• Tidak ada hasil yang ditemukan

Takrif kemerdekaan beberapa tokoh

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Takrif kemerdekaan beberapa tokoh"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

10.1 Pengertian Kemerdekaan

BAB 10 : PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 (5 Safar 1377 Hijrah) merupakan peristiwa yang penuh pengertian bagi negara kita. Merdeka membawa erti bebas daripada sebarang cengkaman kuasa asing. Merdeka juga bererti bebas menentukan pemerintahan dan hala

tuju negara. Perjuangan kemerdekaan mengambil masa yang Panjang dan penuh berliku.

Bebas daripada penjajahan, kurungan atau naungan. Takrif kemerdekaan

menurut Kamus

Dewan Negara yang merdeka juga bermakna negara yang

berdaulat, iaitu mempunyai kuasa tertinggi.

Takrif kemerdekaan beberapa tokoh

Rashid Rida Mahatma Gandhi

Nelson Mandela Soekarno

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani

Tunku Abdul Rahman

Tun Temenggong Jugah anak Barieng

Tun Fuad Stephens Tun Dr. Mahathir Mohamad

Perjuangan bagi menghadapi penjajah hendaklah disertai semangat kebangsaan (jinsiyyah) dan cinta akan tanah air yang merdeka (wataniyyah). Beliau yakin, rakyat perlu membebaskan diri daripada pencerobohan pihak luar dengan bersatu padu bagi memper-tahankan maruah diri, bangsa, agama dan negara [Sayyid Jamal al-Din al-Afghani].

Kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara adalah untuk membebaskan diri daripada penjajah Barat. Kedaulatan sesebuah negara adalah dengan menghidupkan sistem kha-lifah dan menghapuskan ikatan perkauman [Rashid Rida].

Kemerdekaan perlu merangkumi politik, ekonomi dan moral. Setiap negara berhak mengu-ruskan sendiri negaranya, walaupun sukar supaya setiap komuniti hidup dalam harmoni [Mahatma Gandhi].

Kebebasan bukan hanya satu pertempuran untuk melawan satu kumpulan atau warna ku-lit, tetapi satu pertempuran terhadap sebuah sistem yang menindas. Kebebasan boleh di-capai melalui politik. bebas daripada perhambaan, kemiskinan dan penderitaan. Seluruh

(2)

Kemerdekaan bererti bebas selama-lamanya. Kebebasan ini merangkumi kebebasan untuk berfikir, bertindak daripada politik penindasan dan rejim autokratik. Pandirlah sesuatu bangsa penjajah jika berfikir bangsa yang dijajah itu akan terus didominasi oleh mereka. Rakyat yang dijajah akan menganggap hilangnya dominasi asing sebagai satu pembebasan. Kemerdekaan akan membentuk masyarakat baharu yang demokratik tanpa kelas dan kasta [Soekarno, Presiden Indonesia].

Kemerdekaan ibarat tempat perhentian dalam perjalanan yang jauh bagi mewujudkan se-buah negara baharu yang berdaulat. Rakyat perlu berkhidmat untuk negara yang baharu, berusaha dengan tenaga dan fikiran bagi mencipta satu bangsa baharu dengan cita-cita keadilan dan kebebasan [Tunku Abdul Rahman].

Melalui kemerdekaan, keselamatan negeri akan lebih terjamin dan menjadi lebih kuat. Penduduk peribumi Sarawak sanggup berkorban demi mempertahankan negara. Di samping itu, dengan kemerdekaan ini kita dapat mengatasi ancaman komunis [Tun Te-menggong Jugah anak Barieng].

Melalui kemerdekaan, keselamatan sosial Borneo Utara dan penduduk peribumi serta generasi selepasnya akan lebih terjamin. Usaha pembangunan yang pesat berlaku di Persekutuan Tanah Melayu mampu menaikkan semangat baharu masyarakat [Tun Fuad Stephens].

Merdeka bukan sekadar bebas daripada cengkaman kuasa dan minda penjajah. Merdeka juga bermaksud menghayati semangat jiwa merdeka dengan menyayangi negara sepe-nuh hati dan sanggup berkorban untuk negara ini dengan apa-apa cara sekalipun [Tun Dr. Mahathir Mohamad].

Kemerdekaan memberikan hak untuk rakyat menentukan sendiri bentuk dan hala tuju negara tanpa pengaruh kuasa luar. Penghayatan terhadap erti merdeka menuntut rakyat mengenali sejarah negara seterusnya mengukuhkan jati diri terutama bagi mengisi kemerdekaan ini.

10.2 Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

Pada 8 Julai 1957, Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah berucap dalam Radio Malaya menyeru seluruh rakyat meraikan Hari Kemerdekaan dengan meriah supaya kekal dalam sejarah negara. Pada 3 Ogos 1957, jam 7:33 pagi, Dato' Abdul Ra-zak Hussein memaklumkan rakyat menerusi Radio Malaya tentang atur cara sambutan kemerdekaan terutama pada tarikh 31 Ogos 1957.

Persediaan dibuat melalui penu-buhan jawatankuasa persediaan fizikal dan sambutan. Tumpuan upacara sambutan kemerdekaan adalah di Padang Kelab Selangor dan Stadium Merdeka.

(3)

Jawatankuasa Persediaan Fizikal

Pembinaan sebuah stadium

Istana untuk Yang di-Pertuan Agong Penonjolan identiti negara perlu

diberikan perhatian oleh

jawa-tankuasa Persediaan Fizikal.

