, berbincang, menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lalu,

(22)

pemetaan minda dan sebagainya. Setiap seorang pelajar mungkin menggunakan strategi yang sama dan mungkin tidak dalam satu-satu topik pembelajaran. Dalam waktu yang sama, mungkin satu-satu strategi tertentu berkesan pada seseorang pelajar dan tidak pula pada yang lain. Strategi yang berkesan adalah strategi yang boleh memberi kejayaan kepada penggunanya. Seperti mana menurut Najar (1998), strategi pembelajaran yang baik adalah strategi yang berkesan dari segi penggunaannya. Ini disokong oleh Ehrman, Leaver, & Oxford (2003) yang menyatakan bahawa sesuatu strategi pembelajaran tidak boleh dianggap bagus atau sebaliknya sehingga ianya terbukti dalam pembelajaran.

Bagi Mohammed Amin Embi (2000), pula berpendapat bahawa pelajar bahasa yang berjaya adalah mereka yang menggunakan berbagai strategi dalam pembelajaran mereka. Dalam kata lain mempelbagaikan strategi dan menggunakan strategi yang sesuai dapat membantu kejayaan dalam pembelajaran.

Sementara itu Rebecca L Oxford dalam “Language Learning Strategies, What every teacher should know‟ (1990), memberikan beberapa kepentingan strategi pembelajaran. Antaranya strategi pembelajaran akan dapat mendorong pelajar menjadi lebih terarah (self directed) dalam pembelajarannya, kerana pelajar yang self-directed mampu belajar tanpa arahan dari gurunya. Bagi pelajar, strategi pembelajaran merupakan satu alat atau cara meyelesaikan masalah. Ianya juga adalah sesuatu yang fleksibel, tidak dipergunakan secara kaku dan setiap individu boleh memilih, mengkombinasikan dan menggunakannya mengikut strategi yang sesuai dan digemari.

Menurut Oxford (1990) lagi, strategi pembelajaran bahasa bertindak sebagai satu operasi yang digunapakai oleh pelajar bagi membantu mereka memperolehi, menyimpan dan menggunakan semula pengetahuan yang diperolehi. Ianya adalah satu tindakan yang dilakukan oleh pelajar untuk memudahkan dan mempercepatkan pembelajaran, disamping itu ianya dapat memberi keseronokan dan menjadikan

(23)

pembelajaran lebih terarah, lebih berkesan dan mudah dipindahkan (transferable) kepada satu situasi yang baru.

Ada berbagai kategori strategi pembelajaran yang dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji strategi pembelajaran terdahulu. Antaranya Brown (2000) telah membahagikan strategi pembelajaran ini kepada tiga kelompok besar. Strategi-strategi itu dikenali sebagai strategi metakognitif, kognitif dan sosioafektif. Metakognitif adalah tentang bagaimana maklumat diproses dan bagaimana pembelajaran itu dijalankan. Ini termasuklah pengawalan kefahaman dan membuat penilaian sendiri. Manakala strategi kognitif lebih terbatas kepada tugas yang sifatnya manipulatif, seperti pengulangan, menterjemah, mengumpul, membuat catatan dan memindahkan pengetahuan tersebut. Sosioafektif pula ialah aktiviti sosial dan transaksi yang ada hubungan dengan orang lain. Contohnya seperti bekerja sama untuk mendapat pulangan yang baik atau bertanya kepada guru dan penutur natif untuk mendapat penjelasan dalam menyelesaikan masalah.

2.2 Taksonomi Strategi Pembelajaran Bahasa Oxford.

Oxford (1990), membahagikan strategi pembelajaran bahasa kepada dua pembahagian besar iaitu strategi secara langsung dan tidak langsung. Strategi secara langsung adalah strategi yang berkaitan dengan bagaimana pelajar mengendalikan pembelajaran bahasa sasaran yang mana ia termasuk penglibatan proses mental mengenai bahasa yang dipelajari. Strategi secara tidak langsung pula melibatkan pentadbiran pembelajaran secara keseluruhan dan lebih umum. Strategi-strategi ini dikatakan strategi tidak langsung dimana kaedah-kaedah yang digunakan dapat membantu mengendalikan proses pembelajaran.

(24)

Ramai pengkaji-pengkaji strategi pembelajaran bahasa kedua atau bahasa asing merujuk kepada pembahagian yang telah dibuat oleh beliau. Keenam-enam strategi bahasa itu adalah saling mempengaruhi. Berikut diterangkan strategi-strategi tersebut:

2.2.1 Strategi secara langsung

Strategi secara langsung termasuklah apa yang diistilahkan oleh Oxford (1990) sebagai strategi memori, strategi kognitif dan strategi gantian (compensation).

