• Tidak ada hasil yang ditemukan

Trait personaliti graduan wanita di Malaysian technical university (MTU) dalam pemilihan kerjaya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Trait personaliti graduan wanita di Malaysian technical university (MTU) dalam pemilihan kerjaya"

Copied!
48
0
0

Teks penuh

(1)

i

TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN TECHNICAL UNIVERSITY (MTU) DALAM PEMILIHAN KERJAYA

FARRAH SYAMIMI BINTI CHE ROS

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(2)

Buat ayah dan ibu tercinta…Terima kasih di atas dorongan yang tidak terhingga. Kakak-kakak, abang dan adik tersayang…Teruskan berusaha.

Tunang yang dikasihi…Terima kasih di atas segalanya. Rakan-rakan…Teruskan perjuangan kita.

(3)

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia projek saya iaitu Dr. Lutfiah Natrah binti Abbas di atas segala bimbingan, panduan, nasihat dan perhatian yang telah diberikan kepada saya sepanjang projek ini dilaksanakan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah lain di atas segala panduan dan kerjasama yang diberikan sepanjang menyiapkan projek ini.

Terima kasih juga buat para pelajar UTHM, UTEM, UniMAP dan majikan-majikan di First Solar (M), Flextronics Technology (M), Hume Concrete Sdn. Bhd dan QDOS Flexcircuits Sdn Bhd di atas segala kerjasama dan kesungguhan mereka membantu ketika kajian dilakukan di sana. Sekalung penghargaan buat ayah, ibu, adik beradik serta tunang tercinta kerana sentiasa memahami dan memberikan sokongan yang tidak terhingga sehingga berjaya menyiapkan projek sarjana ini.

Tidak ketinggalan buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberikan sokongan bagi merealisasikan projek ini. Akhirul kalam, semoga kalian sentiasa berada di bawah lindungan, rahmat dan keredhaan-Nya. Wallahu Aa’lam.

(4)

ABSTRAK

Pemilihan kerjaya memang sinonim dengan graduan tahun akhir ia boleh mempengaruhi masa depan individu dan juga boleh menimbulkan permasalahan terutamanya graduan wanita bidang kejuruteraan yang sukar mengimbangi antara minat dan keperluan industri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti trait personaliti kalangan graduan wanita di MTU dalam pemilihan kerjaya serta persepsi majikan mengenai kesesuaian personaliti tersebut di industri. Kajian menggunakan kaedah mod campuran melibatkan soal selidik dan temu bual sebagai instrumen. Responden terdiri daripada 297 orang graduan wanita Sarjana Muda tahun akhir yang mengikuti bidang kejuruteraan di UTHM dan UniMAP manakala temu bual dijalankan ke atas 4 orang majikan di zon utara dan selatan. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan skor min dan peratus bagi melihat personaliti yang dominan kalangan graduan wanita bidang kejuruteraan kedua-dua MTU terhadap pemilihan kerjaya dan keselariannya dengan kehendak majikan. Analisis secara inferensi menggunakan ujian-T Bebas untuk menentukan perbezaan trait personaliti kalangan graduan wanita bidang kejuruteraan kedua-dua MTU terhadap pemilihan kerjaya. Keputusan kajian mendapati personaliti paling dominan merupakan personaliti Sosial dan ianya tidak selari dengan permintaan majikan iaitu personaliti Realistik. Manakala, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara trait personaliti kalangan graduan wanita bidang kejuruteraan di UTHM dan UniMAP kecuali bagi personaliti Konvensional yang terdapat perbezaan yang signifikan. Secara keseluruhannya, graduan wanita bidang kejuruteraan perlu mempunyai personaliti yang selari dengan program yang diikuti mereka serta memenuhi kehendak firma atau industri yang bersesuaian. Oleh itu universiti perlu memantapkan dalam berkolaborasi dengan firma atau industri yang lebih besar untuk masa depan graduan wanita mereka.

(5)

vi

ABSTRACT

Career choices is synonymous among final year graduates it could affect the individual future and can also cause problems, especially women engineering graduates on difficulty to balance between the interests and industry needs. Therefore, this study aimed to identify personality traits among women graduates at MTU in choosing careers and employers' perception regarding the suitability of the personality in the industry. Research are using the mixed mode method which involving a questionnaire and interview as an instrument. The respondents consisted of 297 final year women graduates of Bachelor Degree pursuing engineering at UTHM and UniMAP while interview conducted on 4 employers in the northern and southern zones. Qualitative data were analyzed using mean score and percentage for the dominant personality among women engineering graduates both MTU toward career selection and alignment with the needs of the employers. Inferential analysis using the independent t-test to determine the differences in personality traits among women engineering graduates of both MTU toward career choices. Results showed that the most dominant personality was the Social personality and is not parallel with demands by employer that are Realistic personality. While, there was no significant difference between a personalities trait among women graduates in engineering at UTHM and UniMAP except for Conventional personality that there are significant differences. Overall, the women engineering graduates need to have a personality that is parallel to that followed their program and meet the requirements of appropriate firms or industries. Thus universities must establish in collaboration with the large firm or industry for women graduates on their future.

(6)

KANDUNGAN TAJUK i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xix

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 4

1.3 Pernyataan masalah 7 1.4 Tujuan kajian 8 1.5 Objektif kajian 9 1.6 Persoalan kajian 9 1.7 Hipotesis kajian 10 1.8 Skop kajian 10 1.9 Batasan kajian 11 1.10 Kepentingan kajian 11

(7)

viii

1.11 Kerangka konsep 12

1.12 Definisi istilah dan operasi 14

1.12.1 Kejuruteraan 14 1.12.2 Graduan wanita 15 1.12.3 Personaliti 15 1.12.4 Trait personaliti 16 1.12.5 Gender 16 1.12.6 Pemilihan 17 1.12.7 Kerjaya 17

1.12.8 Program Universiti Teknikal Malaysia (MTU)

17

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 18

2.1 Pengenalan 18

2.2 Wanita dan pendidikan 18

2.2.1 Kadar enrolmen pelajar wanita 19 2.2.2 Wanita dalam bidang kejuruteraan 20

2.3 Wanita dan pembangunan kerjaya 21

2.3.1 Kejuruteraan 22

2.3.2 Perubatan 22

2.3.3 Keusahawanan 23

2.4 Pelan tindakan wanita 24

2.5 Cabaran wanita masa kini 24

2.5.1 Isu pengganguran 24

2.5.2 Faktor-faktor pengganguran 25

2.5.3 Persepsi majikan dan industri 27 2.6 Trait personaliti berdasarkan kerangka konsep

Holland’s

28

2.7 Faktor-faktor pemilihan kerjaya 31

2.7.1 Faktor gender pengaruhi kematangan 31

(8)

2.7.3 Faktor jaminan kerja 33

2.7.4 Faktor minat 33

2.7.5 Faktor keluarga dan masyarakat 34

2.7.6 Faktor persekitaran 35

2.8 Kriteria pengambilan dan pemilihan graduan 35

2.9 Ringkasan kajian lepas 38

2.10 Rumusan 43

BAB 3 METODOLOGI 44

3.1 Pengenalan 44

3.2 Reka bentuk kajian 45

3.3 Populasi dan sampel 46

3.3.1 Populasi 46 3.3.2 Persampelan 46 3.4 Prosedur kajian 48 3.5 Lokasi kajian 50 3.6 Instrumen kajian 50 3.6.1 Soal selidik 50

3.6.2 Soalan temu bual 52

3.7 Kajian rintis 53

3.7.1 Kesahan 53

3.7.2 Kebolehpercayaan 54

3.7.3 Analisis kajian rintis 55

3.8 Kaedah pengumpulan data 56

3.8.1 Kaedah soal selidik 56

3.8.2 Kaedah temu bual 56

3.8.3 Anggaran bilangan item temu bual individu 57

3.9 Kaedah analisis data 57

3.9.1 Statistik deskriptif 57

3.9.2 Statistik inferensi 58

(9)

x

3.10 Rumusan 60

BAB 4 ANALISIS DATA 61

4.1 Pengenalan 61

4.2 Maklumat demografi responden 62

4.3 Analisis soal selidik 65

4.3.1 Analisis kategori trait personaliti pelajar 65

4.4 Analisis ujian normaliti 71

4.5 Pengujian dan keputusan hipotesis 75

4.5.1 Perbezaan antara trait personaliti Realistik dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan wanita UTHM dan UniMAP

75

4.5.2 Perbezaan antara trait personaliti Investigatif dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan wanita UTHM dan UniMAP