Prasarana fizikal yang disediakan untuk meraikan kemerdekaan

1. Tunku Abdul Rahman mencadangkan sebuah lagu rasmi kebangsaan dicipta bagi

di-perdengarkan semasa upacara Perisytiharan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

2. Sebuah Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan dibentuk dengan dipengerusikan

oleh Tunku Abdul Rahman dan dibantu oleh Yaacob Abdul Latiff (Pengarah Jabatan

Pen-erangan). Lagu Negaraku berasal daripada lagu Terang Bulan, lagu negeri Perak yang

liriknya ditulis oleh Saiful Bahari dicipta sebagai lagu kebangsaan negara

3. Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang telah sedia ada akan dijadikan bendera

ke-bangsaan. Reka bentuk bendera dicipta oleh Mohamed Hamzah, kakitangan Jabatan Kerja Raya Negeri Johor. Bendera Persekutuan mula dikibarkan dengan rasminya pada 26 Mei 1950 di Istana Sultan Selangor.

4. Penggunaan Jata Negara diperkenankan oleh Raja-raja Melayu pada 30 Mei 1957.

5. Bunga raya dipilih oleh Tunku Abdul Rahman sebagai bunga kebangsaan.

Jawatankuasa Sambutan

Berperanan untuk memeriahkan sambutan pada peringkat ibu kota dan negeri. Bangunan di sekitar bandar, jalan raya dan Padang Kelab Selangor dihiasi lampu. Sebanyak 75 ribu bendera Persekutuan Tanah Melayu turut ditempah khas dari kilang kain di Jepun dan dibawa dengan kapal laut

Menteri dan pegawai tinggi kerajaan disediakan pakaian khas ilhamTunku Abdul Rahman sendiri. Sejenis pakaian dari negeri Kedah, iaitu "baju muskat" diubah suai lengkap dengan seluar satin hitam dan bersongket, bersamping dan tengkolok yang direka untuk menteri.

Kerajaan menganjurkan kursus khas berkaitan dengan protokol yang diikuti oleh sebanyak 300 orang pegawai kerajaan selama tiga hari. Mereka bertindak sebagai pega-wai penerangan dan pegapega-wai pengiring tetamu serta pegapega-wai jemputan luar negara. Selain itu, semua pegawai dan kakitangan kerajaan diberikan gaji seminggu lebih awal untuk memberikan peluang menyambut kemerdekaan.

10.3 Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

Upacara sambutan pemasyhuran kemerdekaan negara merupakan detik bersejarah yang dinantikan setelah melalui perjalanan yang panjang menuju kemerdekaan. Permulaan sambutan diraikan pada malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor.

(4)

ken-Kronologi Sambutan Pemasyhuran Kemerdekaan

10:00 malam

Wakil Parti Perikatan dari Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura berpakaian baju Melayu hitam diketuai oleh Sardon Jubir mengambil tempat duduk.

10:30 mlm

11:58 mlm

12:00 mlm

Sebanyak 300 orang pemuda membentuk perbarisan kehormat mengambil tempat di ten-gah padang menghadap Jalan Raja (menara jam). Perbarisan diketuai oleh Ismail Bontak.

Semua lampu di padang dan di sekelilingnya dipadamkan sehingga seluruh kawasan men-jadi gelap gelita.

1. Lampu dipasang semula apabila jam besar berbunyi menandakan detik 12:00 tengah

malam dan diikuti dengan laungan "Merdeka" oleh orang ramai.

2. Tunku Abdul Rahman dibawa ke hadapan pentas menghadap ketiga-tiga tiang

bendera.

3. Bendera Union Jack diturunkan oleh Tahir Abdul Majid dengan diiringi lagu God Save

The Queen sebagai tanda berakhirnya pentadbiran British di Tanah Melayu (Bendera Union Jack diturunkan dan disambut dengan tepukan dan laungan "Merdeka").

4. Bendera Persekutuan Tanah Melayu kemudian dinaikkan dengan diiringi lagu

Nega-raku yang diperdengarkan buat kali pertama kepada umum pada malam bersejarah

itu. Sorakan “Merdeka" dilaungkan sebanyak tujuh kali. Tunku Abdul Rahman

mem-12:10 mlm

12:25 mlm

12:55 mlm

Tunku Abdul Rahman menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan perwakilan negeri. Beliau kemudiannya mengambil tempat di atas pentas. Pasukan Pemuda Peri-katan seramai 24 orang yang diketuai oleh Abdul Majid Othman tampil membawa dulang berisi rantai emas yang tergantung padanya sebutir Pingat Emas. Pingat ini berukir peta Semenanjung Tanah Melayu serta gambar Tunku Abdul Rahman di dalam peta itu. Di tepi bulatan peta, ditulis perkataan "Bapa Kemerdekaan Tanah Air", gelaran yang diberikan kepada Tunku Abdul Rahman. Rantai emas dikalungkan oleh Sardon Jubir ke leher Tunku Abdul Rahman diikuti dengan laungan "Bapa Kemerdekaan Tanah Air" sebanyak tiga kali.

Tunku Abdul Rahman menyampaikan ucapan dengan penuh semangat.

