• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERSEPSI MUALAF TERHADAP PENGISIAN PENGISLAMAN DAN PROGRAM PEMBANGUNAN MUALAF: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERSEPSI MUALAF TERHADAP PENGISIAN PENGISLAMAN DAN PROGRAM PEMBANGUNAN MUALAF: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN 1"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1

PERSEPSI MUALAF TERHADAP PENGISIAN PENGISLAMAN DAN PROGRAM

PEMBANGUNAN MUALAF: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN

1

Azman Ab Rahman2 Norlina Ismail3

Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia

azman@usim.edu.my

ABSTRAK

Islam semakin mendapat tempat di hati masyarakat bukan Islam. Buktinya, statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia merekodkan peningkatan jumlah mualaf sehingga 76,663 orang di seluruh Malaysia bagi tahun 2000 sehingga tahun 2009. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong golongan ini mendekati Islam. Misalnya, ada yang terkesan dengan penyampaian dakwah yang berhikmah oleh para daie yang mendekati golongan ini. Namun begitu, peranan pengurusan dan pengisian program selepas pengislaman seseorang individu sebagai daya tarikan kepada golongan ini tidak dapat diketepikan. Justeru, artikel ini adalah untuk mengenal pasti persepsi mualaf terhadap pengisian dan program pembangunan mualaf yang disediakan khususnya di Negeri Sembilan. Pengenalpastian beberapa aspek lain yang perlu diberi perhatian termasuklah dari sudut proses pengislaman, pengisian pengislaman dan program sokongan mualaf turut menjadi fokus perbincangan dalam artikel ini. Artikel mendapati bahawa pengisian sedia ada kepada mualaf hampir memenuhi kesemua aspek keperluan mualaf, namun masih terdapat beberapa lakuna yang memerlukan kepada penambahbaikan. Artikel mencadangkan beberapa penambahbaikan untuk memantapkan lagi pengurusan sedia ada terutamanya berkaitan modul atau kursus yang disediakan dan juga jangka masa kursus. Kajian lanjutan perlu dijalankan bagi mengenal pasti kekangan pengurusan mualaf yang dihadapi dari semasa ke semasa supaya dapat memantapkan lagi keberkesanan pengurusan mualaf mulai dari fasa sebelum, semasa dan selepas memeluk agama Islam.

Kata kunci: Persepsi Mualaf, Pemelukan Agama Islam, Pengisian Pengislaman, Program

Sokongan Mualaf,Negeri Sembilan.

1.0 PENGENALAN

Islam agama syumul melengkapi segala perkara yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril. Agama Islam adalah agama yang berpaksikan keadilan dan bebas daripada segala unsur diskriminasi malah meletakkan penganutnya pada

1 Kertas Kerja ini dibentangkan di International Conference on Masjid, Zakat & Waqf 2015 (IMAF 2015) pada 1 & 2 Disember 2015 anjuran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan yang telah diluluskan dan dibiayai oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di bawah Geran Kompetitif USIM, kod penyelidikan: PPP/UTG-0213/FSU/30/13013. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Universiti Sains Islam Malaysia yang telah membiayai penyelidikan ini dan sentiasa memberikan sokongan dan galakan dalam usaha menyempurnakan penyelidikan ini.

2 Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. E-mail: azman@usim.edu.my

3 Calon Pelajar Sarjana Syariah, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. E-mail: linaismail29@gmail.com

(2)

2

taraf yang sama tanpa mengira jantina, keturunan, status sosial, kedudukan gelaran dan sebagainya. Begitu juga golongan yang bukan beragama Islam bebas untuk memeluk agama Islam tanpa paksaan.

Orang bukan Islam yang baru memeluk agama Islam dikenali sebagai mualaf. Istimewanya mualaf ialah kerana mereka termasuk dalam asnaf yang layak menerima zakat dan sebaik mengucap dua kalimah syahadah, keadaan mereka seolah-olah bayi yang baru lahir, suci dan bersih daripada kemaksiatan dan dosa. Modenisasi yang berlaku dalam pelbagai bidang turut menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan golongan bukan Islam untuk memeluk agama Islam. Perkara ini terbukti melalui statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia merekodkan peningkatan jumlah mualaf sehingga 76,663 orang di seluruh Malaysia bagi tahun 2000 sehingga tahun 2009. Antara faktor lain yang mendorong golongan ini memeluk agama Islam ialah melalui tauladan dan akhlak yang baik, budaya, asbab perkahwinan dan sebagainya.

Rentetan daripada itu, perhatian yang sewajarnya harus diberikan kepada golongan ini supaya dapat memantau perkembangan, pemahaman, penghayatan terhadap agama Islam untuk mengelakkan berlaku kekeliruan atau kecelaruan dalam memahami agama Islam. Justeru artikel ini membincangkan mengenai pengisian yang disediakan kepada mualaf setelah memeluk agama Islam di samping mengenal pasti program sokongan lain yang disediakan untuk pembangunan pengukuhan dan kefahaman golongan mualaf yang baru memeluk agama Islam. Maklumat ini diperoleh melalui perkongsian 20 orang responden mualaf yang ditemu bual dalam perbincangan fokus.

