• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kempen Spot 8 & Menang Sebuah Toyota Vellfire. Terma dan Syarat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kempen Spot 8 & Menang Sebuah Toyota Vellfire. Terma dan Syarat"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Kempen Spot “8” & Menang Sebuah Toyota Vellfire

Terma dan Syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat di sini (“Terma dan Syarat”) adalah tambahan kepada dan untuk dibaca bersama dengan perjanjian Ahli Kad (“Perjanjian Ahli Kad”) AmBank (M) Berhad (8515-D) (“AmBank”) / AmBank Islamic Berhad (295576-U) (“AmBank Islamic”) (secara kolektif dirujuk sebagai “Pihak Bank”) yang mentadbir ke atas penggunaan kad kredit yang dikeluarkan oleh AmBank / AmBank Islamic (“Kad”). Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakseragaman di antara Terma dan Syarat ini dan Perjanjian Ahli Kad, Terma dan Syarat ini akan berkuatkuasa setakat berkaitannya dengan Kempen ini.

Definisi

Kecuali di mana konteks diperlukan, atau dinyatakan di dalam Terma dan Syarat ini, semua perkataan, nama dan ekspresi yang ditakrifkan di dalam Perjanjian Ahli Kad, apabila digunakan atau dirujuk di dalam Terma dan Syarat ini, hendaklah mempunyai maksud yang sama seperti yang dinyatakan di dalam Perjanjian Ahli Kad.

"Ahli Kad Yang Layak" bermaksud Pelanggan Bank yang telah memohon dan telah dikeluarkan dengan Kad Utama dan/atau Kad Tambahan dalam Tempoh Kempen seperti yang diterangkan di sini, dan berhak untuk menyertai berdasarkan penyertaan berasingan kecuali:

a. Ahli Kad Debit, Kad Prabayar, Kad Korporat, Kad Komersil dan Kad Insuran keluaran Pihak Bank;

b. Ahli Kad yang mempunyai akaun Kad yang pernah digantung, dibatalkan atau ditamatkan di atas apa-apa sebab semasa Tempoh Kempen atau semasa pemberian Pulangan Wang Tunai dan Hadiah.

Kakitangan atau pekerja Pihak Bank tetap, kontrak dan/atau sementara (termasuk anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan) dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami atau isteri, anak-anak, ibu bapa, adik-beradik) dan / atau wakil dan/atau agen-agen (termasuk agen-agen pengiklanan dan promosi) Pihak Bank (termasuk anak syarikat masing-masing dan syarikat-syarikat berkaitan) yang menyertai Kempen ini tidak berhak untuk memenangi Hadiah Utama dan Hadiah Bulanan.

“Kad Bank” merujuk kepada Kad Kredit yang dikeluarkan oleh AmBank (M) Berhad (“AmBank”) / AmBank Islamic Berhad (“AmBank Islamic”)

"Kad Baharu Yang Diluluskan" bermakna pelanggan yang tidak mempunyai Kad Kredit AmBank / AmBank Islamic ( Kad Utama sahaja); atau pelanggan yang membatalkan Kad Kredit AmBank / AmBank Islamic mereka selama lebih daripada dua belas ( 12 ) bulan dari tarikh permohonan. Kad baharu yang diluluskan ini termasuk semua jenis Kad Kredit kecuali kad-kad AmBank M-Kad, Insuran, Komersil, Korporat, Visa Infinite dan Kad Klasik.

"Kempen" bermaksud "Spot 8 dan Menang Sebuah Toyota Vellfire” yang dianjurkan oleh Pihak Bank menurut terma dan syarat yang ditetapkan di sini.

Kata-kata yang melambangkan orang termasuklah orang yang hidup dan jika dan di mana berkenaan, badan atau orang yang diperbadankan atau tidak diperbadankan. Perkataan yang bererti tunggal juga hendaklah termasuk jamak dan sebaliknya. Perkataan yang bermaksud jantina lelaki hendaklah termasuk jantina perempuan dan neuter.

Kempen

(2)

Kriteria Pendaftaran

2. Untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini, Ahli Kad Yang Layak perlu mendaftar melalui SMS sekali sahaja semasa Tempoh Kempen seperti berikut:

S8<jarak>Y1 atau Y2 atau Y3 atau Y4 atau Y5 atau Y6 atau Y7 atau Y8 atau Y9<jarak>Nombor Kad Pengenalan 12-angka ke 66399.