(5)

Peristiwa Bersejarah di Stadium Merdeka

Upacara sambutan kemerdekaan diadakan dengan gemilang pada pagi 31 Ogos 1957, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Perarakan barisan pasukan tentera dan orang ramai di-anggarkan berjumlah 20 ribu orang membanjiri stadium. Mereka datang seawal pukul 6:00 pagi dan, mereka tidak berganjak walaupun hujan turun pada awalnya

Kronologi Peristiwa Bersejarah di Stadium Merdeka

1. Tunku Abdul Rahman tiba di pekarangan stadium dan diikuti dengan ketibaan Raja-raja

Melayu, Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri serta Duke dan Duchess of Gloucester.

2. Duke of Gloucester yang mewakili kerajaan British telah memberikan ucapan dan

menye-rahkan Surat Perlembagaan Serahan Kuasa kepadaTunku Abdul Rahman.

3. Tunku Abdul Rahman membaca Pemasyhuran Kemerdekaan bagi mengisytiharkan

ba-hawa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan kedaulatan.

1. Istiadat Mengangkat Sumpah Yang di-Pertuan Agong yang diadakan di Balairong Seri,

Istana Negara.

2. Upacara ini kemudian, disusuli dengan pelantikan jawatan Perdana Menteri, Ahli Jemaah

Menteri, Hakim Besar serta Gabenor Pulau Pinang dan Melaka. 8:15 pagi

11:00 pagi

Majlis jamuan di Residensi diadakan bagi mengucapkan selamat jalan kepada bekas Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Sir Donald MacGillivray dan isteri berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke England. Beliau diberikan penghormatan dengan permaidani merah dan barisan kehormat oleh Batal-ion Keempat Askar Melayu.

1:30 tengah hari

5:25 petang

1. Dengan tangan di udara, Tunku Abdul Rahman melaungkan "MERDEKA" sebanyak

tujuh kali dengan gemanya dan disahut oleh para hadirin yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

2. Kemudian, disusuli dengan laungan azan oleh Ustaz Hassan Azhari yang sayup

kedengaran menandakan rasa kesyukuran terhadap kemerdekaan negara kita.

3. Majlis diteruskan dengan menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi

lagu kebangsaan, iaitu Negaraku. Sebanyak 101 das tembakan dilepaskan

menan-dakan Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdau-lat.

(6)

10.4 Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita

Kemerdekaan yang diperoleh memberikan kesan terhadap negara kita terutama pada peringkat awal kemerdekaan. Perkara ini dapat dilihat melalui penglibatan negara kita di dalam dan di luar negara sama ada dari sudut politik, ekonomi mahupun sosial.

Peringkat Negara Peringkat Antarabangsa

Pengamalan Sistem Raja Berperlembagaan Demokrasi Berparlimen

Pentadbiran Negara Cabaran Kerajaan

Persekutuan

Dasar Luar Menganggotai Komanwel

Penyertaan dalam Blok Sterling Diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Misi Pengaman PBB Pertahanan Negara Politik Peringkat Negara

Pengamalan Sistem Raja Berperlembagaan

Setelah merdeka, negara kita mengamalkan konsep Raja Berperlembagaan. Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua utama negara dengan bidang kuasa fertentu.

Demokrasi Berparlimen

1. Sistem Demokrasi Berparlimen, rakyat mempunyai kuasa memilih kerajaan dan

pemerintah melalui pilihan raya. Pelaksanaan pilihan raya memberi rakyat hak ber-suara dan memilih wakil untuk menentukan hala tuju masa depan dan kesejahteraan negara.

2. Hasil kemerdekaan yang dicapai membolehkan parlimen berkuasa menggubal

un-dang-undang pada peringkat Persekutuan. Pada peringkat negeri pula, Dewan Un-dangan Negeri berkuasa menggubal undang-undang.

3. Keberkesanan undang-undang mampu memakmurkan negara.

Pentadbiran Negara

1. Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu

yang pertama.

2. Beliau mengekalkan ahli kabinet yang ada dan membuat perubahan dengan melantik

Dato' Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri.

3. Buat kali pertama dalam sejarah Persekutuan Tanah Melayu mempunyai seorang

(7)

Jawa-Peringkat Antarabangsa

Cabaran Kerajaan Persekutuan

1. Menggantikan pegawai Eropah dengan rakyat tempatan, khususnya dalam bidang

profesional, pendidikan tinggi, keselamatan dan pertahanan.

2. Tunku Abdul Rahman dan Dato' Abdul Razak Hussein memberikan komitmen yang

ting-gi bating-gi melaksanakan penggantian ini secara berperingkat dengan melantik rakyat tem-patan dalam pelbagai bidang.

Dasar Luar

1. Kerajaan memberikan perhatian melalui pengukuhan Kementerian Luar. Pada awal

ta-hun 1957, kumpulan pertama pegawai dihantar ke Britain untuk mendapatkan latihan.

2. Tokoh yang berperanan penting menentukan dasar luar negara ialah Tan Sri

Muham-mad Ghazali Shafie dan Dr. Ismail Abdul Rahman yang pernah dilantik menjadi Menteri Luar.

3. Negara kita juga menjalinkan hubungan dengan negara luar seperti Indonesia, India,

Australia, New Zealand, Mesir dan Jepun.

Menganggotai Komanwel

1. Persekutuan Tanah Melayu diterima untuk menyertai pertubuhan Komanwel.

2. Pertubuhan Komanwel bermanfaat untuk merapatkan hubungan sosioekonomi dengan

negara ahli.

3. Komanwel juga menjadi medan untuk negara kita mempamerkan komitmen terhadap

isu yang dihadapi oleh negara anggota.

Pertahanan Negara

1. Sebelum merdeka, negara kita dilindungi melalui pembentukan kerjasama pertahanan

Britain, Australia dan New Zealand.