76

4.5.3 Perbezaan antara trait personaliti Artistik dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan wanita UTHM dan UniMAP

76

4.5.4 Perbezaan antara trait personaliti Sosial dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan wanita UTHM dan UniMAP

77

4.5.5 Perbezaan antara trait personaliti

Enterprising dalam pemilihan kerjaya

kalangan graduan wanita UTHM dan UniMAP

78

4.5.6 Perbezaan antara trait personaliti Konvensional dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan wanita UTHM dan UniMAP

78

(10)

4.7 Rumusan 83

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

84

5.1 Pengenalan 84

5.2 Trait personaliti kalangan graduan wanita tahun akhir 84 5.2.1 Personaliti Realistik 85 5.2.2 Personaliti Investigatif 86 5.2.3 Personaliti Artistik 87 5.2.4 Personaliti Sosial 88 5.2.5 Personaliti Enterprising 90 5.2.6 Personaliti Konvensional 91

5.3 Persepsi majikan di industri 92

5.3.1 Personaliti utama yang diperlukan majikan 93

5.3.2 Sikap graduan wanita 95

5.3.3 Ciri-ciri personaliti pekerja wanita 96 5.3.4 Langkah-langkah pembentukan personaliti 98

5.3.5 Pekerja pilihan majikan 99

5.3.6 Tahap personaliti pekerja wanita di industri 102 5.3.7 Usaha memantapkan graduan wanita dalam

memenuhi keperluan industri

103 5.4 Cadangan 106 5.4.1 Cadangan kajian 106 5.4.2 Cadangan lanjutan 107 5.5 Kesimpulan 109 RUJUKAN 111 LAMPIRAN 119

(11)

xii

SENARAI JADUAL

1.1 Peratusan pekerjaan yang dipilih oleh wanita yang bekerja sebagai tenaga kerja dalam bidang sains dan kejuruteraan, USA, 2013

2

1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina, Malaysia, 2013-2014

3

1.3 Bilangan penduduk yang bekerja mengikut industri dan jantina, Malaysia, 2013

6

3.1 Jumlah saiz sampel 47

3.2 Sampel kajian bagi setiap objektif kajian serta ciri-ciri populasi

48

3.3 Skala likert 51

3.4 Taburan item-item soalan soal selidik 51

3.5 Nilai korelasi dan interpretasi 55

3.6 Alpha Cronbach untuk Bahagian B soal selidik

pelajar

55

3.7 Anggaran bilangan item temu bual individu 57

3.8 Jadual skor min 57

3.9 Kaedah menganalisis data dan pendekatan digunakan

59

4.1 Penglibatan majikan berdasarkan jenis sektor perkilangan

62

4.2 Demografi pelajar 64

(12)

4.4 Trait personaliti kategori Investigatif 66

4.5 Trait personaliti kategori Artistik 67

4.6 Trait personaliti kategori Sosial 68

4.7 Trait personaliti kategori Enterprising 69 4.8 Trait personaliti kategori Konvensional 70 4.9 Ujian normaliti Skewness dan Kurtosis 71 4.10 Perbezaan trait personaliti Realistik antara graduan

wanita UTHM dan UniMAP

75

4.11 Perbezaan trait personaliti Investigatif antara graduan wanita UTHM dan UniMAP

76

4.12 Perbezaan trait personaliti Artistik antara graduan wanita UTHM dan UniMAP

76

4.13 Perbezaan trait personaliti Sosial antara graduan wanita UTHM dan UniMAP

77

4.14 Perbezaan trait personaliti Enterprising antara graduan wanita UTHM dan UniMAP

78

4.15 Perbezaan trait personaliti Konvensional antara graduan wanita UTHM dan UniMAP

78

(13)

xiv

SENARAI RAJAH

1.1 Penduduk mengikut jantina, Malaysia, 2011-2014 4 1.2 Kerangka teori diadaptasi daripada Model Kategori

Personaliti Holland’s (1997)

13

1.3 Kerangka teori kajian 14

3.1 Formula saiz sampel Krejcie & Morgan (1970) 47

3.2 Prosedur kajian 49

3.3 Kaedah ‘coding system’ 59

4.1 Taburan skor min trait personaliti Realistik 72 4.2 Taburan skor min trait personaliti Investigatif 72 4.3 Taburan skor min trait personaliti Artistik 73 4.4 Taburan skor min trait personaliti Sosial 73 4.5 Taburan skor min trait personaliti Enterprising 74 4.6 Taburan skor min trait personaliti Konvensional 74

(14)

SENARAI SINGKATAN

PPPM - Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia NSF - National Science Foundation

USA - United States of America

BEM - Lembaga Jurutera Malaysia IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta

MIGHT - Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia Teknologi Tinggi

MTU - Malaysian Technical University

UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UNIMAP - Universiti Malaysia Perlis

UA - Universiti Awam

UTeM - Universiti Teknikal Malaysia Melaka KPTM - Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia PSPTN - Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara IEM - Institut Jurutera Malaysia

AIM - Amanah Ikhtiar Malaysia

MTEN - Majlis Tindakan Ekonomi Negara MEF - Persatuan Majikan Majikan Malaysia ISIS - Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia KWSP - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja SKM - Sijil Kemahiran Malaysia

(15)

xvi

ICT - Information of Communication Technology

SPSS - Statistical Package for Social Science

SDS - Self Directed Search

HMOC - Holland Model of Occupational Choice

NUTE - Namdinh University of Technology Education HIS - Hispanic Institute

(16)

SENARAI LAMPIRAN

A Jadual Krejic & Morgan (1970) 119

B Soal Selidik Pelajar 120

C Temu Bual Majikan 125

D Keputusan Kajian Rintis : Alpha Cronbach 137

E Ujian normaliti 143

F Keputusan Kajian Sebenar 144

G Pengesahan Pakar 151

H Surat Permohonan Kajian 157

(17)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matlamat negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPPM) menjelang 2025 adalah ingin melahirkan graduan berkualiti dari segi kebolehpasarannya (Kementerian Pengajian Tinggi, 2015). Peningkatan itu dijangka akan lebih meningkat dari jumlah semasa 75% ke 80% menjelang penghujung 2015. Pelan tersebut mengariskan enam elemen bagi menghasilkan graduan yang berkualiti iaitu etika dan rohani, kemahiran kepimpinan, identiti kebangsaan, kemahiran berbahasa, kemahiran berfikir dan pengetahuan. Enam elemen tersebut merupakan pecahan daripada dua attribut yang penting iaitu akhlaq dan ilmu. Graduan teknikal juga tidak terkecuali dari memenuhi keperluan pasaran sekarang. Oleh itu, setiap graduan perlu berdaya saing dalam memastikan mereka berkualiti dan diterima dalam bidang pekerjaan. Menurut Mahyuddin (2008), Malaysia bukan sahaja memerlukan pekerja-pekerja yang tahu menggunakan teknologi, malah tahu mencipta teknologi baru bagi keperluan industri.

Walau bagaimanapun, bidang teknikal khususnya bidang kejuruteraan di lihat kurang di ceburi oleh graduan wanita. Menurut (National Science Foundation (NSF),

(18)

2015), di United States of America (USA) wanita lebih cenderung untuk bekecimpung dalam kerjaya seperti, ahli psikologi, doktor bedah, atau doktor gigi seperti dalam Jadual 1.1. Berdasarkan statistik jurutera professional yang mendaftar di bawah (Lembaga Jurutera Malaysia (BEM),2014) bilangan jurutera wanita bagi tahun 2013 adalah 95.3% rendah jika di bandingkan dengan jurutera lelaki dan bagi tahun 2014 bilangan jurutera wanita yang berdaftar 95% rendah berbanding lelaki seperti dalam Jadual 1.2. Bidang kejuruteraan yang paling ketara kurang di ceburi oleh golongan wanita ialah bidang elektrik, gas, wap dan pendinginan udara (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013).

Jadual 1.1: Peratusan pekerjaan yang dipilih oleh wanita yang bekerja sebagai tenaga kerja dalam bidang sains dan kejuruteraan, USA, 2013.

(NSF, 2015)

Bidang Pekerjaan Peratusan %

Sains dan Kejuruteraan 29

Ahli psikologi 73

Ahli sains sosial 61

Pakar sains kehidupan 49

Pakar Ekonomi 47

Pakar matematik dan komputer 25

Jurutera 15

Ahli fizik dan astronomi 12

Berkaitan kesihatan 69

Pakar teknologi dan juruteknik dalam sains kehidupan 62

Pengajar pra university sains dan kejuruteraan 56

Pengamal diagnosis kesihatan 37

(19)

3 Jadual 1.2: Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

Malaysia, 2013-2014.

