• Tidak ada hasil yang ditemukan

CABARAN KETERLESTARIAN ETIKA & PERADABAN DISEDIAKAN OLEH: DR. FAIZAH MOHD FAKHRUDDIN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "CABARAN KETERLESTARIAN ETIKA & PERADABAN DISEDIAKAN OLEH: DR. FAIZAH MOHD FAKHRUDDIN"

Copied!
29
0
0

Teks penuh

(1)

DISEDIAKAN OLEH:

DR. FAIZAH MOHD FAKHRUDDIN

CABARAN KETERLESTARIAN

ETIKA & PERADABAN

(2)

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Memahami konsep keterlestarian etika dan peradaban secara umum. Mengenalpasti cabaran-cabaran keterlestarian

etika dan peradaban dalam konteks di

Malaysia.

Menganalisis strategi dan langkah ke arah keterlestarian etika dan peradaban dalam

konteks Malaysia.

(3)

PENGENALAN

➢ Sejarah Malaysia moden pada hari ini adalah suatu

kesinambungan sejarah peradaban yang telah bermula sejak seawal sebelum masihi lagi iaitu sebelum terbentuknya Tanah Melayu dan Malaysia moden.

➢ Tanah Melayu adalah sebahagian daripada kawasan yang

luas terbentang yang dikenali sebagai Malay Archipelago.

➢ Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka telah

bermula pada tarikh 31 Ogos 1957, namun sebagai sebuah peradaban ia telah bermula sejak beratus tahun yang lalu.

➢ Akar kepada kemenjadian Malaysia pada hari ini adalah apa

yang telah dicorakkan sejak beratus tahun yang lalu oleh watan dan para leluhurnya.

➢ Justeru, melupakan kesinambungan sejarah lalu itu adalah

suatu kesalahan dan keaiban yang sebenarnya merugikan bangsa Malaysia.

(4)

KONSEP KETERLESTARIAN ETIKA & PERADABAN

Kelestarian atau kemapanan adalah

terjemahan dalam bahasa Inggeris iaitu

‘sustainability’ (Nik

Fuad dan Noraein, 2007).

Dalam bahasa latin dikenali

sustinere

(daripada bawah) dan

tenere

’ (

tahan).

Keterlestarian secara umum bermaksud

keupayaan mengekalkan sesuatu;

memastikan kewujudan; atau

memanjangkan

’.

Perkataan ini sering dikaitkan dengan

(5)

Kehidupan yang mapan bermaksud penghidupan yang

bermakna, produktif dan bertanggungjawab dengan

mengimbangi keperluan ekonomi, budaya dan alam

sekitar; untuk memenuhi keperluan hari ini tanpa

menjejaskan keperluan generasi akan datang (Nik Fuad

dan Noraein, 2007).

Keterlestarian etika dan peradaban bermaksud suatu

usaha berkaitan etika, adab dan nilai-nilai baik yang

bersifat lokal dan global oleh masyarakat Malaysia

yang dilakukan secara sedar, konsisten dan berterusan.

Sungguhpun konsep lestari pada hari ini banyak diguna

pakai dalam konteks pembangunan dan alam sekitar,

namun konsep kelestarian ini juga yang sesuai dengan

maksudnya boleh digunakan merentasi bidang seperti

Etika dan Peradaban.

(6)

Benarkah Etika &

Peradaban

memerlukan

keterlestarian?

(7)

02

Cabaran

pembangunan

karakter

05

03

Cabaran

globalisasi

06

Cabaran sosial

Cabaran politik

01

Cabaran psikologi

04

Cabaran ekonomi

CABARAN BAGI KETERLESTARIAN ETIKA & PERADABAN

07

08

Cabaran

(8)

1. CABARAN POLITIK

Politik bukan hanya boleh menjatuhkan kerajaan yang kuat tetapi mampu

melemahkan seluruh struktur dan elemen kuasa dan pentadbiran.

Berikut adalah cabaran-cabaran besar yang mesti ditangani, iaitu;

i.

Pembinaan budaya politik dan demokrasi matang.

ii. Kebebasan bersuara dan pembinaan masyarakat sivil (madani).

iii. Kerajaan yang telus dan menjaga kepentingan nasional.

iv. Literasi politik dalam kalangan rakyat.

v. Celik sejarah dalam kalangan rakyat.

vi. Mewujudkan sebuah negara bangsa.

vii. Semangat cintakan negara dan kurangnya penghayatan dalam aspek

kenegaraan.

viii. Politik berasaskan kaum lawan politik permuafakatan.

ix. Mengakui hak antara kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan

persekutuan

(9)

2. CABARAN EKONOMI

▪ Cabaran ekonomi juga memberi impak kepada etika dan peradaban manusia.

