• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEJOHANAN BADMINTON MASISWA & IPT JEMPUTAN 2013 ANJURAN MAJLIS SUKAN IPTS MALAYSIA (MASISWA)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEJOHANAN BADMINTON MASISWA & IPT JEMPUTAN 2013 ANJURAN MAJLIS SUKAN IPTS MALAYSIA (MASISWA)"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

MASISWA.Badminton -2013-

KEJOHANAN BADMINTON MASISWA & IPT JEMPUTAN 2013

ANJURAN MAJLIS SUKAN IPTS MALAYSIA (MASISWA)

PERATURAN PERMAINAN 1.NAMA

 Kejohanan ini dinamakan ‘KEJOHANAN BADMINTON MASISWA & IPT JEMPUTAN 2013’. 2. PENGANJUR

 Kejohanan ini dianjurkan oleh MAJLIS SUKAN IPTS MALAYSIA (MASISWA) dengan kerjasama UTAR Sports Club (Badminton).

3. TARIKH

31 Mei hingga 02 Jun 2013 (Jumaat – Ahad) 4. TEMPAT

PRO ONE BADMINTON CENTRE, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

5. KELAYAKAN AM

 Terbuka kepada semua Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia yang berdaftar dengan SPIPTS, KPT dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Jemputan.

 Semua pelajar yang mendaftar dan status aktif di IPT di Malaysia.

 Semua pelajar yang mendaftar dan menghadiri kursus Sijil, Matrikulasi/ Pengajian Asas, Diploma Lanjutan, Ijazah dan Ijazah Lanjutan. Pelajar yang mengiukti kursus jangka pendek kurang dari 5 bulan tidak layak bertanding.

 Setiap IPTS/ IPT yang didapati bersalah menurunkan pemain-pemain yang bukan pelajarnya akan dikenakan tindakan seperti berikut:

o IPTS/IPT tersebut tidak akan dibenarkan bertanding dalam acara tersebut pada masa akan datang (jangka masa pergantungan akan ditentukan oleh panel disiplin). Surat pemakluman secara rasmi dari MASISWA akan dimajukan kepada CEO/ Presiden Universiti dan juga Bahagian Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

o Keputusan perlawanan sebelumnya akan ditentukan oleh Jawatankuasa Bantahan dan Juri Rayuan.

6. KAD PELAJAR (ID)

 Semua pemain dikehendaki membawa bersama kad pelajar atau surat pengesahan pelajar yang ditandatangani oleh Pendaftar di sepanjang kejohanan dijalankan.

(2)

MASISWA.Badminton -2013-

7. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

 Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persatuan Badminton Antarabangsa (BWF) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

8. PENDAFTARAN PEMAIN

i. Kategori Berpasukan Lelaki

o Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak melebihi 10 orang dan tidak kurang dari 6 orang pemain serta seorang pengurus dan seorang jurulatih.

o Setiap pemain hanya boleh mewakili IPT masing-masing.

o Setiap IPT dibenarkan untuk menghantar maksimum 2 pasukan.

o Format ‘Piala Thomas’ dimana meliputi 3 Perseorangan dan 2 Beregu (5 perlawanan).

o Hanya pemain Perseorangan Pertama (MS-1) adalah dibenarkan bermain dalam dua perlawanan untuk 1 permainan. Contohnya, Pemain-A boleh bermain sebagai MS-1 dan Beregu Pertama (MD-1) atau Beregu Kedua (MD-2) dalam satu perlawanan.

o Susunan perlawanan (Order Of Play) adalah seperti berikut: i. Perseorangan Pertama (MS-1)

ii. Perseorangan Kedua (MS-2) iii. Beregu Pertama (MD-1) iv. Perseorangan Ketiga (MS-3)

v. Beregu Kedua (MD-2)

o Senarai nama mengikut susunan perlawanan hendaklah diserahkan kepada Referi Kehormat/ Penyelaras Permainan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum sesuatu perlawanan dimulakan.

o Hanya pemain yang namanya didaftarkan dalam Borang Pendaftaran Pasukan sahaja dibenarkan bermain dalam pertandingan ini. Sebarang gantian pemain adalah tidak dibenarkan setelah senarai tersebut diserahkan kepada pengadil.

ii. Kategori Wanita Individu (Perseorangan Wanita - WS / Beregu Wanita - WD)

o Terbuka kepada semua pelajar IPTS dan IPT Jemputan sahaja.

o Tiada terhad dalam penyertaan bilangan pemain untuk setiap IPT.

o Setiap pemain hanya boleh mewakili IPT masing-masing. Untuk acara Beregu Wanita, kedua-dua pemain mesti berasal dari IPT yang sama.

o Seorang pemain boleh mendaftar dalam 2 acara iaitu Perseorangan dan Beregu (WS & WD).

o Sistem ‘Kalah mati’ (Knock-out system) akan digunakan dalam kedua-dua acara.

o Maksimum kepada 32 penyertaan (first comes first serve basis) bagi kedua-dua acara.

o Sebarang yuran pendaftaran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan jika terdapat sebarang pembatalan penyertaan.

(3)

MASISWA.Badminton -2013-  Pengesahan penyertaan mesti diterima pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan iaitu 23 Mei 2013, dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pasukan/ Wanita Individu (MS/MD) yang telah ditetapkan.