(Institut Akauntan Malaysia, Lembaga Arkitek Malaysia, Lembaga Jurutera Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia, Majlis Veterinar Malaysia,

Majlis Peguam Malaysia, 2014)

Namun begitu, jika di lihat dari segi enrolmen pelajar kejuruteraan di IPTA dan IPTS, peratusan perbezaan bilangan pelajar lelaki dan wanita adalah tidak begitu besar (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013) iaitu 13.6% di IPTA dan 34.6% di IPTS. Julat perbezaan itu boleh diklasifikasikan sebagai tidak begitu ketara.

Dari sudut pekerjaan menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (2013), kadar pengganguran graduan wanita yang berpendidikan (memiliki ijazah) semakin meningkat secara ketara bermula dari tahun 1990 hingga tahun 2013. Pada tahun 2013 penggangur yang terdiri dari graduan wanita adalah sebanyak 3.4% berbanding lelaki yang hanya 2.9%. Adakah ini menunjukkan sama ada wanita melanjutkan pelajaran dalam bidang yang tidak memenuhi kehendak pasaran semasa, atau pasaran sangat rigid kepada penyertaan wanita dalam ekonomi formal (Shukry, 2014).

2013 2014

Profesion Lelaki Perempuan

Perempuan daripada jumlah % Lelaki Perempuan Perempuan daripada jumlah % Akauntan 14730 14894 50.3 14954 15343 50.6 Arkitek 1187 632 34.7 1173 638 35.2 Jurutera Profesional 15130 754 4.7 15534 823 5 Doktor Gigi 1755 3166 64.3 1914 3670 65.7 Doktor Perubatan 15407 14106 47.8 16977 16210 48.8 Doktor Veterinar 1093 776 41.5 1160 913 44 Peguam 7555 7698 50.5 7841 8214 51.2

(20)

1.2 Latar belakang masalah

Data dari Jabatan Perangkaan Malaysia (2014) yang boleh dirujuk di dalam Rajah 1.1 menunjukkan bahawa anggaran penduduk yang menetap di Malaysia melebihi dari 30juta orang,di mana bilangan penduduk lelaki melebihi wanita dalam perkiraan 105 lelaki kepada setiap 100 wanita. Walaupun kadar populasi lelaki adalah lebih berbanding wanita, namun kemasukan di universiti menunjukkan peratusan wanita adalah lebih tinggi (61.07%) jika dibandingkan dengan lelaki (38.93%). Statistik juga menunjukkan kadar tenaga buruh wanita di Malaysia adalah sebanyak 52.4%. Gambaran ini jelas menunjukkan bahawa wanita merupakan penyumbang kepada peningkatan ekonomi Malaysia secara tidak langsung (Hamzah et al, 2014).

Umum mengetahui bahawa pendidikan merupakan salah satu agen berkuasa bagi meningkatkan kualiti pengeluaran sumber manusia dalam memajukan taraf ekonomi sesebuah negara. Wanita selalunya disosialisasikan bahawa perkahwinan sebagai pencapaian utama yang perlu dikecapi berbanding pendidikan. Manakala kerjaya merupakan tangga kedua dalam hidup seseorang wanita. Walau bagaimanapun, dalam masyarakat yang semakin moden dan berfikiran terbuka ini, dilihat wanita semakin membuka mata tentang kepentingan pendidikan untuk menjamin masa depan mereka kelak. 13000000 13500000 14000000 14500000 15000000 15500000 16000000 2011 2012 2013 2014 Ju m lah Tahun Lelaki Wanita

(21)

5 Terdapat peningkatan terhadap kadar kemasukan pelajar wanita ke universiti dari tahun 2007 hingga 2013 sebanyak 25.2% jumlah pelajar wanita yang mengikuti pengajian (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Pelajar wanita dilihat lebih cenderung untuk mengikuti pengajian dalam bidang pendidikan kerana statistik memaparkan sebanyak 70.1% pelajar di institut pendidikan guru adalah terdiri dari golongan wanita. Namun begitu, perbezaan besar dapat dilihat di politeknik dan kolej komuniti dimana jumlah pelajar wanita adalah lebih rendah iaitu 36% pada tahun 2013. Kewujudan politeknik dan kolej komuniti di negara ini adalaah bagi melatih pekerja-pekerja mahir dan separa mahir serta melahirkan juruteknik, dan universiti untuk menghasilkan jurutera.

Tidak dinafikan bahawa, pelajar wanita lebih ramai di bidang perdagangan, perubatan, pendidikan dan sains rumah tangga berbanding bidang kejuruteraan. Pendidikan memang sentiasa dikaitkan dengan profesion yang lembut, maka tidak hairanlah berlaku pradominasi guru-guru wanita di sekolah-sekolah (Abu Bakar, 2006). Namun menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia Teknologi Tinggi (MIGHT), Dr. Mohd Yusoff Sulaiman (2013), menyatakan bahawa golongan wanita sangat sesuai menceburi kerjaya dalam bidang kejuruteraan kerana mempunyai sifat istimewa iaitu cermat, teliti dan berhati-hati.

Setelah mempunyai kelayakan hasil daripada pendidikan, wanita telah menembusi pelbagai jenis pekerjaan seperti ditunjukkan pada Jadual 1.3. Penglibatan wanita dalam pembangunan ekonomi negara sudah wujud sekian lama dan telah diiktiraf (Roddid et al, 2009). Disamping itu juga wanita yang memiliki kemahiran kurang mendapat pengikhtirafan sama ada di tempat kerja mahupun di institusi pengajian. Seseorang wanita yang mempunyai kelayakan yang setanding lelaki sering diberi gaji, pangkat dan tanggungjawab yang lebih rendah (Correll, 2007).

(22)

Jadual 1.3: Bilangan penduduk yang bekerja mengikut industri dan jantina, Malaysia, 2013.

(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013)

Industri Lelaki Perempuan

% %

Pertanian,perhutanan dan perikanan 75.4 24.6

Perlombongan dan pengkuarian 80.1 19.9

Pembuatan 62.4 37.6

Bekalan elektrik, gas, wap dan pendingin udara 79.6 20.4

Pembinaan 91.2 8.8

Perdagangan borong dan runcit,pembaikan kenderaan bermotor

61 39

Pengangkutan dan penyimpanan 86.9 13.1

Perkhidmatan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan

minuman 48.4 51.6

Maklumat dan komunikasi 61.5 38.5

Aktiviti kewangan dan insurans/takaful 46.5 53.5

Aktiviti hartanah 58.5 41.5

Aktiviti professional,saintifik dan teknikal 51.4 48.6

Aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan 65.8 34.2

Pentadbiran awam dan pertahanan;aktiviti

keselamatan sosial 69.6 30.4

Banyak ilmuwan dan pemikir telah mengutarakan beberapa teori tentang pemilihan kerjaya antaranya ialah Teori Kerjaya Islam oleh Sidek Mohd Noah (2002), Teori Tret oleh Osipow (1973), Teori Holland oleh Holland (1997), Teori Super, Teori Krumboltz, Mitchell dan Gelatt (1975) dan Teori Anne Roe. Ini adalah kerana mereka menggangap pemilihan kerjaya merupakan aspek penting bagi kebanyakan individu yang sudah bergraduasi. Majoriti pelajar di Malaysia membuat pemilihan kerjaya tanpa berdasarkan kepada perancangan awal yang sistematik (A.Manaf, 2013). Kemungkinan untuk mengalami masalah dalam isu pemilihan kerjaya adalah graduan wanita dari bidang kejuruteraan terutamanya. Kerana mereka perlu bersaing dengan graduan lelaki untuk mendapat tempat di sektor industri.

(23)

7 Statistik Pekerjaan dan Perburuhan dari Kementerian Sumber Manusia 2013 menyatakan bahawa majikan yang terdapat di Malaysia majoriti terdiri daripada kaum lelaki iaitu seramai 0.44 juta berbanding majikan wanita seramai 0.08 juta. Kajian yang dilakukan oleh Zafir Mohd Makhbul et. al (2012), menunjukkan bahawa faktor keperibadian dan keterampilan menjadi pilihan utama majikan dari perspektif pengurusan sumber manusia. Oleh itu, graduan wanita perlu lengkapkan diri mereka secukupnya untuk menjadikan mereka sebagai pilihan terbaik kepada majikan di industri.