2.2.1.1 Strategi Pembelajaran Memori

Strategi memori (ingatan) merupakan teknik-teknik yang digunakan untuk mengingat, mendapatkan maklumat kembali dan memindahkan maklumat daripada fakta kepada tahap kemahiran yang sesuai untuk digunakan. Caranya ialah dengan membuat kaitan mental dengan menggunakan imej atau bunyi-bunyi dan menggunakan aksi-aksi atau gerak fizikal bagi memudahkan ingatan. Membuat kaitan mental (mental linkage) dapat dilakukan dengan mengumpul dan menghubungkan, kemudian menempatkan sesuatu perkataan dalam sesuatu konteks ayat. Pelajar juga menggunakan imaginasi, pemetaan semantik dan menggunakan kata kunci untuk mengingati perkataan baru. Pengetahuan yang sedia ada pada seseorang yang digunakan sebagai kaitan kepada ilmu-ilmu baru (Associating elaborating) juga adalah salah satu teknik memori.

2.2.1.2 Strategi Pembelajaran Kognitif

Strategi pembelajaran kognitif pula berkaitan dengan bagaimana pelajar memikirkan tentang proses pembelajaran mereka. Ini termasuklah seperti membuat latihan, menerima dan menghantar mesej dan membuat andaian. Selanjutnya pelajar juga mencipta struktur-struktur untuk input dan output yang membolehkan mereka mempelajari bahasa yang baru dengan berbagai-bagai cara yang lebih praktikal lagi.

(25)

Pelajar juga melakukan rasionalisasi secara deduktif, menganalisa ungkapan, menganalisa perbezaan, menterjemah dan memindahkan informasi bagi memudahkan pembelajaran. Contoh-contoh strategi ini ialah latih tubi dan penggunaan kamus untuk memahami perkataan sukar.

Strategi kognitif lebih tertumpu kepada teknik manipulasi dan transformasi bahan-bahan yang hendak dipelajari, (Chamot, 1987). Kesannya mungkin berubah berdasarkan sejauh mana interaksi atau transformasi yang dibuat oleh pelajar. Jadi keterlibatan pelajar menentukan kejayaannya. Ernesto Macaro (2001), menyatakan bahawa kajian mengenai strategi pembelajaran mempunyai kaitan dengan teori kognitif.

2.2.1.3 Strategi Pembelajaran Gantian

Strategi pembelajaran gantian merujuk kepada tingkah laku yang dapat menggunakan bahasa baru untuk menggantikan maklumat atau kata-kata sebagai akibat kurangnya perbendaharaan kata yang sesuai. Melalui strategi pembelajaran gantian, dengan pengetahuan bahasa dan daftarkata yang terhad, pelajar cuba belajar dengan meneka secara bijaksana dalam mengatasi kekangan dalam perbualan dan penulisan. Ini dilakukan samada dengan mengubahsuai bahasa ibunda, meminta bantuan, menggunakan mimik muka, bahasa tubuh, menggunakan sinonimi perkataan, meneka kata atau ungkapan baru (coinage words) dan menggunakan bahasa yang berbelit-belit (circumlocution) bagi menghindari komunikasi yang tidak lancar.

2.2.2 Strategi Secara Tidak Langsung

Strategi tidak langsung pula termasuklah strategi metakognitif, strategi afektif dan strategi sosial.

(26)

2.2.2.1 Strategi Pembelajaran Metakognitif

Strategi ini berkaitan dengan bagaimana pelajar mentadbir dan mengawal pembelajaran mereka. Pembelajaran bahasa asing sememangnya akan mempelajari elemen-elemen baru seperti mempelajari daftar kata, struktur ayat, tatabahasa dan budaya penutur bahasa sasaran. Oleh itu Oxford (1990) memberikan tiga ciri penting dalam strategi ini iaitu memberi fokus, menyusun dan merancang pembelajaran dan seterusnya menilai sendiri pembelajaran.

Pelajar memberi fokus apabila mereka membuat tinjauan dan mengaitkan pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada. Kadang kala pelajar juga melambatkan perbualan demi untuk memberi fokus kepada pendengaran. Semasa menyusun dan merancang pembelajaran, pelajar mencari pengetahuan mengenai pembelajaran bahasa, menyusun pembelajaran, menentukan tujuan dan objektif pembelajaran dan seterusnya mengenalpasti tugasan (samada pendengaran, bacaan, perbualan atau penulisan). Dalam strategi ini juga pelajar akan cuba mencari peluang untuk berlatih dan menggunakan apa yang dipelajarinya. Seterusnya penilaian dibuat melalui pemerhatian dan penilaian kendiri.

O‟ Malley & Chamot, (1990) memberi definisi strategi metakognitif sebagai:

“thinking about learning process, planning for learning, monitoring the learning task, and evaluating how well one has learned‟.

O‟Malley (1985), mendapati bahawa kebanyakan pelajar yang boleh menguasai bahasa asing adalah terdiri daripada pelajar yang menggunakan strategi metakognitif dalam pembelajaran mereka.

(27)

2.2.2.2 Strategi Pembelajaran Afektif

Strategi afektif merujuk kepada perasaan dan emosi pelajar berkaitan dengan pembelajaran. Strategi ini berkaitan dengan merendahkan tahap kegelisahan dan kebimbangan (anxiety) dengan cara merangsang diri sendiri, mengambil tahu tentang tahap emosi, motivasi dan sikap terhadap pembelajaran bahasa sasaran.