▪ Dalam perspektif Maslow dan Kohlberg, pemikiran etika tinggi berlaku apabila seseorang

individu itu bebas daripada kepentingan-kepentingan peribadi dan pihak lain.

▪ Tindakan dan keputusan etika yang dibuat adalah atas kesedaran diri yang tinggi. ▪ Jika dilihat dari perspektif kedua-dua tokoh barat ini, Etika dan Peradaban berkadar

terus dengan ekonomi iaitu apabila individu telah dapat memenuhi keperluan dan kehendaknya (asas, keselamatan, estim diri) maka barulah ia mencapai tahap kesempurnaan diri.

▪ Namun ia berbeza dalam perspektif Islam, al-Ghazali menyatakan bahawa akhlak (etika)

adalah bersifat kerohanian yang diterjemahkan dalam bentuk tingkahlaku yang baik kerana kesedaran terhadap Allah.

▪ Bagaimana pun, cabaran etika dan peradaban kepada masyarakat pada hari ini adalah

berkaitan dengan keperluan-keperluan memenuhi keperluan (needs) dan kehendak (wants) yang masih belum dipenuhi.

(10)

Antara cabaran ekonomi yang sedang dan akan terus dihadapi oleh

pembangunan etika dan peradaban adalah;

i.

Mengurangkan jurang antara kaya dan miskin yang semakin melebar.

ii. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat dan generasi muda.

iii. Pendatang asing dan sektor pekerjaan 3D.

iv. Keseimbangan ekonomi bandar, luar bandar dan wilayah.

v. Pemberdayaan ekonomi bumiputera dan kaum-kaum lain.

vi. Meningkatkan ekonomi pengetahuan, inovasi dan R&D.

vii. Peningkatan kepada kualiti dan kemampanan hidup.

viii. Ekonomi pertanian, krisis makanan dan keselamatan.

(11)

3. CABARAN SOSIAL

✓ Apabila membincangkan aspek etika dan peradaban dalam konteks

pembangunan sosial, aspek agama tidak boleh dikesampingkan.

✓ Dalam perspektif perkembangan tamadun, manusia yang mempunyai

kepercayaan beragama mempunyai sumbangan yang besar terhadap tamadun manusia.

✓ Ajaran dan nilai-nilai Islam boleh diringkaskan kepada prinsip umum yang

mengamalkan segala kebaikan dan mencegah dari melakukan kejahatan.

✓ Konsep-konsep umum yang lahir daripada budaya masyarakat Melayu

telah disesuaikan dengan amal kebaikan dalam ajaran Islam.

✓ Pada masa kini, kehidupan masyarakat masih berpegang kuat kepada

nilai-nilai yang sejagat merangkumi pelbagai aspek kehidupan termasuklah hidup berdisiplin, rajin bekerja, semangat kejiranan, menjaga kebersihan, memupuk budaya ilmu menerusi penyelidikan, penulisan dan rajin

membaca, mengembalikan maruah bangsa, berdikari, kepimpinan melalui teladan, Bersih, Cekap dan Amanah dan lain-lain lagi.

(12)

Antara cabaran sosial yang dihadapi oleh pembangunan etika dan

peradaban adalah;

i.

Isu-isu berkaitan integriti di pelbagai sektor awam dan swasta.

ii. Pengukuhan perpaduan antara etnik dan integrasi nasional.

iii. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pemersatu rakyat.

iv. Penyebaran budaya barat.

v. Masalah sosial (pelbagai isu jenayah dan juvana).

vi. Kurang penghayatan agama.

vii. Toleransi dan dialog antara agama.

viii. Kurang kecintaan terhadap ilmu dan pembelajaran sepanjang

hayat.

(13)

ix. Hubungan inter-etnik dan intra-etnik yang lebih baik di

pelbagai peringkat.

x. Membanteras ekstremisme dalam bentuk perbuatan dan

pemikiran termasuklah cauvinisme dan perkauman.

xi. Transformasi pendidikan ke arah pemantapan modal insan,

perpaduan dan integrasi nasional.

xii. Masa depan belia dan Orang Kurang Upaya (OKU).

xiii. Peningkatan kesihatan dan kesejahteraan hidup rakyat.

xiv. Peranan intelektual sebagai pemangkin pencerdasan rakyat

dan ummah.

xv. Penghayatan seni budaya tempatan lawan budaya luar yang

bersifat hedonisme.

(14)

4. CABARAN PSIKOLOGI & PEMBINAAN KARAKTER

❑ Masa depan memang bergantung kepada

keutuhan jati diri sesebuah bangsa (Shahruddin, 2016).