1.3 Penyataan masalah

Kepesatan perkembangan teknologi dan sains perlulah bergerak seiring dengan pertumbuhan masyarakat yang mempunyai kemahiran yang bersesuaian sama ada secara teori mahupun amali. Masyarakat yang tidak menguasai bidang ini boleh dikategorikan sebagai masyarakat yang mundur (Mahyuddin, 2008). Menurut laporan yang disiarkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (2014), berkata masalah ketidaksamaan gender dalam pekerjaan professional atau teknikal disebabkan oleh majikan yang mengharapkan graduan wanita mempunyai kebolehan yang sama seperti lelaki. Majikan sering mempunyai masalah dalam pengambilan dan pemilihan pekerja dan ini menyebabkan kos pengurusan meningkat, produktiviti menurun, operasi organisasi tergendala dan moral pekerja menjadi rendah (Gatewood & Field, 1994). Kemahiran seperti berfikir kritis, perancangan, penyelesaian masalah, komunikasi lisan, membuat keputusan, dan perundingan menunjukkan perbezaan antara persepsi majikan dan graduan (Wye & Lim, 2009). Menurut Pengarah Eksekutif Matsushita Television Co. (Malaysia) Sdn. Bhd. menyatakan bahawa personaliti seseorang calon sangat diambil berat semasa proses temuduga pekerja di sektor perkilangan (Zafir Mohd Makhbul & Mohamad Hasun, 2007).

Setelah melihat kepada pelbagai masalah yang dialami oleh graduan wanita dalam pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti mereka serta kesulitan

(24)

yang dialami oleh pihak majikan dalam pemilihan pekerja yang memenuhi kriteria yang sesuai dengan jawatan di industri, sesuatu harus dilakukan untuk membantu graduan wanita dalam pemilihan kerjaya yang bersesuai dengan personaliti mereka dan secara tidak langsung dapat memenuhi kehendak majikan. Walaupun banyak penyelidikan telah mengkaji tentang teori pemilihan kerjaya dalam kalangan graduan wanita, masih amat kurang penyelidikan yang mengkaji isu ini dari pihak majikan dan membuat perbandingan dengan kehendak graduan wanita. Adakah personaliti yang tidak bersesuaian merupakan penyebab utama majikan di luar sana yang masih kurang percaya terhadap graduan wanita? Apakah penyelesaian yang patut dilakukan oleh graduan wanita dalam pemilihan kerjaya yang tepat dengan personaliti mereka? Seharusnya satu kajian yang menepati kepada permintaan majikan mungkin dapat merungkai isu pemilihan kerjaya dalam kalangan graduan wanita. Justeru itu, kajian ini akan mengkaji sejauh manakah trait personaliti yang dimiliki oleh graduan wanita adalah selari dengan keperluan majikan di industri dalam menangani masalah ketaksamaan gender.

1.4 Tujuan kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah trait personaliti mempengaruhi dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan wanita yang mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan adalah selaras dengan keperluan majikan-majikan di indsutri sekarang.

(25)

9

1.5 Objektif kajian

Terdapat tiga objektif yang diperlukan dalam mencapai matlamat kajian iaitu:

1. Mengenal pasti trait personaliti yang mempengaruhi graduan wanita tahun akhir bidang kejuruteraan di MTU.

2. Mengenal pasti ciri-ciri personaliti yang diperlukan oleh majikan terhadap graduan wanita bidang kejuruteraan.

3. Mengenal pasti perbezaan antara trait personaliti dalam kalangan graduan UTHM dengan UNIMAP.

1.6 Persoalan kajian

Secara khususnya, terdapat persoalan-persoalan kajian yang dijadikan sebagai rujukan untuk memperolehi keputusan pada kajian yang dijalankan:

1. Bagaimanakah trait personaliti yang mempengaruhi graduan wanita tahun akhir bidang kejuruteraan di MTU?

2. Bagaimanakah ciri-ciri personaliti yang diperlukan oleh majikan terhadap graduan wanita bidang kejuruteraan?

3. Bagaimanakah perbezaan antara trait personaliti dalam kalangan graduan UTHM dengan UniMAP?

(26)

1.7 Hipotesis kajian

Satu hipotesis kajian telah dirangka bagi menjawab persolan kajian yang ketiga iaitu seperti berikut:

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara trait personaliti Realistik dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan UTHM dengan UniMAP

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara trait personaliti Investigatif dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan UTHM dengan UniMAP

Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara trait personaliti Artistik dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan UTHM dengan UniMAP Ho4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara trait personaliti Sosial

dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan UTHM dengan UniMAP Ho5 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara trait personaliti

Enterprising dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan UTHM dengan

UniMAP

Ho6 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara trait personaliti

Konvensional dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan UTHM dengan UniMAP

1.8 Skop kajian

Bagi memenuhi objektif kajian ini, pengumpulan data mengfokuskan kepada impak trait personaliti dalam keberkesanan pemilihan kerjaya kalangan graduan wanita bidang kejuruteraan. Responden kajian terdiri daripada golongan graduan wanita tahun akhir bidang kejuruteraan di Malaysian Technical University (MTU) iaitu di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang mempunyai program teknikal di zon utara dan zon selatan semenanjung Malaysia serta

(27)

11 beberapa orang majikan dari industri yang mengambil pelajar universiti bekerja sebagai jurutera di bahagian zon utara dan zon selatan semenanjung Malaysia.

1.9 Batasan kajian

Kajian ini dijalankan secara mod campuran dan penyelidik menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu soal selidik dan temu bual sahaja. Sebagaimana yang diketahui, di Malaysia terdapat banyak IPT yang mempunyai pelbagai program yang ditawarkan, disebabkan populasi yang sangat besar, kajian lebih tertumpu kepada Universiti Awam (UA) yang mempunyai program kejuruteraan sahaja. Oleh itu pengkaji memilih MTU yang terletak di zon utara dan selatan sahaja. Setelah mengambil kira kemudahan dari segi logistik, pemilihan ini juga adalah berdasarkan faktor kekangan masa dan kewangan. Responden bagi kajian ini melibatkan pelajar tahun akhir sahaja yang akan bergraduasi pada tahun ini iaitu 2016 dan akan memasuki alam pekerjaan.

Bilangan majikan yang ditemu bual hanya melibatkan beberapa industri sahaja iaitu di zon utara dan selatan sahaja. Polisi sesebuah industri yang agak ketat menyukarkan penyelidik untuk melibatkan berbagai jenis industri secara keseluruhan. Penyelidik mengehadkan kajian kepada beberapa buah industri sahaja.

Manakala bagi instrument yang digunakan oleh penyelidik adalah borang soal selidik, dan dapatan soal selidik bergantung kepada kejujuran responden yang menjawab. Selain itu, daripada soal selidik yang diedarkan, diandaikan setiap responden memahami arahan dan menjawabnya dengan sempurna kerana semua responden yang dipilih mempunyai keupayaan dan kefahaman yang sama iaitu Bahasa Melayu.

(28)

1.10 Kepentingan kajian

Dalam penyelidikan ini, hasil kajian diharap dapat digunakan dan memberi manfaat kepada pengkaji terutamanya, graduan wanita dalam bidang kejuruteraan untuk memilih kerjaya berdasarkan personaliti mereka serta sebagai garis panduan kepada majikan untuk memilih pekerja yang bersesuaian dengan jawatan yang dipohon untuk memastikan kualiti pekerjanya sentiasa di paras yang dikehendaki.

Dapatan kajian ini juga akan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak, terutamanya pihak universiti agar dapat menyebarkan maklumat yang berkaitan dan memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang betapa pentingnya mengetahui dan memahami tentang personaliti peribadi dalam memastikan persediaan ke alam pekerjaan.

Pelajar mestilah sedar bahawa pada masa sekarang dunia pekerjaan telah menjadi begitu mencabar dan mereka terpaksa bersaing serta berfikiran terbuka untuk menceburi sebarang pekerjaan yang mereka minati.

1.11 Kerangka konsep

Kerangka teori seperti dalam Rajah 1.2 menerangkan tentang konsep yang dirujuk oleh penyelidik iaitu menggunakan Teori Holland’s mengenai personaliti vokasional, (1997). Kerangka konsep lazimnya diterangkan dalam bentuk peta minda atau gambarajah bagi memudahkan pemahaman tentang keseluruhan kajian. Teori Holland (1997) menjelaskan bahawa personaliti dan persekitaran pekerjaan boleh diklasifikasikan kepada enam kategori yang berbeza Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Konvensional (K).