Contoh: S8 Y1 880818081234

(SMS yang dihantar tidak sensitif sama ada huruf besar atau kecil)

Nota: Y1/Y2/Y3/Y4/Y5/Y6/Y7/Y8/Y9 adalah untuk pengesanan dalaman Pihak Bank. Ahli Kad Yang Layak hanya perlu mendaftar dengan 1 kod sahaja, kesemua kod adalah di

anggap sah

3. Penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang layak untuk pendaftaran SMS: Maxis, Celcom, DiGi, dan UMobile sahaja. Caj telekomunikasi biasa oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi masing-masing dikenakan ke atas setiap SMS yang dihantar. Pendaftaran dalam format yang lain akan terbatal secara automatik dan apa-apa pertikaian berkaitan pembatalan tersebut tidak akan dilayan oleh Pihak Bank.

4. Ahli Kad Yang Layak bertanggungjawab untuk memastikan ketepatan butiran pendaftaran dan maklumat perhubungan yang dikekalkan dalam sistem Pihak Bank adalah dikemaskini dan lengkap.

5. Setelah pendaftaran berjaya, SMS pengesahan penerimaan penyertaan akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang digunakan untuk mendaftar bagi mengesahkan SMS diterima oleh Pihak Bank. Bukti SMS yang dihantar oleh Ahli Kad bukan menandakan bukti SMS yang telah diterima oleh Pihak Bank.

6. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan tiada sebarang kecuaian atau pelanggaran kewajipan di Pihak Bank ke atas Kempen ini, Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab dan berhak menggunakan budi bicara mutlak untuk membatalkan sebarang pendaftaran SMS di atas sebab-sebab termasuk tetapi tidak terhad kepada butiran pendaftaran SMS yang tidak lengkap atau tepat yang disimpan dalam sistem Pihak Bank, penyertaan lewat, kesalahan mesej, pendaftaran yang gagal disebabkan kegagalan rangkaian dan/atau gangguan yang dialami penyedia perkhidmatan telekomunikasi atau apa jua sebab yang Pihak Bank dengan menggunakan budi bicara mutlak dianggap sesuai.

7. Sekiranya Ahli Kad tidak menerima pengesahan SMS kerana dianggap tidak sah, kegagalan sistem nombor telefon bimbit yang digunakan untuk mendaftar termasuk tetapi tidak terhad kepada sistem Pihak Bank atau sistem pihak ketiga, kegagalan elektronik, kegagalan atau kerosakan sistem mekanikal, virus komputer atau pihak ketiga berlaku akibat gangguan atau masalah berkaitan, kepincangan sistem operasi, rangkaian telekomunikasi atau kegagalan internet, kegagalan tenaga kuasa atau kegagalan penghantaran lain, Ahli Kad perlu menghubungi Pusat Panggilan Pihak Bank yang dinyatakan dalam klausa 47 untuk mendapatkan bantuan.

8. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan tiada sebarang kecuaian atau pelanggaran kewajipan di Pihak Bank ke atas Kempen ini, Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab dan juga tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas apa jua trafik SMS, kegagalan rangkaian dan / atau gangguan di pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi masing-masing atau vendor SMS Pihak Bank atau apa-apa sebab lain sekalipun semasa proses pendaftaran SMS yang dihantar ke 66399 atau pengesahan pendaftaran SMS dihantar dari 66399 kepada Ahli Kad Yang Layak yang boleh menyebabkan kelewatan semasa pendaftaran SMS dalam Jangka Waktu Kempen.

(3)

Penyertaan Kempen dan Kelayakan

9. Tempoh Kempen didefinisikan seperti berikut:

10. Selepas pendaftaran SMS berjaya dilakukan untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini, Ahli Kad Yang Layak dikehendaki menggunakan Kad mereka untuk belanja sekurang-kurangnya RM80 dalam satu resit atas urus niaga runcit seperti yang dinyatakan dalam klausa 15 di bawah (“Transaksi Yang Layak”).