2. Selepas merdeka. Tunku Abdul Rahman ingin mengekalkan hubungan baik dengan

Britain dan negara Komanwel.

3. Keadaan negara yang belum mempunyai kekuatan pertahanan menyebabkan negara

memerlukan bantuan Britain dengan memeterai perjanjian pertahanan yang dinamakan Anglo Malayan Defence Agreement (AMDA) pada tahun 1957.

Penyertaan dalam Blok Sterling

1. Negara menggunakan Pound Sterling dalam urusan perdagangan antarabangsa.

2. Kedudukan Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara yang berpendapatan tinggi

da-ripada hasil getah dan bijih timah memperkuat kedudukan mata wang Pound Sterling.

3. Penyertaan Persekutuan Tanah Melayu yang mempunyai kedudukan ekonomi yang

ku-kuh dalam Sistem Keutamaan Tarif Komanwel turut memperkuku-kuh kedudukan ekonomi ahli-ahlinya.

(8)

Misi Pengaman PBB

1. Negara kita turut terlibat daiam misi pasukan pengaman PBB di Congo.

2. Pemilihan ini menggambarkan kepercayaan dan pengiktirafan tertinggi PBB kepada

se-buah negara baharu untuk bersama-sama terlibat dalam pengurusan konflik an-tarabangsa.

Diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

1. Negara kita diterima menjadi ahli PBB dalam persidangannya pada 17 September 1957

merupakan anggota PBB yang ke-82.

2. Bendera negara kita dikibarkan dalam satu upacara rasmi di ibu pejabat PBB di New

York pada 15 Oktober 1957.

3. Dengan menyertai PBB. negara kita turut menjunjung prinsip PBB untuk melindungi hak

asasi manusia.

Ekonomi

Rancangan Malaya Pertama

1956-1960 Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

Rancangan Buku Merah

Pembangunan Luar Bandar

Institusi Kewangan Tempatan

Rancangan Malaya Pertama 1956-1960

Rancangan ini bertujuan:

1. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan tumpuan pada sektor luar bandar.

2. Mempelbagaikan keluaran pertanian supaya tidak hanya bergantung pada pengeluaran

getah.

3. Menambahkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar kemiskinan.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

1. Ditubuhkan pada tahun 1956 untuk memajukan tanah baharu secara besar-besaran

bagi pertanian dan penempatan semula masyarakat.

2. Keluarga dari kawasan luar bandar dipindahkan ke rancangan tanah FELDA untuk

me-nanam getah atau kelapa sawit.

3. Perumahan dan kemudahan asas disediakan untuk peneroka.

Pembangunan Luar Bandar

1. Kementerian Pembangunan Luar Bandar ditubuhkan pada 17 November 1959, hasil

penstrukturan pentadbiran yang bertanggungjawab untuk membangunkan infra-struktur, sosial dan ekonomi luar bandar.

2. Majlis Pembangunan Luar Bandar ditubuhkan pada peringkat negeri dan daerah bagi

merancang dan menyelaraskan pelaksanaan projek pembangunan.

3. Kerajaan memberikan keutamaan kepada penyediaan kemudahan asas untuk

(9)

Institusi Kewangan Tempatan

1. Malay National Bank atau Bank Kebangsaan Melayu merupakan bank pertama khusus

untuk orang Melayu ditubuhkan di Klang Street, Kuala Lumpur oleh Maarof Zakaria.

2. Bank Negara mula beroperasi pada 26 Januari 1959, bagi menggalakkan kestabilan

kewangan dengan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi negara.

3. Kwong Yik Bank ditubuhkan pada 1913 di Kuala Lumpur.

Rancangan Buku Merah

1. Rancangan Buku Merah dilancarkan pada 25 Januari 1961.

2. Buku ini mengandungi projek berkaitan dengan kemudahan asas seperti jalan kampung,

jambatan, surau, bekalan air dan bekalan elektrik.

3. Pemantauan dan maklum balas berdasarkan rekod yang terdapat dalam Buku Merah

diletakkan di dalam Bilik Gerakan Kemajuan Negara pada peringkat daerah, negeri dan pusat.

Sosial

Pendidikan Penubuhan Dewan Bahasa

dan Pustaka

Kemudahan Asas

Jabatan Penerangan

Kesihatan

Pendidikan

1. Pendidikan merupakan wadah untuk membina sebuah bangsa bagi negara yang

ber-satu.

2. Kerajaan mengeluarkan Penyata Rahman Talib bagi mengkaji semula Penyata

Jawa-tankuasa Pelajaran 1956 yang lalu.

3. Penyata ini memberikan penekanan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

di sekolah.

Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka

1. Kedudukan bahasa Melayu semakin kukuh apabila Fasal 1 Perkara 152 dalam

Per-lembagaan Persekutuan Tanah Melayu menetapkan bahawa bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa kebangsaan.

2. Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru, Johor,

se-bagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Pelajaran.

Jabatan Penerangan

1. Penubuhan jabatan ini bertujuan menyampaikan maklumat tentang peristiwa di dalam

(10)

Kesihatan

1. Pusat kesihatan dan hospital ditubuhkan untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk

luar bandar.

2. Ketika mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara mempunyai sebanyak 65

buah hospital.

3. Kementerian Kesihatan memainkan peranan penting dalam pemulihan isu sosial serta

pembangunan masyarakat demi kesejahteraan rakyat.