Aktiviti seperti menghela nafas, meditasi, relaks, mendengar muzik dan pembelajaran yang santai adalah strategi afektif. Bagi merangsang diri, pelajar sentiasa membuat kenyataan yang positif, mengambil risiko dengan baik dan memberi ganjaran kepada diri. Bagi mententeramkan emosi, pelajar menulis mengenai pembelajaran bahasa ke dalam buku harian atau catatan dan berbincang serta berkongsi perasaan dengan orang lain.

2.2.2.3 Strategi Pembelajaran Sosial

Manakala strategi pembelajaran sosial pula meliputi aktiviti-aktiviti yang melibatkan orang lain seperti bertanya soalan, bekerjasama dengan orang lain, simpati terhadap orang lain seperti mewujudkan pemahaman budaya, memahami fikiran dan perasaan orang. Strategi ini sentiasa menggalakkan interaksi dengan orang lain bagi membantu dalam pemerolehan bahasa.

Menurut O‟Malley dan Chamot (1985) lagi, strategi sosial dan afektif mempunyai skop yang lebih luas. Ia melibatkan samada interaksi dengan orang lain atau gaya kita mengawal perasaan semasa belajar bahasa. Oleh itu bersabar dengan tugasan-tugasan bahasa, meminta pertolongan dari guru, berkongsi perasaan dengan orang lain merupakan contoh-contoh strategi pembelajaran seseorang yang berada dalam kategori ini.

(28)

Dalam kajian ini, penulis akan menggunakan pembahagian strategi pembelajaran yang dibuat oleh Oxford ini sebagai kerangka kajian kerana klasifikasi yang dibuat oleh Oxford dilihat lebih konsisten secara teorinya (Hsiao & Oxford , 2002). Ellis (1999) menganggap klasifikasi yang telah dibuat oleh Oxford adalah yang paling komprehensif dan sesuai dalam konteks strategi pembelajaran bahasa asing.

2.3 Strategi Pembelajaran Bahasa berbanding Strategi Komunikasi

Terdapat banyak cara bagaimana strategi pembelajaran bahasa boleh dilaksanakan. Dalam sesetengah model, ia digabungkan dengan strategi komunikasi tetapi dalam kajian-kajian lain, adanya perbezaan diantara kedua-dua strategi tersebut. Tarone (1983) mendefinisikan strategi pembelajaran bahasa sebagai satu percubaan untuk membangunkan kecekapan linguistik dan sosiolinguistik dalam bahasa sasaran. Sebaliknya strategi komunikasi digunakan oleh seseorang diantara satu sama lain walaupun individu tersebut mempunyai pengetahuan yang terhad dalam bahasa tersebut. (Tarone,1983) dan (Dornyei,1995).

Contoh strategi komunikasi ialah strategi mengelak seperti membuang mesej dan mengelak mengenai topik yang dibualkan. Terdapat juga strategi pampasan seperti menggunakan isyarat bukan linguistik dan penukaran kod (cord switching) (Dornyei,1995). Manakala Brown (2000) menyatakan bahawa sistem klasifikasi merupakan gabungan strategi pembelajaran bahasa dan komunikasi yang telah diamalkan oleh ramai pelajar yang berjaya menguasai bahasa yang dipelajari. Salah satu kategori dalam sistem ini adalah strategi pampasan yang menyerupai strategi pampasan dalam model strategi komunikasi oleh Dornyei (1995). Sementara itu, O’Malley et al. (1985) mengkategorikan strategi pembelajaran kepada beberapa kumpulan iaitu strategi

(29)

metakognitif, strategi kognitif dan strategi sosio afektif . Sebagaimana yang dikatakan oleh Brown (2000), O’Malley et al. menentukan strategi metakognitif sebagai strategi yang digunakan dalam perancangan, pemantauan dan penilaian satu pembelajaran, strategi kognitif pula melibatkan manipulasi bahan langsung pembelajaran dan strategi sosio afektif ialah aktiviti-aktiviti yang melibatkan interaksi sosial dengan orang lain. Walau bagaimanapun, Brown mendakwa strategi sosio afektif dan beberapa strategi daripada kategori lain dalam model ini sebagai strategi komunikasi.

Oleh itu, pengkategorian strategi pembelajaran bahasa sering bertindih dengan strategi komunikasi tetapi Tarone (1983) menyatakan adanya perbezaan dalam kedua-dua strategi ini. Menurut Tarone, perbezaannya terdapat dalam tujuan strategi tersebut iaitu strategi komunikasi bertujuan untuk membantu pelajar ‘menunjuk’ kemahiran komunikasi mereka manakala strategi pembelajaran bahasa membantu mereka untuk ‘belajar’. Strategi pembelajaran bahasa menangani domain menerima apa yang dipelajari, memori, ingatan dan penyimpanan. Strategi komunikasi berkaitan dengan pembelajaran mekanisme lisan dan bukan lisan untuk komunikasi produktif (Brown, 2000). Brown menyatakan bahawa menggunakan kedua-dua strategi pembelajaran dan komunikasi dalam bilik darjah adalah bergantung kepada strategi pengajaran yang digunakan. Kajian ini memilih untuk merujuk kepada model Oxford (1990) untuk memeriksa strategi yang digunakan oleh pelajar kerana ia tidak memisahkan antara pembelajaran bahasa dan strategi komunikasi dalam objektifnya.