11. Setelah Ahli Kad Yang Layak menepati kriteria penyertaan di klausa 10 dalam mana-mana Bulan Kempen seperti yang dinyatakan dalam klausa 9, Ahli Kad Yang Layak perlu mengesan nombor “8” dalam Kod Kelulusan 6-digit di dalam Slip Jualan Kad Kredit untuk mempunyai peluang untuk menerima Pulangan Wang Tunai berikut tertakluk kepada ketersediaan Pulangan Wang Tunai Harian berdasarkan “yang terdahulu di dahulukan” seperti yang dinyatakan dalam klausa 21. Selain itu, Ahli Kad Yang Layak boleh mendapat penyertaan yang layak dan berpeluang untuk memenangi Hadiah-hadiah seperti yang dinyatakan dalam klausa 26.

Bilangan nombor “8” Amoun Pulangan Wang Tunai

Jumlah Penyertaan Yang Layak Dengan satu “8” Contoh: 668151,821123 8% 8 Dengan dua “8” Contoh: 661881,231188 18% 18

Dengan tiga atau lebih “8”

Contoh: 807858, 882388, 888588, 888888

28% 28

Permohonan Baharu Kad Kredit AmBank/AmBank Islamic yang diluluskan semasa Tempoh Kempen

0 28

Pendaftaran Pindahan Baki baharu (“PB”) dengan nilai minimum RM1,000 dalam setiap permohonan semasa Tempoh Kempen *

0 28

Pelan Pembayaran Mudah 0% baharu (“0% EPP”) dengan nilai minimum RM1,000 dalam satu resit selama Tempoh Kempen *

0 28

*Pendaftaran PB dan 0% EPP baharu hanya layak untuk mendapatkan Penyertaan Yang Layak untuk berpeluang memenangi Hadiah Bulanan dan tidak layak untuk mendapat Pulangan Wang Tunai Harian.

12. Semua Ahli Kad Yang Layak dengan Permohonan Baharu Kad Kredit AmBank/AmBank Islamic yang diluluskan, PB dan 0% EPP akan didaftarkan secara automatik untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini.

13. Nombor “8” boleh berada di mana-mana posisi di Kod Kelulusan. Contoh: Nombor “8” boleh berada di angka pertama atau kedua atau ketiga atau keempat atau kelima atau keenam di Kod Kelulusan.

Bulan Kempen Tempoh Kempen

1 1 Jun 2016 - 30 Jun 2016

2 1 Julai 2016 - 31 Julai 2016

3 1 Ogos 2016 - 31 Ogos 2016

(4)

14. Pengesanan perbelanjaan Ahli Kad Yang Layak akan bermula dari bulan pendaftaran SMS yang diakui oleh Pihak Bank sehingga akhir Tempoh Kempen.

15. Transaksi Yang Layak termasuk transaksi runcit yang dilakukan di dalam dan luar negara. Transaksi runcit bermaksud transaksi pembelian barangan untuk penggunaan peribadi dan bukan untuk tujuan perniagaan dan tidak termasuk urusniaga pertaruhan atau perjudian. 16. Transaksi yang dikecualikan ialah transaksi dalam talian atau internet, semua yuran,

Pembayaran Bil Korporat, transaksi GIRO korporat, urus niaga Auto Bil, semua Pesanan Pos Pesanan Telefon, bayaran ansuran baru AmFlexi-Pay dan bayaran ansuran sedia ada (Pindahan Baki, AmFlexi-Pay, 0% EPP) Quickcash, pembayaran arahan tetap, insurans/takaful, transaksi pembiayaan perdagangan, transaksi runcit layak yang kemudiannya dibatalkan atau dibayar balik, berasingan atau tidak sah, dipertikaikan, urus niaga tanpa kebenaran atau penipuan,

transaksi di bawah selenggaraan khas yang boleh digunakan untuk menebus rebat. 17. Penyertaan daripada Transaksi Berasingan, yang dirujuk sebagai: -

i. Ahli Kad Yang Layak yang mempunyai beberapa transaksi melebihi dua (2) pada hari yang sama dengan menggunakan mana-mana kad kredit Pihak Bank di saudagar yang sama, akan dikira sebagai tidak layak.

ii. Transaksi tidak sah yang melebihi satu (1) kali di terminal penerimaan yang sama, dan pada hari yang sama akan dikira sebagai tidak layak.

18. Kesemua pelan 0% EPP baharu layak untuk menyertai Kempen KECUALI insuran/takaful, jualan langsung, yuran keahlian, hartanah dan utiliti.