Kemudahan Asas

1. Penyediaan kemudahan asas dan infrastruktur kepada masyarakat diberikan

per-hatian oleh kerajaan pada awal kemerdekaan.

2. Kemudahan bekalan elektrik dan air bersih diutamakan demi keselesaan dan kesihatan

penduduk.

3. Kemudahan ini bertujuan membantu usaha meningkatkan taraf hidup, di samping

me-rapatkan jurang antara penduduk luar bandar dengan bandar.

10.5 Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu

1. Bagi sebuah negara yang merdeka, kedaulatan merujuk kuasa tertinggi yang

menen-tukan sesebuah negara bebas daripada kongkongan kuasa luar. Wilayah pengaruh, kerajaan, keunggulan undang-undang, lambang dan rakyat merupakan aspek kedau-latan negara kita.

2. Selepas merdeka, Persekutuan Tanah Melayu memperoleh kedaulatan atau kuasa

tertinggi.

3. Kedaulatan ini membolehkan kita membuat keputusan tentang hal yang berhubung

dengan pentadbiran dan politik negara.

Kedaulatan

Wilayah

pengaruh Keunggulan undang-undang

Lambang

Rakyat

Kerajaan

Wilayah pengaruh

1. Merujuk kawasan yang mempunyai sempadan untuk membentuk Persekutuan Tanah

Melayu.

2. Dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, pembentukan Persekutuan

Tanah Melayu terdiri daripada Perlis, Kedah. Perak, Pulau Pinang,Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu. Setiap negeri berdaulat diketuai oleh sama ada Sultan atau Raja, Yang di-Pertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri.

(11)

Kerajaan

1. Merupakan institusi yang bertanggungjawab untuk menguruskan dan mentadbir

nega-ra.

2. Kerajaan terbahagi kepada tiga komponen utama, iaitu Badan Perundangan, Badan

Eksekutif dan Badan Kehakiman.

3. Dalam amalan demokrasi, kuasa memerintah dipegang oleh kerajaan yang dipilih oleh

rakyat melalui pilihan raya [rakyat bertanggungjawab memilih wakil mereka melalui pili-han raya].

Kedaulatan undang-undang

1. Bermaksud kerajaan dan rakyat keseluruhannya tertakluk di bawah undang-undang.

2. Kedaulatan undang-undang penting bagi memastikan keamanan negara dapat

dikekal-kan demi kesejahteraan negara.

3. Kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi asas kedaulatan

negara yang merdeka dan memelihara hak rakyat.

Lambang kebangsaan

1. Jata Negara, lagu kebangsaan, bendera kebangsaan dan bunga kebangsaan

merupa-kan identiti dan jati diri rakyat.

2. Lambang ini juga menjadi simbol perpaduan.

3. Setiap elemen pada lambang ini mempunyai pengertian berdasarkan sosiobudaya dan

sejarah negara.

4. Lambang ini mempunyai nilai kedaulatannya tersendiri dan lambang jati diri negara.

Lambang ini perlu diberikan penghormatan sebagai simbol rasmi negara.

Rakyat

1. Mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap negara dan negara juga mempunyai

hak terhadap rakyat.

2. Semua pihak bertanggungjawab untuk menggunakan hak masing-masing dengan bijak

bagi mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara.

3. Pengiktirafan sebagai rakyat membolehkan kita mendapat hak asasi, iaitu hak yang

dimiliki oleh seseorang individu di sisi undang-undang seperti kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat.

4. Sebagai warganegara, kita perlu mematuhi perlembagaan negara.

Rumusan

1. Prinsip kedaulatan, iaitu kuasa tertinggi yang diperoleh melalui perjuangan yang

ber-liku perlu dikekalkan bagi menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negara.

2. Kemerdekaan yang diperoleh wajar dipertahankan dengan sepenuh jiwa dan raga.

Ke-merdekaan yang berkait rapat dengan kedaulatan menuntut kita memberikan kese-tiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap ibu pertiwi.

3. Semangat jiwa merdeka generasi lalu dalam usaha mempertahankan kedaulatan

negara perlu diteladani dan disyukuri supaya generasi akan datang terus menikmati kedaulatan negara yang dicintai ini.

(12)

Bahagian A: Soalan Struktur

1. Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 bersamaan dengan 5 Safar 1377 Hijrah

meru-pakan peristiwa yang penuh pengertian bagi negara kita.

a. Apakah maksud kemerdekaan?

... ...

2 markah

b. Namakan DUA tokoh yang memberikan takrifan kemerdekaan

i. ii.

... ...

2 markah

c. Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu mempertahankan kemerdekaan

negara kita?

... ... ...

3 markah

d. Andaikan anda seorang pemimpin negara, jelaskan persiapan yang anda akan

lakukan untuk mempertahankan negara kita daripada sebarang bentuk penjajahan pada masa hadapan

... ... ...

3 markah

2. Gambar berikut menunjukkan bendera Negara kita

a. Siapakah yang mencipta bendera negara kita?

...

(13)

b. Apakah nama bendera kebangsaan negara kita?

... 1 markah

c. Jelaskan maksud lambang-lambang berikut

i. ii. iii. Warna biru ... Warna merah ... Bulan sabit bewarna kuning

... 3 markah

d. Mengapakah negara-negara di dunia mempunyai bendera masing-masing?

... ... ...

3 markah

e. Pada pandangan anda, apakah tanggungjawab rakyat terhadap bendera

kebang-saan

... ...