2.0 METODOLOGI KAJIAN

Artikel ini berbentuk kualitatif, iaitu menggunakan pendekatan kumpulan fokus. Kaedah perbincangan kumpulan fokus (Focus Group Discussion - FGD) merupakan kaedah kualitatif yang popular. Melalui kaedah ini, pengkaji memilih sekumpulan orang yang mempunyai ciri tertentu untuk mengadakan sesi perbincangan. Seorang fasilitator (pemudah cara) yang dilantik akan menentukan hala tuju perbincangan tersebut. Apa-apa yang dikatakan oleh ahli kumpulan merupakan data penting dalam FGD dan kaedah ini memberi peluang untuk berkongsi dan membuat perbandingan tentang pengalaman dan pandangan peserta serta memberi peluang untuk berbual-bual tentang perkara yang terjadi dalam dunia sebenar (Jasmi, K.A., 2012).

Melalui kaedah ini, seramai 18 orang responden daripada Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, jantina dan kaum telah dipilih untuk ditemu bual dalam kajian ini. Setiap responden ditemu bual selama 10 minit dan diajukan soalan yang sama. Temu bual ini menggunakan soalan separa struktur bagi memberi ruang kepada responden untuk berkongsi pendapat dengan lebih selesa. Data-data yang telah diperolehi melalui proses temu bual tersebut akan dianalisis untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih terperinci mengenai realiti yang dihadapai oleh golongan mualaf di Negeri Sembilan.

(3)

3

3.0 HASIL KAJIAN

Dalam kajian ini, penyelidik mengenal pasti tafsiran mualaf yang diambil daripada pelbagai aspek. Antaranya ialah tafsiran dari sudut bahasa, menurut empat mazhab fiqh dan tafsiran daripada para ulama kontemporari. Di samping dapatan kajian yang diperolehi daripada temubual kumpulan fokus yang dijalankan terhadap golongan mualaf mengenai persepsi mualaf terhadap pengisian pengislaman di Negeri Sembilan.

3.1 DEFINISI MUALAF

Mualaf ditakrifkan dengan pelbagai takrifan oleh para fuqaha berdasarkan pelbagai dimensi dan perspektif yang berbeza. Takrifan mualaf dihuraikan seperti berikut:

3.1.1 Mualaf Menurut Bahasa

Mualaf secara literalnya berasal daripada perkataan bahasa Arab ‘allafa’, yang bermaksud menjadikan sesuatu angka itu seribu, mengumpulkan sesuatu antara satu dengan yang lain dan mengarang buku (Ibn Manzur, 1996). Menurut al-Marbawi pula, mualaf bermaksud orang yang baru (memeluk) Islam. Perkataan ini berasal daripada perkataan alifa, ya’lifu, ilfan. Alifahu pula bermaksud suka atau gemar ia akan dia atau menjinaki. Manakala allafa

baynahum bermaksud memperkasihkan antara mereka itu (Al-Marbawiyy, t.th).

Mucjam Lughat al-Fuqaha’ mendefinisikan mualaf sebagai seseorang yang diberi zakat untuk melembutkan hati mereka supaya memeluk Islam (Qalcajiyy, 2010). Menurut Kamus Dewan, Mualaf bermaksud orang yang baru memeluk agama Islam, saudara baru (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010).

3.1.2 Mualaf Menurut Empat Mazhab

Takrifan mualaf turut dibahaskan oleh para fuqaha’ terdahulu. Setiap mazhab melihat aspek yang berbeza dalam menilai takrifan asnaf mualaf. Tafsiran ini melalui perbahasan yang panjang oleh para fuqaha’ bersandarkan hujah-hujah yang dikemukakan melalui peristiwa pengagihan zakat yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat baginda. Pentafsiran mualaf menurut mazhab empat diperincikan seperti berikut:

i. Mazhab Hanafiyy

Para fuqaha mazhab Hanafiyy tidak menjelaskan definisi mualaf secara terperinci. Mazhab ini lebih cenderung untuk membahaskan mengenai pemberian zakat kepada asnaf mualaf. Menurut Al-Kasaniyy dalam bukunya “Bada’ic”, mu’allafah qulubuhum (yang dijinakkan hatinya) ialah pemimpin Quraisy dan pahlawan Arab seperti Abu Sufyan bin Harb, Safwan bin Umayyah, al-Aqrac bin Habis, cUyaynah bin Hisn al-Fazari, al-cAbbas bin Mirdas al-Salmi, Malik bin cAwf al-Nadri, Hakim bin Hizam dan lain-lain lagi, dan mereka mempunyai kuasa, kekuatan dan pengikut yang ramai (Al-Kasaniyy, t.th). Menurut penulisan dalam Al-Muhithul Al-Burhani fi al-Fiqh An-Nu’man Fiqhul

Imam Abi Hanifah R.A, mualafatu qulubuhum ialah golongan dari kalangan kaum

Musyrikin (Ibn Ahmad, 2004).

ii. Mazhab Malikiyy

(4)

4

dua golongan, iaitu golongan kafir dan golongan Muslim. Menurut Al-Dusuqiyy (t.th), mualaf ialah orang kafir yang diberikan zakat supaya memeluk Islam. Mualaf juga bermaksud orang yang baru memeluk agama Islam, lalu diberikan zakat supaya pegangan agamanya semakin kuat. Antara kedua-dua pentafsiran ini, Ibn cIrfah telah mengutamakan pentafsiran yang kedua (Al-Dusuqiyy, t.th). Berdasarkan kedua-dua pentafsiran ini, terdapat dua golongan mualaf, iaitu kafir dan muslim.

iii. Mazhab al-Shaficiyy

Para fuqaha mazhab al-Shaficiyy mendefinisikan mualaf sebagai orang yang dijinakkan atau dilembutkan hatinya yang telah memeluk Islam (al-Shaficiyy, t.th). Berdasarkan pentafsiran ini, golongan mualaf terbatas kepada orang yang telah memeluk Islam sahaja. Golongan ini diberikan zakat untuk menguatkan lagi pegangan mereka terhadap Islam.