19. Semua Transaksi Yang Layak mesti dilakukan dengan jayanya & dibil ke akaun Ahli Kad Yang Layak berdasarkan tarikh dan sistem Pihak Bank untuk layak menerima Pulangan Wang Tunai dan Hadiah. Pihak Bank membenarkan lima (5) hari kalendar untuk Transaksi Yang Layak dibil ke akaun Ahli Kad Yang Layak. Semua permohonan Baharu Kad Kredit, PB dan 0% EPP mesti dihantar kepada Pihak Bank tidak lewat daripada 5 Oktober 2016 dan diluluskan oleh sistem Pihak Bank sebelum 15 Oktober 2016 untuk layak. Pihak Bank tidak bertanggungjawab dalam apa saja cara ke atas kelewatan bil yang dicaj ke akaun Ahli Kad Yang Layak oleh peniaga dan/atau pihak ketiga; dan/atau permohonan baharu Kad Kredit/Pendaftaran Pindahan Baki

yang boleh menyebabkan Ahli-ahli Kad dikecualikan daripada Kempen ini.

20. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kegagalan dan/atau kelewatan dalam penghantaran transaksi jualan oleh VISA, MasterCard, pertubuhan pedagang atau mana-mana pihak lain.

Pulangan Wang Tunai Harian

21. Sejumlah RM244,000 Pulangan Wang Tunai diperuntukkan sepanjang Tempoh Kempen. Pemilihan pemenang Pulangan Wang Tunai Harian akan dianugerahkan berdasarkan “yang terdahulu di dahulukan” daripada Pulangan Wang Tunai Harian sebanyak RM2,000 setiap hari (“Wang Tunai Harian”) selama Tempoh Kempen. Peruntukan Pulangan Tunai Harian adalah berdasarkan jadual di bawah:

Contoh Tarikh pendaftaran SMS Berjaya Tempoh Kempen Yang Layak

Ahli Kad 1 1 Jun 2016 1 Jun 2016 - 30 September 2016

Ahli Kad 2 15 Jun 2016 1 Jun 2016 - 30 September 2016 Ahli Kad 3 14 Julai 2016 1 Julai 2016 - 30 September 2016 Ahli Kad 4 29 Ogos 2016 1 Ogos 2016 - 30 September 2016 Ahli Kad 5 30 September 2016 1 September 2016 - 30 September 2016

(5)

Slot masa berdasarkan tarikh dan masa sistem Bank

Pulangan Wang Tunai Harian

10:00:00am hingga 1:00:00pm RM500

1:00:01pm hingga 4:00:00pm RM500

4:00:01pm hingga 7:00:00pm RM500

7:00:01pm hingga 10:00:00pm RM500

Jumlah Sehari RM2,000.00

22. Baki dari Pulangan Wang Tunai yang diperuntukkan untuk setiap sesi/hari yang tidak habis digunakan (jika ada) akan dibawa ke sesi/hari seterusnya.

23. Ahli Kad Yang Layak hanya layak untuk menerima Pulangan Wang Tunai maksimum sebanyak RM38 sehari. Pulangan Wang Tunai maksimum untuk setiap Ahil Kad Yang Layak adalah RM88 setiap bulan.

24. Pemerolehan Perbelanjaan Yang Layak adalah berdasarkan tarikh dan masa urus niaga. Sekiranya berlaku keadaan seri bagi Pulangan Wang Tunai terakhir pada jam yang sama dalam hari tersebut, Pulangan Wang Tunai akan dianugerahkan kepada Ahli Kad Yang Layak dengan perbelanjaan terkumpul yang paling tinggi pada jam tersebut.

Contoh: Contoh Tarikh Transaksi Amoun Transaksi Kod Kelulusan Kelayakan Pulangan Wang Tunai Layak untuk Pulangan Wang Tunai Jumlah Pembayaran Pulangan Wang Tunai

Ahli Kad A 5 Jun 2016 RM80 805168 18% Ya RM14.40

Ahli Kad B 11 Julai 2016 RM500 888168 28% Ya RM38

Ahli Kad B 12 Julai 2016 RM1,800 800563 8% Ya RM38

Ahli Kad B 13 Julai 2016 RM1,700 812155 8% Ya RM12*

Ahli Kad C 15 Ogos 2016 RM85 513633 0 Tidak 0**

*Ahli Kad B hanya menerima RM12 untuk transaksi yang dilakukan pada 13 Julai 2016 kerana Pulangan Wang Tunai maksimum setiap bulan ialah RM88: RM38 + RM38 + RM12 = RM88