2 markah

3. Upacara sambutan pemasyhuran kemerdekaan negara merupakan detik bersejarah

yang dinantikan setelah melalui perjalanan yang panjang menuju kemerdekaan.

a. Di manakah permulaan sambutan kemerdekaan diraikan pada malam 30 Ogos

1957?

... 1 markah

b. Namakan pegawai British yang menyertai peristiwa bersejarah sambutan

kemerdekaan di stadium Merdeka

(14)

c. Nyatakan kronologi peritiwa sambutan kemerdekaan di Stadium Merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman

... ... ...

3 markah

d. Jelaskan peranan yang boleh dimainkan oleh kerajaan Malaysia dalam usaha

mengekalkan kemerdekaan Negara kita

... ... ...

2 markah

Bahagian C: Soalan Esei

1. Selepas mencapai kemerdekaan, kerajaan melakukan pelbagai usaha untuk

mem-bangunkan ekonomi negara.

a. Jelaskan tentang Rancangan Malaya Pertama yang diperkenalkan pada tahun

1956-1960

4 markah

b. Nyatakan peranan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

4 markah

c.i Apakah langkah yang diambil untuk memajukan Kawasan luar bandar terutamanya

diawal kemerdekaan tanah air

6 markah

c.ii Jelaskan bagaimana dasar pembangunan ekonomi dapat menjamin perpaduan

dan kesejahteraan rakyat

6 markah

2. Selepas merdeka, Persekutuan Tanah Melayu memperoleh kedaulatan atau kuasa

tertinggi. Kedaulatan ini membolehkan kita membuat keputusan tentang hal yang berhubung dengan pentadbiran dan politik negara.

a. Jelaskan prinsip kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu

10 markah

b. Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan

Ma-laysia untuk mengekalkan kedaulatan negara

(15)

Setiap negara berhak menguruskan sendiri negaranya, walaupun sukar supaya setiap komuniti hidup dalam harmoni.

Bendera

Persekutuan

mula

dikibarkan dengan rasminya di

ms

A Stadium Merdeka

236

B Padang Bandar Hilir

C Padang Kelab Selangor

D Istana Sultan Selangor

1. Pernyataan

berikut

adalah

pengertian

kemerdekaan

oleh

seorang tokoh.

7

Gambar berikut adalah bendera

Jalur Gemilang yang menjadi

kebanggan bangsa dan negara

Malaysia.

4

Menurut Tun Temenggong Jugah

anak Barieng, melalui kemerdekaan,

keselamatan negeri akan lebih

terja-min dan menjadi lebih kuat.

Siapakah beliau

ms

A Pemimpin Parti PESAKA

235

B Ketua Menteri Sabah

Siapakah tokoh tersebut?

ms

A Rashid Rida

234

B Nelson Mandela

C Mahatma Gandhi

D Sayyid Jamal al-Din al-Afghani

Tokoh X ialah

ms

A

Tunku Abdul Rahrnan

235

B

Mahatma Gandhi

C

Tun Fuad Stephens

D

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Takrif kemerdekaan menurut

Ka-mus Dewan ialah bebas daripada

I.

kurungan

ms

II. pencerobohan

234

III. penindasan

IV. naungan

A

I dan II

B

I dan IV

C

II dan III

D

III dan IV

3

Menurut Rashid Rida, kedaulatan

sesebuah negara adalah dengan

rnenghidupkan sistem khalifah dan

menghapuskan

ms

A

Penjajahan kuasa asing

234

B

Penindasan rakyat

C

Penindasan ekonomi

D

ikatan perkauman

Kemerdekaan ibarat tempat perhentian dalam perjalanan yang jauh bagi mewujudkan sebuah negara baharu yang

5

Petikan berikut adalah ucapan

seorang

tokoh

tentang

ke-merdekaan

Tokoh X

6

Siapakah yang memaklumkan

ten-tang atur cara sambutan

ke-merdekaan terutama pada tarikh

31 Ogos 1957 kepada rakyat

menerusi Radio Malaya?

ms

A

Tunku Abdul Rahrnan

236

B

Tun Saadon bin Jubir

C

Dato' Abdul Razak Hussein

(16)

lagu kebangsaan negara. Lagu ini

berasal daripada lagu

Terang

Bu-lan,

iaitu lagu negeri

ms

A Johor

236

B Perak

C Kelantan

D Terengganu

14 Semasa

pemasyhuran

ke-merdekaan sebanyak 300 orang

pemuda membentuk perbarisan

ke-hormat

di

tengah

padang

menghadap Jalan Raja. Perbarisan

ini diketuai oleh

ms

A Dr. Ismail Abdul Rahman

238

B Tun Abdul Razak

C Abdul Majid Othman

D Ismail Bontak

16 Rantai emas dikalungkan oleh

Sar-don Jubir ke leher Tunku Abdul

Rahman. Apakah yang terukir pada

pingat yang dikalungkan ke leher

Tunku?

I.