iv. Mazhab Hanbaliyy

Menurut mazhab Hanbaliyy, mualaf boleh terdiri daripada orang kafir atau Muslim. Definisi mualaf bagi mazhab Hanbaliyy adalah seperti berikut:

a) Pemimpin kafir yang memimpin suatu kaum atau kumpulan yang diharapkan agar memeluk Islam atau diharapkan menghentikan kejahatannya.

b) Orang Islam yang diharapkan dapat menguatkan keimanannya dengan pemberian zakat.

c) Pemimpin Muslim yang diharapkan agar para pengikutnya akan memeluk Islam, menggalakkannya supaya berjihad dan membela orang Islam, diharapkan dapat menghentikan kejahatannya dan dapat menimbulkan kekuatan untuk mengutip zakat daripada mereka yang enggan membayar zakat (Al-Bahutiyy, 1982).

Pelbagai pandangan diberikan dalam membahaskan mengenai pentafsiran mualaf. Semua mazhab memberikan definisi mualaf dengan menekankan unsur keagamaan dengan wujudnya objektif pengagihan zakat untuk melembutkan hati dan menguatkan iman. Namun tiada fuqaha yang mengaitkan pentafsiran mualaf dengan unsur harta iaitu sama ada seseorang mualaf itu fakir, miskin ataupun kaya. Mereka mempunyai hak yang sama untuk menerima zakat daripada bahagian asnaf mualaf. Perkara ini sejajar dengan matlamat pemberian zakat kepada mualaf yang lebih menumpukan kepada urusan menguatkan Islam dan keislaman seseorang berbanding masalah kemiskinan di kalangan mualaf.

3.1.3 Mualaf Menurut Kitab Tafsir

Para ulama berbeza pendapat dalam mentafsirkan kalimah mualaf. Mualaf menurut Tafsir Fathul Qadir ialah orang orang yang baru memeluk Islam (Al-Shawkaniyy, 2010). Manakala menurut Ibn Kathir, mualaf ialah golongan yang diberi zakat untuk dijinakkan hati mereka supaya mereka memeluk agama Islam. Rasulullah SAW pernah memberi sedikit harta daripada harta rampasan perang kepada Safwan bin Umayyah. Pada waktu itu Safwan bin Umayyah yang belum memeluk agama Islam serta beberapa orang musyrikin lain menyertai Peperangan Hunayn yang berlaku pada tahun kelapan Hijrah (Ibn Kathir, 1419H).

3.1.4 Mualaf Menurut Tafsiran Kontemporari

Terdapat beberapa pandangan ulama mutakhir yang cuba menggabungkan beberapa pentafsiran klasik lalu disesuaikan dengan keadaan kontemporari dalam mendifinisikan

(5)

5

maksud mualaf. Antaranya pandangan al-Qaradhawiyy yang menyatakan bahawa mualaf ialah orang yang dilembutkan hatinya dengan harapan mereka akan condong kepada Islam atau menguatkan imannya atau menghentikan kejahatan mereka terhadap orang Islam atau diharapkan dapat mengambil manfaat mereka semasa mempertahankan diri daripada mereka atau menolong mereka semasa menentang musuh mereka dan sebagainya (Al-Qaradhawiyy, 2000). Menurut Wahbah al-Zuhayliyy, mualaf ialah mereka yang lemah hatinya terhadap Islam, lalu diberikan zakat untuk menguatkan pegangan mereka terhadap Islam (Al-Zuhayliyy, 1996).

Menurut Fiqh Manhaji, mualaf ialah mereka yang baru memeluk agama Islam (Al-Khin, 2005). Dengan pemberian zakat kepada mereka diharap akan dapat menguatkan pegangan mereka kepada agama Islam. Begitu juga orang Islam yang terkenal dan berkedudukan tinggi di kalangan kaum mereka supaya dengan zakat yang diberikan dapat menarik minat golongan mereka kepada Islam.

Merujuk kepada definisi mualaf menurut tafsiran kontemporari, definisi yang diberikan oleh para ulama kontemporari seperti Yusuf al-Qardhawiyy, Wahbah al-Zuhayliyy danMustafa al-Khin menunjukkan bahawa mualaf ialah golongan yang dijinakkan hatinya supaya cenderung dengan agama Islam atau yang baru memeluk Islam dan belum kukuh keislamannya. Pendefinisian yang diberikan melayakkan golongan mualaf menerima bahagian zakat mualaf sepertimana yang termaktub dalam al-Quran.

Berdasarkan definisi-definisi yang telah disenaraikan oleh penyelidik, dapat dirumuskan bahawa terdapat perbezaan definisi yeng diberi oleh para ulama terdahulu dan kontemporarai dalam mendefinisikan asnaf mualaf. Definisi asnaf mualaf adalah berbeza menurut mazhab kerana setiap mazhab mempunyai aspek penilaian yang berbeza dalam menetapkan definisi bagi asnaf mualaf berdasarkan hujah-hujah tertentu. Terdapat mazhab yang mengklasifikasikan golongan asnaf mualaf kepada dua golongan, iaitu golongan kafir dan golongan Muslim. Sebaliknya, ada juga mazhab yang menegaskan bahawa mualaf terdiri daripada orang yang telah menganut agama Islam sahaja.