**Ahli Kad C tidak menerima sebarang Pulangan Wang Tunai kerana tiada “8” di dalam Kod Kelulusan 6-digit

Makluman Kepada Pemenang Pulangan Wang Tunai Harian

25. Pulangan Wang Tunai akan dikreditkan ke akaun Ahli Kad Yang Layak dalam tempoh sepuluh (10) minggu selepas setiap Kempen Bulan. Ahli Kad Yang Layak akan menerima notifikasi tentang Pulangan Wang Tunai, jika ada, melalui penyata bulanan Kad Kredit yang berikut selepas tarikh Pulangan Wang Tunai dikreditkan.

Hadiah Utama & Bulanan

26. Terdapat dua (2) kategori hadiah-hadiah untuk Kempen ini seperti yang dinyatakan di bawah:

Tempoh Kempen Kategori Hadiah Hadiah Jumlah

Pemenang

1 Jun 2016 - 30 September 2016 Hadiah Utama Toyota Vellfire 2.5L 1

1 Jun 2016 - 30 Jun 2016 Hadiah Bulanan RM10,000.00 8

1 Julai 2016 - 31 Julai 2016 Hadiah Bulanan RM10,000.00 8

1 Ogos 2016 - 31 Ogos 2016 Hadiah Bulanan RM10,000.00 8

1 September 2016 - 30 September 2016 Hadiah Bulanan RM10,000.00 8

27. Toyota Vellfire 2.5 tidak termasuk yuran pendaftaran kereta, cukai jalan dan perlindungan insurans/Takaful. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab untuk menghantar kenderaan kepada Pemenang Hadiah Utama, segala kos tambahan, duti, cukai dan/atau perbelanjaan

(6)

28. Visual-visual Hadiah Utama yang dipaparkan pada mana-mana iklan , promosi, publisiti dan bahan-bahan lain yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan Kempen ini adalah semata-mata untuk tujuan ilustrasi sahaja dan tidak seharusnya menggambarkan warna Hadiah dan tidak termasuk sebarang aksesori pilihan.

29. Hadiah Utama diberikan secara “dalam sedia ada”, yang tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau barangan lain, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. 30. Sekiranya saudagar-saudagar Pihak Bank/pembekal-pembekal tidak dapat membekalkan model

yang sama seperti yang dinyatakan dalam dokumen ini kepada Pihak Bank kerana sebab-sebab yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada tarik balik dari pengeluar atau kerosakan/hilang/dicuri semasa penyimpanan dan penghantaran, Pihak Bank mempunyai hak untuk menggantikan Hadiah Utama dengan model lain yang sama nilai atau serupa mengikut budi bicara mutlaknya, dengan pemberian notis dua puluh satu (21) hari kalendar terlebih dahulu dengan cara memaparkannya di laman web Pihak Bank iaitu di ambank.com.my, atau mana-mana kaedah lain yang difikirkannya patut.

31. Untuk sebarang pertikaian berhubung dengan kualiti atau jaminan Hadiah Utama atau mana-mana terma dan syarat berkenaan, Pemenang hendaklah terus berususan dengan peniaga/pembekal tanpa sebarang hubungan dengan Pihak Bank. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang pelanggaran kualiti atau jaminan Hadiah Utama atau mana-mana terma dan syarat lain yang berkaitan dengannya

Makluman Kepada Pemenang Hadiah Utama & Bulanan

32. Berdasarkan Transaksi Yang Layak yang diperuntukkan, Ahli Kad Yang Layak akan dipilih untuk Hadiah-hadiah seperti yang dinyatakan di bawah:

Pemilihan Pemenang Kelayakan

Hadiah Utama Pemenang dengan nombor 8 berturutan yang terbanyak di dalam kod kelulusan1 (cth: 888888)

Hadiah Bulanan Bilangan penyertaan yang tertinggi untuk bulan tersebut2

1 Sekiranya berlaku seri untuk Hadiah Utama, Ahli Kad Yang Layak dengan jumlah transaksi terkumpul tertinggi yang dicapai dahulu akan diisytiharkan sebagai pemenang.

2 Sekiranya berlaku seri untuk Hadiah Bulanan, Ahli Kad Yang Layak dengan jumlah transaksi terkumpul tertinggi yang dicapai dahulu akan diisytiharkan sebagai pemenang.