Peta

Semenanjung

Tanah

Melayu

ms

II. gambar Tunku Abdul Rahman

239

III. gambar Jata Negara Malaysia

IV. gambar bendera Malaysia

A

I dan II

B

I dan IV

C II dan III

D III dan IV

11 Berapakah

jumlah

bendera

Persekutuan Tanah Melayu

ditem-pah khas dari kilang kain di Jepun

untuk memeriahkan sambutan

ke-merdekaan?

ms

A 25 ribu

237

B 50 ribu

C

75 ribu

D 100 ribu

9

Siapakah pencipta lirik lagu

Nega-raku

yang menjadi lagu

kebang-saan negara kita?

ms

A Mohamed Hamzah

236

B Yaacob Abdul Latif

C Saiful Bahari

D Ali Ahmad

Stadium Merdeka direka bentuk oleh S. E. Jewkes mempunyai 22 ribu tem-pat duduk serta 3000 daripadanya tempat duduk berbumbung,

10 Pernyataan berikut berkaitan

pem-binaan Stadium Merdeka

Tempoh masa untuk

menyiapkan-nya ialah selama

ms

A

Lima bulan

236

B

Enam bulan

C

Lapan bulan

D

Satu tahun

merdekaan

negara

berjalan

dengan lancar, beberapa

jawa-tankuasa diwujudkan.

Jawatan-kuasa Perayaan Ibu Kota

Perseku-tuan dipengerusikan oleh

ms

A

Tunku Abdul Rahman Al-Haj

237

B

Dato' Abdul Razak Hussein

C

Saadon bin Jubir

D

H.S. Lee

12 Menteri dan pegawai tinggi

kera-jaan disediakan pakaian khas ilham

Tunku Abdul Rahman iaitu "baju

muskat". Pakaian ini berasal dari

ms

A

Negeri Kedah

237

B

Negeri Perak

C

Negeri Selangor

D

Negeri Sembilan

15 Tepat 12.00 tengah malam

ben-dera Union Jack mula diturunkan

dengan diiringi lagu “God Save The

Queen”. Bendera Union Jack

di-turunkan oleh

ms

A

Ali Ahmad

238

B

Tahir Abdul Majid

C

Mohamed Hamzah

(17)

British dalam upacara

menye-rahkan Surat Perlembagaan

Se-rahan Kuasa kepadaTunku Abdul

Rahman ialah

ms

A Quen Elizabeth

240

B Duke of Gloucester

C Duke of Wellington

D Sir Donald MacGillivray

19 Sejak merdeka, Malaysia telah

mengamalkan sistem Demokrasi

Berparlimen. Pernyataan

manak-ah yang berkaitan dengan sistem

tersebut?

ms 242

A Perlembagaan ditetapkan oleh

Yang di-Pertuan Agong

B Badan Kehakiman menggubal

undang-undang

C Pentadbiran dikuasai monarki

berkuasa mutlak

D

Rakyat berhak bersuara dan

memilih wakil

20 Pengamalan Sistem Raja

Berper-lembagaan

termaktub

dalam

Perlembagaan Malaysia

menetap-kan Yang di-Pertuan Agong

men-jadi

ms

A Ketua negara

242

B Ketua Kerajaan

C Mengetuai Dewan Negara

Persekutuan

Tanah

Melayu

mempunyai seorang Menteri Luar.

Jawatan ini disandang oleh

ms

A Dato' Abdul Razak Hussein

242

B Muhammad Ghazali Shafie

C Dr. Ismail Abdul Rahman

D Tunku Abdul Rahman

22

Apakah tujuan Malaysia menyertai

pertubuhan Komanwel?

ms 243

A Melambangkan

kekuatan

negara

B Mengukuhkan

semangat

perpaduan

C

Merapatkan hubungan

sosio-ekonomi

D Membantah campur tangan

asing

25 Apakah yang terkandung dalam

Rancangan Buku Merah

dilancar-kan pada 25 Januari 1961?

ms 244

A Mengandungi projek berkaitan

dengan kemudahan asas

B Memantau

pengurusan

kewangan Negara

C Menetapkan

sistem

18 Pentas terapung berbentuk kerang

dibina di Lake Garden. Kuala

l,unrpur bersempena dengan

sam-butan kemerdekaan negara.

Antara

artis

yang

membuat

persembahan ialah

I.

P. Ramlee

ms

II. Saloma

241

III. Sarimah

IV. Jins Shamsuddin

A

I dan II

B

I dan IV

C

II dan III

D

III dan IV

23

Negara kita diterima menjadi ahli

PBB dalam persidangannya pada

17 September 1957. Negara kita

merupakan anggota PBB yang ke

ms

A

Lapan puluh

243

B

Lapan puluh satu

C

Lapan puluh dua

D

Lapan puluh tiga

24 Pada tahun 1960 Malaysia

me-nyertai misi pengaman PBB yang

menunjukan pengiktirafan tertinggi

PBB kepada negara kita.

Di manakah pasukan pengaman

negara kita dihantar?

ms

A

Iran

243

B

Congo

C

Anggola

(18)

Pertama diperkenalkan pada

ta-hun 1956-1960?

ms

244

I.

Meningkatkan pertumbuhan

ekonomi

II. Membuka kawasan pertanian

baru

III. Menyediakan

kemudahan

pinjaman

IV

.

Mengurangkan kadar ke-

miskinan

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

Rahman Talib bagi mengkaji

semula Penyata Jawatankuasa

Pelajaran

1956.

Apakah

penekanan Penyata tersebut?

ms

245

A Kenaikan darjah secara au-

tomatik

B Penekanan kepada bahasa

Melayu

C Sistem persekolahan sama

D Kurikulum seragam

34 Rajah berikut berkaitan dengan

sistem

pemerintahan

dalam

Persekutuan Malaysia.

27 Apakah tujuan penubuhan

Lem-baga Kemajuan Tanah

Persekutu-an (FELDA)?

ms

A Memasarkan hasil pertanian

244

B Menggalakkan kegiatan

indus-tri desa

C Meningkatkan

pengeluaran

tanaman makanan

D memajukan tanah baharu

secara besar-besaran

28 Bank Kebangsaan Melayu

merupa-kan bank pertama untuk orang

Melayu ditubuhkan di Klang Street,

Kuala Lumpur.