3.2 PERSEPSI MUALAF TERHADAP PENGISIAN PENGISLAMAN DAN PROGRAM SOKONGAN MUALAF DI NEGERI SEMBILAN

Satu kajian telah dijalankan terhadap mualaf di Negeri Sembilan. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui sejauh mana keberkesanan modul yang disediakan dapat membantu mualaf dalam menjalani kehidupan sebagai Muslim yang sebenar. Seramai 18 orang responden telah ditemu bual melalui dua (2) kumpulan fokus yang telah dijalankan. Dalam kumpulan fokus satu (1), hasil dapatan diperoleh daripada temu bual bersama sembilan (9) orang mualaf perempuan yang kebanyakannya daripada kaum Cina yang telah memeluk Islam dalam tempoh 5 tahun sehingga 36 tahun. Dalam kumpulan fokus dua (2), hasil dapatan diperolehi daripada temu bual bersama sembilan (9) orang mualaf iaitu enam (6) orang lelaki dan tiga (3) orang perempuan daripada kaum Cina dan India yang telah memeluk agama Islam dalam tempoh 3 tahun sehingga 35 tahun. Rata-rata peserta yang menghadiri sesi kumpulan fokus ini terdiri daripada pelbagai latar belakang dan mempunyai pengalaman yang pelbagai sepanjang bergelar mualaf. Jadual 1 menyenaraikan tema perbincangan, contoh soalan dan ringkasan maklum balas bagi setiap topik yang diajukan kepada responden.

Jadual (1): Tema Perbincangan Kumpulan Fokus

(6)

6

TOPIK 1: Proses Pengislaman

1. Berapa lama tuan-tuan dan puan-puan telah memeluk agama Islam? 2. Saluran tuan-tuan dan puan-puan masuk Islam?

3. Proses pengislaman masa mula-mula masuk Islam.

TOPIK 2: Pengisian Pengislaman

1. Apakah saluran pendidikan yang anda terima? 2. Cukupkah kursus yang diberi?

3. Dengan ilmu yang sedikit, boleh tak membimbing orang lain?

TOPIK 3: Program sokongan mualaf

1. Dari mana dapat bantuan kewangan?

2. Masa masuk Islam, ada tak masalah contact sosial budaya? 3. Ada tak dapat bimbingan dari pihak-pihak lain?

4. Bagaimana nak menghadapai tekanan yang di hadapai?

TOPIK4: Cadangan-cadangan

1. Adakah anda mempunyai cadangan atau pandangan lain yang ingin diutarakan?

Berdasarkan jadual tersebut, terdapat empat topik utama yang diajukan kepada reponden iaitu proses pengislaman, pengisian pengislaman, program sokongan mualaf dan diikuti dengan cadangan daripada responden. Berikut merupakan dapatan yang diperoleh daripada hasil perbincangan yang didapati daripada kedua-dua kumpulan fokus tersebut:

3.2.1 Proses Pengislaman

Daripada kajian yang dijalankan, didapati bahawa kebanyakan responden daripada kumpulan fokus satu (1) menyatakan saluran pengislaman mualaf adalah melalui Pejabat Agama ataupun Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). Faktor utama kebanyakannya memeluk agama Islam adalah kerana mendapat hidayah daripada Allah SWT selain daripada faktor luaran seperti dorongan daripada teman lelaki ataupun daripada keluarga angkat.

Merujuk kepada hasil dapatan kajian, majoriti responden mengikuti kursus yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam disamping mengikuti kelas agama yang dijalankan di masjid atau di Pusat Dakwah. Hampir kesemua responden bersetuju bahawa pengisian yang diberikan semasa kursus lebih memfokuskan kepada latihan praktikal seperti latihan amali solat, mandi wajib dan hafalan surah al-Fatihah berbanding pengisian rohani yang memberi kefahaman yang jelas tentang keagungan Allah SWT.

Manakala hasil temu bual kumpulan fokus dua (2), kebanyakan responden menyatakan proses pengislaman adalah satu proses yang rumit kerana terlalu banyak syarat yang dikenakan sebelum mengucap dua kalimah syahadah. Ada di antara responden yang terpaksa datang berkali-kali disebabkan tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Syarat yang dibincangkan adalah saksi dan sebutan kalimah Allah SWT. Selain daripada itu, responden berpendapat saluran memeluk Islam adalah melalui PERKIM dan Pejabat Agama. Terdapat juga responden yang telah mengkaji prosedur berkaitan sebelum ke Pejabat Agama. Melalui inisiatif ini akan lebih memudahkan responden untuk memeluk agama Islam. Hampir kesemua responden bersetuju mengikuti kursus selepas syahadah dan akan lebih berkesan jika di buat secara praktikal. Kursus-kursus yang dijalankan selepas syahadah

(7)

7

seperti cara berwuduk, mandi wajib dan bersolat. Salah seorang dari responden keempat (4) yang berumur 44 tahun menyatakan:

“…Saya masuk Islam pada 1996. Dah 18 tahun. Jadi masa peluk tu, saya ingin tahu dulu lah keistemewaan semua dengan kawan-kawan. Lepas tu, lepas terbuka nya pintu hati saya, terus saya ke PERKIM, Selangor. Masa saya pergi tu dengan saksi lah dekat PERKIM, Jalan Ipoh, saya pergi sana dan suruh balik. Saya kena hafal kan apa yang patut. Lepas tu saya datang semula, lepas seminggu. Second syarat masuk Islam. Dia kata awak dah masuk Islam. Apabila saya balik, saya kena hafal surah al-Fatihah. Masa tu saya ada kesukaran sikit. Apabila kita baru masuk Islam, kita kena sebut ALLAH tu susah sebab panggil mualaf. Because of pronousation tak diterima. Kena balik. Dekat 3 bulan baru boleh sebut Allah. Baca al-Fatihah tu base on pronounsation baru dapat kad. Itu pun sampai saya nak marah. Kenapa susah sangat. Pegawai tu bila dia kasi kad tu dia terangkan macam dia tu hebat dan macam kita ni terlalu ada masalah. Saya dah melalui banyak ragam”.