(29)

13

Rajah 1.2: Kerangka Konsep

Diadaptasi daripada Model Kategori Personaliti Holland’s (1997), (Threeton & Walter, 2009)

Kajian ini mengfokuskan kepada elemen personaliti yang menyumbang kepada pemilihan kerjaya iaitu dari sudut personaliti yang terdiri dari enam attribut iaitu Realistik (R), Siasatan (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Konvensional (K) seperti dalam Rajah 1.3.

Jenis Personaliti Holland’s

R

C

E

S

A

I

Mempunyai kemahiran

yang baik dalam bekerja dengan peralatan, lukisan mekanikal atau elektrik, mesin dan lebih gemar bekerja dengan benda.

Gemar bekerja dengan perkataan dan nombor dan amat teratur. Mempunyai keupayaan kepimpinan dan bercakap. Mempunyai kebolehan matematik dan saintifik dan gembira bekerja bersendirian Gemar bekerja dengan karya asalnya dan mempunyai imaginasi yang baik. Berminat dengan hubungan manusia.

(30)

Rajah 1.3: Kerangka konsep kajian

1.12 Definisi istilah dan operasi

Definisi istilah dan operasi adalah merujuk kepada istilah yang diguna pakai dalam kajian ini bagi memudahkan pembaca dalam memahami tentang kajian yang dijalankan ini.

1.12.1 Kejuruteraan

Kejuruteraan mempunyai pelbagai bidang antaranya ialah elektrik, elektronik, awam, mekanikal, pembuatan dan banyak lagi. Dalam kajian ini, kejuruteraan merupakan bidang yang diambil oleh pelajar wanita semasa mereka menuntut di UA masing-masing. Kemahiran teknikal yang dipelajari ini memberi sumbangan kepada graduan

Input Proses Output

Pelajar wanita bidang kejuruteraan tahun akhir di UniMAP dan UTHM Trait Personaliti (Holland’s, 1997)  Realistik  Investigatif  Konvensional  Enterprising  Artistik  Sosial Pemilihan Kerjaya Majikan di zon utara dan selatan Pemilihan Pekerja

(31)

15 wanita dalam menjadi garis panduan kepada mereka untuk memilih pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran kejuruteraan yang mereka pelajari.

1.12.2 Graduan wanita

Dalam kajian ini, diterjemahkan sebagai seorang perempuan iaitu berlawanan kepada lelaki. Ia juga boleh dikategorikan sebagai pelajar perempuan dewasa yang mempunyai identiti kewanitaan yang memaparkan keseluruhan perwatakan sebagai seorang wanita. Tambahan pula, wanita diertikan sebagai perempuan yang berusia dalam lingkungan 23 tahun sehingga 64 tahun.

1.12.3 Personaliti

Personaliti berasal dari perkataan Latin “Pesona”, yang membawa maksud topeng atau pelindung muka iaitu merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu. Menurut ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya. Allport 1961, (dalam Mischel,1999) menyatakan bahawa konsep personaliti sebagai organisasi dinamik sistem psikofizikal setiap individu yang menentukan tingkah laku dan pemikiran.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke Empat, persona membawa maksud watak rekaan di dalam cereka, drama, novel dan sebagainya. Makna yang lain, watak atau sifat seseorang seperti yang ditampilkan kepada orang lain atau seperti yang ditanggapi oleh orang lain. Manakala Personaliti membawa maksud keperibadian atau perwatakan.

(32)

1.12.4 Trait personaliti

Kajian ini menggunakan trait personaliti Holland (1997). Di mana beliau telah mengemukakan beberapa andaian asas yang menjadi teras dan tunjang kepada pembentukan teorinya. Antaranya ialah dalam budaya Amerika, kebanyakan individu boleh dikategorikan kepada satu daripada enam jenis trait personaliti iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Konvensional (K). Menurut Holland, setiap jenis personaliti ini adalah terbentuk hasil daripada interaksi antara pelbagai desakan kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan biologi, keluarga, kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal. Hasil daripada interaksi antara individu dengan faktor-faktor ini seseorang individu itu dikatakan akan menyukai aktiviti-aktiviti yang lain.

1.12.5 Gender

Secara ringkas dan bahasa mudahnya, gender adalah perbandingan diantara lelaki dan wanita. Sama ada dari segi fizikal, kehidupan sosial, budaya dan ciri-ciri perwatakan. Namun ramai masih menyatakan bahawa gender dan jantina adalah perkataan yang membawa sama maksud. Di dalam kajian ini penulis menterjemahkan gender sebagai perbezaan individu iaitu antara graduan wanita dan graduan lelaki dari segi pencapaian akademik dan keterampilan mereka. Menurut Engenderhealth (2004) gendermerujuk kepada peranan dan jangkaan yang dikenal pasti sebagai penyebab yang menganggu hak kesetaraan dan status wanita dengan memberi kesan yang bertentangan dengan hidup, keluarga, status sosial, ekonomi dan kesihatan.

(33)

17

1.12.6 Pemilihan

Pemilihan dalam kajian ini, pemilihan yang dimaksudkan adalah mengenai tindakan atau pilihan dilakukan oleh graduan wanita bidang kejuruteraan terhadap pemilihan kerjaya selepas bergraduasi.

1.12.7 Kerjaya

Kerjaya mempunyai pelbagai persepsi bagi sesetengah individu. Namun, umum mengetahui bahawa kerjaya adalah melakukan suatu pekerjaan untuk beroleh pendapatan dalam memenuhi keperluan mereka. Menurut Mohd Fadzil Che’ Din (2001) menegaskan bahawa kerjaya adalah kerja atau aktiviti-aktiviti untuk memenuhi keperluan-keperluan psikologikal, ekonomikal dan sosioligikal individu dan ini direalisasikan dengan bekerja hingga berjaya. Oleh itu, dalam kajian ini penulis mengabungkan definisi umum dan teori dari kajian lepas mengenai kerjaya, iaitu kerjaya merupakan satu mekanisme bagi memenuhi keperluan sumber manusia iaitu majikan dalam suatu organisasi atau industri untuk masa kini dan masa datang.

1.12.8 Program Universiti Teknikal Malaysia (MTU)

MTU diwakili oleh empat Universiti Teknikal iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Keempat-empat universiti ini memang menjurus kepada pengajian teknikal.

(34)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan isu-isu yang berkaitan seperti isu-isu graduan wanita masa kini, wanita yang berkecimpung dalam bidang teknikal, kerangka teori berkaitan personaliti Holland‟s, ringkasan kajian lepas mengenai personaliti wanita, wanita dalam dunia kerjaya, faktor yang mendorong graduan dalam pemilihan kerjaya serta kriteria pemilihan pekerja oleh majikan. Kesemua isu-isu berkaitan dengan kajian akan dihuraikan dengan lebih terperinci dalam bab ini.

2.2 Wanita dan pendidikan

Pendidikan adalah salah satu bidang yang sering dianggap sebagai memiliki masalah ketidaksamarataan gender. Persoalan ketidaksamarataan gender dalam pendidikan ini bukan hanya dari aspek pendidikannya itu sendiri, melainkan dari individu yang terlibat dalam dunia pendidikan yang sering mengabaikan aspek kesetaraan gender di dalamnya.

(35)

19 Keinginan untuk lebih meningkatkan kualiti hidup kaum wanita ini telah mampu meningkatkan kadar penglibatan kaum wanita dalam dunia pendidikan. Malahan di beberapa negara maju, kadar penglibatan kaum wanita di dunia pendidikan lebih tinggi dibandingkan kaum lelaki. Namun demikian, walaupun kadar penglibatan makin meningkat kaum wanita di dunia pendidikan belum boleh menandingi potensi dan pencapaian kaum lelaki dalam beberapa aspek (Muhammad Zuhdi, 2006). Oleh karena itu, salah satu elemen dari Millenium Development Goals adalah dengan mewujudkan kesamarataan gender dan memperkukuhkan kaum wanita (Bhopal, 2010).

Realitinya, tahap pendidikan di Malaysia telah meningkat sebanyak 50%. Berdasarkan nisbah pelajar wanita di (UA) berbanding lelaki iaitu 60:40 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010).

2.2.1 Kadar enrolmen pelajar wanita

Kadar kemasukan pelajar wanita di IPT di Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga tahun 2013 semakin meningkat dari tahun 2007 sebanyak 25.2% dan melebihi pelajar lelaki yang melanjutkkan pelajaran ke IPT. Keadaan ini dijangka akan berlarutan kerana masyarakat semakin berfikiran terbuka mengenai kepentingan pendidikan pada abad 21 sekarang. Hal ini mendapat perhatian oleh pihak kerajaan.