2.4 Strategi Sistem Klasifikasi Oxford

Oxford (1990) mengklasifikasikan strategi pembelajaran bahasa dan komunikasi kepada strategi langsung dan tidak langsung. Strategi langsung menggunakan bahasa tersebut secara langsung, manakala strategi tidak langsung menguruskan proses pembelajaran bahasa secara tidak langsung. Di bawah strategi langsung, terdapat

(30)

memori, kognitif dan strategi pampasan. Manakala strategi metakognitif, afektif dan sosial adalah strategi tidak langsung. Goh dan Kwah (1997) dalam kajian mereka telah mengkategorikan strategi Oxford ini dengan takrif seperti berikut:

a. Strategi memori - kadang-kadang dipanggil manemonik, ini melibatkan proses mental yang digunakan dalam mengatur maklumat dalam perintah, membuat penyatuan dan mengkaji semula.

b. Strategi Kognitif - melibatkan pemprosesan bahasa sasaran supaya makna perkataan menjadi jelas melalui proses seperti penaakulan dan menganalisis.

c. Strategi Gantian - membolehkan pelajar membuat perbezaan antara pengetahuan dan kemahiran mereka sebagai contoh, meneka makna dan menggunakan isyarat.

d. Strategi Metakognitif - membolehkan pelajar untuk merancang, menyelaras, menilai, dan mengarahkan pembelajaran mereka sendiri dan juga untuk memantau ralat.

e. Strategi Afektif - bantuan untuk mendapatkan kawalan ke atas emosi mereka, sikap dan motivasi untuk mengurangkan perasaan kebimbangan, diri – galakan dan ganjaran kepada diri sendiri.

f. Strategi Sosial - adalah cara yang melibatkan orang lain dalam meningkatkan pembelajaran melalui soalan, kerjasama dan kesedaran budaya meningkat.

2.4.1 Carta Oxford

Terdapat banyak kaedah untuk mengukur penggunaan strategi pembelajaran bahasa dalam kalangan pelajar. Alwahibee (2000) menjelaskan beberapa kaedah dalam

(31)

kajian literatur beliau. Ini termasuk pemerhatian bilik darjah, prosedur temubual, diari dan jurnal, dialog, laporan lisan, kajian yang berkenaan dengan kenangan, pengesanan komputer dan soal-selidik strategi yang mereka gunakan. Untuk kajian ini, penyelidik memilih untuk menggunakan soal selidik strategi pembelajaran bahasa seperti yang dijelaskan oleh Alwahibee (2000) dimana strategi pembelajaran bahasa Oxford (1990) telah digunakan oleh ramai penyelidik dalam kajian strategi pembelajaran bahasa yang digunakan dalam kalangan pelajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau dalam kalangan pelajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing yang terdiri daripada pelajar dengan pelbagai latar belakang bahasa. Sebagai contoh, Alwahibee (2000) menyesuaikan ‘Strategi Inventori untuk Pembelajaran Bahasa’ dan juga diterjemahkan ke dalam versi Bahasa Arab untuk mengkaji penggunaan strategi pembelajaran bahasa dalam kalangan pelajar Bahasa Arab di universiti di Amerika Syarikat. Yang (2010) menggunakan Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Korea dalam ‘Strategi Inventori untuk Pembelajaran Bahasa’ untuk menyiasat pelajar universiti di Korea mengenai penggunaan strategi pembelajaran bahasa dalam kalangan pelajar yang mengambil Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan hubungan mereka dengan tahap penguasaan bahasa dan gender. Begitu juga, Goh dan Kwah (1997) menggunakan ‘Strategi Inventori untuk Pembelajaran Bahasa’ untuk mengkaji hubungan strategi pembelajaran bahasa dalam kalangan pelajar Cina yang mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan tahap kecekapan mereka dan kaitannya dengan perbezaan gender. Fewell (2010) yang menggunakan ‘Strategi Inventori untuk Pembelajaran Bahasa’ yang telah diterjemahkan ke versi Bahasa Jepun untuk memeriksa penggunaan strategi pembelajaran bahasa antara pelajar kolej dari dua disiplin yang berbeza dalam mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Seperti yang disokong oleh Oxford dan Burry-Stock (1995), kebolehpercayaan ‘Strategi Inventori untuk Pembelajaran Bahasa’ adalah yang tinggi dalam pelbagai kumpulan budaya dan kesahan ‘Strategi

(32)

Inventori untuk Pembelajaran Bahasa’ adalah terletak pada pautan ramalan dan yang berhubung dengan prestasi bahasa (gred kursus, markah ujian yang standard, penilaian kecekapan).