33. Ahli Kad Yang Layak yang memenangi Pulangan Wang Tunai Harian berpeluang memenangi Hadiah Utama atau Hadiah Bulanan. Walaubagaimanapun setiap Ahli Kad Yang Layak hanya layak untuk memenangi satu (1) Hadiah Bulanan atau Hadiah Utama sepanjang Tempoh Kempen.

34. Hadiah Bulanan akan dikreditkan ke akaun Ahli Kad Yang Layak dalam tempoh sepuluh (10) minggu selepas tamat Tempoh Kempen.

35. Pihak Bank akan menghubungi para pemenang Hadiah Bulanan melalui SMS/telefon/mel elektronik/mel menerusi maklumat perhubungan mereka yang dikekalkan dalam sistem pihak Bank. Dengan tidak mengira perkara yang termaktub di atas, Pihak Bank berhak dengan sepenuhnya dan tertakluk kepada budi bicaranya yang mutlak untuk menggunakan apa jua kaedah atau medium yang difikirkan sesuai untuk mengumumkan para pemenang.

(7)

36. (a) Pemenang Hadiah Utama akan menerima notifikasi dalam tempoh sepuluh (10) minggu selepas tamat Tempoh Kempen dan mungkin dikehendaki untuk menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah dan/atau program publisiti lain sebagaimana dan apabila dikehendaki pada kos dan perbelanjaan mereka sendiri. Pemenang akan dimaklumkan oleh Pihak Bank melalui panggilan telefon atau apa-apa bentuk komunikasi yang dianggap sesuai oleh Pihak Bank berkaitan dengan tarikh, masa dan tempat di mana Majlis Penyampaian Hadiah dan/ atau mana-mana program publisiti yang akan dianjurkan oleh Pihak Bank. Jika percubaan pertama untuk menghubungi pemenang gagal, percubaan kedua akan dibuat. Sekiranya percubaan kedua itu juga gagal, tiada lagi percubaan akan dibuat oleh Pihak Bank untuk memberitahu pemenang; atau sekiranya pemenang gagal untuk menghadiri majlis dan/atau program publisiti tanpa alasan yang sah, Pihak Bank berhak untuk melucuthakkan hadiah pemenang dan memilih pemenang lain.

(b) Untuk menuntut Hadiah Utama, Pemenang dikehendaki atas kehendak dan perbelanjaan mereka sendiri untuk mendaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan sebelum Majlis Penyampaian Hadiah, di mana tarikh dan tempat akan ditentukan oleh Pihak Bank mengikut budi bicara mutlaknya.

(c) Toyota Vellfire 2.5 datang dengan jaminan 5 tahun dengan jarak tempoh tanpa had dari UMW Toyota Motor.

(d) Pelaksanaan dan penghantaran Hadiah Utama akan dibuat oleh UMW Toyota Motor. 37. Dalam keadaan di mana Ahli Kad Yang Layak layak untuk penyertaan kempen Deposit Pihak Bank

" Own A Vellfire”, Ahli Kad Yang Layak hanya boleh memenangi satu (1) Hadiah Utama (Toyota Vellfire 2.5 ) dari salah satu kempen.

38. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan tiada sebarang kecuaian atau perlanggaran kewajipan di Pihak Bank ke atas Kempen ini, Pihak Bank berhak dengan budi bicara mutlak untuk melakukan variasi / meminda / menyemak pemilihan mekanisma / proses pemilihan dengan pemberian notis sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar terlebih dahulu.

Penyingkiran

39. Pihak Bank berhak dengan sepenuhnya untuk menyingkir penyertaan Ahli Kad Yang Layak untuk tujuan Kempen ini tanpa mengeluarkan sebarang notis atau memaklumkan Ahli Kad berdasarkan factor-faktor berikut:

a) Semua penyertaan yang diterima sebelum dan selepas Tempoh Kempen yang ditetapkan.

b) Butiran pendaftaran yang tidak tepat atau tidak lengkap.

c) Akaun Ahli Kad Yang Layak yang mengalami sebarang kegagalan untuk kemudahan yang disediakan sepanjang Tempoh Kempen, yang mana tertakluk kepada budi bicara Pihak Bank

d) Akaun Kad Kredit Ahli Kad Yang Layak yang telah ditutup sebelum pengumuman pemenang.