Berdasarkan kenyataan tersebut, jelas menunjukkan bahawa responden faham apa yang akan ditanya semasa mereka hendak memeluk agama Islam. Selepas syahadah, akan diikuti dengan kursus-kursus yang berkaitan dengan mendalami ilmu agama Islam.

Kebanyakan responden menyatakan mereka bersedia untuk pergi ke PERKIM atau Pejabat Agama untuk memeluk agama Islam. Rata-rata responden menyatakan faktor utama yang perlu dititik beratkan sebelum memeluk agama Islam adalah saksi, syahadah, al-Fatihah dan sebutan kalimah Allah SWT.

3.2.2 Pengisian Pengislaman

Hasil daripada dapatan temu bual bersama responden daripada kedua-dua kumpulan, didapati terdapat responden yang menyatakan saluran pendidikan yang mereka terima adalah melalui kursus selepas syahadah. Selain itu, responden juga turut menyatakan bahawa kursus dianjurkan pada hujung minggu bagi memberi kemudahan kepada mualaf untuk menghadiri kursus tersebut. Perkara ini adalah kerana kebanyakan mualaf mempunyai pekerjaan dan sukar bagi mereka untuk memohon cuti. Responden bersetuju selepas mereka memberi lafaz syahadah, PERKIM atau Pejabat Agama turut menyediakan jadual bagi menghadiri kursus yang disediakan. Hasil daripada menghadiri kursus yang disediakan, responden memperoleh banyak ilmu dan pengetahuan yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan. Salah seorang dari responden kelima (5) berumur 29 tahun menyatakan:

“…Saya kursus dekat Pusat Dakwah jer. Pusat Dakwah banyak menganjurkan kursus. Masa saya dulu dia ada menganjurkan kursus kefahaman Islam 3 hari. Lepas tu ada lanjutan dia, lagi mendalam lah. Macam kursus kemahiran kunci bersolat. Memang kursus dia penuh dan banyak pengetahuan”.

Di samping itu, responden menyatakan kursus yang diberikan selepas lafaz syahadah adalah tidak mencukupi. Ada di antara mereka berhasrat untuk menyertai jemaah di masjid atau surau. Walaubagaimanapun, kekangan masa dan tugasan seharian yang membuatkan mereka tidak dapat menyertai jemaah di masjid atau surau berdekatan.

Hasil daripada temu bual bersama responden, kebanyakan daripada responden pernah menyertai kursus yang disediakan oleh Pejabat Agama, akan tetapi ilmu dan pengetahuan yang mereka perolehi masih tidak mencukupi untuk mengajar dan berdakwah kepada orang sekeliling mereka. Oleh yang demikian, mereka amat berharap agar kursus

(8)

8

yang diberikan dilanjutkan sehingga mereka mempunyai keyakinan untuk sama-sama berdakwah serta mengajak rakan seperjuangan untuk memeluk agama Islam.

3.2.3 Program Sokongan

Berdasarkan dapatan daripada temu bual kumpulan fokus satu (1), responden menyatakan terdapat pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh mereka (mualaf) di peringkat awal memeluk agama Islam. Justeru, mereka memerlukan bimbingan dan sokongan daripada semua pihak, terutamanya dari pasangan mereka dan daripada pihak yang berwajib seperti Pusat Dakwah dan Pejabat Agama. Mengikut hasil daripada temu bual mendapati bahawa responden bersetuju dengan perkara tersebut. Terdapat juga dalam kalangan responden yang tidak mendapat sokongan moral daripada keluarga, dihalau oleh keluarga asal dan diperli oleh keluarga mertua yang berasal dari keluarga muslim. Selain daripada bantuan sokongan moral, mereka juga memerlukan sokongan kewangan atas faktor kehilangan pekerjaan, kematian suami dan sebagainya. Oleh yang demikian, program sokongan adalah perlu bagi mualaf untuk menangani permasalahan yang dihadapi.

Masyarakat setempat juga perlu memainkan peranan dalam mendidik dan memberi sokongan kepada mualaf dengan cara menjemput mereka untuk sama-sama hadir ke majlis ilmu dan melibatkan mereka dalam program-program kemasyarakatan. Hasil temu bual mendapati bahawa masyarakat sekeliling kurang peka terhadap kewujudan mualaf. Mengikut pengalaman responden itu sendiri yang menyatakan bahawa:

“……bagi mualaf, kemasyarakatan tu kurang. Macam saya sekarang, walaupun saya dah duduk di Senawang tu dekat 8 tahun, saya tak pernah pergi masjid terdekat saya untuk tahu apa perkembangan dekat masjid, belajar dekat masjid ke dekat surau ke”.