2.4.1.1 Oxford (1990 ) Strategi Inventori untuk Pembelajaran Bahasa ( Sill )

Terdapat dua versi Oxford (1990) mengenai ‘Strategi Inventori untuk Pembelajaran Bahasa iaitu Versi 5.1 yang digunakan untuk penutur asli Bahasa Inggeris yang mengkaji bahasa asing dan Versi 7.0 untuk bukan penutur asli yang belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau asing. Manakala Versi 7.0 terdiri daripada 50 item yang dibahagikan kepada enam bahagian: Bahagian A terdiri daripada 9 Perkara penyata kepada strategi memori; Bahagian B terdiri daripada 14 item kepada strategi kognitif; Bahagian C meliputi 6 item kepada strategi pampasan; Bahagian D mempunyai 9 item kepada strategi metakognitif; Bahagian E terdiri daripada 6 item kepada strategi afektif; dan Bahagian F mempunyai 6 item kepada strategi sosial. Responden di sini adalah untuk menjawab perkara-perkara berdasarkan Skala Likert 5 di mana 5 = sangat setuju, skala 4 = setuju, skala 3 = tidak pasti, skala 2 = tidak setuju dan skala 1 = sangat tidak setuju.

2.5 Kajian Strategi Pembelajaran Bahasa

Terdapat banyak kajian yang menghubungkan antara pelajar dengan penggunaan strategi pembelajaran bahasa dan tahap penguasaan bahasa umum mereka . Yang (2010) menyiasat hubungan antara penggunaan Oxford (1990) dan tahap penguasaan bahasa sendiri dinilai dalam kalangan pelajar universiti Korea yang mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing dan mendapati bahawa penggunaan dalam enam kategori strategi pembelajaran bahasa secara keseluruhan mempunyai kesan yang penting ke atas tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Menurut Yang, pelajar yang paling

(33)

berkebolehan menggunakan strategi metakognitif manakala pelajar tahap penguasaan yang sederhana dan rendah menggunakan strategi pampasan besar dan dalam ketiga-tiga tahap penguasaan bahasa, pelajar tersebut paling kurang menggunakan strategi memori. Yang (2010) juga menjelaskan bahawa kemungkinan menggunakan strategi metakognitif dan strategi kognitif amat berkait rapat antara satu sama lain, oleh itu pelajar membuat perancangan, pemantauan, dan penilaian lebih aktif dalam melibatkan diri sepanjang proses pembelajaran bahasa. Sebaliknya, dengan merujuk kepada Oxford (1990), menegaskan bahawa pelajar yang kurang fasih dalam berbahasa lebih menggunakan strategi pampasan untuk mengimbangi kekurangan pengetahuan linguistik. Kajian ini memilih untuk merapatkan pemilihan strategi pembelajaran bahasa berkaitan dengan penguasaan lisan.

2.5.1 Strategi Pembelajaran Bahasa dan Kemahiran Lisan

Pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa kajian mengenai strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh pelajar berhubung dengan penguasaan lisan. Hal ini telah dijelaskan oleh Alwahibee (2000) dalam kajian beliau dimana tujuan utamanya untuk mengenal pasti strategi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar-pelajar Arab yang belajar di Amerika Syarikat. Kajian beliau adalah untuk meningkatkan kebolehan komunikasi lisan mereka dan untuk meneroka hubungan antara strategi pembelajaran dan kemahiran lisan. Objektif utama dalam kajian beliau telah tercapai melalui Bahagian C dalam soal selidik latar belakang yang telah diubahsuai dari Oxford (1989) di mana pelajar memberikan pendapat mereka sendiri. Enam belas cara-cara berkesan untuk meningkatkan komunikasi lisan telah dicadangkan kepada subjek kajian beliau.

Keputusan dalam kajian beliau mendapati bahawa empat kedudukan yang lebih tinggi yang digunakan oleh subjek kajian beliau ialah berkomunikasi dengan penutur

(34)

asli 36.1%, mendengar radio 10.5%, menonton TV 8.8% dan amalan serta latihan ayat Bahasa Inggeris dan frasa 8.3%. Selebihnya aktiviti diubah dari segi peratusan daripada 7.1 % kepada 0.05 %.

Bagi objektif yang kedua, beliau telah membahagikan responden kepada pelajar rendah, sederhana dan tahap penguasaan lisan tinggi melalui penggunaan ujian lisan yang telah diperkenalkan oleh Ilyin (1976) yang dikenali sebagai ‘Temuduga Ilyin’.