Liabiliti

40. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan tiada sebarang kecuaian atau pelanggaran kewajipan di Pihak Bank ke atas Kempen ini, kelayakan Ahli Kad untuk Pulangan Wang Tunai dan Hadiah-hadiah adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat mempertikaikan keputusan Pihak Bank tidak akan dilayan.

41. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan tiada sebarang kecuaian atau pelanggaran kewajipan di Pihak Bank ke atas Kempen ini, Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap

(8)

42. Dengan menyertai Kempen ini dan hanya dengan tujuan Kempen ini, pemenang-pemenang memberi kebenaran kepada Pihak Bank untuk mendedahkan maklumat peribadi mereka (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat) kepada pengedar/agen yang kemudiannya akan menghubungi pemenang mengenai penghantaran atau penebusan Hadiah. Pemenang adalah bertanggungjawab untuk membuat pengaturan yang perlu dengan Pihak Bank dan/atau pengedar/agen untuk mengumpul atau menebus hadiah mereka. Pihak Bank tidak akan menanggung apa-apa penginapan dan/atau pengangkutan dan/atau kos lain yang pemenang boleh menanggung atau terpaksa menanggung dalam perjalanan menebus atau menggunakan Hadiah.

Bahasa

43. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau kesamaran di dalam tafsiran Terma dan Syarat ini, kedua-dua Terma dan Syarat versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia akan di tafsirkan sebagai setara dan setiap Terma dan Syarat yang ditetapkan akan membawa maksud yang sama. Kepatuhan kepada Terma dan Syarat Program

44. Ahli Kad dikehendaki mematuhi segala Terma dan Syarat yang telah ditetapkan oleh Pihak Bank bagi Kempen ini. Pihak Bank berhak menarik balik Pulangan Wang Tunai dan Hadiah-hadiah jika mendapati Ahli Kad gagal mematuhi Terma dan Syarat yang terkandung.

45. Segala Terma dan Syarat yang terkandung di sini adalah dilindungi dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan apa jua pertikaian mengenainya akan dibicarakan di mahkamah di Kuala Lumpur.

46. Ahli Kad dianggap telah membaca dan memahami segala Terma dan Syarat yang dinyatakan. Pihak Bank berhak untuk menukar, mengubah dan/atau meminda mana-mana Terma dan Syarat yang terkandung di sini dari masa ke semasa dan sebarang perubahan akan diumumkan sekurang-kurangnya dalam masa dua puluh satu (21) hari kalendar menerusi laman web di

ambank.com.my

47. Untuk sebarang bantuan, maklum balas dan / atau aduan berkaitan dengan Kempen ini, Ahli Kad boleh menghubungi Pusat Panggilan Bank 24 Jam di talian +603-2178 8888 atau e-mel kami di

Referensi

Dokumen terkait

Dengan menggunakan rumus teknik “Korelasi Produk Moment&#34;, korelasi antara setiap pertanyaan dengan skor total dihitung, untuk mengetahui pertanyaan-pertanyaan

Siswa harus mampu berbicara sesuai situasi (tempat dan waktu), dan sesuai konteks (dengan siapa, untuk tujuan apa, dalam peristiwa apa (bercakap-cakap, ceramah, upacara,

Menurut anda apakah petugas yang melaksanakan program wrar-up (repap) dalam kegiatan pembahasan issue sesuai dilaksanakan setelah sosialisasi oleh LKS Yayasan Nazar Medan

Dari pernyataan diatas, penulis tertarik untuk melakukan penelitian tentang bagaimana solusi untuk mengatasi kesusahan para siswa dalam mencapai prestasi dalam

Setelah tahapan pra lapangan dan pekerjaan lapangan, maka peneliti sampai pada tahap penyajian data penelitian. Pada bagian ini dipaparkan tentang deskripsi

Dalam artikel ini, penulis akan mengelaborasikan PDRB kecamatan yang direpresentasikan pada variabel ketimpangan wilayah (TI) dengan variabel alokasi dana desa (ADD),

Kuota siswa yang diterima dalam setiap sekolah didasarkan pada: ❑ Jumlah rombongan belajar tahun lalu. ❑ Jumlah dan domisili

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, tidak di dalam apa-apa keadaan Penganjur atau pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen (termasuk, mana-mana pembekal perkhidmatan pihak