Justeru itu, pembangunan dan pelaburan yang tinggi dalam melahirkan graduan terutamanya di peringkat tertiari sering menjadi keutamaan. Kerajaan dalam setiap pelan Rancangan Pembangunan Lima Tahun mahupun pelan jangka sederhana dan jangka pendek. Di samping itu, bagi mentranformasikan pengajian tinggi dalam konteks menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa, Kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menggubal Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang mengandungi tujuh teras utama iaitu meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti, menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran, memperteguh penyelidikan dan inovasi, memperkasa institusi pengajian

(36)

tinggi, mempergiat pengantarabangsaan, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan mengukuhkan sistem penyampaian KPT.

2.2.2 Wanita dalam bidang kejuruteraan

Menurut Balamuralithara et al. (2014) bidang kejuruteraan merupakan salah satu elemen yang sangat utama bagi pembangunan manusia yang berpotensi untuk menambah kualiti kepada produk, proses dan perkhidmatan yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan juga meningkatkan taraf hidup. Dalam abad ke-21 ini, kita sedang menyaksikan perubahan pesat dalam sektor kejuruteraan di mana keperluan untuk profesion kejuruteraan semakin berkembang. Hasilnya dapat kita lihat melalui BEM kadar peningkatan jurutera profesional wanita yang berdaftar pada tahun 2013 adalah sebanyak 754 orang dan meningkat kepada 823 orang pada tahun 2014.

Namun peningkatan ini masih jauh ketinggalan berbanding jumlah peratusan jurutera profesional bagi lelaki yang berdaftar iaitu sebanyak 94% daripada jumlah yang mendaftar pada tahun 2014. Kurangnya penonjolan wanita dalam program dan profesion kejuruteraan menimbulkan kebimbangan tentang bagaimana untuk menarik minat golongan wanita untuk menyertai kerjaya yang didominasi oleh golongan lelaki ini.

Beberapa kajian telah dijalankan menunjukkan bahawa kadar pengraduasian pelajar kejuruteraan dalam kalangan pelajar wanita semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2004, 9.5% daripada siswazah Jepun dalam bidang kejuruteraan adalah wanita dan pada tahun 2010, kira-kira 10% graduan kejuruteraan adalah wanita. Ini menunjukkan peningkatan sangat kecil iaitu sebanyak 0.05% wanita Jepun dalam bidang kejuruteraan dari tahun 2004 hingga 2010. Sehingga ke masa kini hanya 1% jurutera di Jepun terdiri daripada wanita (Balamuralithara et al.,2014).

Manakala di Korea menurut Jong & Song (2015), majoriti universiti yang mempunyai kursus kejuruteraan didominasi oleh pelajar lelaki dan pelajar wanita lebih kepada kursus pendidikan. Kesedaran telah timbul menyebabkan pihak universiti di Korea mewujudkan subjek pendidikan kejuruteraan untuk memberi kesedaran tentang

(37)

21 peluang pekerjaan yang sangat rendah kepada graduan wanita. Oleh itu subjek ini bagi meningkatkan peluang graduan wanita di Korea untuk bekerja dalam sektor kejuruteraan berbanding pendidikan yang semakin ramai. Keputusan menunjukkan para pelajar wanita menyokong tentang kewujudan subjek kejuruteraan itu sebanyak 84% bersetuju.

Di Malaysia kadar penyertaan pelajar wanita dalam kursus kejuruteraan meningkat secara perlahan namun lebih tinggi berbanding Korea dan Jepun. Melalui enrolmen kemasukan pelajar IPT dalam bidang kejuruteraan adalah sebanyak 24.1% melalui data yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2013 untuk IPT swasta dan bantuan kerajaan.

2.3 Wanita dan pembangunan kerjaya

Proses industrialisasi dan urbanisasi telah meninggalkan kesan yang paling penting ke atas status dan penan kaum wanita (Abu Bakar, 2012). Akibat daripada kedua-dua proses itu, lebih ramai kaum wanita yang terlibat dalam pekerjaan di luar rumah. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa peluang-peluang pekerjaan yang ada telah memindahkan wanita dari ruang domestik ke ruang awam di mana mereka memegang pelbagai jawatan dalam sektor tertentu. Hal ini berlaku kerana tenaga wanita diperlukan bagi menampung keperluan tenaga kerja di pasaran buruh. Dengan itu tenaga wanita mula mengalir keluar dari ruang rumah ke ruang pekerjaan yang terasing daripada rumah tangga yang pada suatu ketika dahulu menjadi dunia kepada wanita.

(38)

2.3.1 Kejuruteraan

Penglibatan wanita dalam alam pekerjaan sering dikaitkan dengan taraf pekerjaan yang rendah dan wanita biasanya diberi tugas yang menjemukan dalam pengeluaran sesuatu barang (Marjut, 2014). Jenis pekerjaan yang diberikan kepada wanita selalunya merupakan pekerjaan yang berpendapatan rendah, tidak mempunyai kuasa untuk menentukan syarat-syarat pekerjaan dalam organisasi kerja, pekerjaan yang tidak berkehendakan latihan dan tidak mempunyai peluang untuk naik pangkat. Peluang pekerjaan dalam industri bagi wanita sekarang walaupun bertaraf rendah tetapi ia adalah lebih baik daripada pekerjaan lain yang sedia ada seperti buruh dalam sektor pertanian dan pembinaan, pembantu rumah dan peniaga kecil-kecilan.

Melalui artikel yang ditulis oleh Jaafar (2015) dalam Berita Harian Online mengenai jurutera wanita yang dikenali sebagai Profesor Madya Ir Hayati Abdullah yang berusia 53 tahun dikenali sebagai jurutera yang luar biasa. Sebagai jurutera profesional, Hayati disifatkan sebagai model yang menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada jurutera wanita yang lain dalam memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Beliau juga aktif dalam melakukan penyelidikan bersifat inivatif sehingga dilantik sebagai pengarah di Pusat Pengajaran dan Pembelajaran UTMLead. Dengan keazaman dan kecemerlangan yang ditunjukkan di negara ini, memang selayaknya Hayati terpilih menerima Anugerah Jurutera Wanita 2015 Institut Jurutera Malaysia (IEM).

2.3.2 Perubatan

Melalui kerjaya sebagai pakar perubatan atau dikenali sebagai doktor semakin meningkat kadar penyertaan wanita dalam bidang ini. Di Malaysia statistik dari Majlis Pergigian Malaysia bagi tahun 2014 menunjukkan bahawa 64.3% dari jumlah doktor gigi di Malaysia terdiri daripada wanita. Manakala selebihnya adalah lelaki.

(39)

23 Di Jepun satu kajian telah dijalankan oleh Kyoko & Kengo (2012) menyatakan peningkatan jumlah penglibatan wanita dalam bidang perubatan semakin meningkat berbanding lelaki. Namun, kualiti kerja doktor wanita semakin menurun mengikut kadar jam bekerja mereka. Mereka menjadi semakin tidak aktif apabila bekerja lebih masa berbanding doktor lelaki. Kajian mengkaji adakah bekerja separuh masa atau penuh masa yang bersesuaian dengan wanita. Lebih dari 54% menyatakan bekerja separuh masa supaya mereka boleh fokus kepada keluarga dan anak-anak.

2.3.3 Keusahawanan

Di Malaysia, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyeru golongan wanita untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan. Menurut Roddin et al. (2009), kementerian ini juga bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan dalam melaksanakan program peningkatan kemahiran wanita khususnya bidang keusahawanan agar mereka mampu berdikari dan menjadi usahawan yang berdaya saing pada masa hadapan.

Pada masa kini, telah banyak skim latihan, bantuan dan saluran yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada golongan ibu tunggal. Namun begitu, masih ramai lagi golonganini tidak berjaya menjadi seorang usahawan dan masih bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata. Didapati bahawa proses pembangunan seseorang usahawan yang sejati dipengaruhi oleh latar belakang, persekitaran, kemahiran atau ciri-ciri personaliti individu tersebut.

Menurut Pawanteh (2013) dalam ucapannya menyatakan kerajaan melalui KPWKM juga bekerjasama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk melatih dan membangunkan usahawan wanita. Dari bulan Januari 2010 sehingga 31 Disember 2012, kementerian telah berjaya melahirkan 4300 orang usahawan wanita melepasi sasaran awal iaitu 4000 orang.