Selepas menjalankan tinjauan dengan menggunakan 62 item dalam strategi inventori untuk pembelajaran bahasa, Alwahibee (2000) mendapati bahawa kumpulan sederhana dalam penguasaan lisan lebih kerap menggunakan strategi kognitif, metakognitif, afektif dan berbanding dengan kumpulan rendah dan tinggi dalam penguasaan lisan. Beliau berpendapat secara amnya, kumpulan pertengahan memperolehi skor min lebih tinggi dalam setiap kategori strategi yang dicadangkan. Bahagian kedua kajian ini juga bertujuan mengenal pasti strategi pembelajaran bahasa yang digunakan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar. Walau bagaimanapun, Alwahibee (2000) tidak menggunakan strategi inventori untuk pembelajaran bahasa tetapi sebaliknya menggunakan soal selidik terbuka kerana ia akan menjadi lebih mudah untuk dianalisis. Strategi inventori untuk pembelajaran bahasa yang dimaksudkan untuk pembelajaran bahasa adalah terlalu umum, maka hanya item yang berkaitan dengan bahasa pertuturan sahaja yang digunakan dalam bahagian kedua kajian beliau.

Salah satu kajian terdahulu yang berkaitan dengan strategi pembelajaran bahasa telah menemui kategori strategi yang boleh meningkatkan penguasaan lisan. Kajian Nakanoko (2004) mendapati bahawa strategi kognitif paling berfungsi dalam meningkatkan penguasaan lisan. Nakanoko menyatakan bahawa pembelajaran yang jelas didorong oleh strategi kognitif yang melibatkan pembelajaran tatabahasa,

(35)

pembelajaran tersirat didorong oleh fungsi penggunaan strategi yang berkaitan dengan penguasaan bahasa dalam suasana komunikasi yang sebenar. Strategi kognitif telah ditakrifkan oleh Nakanoko sebagai strategi yang melibatkan bahasa pelajar. Oleh itu, Nakanoko (2004) memilih 31 item strategi inventori untuk digunakan dalam pembelajaran bahasa yang telah dikenal pasti sebagai strategi kognitif dan strategi berfungsi dan seterusnya membuat analisis. Beliau mengenal pasti strategi kognitif sebagai gabungan dua kategori strategi yang tidak mempunyai kepentingan struktur dan pemindahan strategi secara berhati-hati dan strategi berfungsi digunakan sebagai gabungan tiga kategori strategi yang melibatkan penggunaan ungkapan, pendedahan naturalistik dan penggunaan bahasa Inggeris untuk keseronokan. Dalam pada itu, beliau menggunakan 20 item skala penguasaan lisan yang direka sendiri untuk 120 pelajar yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dari University of Tennessee di Knoxville (UTK) di mana pelajar tersebut, bahasa pertamanya adalah bahasa Cina, bahasa Korea dan bahasa Jepun. Beliau kemudiannya menguji hubungan antara lima kategori strategi dan tahap kemahiran lisan dengan menggunakan pelbagai item dan mendapati bahawa terdapat korelasi sederhana antara ketiga-tiga kategori strategi berfungsi dalam kemahiran lisan, manakala terdapat korelasi kecil diantara dua kategori strategi kognitif dan kemahiran lisan.

Walau bagaimanapun, dapatan kajian Nakanoko (2004) tersebut hanya menunjukkan bahawa penguasaan lisan boleh dipertingkatkan dengan menggunakan beberapa strategi terutamanya strategi kognitif kerana hasilnya telah membantu pengkaji untuk menjawab persoalan mengenai strategi pembelajaran yang sesuai dalam menjalankan kajian ini.

(36)

2.6 Kesimpulan

Kemahiran bertutur adalah disifatkan sebagai kemahiran bahasa yang paling mencabar, dan mampu bercakap sesuatu bahasa yang dipelajari dengan baik terutamanya untuk tujuan akademik dan mengejar kerjaya. Walau bagaimanapun, pelajar sering berhadapan dengan masalah dalam mencapai tahap yang dikehendaki dalam kemahiran lisan. Dalam kajian Rujipornwasin (2004), masalah yang dihadapi oleh pelajar UM dalam berbahasa Inggeris telah dipelajari melalui persepsi mereka. Masalah-masalah dikategorikan kepada kelemahan berkaitan bahasa dan afektif yang berkaitan untuk lebih mengenali punca-punca pelajar lemah berbahasa Inggeris.

Menurut Richards (1978), bahasa asing yang berlainan daripada bahasa pertama merupakan sesuatu bahasa yang dipelajari khususnya untuk membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan penutur-penutur asli bahasa berkenaan. Manakala menurut Oxford (1990), sesuatu bahasa asing tidak mempunyai fungsi komunikasi secara langsung dalam masyarakat di mana ia dipelajari kerana ia jarang digunakan dalam masyarakat tersebut.

Daripada berapa kajian yang lepas, pada masa kini masih tidak jelas apakah strategi pembelajaran bahasa asing yang baik yang boleh digunakan oleh rakyat Malaysia untuk benar-benar dapat mengusai bahasa asing. Walaupun beberapa kajian tentang strategi pembelajaran bahasa asing telah dilakukan, ianya masih belum dapat membuktikan dan menyatakan dengan jelas strategi yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran dan persekitaran di Malaysia.