Berbeza daripada kumpulan fokus satu (1), program sokongan bagi kumpulan fokus dua (2) menerima bantuan berbentuk sumbangan kewangan sebanyak RM1000.00 untuk digunakan bagi penukaran kad pengenalan, serta untuk berkhatan bagi lelaki dan pelbagai proses yang perlu mereka lakukan selepas bergelar mualaf. Salah satu dari responden kesembilan (9) yang juga merupakan seorang pekerja di Pusat Dakwah Islamiyah Paroi, menyatakan:

“….Saya yang akan keluarkannya. Selepas mereka dah syahadah, saya tak perlu

bagi tau dia orang. Selepas cek tu sampai baru saya akan panggil dia orang. Tapi dekat situ saya akan maklumkan lah RM 300 untuk tukar IC dan RM 200 untuk berkhatan lah”.

Walaubagaimanapun beberapa responden juga memberitahu bahawa meraka tidak diberi penerangan tentang bantuan kewangan ini sehinggalah rakan ziarah menyatakan mualaf ada disediakan bantuan kewangan. Di samping itu, responden memberitahu mereka perlu memohon untuk mendapatkan bantuan kewangan tersebut dan proses adalah terlalu lama dan terlalu rumit.

Temu bual ini mendapati kebanyakan responden mendapat bimbingan dari Pejabat Agama dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Rakan-rakan dan keluarga sebelah mertua juga banyak memberi bimbingan kepada responden yang masuk Islam kerana bercinta atau hendak berkahwin.

Hampir kesemua responden menerima tekanan selepas memeluk agama Islam berdasarkan hasil temu bual. Majoriti daripada mereka mendapat tekanan daripada keluarga. Terdapat di antara responden yang dihalau dan dipinggirkan oleh keluarga, mempunyai masalah rumah tangga serta mempunyai majikan Muslim yang tidak memahami

(9)

9

mereka selain daripada tiada bimbingan kerana tinggal bersendirian. Bagi menangani masalah tekanan yang dihadapi, mereka amat memerlukan bimbingan dan sokongan daripada pihak-pihak lain. Majoriti responden mendapat bimbingan daripada rakan ziarah yang membantu dan membimbing mualaf apabila diperlukan.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Hasil daripada kajian temu bual kumpulan fokus bersama mualaf, terdapat beberapa cadangan daripada responden daripada kumpulan fokus satu (1) untuk tujuan penambahbaikan modul dan jangka masa kursus. Antara perkara yang dicadangkan adalah Pejabat Agama perlu merangka modul yang memberi penekanan kepada asas tauhid di samping mengekalkan latihan praktikal yang sedia ada. Ini kerana pembentukan aqidah yang sahih dalam diri mualaf yang masih lagi di peringkat asas mengenali agama Islam dan tidak memahami secara menyeluruh tentang konsep tauhid adalah sangat penting. Kenyataan ini merujuk kepada hasil temu bual berikut:

“……macam responden ketiga (3) bagitahu macam bab tauhid kena tekankan dulu la. Sebab kadang-kadang mula-mula kita masih terikat lagi dengan agama asal kan sebab ialah, ada jugak kawan saya kata, dalam Islam ni kita sembah ape? Kita tak nampak sebab macam biasa sebelum tu kita nampak 'tuhan kita' contohnya kristian, dia ada patung dia dekat depan. Jadi bila dah masuk Islam tu macam tak de pape kan”.

Pejabat Agama disaran agar mempertimbang kursus awal bagi mualaf yang dijadualkan pada hari minggu bagi memastikan mualaf dapat hadir ke kursus tanpa sebarang masalah atau kekangan.

Responden memberikan cadangan agar Pejabat Agama merangka satu program yang melibatkan mualaf dan pasangan masing-masing agar mereka saling memahami dan saling memberi sokongan dalam menjalani hidup sebagai mualaf. Masalah bahasa juga merupakan satu cabaran bagi mualaf untuk memahami isi kandungan kursus. Oleh yang demikian, responden mencadangkan agar Pejabat Agama menyediakan tenaga pengajar daripada pelbagai kaum seperti tenaga pengajar Cina, India, Iban dan sebagainya.

Manakala cadangan penambahbaikan yang diperolehi daripada perbincangan kumpulan fokus dua (2) lebih memfokuskan kepada kursus yang disediakan. Hampir kesemua responden mencadangkan agar kursus yang diberikan haruslah berterusan agar dapat membimbing rakan-rakan lain ataupun untuk berdakwah supaya rakan-rakan yang bukan beragama Islam tertarik untuk memeluk agama Islam. Selain itu, mereka juga mencadangkan agar golongan mualaf yang baru memeluk Islam diajar mengenai kursus pengurusan jenazah.

Kursus pengurusan jenazah juga dicadangkan kepada mualaf kerana tiada yang berminat untuk menguruskan jenazah sekarang ini. Terdapat seorang responden yang menyatakan bahawa kerjaya amat penting untuk mualaf:

“…..setiap orang yang masuk Islam ni, bukan bagi mereka bantuan, bagi syahadah bagi kursus. Tak mau lah habis macam tu. Masalah ekonomi, bulan-bulan orang pejabat pun naik jemu. Kita tak mau macam tu. Sebab apa, mereka tiada kerjaya. Kalo orang tu ada belajar sampai tinggi mana. Cari kan kerja untuk dia. Kalau dia tak der satu kaki, carikan kerja untuk dia. Kalau dia tak der tangan dua, carikan kerja untuk dia. Biar dia ada punca pendapatan bulanan dan tak bergantung dengan Pejabat Agama. Benda ni kena fokus. Hari-hari ramai orang datang. Di sini kurang. Saya tengok dekat Kelantan lagi ramai. Bukan orang

(10)

10

mualaf, orang biasa pun ada. Maknanya kena ada kerja lah. Ada peluang kerja. Pejabat Agama ni kena direct link dengan tempat kerja tu. Jangan pergi temu duga, pergi 100 orang yang mana kenal dengan orang temu duga dia yang dapat kerja. Yang mana dari sini, Pejabat Agama yang mana bukan adik beradik dia tak dapat kerja. Jadi benda ni kena betul kan balik. Mualaf ni kena bagi priority sikit. Dia orang dah masuk Islam. Macam-macam cabaran dah hadapi. Dia orang perlukan kerjaya. Ramai mualaf dekat sini datang minta bantuan sebab mereka tak der kerjaya. Bukan dia orang datang, bagi aku RM 100, bagi aku RM 50. Mereka tak nak macam tu, tiada siapa yang nak macam tu.