(40)

2.4 Pelan tindakan wanita

Peranan kaum wanita dalam perkembangan sesebuah negara adalah penting kerana ia menunjukkan kadar peningkatan bagi sumber manusia. Melalui bidang pekerjaan maka dapatlah kita ketahui bahawa peranan wanita dalam sektor pekerjaan memberi impak yang positif terhadap peningkatan ekonomi negara. Pelan tindakan wanita merupakan satu inisiatif mmbuktikan bahawa tiada golongan wanita dalam masyarakat yang dipinggirkan oleh kerajaan dalam usaha mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Penggubalan pelan tindakan wanita berlandaskan hasrat kerajaan untuk memperkasakan wanita, mengukuhkan institusi keluarga dan mengupayakan masyarakat (Mohd. Nur, 2014). Terdapat beberapa teras strategik yang telah digariskan dalam Pelan strategik KPWKM 2013-2017 iaitu:

1. Memperkasakan wanita bagi meningkatkan sumbangan wanita dalam sosioekonomi.

2. Memperkukuhkan institusi keluarga bagi menghadapi cabaran kehidupan moden.

2.5 Cabaran wanita masa kini 2.5.1 Isu penganguran

Menurut Muhammad Hazrul (2012), isu berkaitan pengangguran di kalangan siswazah sering diperkatakan di kalangan masyarakat dan boleh dianggap sebagai satu kegagalan sistem pendidikan peringkat tinggi negara dalam melahirkan graduan yang memenuhi keperluan industri. Walaupun banyak penambahbaikan telah dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi tahap kebolehpasaran siswazah di IPT, masih terdapat lagi banyak rungutan yang dikemukakan oleh para majikan tentang kualiti para graduan ini.

(41)

111

RUJUKAN

A.Manaf, N. (2013). Keserasian Personaliti Pelajar dengan Kerjaya Agen

Pengembangan (Tesis Sarjana, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu

Pahat, Johor, Malaysia).

Abdul Ghani, F., & Ahmad Kamil, N.R. (2009). Tret personaliti dan faktor pemilihan kerjaya dalam bidang perguruan di kalangan pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup.

Abd Hair Awang. (2004). Keberkesanan Kebolehpasaran Pelatih dalam Industri

Latihan Vokasional Terpilih di Malaysia. Universiti Putra Malaysia (UPM),

Selangor, Malaysia.

Abu Bakar, N.R. (2006). Pendidikan dan Segregasi Pekerjaan Mengikut Gender.

Akademika 67, 53-75.

Ahmad, C.Y., & Abdul Halim, R. (2004). Teori pemilihan kerjaya dan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya. Jurnal Akademik UITM, Johor.

Ahmad Nabil Md. Nasir. (2012). Kajian Jurang Kemahiran bukan Teknikal antara

Penguasaan Pekerja Mahir Sektor Elektronik dan Kehendak Majikan.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor, Malaysia.

Amene, R. et al. (2011). Comparative research for personality types of Guilan University physical exercise and counseling students based on Holland Theory. Procedia Social & Behavioral Science, 30(2011), 2032-2036. Arsat, M. & Abd Kadir, N. (2010). Kemahiran Generik Dalam Faktor Pemilihan

Jurutera Mengikut Perspektif Industri Pembinaan. Retrieved from http://eprints.utm.my/10251/

(42)

Asri Selamat. (2009). Kesamarataan Gender dalam Bidang Industri di Malaysia.

Adakah Wanita Telah Bersedia? (Master's thesis, Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia, Johor, Malaysia). Retrieved from

http://eprints.uthm.edu.my/5570/1/0465.pdf

Asian Women in Higher Education: Shared Communties. (n.d.). Stoke-on-Trent:

Trenthem Books.

Asnul Dahar &, & Mansor, N.Z. (2007). Pemilihan bidang Kejuruteraan Elektrik & Elektronik sebagai pembentukan awal kerjaya di Sekolah Menengah Teknik Seberang Prai, Pulau Pinang.

Azman Ripin. (2009). Kesediaan Kerjaya dikalangan Pelajar Fakulti Kejuruteraan

Elektronik (Master's thesis, UTM, Skudai, Malaysia).

Bhopal.K. (2010). Asian Women in Higher Education: Shared Communities. Stoke

on Trent: Trentham Books..

Buccheri, G., Gurber, N. A., & Bruhwiler, C. (2011). The Impact of Gender on Interest in Science Topics and the Choice of Scientific and Technical Vocations. International Journal of Science Education.

Buntat, Y. (2004). Integriti kemahiran "employability" dalam program pendidikan vokasional pertanian dan industri di Malaysia.

Busch, A & Holst, E. (2009). Glass Ceiling Effect and Earning The Gender Pay Gap in Managerial Positions in Germany. Deutsches Institute fur

Wirtschaftsforschung, Jun 2009.

Calvert, J. R., & Al-Shetaiwi, A. S. (2002). Exploring the mismatch between skills and jobs for women in Saudi Arabia in technical and vocational areas: the views of Saudi Arabian private sector business managers. International Journal of

Training and Development.

Che Yusoff, M. (2005). Kajian kecenderungan pemilihan kerjaya di kalangan siswazah. Jurnal Pengurusan Awam, 4(1).

Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan:Kaedah Penyelidikan, Buku 1. Kuala Lumpur, MS: McGraw-Hill.

(43)

113 Clement, C.C. et al. (2012). Does the Holland Model of Occupational Choice

(HMOC) perpetuate the Beancounter-Bookkepper(BB) stereotype of accountants? Critical Perspective on Accounting, 23(2012), 370-389.

Correl,S.J. (2007). Getting A Job : Is There A Motherhood Penalty. American

Journal of Sociology, 112(5), 1297-1339.

Creswell, J.W. (2002). Research design: Qualitative & Quantitative Approaches, Thousand Oaks, CA, Sage.

Creswell, J.W. (2008). Research design: Qualitative. Quantitative and mix method approches (3rd. ed.). Thousand Oaks, CA:Sage

Darren, F. (2013). Factors Affecting Career Choices of College Students Enrolled in

Agriculture (Master's thesis, University of Tennessee, Martin).

Doris Padmini Selvaratnam,& Kaw Kit Yeng. (2011). PROSIDING PERKEM VI, JILID 2 (2011). Peranan Wanita dalam Pasaran Kerja Fleksibel di Malaysia:

Kajian Kes di Sektor Perkhidmatan, 86-101.

Engstroma, S. (2015). Female Students Who Succeed within Higher Technical Education – When and Why They Choose and Who They Are. Procedia - Social

and Behavioral Sciences 167, 161-169.

Esa et al. (2012). Analisis data. Dalam Penyelidikan dalam pendidikan (2nd ed., p. 474). Malaysia: Mc Graw Hill.

Ferry, N.M. (2006). Factors influencing career choices of adolescents and young adults in rural Pennsylvania.

Flores, L.Y. et al. (2010). Social cognitive influences on Mexican American's career choices across Holland's themes. Journal of Vocational Behavior, 76(2010), 198-210.

Ghasemi, A & Zahediasl, S (2012). Normality tests for statistical analysis: A guide for non statisticians. International Journal of Endocrinology & Metabolism, 10 (2), 486-489.

Gurvinder, K. &, & Sharan, K. (2008). Malaysian graduates employability skills.

(44)

Hamzah. (2007). Hubungan keserasian pola personaliti persekitaran enam kerjaya

bidang keagamaan dengan kepanasan kerja di negeri Johor (Master's thesis,

UTM, Skudai, Malaysia).

Hamzah et al. (2014). Faktor Sokongan Individu Terhadap Kecemerlangan Wanita Bekerjaya dan Berumah Tangga. Jurnal Teknologi, Universiti Teknologi

Malaysia, 5-6.

Harkness, J.A. (2010). Cross-Cultural Survey Guideline. Adaptation Revised August 2010.

Hassan, Z. (2004). Tingkah Laku dan Gaya Kepimpinan Akademik Wanita di Sebuah

Universiti Awam . Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor, Malaysia.

Holland, J.L. (1997). Making vocational choices: A theory of vocational personalities and work environments. Odessa, FL: Psychological Assessment Resources.

Idris, F. et al. (2015, December 2). Persampelan dan Kaedah Kutipan Data.

Retrieved from

http://researchchipbmm2008.blogspot.com/2008/01/persampelan-dan-kaedah-kutipan-data.html

Idris, N. (2013). Penyelidikan dalam Pendidikan (2nd ed.). Kuala Lumpur, MS: McGraw-Hill.

Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN). (2007). Education

curricula and workplace literacy.

Ishak et al. (2006). Hubungan keserasian darjah kongruen personaliti persekitaran dengan kepuasan kerja di salah sebuah hospital di Kedah.

Ishak, A., Rahmat, M., Shahrani, S., Zainal, N.F., & Abd Rahman, R. (2014). Keselarasan Personaliti dengan Pemilihan Program Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Jurnal Teknologi

Jaafar, F. (2004). Pelajar wanita jaguh di IPT. Utusan Online.

Jong, T.Y. &, & Song, A.C. (2015). Women included engineering education in Korea. Procedia Social & Behavioral Sciences, 174(2015), 1678-1683.

(45)

115 Kamro, M. (2012). Kesediaan menceburi kerjaya kejuruteraan binaan dalam

kalangan pelajar jurusan binaan bangunan di sekolah menengah vokasional (Master's thesis, UTHM, Batu Pahat, Malaysia).

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (2015-2025)(Pendidikan Tinggi) Blueprint Overview. MS:

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Kementerian Sumber Manusia. (2013). Statistik Pekerjaan dan Perburuhan. Jabatan Perangkaan Malaysia.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). (2013). Indikator Pengajian

Tinggi Malaysia 2013.

Kaprawi, N. (2013). Kajian Tinjauan. In Penyelidikan dalam Pendidikan (2nd ed., pp. 202-221). Kuala Lumpur, MS: McGraw-Hill.

Krejcie, R. & Morgan, D. (2015, November 30). Education and psychological

measurement. Retrieved from

http://opa.uprrp.edu/InvInsDocs/KrejcieandMorgan.pdf

Kyoko, N. &, & Kango, G. (2012). Impact of gender based career obstacles on the working status of women physicians in Japan. Social Science and Medicine, 75(2012), 1612-1616.

Liao, H-Y., Armstrong, P. I., & Rounds, J. (2008). Development and initial validation of public domain basic interest markers. Journal of Vocational Behavior, 73, 159-183

Lim, C.S., & Chee, K.M. (2013). Kesahan dan Kebolehpercayaan Penyelidikan. In

Penyelidikan dalam Pendidikan (2nd ed., pp. 168-183). Kuala Lumpur, MS:

McGraw-Hill.

Mahyuddin,A. & Rasid, N.A. (2008). Faktor Kesediaan Pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dalam Pembentukan Kerjaya. Universiti Teknologi

Malaysia.

Majikan disaran contohi skim kerja Jepun. (2007, August 3). Utusan Online. Manfaatkan bakat wanita secara optimum. (2015, May 21). Utusan Online.

Marjut Jyrkinen. (2014). Women managers, careers and gendered ageism.

(46)

Mashor, M. (2015). Persepsi Guru Terhadap Frog VLE Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran di Sekolah Rendah (Unpublished master's thesis). Universiti

Tun Hussein Onn Malaysia, Johor, Malaysia.

Masri, S. (2005). Kedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan :Esei, Proposal,

Tesis. Kuala Lumpur, MS: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. ms

45-98.

Michael, B. (2002). Career Choice Factors of High School Students (Master's thesis).

Mohamad Sattar Rasul et al. (2009). Aspek kemahiran employability yang dikehendaki majikan industri pembuatan masa kini. Jurnal Pendidikan

Malaysia, 34(2), 67-79.

Mohamed Najib, A.G. &, & M.Noor, A. (2008). Kesan latihan perguruan ke atas faktor pemilihan perguruan. Jurnal Teknologi, 48(2008), 15-31.

Mohammad Yusof. (2012). Kemelut pekerja wanita. Retrieved from http://www.isis.org.my

Mohammad Zabidi, N.F. (2009). Isu cabaran, perubahan dalam TVE dan industri. Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknikal dan Vokasional 2009.

Mohd Ghazali, G. et al. (2013). Pemerhatian dan Temu bual. In Penyelidikan dalam

Pendidikan (2nd ed., pp. 316-354). Kuala Lumpur, MS: McGraw-Hill.

Mohd Ishak, N. et al. (2008). Kepintaran emosi sebagai faktor peramal pencapaian akademik pelajar IPTA:Implikasi terhadap kebolehpasaran. Jurnal

Personalia Pelajar, 11(2008), 1-28.

Mohd Noor, N.I &, & Othman, N. (2011). Ciri-ciri pekerja cemerlang mengikut persepsi majikan dan berasaskan analisis perspektif Islam. Journal Edupress, 1(2011), 342-349.

Mohd. Nur, N.A. (2014). Pelan strategik KPWKM 2013-2017. Interview. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM) 2014.

Mohd Safarin, N & Kamaruddin, M.T. (2004). Kemahiran Generik: Kepentingan dalam Memenuhi Keperluan Majikan Masa Kini. Kertas Kerja Seminar

(47)

117 Mokhtar, A. &, & Abdul Kadir, S. (2013). Personaliti dan minat kerjaya murid

dalam bidang teknikal & vokasional di zon Pudu, Kuala Lumpur. Seminar

Pasca Siswazah dalam Pendidikan (GREDU, 2013). .

Muhammad Hazrul, I. (2012). Kajian mengenai kebolehpasaran siswazah di Malaysia: Tinjauan dari perspektif majikan. Prosiding PERKEM VII.

Muhammad Said, M. (2007). Mengurus Khidmat Bimbingan & Kaunseling Sekolah. Kuala Lumpur, MS: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

National Science Foundation. (2015). Statistic 2015: Women, Minorities, and

Persons with Disabilities in Science and Engineering. Retrieved from

National Center for Science and Engineering website: http://www.nsf.gov/statistics/wmpd/

Ojihi, M (2010). Nilai dalam budaya masyarakat Melayu . Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARC).

Patrick, J.R et al. (2009). Enhancing job satisfaction perspective: Combining Holland themes and basic interest. Journal of Vocational Behaviour, 75(2009), 139-151.

Pawanteh, Z (2013). Interview. In Program pembangunan usahawan wanita

kepasaran luar melalui INTRADE.

Perangkaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2014. (2013). MS: Kementerian

Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Pusat Pengurusan Akademik. (2005). Enhancing the effectiveness of the industrial

training of undergraduate students: Input from industries and organization.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTEM).

Rensis, L. (1932). A Technique for the Measurement of Attitudes. Archives of

Psychology, 140, 1-55.

Roddin. et al. (2009). Pendidikan Kemahiran Keusahawanan dalam Kalangan Wanita Ketua Isi Rumah Luar Bandar. Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia.

Rounds, J. et al. (2008). Development and Initial Validation of Public Domain Basic Interest Markers. Journal of Vocational / Behaviour, 153-183.

(48)

Seikh Salleh, Y. (2013). Perlaksanaan ICT Dalam P&P Guru Sekolah Rendah (Unpublished master's thesis). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor, Malaysia.

Shukry, A. (2014, November 27). Punca Wanita Malaysia Jauhi Pasaran Kerja Formal. The Malaysian Insider [Malaysia].

Threeton, M.D, & Walter, R.A. (2009). The Relationship Between Personality Type and Learning Style:A Study of Automotive Technology Students. Journal of

Industrial Teacher Education, 46(2). Retrieved from

https://scholar.lib.vt.edu/ejournals/JITE/v46n2

Wanita berpeluang ceburi bidang teknikal dan vokasional. (2016, March 15).

MynewsHub.

Wye, M.C, & Lim, Z.C. (2009). Peta ke Arah Kejayaan dalam Pengajian Perniagaan. In International Seminar 2015:The Development of Pedagogical Education from the Perspective of the 21st Century and Cooperation ASEAN

Education Community at Bandung, Indonesia (pp. 15-17).

Yahya, A. et al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan:Teori, Analisis

& Interpretasi Data. Shah Alam :PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. ms

13-67.

Yahya, A. H. (2011). Aggresif di kalangan remaja. Universiti Kebangsaan Malaysia. Zafir, M.M. et al. (2012). Kriteria pengambilan dan pemilihan graduan dan

perspektif pengurusan sumber manusia. Jurnal Personalia Pelajar, 15(2012), 1-11.

Zool Hilmi et al. (2014). Hubungan individu persekitaran dan kebolehsesuaian terhadap pemilihan kerjaya pelajar Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) suatu analisis kandungan. Jurnal Sains Humanika, 2(1), 135-144.

Referensi

Garis besar

Dokumen terkait