❑ Tanpa jati diri yang kukuh dan ampuh

sesuatu bangsa itu akan ketinggalan jauh ke belakang.

❑ Keutuhan jati diri adalah nilai-nilai dalaman

yang kuat dan kukuh seperti rajin, yakin diri, positif, kreatif, inovatif, gigih, bersih, jujur dan berintegriti yang dapat diterjemahkan menerusi nilai-nilai luaran.

(15)

Antara isu-isu penting berkaitan cabaran psikologi dan pembinaan

karakter adalah seperti berikut:

i.

Pembinaan jati diri bangsa Malaysia.

ii. Mengurangkan stereotype, prejudis, etnosentrisme dan bias

antara kaum.

iii. Meningkatkan semangat

kesatuan dalam kepelbagaian

(budaya dan nilai bersama yang boleh dikongsi).

iv. Minda kelas pertama lawan minda kelas ketiga.

v. Keutuhan moral dan integriti.

vi. Chauvinis lawan Rahmatan

lil’Alamiin

.

vii. Kearifan tempatan (local genius).

(16)

5. CABARAN GLOBALISASI

❑ Globalisasi boleh memberi impak positif dan negatif dalam

pelbagai aspek kehidupan termasuklah etika dan peradaban manusia.

❑ Ramai sarjana telah membahaskan isu-isu berkaitan

impak globalisasi kepada manusia sejagat (Lukman, Mohd Yusof dan Nor Azizan, 2000).

❑ Impaknya boleh datang dalam pelbagai bentuk yang

ketara (tangible) dan tidak ketara (intangible).

❑ Bagaimana pun, dalam konteks etika dan peradaban

khususnya pada zaman Revolusi Industri 4.0, kesannya sangat besar akibat daripada penggunaan total teknologi maklumat yang merentasi pelbagai bidang.

(17)

Antara cabaran-cabaran besar yang akan dihadapi oleh

pembangunan etika dan peradaban adalah;

i.

Data dan maklumat raya yang tidak ditapis dan berlegar-legar

dalam ruang terbuka yang sangat mudah diakses oleh

pengguna pelbagai golongan.

ii. Idea-idea negatif seperti sekularisasi, ajaran sesat dan

liberalisasi yang mudah disebar luaskan tanpa sekatan.

iii. Kebebasan bersuara tanpa batas dalam dunia tanpa

sempadan menerusi pelbagai platform media sosial.

iv. Meningkatkan gejala buli dalam ruang siber yang terbuka.

v. Penyebaran budaya barat yang lebih meluas (punk, skinhead,

black metal, underground dan subbudaya seperti indie dan

hipster) dan penguncupan budaya setempat.

(18)

vi. Ketidakadilan perdagangan dan ekonomi global.

vii. Peningkatan gejala LGBT dan pemikiran

‘underground’.

viii. Perkongsian pelbagai gejala hendonisme secara

terbuka yang boleh diakses dan ditiru.

ix. Kestabilan politik serantau dan global.

x. Krisis ekonomi dan kewangan antarabangsa.

xi. Pelbagai isu rasis dan Islamofobia.

(19)

7. CABARAN ALAM SEKITAR

Etika dan peradaban juga berkait secara

langsung dengan alam sekitar.

Alam sekitar yang berdaya huni dan selamat

memberi gambaran bahawa manusia di sesuatu

kawasan mengambil berat akan penjagaan dan

pemuliharaan alam sekitar.

Manusia yang beradab dan beretika akan

sentiasa menjaga persekitaran dan

lingkungannya untuk generasi yang akan datang.

Tanpa etika dan integriti, alam sekitar tidak akan

(20)

Antara isu dan cabaran dalam konteks alam sekitar

adalah;

i.

Pencemaran laut, udara dan darat.

ii. Eksploitasi sumber-sumber alam sekitar secara tidak

terkawal dan haram.

iii. Isu-isu biodiversiti.

iv. Kepupusan pelbagai spesis fauna dan flora akibat

perubahan iklim.

v. Kehidupan flora dan fauna yang terancam akibat

pembalakan, pertanian pindah dan pemburuan haram.

vi. Konflik antara pembangunan fizikal, pertanian,

perikanan dan penternakan.

vii. Kekurangan bekalan dan zat makanan.

viii. Penggunaan minyak rendah karbon.