9. SISTEM PERTANDINGAN

i. Kategori Berpasukan Lelaki

o Pertandingan peringkat awal adalah secara liga dalam kumpulan. Johan serta Naib Johan setiap kumpulan layak ke peringkat seterusnya dan akan dijalankan secara kalah mati.

o Dalam satu-satu perlawanan, pasukan yang menang 3 permainan keatas akan dikira menang.

o Setiap permainan yang diberi ‘walkover’ akan mendapat keputusan ‘game’ 3-0.

o Bermula di peringkat suku akhir pasukan yang mendapat kemenangan 3-0 permainan seterusnya tidak akan dimainkan.

ii. Kategori Wanita Individu (Perseorangan Wanita - WS / Beregu Wanita - WD)

o Sistem kalah mati akan digunakan dalam pertandingan ini.

o Cabutan undian akan dijalankan selepas tarikh tutup. Hanya pemain yang mendaftar boleh bermain dalam pertandingan ini.

o Tiada gantian pemain selepas mesyuarat pengurus telah dijalankan.

10. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

 Cara Pemberian Mata – Menang - 3 mata Kalah - 0 mata

 Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka pemenang akan ditentukan berdasarkan ketetapan berikut:

o 10.1 Pasukan yang memenangi bilangan perlawanan yang terbanyak dikira menang (game difference).

o 10.2 Jika masih seri, pasukan yang memenangi bilangan set yang terbanyak dikira menang (set difference).

o 10.3 Jika masih seri, pasukan yang mendapat perbezaan mata yang terbanyak dikira menang (point difference).

o 10.4 Jika masih seri lagi, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira pemenang.

11. PAKAIAN

 Pakaian yang sesuai dengan permainan badminton.

 Bagi acara beregu, baju pemain (sekurang-kurangnya dari segi warna) hendaklah sama dengan pasangannya di dalam setiap perlawanan.

(4)

MASISWA.Badminton -2013-

12. KELEWATAN

 Hanya 5 minit sahaja akan diberikan kepada seseorang pemain yang lewat dan 15 minit sahaja diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan kiraan 21-0, 21-0.

13. KEMENANGAN PERCUMA

 Mana-mana pasukan yang memberi kemengan percuma sebelum memulakan perlawanan dengan sengaja atau tidak, dianggap terkeluar dari pertandingan untuk sukan tersebut. Semua keputusan pertandingan sebelumnya tidak akan dikira.

14. PERUBATAN

 Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan kemudahan perubatan untuk tujuan kecemasan sahaja. Ubat-ubatan untuk kegunaan pasukan semasa pertandingan adalah tanggungjawab pasukan sendiri.

15. YURAN PENYERTAAN

i. Kategori Berpasukan Lelaki – RM350-00 / pasukan ii. Kategori Wanita Perseorangan (WS) – RM25-00 / pemain iii. Kategori Wanita Beregu (WD) – RM50-00 / beregu

16. HADIAH

 Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan hadiah-hadiah seperti berikut: i. Kategori Berpasukan Lelaki

 Johan - RM3,000-00 + Piala Iringan + Medal + Produk Tajaan

 Naib Johan - RM2,000-00 + Piala Iringan + Medal + Produk Tajaan

 Ketiga - RM1,000-00 + Piala Iringan + Medal + Produk Tajaan

 Keempat - RM500-00 + Piala Iringan + Medal + Produk Tajaan ii. Kategori Wanita Perseorangan (WS)

 Johan - RM300-00 + Medal + Produk Tajaan

 Naib Johan - RM200-00 + Medal + Produk Tajaan

 Ketiga (2 pemain)- RM100-00 + Medal + Produk Tajaan* (Setiap pemain) iii. Kategori Wanita Beregu (WD)

 Johan - RM500-00 + Medal + Produk Tajaan

 Naib Johan - RM300-00 + Medal + Produk Tajaan

 Ketiga (2 beregu)- RM150-00 + Medal + Produk Tajaan* (Setiap beregu)

17. PERALATAN YANG DIGUNAKAN

(5)

MASISWA.Badminton -2013-

18. BANTAHAN

 Sebarang bantahan mestilah dibuat secara bertulis dalam Bahasa Malaysia oleh Pengurus Pasukan dan mesti diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola dalam tempoh 1 jam (60 minit) selepas tamat permainan itu.

 Setiap bantahan mesti disertakan dengan wang bantahan (tunai) sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja) sebagai cagaran dan yuran proses. Wang cagaran ini tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan atau rayuan itu tidak diterima.

 Panel Bantahan terdiri daripada:

o 13.1 Pengerusi Permainan atau wakil yang dilantik

o 13.2 Pegawai Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan atau wakil yang dilantik

o 13.3 Ketua Pengadil

o 13.4 Dua (2) Orang Pengurus Pasukan yang berkecuali

 Keputusan Panel Bantahan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

19. RISIKO DAN TANGGUNGJAWAB

 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan atau kehilangan harta benda kepunyaan pegawai/ pemain samada ketika perlawanan mahupun sepanjang pertandingan berlangsung.

20. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

 Perkara-perkara yang tidak dinyatakan sekiranya berbangkit akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusannya adalah muktamad.

Referensi

Dokumen terkait