Tokoh

yang

bertanggunjawab

menubuhkan Bank tersebut ialah

ms

A

Maarof Zakaria

244

B

Zakaria Ahmad

C

Sa’adon Jubir

D

Zainal Abidin Ahmad

29 Kementerian Pembangunan Luar

Bandar diwujudkan pada 17

Novem-ber 1959.

Apakah keutamaan kementerian ini

bagi merancang dan menyelaraskan

projek pembangunan?

ms

A

penyediaan kemudahan asas

244

B

penyediaan kemudahan elektrik

C

penyediaan kemudahan

peru-mahan

D

penyediaan

kemudahan

kesihatan

31 Penyata Rahman Talib yang

menggantikan Penyata Pelajaran

1956 telah memberikan penekanan

kepada isu

ms

A

Sekolah venakular

245

B

Sekolah aliran Inggeris

C

Bahasa pengantar di sekolah

D

Pembinaan negara bangsa

32 Bagi memperkukuhkan kedudukan

bahasa Melayu, Dewan Bahasa

dan Pustaka telah ditubuhkan pada

22 Jun 1956.

Di manakah Dewan Bahasa dan

Pustaka di tubuhkan?

ms

A

Kuala Lumpur

245

B

Klang, Selangor

C

Batu Pahat, Johor

D

Johor Bahru, Johor

33 Antara usaha pihak kerajaan untuk

membantu meningkatkan taraf

hidup, di samping merapatkan

ju-rang antara penduduk luar bandar

dengan bandar ialah menyediakan

I.

subsidi baja

ms

II. bantuan makanan

2

III. bekalan elektrik

IV. bekalan air bersih

A

I dan II

B

I dan IV

C

II dan III

(19)

Badan Perundangan

Badan Pelaksana Badan Kehakiman

39 Mengapakah jata negara penting

kepada negara dan bangsa

Ma-laysia?

ms

A Simbol perpaduan rakyat

247

B Merupakan identiti bangsa

C Mempertahan semangat

ke-negerian

D Melambangkan kemajuan

ekonomi

35 Apakah yang membolehkan negara

kita membuat keputusan tentang

hal yang berhubung dengan

pen-tadbiran dan politik negara?

ms

A

lambang

246

B

Kedaulatan

C

Wilayah pengaruh

D

Keunggulan undang-undang

Berdasarkan sistem tersebut,

Kera-jaan merupakan institusi yang

ber-tanggungjawab untuk

ms

I.

Mengurus negara

246

II. Mentadbir negara

III. Memerintah negara

IV. Mendaulatkan negara

A

I dan II

B

I dan IV

C

II dan III

D

III dan IV

padan untuk membentuk

Perseku-tuan Tanah Melayu merujuk

ms

A

jajahan takluk

246

B

negeri bersekutu

C

wilayah pengaruh

D

wilayah naungan

36 Kerajaan merupakan institusi yang

bertanggungjawab untuk

mengu-ruskan dan mentadbir negara.

Kerajaan terbahagi kepada tiga

komponen utama, iaitu

I.

Kementerian

ms

II. Menteri kabinet

246

III. Mahkamah

IV. Badan Perundangan

A

I dan II

B

I dan IV

C

II dan III

D

III dan IV

37 Maklumat berikut adalah tentang

Persekutuan Tanah Melayu

Dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, pembentukan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada Perlis,

Ked-38 Apakah yang menjadi asas

kedau-latan negara kita yang merdeka

bagi memelihara hak setiap

rakyat?

ms

A

Perlembagaan Persekutuan

246

B

Rang Undang-undang

C

Badan Perundangan

D

Mahkamah

40 Apakah maksud bulan sabit pada

Jata Negara?

ms

A

Keberanian

247

B

Perpaduan rakyat

C

Islam agama rasmi

Referensi

Dokumen terkait

tentang seorang tokoh politik Malaysia yang bernama Tunku Abdul Rahman. Penelitian ini bertumpu pada pemikiran dalam rangka politik dan perjuangan Tunku.. ketika

Parti Perikatan yang didaftarkan pada 30 Oktober 1957 ialah sebuah parti politik Malaysia  yang  dimulakan  oleh  orang  Melayu  yang  bersatu  di  bawah  presiden

Gambar berikut adalah bendera Persekutuan Tanah Melayu yang menjadi kebanggaan bangsa dan rakyat MalaysiaA. Rakyat Malaysia mesti berbangga dengan bendera tersebut kerana ia adalah

• Pengisytiharan Persekutuan Malaysia sebagai sebuah negara baru menggantikan Persekutuan Tanah Melayu telah berlaku dalam jangka masa enam tahun selepas kemerdekaan dicapai pada

Jawatankuasa pendidikan 1960 yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran. Jawatankuasa tersebut dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan

Hubungan semakin tegang terutama ketika Tunku Abdul Rahman berusaha membentuk federasi Malaysia yang terdiri dari Malaya, Singapura, dan Sarawak yang dideklarasikan pada

Saya juga mengalu-alukan kehadiran hadirin sekelian, terutama yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman dan Yang Amat Berbahagia Tun Sardon untuk bersama-sama meraikan Yang

Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman kerana percantuman itu dilihat boleh menimbulkan masalah sosial kerana kedudukan kaum yang tidak seimbang antara orang Melayu