(21)

8. CABARAN SAINS & TEKNOLOGI

o

Sains dan teknologi adalah sebahagian daripada

keperluan penting kehidupan manusia sejak

bermulanya zaman revolusi sains.

o

Teknologi yang ada pada hari ini sememangnya

membawa banyak manfaat kepada manusia,

namun terdapat sisi gelap sains dan teknologi

yang boleh meruntuhkan kehidupan manusia

apabila ia disalahgunakan.

o

Terdapat isu-isu tidak beretika yang berlaku

dalam dunia sains dan teknologi yang jika tidak

diperbaiki akan menyebabkan kepada

(22)

Antara isu-isu sains dan teknologi yang perlu diberi perhatian

adalah;

i.

Isu-isu etika dan profesionalisme dalam kalangan saintis dan

penyelidik.

ii. Penggunaan

drone, satelit dan teknologi militari dalam

peperangan massa.

iii. Penyelidikan dan pembangunan berasaskan kehendak dan

bukan keperluan manusia.

iv. Penggunaan bahan-bahan kimia terlarang dalam pembuatan

ubat-ubatan.

v. Monopoli syarikat-syarikat besar dalam penjanaan kekayaan

berkaitan sains dan teknologi.

vi. Sains dan teknologi yang kehilangan nilai (value laden).

vii. Teknologi (green technology) dan produk hijau (green

(23)

MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN

o Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals

(SDG) merupakan teras agenda 2030 bagi pembangunan mampan yang dipersetujui oleh Ketua-ketua Negara dan masyarakat antarabangsa pada 25 September 2015 di Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

o SDG merupakan kesinambungan agenda pembangunan yang diteruskan

selepas berakhirnya Millennium Development Goals (MDG) pada 2015.

o MDGs mempunyai 8 matlamat dan 21 sasaran. Manakala SDG

diperluaskan kepada 17 matlamat dan 169 sasaran dengan matlamat bagi meneruskan agenda 2030 mencapai keseimbangan dalam tiga dimensi pembangunan mapan iaitu merangkumi sosial, ekonomi dan alam sekitar.

o 17 SDG dan 169 sasaran ini berkaitan mengintegrasikan dan mengimbangi

tiga dimensi pembangunan mampan dalam perlaksanaannya di pelbagai peringkat pembangunan dalam sesebuah negara.

(24)
(25)

STRATEGI DAN LANGKAH KETERLESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN

1

Membina pemikiran dan sikap yang betul terhadap etika dan peradaban dalam

kalangan masyarakat

2

Menjunjung tinggi budaya ilmu, nilai-nilai moral, akhlak dan integriti

3

Keazaman politik (political will) dan pemertabatan etika dan

peradaban

4

Keterlestarian etika dan peradaban menerusi kebudayaan kebangsaan

5

Kesepaduan sosial

6

Amalan dan penghayatan Rukun Negara

7

Falsafah pembangunan negara

8

9

Peranan agama dan sistem kepercayaan

Pembangunan Modal Insan dan masyarakat minda

(26)

Membina pemikiran & sikap yang betul terhadap etika dan

peradaban dalam kalangan masyarakat.

Menjunjung tinggi budaya ilmu, nilai-nilai moral, akhlak &

integriti dalam kehidupan

bermasyarakat dan bernegara.

Mengukuhkan kejujuran dan keazaman politik

(political will) dalam memperkukuhkan etika

& peradaban serta menolak nepotisme, kronisme, politik wang

& ketidakadilan.

PENGHAYATAN NILAI

(27)

Memiliki minda kelas pertama (beretika & berperadaban) sebagai

suatu strategi membangun sebuah negara yang progresif

dan berkemajuan. Menjadi bangsa Malaysia yang berjiwa merdeka, yakin tentang kemampuan sendiri dan setaraf dengan bangsa-bangsa lain

di dunia.

Memertabat &

menghayati kelima-lima prinsip Rukun Negara

sebagai tulang belakang membina sebuah negara beretika

dan berperadaban.

(28)

KESIMPULAN

o Keterlestarian Etika dan Peradaban adalah

suatu yang penting dan mesti dipertahankan sampai bila pun.

o Hal ini kerana dalam konteks Malaysia,

keterlestarian itu banyak bergantung kepada akar dan tradisi yang telah terbina sejak ratusan tahun yang lalu.

o Bukan mudah untuk membina dan

membangunkan Etika dan Peradaban kerana ia merupakan suatu proses yang panjang.

o Namun, percayalah Malaysia memiliki ramuan

dan keunikan yang tersendiri ke arah itu.

o Dengan formula yang betul, kepimpinan yang

berintegriti dan rakyat yang bijaksana akan mampu merealisasikan cita-cita dan matlamat murni ini.

(29)

CREDITS: This presentation template was created

by Slidesgo, including icons by Flaticon, and

infographics & images by Freepik.

TERIMA KASIH

Referensi

Dokumen terkait