Hasil dapatan kajian Habibah (2010) didapati pelajar-pelajar bahasa jepun di UiTM menggunakan ke enam-enam strategi yang di kemukakan pada tahap kadang-kadang (sederhana). Tidak ada satu pun strategi pembelajaran yang kerap digunakan

(37)

secara menonjol. Kadar kekerapan yang diaplikasikan pelajar hanyalah dalam lingkungan kerap kali dan kadang-kadang. Kelihatannya seperti pelajar-pelajar tidak menggunakan mana-mana satu strategi secara dominan. Pelajar-pelajar cenderung menggunakan semua strategi tanpa memikirkan keistimewaan setiap strategi atau kesesuaian strategi untuk digunakan dalam pembelajaran bahasa Jepun.

Menurut Roswati Abd. Rashid, Radhiah Ismail dan Nor Haslina Mohamad Akhir (2007) dalam kajian mereka bertajuk “Kepelbagaian Strategi Pembelajaran Tulisan Asas Bahasa Jepun (hiragana)” menyatakan bahawa langkah-langkah yang lebih proaktif sejajar dengan pilihan strategi yang menjadi amalan pelajar dalam memastikan strategi-strategi yang diamalkan itu lebih efektif dan memberikan impak yang besar.

Manakala menurut Sarasin (1998) dalam Shareeza (2003), pendidik seharusnya boleh mengubah strategi pengajaran mereka berdasarkan gaya pembelajaran pelajar. Pendidik seharusnya memastikan kaedah, material dan sumber yang digunakan adalah mengikut cara pembelajaran pelajar dan meningkatkan potensi pembelajaran setiap pelajar.

Memandangkan pada masa kini, perkembangan ekonomi di Malaysia amat berkait rapat dengan negara luar seperti Jepun dan Korea Selatan, penguasaan bahasa-bahasa asing ini seolah sudah menjadi keperluan wajib oleh Malaysia untuk menyediakan tenaga kerja yang mampu untuk berkomunikasi dalam bahasa asing dengan baik dan diharapkan dengan adanya penyelidikan seperti ini dapat membantu dan dijadikan rujukan kepada bakal pengajar dan penutur bahasa asing.

Dengan menyedari masalah-masalah ini, pelajar-pelajar, guru-guru dan universiti boleh mengambil tindakan yang perlu untuk memperbaiki masalah dan

(38)

kelemahan mereka. Salah satu cara bagi pelajar untuk meningkatkan penguasaan bahasa keseluruhan mereka adalah dengan menggunakan strategi pembelajaran bahasa dan Oxford (1990) mengklasifikasikan strategi pembelajaran bahasa kepada enam kategori iaitu strategi memori, strategi kognitif, strategi pampasan, strategi metakognitif, strategi afektif dan strategi sosial.

(39)

BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.0 Pengenalan

Bab ini menerangkan metodologi penyelidikan mengenai kajian strategi pembelajaran bahasa Jepun di UiTM kampus Puncak Perdana dan Puncak Alam. Pemilihan dua kampus ini disebabkan jurusan yang digunakan sebagai responden dalam kajian ini berada di kampus tersebut.

Bab ini menggambarkan rekabentuk kajian, memuatkan maklumat mengenai sampel kajian dan juga penerangan lanjut mengenai kajian rintis, instrumen, analisis kajian dan kesimpulan.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dijalankan secara kajian kuantitatif dan kualititatif di mana ianya menggunakan kaedah soal-selidik ke atas pelajar yang sedang mengikuti kursus bahasa Jepun Tahap III.

Data primer diperolehi melalui soal-selidik yang dijalankan ke atas pelajar untuk mendapatkan maklumat mengenai strategi pembelajaran bahasa mereka yang digunakan dalam pembelajaran bahasa Jepun.

Soalan soal-selidik yang digunakan adalah terjemahan yang telah dibuat daripada kajian Habibah Shuib (2010) dan Anida Abd. Rahim (2003) yang berpandukan inventori strategi pembelajaran yang sedia ada (Oxford,1990). Dalam kajian yang dibuat oleh Oxford (1990), soal selidik yang disediakan menggunakan bahasa Inggeris untuk mengkaji strategi pembelajaran dalam bahasa Inggeris, kajian Anida (2003)

(40)

menggunakan soal selidik yang sama dan telah dibuat terjemahan ke bahasa Melayu untuk mengkaji strategi pembelajaran bahasa Arab manakala kajian Habibah (2010) dan kajian ini menggunakan soal selidik yang sama dan disesuaikan dengan strategi pembelajaran bahasa Jepun. Bezanya kajian Habibah (2010) mengaitkan strategi pembelajaran dan kaitannya dengan pencapaian dan motivasi pelajar manakala kajian ini lebih berkait rapat dengan perbezaan jurusan dan faktor-faktor pemilihan strategi pembelajaran bahasa Jepun instrumen. Di peringkat ini, seramai 100 orang pelajar telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Kajian dibuat dalam bentuk deskriptif melalui borang soal selidik. Pelajar yang mengambil bahasa Jepun sebagai pilihan bahasa ketiga dan dipilih secara rawak. Soal selidik terbahagi kepada dua bahagian besar iaitu bahagian A yang terdiri daripada item demografi. Bahagian B pula ialah item-item strategi pembelajaran.