Semua tak nak macam tu. Mereka tiada kerjaya. Kalo mereka tak sekolah, bagi mereka kerjaya. Bagi apa-apa benda yang dia boleh buat macam jual ais krim ker”.

Responden bersetuju bahawa kerjaya amat penting untuk membina masa depan diri sendiri, keluarga dan masyarakat setempat. Mualaf tidak mempunyai masalah dalam hal pemilihan kerjaya. Apa sahaja peluang yang mereka dapat, mereka akan buat bersungguh-sungguh. Ada mualaf yang bekerjaya dan berpendidikan. Oleh itu, mualaf seperti ini diperlukan untuk berdakwah kerana ada mualaf dari bangsa Cina dan India. Golongan seperti mereka inilah yang mudah mendekati bangsa mereka dari segi bahasa dan pengalaman hidup supaya mudah untuk mendekati mereka untuk memeluk agama Islam.

5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap mualaf, penyelidik mendapati bahawa institusi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan mualaf perlu menambah baik aspek pendidikan agama Islam kepada golongan mualaf. Sebagai contoh, Pejabat Agama perlu menyediakan kursus yang lebih memberi penekanan terhadap perkara berkaitan akidah di samping menambahbaik kursus sedia ada.

Akidah merupakan asas utama dalam kehidupan Muslim dan wajib diyakini oleh setiap individu yang mengaku beriman kepada Allah SWT. Kefahaman terhadap akidah merupakan perkara yang penting kepada seluruh umat Islam umumnya dan kepada golongan mualaf yang memeluk Islam khususnya agar pegangan mereka terhadap Islam menjadi lebih mantap dan kukuh. Kefahaman ini juga akan dapat menghindari mualaf daripada kembali kepada agama asal mereka (murtad) kerana kebanyakan mereka yang memeluk agama Islam adalah terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendididkan yang berbeza.

Sememangnya terhadap pelbagai kemaslahantan dari segi kepentingan untuk berkahwin, kelemahan untuk menghadapi tekanan, kelebihan mendalami Islam dan punca terbukanya pintu hati untuk memeluk agama Islam. Oleh yang demikian, semua pihak, terutamanya Pejabat Agama dan PERKIM serta rakan-rakan ziarah harus berganding bahu dan melaksanakan peranan masing-masing supaya golongan mualaf ini sentiasa mendapat sokongan, bantuan dan tidak terabai jika mereka ini menerima tekanan ataupun menghadapi masalah.

Sekiranya hasrat ini digalas dan dilaksanakan, tidak mustahil ramai lagi yang bukan Islam di luar sana tertarik dengan agama Islam. Golongan mualaf boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang-orang Islam lain tanpa ada rasa rendah diri. Perkara ini kerana mereka yakin dan bersedia dengan ilmu yang mereka perolehi sepanjang bergelar mualaf. Malah ilmu golongan mualaf ini lebih tinggi atau lebih mantap berbanding mereka

(11)

11

yang secara fitrahnya dilahirkan beragama Islam. Semoga dengan penyelesaian masalah ini atau modul yang diberikan ini dapat membantu golongan mualaf dalam menjalani kehidupan sebagai Muslim yang sebenar dan sejati.

RUJUKAN

Al-Bukhariyy, Mahmood Ibn Mazah. (2004). Al-Muhit al-Burhani fi Fiqh al-Numani. Beirut: Dar al-kutub al-Alamiah.

Al-Bahutiyy, Mansur bin Yunus bin Idris. (1982). Kashshaf al-Qinacan Matn al-Iqnac.

Beirut: Dar al-Fikr.

Al-Ghazaliyy, Muhammad Ibn Muhammad. (t.th). al-Wasit fi al-Mazhab. Kaherah: Dar al-Salam.

Al-Khin, Mustafa; Al-Bugha, Mustafa; Al-Sharbajiyy, Ali. (2005). Fiqh Al-Manhaji: Manhaj Fiqh As-Syafie. Jilid II. Kuala Lumpur: Prospecta Printers Sdn. Bhd.

Al-Marghinaniyy, Burhanuddin Abu al-Hasan 'Ali bin Abi Bakr. (1990). al-Hidayah Syarh Badayah al-Mubtadi. Jil. 1. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyah.

_________________________________________________. (2004). al-Hidāyah fī Sharḥ Bidāyat al-Mubtadīj. j.9. Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyah.

Al-Nawawiyy, Mahyuddin B. Sharf. (Tahqiq: Muhammad Najib Mutici). (t.th.). Kitab al-Majmuc ala Sharh al-Muhazzab Li al-Shiraziyy. Jeddah: Maktabah Irshad.