Soalan-soalan dibuat dalam bentuk skala likert dari pemeringkatan 1 hingga 5. Untuk menjawab soalan-soalan kajian yang telah ditetapkan di bab 1, data-data di analisa dengan menggunakan “Statistical Package for social Science (SPSS) for Windows Version 10.0”. Analisa dipermudahkan lagi untuk kefahaman dengan memaparkan 14 jadual dan 1 carta.

Bagi analisa menggunakan SPSS pula, tumpuan diberikan kepada analisa min. Min pada setiap item mengikut kekerapan penggunaan strategi di antara keenam-enam strategi tersebut. Semua data-data tersebut dipaparkan mengikut susunan persoalan kajian yang telah dikemukakan. Interpretasi untuk hasil-hasil min dipaparkan di jadual 4.3 (Strategi pembelajaran memori), jadual 4.4 (Strategi pembelajaran kognitif), jadual 4.5 (Strategi pembelajaran gantian), jadual 4.6 (Strategi pembelajaran metakognitif), jadual 4.7 (Strategi pembelajaran afektif), dan jadual 4.8 (Strategi pembelajaran sosial).

(41)

3.2 Persampelan Data

UiTM Shah Alam, dengan lebih dari 10,000 orang pelajar, terbahagi kepada 3 gugusan fakulti yang besar iaitu Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Sains sosial dan Kemanusiaan dan Fakulti Sains dan Teknologi. Semua pelajar ijazah diwajibkan mengambil bahasa ketiga (bahasa asing) yang disediakan oleh Akademi Pengajian Bahasa. Kursus-kursus ini dirancang khas bagi menyediakan pelajar ke alam pekerjaan kelak.

Bagi tujuan persampelan, tidak semestinya ahli dalam populasi digunakan sekiranya daripada sampel sudah dapat memberi gambaran untuk memahami sesuatu masalah atau fenomena yang berlaku dalam populasi terbabit (Gall, Gall & Borg 2005). Dalam kajian ini penulis hanya menumpukan kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga di UiTM Kampus Puncak Alam dan Kampus Puncak Perdana sahaja. Bagi memenuhi syarat lulus peperiksaan, pelajar perlu lulus tiga kod matapelajaran bahasa Jepun dengan jayanya iaitu BJP 401(permulaan), BJP 451(pertengahan) dan BJP 501(lanjutan). Untuk kajian ini, kajian telah dibuat ke atas pelajar yang telah pun selesai mengambil dua kod matapelajaran bahasa Jepun sahaja iaitu BJP 401 dan BJP 451 pada tahun 2013.

Pemilihan responden adalah secara rawak dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (AD) dan Fakulti Pengurusan Maklumat (IM). Seramai 100 orang dari populasi seramai 900 orang pelajar yang mengambil bahasa Jepun di UiTM Kampus Puncak Perdana dan Kampus Puncak Alam. Namun begitu seramai 100 orang pelajar telah menjawab soal selidik tersebut. Bilangan populasi ini diperolehi dari pangkalan data sistem pendaftaran pelajar (SIMS) UiTM. Kesemua pelajar ini adalah pelajar-pelajar bumiputera yang tidak mempunyai latarbelakang bahasa Jepun mahupun pernah melawat ke negera berkenaan.

Referensi

Dokumen terkait

Terdapat banyak jenis interferens dalam pembelajaran bahasa kedua, namun begitu kajian ini akan berfokus kepada interferens linguistik (nahu dan leksikal) dan inteferens

understanding 4.1.3 Strategi Interaksi 4.1.3.1 Strategi Rayuan 4.1.3.2 Strategi Memeriksa kefahaman Comprehension Check 4.1.3.3 Strategi Pemeriksaan Ketepatan Sendiri Own accuracy

Menurut Reid 1998, Vicioso seorang guru telah mengedarkan soal selidik Gaya Pembelajaran Persepsi PLSP dalam Bahasa Inggeris kepada 193 orang pelajar sekolah menengah di negara

Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan strategi belajar bersama-sama rakan dalam kalangan pelajar dalam konteks kemahiran lisan bahasa Arab di UiTM.. Ia

Oleh itu, guru Bahasa Melayu perlu menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai strategi pembelajaran kemahiran mendengar dan menulis supaya dapat membantu mereka untuk

Hasil kajian menunjukkan strategi pembelajaran bahasa (SPB) berasaskan kemahiran membaca menggunakan sama ada pendekatan, kaedah, dan teknik (a) abjad, (b) sebutan

Objektif kajian ini adalah untuk melihat tahap kawalan kepercayaan pembelajaran ( control of learning beliefs ) dalam kalangan pelajar kursus bahasa Arab sebagai

Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti tahap penggunaan strategi pengurusan usaha dalam kalangan pelajar kursus bahasa Arab di UiTM, supaya tindakan susulan boleh dilakukan