___________________________. (1995). al-Majmuc Syarah Muhazzab lil-Syiraziyy. Kaherah: Dar al- Ehya’ Turath al-cArabi.

Al-Qaradhawiyy, Yusuf Abdullah. (2000). Fiqh al-Zakah: Dirasah Muqaranah li Ahkamiha wa Falsafatiha fi Daw’ al-Qur’an wa al-Sunnah. Beirut: Mu’assasat al-Risalah. Al-Qurtubiyy, Mohammad Ahmad al-Ansari. (t.t). Jami’ al-Ahkam al-Qur’an, j.8, Beirut:

Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, h. 113.

Al-Sarakhsi, Muhammad Ibn Ahmad Ibn Abi Sahl Abu Bakr. (1986). Al-Mabsut. Beirut: Dar al-Macrifah.

Al-Shawkaniyy, Muhammad Ibn Ali (Tahqiq & Takhrij: Sayyid Ibrahim). (2010). Tafsir Fathul Qadir. c.1, j.4. Jakarta: Pustaka Azzam.

_____________________________. (2005). Nail al-Awtar Syarah Muntaqa al Akhbar Min Ahadith Sayyid al-Akhyar. Kaherah: Maktabah al Safa.

Al-Shiraziyy, Abu Ishak Ibrahim Ibn Ali. (t.th.). Al-Muhadzab fi Fiqh Imam al-Shaficiyy. t.tp: Dar al-Kutub al-Ilmiah.

_______________________________. (t.th.). at-Tanbih fi al-Fiqh Shaficiyy. t.tp: ‘Alim al-Kutub.

Al-Yamaniyy, Yahya bin Abi al-Khair bin Salim al-'Imrani. (2000). Al-Bayan fi Mazhab al-Shaficiyy. c.1. t.tp: Dar al-Minhaj.

Al-Zuhayliyy, Wahbah (1997), Fiqh Islami wa Adillatuh. c.4. j. 3. Damsyik: Dar al-Fikr. Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmas & Radiah Abdul Kader. (2010). “Pengagihan Zakat

Oleh Institusi Zakat Kepada Lapan Asnaf: Kajian Di Malaysia”. Jurnal Pengurusan JAWHAR. Vol.4. No.1 (2010). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Hasanah Abd Khafidz. (2006). Asnaf Lapan : Kesan Nilai Semasa dan Setempat dalam Menentukan Pentafsirannya di Malaysia.

Ibn Kathir, Ismail Ibn ‘Umar al-Dimashqi. (Tahqiq: Sami Ibn MUhammad Salamah. (1999).

Tafsir al-Quran al-‘Azim. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiah.

(12)

12 Beirut: Dar al-Fikr.

Ibn Manzur, Muhammad bin Makran Ibn Manzur al-Afriqiyy al-Misriyy. (t.th). Lisan al-

c

Arab, Beirut: Dar al-Bayrut.

Ibn Qudamah, Abdullah Ibn Ahmad Ibn Muhammad al-Maqdisiyy. (1992). al-Mughni cala mukhtasar al-Kharqi. Sunt. cAbd al-Salam Muhammad cAli Syahin. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyah.

Ibn Rusyd, Muhammad Ibn Ahmad Al-Qurtubi. (1996). Bidayat al- Mujtahid wa Nihayat al-Muqtasid. j.2, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyah.

Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif. Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012. Puteri Resort Melaka. 28-29 Mac 2012. Anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Negeri Johor Darul Ta'zim.

Kamus Dewan (Edisi Keempat). (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Ramzi Omar. (2004). Zakat Menurut Empat Mazhab. c.1. Selangor: Pustaka

Ilmi.

Mujaini Tarimin. (2006). Golongan Penerima Zakat: Agihan Dana Secara Lebih Berkesan. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) UiTM.

Qalcajiyy, Muhammad Rawas. (2010). Mucjam Lughah al-Fuqaha. Beirut: Dar an-Nafaes. Temu bual kumpulan fokus. Program Bicara Faqih Siri 7: Fiqh Mualaf dan Isu

Perbandingan Agama. 28 Januari 2015.

Uwais, Abd al-Halim. (2004) Mausucah al-Fiqh al-Islami al-Mucasir. c.1. Mansurah: Dar al-Wafa.

Referensi

Dokumen terkait

Mempergunakan Alat akupunktur yang akan digunakan untuk diagnosis dan terapi pasien dengan baik untuk digunakan sesuai dengan gangguan pada pasien mengikuti Prosedur Operasional

dengan pusat pengembangan di Halilulik. Kecamatan ini luasnya 284,43 dengan kepadatan penduduk 81,05 Kondisi wilayah ini letaknya tidak jauh dari ibu kota kabupaten dan

Dalam hal ini, direksi (beserta manajer) bertanggung jawab atas keberhasilan pengurusan perusahaan dalam rangka mencapai tujuan yang telah disetujui oleh pemegang

Pelaksanaan pengajaran membaca memiliki beberapa prinsip yang terdiri atas: 1) belajar membaca merupakan suatu proses yang sangat rumit dan peka terhadap

• persiapan awal, konsolidasi lintas program, konsolidasi lintas sektor, sosialisasi penetapan kawasan tanpa asap rokok, dan pertemuan tim perumus, • 2005 hingga 2009 •

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh model Problem Based Learning menggunakan video pembelajaran terhadap hasil belajar siswa pada materi pokok suhu

Menimbang bahwa UU Nomor 24 Tahun 2002 secara konstitusional lebih menjamin kepastian hukum dalam melaksanakan ketentuan UUD 1945 dibandingkan dengan praktik sebelumnya di mana